Showing posts with label 2002. Show all posts
Showing posts with label 2002. Show all posts

Friday, March 27, 2026

Rock in Rio

24th anniversary.

Iron Maiden - Rock in Rio (25/03/2002)

Kalau live album kegemaran sudah semestinya Live After Death. Itu kemuncak mereka dan kenangan remaja. Tetapi ini tak kurang hebat. Cuma bila "the three amigos" beraksi agak sukar jugak nak tangkap siapa yang main mana terutamanya di bahagian rythm. 

Tetapi yang pastinya album-album live mereka jarang mengecewakan, cuma kalau tak puas hati pun mungkin sedikit tentang pemilihan lagu.

Scream for me Brazil!...


Sunday, February 28, 2021

Hollyweird

Antara cd yang terkini dalam simpanan...

Poison - Hollyweird (2002)

Tak pernah tahu tentang Hollyweird sebelum ini. Tak berapa mengambil tahu tentang Poison selepas kurang berminat dengan hala tuju Native Tongue (1993). Rupa-rupanya ini adalah album studio penuh dari klasik lineup mereka.

Dengan kembalinya C.C. DeVille, Poison kembali kepada diri mereka yang asal. Straight forward happy rock and roll bukannya blues-based rock ketika zaman Richie Kotzen ataupun Blues Saraceno. Walaupun kedua-dua mereka adalah shredder yang hebat, tetapi nadi dan trademark Poison adalah sound gitar C.C. 

Walaupun ada di antara lagu-lagunya yang kedengaran agak moden untuk bernostalgia ke era 80an, tetapi ada juga lagu-lagunya yang boleh membawa kita kembali kepada zaman Open Up and Say... Ahh! (1988) dan Flesh & Blood (1990).

Hollyweird tak akan menjadi album terbaik Poison, tetapi ianya juga tidak akan mengecewakan peminat awal mereka.



Friday, February 8, 2013

Crimson Thunder

Lagi dikorek dari draf tahun lepas (banyak betul draf tahun lepas yang terbengkalai..)
Kaset yang dah 10 11 tahun.


Hammerfall - Crimson Thunder (2002)

Selain Rhapsody, Hammerfall lah yang membuatkan saya mula mendengar semula muzik heavy metal selepas 2,3 tahun meninggalkannya pada penghujung 90an dulu. Album awal mereka seperti Glory to the Brave, Legacy of Kings dan Renegade mengembalikan minat saya pada heavy metal sebenar selepas merasa bosan dengan muzik nu metal dan alternative yang berleluasa ketika itu.

Tak kisahlah kalau muzik mereka bukannya original. Original kalau tak sedap pun nak buat apa. Saya telah melepasi peringkat umur untuk mengejar originaliti dalam muzik. Bagi saya apa yang sedap, itu lebih penting. Tak kisah lah kalau nak jadi klon Iron Maiden, Judas Priest, Helloween, Manowar ker...janji sedap...saya peduli apa.


Walaubagaimanapun saya rasa Crimson Thunder tidak lah sehebat album2 awal mereka. Mungkin mereka terlalu mencuba untuk menjadi popular, hasilnya jadilah Crimson Thunder sebuah album yang sangat pop dan komersial bunyinya. Lagu-lagunya memang agak catchy tetapi agak sukar untuk melekat. Mungkin kerana lagu-lagunya seakan-akan sama sahaja.

Namun begitu ianya masih tetap sebuah album heavy metal yang bagus. Kalau anda masih merindui  muzik metal 80an di era nu-metal tanpa gitar hero ni, Hammerfall lah antara yang patut anda cari. Lagu-lagu seperti Riders On The Storm, Angel of Mercy, Crimson Thunder dan A Hero's Return pasti menghilangkan kerinduan tersebut.



Friday, February 1, 2013

V6

Lagi yang dikorek dari draf untuk entri tahun lepas...album rock melayu yang dah 10 11 tahun..


