Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Wednesday, March 23, 2022

The Final Frontier

 Yang terkini dalam simpanan sejak beberapa bulan yang lalu...

Iron Maiden - The Final Frontier (2010)

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitulah perumpaannya dalam cuba mengumpul kesemua album studio Iron Maiden dalam bentuk vinyl. Ini adalah yang ke 14 berjaya dimiliki dari keseluruhan 17 album kesemuanya. Mula membeli dari tahun 2014. Nampaknya setelah 8 tahun pun masih gagal untuk mengumpul kesemuanya. Itu pun belum ambil kira album live dan compilation lagi...fuh!!..

Agak sukar juga untuk kumpul semua. Ada di antara albumnya yang di waktu sekarang agak susah nak dapat dengan harga yang mampu milik. Sebenarnya banyak kali juga berpeluang untuk membeli. Tetapi masalah kekangan kewangan dan membeli lp yang lain antara yang menjadi penyebab.

Kalau nak cerita pasal albumnya, ini adalah antara album mereka yang agak susah juga nak hadam. Maklumlah ada masanya memang rasa letih bila mendengar lagu-lagu yang agak panjang durasinya. Tetapi antara kenangan yang tak akan dilupa untuk sepanjang hayat adalah menyaksikan konsert tour untuk album ini di Singapura pada tahun 2011. Dengan covid dan usia mereka, mungkin ianya adalah satu-satunya pengalaman seumur hidup menyaksikan mereka di depan mata.

3 lagi yang masih diburu.... The X Factor (1995), Dance of Death (2003) dan A Matter of Life and Death (2006).



##terkini...cuma tinggal The X Factor yang belum dimiliki


Wednesday, July 21, 2021

Sirens & The Dungeons Are Calling

 Salah satu band kegemaran...

Savatage - Sirens & The Dungeons Are Calling (remastered 2010 version)

Sirens dan The Dungeons Are Calling sebenarnya adalah lagu-lagu yang sepatutnya dimuatkan ke dalam album pertama Savatage. Tetapi disebabkan pada ketika itu (1983 - tahun yang album masih dikeluarkan dalam bentuk piring hitam) tak muat untuk di letakkan dalam sekeping pirang hitam, maka ianya dipecahkan kepada dua, Sirens (LP) dan The Dungeons Are Calling (EP) yang jaraknya lebih kurang setahun.

Saya tidak mempunyai apa2 versi fizikal untuk kedua-dua tajuk tersebut. Tetapi saya ada versi remastered tahun 2010 yang mana kedua-duanya digabungkan dalam satu cd dengan gambar cover yang baru. Seperti apa yang dikatakan oleh Jon Oliva di dalam inlay cd, rakaman untuk kedua-duanya adalah dari satu seisi rakaman yang sama. Ini adalah kali pertama ianya digabungkan dalam satu album seperti apa yang sepatutnya.

Agak sukar untuk mendapatkan versi asal kaset, cd mahupun lp untuk kedua-duanya. Kalau terjumpa di ebay atau discog pun harganya memang harga kayangan. Tetapi baru-baru ini atas permintaan ramai, mereka telah bersetuju untuk mengeluarkan semula kesemua album studio mereka dalam bentuk piring hitam. Bermula dari 20hb Ogos, Sirens dan The Dungeons Are Calling akan dikeluarkan serentak dan kemudiannya akan diikuti kesemuanya sehingga ke album terakhir, Poets and Madmen (2001).

Ianya memang berita gembira untuk kipas susah nak mati mereka seperti saya.... peluang yang tak boleh nak dilepaskan... tapi itulah....dengan album baru Iron Maiden lagi...iskhh...hati gembira poket menangis...


Thursday, November 15, 2012

Insidious


Insidious (2010)

Selepas direkemen di Movie Addict (terutamanya oleh En Adi Herman) dan terbaca pulak di Xyrus Zone, saya mengambil keputusan untuk menontonnya.

Untuk makluman, saya sememangnya mengemari filem2 seram berkenaan rasukan ataupun ganguan supernatural.  Pada saya filem2 begini adalah lebih menyeramkan.

Saya amat bersetuju dengan komen Dr Ben di Xyrus Zone. Walaupun sebenarnya cerita begini bukan lah sesuatu yang baru (ganguan di rumah baru), tapi saya rasa ianya masih berjaya menjadi sebuah filem yang menakutkan. Malangnya saya menontonnya di waktu siang, maka elemen seramnya agak kurang saya rasa.

