Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Thursday, February 1, 2024

Blackrose

Satu lagi produk reissue cd rock tempatan... lama dah beli, baru sekarang nak buat entri...

Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2023

Merujuk kepada komen dibawah (dari entri Black Rose reissue 2016) - terimakasih Elmanemran, saya sememangnya teruja dengan cd keluaran semula 2023 ini dan telah pun membuat pra pesanan awal sejak mendapat berita tentangnya.

Versi 2006 sememangnya menghampakan. Baik dari segi kualiti sound dan packagingnya. Tetapi versi baru 2023 ini sememangnya tip top. Tiada apa yang hendak di komplen. 


atas kiri - versi 2023, atas kanan versi 2006
bawah kiri - versi cdr , bawah kanan - kaset asal 1991

Entri ini sekadar berkongsi gambar. Kalau ada yang berminat nak membeli, sememangnya rekomended!.



Friday, July 22, 2022

Dystopia

Sesi ulangkaji sempena menunggu ketibaan album baru Megadeth yang akan terbit pada 2hb September nanti...


Megadeth - Dystopia (2016)

Lama tak dengar. Kali terakhirnya ketika persediaan menghadiri konsert Megadeth live in Malaysia (2017). Kalau ada pun yang sekali sekala dengar adalah The Threat Is Real dan Dystopia. Itupun sekadar youtube ataupun spotify. Malas rasanya nak mengembur rak.

Biasalah… sesedap mana pun album-album terkini, balik-balik album lama juga yang dicari. Betul tak?


Dari apa yang didengar sekarang berbanding 5 tahun yang lalu, rasanya tak banyak perubahan dari segi penerimaan. Ianya sebuah album thrash yang bagus. Ianya teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic. Solo gitar Kiko Loureiro lebih berjiwa. Sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Marty Friedman atau mungkin Chris Poland

Namun begitu saya akan cuba untuk mendengar semula album-album zaman Chris Broderick dan Glen Drover sebagai perbandingan. Ada masanya suasana, ketika, emosi dan usia juga mmainkan peranan.


Monday, December 27, 2021

Turbo

 Lagi piring hitam yang baru masuk koleksi...

Judas Priest - Turbo (1986) - vinyl 30 (2016)

Album Judas Priest yang agak pop, komersial dan ringan. Bersesuaianlah dengan zaman tersebut. Dengan meletupnya Quiet Riot dan bermulanya zaman glam/hair metal pada ketika itu, Judas Priest pun terpengaruh sama. Situasinya samalah seperti era 90an bilamana band-band metal 80an yang bertukar arah menjadi grunge, groove, alternative dan seangkatan dengannya.

Pengunaan synthesizers juga agak ketara mengambarkan situasi pada ketika itu. Synthesizers adalah satu simbol muzik 80an. Mengabungnya dengan genre heavy metal menjadikan muziknya lebih pop dan lembut dan ianya lebih mudah untuk diterima oleh golongan kebanyakan. Iron Maiden juga melakukannya dalam album Somewhere In Time.

Ada juga peminat tegar yang tidak boleh menerima Turbo. Tetapi bagi orang-orang yang seperti saya yang tiada masalah dengan glam/hair/pop metal, muzik sebegini sememangnya makanan harian. Yang kurang mungkin dari segi sound gitar tetapi dari segi melodi lagu, Turbo sememangnya satu album yang sangat sedap. Boleh dengar berulang kali tanpa rasa sakit kepala. Melodinya membuatkan tanpa sedar kita pun akan menyanyi sama.

Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini. Mungkin sekitar tahun 1987 atau 1988. Tak beli pun kasetnya. Sekadar menumpang dengar kaset pirate apache milik kawan. Zaman itu memang tak mampulah sebagai seorang budak sekolah kampung untuk membeli kesemuanya. Setiap minggu bila ke kedai kaset pastinya ada album baru yang hendak di cuba. Zaman cuba jaya sebelum wujudnya internet.