XPDC - V6 (2002)

Ketika XPDC terpecah 2, saya memihak kepada Mael dan Real XPDCnya. Tak kisah lah walau live dia hancur ker apa. V6 adalah XPDC yang bukan sahaja tanpa Mael, tapi ianya juga tanpa Zuar dan Amy. Maknanya hanya tinggal Izo sahaja anggota yang asal. (walaupun sebenarnya Yan adalah seasonist untuk seisi rakaman album2 XPDC sebelumnya)

Terus terang pada ketika itu saya sudah kurang berminat kepada XPDC. XPDC pada saya adalah album Kita Pengyu dan Brutal. Tetapi saya tertarik untuk membeli cd ini kerana dapat t-shirt percuma. Kira berbaloi la juga dengan harganya.



Lagu-lagunya ok, cumanya kurang lagu heavy. Kebanyakannya adalah lagu-lagu jenis mid tempo. Kurang dah rif-rif yang boleh hanguk kepala. Satu yang tak berubah mereka masih meniru Metallica. Bila Metallica berorkestra, mereka juga mahu berorkestra. Terdapat beberapa lagu slow yang berkonsep begitu.


Berdesup Cahaya dan Haprak adalah antara lagu yang berjaya menarik minat saya. Haprak adalah bunyi Metallica XPDC yang lama. Sakinah, Mongol Dah Pulang pun boleh tahan cuma rasanya masih tidak boleh menandingi lagu-lagu lama mereka. Dan tiada pula lagu slow yang benar-benar saya suka. Mungkin juga saya bias...




Monday, January 21, 2013

Evolusi

Lagi koret-koret entri tersangkut dalam draft dari tahun lepas

Album rock melayu yang dah 10 11 tahun.


Viper - Evolusi (2002)

2002 adalah tahun-tahun yang saya kembali membeli kaset dan cd terutamanya band2 rock melayu. Sudah lupa bagaimana saya boleh terjebak membeli kaset ini. Mungkin juga atas faktor XPDC dan rasa ingin tahu bagaimana agaknya muzik Zuar selepas keluar dari XPDC.

Mungkin ini album balas dendam Zuar untuk membuktikan dia boleh bergerak sendiri tanpa XPDC. Lirik "Nekad" jelas adalah luahan yang terbuku di dalam hati beliau. Dia memilih untuk bermain gitar sambil menyanyi. Bukannya bermain bass semasa bersama XPDC. Sayangnya pada saya album ini agak kurang menjadi. Saya akui Zuar memang berbakat tapi lagu-lagunya tidak cukup kuat. Mungkin atas dasar itu lagu-lagu XPDC kebanyakannya hasil ciptaan Izo dan Mael.


Tetapi kelemahan yang ketara pada saya adalah vokal Zuar sendiri. Ternyata beliau bukanlah lawan Mael mahupun Ali. Growlnya memang tak menjadi. Pengunaan teknologi studio sedikit sebanyak membantu menutup kelemahan vokalnya. Rasanya cuma lagu Memori dan Nekad sahaja kot yang agak diketahui.

Senang cerita, eloklah dia kembali bermain bass dan bukannya menyanyi. Antara kaset yang akan hilang dimakan zaman.




Thursday, January 17, 2013

Warriors of the World

Entri yang sepatutnya diterbitkan tahun lepas tetapi terlajak....

Album yang dah 10 11 tahun.


Manowar - Warriors of the World (2002)

Album yang membuatkan ramai peminat lama jadi tawar hati kepada mereka termasuklah saya. Track pertama "Call to Arms" sebenarnya adalah sebuah lagu yang agak bagus juga tetapi 4,5 lagu selepas itu lah yang menjadi puncanya ramai yang tak suka.

Manowar cuba menunjukkan sikap patriotik mereka selepas peristiwa 9/11. Sayangnya mereka memilih untuk menjadi meleweh dengan lagu-lagu jenis opera. Ok, Master Of The Wind juga adalah lagu yang meleweh, tetapi kalau ada 4,5 lagu meleweh dalam satu album kononnya true metal memang agak membosankan juga.


Kaset ini saya tinggalkan dalam gerobok tak terusik sehinggalah sekarang. Mendengarnya semula (secara download, radio kaset saya dah rosak) selepas 10 11 tahun dengan usia yang semakin tua dewasa memungkinkan saya mendengarnya dengan pemikiran yang lebih terbuka.