Saya suka twist di akhir cerita walaupun sebenarnya saya telah pun dapat mengagaknya. Antara cerita seram yang patut anda tonton. (Sila tonton secara berseorangan di waktu tengah malam untuk mencabar diri anda....heheh...)



Friday, June 29, 2012

Scream

Kesinambungan dari entry cd murah RM9.90 di beli dari Popular City Square, Johor Bahru



Ozzy Osbourne - Scream (2010)

Kalau tak kerana murah...mungkin aku tak akan dengar atau ada cd ni...sejujurnya aku stop dengar Ozzy selepas zaman Jake E Lee...last album studio Ozzy yang aku ada dan betul2 follow adalah The Ultimate Sin...terus terang aku tak minat Zakk Wylde...dan aku tak minat mana2 album Ozzy zaman dia...satu2nya hasil kerja Zakk yang aku follow hanyalah Pride And Glory...tu pun pasal James LoMenzo...

Mungkin secara kebetulan pulak...album ni takder dia...penggantinya Gus G ni menjadi pembakar semangat untuk aku dengar album ni...aku suka hasil kerja dia bersama Firewind...mungkinkah Scream akan ada pengaruh power metal?...sebenonya itulah yang aku harapkan

Tapi selepas 2 round dengar...aku kechewa...Gus G dah jadi klon Zakk...ada banyak lagu yang jelas macam Zakk...rupanya hasil dari pen"google"lan...baru aku paham kenapa...Gus G tak terlibat langsung dalam penulisan dan arah tuju muzik Scream...semuanya telah disiapkan oleh Kevin Churko...producer/co-writer untuk album ni...dan kabonya lagu2 ni secara asanya telah dimainkan oleh Zakk....Gus G cuma memainkan semula bahagian Zakk...maka tak hairan la kalau bunyinya macam Zakk...

inlay pun takder gambo band member...nampak macam kali ni Ozzy tak mau sapa2 pun overshadow dia...

Hasinya album ni so..so...ajer...aku tak paham apa point Ozzy buang Zakk kononnya tak mau lagi bunyi macam Zakk...tapi langsung tak bagi peluang Gus G untuk contribute dalam penulisan dan arah tuju muziknya....hasilnya takder beza pun kalau Zakk yang main....sama jer...

Aku ada terbaca yang Ozzy cakap Scream ni kembali ke ala Black Sabbath...ok...ada sikit2 la...tapi secara keseluruhannya lebih kepada modern rock/industrial + heavy sounding guitar...mungkin nak tarik pendengar muda kot...suara Ozzy pun banyak guna effect...bab ni boleh maaf dan aku faham...umur dia dah masuk 60++ kan..

Kesimpulannya...kalau terjumpa yang reganya RM9.90...mungkin boleh beli la...kalau tak baik kumpul duit beli album2 dia zaman Randy Rhoad atau Jake E Lee...





Monday, January 17, 2011

Unarmed

Lupakan kejap entry2 tahun 1990 aku...kali ni nak cerita pasal yang agak baru sedikit...baru tak baru la...rilis awal tahun lepas...setahun dah...Helloween - Unarmed – Best of 25th Anniversary...



Kalau ikutkan nak cerita pasal yang lagi baru 7 Sinners...tapi takat ada versi mp3 dload malas arr nak cerita...Unarmed Best Of 25th Anniversary ni dari segi tajuknya dah tau dah ini album kompilasi...tapi yang menariknya ianya bukan lah kompilasi biasa...standardnya kalau sambut anniversary mesti syarikat rakaman keluar remastered version plus bonus track kan...tapi Helloween berlainan...

Apa yang lainnya??...album ni langsung tak metal...ini betul2 unmetal...bukan macam XPDC Unmetal...heheh..so kepada sapa2 yang tr00 metal antu hati kering tak yah la dengar album ni...mesti korang frust punya...Michael Weikath pun dalam satu interview pernah suruh fan Helloween dengar dulu baru beli album ni...dia tak nak fan tertipu...respek!...jarang jumpa mana2 band2 suruh test dulu baru beli...



Selalu kita jumpa album metal tribute yang lagu2nya diubah jadi pop ker, piano ker yang tak sama macam lagu asal...tapi jarang kita jumpa band itu sendiri yang mengubahsuai lagu asal...mungkin ini jawapan Helloween kepada album Past In Different Ways oleh Michael Kiske dulu...walaupun tracklist dan gubahan muziknya tak sama...tapi dua2 pun bukannya album berkonsep metal.