Asalnya mahu mencari versi piring hitam tahun 1986. Tetapi terjumpa pula di Swee Lee lp baru versi ulangtahun ke 30 dengan harga RM95. Memang tak banyak soal. Terus beli.

Memang sedap. Semua lagu sedap. Antara yang menjadi kegemaran. Nak baca cerita lama saya tentang album ini boleh klik >SINI<


Monday, September 18, 2017

Gods Of Violence



Kreator - Gods Of Violence (2017)

Dah masuk September...tapi sejak album ini dikeluarkan pada bulan Januari yang lalu rasa macam ini adalah album paling best untuk tahun 2017. Bukan setakat untuk album extreme metal tapi untuk mungkin juga untuk semua kategori.

Ok jangan berkerut serius sangat. Ini ikut selera penulis sahaja. Rasanya untuk muzik yang berat, Overkill - Grinding Wheel pun ok juga. Tapi penulis pun bukannya dengar semua album. Setakat kumpulan yang minat dan tahu sahaja. Tak ada masa nak dengar semua bila dah tua-tua ni. Lebih pada yang heavy metal/hard rock sahaja.

Iced Earth baru pun tak dengar lagi. Ni pun tengah tunggu cd Accept - The Rise Of Chaos dan Mr Big - Defying Gravity sampai ke pintu rumah. Kalau dah khatam 2 ni mungkin pilihan hati akan berubah. Dari preview yang dengar, memang rasa berkenan juga kat 2 album tersebut. Mungkin nak cuba juga Alice Cooper - Paranormal. Pun sedap juga.  Annihilator dan Europe pun nak keluar album baru kan? Kalau ada cadangan lain sila tulis di ruangan komen.


Ok berbalik pada Gods Of Violence, Kreator yang betul-betul saya dengar untuk kali terakhirnya adalah album Endorama (1999). Lama betul tu. Yang lain selepas dari itu sekadar gitu-gitu sahaja. Ada juga rasa yang menarik. Tapi taklah sampai rasa nak beli cdnya. Tapi ntah kenapa untuk Gods Of Violence rasa tergerak hati pula. Sejak pertama kali dengar preview di youtube terus rasa berkenan. Tambah pula bila baca review rakan-rakan yang lain.

Sebagai pencinta genre melodic thrash. Album segini sememangnya menusuk kalbu. Lagu-lagunya memang sedap. Gitar melodi dan harmoni di setiap lagu-lagunya memang melekat. Solo-solo yang membuatkan anda tersenyum.

Mungkin Kreator dah puas bereksperimen. Mereka telah kembali dengen genre yang mengenalkan mereka kepada dunia. Tak kisahlah jika ianya bukanlah sesuatu yang baru. Mereka band lama. Biarkanlah mereka bermain muzik yang sudah sinonim dengan nama mereka. Sekurang-kurang mereka adalah antara band lama yang cukup produktif. Tabik!




Thursday, August 10, 2017

World Gone Mad



Suicidal Tendencies - World Gone Mad (2016)

Lama tak mengikuti perkembangan mereka. Kali terakhir ketika album Suicidal for Life (1994). Zaman Rocky George, Robert Trujillo (Metallica) dan Jimmy DeGrasso (ex-Megadeth) masih bersama mereka. Suicidal Tendencies pada saya hanya sekadar band untuk bernostagia di zaman remaja.

Tetapi bila dapat tahu yang Dave Lombardo (ex-Slayer) akan bermain drum untuk mereka. Sudah tentunya saya teruja.  Memang kena beli. Siapa sangka Mike Muir dan Dave Lombardo akan bermain bersama-sama. Kedua-duanya adalah antara hero thrash zaman remaja saya.



Yang menjadi plus pointnya bila lagu lagunya mengimbau kembali kenangan di era "How Will I laugh Tomorrow When I Cant Even Smile Today (1988) dan "Lights...Camera...Revolution! (1990). Memang rasa menarik bila mereka lebih ke metal berbanding punk/funk di album-album terakhir mereka.

Yang menjadi pilihan adalah lagu 'Get Your Fight On'. Solo gitar gitarist baru mereka seakan akan Rocky George.