Kesimpulannya Warriors Of The World takderlah seteruk mana. Layan jugak sesekali bila mendengar Eric Adams cuba untuk menjadi Luciano Pavarotti. Tetapi apa yang dulunya saya tak perasan adalah 3 lagu terakhir dari album ini. Oleh kerana selalu berhenti mendengar selepas track ke 3 atau ke 4 "Hand of Doom," "House of Death," dan "Fight Until We Die" adalah hidden gems yang saya terlepas pandang. Ini lah apa yang peminat lama Manowar mahukan. Hard, heavy, and brutal!. Tak kisah lah kalau liriknya balik-balik Kill, Die,Sword,Death,Metal.Steel dan lain lain tu. Dah namanya Manowar, kalau tak macam itu....ianya bukanlah Manowar kan?



Monday, January 7, 2013

Abigail II: The Revenge

Yang patutnya di publishkan tahun lepas...kaset 10 11 tahun...



King Diamond - Abigail II: The Revenge (2002)

Ntah kenapa dalam banyak2 band metal yang saya dengar ketika zaman budak/remaja, saya tidak pernah mempunyai apa2 album dari King Diamond. Mungkin kerana kekangan kewangan seorang pelajar yang menyebabkan saya terpaksa memilih apa yang patut dibeli apatah lagi sejak dizaman sekolah hingga ke IPT saya  mempunyai kawan rapat yang meminati King Diamond yang menyebabkan saya tidak perlu membeli untuk mendengarnya.

Pengalaman pertama saya mendengar King Diamond adalah melalui abang saya melalui lagu Melissa dari Mercyful Fate. Mendengarnya di waktu malam dengan menutup lampu memang amat menyeramkan apatah lagi imej King Diamond yang begitu. Pada ketika itu bagi saya inilah band yang paling setan sekali.

Kemudiannya saya di dedahkan dengan album Abigail dan Them oleh rakan sekolah merangkap drummer band saya ketika zaman saya di sekolah dulu. Di IPT saya di dedahkan pula dengan Conspiracy dan The Eye oleh seorang rakan baik saya. Ini bermakna walaupun saya tidak mempunyai apa2 material KD tetapi saya cukup maklum dengan lagu2nya.

Maka apabila saya kembali mendengar metal di tahun 2001/02 (pencen sekejap lepas kahwin konon2nya..heheh), saya membeli kaset ini. Saya memang mengharapkan ianya sebaik Abigail (1987) kerana sememangnya bukannya mudah untuk membuat sambungan konsep album. Apatah lagi ianya selepas berbelas tahun.



Ternyata ianya sememangnya album yang bagus. Jalan cerita bagus. Lagu2nya pun bagus malah intro "Spare This Life" masih boleh menyeramkan saya seperti dulu bila mendengarnya waktu bergelap di tengah malam. Kemasukan Mike Wead yang bergandingan dengan Andy LaRocque menjadikan KD kembali mempunyai twin gitar solo yang menyengat. Memang bagus riff2 dan solonya. Simple, melodic dan sangat lazat walaupun kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada riff2 Jeff Waters (Annihilator).

Mungkin juga album ini boleh di gelar metal opera. Lagu2nya memang catchy dan suara KD dari normal pitch hingga jeritan falsetto yang menyeramkan tu tetap power macam dulu. Semua lagu pun best tapi antara pilihan saya adalah "A Mansion in Sorrow" dan "Miriam".

Album ini juga menjadi penyebab untuk saya menbeli Queensrÿche - Operation: Mindcrime II. Sayangnya tidak seperti Abigail II, OP II sangat mengecewakan. Ternyata tak mudah nak buat konsep album yang bersambung ni tapi KD berjaya melakukanya.





Thursday, October 25, 2012

Deafening Silence

Ni pun dah 10 tahun,


Cromok - Deafening Silence (2002)

Saya tidak pernah terlepas dari membeli setiap rilisan Cromok. Namun begitu album mereka yang benar2 saya dengar cumalah sehingga Forever In Time. Album mereka selepas itu saya cuma membelinya sebagai tanda sokongon walaupun sebenarnya saya tidak berapa mendengarnya.

