Showing posts with label 1998. Show all posts
Showing posts with label 1998. Show all posts

Monday, November 27, 2023

U2 - The Best of 1980–1990

 Hasil menyelongkar gerobok cd...

U2 - The Best of 1980–1990 (1998)

Saya bukanlah peminat U2. Dan tak ingat bagaimana cd ini boleh berada dalam simpanan. Berkemungkinan besar ianya adalah pemberian dari abang. 

Beliau sememangnya peminat besar U2. Terutamanya album The Joshua Tree (1987). Saya cuba juga untuk jatuh minat. Tetapi tidak berjaya. Sememangnya selera berbeza walaupun dari pertalian darah yang sama.


Tetapi sejarah saya bersama U2 adalah lebih awal dari itu. Lagu pertama mereka yang saya dengar adalah Pride (In the Name of Love) dari album The Unforgettable Fire (1984). Ianya juga adalah dari abang. 

Lagunya sedap. Tetapi ianya hanyalah sekadar lagu yang mengamit memori zaman awal remaja. Nak kata minat sangat pun tak juga.

Tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya cd ini, boleh la juga menyampuk kalau ada yang nak berbual tentang U2. Dan rasanya tak ada masalah juga untuk menamakan 3 lagu jika ada yang bertanya…hahah..


Monday, June 26, 2023

A Little South of Sanity

Antara cd terkini dalam simpanan... 

Aerosmith - A Little South of Sanity (1998)

A Little South of Sanity adalah apa yang selalu dicadangkan oleh Portdy dan Deaf apabila berborak tentang album live di dalam group whatsapp blogger. Tetapi tak ada lah rasa teruja sangat nak membeli sehinggalah terjumpa ianya di jual di Shopee dengan harga serendah RM16.62.

Cd ini bolehlah dianggap seperti album greatest hits. Terutamanya bagi yang mengikuti Aerosmith hanya dari zaman 80an dan awal 90an mereka sahaja. Semua lagu popular di zaman tersebut ada. Di tambah pula ini adalah zaman penghujung kemuncak mereka. Bermakna dari segi vokal Steven Tyler, ianya adalah masih di dalam keadaan yang terbaik.


Band yang mempunyai 2 pemain gitar solo sememangnya seronok untuk didengar secara live. Terutamanya jika menggunakan ear atau head phone. Jelas bunyi gitar Brad Whitford di kiri dan Joe Perry di kanan telinga. 

Tak pasti samada ianya ada melalui proses "baik pulih" di studio. Tetapi secara keseluruhannya ia berjaya menangkap suasana atau pun aura sebenar seperti betul-betul berada di ruang konsert mereka. Kalau ada yang kurang pun, sepatutnya bunyi bass Tom Hamilton perlu lebih dikedepankan.


Thursday, June 23, 2022

Gila Format - Something Wicked This Way Comes

Lagi album yang berjaya di"gila format"kan... (bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 24 semalam)

Iced Earth - Something Wicked This Way Comes (1998)

Pertama kali tahu tentang album ini adalah dari satu iklan di majalah rock/metal berbahasa melayu yang wujud pada penghujung 90an. Tak ingat majalah apa. Mungkin majalah "Konsert". Ianya adalah cinta pandang pertama. Berkenan dengan gambar covernya dan jadi minat pula bila kali pertama mendengar muziknya. 

Something Wicked muziknya agak melodic. Ianya adalah diantara sempadan US power metal dan thrash. Lagu-lagunya berselang seli antara yang rancak dan perlahan. Yang perlahan pun bukanlah jenis betul-betul balada. Ianya ala-ala "Fade To Black" atau "Cemetary Gates". Memang yang jenis mudah hadam dan sedap. Sekali dengar pun dah jatuh minat.


Versi kaset dibeli pada penghujung 90an. Menjadi rutin hampir setiap hari mendengar kasetnya di dalam kereta sambil membaca suratkhabar di tempat parking Plaza Kotaraya JB. Sampai cepat kerana menghantar isteri makanya itulah rutin harian untuk menghabiskan masa sambil menunggu masa untuk masuk kerja. Setiap kali mendengarnya pasti akan mengembalikan kenangan ke zaman tersebut.