Album ini membuktikan orang lama seperti Mike Muir dan Dave Lombardo sememangnya otai masih berbisa. Cumanya kalaulah Rocky George dan Robert Trujilo kembali...barulah lengkap nostalgia remaja saya....







Tuesday, May 2, 2017

For All Kings

Dari tahun lepas....


Anthrax - For All Kings (2016)

Membesar di zaman thrash yang asal, tidak dapat tidak saya akan sentiasa mempunya soft spot untuk Anthrax. Walaupun mereka tidak sesetan Slayer, tidak seteknikal Megadeth dan tidak juga sepopular Metallica, tetapi mereka akan tetap ada di atas singgahsana "The Big 4 of Thrash".

Kembalinya Joey Belladona ke pangkuan Anthrax ibarat sirih pulang ke gagang. John Bush memang bagus. Tetapi untuk peminat seperti saya ianya bukan Anthrax yang sebenar. Muzik mereka pada zamannya juga agak berlainan.


Banyak juga band yang melakukan re-union tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi Anthrax telah membuktikannya melalui Worship Music pada tahun 2011. Saya tidak mengharapkan lebih tetapi For All Kings telah melebihi jangkaan. Tak sangka pula ianya lebih bagus dari Worship Music.

Pada saya tiada band thrash lain yang melodi lagu-lagunya sesedap mereka. Mereka adalah raja untuk melodic thrash metal. Singalong chorus yang catchy. Kini dengan kembalinya Joey Belladona, tahta tersebut memang sukar untuk digugat. Vokalnya masih seperti dulu.


For All Kings benar-benar mengembalikan semangat Anthrax di tahun 80an. Semua lagu sedap. Bagi sesiapa yang jiwanya tersangkut di era 80an (seperti saya), album ini pasti tidak mengecewakan. Ini adalah apa yang kita mahu dari mereka. Ianya secukup rasa.

Kalaulah mereka dapat memanggil semula Dan Spitz tentu lebih menarik. Tidak menafikan kehebatan gitaris baru mereka, tetapi barisan klasik ini pasti lebih mengujakan.

Selain Dystopia, ini adalah pilihan album terbaik saya untuk tahun 2016. Best!





Monday, January 2, 2017

Throwback 2016

Haha...macam dah lama jer 2016...tapi bulan Dec 2016 yang lepas bermakna dah 8 tahun dah blog ni ujud...kalau budak dah masuk darjah 2 dah...tak sangka juga dalam malas...tiada idea...sibuk...rasa nak berhenti...cecah juga 8 tahun...sedangkan banyak juga blog rakan-rakan yang seangkatan dah berkubur ataupun setakat muncul hanya sekali sekala.

Ada juga yang kata menulis blog jenis yang macam ni macam budak- budak. Ada betulnya juga. Benda-benda hobi dan passion sebegini sememangnya menjadikan kita sentiasa seperti budak-budak. Hanya mereka yang mempunyai passion dalam hobinya yang akan faham. Semua orang akan ada budak-budak dalam dirinya. Lebih elok menjadi budak-budak dalam hobi daripada menjadi budak-budak dalam perangai dan perbuatan.

Antara cd reissue 2016

Ok la tak nak bebel panjang. Dalam hal duniawi 2016, agak kurang juga membeli piring hitam berbanding tahun sebelumnya. Bukan pasal nilai matawang turun pun. Tetapi lebih kepada hampir pokai juga bila cuba membeli berderet-deret cd reissue rock melayu yang keluar di pasaran. Tu pun mana yang rock leleh memang kena skip la. Kena pula sekarang dah trend keluar piring hitam reissue la pulak....memang jahanam makan pasir la jawapnya...haha..

