Showing posts with label 1982. Show all posts
Showing posts with label 1982. Show all posts

Friday, May 26, 2023

Filth Hounds of Hades

Beberapa hari lepas (17hb Mei) terbaca tentang kematian Algy Ward, vokalis merangkap pemain bass kumpulan Tank. Maka posting ini adalah tribute untuk beliau...


Tank - Filth Hounds of Hades (1982)

Tak banyak yang saya tahu tentang Tank. Dulunya sekadar membaca di majalah dan membelek kasetnya di kedai tetapi tak berpeluang untuk mendengar. Apa yang saya tahu mereka adalah antara pelopor genre New Wave Of British Heavy Metal. Kekangan kewangan seorang pelajar dan tiadanya kawan yang mempunyai kasetnya untuk dipinjam menyebabkan mereka antara band yang saya tinggalkan. 

Mendengar lagu "Turn Your Head Around" yang di cover oleh Sodom dalam album "Better Off Dead (1990)" menyebabkan rasa terpanggil untuk mendengar Tank. Dengan munculnya era internet dan MP3, pencarian saya untuk mendengar lagu tersebut dengan versi asal menjadi lebih mudah. Dan tanpa disangka, lagu-lagu lain dari album Filth Hounds of Hades juga bagus dan sedap. 


Muzik mereka seakan-akan Motörhead. Latar belakang Algy Ward dari band punk The Damned mungkin antara penyebab. Bila mereka menggunakan "Fast" Eddie Clarke dari Motörhead sebagai penerbit, maka teori tentang muzik mereka mendapat pengaruh dari Motörhead adalah betul.

Mungkin ada yang tak bersetuju, tetapi bagi saya mereka adalah versi Motörhead dengan penyanyi yang lebih bagus...

Klasik NWOBHM! Thank you for the music Mr. Ward.


Saturday, June 6, 2020

Hiburan WFH - Death Or Glory

Lagi hiburan hari hari terakhir WFH... 


Heavy Load - Death Or Glory. (1982)

Selain US,UK dan Jerman, Sweden adalah antara negara yang paling banyak menghasilkan band-band metal yang bagus dan sedap. Heavy Load adalah salah satu darinya.

Mungkin kita yang di Malaysia tak berapa tahu tentang mereka. Saya pun cuma tahu tentang mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi mereka adalah antara pelopor atau yang terawal menghasilkan album berbentuk heavy metal di Sweden. Kira kalau kat Malaysia mereka lebih kurang macam Search lah. Sayangnya nama mereka agak kurang dikenali di peringkat antarabangsa berbanding band-band yang terkemudian dari mereka. Mungkin kekurangan dari segi promosi.

Jarang jumpa yang sekali dengar dah suka keseluruhan albumnya. Memang sedap. Memang melodic. Mereka bermula di penghujung 70an. Makanya pengaruh rock 70an masih ada. Tetapi berbanding album pertama mereka, Death Or Glory lebih kepada pengaruh NWOBHM terutamanya bab gitar harmoni mereka. Memang underated. Memang obscure. Sebuah album heavy metal asli yang sangat sedap melodinya.

Tak jemu dengar.



Monday, May 11, 2020

Hiburan WFH - Black Tiger

Tak pasti selepas 12hb dah kena masuk opis atau masih work from home... Apa-apa pun layan..


Y&T - Black Tiger (1982)

Ini mengimbau zaman awal remaja sekitar tahun 1984 atau 1985. Dulunya sekadar tahu nama selepas terbaca artikel berkenaan mereka dalam majalah hiburan berbahasa Inggeris Weekend. Young and Talented from Yesterday and Today begitulah kot tajuk artikelnya. Dah tak ingat sangat.

Tapi tak ambik tau sehinggalah sekitar tahun 1987 bila lagu mereka Forever ada dalam kaset kompilasi Kerrang yang di beli. Ketika Itu baru tahu best juga rupanya band ini.

Mereka agak underated. Dave Meniketti mengingatkan saya kepada Tom Keifer. Kedua-duanya memang berbakat. Boleh menyanyi sambil menyolo gitar dengan baik.

Banyak lagu sedap. From the Moon dan Open Fire memang kena dengar sambung menyambung baru feel. Don't wanna lose pun sedap. Forever pula antara lagu yang mempunyai intro berhantu. Tak lupa juga Winds of Change. Kat sini kot intro Misteri Mimpi Syakila terhasil...








Tuesday, May 5, 2020

Hiburan WFH - Mechanix

Lagi yang dah lama tak dengar tapi berpeluang mendengar kembali bila terpaksa WFH dalam PKP...


UFO - Mechanix (1982)

Tak pernah ada kaset dan tak tahu pun pasalnya ketika tahun ianya dikeluarkan. Zaman tu masih sekolah rendah dan baru nak belajar dengar muzik. Pernah dengar nama UFO tetapi yang tahu hanyalah pasal Michael Schenker. Zaman dah kenal rock pun hanya ambil tahu tentang UFO zaman beliau.

Yang betul-betul mula dengar keseluruhan discography UFO adalah pada penghujung 90an. Zaman beli cd MP3. Masa tu baru tahu yang UFO bukanlah hanya pasal Michael Schenker semata-mata. Album-album di zaman Paul Chapman pun bagus juga. Dia pun seorang gitaris yang bagus. Tetapi tanggungjawap menggantikan Michael Schenker bukanlah sesuatu yang mudah. Peminat pun susah nak terima, Ini adalah album ketiga beliau bersama UFO dan juga salah satu dari album zaman beliau yang terbaik. Memang majoriti lagu-lagunya sedap. Melodic.


Tetapi ini juga adalah album yang menjadi punca Pete Way keluar dari UFO dan menubuhkan Fastway bersama gitaris Motorhead, Eddie Clarke. Puncanya adalah kerana ada di antara lagu-lagunya menggunakan saxophone. Saya amat bersetuju dengan Pete Way. Tak rock lah guna saxophone. Bagi Pete Way, saxophone adalah untuk muzik pop. Dan dia tak minat muzik pop.

Tapi sebenarnya layan juga dengar lagu yang menggunakan saxophone tu. Terutamanya lagu The Writer dan lagu cover  Eddie Cochran. Somethin' Else. Tapi itulah, ianya bukan UFO yang kita kenal dari zaman Michael Schenker. Album ini juga sudah menampakkan perubahan UFO dari 70s rock kepada hard rock dan AOR 80an.



Monday, October 28, 2019

The Unexpected Guest

Antara yang baru di miliki...