Walaupun dari awal aku tau ini bukan album kebiasaan Helloween...tapi sebagai seorang yang memang minat Helloween...aku memang teruja nak dengar macamana lagu2 ni di unmetalkan terutama lagu2 yang heavy...lagu2 slow tak susah sangat kan...kat bawah ni ada sikit pandangan aku...bukan review...aku tak pandai review...cuma sedikit apa yang terdetik kat kepala aku terhadap selected track yang aku suka...


Walaupun aku penyokong kem Kai Hansen...tapi tidak dinafikan sememangnya Michael Weikath la tulang belakang Helloween


"Dr. Stein" - korang bayangkan macamaner yer kalau Ahmad Nawad menyolo saxaphone kat lagu2 Metalasia...heheh...itulah yang aku terbayang bila dengar lagu ni...syok pulak...dah macam bunyi2 lagu Big Band pun yer jugak....jazzy...siap saxaphone semua...memang takder bunyi metal langsung...tapi memang syiok ooo...

"Future World" - Ni aku terbayang lagu2 Mexico siap ngan topi besar tu..haha..mungkin pasal dah biasa ngan melodi ni kan...ubah jadi apa pun aku tetap suka..

"If I Could Fly" - Lagu ni dah la pop...dorang buang elemen metalnya lagi la pop abis...ni kalau Jason Bieber yang nyanyi konpem boleh no 1 kat US...hahaha..

"The Keeper's Trilogy" - ni paling aku suka...Halloween,Keeper Of The Seven Keys dan King For A 1000 Years digabungkan secara orkestra...sedap dan grand soundnya...maklumlah dimainkan oleh Prague Symphony Orchestra...bukan calang2 tu...siap dengan choir semua...jenis yang biasa korang boleh dengar dalam lagu2 band symphonic metal macam Rhapsody,Therion tu semua la...memang aku suka..

"Eagle Fly Free" - 1st time dengar terus aku teringat kat rancangan kanak2 The Wiggles tu...ni anak bongsu aku suka rancangan ni...memang dah macam lagu kanak2 la pulak...heheh..


makin lama aku makin suka mamat ni dari Michael Kiske


"I Want Out" - Ni lagi satu macam lagu kanak2...terutama part mula2 dan korus tu...macam lawak pulak...dari speed metal jadi lagu kanak2...hahaha...tapi lagu ni ada sound rock sikit berbanding lagu2 lain...ada solo gitar semua...

"Fallen to Pieces" - Ni aku terbayang lagu2 new wave 80's...Pet Shop Boys??...

"Forever And One (Neverland)" dan "A Tale that Wasn't Right" - 2 lagu slow yang aku suka dari album ni...Forever And One tu melodi dia dah memang sedap...kena pulak main guna piano ajer...lagi syahdu jadinya....manakala A Tale that Wasn't Right ni memang aku nak dengar macamana Mat Deris nyanyi lagu slow Michael Kiske...aku adalah antara yang frust bila Kiske blah dari Helloween...tapi kalau tengok arah tuju taste Kiske sekarang...takper la...nasib baik Mat Deris ni masuk....bila dah lama dengar...dah biasa...aku rasa suara dia setanding atau mungkin lebih baik dari Kiske...power...kena pulak lagu ni pun diiringi oleh Prague Symphony Orchestra...pergh...syiok!



Lagu2 lain tu biasa2 ajer...tapi macam aku cakap awal tadi la...tak semua orang boleh masuk muzik camgini...ni khas untuk die hard Helloween ajer...tu pun yang jenis boleh masuk lagu2 lain dari metal...bagi aku ok jer..syiok gak sesekali layan helloween yang lain dari biasa...cuma kenapa la takder lagu Windmill??..

Monday, October 4, 2010

The Final Frontier

ok la..turn aku pulak...walaupun ianya dah tak sehangat sebulan yang lepas...nak buat camner...baru ni la aku merasa dapat cd ni...aku masih tak jumpa kat JB ada jual...



cadang mulanya nak ambik versi tin...tapi dah Deaf cakap senang nak kemek...tambah pulak tak muat nanti nak letak kat rak cd...aku ambik versi biasa ajer la...dan sememangnya..kalau bernasib baik..beli kat ebay memang lebih murah dari kat kedai cd...