Kegemaran sepanjang zaman yang berjaya dimiliki dalam bentuk lp untuk 2016

Rasanya 2017 ni dah boleh slow down sikit dengan cd-cd reissue ni. Lebih memilih. Apa yang nak kebanyakannya dah ada dalam bentuk cd dah. Walaupun ada yang soundnya kurang puashati. Mungkin masih berharap Urgent - Wajah Mistikal, Saxo - Satu Perjuangan atau mungkin juga Pancakara Di Cakerawala. Yang lain lain kalau beli pun mungkin lebih kepada nak mencuba dengar. Saya bukan collectors...lebih kepada peminat muzik rock sahaja. Tak cukup kaya kot untuk beli semuanya...

Lp melayu untuk 2016

Cuma harapnya 2017 ni akan ada banyak lagi reissue piring hitam rock melayu. Harap sangat ada Belantara, Bloodshed dan 3 album awal Search. Cuma mampu ker tak nak beli tu la yang akan menjadi persoalannya...huhu..











Tuesday, December 27, 2016

Hukum Karma

Benda yang paling hot bagi golongan pengumpul piring hitam dan peminat Wings dalam seminggu dua ni...


Wings - Hukum Karma (versi piring hitam 180g - keluaran semula 2016)

Telah mula berada di pasaran pada 19hb Disember yang lalu. Didatangkan dalam 2 warna edisi terhad (Hitam 300 keping dan Merah 150 keping). Itu pun dah "sold-out" beberapa jam selepas dibuka untuk "pre-order". Dasyat betul....


Terimakasih kepada Saudara Zan Din dan rakan rakan yang berusaha merealisasikan terbitan ini. Kalau tak...tak merasa la orang macam saya yang acah acah kononnya nak mengumpul piring hitam atas pengaruh rakan sebaya...haha...
Nak cari yang 1st press memang tak mampu la dengan harganya...


Golongan marhaen cuma mampu yang warna hitam. Jadi la. Tapi sound memang tip top. Berdentum! Khabarnya pressing dari Germany. Memang puas hati.


Disertakan juga dengan poster. Khabarnya ini juga atas inisiatif Saudara Zan Din. Kalau ikut label memang takder pun.. Tabik la pada beliau...

Bagi yang tertinggal...khabarnya atas permintaan ramai, Januari ini akan ada pula versi warna biru. Sesiapa yang teringin tu boleh la cepat-cepat buat tempahan.



Apa-apa pun memang puashati!...Tak sabar pula nak tunggu Darjah Satu.

Next...khabarnya Ella - Pengemis Cinta...ni skip la...tak mampu dah...pokai dah anak nak naik sekolah...tapi yang lepas tu...Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia...memang tak boleh miss la..huhu...




Friday, December 2, 2016

Hardwired ... to Self-Destruct

Yang tengah hangat di pasaran dan no 1 di US....



Metallica - Hardwired ... to Self-Destruct (2016)

Asalnya tak terniat nak beli awal. Death Magnetic dulu pun setahun lebih baru beli cdnya. Tetapi terpengaruh dengan promosi mereka dan posting rakan-rakan di FB, akhirnya terbeli di hari ianya diriliskan. Dasyat sungguh pengaruh rakan rakan sebaya ni..haha..

Saya memilih versi 3  cd kerana saya sukakan lagu lagu cover dalam bonus cd tersebut. "Ronnie Rising Medley" tu sedap dan saya tak pernah ada Maiden Heaven dan Re-Machined. Tak sangka kan dalam banyak banyak lagu Deep Purple dan Iron Maiden, mereka memilih lagu balada "When A Blind Man Cries" dan "Remember Tomorrow".  Memang best. Lagu "Lords Of Summer" pun dah diubah nenjadi lebih power. Sejujurnya saya memilih untuk mendengar bónus disc ini terlebih dahulu sebelum 2 cd albumnya. Lagu-lagu live nya pun best. Semua lagu era Cliff Burton la kan...Ok..cukup pasal bonus disc. Kita pergi ke sebab yang lebih utama...Hardwired...To Self-Destruct.


Tak berniat nak ulas panjang lebar. Masing-masing ada selera sendiri. Saya tak pernah rasa pun yang mereka akan kembali ke era 80an walaupun rasanya ini kali ketiga mereka mengatakan yang mereka akan back to basic sejak keluarnya St Anger. Amarah dan semangat anak muda memang tak akan sama bila dah berusia.