Demon - The Unexpected Guest (1982)

Demon adalah antara band yang berada di dalam pergerakan New Wave Of British Heavy Metal yang muncul pada penghujung 70an dan awal 80an. Tak mengikuti dan tak berapa minat pun. Tetapi ada satu lagu mereka yang cukup berkenan di hati. Tajuknya "Don't Break the Circle".

Sila youtube, spotify atau apa sahaja cara untuk cuba dengar lagu ini. Kemudiannya, dengar pula lagu "Antara Syurga Dan Neraka" dari "Helter Skelter". 😁😁😁



***Pembelian cd hanya kerana minat satu lagu....hmmmm...ini adalah penyakit...kalau orang lain.. download sudah....



Friday, February 19, 2016

Pelangi

Lagi album keluaran semula...



The Unwanted – Pelangi (1982) – keluaran semula 2016

30++ tahun tak dengar. Ianya mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak saya ketika darjah 5 atau 6. Mendengarnya semula satu-satu kenangan di zaman tersebut terbayang di depan mata. Berkubang mandi paya dan bermain bersama rakan-rakan. Selagi tak Maghrib dan tak kena jerit suruh balik memang tak balik.

Dari segi muziknya pula ketika itu adalah zaman rock dan blues. Remaja pada ketika itu (kampung saya dan sekitar JB) termasuklah abang saya (sebelum beliau terjebak dengan Duran Duran dan muzik new wave setahun selepas itu) terpengaruh dengan Deep Purple, Scorpions, Rainbow dan UFO. Kalau yang melayunya selain Sweet Charity dan Blues Gang, The Unwanted adalah apa yang mereka dengar, beli dan jamming lagu-lagunya di tembok di simpang jalan.


Walaupun seingat saya tidak pernah mempunyai kasetnya, tetapi bila cd ini diputarkan, satu-satu lagunya kembali dalam ingatan. Tak ingat bagaimana tetapi mungkin curi-curi dengar ketika abang tiada di rumah. (Kalau dia ada jangan haraplah dapat sentuh radio kaset tu..hahaha). Lagu ala-ala Deep Purple “Sampai Bila” adalah antara yang paling saya ingat. Rasa heavy sangat dah lagu ni zaman tu. Antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekelas suka nyanyi sama-sama bila berangan nak jadi rock.

Tapi yang paling popular dan tentu-tentulah lagu “Penyesalan”. Selalu dengar kat radio dan masuk carta LPMI Radio Singapura. Selain itu lagu rock dangdut “Kebahagian” pun selalu main kat radio. Tak silap saya memang banyak lagu-lagunya sering diputarkan di radio. (Orang-orang Johor zaman tu memang majoritinya dengar radio Singapura). “Pelangi”, “Nasi Lemak Kopi susu” dan lagu balada sedap giler yang hampir-hampir saya terlupa “Mawar Idaman”. Dengar cd ni baru teringat balik lagu ni. Memang sedap.

Apa yang menariknya tentang The Unwanted ni pada saya berbanding band yang  sama asal negaranya dengan mereka, Sweet Charity adalah mereka tiada lagu saduran/cover. Majoriti lagu dan lirik adalah ciptaan mereka sendiri. Tiada yang  ciplak yang sebijik-sebijik (maklumkan saya kalau ada). Permainan muziknya bagus. Gitarisnya Ismail Sukar sangat underated kalau nak dibandingkan dengan Rosli Mohalim. Padahal dia pun bagus. Solo pun dasyat. Hanafie Waren tak payah cakaplah. Vokal memang power!

Satu yang tak boleh nak lari pada band-band rock zaman tu adalah pengaruh lagu-lagu dangdut. Mereka juga ada (Kebahagian). Malah yang berentak joget pun ada (Seimbas Pandang). Tetapi yang bestnya walaupun dangdut rock, elemen progessif rock jelas kendengaran. Dengarkan intro “Kebahagian”. Memang best.


Satu yang baru saya perasan bila mendengarnya sekarang. Majoriti lagu mereka ada unsur-unsur progressif rock 70an. Ada tempo yang berubah-berubah (Contoh lagu Pelangi). Dulu budak-budak manalah tahu. Pengunaan solo keyboard ala-ala Deep Purple/ Uriah Heep oleh pemain keyboard, Said M Amin pula menambahkan lagi elemen progressif lagu mereka. Sangat menarik. Sesuatu yang berbeza dengan band-band rock melayu sezaman dengannya.

Memang terbaik album ni. Harapnya akan menyusul pula album ke2 mereka yang ada lagu "Masih Ada Rindu" dalam bentuk cd. Sayang kalau album sebagus ini tidak sampai ke generasi mendatang.

Sangat Best jika anda sukakan rock 70an..

(ada siapa-siapa dah dengar lagu terbaru dari Hanafie Waren, giler metal lagu dia. Kalau terjumpa cdnya konpem akan dibeli)




Friday, July 11, 2014

Album Piala Dunia Espana 82 Ovaltine

Seperti yang dah dijanjikan sebelum ini...dah bersempena dengan hampir tamatnya Piala Dunia Brazil 2014...aku tampal buku Ovaltine ni..


Aku rasa siapa yang lebih kurang sebaya dengan aku, pasti pernah tengok buku ni. Free ajer pun...tapi secara pos...tak silap aku kena sertakan bukti pembelian ovaltine baru diaorang pos buku ni...

Aku tampal sikit la isi kandungannya...khas untuk kenangan bagi sesiapa yang pernah ada buku ni tapi dah hilang...


Dalam ada sejarah Piala Dunia..ini lah sumber pengetahun aku yang pertama tentang siapa pemenang dan di mana Piala Dunia yang terdahulu di adakan...sekarang senang ek...tanya jer pakcik google...

(kalau perasan aku ada tulis darjah 5 merah...ni memang kelas aku masa sekolah rendah...tahun nak ambik UPSR Penilaian Darjah 5....giler tua...hahaha...)


Ni pulak jadual perlawanan. Dulu lain sikit...takder suku akhir...tapi guna pusingan ke 2. Mata pun masa tu menang dapat 2 mata bukannya macam sekarang 3. Negara bertanding pun cuma 24 bukannya 32 macam sekarang.

Tu bukan tulisan aku. Abang aku yang tolong tuliskan. Kalau aku yang tulis sendiri...jahanam...tulisan macam doktor...hahaha...