1st sebelum apa2...perlu diingatkan...aku bukan lah die hard Iron Maiden sangat seperti Deaf mau pun Bentara...tetapi sememangnya Maiden adalah salah satu band kegemaran aku dan aku ada kesemua cd2 studio dorang...kira aku membesar dengan muzik dorang...aku cuba untuk tak nak dengar versi mp3 sebelum memiliki cd ni...tapi apa kan daya...terlampau lama sangat nak menunggu untuk mendapatkan cd ni dan supaya aku tak ketinggalan keretapi...aku layan jugak versi mp3...

1st impression aku...mak aii...susahnya nak hadam The Final Frontier ni...cuma ada 3 lagu yang sekali dengar aku dah masuk...The Final Frontier, Coming Home dan When The Wild Wind Blows...sejak bila pulak Maiden keluar album2 jenis susah nak hadam ni...seingat aku album sebelum ni A Matter Of Life & Death...sekali dengar aku dah boleh enjoy...tapi yang ni..memang payah...album2 zaman Blaze pun ok ajer...tapi yang ni memang nak kena dengar berulang2 kali...payah ni...maklum la...orang2 yang umur macam aku mana la ada masa nak dengar sesuatu cd tu berulang2 kali dalam sehari...ada bermacam2 komitmen lain nak buat...rasa tak cukup 24 jam sehari...masa untuk mendengar cd bagi aku adalah di waktu memandu pergi/balik kerja atau ketika menolong wife gosok dan lipat baju (suami mithali la kan..heheh..)...oleh kerana tu...walaupun selepas 1 bln lebih mendengarnya (versi mp3)...aku masih gagal hadam The Final Frontier ni...(maklum la yang dengar betul2...tak sampai 10 kali kot...lebihnya aku layan Infestation :P)



So...pandangan pertama aku untuk album ni adalah iyernya ok ok ajer...bagus...tapi tak cukup bagus untuk Iron Maiden punya standard...4 tahun menunggu...aku memang letak high expectation...ok la..ada few great riffs here and there...susunan lagu ada yang best...solo2 terbaik..tapi yang pastinya tak banyak lagu2nya yang boleh terngiang2 kat kepala aku...tak banyak yang betul2 buat aku teringat2...boleh nyanyi2 dalam hati...aku tak kisah kalau Maiden nak more progressive...more sophisticated musical direction...nak buat lagu epic gila2...and I'm really all for that...tapi Maiden supposed to be FUN kan?...tapi untuk TFF ni...aku tak rasa cukup terhibur...tak FUN!!!

Tambah mengecewakan...suara Bruce...mungkin faktor usia kot...aku tak rasa dia macam air-raid siren anymore...suara dia dah tak power...terseksa jer bunyinya...terutama bila dengar lagu El-Dorado tu...kesian aku dengar bab2 tarik tu...tak tau la macamana time live nanti...tapi dari klip2 youtube aku tengok ok jer suara dia masa live...mungkin kah kesilapan masa produksi...ada yang tersilap masa mixing kot..

Selain 3 lagu yang aku sebut tu...yang lain2 memang mengecewakan...lagu panjang2 tu kekadang membosankan...so..aku stop dengar versi mp3 sehinggalah aku dapat cd ori ni...kalau aku kena review berdasarkan pengalaman aku mendengar versi mp3...beginilah kesimpulan review aku...ianya mengecewakan!!!


So...untuk menulis entry ni...aku paksa diri aku untuk dengar TFF berulang2 kali secara intensif..kali ini dengan cd sambil membelek lirik....mungkin feel belek2 ni lain...hasilnya....pandangan aku sedikit berubah...seperti ramai yang kata...iyernya sememangnya grower...aku mula dapat terima album ni...secara ringkasnya...review ikut suka aku track by track adalah seperti berikut



1. Satellite 15...The Final Frontier
macam yang ramai cakap...Satellite 15 memang pelik...tak bunyi Maiden langsung sehinggalah dengan suara Bruce...tapi bila masuk The Final Frontier...kita dah boleh agak apa yang akan kita dengar...klasik Maiden...salah satu lagu yang cepat menangkap kat kepala aku...cuma satu yang aku nak komplen tak sepatutnya 2 lagu ni bercantum jadi 1...Satellite 15 tu sesekali dengar ok la...tapi kalau setiap kali nak dengar The Final Frontier terpaksa mengharung 4 minit Satellite 15...letih beb...

2. El Dorado
antara lagu yang aku tak masuk pada mulanya...tapi sekarang aku dah boleh terima...kekadang buat aku teringat kat lagu Bring Your Daughter...feelnya tu sama...part chorus baru catchy...tu yang jadi penyelamat...