Bercerita pasal Hardwired...To Self-Destruct, rasanya macam ramai yang terlupa dengan Death Magnetic. Pada saya ianya tak jauh berbeza. Cuma HtSD soundnya lebih ok. Vokal James Hetfield pun jauh lebih bagus Death Magnetic jenis "grower". Harapnya HtSD juga akan begitu kesannya kepada saya.

Kalau nak dirumuskan ikut telinga saya, Death Magnetic adalah antara era 'Justice' dan 'Black Album' manakala HtSD bolehlah dikatakan antara 'Black Album' dan zaman 'Load/Reload'. Ada  3,4 lagu yang pada saya best dan ada juga 3,4 lagu yang sekadar filler terutamanya lagu-lagu dalam disc 2. Banyak mid tempo dan ada yang agak bosan juga kerana durasinya yang panjang.


3 lagu yang di promosikan sebelum album ini keluar, "Hardwired", "Atlas, Rise!" dan "Moth Into Flame" adalah antara yang paling best. "Moth Into Flame" memang sedap melodinya. Lainnya biasa-biasa sahaja kecuali "Spit  Out The Bone". Ternyata mereka masih belum terlupa bagaimana untuk 'thrash'.

Kalau ikut saya tak perlu 2 disc. 4 lagu awal dari disc 1 campur "Halo On Fire". Tambah pula "Confusion", "ManUnkind" dan "Spit Out The Bone" dah cukup. Kalau nak tambah pun letak "Lords Of Summer". Memang ngam dah. Tak payah meleret.

Senang cerita kalau anda adalah dari golongan yang merasakan Metallica dah tak best sejak 'Justice', album ini tidak akan meninggalkan apa apa kesan pun. Tetapi jika anda sebaliknya...album ini agak boleh tahan.






Tuesday, November 29, 2016

Rusty Blade Discography

Dengan keluarnya 3 cd reissue ini...maka lengkaplah koleksi cd versi "full cover" untuk semua album Rusty Blade.


Tetapi sebenarnya jika anda sudah memiliki versi "Lagenda Rock 80an", selain gambar cover penuh. Yang lainnya tiada perbezaan. Sebijik!

Pada saya lebih menarik kalau mereka mengekalkan tracklist asal seperti di kaset. Tak perlulah lagu-lagu bonus dari album 786 Ikrar Perwira. Album itu pun dah ada versi cd. Tapi nak buat macamanakan. Seperti biasa...taglinenya..."janji ada dari tiada"...huhu...


Ini versi Lagenda Rock 80an bersama 2 album kompilasi terbaik...tak pasti berapa banyak versi "best of" yang ada...


Ini pula versi kaset...sayangnya "Berat" dah hilang ntah kemana...tengah tunggu juga kot-kot akan keluar pula versi piring hitamnya... 😀






Wednesday, November 23, 2016

Yours Truly

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


Cromok - Yours Truly (1996) - keluaran semula 2016

Tak pernah terlepas membeli setiap kaset Cromok ketika ianya diriliskan. Tetapi saya bukanlah peminat tegar mereka. Ada kalanya beli tetapi bukanlah untuk di dengar sangat pun. Ini penyakit gatal tangan setiap kali menyinggah ke kedai kaset. Tengok-tengok mesti akhirnya terbeli juga.

Yours Truly adalah dalam kategori tersebut. Tak berapa nak dengar sangat pun. Cromok yang betul-betul saya dengar dari kulit ke kulit hanyalah sehingga Forever In Time. Muzik mereka saya rasakan sedikit berubah selepas dari itu. Tak pasti berapa lagu yang solonya dimainkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade) tetapi memang agak jelas perbezaannya. Ketukan drumnya pun begitu. Bunyinya lebih padu. Mungkin juga kerana penangan Zan (Rusty Blade).


"Siblings", "Stranger", "Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper" dan "Final Ticking" adalah yang paling menarik. Lainnya ada sedikit kurang bagi pendengaran telinga saya. Biasa -biasa sahaja.