Yang paling aku suka pasal buku ni dia ada bagi info negara-negara yang bertanding. Pasal buku ni lah aku tahu sepanyol dan argentina tu kat mana. Apa ibu negara dia, bangsa dia, bahasa dia, matawang, keluaran negara, bendera (siap kena kalerkan sendiri), peta, pakaian tradisi. Kira tak payah selak buku geografi ilmu alam (iskh...tua lagi..) pun dah tau dah...

btw...masa ni Sepanyol dan Maradona belum glamer lagi...


Zaman ni masih ada Jerman Barat dan Jerman Timur....cuba check nama-nama player...ada tak yang korang ingat...Karl-Heinz Rummenigge kalau tak tau...tak yah sibuk nak sokong Jerman la final nanti....tapi favourite player aku Pierre Littbarski...hampeh Ovaltine...takder gambar dia...

Gambar Itali lagi la...dari gambar tu...cuma 4 player yang main masa Itali menang final...Gambar Dino Zoff pun takder...Paolo Rossi tu paham la...dia last minit baru dapat panggil...tapi ada gambar Carlo Ancelotti  kat situ...walaupun sebenarnya nama dia tak kena panggil pun untuk world cup 82...


Gambar Brazil ni pun sama...takder gambar Zico....dulu aku pernah menyumpah macam mana Ovaltine boleh letak gambar yang takder Zico...grrrr...favourite player aku la kan...siapa la editor dia ni....zaman ni Brazil tak harap seorang star ajer...ramai...tapi kalah gak ngan Itali dan Paolo Rossi...tapi takder la kena kitai sampai 7-1..huhu..

Algeria tu 1982 pun dah layak world cup dah...team ni pun kuat macam sekarang...Siap menang lawan Jerman...sayangnya Jerman dan Austria berpakat masa last game untuk singkirkan Algeria. Hawau betul. Sejak tu FIFA buat undang-undang baru, semua perlawanan terakhir mesti main serentak supaya tak jadi lagi kes macam ni.


Ni satu lagi Ovaltine buat silap...Macamana gambar Poland tu takder Zbigniew Boniek? Pasal dia lah tahun tu Poland dapat no 3.

England pulak rasanya ni antara team yang terkuat pernah mereka hasilkan. Bryan Robson, Kevin Keegan, Glenn Hoddle, Peter Shilton, Steve Coppell dan ramai lagi star...tapi tak kemana jugak...


Zaman tu masih guna USSR...belum Rusia.

Belgium walaupun teamnya tak seglamer macam sekarang...tapi buat upset kalahkan Argentina masa perlawanan pembukaan.

Banyak lagi gambar...tak larat pulak aku nak tampal semua..


Tu la rupa tin Ovaltine pada zaman tu...sekarang macam maner ek?...tak perasan pulak aku...lama dah tak beli Ovaltine...Orang rumah suka Milo.

Dulu mak aku beli tin yang 500g, dalamnya dapat 6 keping gambar. Maknanya kena beli 4 kali untuk lengkapkan satu buku. Aku dengan abang aku apa lagi...pagi petang siang malam minum Ovaltine. Nak kasi cepat abis...boleh suruh mak beli lagi...heheh...tapi yang lecehnya...gambar tu bukannya boleh pilih-pilih...dia kat dalam tin bukannya nampak...mungkin nasib aku baik...3 kali beli semua dapat set gambar yang lain-lain...cuma kali ke 4 dapat set gambar sama...nasib member sebelah rumah pun kumpul dan kebetulan dia ada 2 set gambar yang aku takder...so tukar suka sama suka...


Ni mukasurat belakang dia...panjang dah ni...aku stop sini arr...

Cumanya untuk final kali ni aku tak tahu nak sokong mana...team yang tak pernah menang macam Belanda kalah lah pulak...Aku lebih suka Jerman menang. Rekod tu kalau pasukan Eropah menang kat Amerika Selatan. Tapi tu la...mulut kata Jerman..dorang pun main best....tapi aku ada sedikit rasa lain macam kat dalam hati yang katakan Argentina yang menang...pengalaman aku sejak tahun 1982 selalu benar team yang main tak best yang jadi juara...hampeh! tapi kalau betul Argentina menang...memang kesian la Brazil...musuh tradisi menang kat rumah sendiri...pedih tu...








Thursday, June 12, 2014

Throwback : World Cup Pt 1

Sempena demam World Cup yang sedang melanda...

Tak seperti masa budak-budak dulu...excited nak nengok world cup dah berkurangan...mungkin dah tua kot...heheh...4 tahun dulu pernah cerita pasal ni >SINI<. cepat betul ek masa berlalu....

Tahun ni tak pasti nak sokong mana walaupun secara tradisinya aku cenderung pada Argentina. Tapi aku tak suka Messi. Mungkin sokong Belanda. Van Gaal dan Van Persie punya penangan. Mungkin nak tengok yang underdog menang...mana tau Belgium ker....harap Adnan Januzaj dapat main...

Tapi untuk kali ni aku cerita sikit pasukan-pasukan yang aku sokong dari mula aku hidup kat dunia...


1- Jerman Barat 1974


Aku budak lagi...tak tau apa.


2 - Argentina 1978


Aku darjah 1. Masih tak tau sangat. Zaman tu bukan macam zaman sekarang. Info bukannya senang nak dapat. Tiada internet tiada Astro. Tambah aku duduk kampung. Tapi yang aku ingat sangat adalah si rambut panjang Mario Kempes dan team Argentina. Nama yang sering disebut-sebut pada masa tu. Pak cik jiran rumah kat kampung sebelah siap frame poster Mario Kempes ni gantung kat hall rumah dia. Main bola petang-petang pun semua berangan nak jadi Mario Kempes.


Benda ni memang aku tak boleh lupa bila sebut pasal World Cup 1978 walaupun aku tak pernah pun tengok macamana Mario Kempes ni main. Tu jam rumah aku pun tv hitam putih lagi. Rumah pun takder elektrik. TV  pun pakai bateri kereta. Lampu pun pakai lampu pam. (generasi sekarang mesti tak terpikir macamana tv guna bateri kereta kan?..) Setau aku takder pun siarang langsung. Mungkin ada siaran tertunda kot. Ntah aku pun tak ingat sangat...

Yang pastinya bapak aku siap ada beli beg adidas yang ada logo Argentina' 78. Beg tu aku pakai buat pergi sekolah. Tak main ler beg gambar ultraman...heheh...

Mungkin ini permulaan mengapa aku ada soft spot pada team Argentina..


3- Sepanyol 1982



Bolehlah dikatakan secara rasminya ini adalah world cup pertama aku. World cup yang aku betul-betul follow. World cup yang aku betul-betul kemaruk dan excited nak nengok. Sanggup berjaga malam nak tengok. Maklumlah dah besar sikit. Dan seperti kebanyakan budak-budak di zaman tu aku menyokong Brazil.