Cromok di zaman Hillary sedikit berbeza berbanding Karl. Secara jujurnya saya lebih suka zaman Karl kerana saya rasa solo2 Karl lebih melodic. Mungkin jugak kerana pengaruh neo classical Malmsteen ataupun power metal Kai Hansen yang menjadi inspirasi Karl manakala Hillary pula lebih ke arah rock n roll (Eddie Van Halen contohnya)


Tapi jangan salah anggap, saya sebenarnya peminat Hillary. Search tanpa Hillary memang saya kurang berkenan. Saya meninggalkan Search selepas album Fenomena. Cuma beberapa tahun kebelakangani ni sahaja saya mula mendengar Search semula (zaman Kid). Tapi mungkin telinga saya sudah terbiasa dengan Cromok yang melodic dan kemelayuan menyebabkan sedikit sukar untuk saya menerima sepenuhnya album ni.

Walaubagaimanapun Hillary tidak pula melembutkan Cromok. Deafening Silence tetap sebuah album thrash. Lagu2 seperti  "Enough?", "Whisper", "Struggle" dan "Frontliner" dll masih mengekalkan ciri2 Cromok. Kecuali instrumental "Who Cares What You Think" yang sedikit berlainan. Ini membuktikan yang Hillary adalah seorang gitaris yang sangat versatile.

Apa2 pun selagi Sam dan Miji ada...tak kisah lah siapa pun gitaristnya. Cromok tetap Cromok.




Friday, October 5, 2012

Reroute to Remain

Kembali kepada cerita2 album yang dah 10 tahun...



In Flames - Reroute to Remain (2002)

Aku agak terlambat untuk follow In Flames ni...zaman dorang tengah naik aku dah tinggalkan death metal...tapi bila aku berpeluang mendengar album Clayman...aku jadi berminat pulak...dari Clayman la aku mula berminat untuk menjejaki album2 lainnya.

Billa kaset Reroute To Remain ni berada di pasaran (beli pada Dec 2002...tahun2 terakhir aku beli kaset)...aku membelinya tanpa was was...tapi bila mendengarnya ni aku jadi tawar hati dengan In Flames...



Hilang dah melodic death metalnya...walaupun muziknya lebih berat dari Clayman...tapi arah tujunya seolah2 lebih kepada nu-metal...walaupun masih ada elemen melodicnya terutama pada korus lagu...tapi hilang dah trademark solo2 gitar mereka...

Aku tak berani nak cakap mereka "sell-out"...atau menjadi mainstream...mereka masih metal...pada aku tak salah pun kalau nak mainstream...Tapi experimen mereka didalam album ni memang tak berapa masuk untuk taste aku...cukuplah takat aku mendengar dari Jester Race hingga ke Clayman...

Btw...syok juga layan lagu slow dia "Methapor"...memang selalu band2 yang extreme ni bila sesekali buat lagu slow memang sedap2...



Friday, August 10, 2012

Treasure Chest

Lagi koleksi best of...kali ni versi kaset yang dah berusia 10 tahun...



Helloween - Treasure Chest (2002)

Aku sebenarnya tak ingat pun aku ada kaset ni...hari tu kemas2 baru terperasan...ini adalah antara kaset yang aku beli lepas tu terus simpan...beli bukan sebab nak dengar...pasal semua lagu2nya memang aku dah ada pun....

Bistu buat apa beli?....hahaha...ini soklan yg orang rumah aku pun selalu tanya....ianya lebih kepada nak buat koleksi....ini adalah penyakit kepada orang yang ketagih kaset/cd macam aku ni...membeli adalah kerana hobi dan nak buat koleksi...sangat pantang kalau termasuk ke dalam kedai cd....heheh...nasib pada ketika itu penjualan cd lum berapa meluas...kalau tak kompem aku dah sambar...

Kalau anda peminat Helloween atau baru belajar nak dengar Helloween...memang album ni yang patut anda cari...boleh dikatakan ianya himpunan semua lagu2 terpenting sepanjang karier mereka dari self-titled debut EP (1985) hinggalah ke 'The Dark Ride' (2000)....

tarikh aku beli pun ada tulis
boleh dikatakan aku sememang peminat Helloween...tak kira lah zaman Kai Hansen...Roland Grapow...Michael Kiske ataupun Andi Deris...memasing ada kelebihannya....malah album2 seperti  'Pink Bubbles Go Ape' dan 'Chameleon' yang ramai fan tak suka tu pun bagi aku ok jer....

Terdapat 29 lagu yang dibahagi kepada 2 kaset...(kalau cd...2 disc la...) merangkumi lagu2 seperti ...