Tetapi penyakit di zaman kaset berterusan. Walaupun dah ada cdnya dalam koleksi cd Anthology (2009) tetapi tetap gatal tangan juga dengan membeli cd reissue ini....








Sunday, November 6, 2016

Doctor Strange



Doctor Strange (2016)

Asalnya ke panggung ingatkan hendak menonton Rock Bro, tetapi atas kuasa majoriti anak-anak yang mahukan Doctor Strange. Si bapa terpaksa mengalah...huh!..

Tak baca komik dan tak ikut perkembangan cerita-cerita superhero. Makanya tak tau pun Doctor Strange ni berkenaan apa. Tetapi bila melihat pelakonnya adalah Benedict Cumberbatch, rasa tertarik juga. Saya adalah pengemar siri tv Sherlock. Sesuai benar beliau dengan watak Doctor Strange. Gaya angkuh/ego dia tu memang tak ubah macam menonton cerita Sherlock. Muka dan gaya beliau memang sesuai benar dengan watak-watak yang sebegini.

Tetapi yang paling menarik tentang filem Doctor Strange pada saya adalah visual babak aksinya. Babak pergaduhan di "multi dimensional world" yang mana segala bangunan boleh berpusing-busing macam main "rubik cube" tu memang sangat menarik. Memang dasyat teknik CGI mereka.

Sebagai seorang yang bukan peminat filem superhero. Rasanya filem ini kekuatannya bukan pada jalan cerita. Tetapi ianya lebih kepada lakonan berkesan Benedict Cumberbatch dan teknik CGI yang sangat ohsem.

yang ni ntah bila nak tengok....





Tuesday, October 25, 2016

Sweet Charity Boxset

Semalam Rafi Xyrus Zone dah tunjuk dia punya boxset...hari ni blog ni pulak...


Saja nak bakar line pada siapa-siapa yang belum ada...haha..


Lengkap semua album ada termasuklah yang koleksi..koleksi tu penting pasal ada lagu dalamnya yang tiada dalam album yang lain.


Sebenarnya taklah boxset sangat pun. Sekadar kertas lipat yang dimasukkan cd didalamnya. Tetapi bila dah susun semua cd didalamnya...hasilnya jadi cantik la juga...Terbaik!


Bagi sesiapa yang belum ada tu inilah peluangnya. Beli satu-satu pun boleh. Taklah rasa berat sangat banding nak beli sekaligus. Tapi yang pentingnya beli cd "Berita Gempa" dulu untuk dapatkan kotak.


Untuk saya dah cukuplah kot. Dua versi cd dah ada. Lepas ni kalau ada lagi cd reissue Sweet Charity memang tak beli dah...lainlah kalau dalam bentuk piring hitam...tergoda jugak tu...heheh..


Dengan ini kira lengkap dah semua lagu dah ada kecuali "Seri Hari Raya". Harapnya lepas ni ada la pula reissue cd hari raya yang ada lagu tu.



Sweet Charity ni sejarah rock melayu. Sesiapa yang sebaya saya pasti terkesan. Dengan keluarnya cd-cd reissue macam ni sekurang-kurangnya muzik mereka akan terus hidup untuk generasi yang seterusnya.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berusaha menjayakannya. Tabik!





Wednesday, October 12, 2016

Keadilan - Ulang Tahun 30

Sempena ulangtahun yang ke 30...


LP Edisi 30 Tahun "Lefthanded - Keadilan" (2016)

Selepas Rusty Blade "786 Ikrar Perwira", kini satu lagi album lagenda rock 80an di piring hitamkan. Walaupun harganya agak "keras" tetapi kualiti soundnya memang tip top. Memang puashati!


Ini adalah album kegemaran. Banyak kenangannya. Pokai kena puasa sampai hujung bulan pun tetap akan dibeli...haha..


kertas lirik


poster


piring hitam manisnya


one happy family...kaset jer dah hilang...