Semuanya gara-gara Zico. Tu jam memang minat giler kat dia. Time main bola semua berebut nak jadi Zico. Walaupun zaman tu aku minat juga dengan Bryan Robson. Penyebab utama aku jadi penyokong Manchester United sampai sekarang. Tapi Zico ni lain. Dia kira macam Lionel Messi ataupu Cristiano Ranaldo bagi budak-budak sekarang. Tambah-tambah pula team Brazil zaman tu memang hebat. Ada Sócrates, Eder, Falcão, Júnior dan lain-lain. Ini kira all time favourite team piala dunia aku la...Sayangnya team ni kalah dengan Itali dan Paolo Rossi. Frust giler. Pertama kali dalam hidup aku rasa macamana rasa kecewa bila team bola yang kita sokong kalah. Ingat lagi bila pergi sekolah semua muka sedih dan muram. Macamlah kita semua rakyat Brazil....(sampai sekarang aku tak berapa suka Itali....ni semua salah Paolo Rossi...hahaha...)


Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ini pertama kali RTM buat siaran langsung hasil dari derma orang ramai. Kira siaran langsung di taja sendiri oleh rakyat Malaysia. Ni la mulanya Dato' Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu. Aku dengan abang sanggup berjaga malam nak tengok walaupun kebanyakan malamnya aku tertidur di depan tv. Mak memang bising lah maklum tahun tu tahun aku nak ambik UPSR penilaian darjah 5...iskh...terasa tua betul la....hahaha...

Siapa ingat buku sticker world cup Espana' 82 dari Ovaltine....aku baru jumpa balik buku ni kat kampung....nanti rajin aku tampal....

bersambung.............kalau rajin.




Monday, January 14, 2013

Penunggu

Entri yang sepatutnya di publishkan tahun lepas...

Album rock legenda melayu yang dah masuk 30 31 tahun



Sweet Charity - Penunggu (1982)

Ini adalah antara album yang buat saya celek pasal rock. Antara album yang membuatkan saya mula cenderung kepada muzik berbanding main bola, main bmx maupun berkubang di paya. Antara album yang membuatkan saya mula berjinak2 untuk curi2 pakai gitar kapok abang.

Penunggu sama seperti album2 Sweet Charity sebelumnya masih terikat dengan acuan rock 70an tak kira ala2 British seperti Deep Purple,Uriah Heep maupun ala US seperti Foreigner,Styx, Bad Company dll. Dan seperti biasanya sedikit rojak dengan pengaruh dangdut.. Walaubagaimanapun saya agak tertarik dengan lagu "Haji". Mungkin juga inilah lagu nasyid rock yang pertama. Dan juga lagu "Apa Khabar Sayang?". Muzik kemelayuannya mengingatkan saya kepada zaman kanak2 di tahun 70an mendengar cerita2 bangsawan di radio hampir setiap malam.



Seperti biasa Sweet Charity mesti ada ciplak. Kali ini mereka menjadikan "Die Young" dari Black Sabbath pula mangsa mereka. Ntah kenapa band2 70an tak kira genre apa memang suka menciplak terutama kepada lagu2 yang mereka rasakan tidak berapa diketahui ramai. Ciplak maksud saya di sini adalah meniru melodi, rif atau solo dengan tidak memberikan kredit kepada pencipta lagu asal.

Tetapi kalau lagu itu memang sebijik tetapi cuma di alih bahasa, contohnya "Wonderful Tonight" dari Eric Clapton yang mereka ubah menjadi "Dia", biasanya kredit akan diberikan. Dan biasanya lagu2 begini akan di panggil sebagai lagu saduran. Yang ini bukanlah namanya ciplak. Sebenarnya saya suka juga versi bahasa melayu ni...kena dengan suara Ramli Sarip. (BTW, Wonderful Tonight adalah antara lagu awal yang saya belajar untuk bermain gitar . Pada masa itu lagu ni kira lagu wajib mat rock untuk belajar main gitar)

Walaubagaimanapun antara lagu yang menjadi kenangan saya adalah "Nada Penyesalan", antara lagu yang sering saya dengar zaman budak2 dulu. "Penunggu", lagu yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya meminati muzik rock dan "Jangan Tak Jadi", lagu yang sering digunakan untuk memerli kawan2 yang bercintan bagai nak rak tapi tak juga kawin2...heheh..





Friday, January 11, 2013

Straight Between the Eyes

Lagi entri yang patutnya publish tahun lepas...

Yang klasik dari 30 31 tahun yang lalu.


Rainbow - Straight Between the Eyes (1982)

Adakah ini album terbaik Rainbow ketika bersama Joe Lynn Turner? Pada saya jawapannya YA.

Ok..senang cerita, kalau nak menghayati album ini...anda harus melupakan zaman Dio. Ini bukan dungeon and dragon. Memanglah tak boleh nak lawan zaman Dio. Konsepnya juga berlainan. Memang sudah maklum Ritchie Blackmore mahukan pasaran US. Suara Joe Lynn Turner memang sangat sesuai dengan konsep hard rock komersial yang Ritche mahukan. Tak rasa Dio sesuai dengan muzik yang begini.

Awal 80an adalah zaman band2 pop rock seperti  Foreigner, Journey, Asia menguasai carta. Rainbow juga tak mau ketinggalan. Kalau Difficult to Cure (1981) cuba nak jadi ForeignerBent Out of Shape (1983) terlebih OAR, Straight Between The Eyes adalah di tengah2. Sebuah album melodic hard rock yang best. Back to basic. Memang saya suka.


Lagu2nya juga agak pelbagai. Ada yang heavy rock seperti 'Dead Alley Driver', slow rock klasik berhantu seperti 'Stone Cold'...malah lagu epic ala zaman Dio pun ada pada "Eyes of Fire". Mungkin ada juga yang tak dapat menerima lirik2 cintan Joe Lynn Turner. Tapi inilah Rainbow zaman 80an. Hard rock ala america. Cuma yang membezakan mereka adalah solo2 dasat Ritchie. Dengarkan solo beliau dalam lagu 'Dead Alley Driver'. Memang ternganga dibuatnya...




Monday, December 31, 2012

Under the Blade

Yang menyambut ulangtahun ke 30.


Twisted Sister - Under The Blade (1982)

Kalau ditanya apakah album pilihan saya dari tahun 1982. Mungkin ramai yang meneka Iron Maiden - The Number Of The Beast. Tetapi sebenarnya kurang tepat. Kerana ada masa-masa dan ketikanya Twisted Sister - Under The Blade adalah jawapannya. Mungkin bro RockSportS akan bersetuju dengan saya.