3. Mother Of Mercy
satu lagi yang susah nak masuk pada mulanya...tak der la menarik sangat...lagu maiden yang biasa2 jer bagi aku...kira boleh la..

4. Coming Home
lagu favourite aku...sekali dengar dah menangkap...siap ulang 2 x masa 1st time dengar...riff intro dia memang berhantu...chorus pun tersangat la ctachy...lagu yang paling kurang bunyi Maiden...takder langsung trade mark bass Steve Harris...kalau Roy Z yang main memang konpem macam album solo Bruce...apa2 pun memang aku suka..

5. The Alchemist
lagu paling pendek dan paling bunyi retro maiden...band2 member lain sibuk nak progresif...tapi janick gers jugak yang kekalkan sound klasik Maiden (lagi korang tak suka janick?...iskh...heheh..)..antara lagu yang semakin menjadi favourite aku sekarang...nice solo by the way...

6. Isle Of Avalon
Start lagu ni kira part 2 la untuk TFF...part yang lagu panjang2 dan progresif...memang nak kena tumpu perhatian dengar betul2 baru boleh lekat kat kepala...lagu ni ada part2 yang menarik...terutama solo gitar...tapi menuju ke penghujung aku dah start rasa bosan...mungkin kalau buat takat 5 minit lagu ni jadi lebih menarik..kekadang aku rasa macam dorang saja jer buat panjang2 just for the sake of nak lagu2 panjang...paham maksud aku?

7. Starblind
Lagu ni 1st time dengar memang aku tak boleh masuk langsung...dia punya tukar2 tempo yang buat lambat nak tangkap...tapi part2 solo gitar best..memang layan...nasib chorus lagu ni catchy...bila dengar banyak2 kali...kira ok la...

8. The Talisman
Lepas dengar beberapa kali...aku suka lagu ni...aku semakin suka la lagu2 Janick Gers...aku rasa lagu2 dia mengekalkan stail lama Maiden...tak macam Adrian yang semakin progresif...part mula yang slow tu buat aku teringat part mula lagu Moonchild pulak...dan kekadang melodi dia buat aku teringat stail lagu2 power metal...keseluruhannya lagu ni agak catchy...tak payah tunggu chorus...part2 yang harmoni gitar pun sedap...solo tak yah cerita la...memang best lagu ni...

9. The Man Who Would Be King
Ni lagu Murray...so aku memang tunggu...harap2 lebih best dari The Reincarnation Of Benjamin Breeg...tapi masa mula2 dengar aku kecewa...tapi tu dulu...zaman masa aku layan MP3...sejak duamenjak ni aku makin suka lagu ni...part ubah2 melodi tu aku rasa ini yang paling kena flownya...cantik...tak la terkejut sampai susah nak hadam...nampaknya semua lagu2 panjang dorang mesti mula dengan slow pastu laju...formula yang sama...tapi tak kisah la..satu lagi lagu yang aku suka walaupun terpaksa ambik masa dengar betul2 baru dapat tangkap..

10. When The Wild Wind Blows
lagu ni sememangnya mengekalkan tradisi lagu2 epic Maiden...daripada 5 lagu2 panjang...lagu ni lah yang paling panjang dan paling senang aku nak tangkap..sekali dengar aku dah suka...mungkin pasal lagu ni melodinya tak la bertukar2 sangat...kalau la lagu2 panjang dorang jenis macam gini kan bagus... baru FUN...tak yah nak pening2...ni kalau main live sure best...walaupun tak sehebat Rime Of The Ancient Mariner...tapi...definatly one of Maiden best songs ever...A Triumph!!!



Secara kesimpulannya...mungkin pendapat aku agak berbeza dengan Deaf dan Bentara atau sesiapa yang tegar Maiden lainnya...aku respek dan hormat citarasa dorang...tapi aku ada selera dan pendapat aku sendiri...TFF bukanlah satu yang tak best...tapi ini Iron Maiden beb...aku memang letak tahap piawaian yang tinggi...cuma album ni agak sukar nak hadam...untuk lagu2 yang pendek tu aku takder masalah sangat...tapi lagu2 yang panjang tu agak sukar rasanya nak tangkap jika tak ambil perhatian dan dengar berulang2 kali...mungkin dorang dah bosan nak main simple2 kot...aku tak harap pun Maiden 80an akan kembali...tapi aku memang harap TFF lebih bagus dari Brave New World...kerana dari era 6 0rang ni...aku letak Brave New World pertama...A Matter Of Life And Death ke 2...dan aku masih 50-50 antara Dance Of Death dan The Final Frontier ni....ntah la...mungkin selepas 10 kali lagi seisi pendengaran..pendapat aku mungkin akan berubah...maklum la album ni aku akui memang grower...dan sekarang (ni aku edit 5 hari selepas mula aku draf ni)...aku rasa TFF lebih baik dari DOD....