Harapnya akan ada lagi album lain yang akan dipiringhitamkan....Search mungkin?...


Cerita lain pasalnya 2009 >SINI<  beberapa bulan yang lalu >SINI< .






Friday, September 16, 2016

Train To Busan



Train to Busan (2016)

Cerita ni untuk tontonan 18 tahun ke atas. Tapi tak kira tetap juga bawa 2 anak perempuan bawah umur untuk menonton. Maklumlah bila sebut nak tengok cerita korea budak budak memang excited. Kuat betul pengaruh kpop pada budak budak sekarang.

Mungkin elemen ganas menyebabkan ianya di label sebagai 18 tahun ke atas. Tetapi Train To Busan bukanlah sekadar kisah zombie yang ganas. Kisah kasih sayang dan pengorbanan antara si bapa dan anak perempuannya pada saya lebih menonjol dari isu ganasnya sang zombie. Ianya bersesuaian dengan "Dad and daughter day out" yang kami lakukan. Di bawah bimbingan saya rasa anak anak saya faham apa itu zombie.

Nak kata Train To Busan lain dari yang lain tak juga. Maklumlah dah melambak cerita zombie di pasaran. Zombie laju pun World War Z dah buat. Mungkin zombie blur dalam gelap itu satu idea yang baru (haha.) Tetapi isu-isu kemanusian di sebalik trajedi zombie itu yang pada saya menarik.

Seperti kebanyakan cerita zombie ianya adalah kisah "survival". Cuma kali ini ianya dalam keretapi". Maaf, saya kurang sikit bab kpop ni. Tak kenal pun siapa siapa pelakonnya. Tetapi lakonan mereka bagus. Watak baik membuatkan satu panggung bersedih dan watak jahat tu memang rasa nak tumbuk jer mukanya.

Bagi peminat filem zombie seperti saya, Train To Busan ni sebenarnya ok ok sahaja. Mungkin yang menyebabkan filem ini menarik dan meletup kerana ianya zombie Korea bukannya orang putih yang biasa kita lihat. Sayang juga zombie KL tak sebagus ini. Produksi filem Korea memang sudah jauh kedepan.



Wednesday, August 31, 2016

Anak Merdeka

Sempena hari kemerdekaan..


Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987keluaran semula 2016

Minggu ini genap sudah 29 tahun album ini dipasarkan. Ketika itu ianya bersempena dengan sambutan 30 tahun negara. Sayangnya jarang sungguh lagu yang menjadi tajuk album ini dapat kita dengar ketika negara menyambut ulangtahun kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, album ke 2 Ella & The Boys ini juga agak kurang mendapat sambutan. Tak pasti dimana silapnya. Pada saya album ini lagu lagunya lebih baik dan sedap dari album pertama mereka. (pernah cerita dalam entri >sini< ) Mungkin juga kerana album ini terlalu cepat diterbitkan di saat orang belum puas dengan lagu Dua Insan Bercinta.


Selain anthem untuk hari merdeka, album ini juga mengandungi lagu anthem untuk hari ibu. Lagu Ibu nyanyian Lord liriknya memang sesuai untuk didedikasikan untuk para ibu. Lagunya pun sedap. Sayangnya seperti Anak Merdeka ianya kurang dipromosikan.

Pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Tetapi di waktu itu tengah kemaruk dengan lagu rock inggeris, maka ianya tidak diendahkan sangat. Tetapi jujurnya hanya betul betul menghayatinya beberapa tahun yang lalu. Tak sangka pula ianya "grower". Makin lama dengar makin sedap. Lord memang seorang komposer yang bagus. Walaupun dah ada kesemua lagu lagunya dalam cd kompilasi Ella & The Boys tetapi memilikinya dengan cover yang asal adalah satu kemestian bagi mana mana album yang ada memorinya.

Saya berharap idea untuk menghidupkan semula Battle of the Bands akan menjadi kenyataan. Teringin nak dengar Ella menyanyikan semula lagu lagu dari album ini. Banyak lagu lagunya yang pada saya lebih sedap dan rockin' dari zaman solo beliau.