Versi cd di beli ketika zaman kemaruk e-bay. Tak ingat tahun bila. Ianya merupakan satu-satunya cd dari Iced Earth yang dimiliki sebelum cd Alive in Athens yang dihadiahkan oleh Deaf.


Versi lp pula adalah reissue terkini (2022). Di beli dari seorang penjual Discogs dari Greece dengan harga mampu milik (kos pos murah).

Maka bertambah lagi satu koleksi "gila format". Satu penyakit yang tak semua orang boleh paham 😅


Thursday, April 7, 2022

Tanpa Prejudis

 Pendengaran rawak ketika bekerja dari rumah...

Amuk - Tanpa Prejudis (1998)

Siapa disebalik Amuk bukanlah lagi satu rahsia. Tetapi pada suatu ketika dahulu ianya memang satu misteri. Memang tiada gambar dan info tentang mereka di inlay cd. Membelinya dahulu secara cuba jaya selepas terbaca satu artikel promosi tentangnya di surat khabar. Ianya lebih kepada perasaan nak tahu bagaimana muzik Cromok dinyanyikan dengan lirik berbahasa melayu. 

Mereka adalah di antara beberapa buah band yang menggunakan perkataan "metal" secara mainstream yang meletop di pasaran selepas kejayaan XPDC. Ketika itu (penghujung tahun-tahun 90an), memang banyak band-band yang berkonsep sebegini. Dan saya pula pada ketika itu baru kembali untuk cuba mendengar rock melayu turut terbabit untuk membeli sebahagian darinya. Amuk hanya saya ikuti (beli) hingga ke album no. 2 (Tak Relevan). Selepas dari itu hanya tahu lagu-lagu mereka yang keluar di radio..


Sebenarnya agak janggal juga apabila mendengar muzik Cromok dinyanyikan dalam bahasa melayu. Mungkin kerana dah terbiasa dengan growl Sam Cromok yang tak faham bunyi butir tu...haha... Tetapi sebenarnya saya lebih tertarik dengan lagu-lagu bukan Cromok dari album ini. Ianya menjadi identiti mereka untuk album-album yang seterusnya.

Rasanya kalau saya mendengar album Lang Buana dari Febians terlebih dahulu, pastinya dari awal lagi saya tidak perlu untuk berteka teki siapakah dia Bandi Amuk sebenarnya...


Thursday, September 23, 2021

Gila Format - Virtual XI

 Satu lagi entri pasal Iran Maiden sambil-sambil menunggu entah bila sampainya Senjutsu.

Iron Maiden - Virtual XI (1998)

Antara terkini yang barjaya di "gila format" kan...

Ini adalah lp album studio mereka yang ke 11 dari jumlah 16 keseluruhannya yang berjaya saya miliki (tak termasuk Senjutsu). Pelan-pelan kayuh untuk 5 tajuk lagi (TXF, BNW, DOD, AMOLAD, TFF). Iyer-iyer jer ni...haha...

Versi cd pula dibeli 2 hari selepas ianya berada di pasaran. Ketika itu masih bekerja di KL. Keluar waktu lunch dari pejabat di Danau Kota ke Alpha Angle, Wangsa Maju semata-mata kerananya. Keluar sorang-sorang tak makan tengahari pun jadi. Punyalah bersemangat. Seronokan zaman dulu bila dapat membeli album baru serentak dengan tarikh ianya dikeluarkan berbanding sekarang terpaksa menunggu berminggu-minggu posto dari luar negara.

Versi kaset kalau tak silap di beli saing-saing dengan kaset Fear Of The Dark beberapa tahun lalu dengan Skudal. (Kaset terpakai). Tahun 1998 adalah tahun yang lebih memilih untuk membeli cd berbanding kaset. Rasa lebih puas pegang cd kerana ianya lebih besar. Serupalah dengan perasannya sekarang apabila membeli lp.

Virtual XI mungkin adalah antara album yang kurang digemari oleh peminat lama Iron Maiden tetapi tidak untuk saya. Saya tiada masalah dengan Blaze sebagai vokalis. Saya sememangnya sudah mengikuti beliau sezak zaman beliau bersama Wolfsbane. Ditambah pula dengan Iron Maiden sekarang lebih kepada lagu-lagu panjang, makanya album seperti Vitual Xi adalah sangat saya hargai.