Kenapa dan mengapa? Itu anda kena dengar sendiri. Bias ker tak, saya sememangnya peminat tegar Twisted Sister tapi dalam masa yang sama juga amat meminat Iron Maiden. Dua2 album pun bagus tapi kalau anda mengemari heavy metal awal 80an yang mempunyai sound yang raw dan power, ini lah album yang patut anda cari.

Under The Blade adalah album pertama mereka dan yang paling heavy dalam discography mereka. Semua lagu pun sedap, semua lagu pun metal anthem. Teringat zaman budak2 1st time dengar lagu Under The Blade rasa seram pulak dengar muzik dan suara Dee Snider tu.

Ok sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu2nya. Ini sememangnya album kegemaran saya tapi nak cerita pasal cd special edition yang saya ada ni. Yang menariknya ianya juga mengandungi EP pertama mereka "Rough Cutts" yang mengandungi demo version untuk lagu  "What You Don't Know," "Shoot 'em Down," "Under the Blade" dan Shangi-La's cover, "Leader of the Pack". Sememangnya EP ni dah jadi sangat rare dan memang susah nak cari.



Tambah berbaloinya special edition ini jugak disertakan dengan dvd 40 minit interview mereka berkenaan pembikinan album ini dan yang paling bestnya  dvd live mereka di Reading 1982. Mereka tak main satu hari yang sama dengan Iron Maiden dan zaman tersebut mereka belum dikenali lagi. Rakaman cuma menggunakan 3 kamera (kiri,kanan dan tengah), takder edit2, muzik pun raw dan dapat tengok macamana tightnya dorang perform. Yang bestnya dapat tengok Dee Snider cabar penonton yang baling macam2 barang atas stage supaya jangan jadi pengecut, baling barang nanti kena penonton depan kalau berani jumpa dia one by one belakang stage...hahaha...(dalam interview lepas tu, Dee Snider cakap takder siapa pulak datang, mungkin dorang dah suka Twisted Sister kot)

Maklum la zaman tu tak ramai kenal Twisted Sister, album ni pun tak rilis lagi tapi bila lagu last Rolling Stones kaver "It's Only Rock 'n Roll" bila Pete Way, "Fast" Eddie Clarke dan Lemmy Kilmister join sekali atas stage, penonton semua support mereka. Tak tau penonton betul2 support mereka atau dorang sebenarnya teruja tengok Eddie Clark dan Lemmy join satu stage 1st time selepas Motorhead berpecah (ketika itu la).

Apa2 pun tak kisah lah versi special ni ker atau versi biasa, Under The Blade sememangnya sebuah album yang berbaloi.

REKOMENDED!



Friday, December 21, 2012

Battle Hymns

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30


Manowar - Battle Hymns (1982)

Ini adalah album pertama Manowar. Ianya sedikit berbeza dengan album2 mereka yang kemudiannya. Berkemungkinan Joey DeMaio dan Ross The Boss pada ketika itu masih tercari-cari arah tuju Manowar. Walaupun mereka mengatakan yang mereka adalah paling true dan paling berat, tapi kenyataannya separuh daripada lagu2 dari album ini hanyalah lagu2 straight hard rock yang biasa.

4 lagu yang pertama "Death Tone", "Metal Daze", "Fast Taker" dan "Shell Shock" adalah lagu2 yang mempunyai pengaruh NWOBHM. Malah lagu 'Shell Shock" kedengaran seperti ACDC di telinga saya. Tetapi 4 lagu yang terakhir "Manowar", "Dark Avenger", "Battle Hymn" dan juga instrumental Joey "William's Tale" merupakan lagu2 yang menjadi signature Manowar di masa mendatang.


"Dark Avenger" dan  "Battle Hymn" adalah lagu pilihan saya. Epic dan power metal gaya Manowar yang menjadikan mereka salah sebuah band metal kegemaran saya. Kemungkinan perbezaan lagu2 dari album ini berbanding album2 mereka yang mendatang adalah lagu2nya kebanyakannnya ditulis oleh Ross The Boss sebelum Joey jadi gila kuasa mencipta kebanyakan lagu2  Manowar di masa mendatang...heheh...

Apa2 pun, ini sememangnya sebuah album metal yang bagus tetapi jika anda baru pertama kali hendak mendengar Manowar, mungkin ini bukanlah album yang sepatutnya anda bermula.



***Saya masih belum berpeluang untuk memiliki Battle Hymns MMXI...dan masih menunggu untuk The Lord of Steel...



Wednesday, December 19, 2012

Creatures of the Night

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30


KISS - Creatures of the Night  (1982)

Sebelum bercerita pasal album ini, ada beberapa perkara yang patut diketahui pasal Creatures Of The Night.

1- Walaupun gambar dan nama Ace Frehley ada dalam album ni tapi sebenarnya dia tidak terlibat langsung dalam pembikinan COTN.
2- Solo2 dalam album ni di mainkan oleh gitarist jemputan seperti Bob Kulick (W.A.S.P.) - jangan terkonpius dengan Bruce Kulick yang jadi anggota KISS untuk album Asylum hingga Carnival of Souls: The Final Sessions. Tapi tu adik beradik dia jugak.
3- Lain2 gitarist jemputan adalah Robben FordSteve Farris (Mr. Mister - kumpulan 80an yang popular ngan lagu Broken Wings dan Kyrie tu) dan Vinnie Vincent (turut terlibat dalam mencipta lagu)
4- Eddie Van Halen hampir2 nak join untuk ganti Ace Frehley tapi last minit tak jadi akhirnya Vincent Vincent terpilih untuk jagi gitaris tetap.
5- Bryan Adams...yer yang lagu (Everything I Do) I Do It For You tu turut terlibat dalam mencipta 2 lagu "Rock and Roll Hell"  dan "War Machine"

Album ni sebenarnya adalah album yang Paul Stanley dan Gene Simmons cuba back to basics. Setelah 2 album disco Dynasty dan Unmasked dan sebuah konsep album Music from "The Elder" yang gagal di pasaran dan peminat pun tak suka. Mereka kembali bermain hard rock.



Hasilnya terlahirlah album KISS yang heavy (pada ketika itu la). Kemasukan Eric Carr sememangnya memberi kesan kepada sound KISS. Dengarkan sahaja lagu pembukaan Creatures Of The Night. Sound drumnya lebih power...besar...gah...dan sememangnya dia lebih bagus dari Peter Criss. Walaupun dia tak boleh nyanyi lagu Beth...heheh..