'Helloween' EP (1985) - 'Murderer," "Starlight"
'Walls of Jericho' (1985) - "Metal Invaders," "How Many Tears," "Walls of Jericho/Ride the Sky"
'Keeper of the Seven Keys, Pt. 1' (1987) - "Future World," "Halloween," "A Little Time," "A Tale That Wasn't Right."
'Keeper of the Seven Keys, Pt. 2' (1988) - "Eagle Fly Free," "I Want Out," "Keeper of the Seven Keys," "Dr. Stein."
'Pink Bubbles Go Ape' (1991) - "The Chance."
'Chameleon' (1993) - "Windmill."
'Master of the Rings' (1994) - "Where the Rain Grows," "Sole Survivor," "Perfect Gentleman," "In the Middle of a Heartbeat," "Mr. Ego."
'Time of the Oath' (1996) - "Power," "Kings Will Be Kings" "Time of the Oath," "Forever and One."
'Better Than Raw' (1998) - "I Can," "Midnight Sun."
'The Dark Ride' (2000) - "Mr. Torture," "Immortal," "Mirror Mirror."



Disebabkan Helloween ni banyak sangat lagu best...aku rasa lagu2 seperti "Heavy Metal (Is The Law) atau "If I Could Fly" atau lagu2 dari Pink Bubble dan Chameleon macam "Kids of the Century", "When the Sinner" atau "I Don't Wanna Cry No More" pun boleh masuk list...tapi kalau camtu mungkin dah jadi 3 kaset la kot...

Pernah gak terpikir nak upgrade ke cd...terutamanya yang box set ada 3 disc tu....tapi apakan daya....iskh....

apa2 pun tak kira la versi kaset, cd maupun boxset...ini sememangnya REKOMENDED!



Friday, July 27, 2012

Edward The Great

lagi memori album best of...kali ni yang 10 tahun...



Iron Maiden - Edward The Great (2002)

Walaupun aku sememangnya peminat Iron Maiden...aku ada kesemua album2 studio mereka...tapi masih tak cukup tegar untuk membeli apa sahaja rilisan mereka yang lainnya...contohnya macam album best of atau pun live...tapi kalau aku dah kaya raya mungkin jugak kot...heheh...

Tapi kalau nak banding dengan live album...ada jugak yang aku beli...tapi untuk cd best of ni cuma Edward The Great ni jer la satu2nya yang aku ada...tu pun dalam setahun dua lepas terjumpa kat mudah.com dengan harga cuma RM20....

Secara perbadinya bagi aku album2 best of ni lebih kepada untuk peminat baru...casual fan...ataupun disebabkan ada lagu2 yang ko takder...tu sebab banyak cd best of ada unreleased track...tujuannya untuk menarik peminat tegar membelinya...tapi Edward The Great memang takder apa...semua lagu pun aku dah ada...memang tak rasa berbaloi pun nak beli...mungkin ini satu cara syarikat rakaman nak cari duit...apa yang aku baca memang Steve Harris cakap ni album untuk peminat baru...kalau yang tegar dia suh beli  Eddie's Archive box set...yang tu memang sangat mengiurkan tapi apakan daya tangan aku tak sampai...




Dari segi pilihan lagu pun banyak lagu best takder...no "Aces High"??...no "Hallowed Be Thy Name"???...lagu2 zaman D'Anno langsung takder????...packagingnya pun biasa2 ajer...takder la gambo2 rare pun...rasanya cd ni memang betul2 sesuai untuk orang2 yang baru nak belajo dengo Maiden...untuk yang lainnya...baik cari "Best Of The Beast" atau "The Essential Iron Maiden"...tak pun cari jer "Ed Hunter"...




Wednesday, March 28, 2012

Cold White Light

yang 40...30...20 tahun pun semua dah...kini pasal yang 10 tahun dulu pulak...



Sentenced - Cold White Light (2002)

Sebenarnya agak sukar untuk aku kalau nak pilih album pilihan dari tahun 2002 ni....pasal ketika itu aku baru mula serius kembali nak dengar muzik metal setelah bertahun meninggalkannya...tu pun bila aku terjerumus terjoin geng2 metal alam siber "metal terus" zaman2 yahoo mailing list hinggalah zaman forumnya...pendengaran aku ketika itu lebih kepada band2 power metal (angkara Hammerfall, Rhapsody dan trade cdr bersama En Hafiz dan Encik Fazrie(BS)...)