Thursday, September 9, 2021

Psycho Circus

 Layanan rawak semasa Berkerja Dari Rumah...

KISS - Psycho Circus (1998)

Asalnya tak nak beli pun. Tapi bila perasan yang hanya cd ini lah ini satu-satunya cd album studio KISS yang saya belum ada dan kebetulan terjumpa pula cd versi Russia dengan harga yang murah. Balun sahajalah...

Album ini konon-kononnya adalah album reunion anggota asal yang kali terakhirnya bersama pada album Dynasty (1979). Tetapi seperti yang kita tau, KISS adalah kepunyaan Paul Stanley dan Gene Simmons. Mereka berdua yang menentukan arah tuju. Dan seperti khabar-khabar anginnya, mereka lebih gemar menggunakan seasonist. Ace Frehley dan Peter Criss hanya bermain untuk beberapa lagu sahaja. Selebihnya adalah pemuzik studio seperti Tommy Thayer, Bruce Kulick dan Kevin Valentine.

Rasanya kalau anda adalah peminat KISS, memang tiada yang salahnya dengan album ini. Mendengarnya memang anda akan tahu ini adalah KISS. Album yang sangat "play safe". Malah lagu nyanyian Peter Criss, "I Finally Found My Way" memang hampir sama "feel"nya dengan "Beth".

Banyak juga lagu yang sekali dengar dah menangkap. Memang sedaplah. Tapi mungkin bukan untuk yang mahukan sesuatu yang baru. Ini adalah khas untuk yang minat KISS.


Tuesday, August 10, 2021

Great Zeppelin

 Hiburan rawak bekerja dari rumah...

Great White - Great Zeppelin: A Tribute to Led Zeppelin (1998)

Saya bukanlah peminat besar Led Zeppelin. Bukan kerana apa pun. Ianya lebih kepada selera dalam muzik. Bagi saya Deep Purple dan Black Sabbath adalah lebih rock dan lebih metal. Pengaruh saya dari budak-budak pun lebih kepada Deep Purple. Satu-satunya album mereka yang saya betul-betul dengar ketika waktu remaja dulu pun cuma Led Zeppelin IV.

Manakala Great White pula ada beberapa album mereka yang saya ikut dan suka. Terutamanya 4 album terawal mereka. Tidak boleh dinafikan yang bintang utama untuk Great White adalah vokal Jack Russell dan petikan gitar Mark Kendall.

Vokal Jack Russell sememangnya menyerupai gaya Robert Plant. Sambutan hangat terhadap lagu-lagu cover Led Zeppelin yang mereka buat sebelum ini menyebabkan mereka membuat keputusan untuk merakamkan sebuah album khas secara live sebagai tribute mereka kepada Led Zeppelin.

Hasilnya memang tip top. Apa yang Led Zeppelin mainkan di studio, itulah yang mereka persembahkan. Tanpa ada sebarang pengubahsuaian. Mungkin ada yang tidak akan berpuashati kalau saya katakan yang saya lebih sukakan versi mereka berbanding versi asal. Maafkan saya kerana sebelum ini saya hanyalah pendengar casual Led Zeppelin. Tambahan pula saya membesar di zaman Great White. Mungkin ada perasaan berat sebelah di situ. 

Banyak lagu-lagu di dalam album ini yang saya tak pernah dengar atau mungkin juga pernah dengar tetapi cuma sekadar sambil lalu. Itu juga mungkin antara penyebabnya. Tetapi yang bagusnya, bermula dari sinilah saya mula mencari album-album Led Zeppelin dan rasa lebih  menghargai karya muzik mereka walaupun majoriti lagu-lagu mereka bukanlah yang kena dengan selera saya.


Monday, July 19, 2021

Vain Glory Opera

 Pendengaran dari seisi Work from home...

Edguy – Vain Glory Opera (1998)

Mungkin dah banyak kali cerita dalam blog bagaimana saya terjebak kembali dengan muzik power metal pada awal tahun 2000an dahulu. Rasanya tak perlulah diceritakan kembali. Ketika itu memang agak kemaruk mencari apa-apa sahaja band yang ada kaitan dengan genre power metal. Dan Edguy adalah salah satu darinya.