Sebagai penutup...Iron maiden adalah sebuah band yang tak pernah takut untuk berubah dan berexperimen dengan muzik mereka tanpa pernah menghilangkan identiti mereka...tak kira mana2 album pun dengar jer dah tau ini signature muzik Maiden...TFF memang berbeza...sangat progresif...tapi ini tetap Iron Maiden...dorang tak pernah selling out beb...peminat2 Maiden akan pasti membeli cd ni...dan kepada yang tak minat tu...jangan susah2...anda tetap tak akan minat jugak lepas dengar TFF ni...hahaha..

UP THE IRONS!

Wednesday, September 22, 2010

Infestation

Ok la..atas permintaan En Fazrie Abdullah...ini album ke 7 dan terbaru dari Ratt...



Seperti yang aku cerita tu hari...cd ni aku beli semasa aku duk mencari cd Iron Maiden The Final Frontier...lain yang cari lain pulak yang dapat...tak sangka pulak ada jual kat sini...(untuk makluman...aku dah dapat pun TFF...egay rulesss...heheh)..aku dah tau pasal Infestation sejak bulan april lalu...tapi aku agak kurang excited nak dengar walaupun dah lama download...maklum la banyak album2 comeback dari band2 era ni agak mengecewakan aku...Motley Crue,White Lion,Poison,Tesla,Great White,Whitesnake dll...tapi album baru Stryper Murder By Pride dan Dokken Lightnin' Strikes Again boleh tahan jugak la..so aku memang abaikan nak dengar sehinggalah aku beli cd ni...

Hasilnya memang aku tak sangka2...Infestation memang mengimbau zaman bebudak aku di tahun2 80an...sound dan feelnya memang hampir ke arah tu...kalau bukak back to back 1984’s Out of the Cellar, 1985’s Invasion of Your Privacy, 1986’s Dancing Undecover, 1988's Reach For The Sky dengan 2010's Infestation ni...memang tak sangka jaraknya 20++ tahun lebih...soundnya memang hampir sama...

tak kisah la kalau ada yang cakap ini tahun 2010 beb...apa barang ketinggalan zaman...jadi dinosour rock...bagi aku muzik yang bagus tak kira masa...buat sound moden pun kalau tak sedap nak buat apa...Infestation pun bukanlah album yang ketinggalan zaman...masih releven untuk zaman ni...cumanya feelnya lebih terarah ke 80's...Ratt sendiri pun bukan la band yang tak pernah berubah...seperti kebanyakkan band2 glam,hair metal,pop metal,sleaze rock, hard rock...tak kira la apa korang panggil...mereka merubah muzik mereka pada tahun2 90an atas dasar tak mau ketinggalan zaman...tu jam Grunge tengah mengiler kan...mostly band 80's cuba untuk menjadi lebih “darken”...down-tuned riffs yang bosan...tema lirik yang kononnya lebih serius dan introspective...yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kepada genre glam hair metal tu sendiri...



Bagi aku tak kisah la kalau band2 tu nak berubah...tapi memang tak banyak pun yang berubah ni berjaya...lain la kalau band tu Metallica...(Metallica lain...dia berubah genre pun...old fan menyampah...tetap dorang akan dapat new fan...sapa2 nak belajo metal mesti cari Metallica punya..) atau Iron Maiden (ni dia punya die hard fan memang tak leh nak lawan...setia bersatu sungguh...tapi Maiden pun tak lah banyak mana berubah...signature muzik dorang tetap sama...)...bagi aku baik jadi ACDC...tak kira apa zaman pun...dorang tetap true kat muzik dan fan dorang...tetap jual juta2 jugak album dorang...tak yah susah2 konon nak please new fan...aku memang respek ACDC...kalau muzik bagus...ada je new fan yang sangkut...tapi tak kisah la kan...kekadang selera muzik kita memang berubah...tak kan nak main benda yang sama je kan...bosan pulak nanti...ok la aku dah melalut...nak cerita pasal ni boleh buat entry lain kot...ni pasal Infestation...