Mungkin patutnya aku pilih album2 power metal yang banyak aku dengar ketika tu seperti Night Of The Opera - Blind Guardian, Avantasia - The Metal Opera Pt II, Hammerfall - Crimson Thunder, Symphony X - The Odyssey, Rhapsody - Power Of Dragonflame, Manowar - Warriors Of The World atau mungkin saja Dream Theater - Six Degrees of Inner Turbulence maupun Dio - Killing the Dragon....tapi ntah kenapa hati aku lebih tertarik kepada album ke 7 band asal Finland ni..

Sebenarnya aku tak tau apa2 pun pasal metal Finland dan Sentenced ni...tahun 80an aku kenal Hanoi Rock ajer...tu pun pasal kes drummer dia eksiden ngan Vince Neil...pastu baru la tau pasal Sonata Arctica dan Children Of Bodom...tapi Sentenced ni asalnya cuma aku tau nama...tu pun pasal terbaca review Dr Ben kat Metal Terus isu no berapa pun ntah aku dah tak ingat...



1st time beli kaset ni...aku ingatkan dorang masih band death metal lagi...ketinggalan kapal sungguh...rupanya dorang dah berubah...tak tau nak panggil apa jenis muzik dorang ni...lagu2nya agak simple, pop dan mellow...depressive...sedih....tapi agak catchy...jenis2 anthemic choruses...tapi masih ada sound metalnya...ni nak panggil apa ni...gothic metal eh?...

Dulunya aku tak suka grunge...pasal aku tak suka lagu2 jenis mellow meleweh dan depressive...rock n roll supposed to be fun...haha...tapi ni pun apa kurangnya...baca tajuk lagu2nya seperti  "Cross My Heart and Hope to Die" dan "Excuse Me While I Kill Myself" pun dah boleh agak muziknya macamaner....tapi camner aku boleh suka pulak...ni memang susah aku nak explain...album ni memang ada "Something" yang buat dia jadi special...iyer lagu2nya memang straight forward, mudah dan predictable...tapi walaupun bunyinya depressing...tapi still rock still metal dan kekadang aku rasa heavy...dan sangat catchy...solo gitarnnya pun sedap...boleh singalong boleh headbangin....bukan meleweh2 macam grunge...(no offence to peminat grunge...heheh)

Antara lagu2 yang sekali dengar pun aku dah suka ialah "Cross My Heart and Hope to Die", "Luxury of a Grave", "Neverlasting", "Brief is the Light" dan  "Excuse Me While I Kill Myself"...semuanya catchy2 belaka...so tak heran kalau aku pilih album ni lebih dari rilisan band2 power metal yang aku kemaruk dengar ketika itu..



Aku rasa penyanyinya Ville Laihiala memang sesuai menyanyikan lagu2 seperti ni...suara jenis2 deep...low...growl ala2 thrash metal....yang ntah kenapa boleh membuatkan aku terbayangkan negara2 Scandinavian....terus terang aku tak berapa tau pasal band2 member Sentenced ni...semangat mendengar band2 semasa aku berumur belasan tahun ataupun awal 20an amat berbeza ketika aku berumur 30an...sekarang setakat mendengar dan tidak lagi beriya2 mengambil tau sapa2 dia di dalam band tersebut...yang aku tau...orang penting dan juga pemain gitarnya Miika Tenkula dah mati kan...so rasanya kalau ada pun reunion dorang...ianya pasti dah tak sama...

Dari album ni aku mula mencari album2 awal mereka termasuk dari zaman death metal mereka...ternyata Sentenced memang best tak kiralah walaupun genre apa...tapi untuk album ni...ianya bukan untuk telinga semua orang...kalau korang jenis yang laju dan brutal itulah adalah metal...baik jangan dengar...tapi bagi yang lainnya....ini sangat

REKOMENDED!