Selain dari Helloween - The Dark Ride, Rhapsody - Dawn of Victory, HammerFall - Glory to the Brave, Stratovarius - Infinite dan Sonata Arctica - Silence, Vain Glory Opera adalah antara album yang membuatkan saya menjadi kemaruk dengan genre ini pada suatu masa dahulu. 6 album ini bagi saya adalah kemuncak minat saya kepada genre power metal pada ketika itu. 

Tak ada apa yang saya tak suka tentang Vain Glory Opera. Ianya antara album yang saya tak akan skip walaupun satu track apabila mendengarnya. Baik yang laju mahupun perlahan semuanya memang mudah menangkap. Ianya banyak mengingatkan saya kepada Helloween. 

Walaupun mereka ada menghasilkan album-album lain yang bagus selepas dari ini, tetapi situasi keadaan, masa, suasana, usia, selera yang berubah menyebabkan saya akan tetap kembali kepada Vain Glory Opera bila bercerita tentang Edguy. Salah sebuah album yang akan saya cadangkan jika anda bertanya tentang genre power metal.

Rekomended!


Wednesday, January 2, 2019

The Sound Of Perseverance

Tahun 2018 dah habis dah. Banyak perancangan cerita perihal ulang tahun album gagal untuk di tulis. Tuan punya blog semakin malas dan tak cukup masa. Faktor umur pun mungkin iyer juga. Habiskan sedikit mana-mana yang tersangkut dalam draf. Jom layan antara album kegemaran dari 20 21 tahun yang lalu...


Death - The Sound Of Perseverance (1998)

Progressive Technical Death Metal? Tak kisah la apa genrenya. Yang penting telinga dan hati berkenan. Solo-solo berhantu dan rif yang melodic. Permainan muzik tahap tinggi. Memang lazat. Cover Judas Priest - Painkiller antara yang terbaik pernah dihasilkan.


Tak kisah la kalau ada yang kata ini bukan death metal yang sebenar. Vokal Chuck dah lain. Tapi memetik kata seorang peminat...

This album is not death metal. It is Chuck Schuldiner!

Thank for the music Chuck. Rekomended!


Thursday, May 31, 2018

Vovin

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb Mei yang lalu...


Therion - Vovin (1998)


Asalnya tak ambil tahu sangat perihal Therion. Ingatkan mereka band black metal. Maklumlah, saya agak kurang mendengar muzik Black Metal.

Lagu pertama mereka yang di dengar adalah lagu cover Loudness – Crazy Nights. Dari situ terus rasa nak ambil tahu. Tambahan pula vokalis undangannya adalah Ralf Scheepers. Minat vocal beliau sejak zaman Gamma Ray. Kemudiannya mula menjejaki album-album mereka yang lainnya.

Mereka asalnya adalah band death metal. Tetapi untuk Vovin, tiada lagi acuan death metal. Lagu-lagu mereka kini dipenuhi dengan bunyian orchestra dan vocal secara choir. Genre yang lebih dikenali sebagai symphonic metal. Tetapi rasanya banyak juga pengaruh gothic di dalamnya.


Muzik sebegini tak ramai yang boleh hadam. Ada ketikanya memang menarik. Sedap. Tetapi dalam masa yang lainnya, agak membosankan juga. Terutamanya pengaruh gothic yang menyebabkan ianya sedikit meleret.

Lagu-lagu sebegini bagi saya hanyalah untuk di dengar sekali sekala. "The Rise of Sodom and Gomorrah" memang sedap. Ada 2, 3 lagi lagu yang sedap. Tetapi lagu-lagu lainnya memang cepat membuatkan rasa bosan terutamanya kalau nak di dengar selalu.


*sedang cuba mendapatkan album2 zaman death metal mereka






Friday, April 27, 2018

Better Than Raw

Sempena kedatangan Helloween ke Kuala Lumpur dan ulangtahun ke 20 ( 4 hb April, 1998) album ini…


Helloween – Better Than Raw (1998)

Ini adalah zaman yang saya tidak mengambil tahu perihal Helloween. Namun begitu kasetnya tetap dibeli. Penyakit membeli setiap kali masuk kedai kaset memang sukar untuk diubati. Ianya jenis beli - dengar sekali dua sambal lewa – terus simpan.