Sememangnya ini adalah salah satu album terbaik KISS, sayangnya ianya selalu dibayangi sebagai album yang tiada Ace Frehley. Sebenarnya ketiadaan beliau tak memberi kesan yang besar pun. Sama jer macam ketiadaan Peter Criss. Ini adalah KISS yang berwajah baru.

Lagu2 seperti Creatures Of The Night, Rock And Roll Hell, War Machine, I Still Love You dan antem KISS "I Love It Loud" terus membawa KISS menjadi relevan di era 80an. Sememangnya salah satu album hard rock 80an yang terbaik.



Monday, December 17, 2012

Diver Down

Lagi album klasik yang dah 30 tahun



Van Halen - Diver Down (1982)

Ada 2 sebab kenapa anda harus mendengar album ini. Lagu "(Oh) Pretty Woman" dan kerja gitar hebat Eddie Van Halen.

Kalau anda pernah menonton filem yang membuatkan Julia Roberts jadi popular "Pretty Woman", tentu anda pernah mendengar lagu "(Oh) Pretty Woman" dari Roy Orbison. Tapi pernahkah anda mendengar lagu itu dalam versi Van Halen? Kalau belum...anda sememangnya belum cukup rock...heheh...

Dulu saya ingatkan lagu ni memang lagu Van Halen. Tapi bila cerita Pretty Woman keluar, baru tahu yang lagu tu lagu cover. Gila best rif dan solo Eddie dalam lagu ni. Video klip dia pun lawak tapi pernah kena banned dengan MTV.



Diver Down bukanlah album penuh Van Halen. Separuh daripadanya adalah lagu2 cover. Antaranya lagu "Where Have All the Good Times Gone! - The Kinks" (lagu ke 2 The Kinks yang VH kaver selepas "You Really Got Me') dan jugak lagu klasik Motown "Dancing in the Street".

Mendengar solo2 Eddie di dalam album ni mengesahkan kenapa nama Eddie Van Halen sentiasa berada di kedudukan atas dalam senarai gitaris terbaik dunia. Walaupun album ini bukanlah album VH yang patut anda ada, tetapi lagu2nya memang sedap2 belaka.

Pada saya, VH zaman David Lee Roth adalah yang terbaik. Walaupun Sammy Hagar pernah menghasilkan klasik album macam 5150 dan Balance. Tetapi tetap tak boleh celen zaman 6 album awal VH termasuk yang ini.



Friday, December 7, 2012

rio

Album pop terbaik yang dah 30 tahun.


Duran Duran - Rio (1982)

Saya telah didedahkan dengan muzik rock ketika saya disekolah rendah lagi. Tetapi ketika saya benar2 berminat dengan muzik bukannya berkubang mandi paya atau ber"bmx"(tahun 1983), saya dihidangkan hampir saban hari dengan muzik Duran Duran (angkara abang saya). Sebab itu tak hairanlah kalau pada ketika itu saya mengangap  Duran Duran adalah the best band in the world.

Walaupun Seven and the Ragged Tiger adalah album penuh Duran Duran pertama saya tetapi lagu-lagu dari album Rio lah yang mengenalkan saya kepada mereka. "Rio", "My Own Way", "The Chauffeur" dan terutamanya sekali "Hungry Like the Wolf" dan "Save a Prayer" akan sentiasa membawa saya kembali menjadi budak 13 tahun yang mengimpikan rambut ala-ala John Taylor...heheh...



Bagi saya ini adalah album terbaik mereka kerana selepas daripada album ini muzik mereka lebih kepada sound synthesizer. Kerja gitar Andy Taylor masih jelas kedengaran dan yang paling saya suka, John Taylor membuktikan dia bukanlah sekadar berwajah jambu. Dengarkan sound bass dia, memang meletup-letup.

Selepas 30 tahun, saya masih tetap sama. Saya masih berangapan mereka adalah the best band in the world....tapi untuk kategori pop la...



Thursday, November 22, 2012

Screaming For Vengeance

Sempena 30 tahun



Judas Priest - Screaming For Vengeance (1982)

Salah satu album yang disebut2 sebagai antara yang terbaik untuk heavy metal. Maknanya kalau anda kata anda peminat heavy metal...tapi tak pernah dengar lagi album ni....selayaknya anda di panggil poser....hahaha...

SFV adalah salah satu album JP kegemaran saya. Tak ingat dah bila kali pertama mendengarnya...mungkin masa penghujung 80an. Sebenaranya agak sukar bagi saya untuk memilih album kegemaran JP saya. Antara Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather, British Steel dan Painkiller...ada antara harinya saya akan menyukai sesebuah album itu lebih dari yang lainnya...malah ada masa2nya juga saya meminati album Turbo.


Tapi yang mebuatkan hati saya agak berat kepada SFV ini adalah kerana lagu track pertama dan keduanya..."The Hellion / Electric Eye"....rasanya setiap kali mendengar SFV...lagu ini tak pernah gagal untuk menaikan semangat saya....mendengar riff2nya...rasa nak menumbuk pun ada...hahaha...

Mungkin SFV taklah seheavy British Steel dan soundnya jugak sedikit komersil...mungkin tempias dari album Point Of Entry. Tapi dengan lagu2 seperti "Electric Eye","Ridin' On The Wind", "Screaming for Vengeance" dan "You've Got Another Thing Comin'" (berkemungkinan ini lagu JP yang paling dikenali) sudah cukup menjadi penyebab kenapa ianya adalah album kegemaran saya. Saya memang menyukai lagu2 yang laju berat tapi dalam masa yang sama sangat melodic dan saya rasa SFV memenuhi kreteria tersebut.



Beberapa minggu lepas terjumpa special editon 30th Anniversary kat Speedy. Ada bonus track dan paling best ada dvd live kat US Festival 1983...memang dah gatal jer tangan nak terbeli tapi bila mengenangkan duit kat kocek cukup2 untuk sampai ke hujung bulan...kansel arr....heheh...




Friday, May 25, 2012

Restless And Wild

Lagi mengamit memori 30 tahun



Accept - Restless And Wild (1982)

Tak ingat bila aku start dengo Accept ni...tapi yang pastinya zaman2 kaset apache...Balls to the Wall adalah album penuh dorang yang pertama bagi aku...sejak tu memang aku cuba mencari album2 dorang yang lainnya...terutamanya selepas mendengar lagu "Fast As A Shark"...tu jam aku tak tau lagu ni dari album yang mana...