Thursday, November 3, 2011

Doug Aldrich dan Killing The Dragon

Semenjak konsert whitesnake ni...banyak pulak aku terbaca pasal Doug Aldrich...aku pun nak menyibuk cerita pasal mamat ni..lagi pun dah lama tak buat cerita pasal gitar hero..



aku 1st time tau pasal dia bila ada terbaca rumour pasal Dio nak ambik dia lepas Craig Goldy injured tangan (tahun 88 kalau tak silap)...tapi tu jam band dia "Lion" tengah baru nak naik...dia tolak...sapa pernah tengok Transformer The Movie (yang kartun punya) tahun 1986...lagu tema dia tu "Lion" la yang main...tapi sayangnya kumpulan ni tak top...dan dia jugak main dengan House Of Lords untuk album "Sahara" (aku suka album ni...best) tapi nama dia tak masuk list pun pasal dia cuma gitarist jemputan untuk album tu...tapi dengan Hurricane (satu lagi band 80an yang kurang menjadi...dia memang join dan main untuk album "Slave to the Thrill"...sayangnya ngan Hurricane pun tak lama pasal dia nak join House Of Lords...tapi Gregg Giuffria tak ambik dia full time pun untuk House Of Lords...


Metal Edge Jun 1989


Metal Edge April 1994

Akhirnya masa zaman grunge meletup dia ngan vokalis "Lion" tubuhkan Bad Moon Rising...tapi aku tak ambik tau pun...pasal aku ingat ni band alternative macam Blind Melon atau Collective Soul tu...dan aku tak tau pun dia dalam band tu...tapi bila Dio rilis Killing The Dragon (2002) tetiba nama dia naik balik...padahal tu jam Dio dah ngam dah dengan Craig Goldy masa album Magica...album yang pada aku menaikkan balik nama Dio kat pentas metal selepas beberapa album tenggelam sejak Dream Evil...

Dalam satu interview ngan Craig Goldy yang aku baca sepatutnya memang dia yang main untuk Killing The Dragon...malah dia main dan cipta 3 lagu... “Throw Away Children,” “Push” dan “Rock and Roll”...tapi kebetulan masa tu wife dia kat Denmark mengandung...so pada dia keluarga lebih penting...dan mungkin memang rezeki Doug Aldrich...Dio panggil Doug untuk habiskan recording Killing The Dragon dan rakam semula 3 lagu Craig Goldy tu...
(btw...Craig Goldy memang gitarist fav. Dio...minggu2 sebelum kematiannya pun dia bersama2 ngan Craig cipta lagu untuk album baru yang ada iras2 Magica...dengar cerita wife Dio, Wendy dah bagi kebenaran untuk Craig dan Rudy Sarzo riliskan lagu2 ni satu hari nanti...dengo2 ceritanya mungkin Ripper Owens yang nyanyi....ok ni cerita lain....mungkin aku patut buat entri pasal Craig Goldy jugak la...)



Apa2 pun Killing The Dragon memang best...ramai yang kata album ni mengembalikan Dio ke era 8an...zaman2 Holy Diver, Last In Line...tambah2 pulak Jimmy Bain pun main dan menyumbangkan lagu...tapi pada aku tak kisah la apa orang kata...kalau Magica menaikkan semula nama Dio...Killing The Dragon pulak benar2 menaikkan semula nama Doug Aldrich...riff2 dan solo2 dia dalam ni memang dasat...kekadang megingatkan aku kepada Dio zaman Vivian Campbell...memang tak salah peminat mengaitkan album ni dengan album2 era 80an Dio...production album ni pun tip top...clear....

Walabagaimanapun...aku lebih suka lagu2 dari side A (kalau dengar guna kaset la...) terutama lagu "Killing the Dragon" dan "Along Comes A Spider"...riff dan solo2 Aldrich dalam lagu2 ni memang dasat...selain tu "Scream","Rock And Roll" dan "Throw Away The Children" pun best..."Push" tu walaupun bunyi pop rock sikit...tapi ok la...

Cuma side B ada sedikit filler...lagu2 macam "Cold Feet", "Guilty" dan "Before The Fall" ni ler yang buat aku rasa album ni jadi kureng sikit...lain2 memang aku takder masalah...tapi macam aku cakap awal tadi la...Craig Goldy adalah gitarist kegemaran Dio....so Doug Aldrich cuma merasa main satu album ni ajer la...pasal album selepas tu Master of the Moon...sekali lagi Craig Goldy yang main (iskh...aku memang patut buat entri pasal Craig Goldy ahhh...)