Yang betul-betul mendengar semula album ini adalah selepas zaman The Dark Ride (2000). The Dark Right adalah album yang membuka semula hati untuk kembali mendengar Helloween. Sebelum itu sentiment fan boy Kai Hansen dan Micheal Kiske sangat menebal. Sebenarnya tiada masalah pun Helloween selepas mereka. Masih konsep yang sama. Cuma soundnya lebih "up to date". Mereka telah jauh meninggalkan zaman Keeper Of The Seven Keys. Tetapi yang pentingnya ia masih sedap. Malah ianya lebih melodic.


Nak yang speed metal ada lagu "Push". Yang mid tempo ada "I Can". Balada ada lagu "Time". Cukup sifat untuk sebuah album power metal yang hebat. Rasa rugi juga tidak mendengarnya dengan lebih awal.

Helloween ni tak kira apa zaman pun. Semua pun sedap. Kepada yang hadir ke konsert mereka esok, selamat berhibur! Jumpa anda di sana...





Thursday, March 29, 2018

Virtual XI

Yang dah 20 tahun pada 23hb Mac yang lalu...


Iron Maiden - Virtual XI (1998)

Selepas 20 tahun, rasanya album ini patut di beri peluang kedua.

Ianya album kedua dan terakhir Blaze Bayley bersama Iron Maiden. Dan ianya juga sering dikatakan sebagai album terburuk dalam sejarah mereka. Bukan salah Blaze pun jika suaranya bukanlah yang diinginkan oleh peminat. Memang pelik juga kenapa Steve Harris dan pengurusan Iron Maiden memilih beliau. Memang janggal.

Tetapi album ini sebenarnya tidaklah seteruk mana. Masih banyak lagu-lagu yang menarik. Kalau tak...tak akan lah Bruce Dickinson masih menyanyikan lagu-lagu seperti "Futureal" dan "The Clansman" dalam beberapa siri konsert mereka. Ia bukanlah seperti Judas Priest yang langsung seolah-olah mahu melupakan terus era Tim "Ripper" Owens.



Ramai juga yang membesar di zaman 90an kenal Iron Maiden melalui album ini. Kenal heavy metal pun melalui album ini. Maknanya, ianya tidak adalah seteruk mana. Rasanya kalau Steve Harris memilih penyanyi yang mempunyai gaya vokal mirip Bruce, (seperti Helloween contohnya) ianya mungkin akan lebih diterima.

Populariti muzik metal yang agak merundum pada pertengahan 90an juga adalah salah satu faktor. Blaze berada di tempat dan waktu yang tak berapa tepat. Tetapi kalau nak pandangan saya yang mula mengikuti Blaze sejak zaman Wolfsbane, album ini ok. Kalau ada satu pun yang nak komplen, hanyalah tentang liriknya yang banyak berulang-ulang.






Monday, October 7, 2013

Ramli Sarip Alive

Merujuk kepada entri "Ramli Sarip - Live 2000" dari blog Apa Ada Dengan Ijau, aku pun gatal tangan nak post cerita pasal ni..


Ini adalah rupa kaset asal Ramli Sarip Alive yang diriliskan semula dalam bentuk cd dengan nama baru "Ramli Sarip - Live 2000" seperti dalam entri Ijau. Tak pasti adakah versi ini turut ada dalam bentuk cd.



Sedikit pembetulan untuk Ijau, kaset ini adalah terbitan tahun 1998 bukannya 1999. Tak pasti pula kenapa rilisan yang baru mengunakan tahun 2000 sebagai tajuknya. Ia sememangnya keluaran BMG. Tracklistnya sama walaupun aturan susunan lagunya ada sedikit perbezaan.


Tak pasti adakah gambar inlay di kaset ini sama seperti gambar inlay cd rilisan baru. Aku tak ada cd tu. Harap En Portdy boleh tolong belikan...heheh...Maklum lah kat JB ni memang hampeh kalau nak cari cd macam ni.


Lagi gambar-gambar yang ada di inlay kaset berserta nukilan penerbit eksekutifnya Bob Lokman. Sebenarnya agak lama dah aku tak dengar lagu-lagu dari kaset ini semenjak aku dah tak ada kaset player. Tapi lagu pilihan dah semestinya "Blues Felda Blues". Sebagai anak peneroka Felda, lirik tulisan Bob Lokman tu memang terkesan sungguh.