Walaupun Ratt tak mungkin akan sama dari segi band membernya...Iyer la Robbin Crosby dah takder...Juan Croucier pun walaupun puas dipujuk tetap taknak rejoin...tapi penggantinya Robbie Crane tu pun dah lama join Ratt...sejak 1996 lagi...tapi yang tak disangka2 pengganti Robbin Crosby la...selepas mencuba beberapa gitaris termasuk la Michael Schenker dan John Corabi(Motley Crue)...alih2 Carlos Cavazo (Quiet Riot) pulak yang join...pergh dasat...bayangkan 2 orang antara shredder terbaik dari era glam metal 80's Warren DeMartini dan Carlos Cavazo bertukar2 solo...memang terbaik beb...

Ratt ni sememangnya berbeza dari band2 era glam yang lain...muzik dorang lebih berat...unik...dan Infestation mengekalkan formula tersebut...zaman 80's dulu dorang mana ada lagu slow rock ballad leleh...paling dekat nak ballad pun dalam Infestation ni adalah "Take Me Home"...lagu2 lain semuanya Ratt n Roll...

Lagu2 memang catchy...production bagus, riffs2 yang rangup, solo2 shredding yang lazat...antara lagu2 yang best pada aku adalah "Best Of Me", "A Little To Much", "Eat Me Up Alive", "Take a Big Bite", "Last Call", "As Good As It Gets"...pendek kata album ni memang bagus...giler kan aku puji melambung...mungkin aku sikit bias pasal aku memang giler minat Ratt...tapi itulah kenyataannya...susah nak jumpa band yang buat comeback dapat menghasilkan apa yang old fan dia nak...kalau korang minat Ratt khasnya atau peminat glam metal amnya...tentu ko paham perasaan aku bila dengar album ni...cuma satu yang kurangnya...tiada lagi trademark suara Juan Croucier sebagai backing vocal...

Aku rasa antara sebab Ratt dapat balik capture sound 80's dorang adalah kerana Carlos Cavazo...(dia sanggup pakai V balik semata2 nak feel 80's...)...sapa lagi yang paham sound 80's kalau bukan dari mereka yang berasal dari zaman tu kan...chemistry dia bersama Ratt contohnya lagu ciptaan beliau yang jadi single pertama "Best Of Me" memang menjadi...Ratt kembali kepada trademark mereka yang asal...kalau dulu boleh dengar DeMartini di kanan dan Crosby di kiri...main lain2...kini boleh dengar perkara yang sama dengan Cavazo pulak dikiri...memang layan bila dengar pakai earphone kat Ipod anak aku...hahaha..



Vocal Stephen Pearcy pun memang patut di puji...bunyi macam muda 20 tahun...sebijik macam dulu2...dan satu lagi yang patut aku sebut adalah ketukan drum Bobby Blotzer...memang power...antara drummer terbaik dari era hair metal...Ratt telah kembali doing what Ratt does best...tak kisah la kalau lirik2 dia simple dan mungkin ada yang cakap tak matang...tapi bagi aku nak dengar lirik2 complicated..cari band lain...bak kata seorang peminat Ratt..."These bands have all matured, and their sound has too, which is fine, but when you're best known for decadent party rock, mature isn't quite what the doctor ordered"

Album ni jugak debut no 30 kat carta US Billboard album chart...dah berpuluh tahun dorang tak capai tahap tu...kalau rilis time 80's...konpem no 1...Apa yang pastinya...Ratt memberikan apa yang fan dorang nak...a modern take on their trademark sound...tak pedulikan keadaan pasaran sekarang...memang susah nak jumpa comeback yang bagus camgini....Band2 lain patut ambik perhatian...beginilah cara yang betul...

Sebagai kesimpulannya...Infestation ni khas untuk orang2 yang dah 30++ nak masuk 40 dan ke atas...yang muda2 dulu enjoy glam pop metal nak lepas geram...lepak sorang2...tutup pintu bilik atau pintu kereta...pinjam ipod anak atau campakkan cd Justin Bieber/Miley Cyrus anak....ambik cd ni...bukak kuat2....headbang dan air guitar....yeah...tu jam rasa macam nak rock sampai tua....hahaha...

Recommended beb! RATT AND ROLL!!!

Tuesday, July 6, 2010

Sting In The Tail

Dah lama aku nak review album ni...tapi memandangkan ini album terakhir mereka...nak bagi puas hati diri aku sendiri...aku nak dengar betul2 dan banyak2 kali sebelum aku boleh buat rumusan apakah Sting In The Tail dari Scorpions ni sebuah album yang bagus...so setelah hampir 2 bulan lebih mendengarnya (masa mengosok baju sekolah anak tiap2 malam...maklum la bapa mithali...hehehe...)...ini review aku...