Laju giler lagu ni kan...terutamanya jika 1st time mendengarnya ketika awal 80an dulu...zaman2 lum ujud lagi istilah speed metal...jarang jumpa lagu jenis double paddle drum berdentum laju...ada orang cakap kemungkinan ini lah lagu speed metal yang pertama....mungkin jugak kot...rasanya harmoni solo kat lagu ni memang banyak mempengaruhi Helloween atau mana2 band speed metal awal...

1st time dengar keseluruhan album ni adalah di penghujung 80an...ketika itu mereka dah pun meriliskan Eat The Heat...iaitu album ke 4 selepas Restless And Wild...biasa la zaman tu...bukannya ada internet umtuk disedut....benchmarknya dah tentu2 la album Balls To The Wall dan dan Metal Heart...pasal aku dengar 2 album ni dulu...

aku lebih suka cover original yang Jerman version punya yang gambo 2 gitar cabang2 tu...tapi versi tu susah nak dapat dan mahal....


Probem bagi mana2 album jika lagu pertamanya bagus adalah untuk mengekalkan momentum sehingga lagu yang terakhir...dan aku rasa album ni gagal nak mengekalkan momentum tersebut...selepas "Fast As A Shark"...lagu track ke2 yang jugak jadi title track "Restless And Wild" pun bagus dan sedap...walaupun sedikit perlahan...tapi lagu2 selepas tu agak kurang bagi aku....mungkin pengaruh ACDC masih ada...walaupun bermula dari album ni dorang cuba lari dari imej klon ACDC...

Penyelamat album ni bagi aku adalah lagu track ke 5 "Neon Nights" dan track yang terakhir "Princess of the Dawn"...walaupun dua2 lagu ni bukanlah jenis lagu2 yang laju....tapi melodinya memang sedap untuk di dengar...

Kesimpulannya aku lebih suka Balls To The Wall dan Metal Heart...mungkin pasal ni 2 album aku dengar dulu....Restless And Wild ni jadi luarbiasa hanya kerana "Fast As A Shark"...atau mungkin jugak "Princess Of The Dawn"...kalau tak pasal lagu2 ni...kira ianya dalam kategori biasa2 ajer...

****lagu "Flash Rockin' Man" tu ada cakap2 yang kata Maiden cilok riffs lagu ni untuk "2 Minutes To Midnight"...memang bunyinya seakan2...tapi tak tau la...suratan atau kebetulan...heheh...



Friday, May 4, 2012

Blackout

kembali ke cerita pasal album2 yang tahun belakangnya no 2..



Scorpions - Blackout (1982)

Secara jujurnya inilah album rock pertama aku...(bukan yang pertama beli...kalau yang omputeh pertama beli adalah The Best Of Dio versi apache)..tapi album rock pertama yang aku discover sendiri...bukannya melalui abang aku seperti sebelumnya...pinjam kat kawan sekolah...

Membesar di penghujung 70an dan awal 80an...kalau korang bukannya berjiwa K-POP...konpem korang akan terpengaruh dengan Scorpions...hahaha...ok tu jam tak ujud K-POP...paling dekat pasal Korea yang budak2 zaman tu familiar adalah team bolanya...terutamanya time Pestabola Merdeka...zaman Malaysia boleh beat Korea la kan....ok la...tu cerita lain...

Tapi Scorpions ni yang pertama aku tau adalah zaman album Tokyo Tapes...macam aku cakap tadi la...pengaruh dari abang aku...tapi masa tu aku baru darjah 2 atau darjah 3...tak paham apa tu muzik...apa tu rock...tapi yang betul2 beri kesan kat aku adalah zaman album Blackout....kaver dia tu memang melekat kat memori aku sejak 1st time tengok....mungkin kalau korang tanya apa kaver album yang paling terkesan kat aku...jawapannya memang Blackout...dulu2 aku ingat tu muka Rudolf Schenker




Blackout ni boleh dikirakan sebagai sebuah album yang heavy pada zamannya...bayangkanlah masa tahun 1982,83 tu korang berumur 12,13 tahun...duduk felda...dengar lagu Black Out ataupun Dynamite...pergh...memang inilah paling rock...paling bising...paling ganas....rasanya majoriti masyarakat dan mak bapak zaman tu pun rasa camtu...kalau tak...tak kan lah konsert dorang kat KL zaman tu pernah kena banned...

Tapi apa yang aku tak taunya ketika tu...bagi peminat Scorpions era Uli Jon Roth...ini album Scorpions yang dorang anggap komersial...yang lebih pop...mungkin ada kebenarannya jugak...pasal ini la album yang mula melonjak nama Scorpions ke seluruh dunia...walaupun ianya bagi aku lebih heavy berbanding era Uli...tapi lagu2nya lebih mudah untuk diterima media mainstream terutamanya di US...maklum la zaman tu heavy metal mula menjadi popular di US...

Lagu2 dari album ni seperti "Black Out", "Can't Live Without You", "No One Like You", "You Give Me All I Need", "Dynamite", "China White" dan "When the Smoke Is Going Down"(ni antara lagu terawal aku belajo main gitar)...boleh kata semua lagu la dari album ni...tak kira la dari 30 tahun dulu hingga sekarang...tetap aku teruja setiap kali mendengarmya...

dan sebelum terlupa...walaupun kalau sebut pasal solo2 gitar Scorpions...orang lebih bercerita pasal Uli Jon Roth ataupun  Michael Schenker....tapi bagi aku Mathias Jabs adalah antara yang terhebat...dia punya pasal sejak budak2 dulu aku teringin sangat nak memiliki gitar Explorer macam dia...kalau dapat Explorer 90 lagi giler arr....sayangnya itu cuma angan2...aku tangan bangku bila memegang gitar...hahaha..

REKOMENDED!


***budak2 dulu mati2 aku ingat lagu Blackout tu cerita pasal takder karen...so sampai tua2 ni pun...setiap kali blackout...konpem terngiang2 lagu ni kat kepala...heheh...



Thursday, March 22, 2012

the Extra-Terrestrial

Dah alang2 cerita pasal album2 yang tahun terbit belakangnya 2...apa kata cerita pasal movie pulak...kalau 30 tahun yang lalu...cerita paling femes dah tentu2 lah cerita ni...



E.T.: The Extra-Terrestrial (1982)

Walaupun cerita ni diriliskan pada tahun 1982...tapi seingat aku 1st time aku menontonnya adalah pada tahun 1984...biasala bebudak kampung yang membesar zaman akhir 70an dan awal 80an macam aku...mana ada peluang nak gi tengok wayang...apa yang ada kat tv...tu jer la yang ko tengok...bagi keluarga yang berada sikit...adalah video player...bila dah remaja...umur belasan tahun baru la kenal panggung wayang...