Senang cakap, ini adalah album live melayu yang paling best dan paling aku suka. Kredit untuk arwah Samad Lefthanded, Wan Ahmad Sweet Charity, Hamid Black Dog Bone, Tom Revolvers, Yazit Search. dan sudah semestinya penyanyi dan penerbit album, the legendary Ramli Sarip.

Rekomended!




Friday, October 12, 2012

Breed New Agenda

Koffin Kanser - Breed New Agenda [EP] (1998)


Aru adalah Max Cavalera Malaysia...ini memang sukar nak dinafikan...dari segi gaya, penampilan dan muziknya memang hampir sama...maka tak hairanlah bila citarasa muzik Max Cavalera berubah...Aru pun ikut berubah...

Breed New Agenda adalah Nu-Metal...sama seperti Sepultura selepas era Choas A.D ataupun Soulfly...oleh kerana saya bukanlah peminat muzik yang sebegini...rasanya EP ni tak permah sampai 10 kali pun saya mainkan (sama kes ngan cd Sepultura - Against).


Oleh kerana ada permintaan dari En Adi Herman untuk cd ni...saya takder masaalah untuk melepaskannya...rasanya satu2 lagu yang saya boleh masuk dari EP ni cumalah lagu berentak raggae "Legallize"...


***ada sesiapa yang berminat dengan Sepultura - Against?..jom trade.



Thursday, June 3, 2010

Double Trouble 2

Hari konsert dah makin hampir...aku kasi panas lagi...kali ni cd Double Trouble 2...dengar ceritanya dah susah nak dapat cd ni...ntah la...aku punya ni dibeli masa album ni diriliskan pada tahun 1998...



Apa yang berbezanya antara Double Trouble 1 dan 2 ni?...memang banyak bezanya...pertamanya ketika ini Awie dah keluar dari Wings...ni jam Mus May jadi vokalis Wings (kalau korang perasan Wings zaman Mus ni muziknya sedikit berbeza dari zaman Awie kan...zaman Mus rasanya muzik dorang lebih keras)...Drummer pun dah bukan Jojet...Black dah join balik...manakala Search pulak bassnya dah bukan Yan...tak silap aku Fauzi...tu dari segi anggota la...dari segi lagu pun beza gak..

DT2 ni tak der duet...semua nyanyi masing2 punya lagu jer...pernah terbaca dorang cakap masa tak mengizinkan...album nak rilis cepat...so tak sempat nak duet...maka dah tak berapa best la...macam gabungan lagu2 kompilasi ajer...nasib jugak lagu semua rakaman baru...kalau tak memang hampeh la..



Search macam dah terkena deman metal 60an...tu jam kan XPDC tengah top ngan metal 60an...dah jadi trendy...Search cover lagu Suratku Untukmu, Ku Cuba dan Yale Yale...2 lagi pulak adalah updated version untuk Di Pintu Sepi dan Balada Pemuzik Jalanan...dengan susunan muzik yang lebih 90an tapi bagi aku versi asal lagi best...mungkin pasal aku bias...aku lebih suka John dan Man Kidal dari Kid...hehehe...



Search bagi aku biasa2 jer...Wings jadi penyelamat untuk album ni...dengan 3 lagu baru dan 2 cover dari Sweet Charity...mereka memang mantap...paling best bagi aku lagu Penunggu...lagu ala2 Black Sabbath dari Sweet Charity ni berjaya di bawa dengan baik oleh Wings...aku suka sound gitar Joe dalam lagu ni...power!

Selain tu..lagu Terharu jugak di cover dengan baik oleh mereka...lagu2 lain Masalah Berganda, Blues Ular Sawa dan Gelora Membara semua lagu heavy....album DT2 ni memang takder lagu2 slow macam Gemuruh tu...mungkin pasal tu rasanya album ni kurang dapat sambutan berbanding DT1....



tapi tak kisah la kan...sebab deaf dah tayang tiket dia...aku pun nak tayang jugak....hehehe...tiket dah ditangan....setelah beberapa tahun dah tak masuk Stadium Larkin sejak team Johor dah macam Liverpool (huhuhuhu...)..sabtu ni insyallah kita jumpa di sana.