Sebelum tu untuk makluman...aku dah jarang beli cd...tapi memandangkan ni last album...so aku beli jugak la...cd ni aku beli dari ebay...setelah membandingkan harganya dengan beberapa buah kedai cd disekitar JB aku rasa membeli di ebay lebih berbaloi...cd baru (sealed) ni aku beli dari China...China?...takut jugak kalau2 pirate...dengan harga tak sampai pun RM30 (kat sini RM46.50)...aku harap cd ni ori...bukan pirate...setelah aku belek2 pun tak nampak macam pirate...pembeli lain pun takder komen apa2...so aku angap cd ni ori la.... :P



Pendapat aku masa 1st time dengar cd ni...tak berapa menarik...tak banyak lagu yang sekali dengar aku dah dapat tangkap...cuma 3 lagu...The Good Die Young, Spirit Of Rock dan The Best Is Yet To Come...lain2 walaupun 3 lagu balladnya pun tak menangkap...kesimpulan pertama aku...album ni bukanlah sambungan Humanity - Hour 1 (walaupun lagu2 heavy macam Turn You On, No Limit ada bunyi2 macam tu)...tapi untuk album ni mereka cuba balik ke 20 tahun yang lalu...zaman2 gemilang album Crazy World...lagu track pertama Raised On Rock kalau letak kat album Crazy World memang ngam...Rudolf punya riff sebijik macam zaman tu...lagu slow SLY pun ada feel macam Send Me An Angel...ntah mengapa zaman tu yang dorang pilih...kalau aku...era Matthias Jabs...aku inginkan zaman Blackout,Love At First Sting dan Savage Amusement...siapa la aku nak persoalkan yer tak...

pasal lirik pulak biasa la...lirik Scorpions memang takder yang seni2 mendalam punya...lirik2 simple dan budak2 ajer...walaupun dorang dah pangkat atuk2 semua...tak kisah la tu...tapi sampai 4 lagu yang tajuknya Rock nampak sangat dorang cuba nak membuktikan walaupun dorang dah tua...still boleh rocking lagi...aku rasa tak perlu la kan...macam lawak pulak banyak sangat tajuk rock...atau mungkin last kopek punya hal...bantai la kot2 lagu2 tu boleh jadi anthem macam Rock You Like A Hurricane..

Tapi kan...selepas 2 bulan lebih mendengarnya...rumusan aku berubah...boleh tahan jugak album ni...lagu2nya memang grower...walaupun bukanlah yang terbaik...tapi bagi sesapa yang minat Scorpions tak kira zaman bila...rasanya boleh masuk la album ni...antara yang menarik bagi aku adalah lagu mid tempo The Good Die Young...ikut info kat inlay lagu ni ada Tarja Turunen (Nightwish)...tapi puas aku ulang2...tak dengar pun suara minah ni...rupanya dia cuma nyanyi background jer...bukan duet...padan la suara Klaus Meine je yang dengar...



Lagu2 slownya Lorelei dan The Best is yet to come pun makin dengar makin best...cuma SLY jer lambat skit kepala aku nak tangkap...Lagu2 heavy memang takder hal...biasa la catchy ala2 scorpions kan...lepas 3,4 round dah boleh tangkap la melodi dia...tapi paling nak puji suara atuk Klaus Meine ni...tua2 pun suara masih power...ntah makan apa la orang tua ni kan...

Bab production....macam biasa....jarang album scorpions sound teruk kan...mesti tip top punya....riff2 dan solo Rudolf dan Matthias Jabs memang masih menyengat...takder komplen la...aku suka jugak drummer dia James Kottak (ex Kingdome Come) tu...



So...rumusannya...kalau ini lah album terakhir mereka...aku masih belum puas...rasanya dorang masih boleh berkarya lagi...tapi biasala...semua yang bermula pasti akan berakhir...apa2 pun aku enjoy album ni setelah kali terakhir aku betul2 dengar Scorpions masa album Face The Heat...


****aku tak pernah tengok Scorpions main live depan mata...tapi aku pernah jumpa dan salam dorang masa seisi bertemu peminat kat Plaza Kotaraya, Johor Bahru masa pertengahan tahun 90an dulu (tak silap promosi Face The Heat)...sayang tu jam lum ada kamera handphone untuk aku bergambo kenang2an ngan dorang...dan yang tak leh lupa..masa tu hari kerja...sempat aku ngulor sejam dua untuk jumpa dorang...heheh...