Cerita ni pun aku tengok kat sekolah...masa tu aku form 1...biasanya bila dah abis periksa akhir tahun...dah tak belajo...daripada budak2 melepak hisap rokok kat kebun kelapa sawit...cikgu akan buat macam2 aktiviti untuk penuhkan masa lapang...antara aktivitinya adalah tayangan video...biasanya pilihan cerita bebudak senior (form 5) yang pilihkan...cikgu cuma tukang sediakan duit dan gi kedai sewa kan...tu yang sampai Blue Laggon pun dorang letak dalam senarai...heheh...

Tiket masuk nak tengok tak silap aku 20 sen...buat kat bilik tv...selagi boleh sumbat berapa ramai pun tak kisah...biasa la cikgu pun nak untung lebih...hahaha...kalau ko masuk lambat...duk kat belakang apa pun tak nampak...siap kena berdiri atas kerusi lagi nak kasi clear view dari kepala orang depan...ko bayangkan kalau cerita panjang 3 jam...jenuh berdiri....

Tayang pulak bukannya guna layar besar ke apa...guna tv sekolah ajer...dah la zaman tu mana ada skrin leper 42 inci ker apa...kecik jer...lupa dah aku berapa inci...tapi tv paling beso pun zaman tu 20 inci jer kan...memang kalau ko duk kat belakang bukannya nampak apa...sound sistem pun cikai abis...guna speaker tv...bukak kuat bunyi pecah dan sebu...memang tengok cerita setakat tengok...apa pun tak paham...yang aku ingat babak ET tu naik BMX lalu kat depan bulan (tu jam BMX memang tengah top) dan dialog dia "ET phone home...ET phone home"...tu pun pasal budak2 ikut sebut dialog tu...

adegan BMX ni memang tak leh lupa la...kena pulak zaman tu aku memang kaki BMX

Tapi yang betul2 aku paham tengok cerita ni bila beberapa tahun lepas tu cerita ni masuk tv...tak silap tv5 Singapore...tu jam baru la tau apa jalan ceritanya...tapi masa tu aku rasa ianya sedikit membosankan...walaupun ianya sains fiksyen...tapi banyak cakap...maklumlah zaman2 meningkat remaja...mesti suka cerita action perang2 meletup sana sini...bile kena cerita yang slow drama camni memang rasa nak tertidor...

Tapi tu la...walaupun cerita ni sebenarnya untuk budak2...bila dah berumur macam sekarang ni baru lah aku dapat menghargai cerita ni...bila dah mula hadam nengok cerita2 jenis drama berat...aku rasa cerita ni memang menarik...antara yang terawal pada aku menceritakan alien tu baik...ianya sangat sesuai tak kira zaman...kalau tukarkan BMX tu ngan Fixie...kira dah jadi up to date jugak la kan...hahaha...

walaupun bukannya antara fav aku...tapi tetap ET ni memang wajib tengok.




Saturday, March 10, 2012

The Number of the Beast

Kalau tahun 1992...album pilihan aku adalah Countdown to Extinction...tapi untuk tahun 1982 adalah ni...



Iron Maiden - The Number of the Beast  (1982)

Pertama kali aku mendengar lagu2 dari album ni adalah pada tahun 1986...manakala kasetnya pulak aku beli pada tahun 1987...beli saing2 ngan album Piece Of Mind...kaset apache la...apa lagi...sejak dari tu TNOTB ni jadi salah satu album favourite aku...

tengok la list lagu2nya...memang lebih dari separuh adalah lagu2 wajib Maiden yang layak duduk dalam album kompilasi best of...satu2nya lagu yang aku kurang gemar hanyalah "Gangland"...bagi aku dari sini la bermulanya era album2 hebat zaman Bruce Dickinson...mungkin kalau kena buat list album pilihan Maiden aku...TNOTB adalah no 4 dibelakang SIT,SSOTSS dam PS...ianya lebih sikit dari POM kerana adanya lagu Children Of The Damned....



Children Of The Damned ni ada banyak memori kepada aku...antara lagu awal Maiden yang aku belajo main gitar selain The Trooper dan Aces High...antara lagu yang band aku zaman budak sekolah bawak gi jamming...struktur lagu yang jenis cengini memang aku suka...mula2 macam slow rock...tapi masuk pertengahan jadi heavy...sayang betul dorang tak bawak live lagu ni kat Spore tahun lepas...

Lagu2 lain yang wajib disebut kalau cerita pasal TNOTB adalah lagu yang sering jadi encore kat live dorang termasuk kat Singapura tahun lepas...."The Number of the Beast" dan  "Hallowed Be Thy Name"...lagu TNOTB ni la yang mempopularkan no 666 kat bebudak rock kan...kalau boleh plat kereta pun nak bid no 666...tapi setau aku dulu Muhyiddin Yassin ada plat no 666 ni...mungkin dia muda2 dulu dengo Maiden...hahaha...HBTN pulak tak tau apa nak cakap la...ni memang betul2 heavy metal masterpiece...klasik!

satu lagi..."Run to the Hills"...seingat aku video clip dia adalah yang ke 2 aku tengok selepas "Stranger In A Strange Land"....mana boleh lupa video clip ala2 charlie chaplin perang red indian naik basikal tu kan....lawak...dan tak lupa jugak..."22 Acacia Avenue"...kalau TNOTB buat rasa nak conteng no 666 kat mana2...tajuk lagu ni buat rasa apa2 borang ker atau sapa2 mintak alamat kita rasa nak tulis address ni jer kan...heheh...(aku tiap2 minggu ulang alik mersing...ada satu signboard tu ladang apa tah...ada tulis Acacia...setiap kali lalu mesti terngiang2 pulak lagu ni...haha..)




Cd aku ni versi 2 disc 1995...bonus disc tu ada 2 lagu...."Total Eclipse"...(lagu yang ramai fan komplen patut masuk dalam album bukannya lagu "Gangland")...dan "Remember Tomorrow" versi live...yang tak bestnya pada aku cuma cover art...aku lebih suka cover art background hitam macam remastered version...walaupun biru ni cover art yang ori...tapi yang hitam tu la yang ori Derek Riggs buat masa asalnya kan...takper la...mungkin aku tak cukup tegar untuk beli macan2 versi album ni...

tak kisah apa versi pun...yang pentingnya TNOTB ni memang "REKOMENDED"