Showing posts with label 1973. Show all posts
Showing posts with label 1973. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Queen

Lagi yang tersangkut dalam draf dari tahun lepas...

Album klasik yang dah 40 41 tahun...


Queen - Queen (1973)

Lagu "Radio Ga Ga" dan "I Want to Break Free" mengenalkan saya kepada Queen. Rakan sekelas merangkap gitaris band zaman sekolah menengah saya sering menyanyikan "I Want to Breakfast" setiap kali kami turun ke kantin bila tiba waktu rehat. Sekurang-kurangnya itulah memori saya terhadap Queen pada ketika itu (tahun 1985 kalau tak silap). Lainnya memang tak ada. Tak ambil tahu. Pasal saya sangkakan mereka adalah kumpulan pop.

Mula berminat nak ambil tahu selepas mendengar lagu "Stone Cold Crazy" versi Metallica. Dan "Bohemian Rhapsody" dari filem Wayne's World benar-benar  mengubah persepsi saya terhadap Queen. Bermula dari situ saya mula menjejaki album-album awal mereka.

Pada saya Queen di tahun-tahun 70an adalah lebih menarik dari Queen di era 80an. Untuk Queen ni memang saya sokong kata-kata saudara PC Kokak "70s rules!!!" Album self-titled ini sebagai contohnya. Muziknya lebih metal berbanding album-album tahun 80an yang lebih kepada muzik new wave dan pop. Lagu-lagu seperti "Radio Ga Ga", "I Want to Break Free" dan "Another One Bites The Dust" adalah contoh yang nyata.


Imej mereka pun lebih menarik. Zaman rambut panjang. Pada mat-mat metal yang ragu-ragu dengan Queen, album ini bersama beberapa album awal mereka memang sangat rekomended. Memang ada feel early 70's Prog-rock/metal album. Walaupun ini album pertama mereka tetapi produksinya tip top. Queen memang tak sama dengan band-band rock 70an yang lain. Mereka unik. Kerja gitar Brian May memang sedap. Tak hairanlah kenapa  dia menjadi idola kepada ramai gitaris metal kemudiannya.

Lagu-lagu seperti "Keep Yourself Alive", "Doing Alright", "Liar", "Great King Rat", "My Fairy King" dan lain-lain pada saya jauh lebih bagus dari lagu-lagu Top 40 mereka di zaman 80an.

Saya cukup bersetuju bila ada fan yang berkata "Believe me, there is much more to Queen than what comes out of radio waves or MTV!"  Terbaik!!!





Saturday, December 28, 2013

Sabbath Bloody Sabbath

Menyambut ulang tahun yang ke 40.....


Black Sabbath - Sabbath Bloody Sabbath (1973)

Saya bukanlah peminat tegar Black Sabbath. Saya lebih kepada kem Deep Purple. Kerana ketika budak-budak dahulu saya lebih didedahkan kepada muzik Deep Purple. Black Sabbath hanya benar-benar saya dengar ketika saya sudah bersekolah menengah. Itupun saya lebih kepada zaman Dio.

Sabbath Bloody Sabbath sedikit berbeza dari album-album awalnya seperti Paranoid ataupun Master of Reality. Rasanya album ini lebih pop lagu-lagunya. Malah majoriti lagu-lagunya jenis perlahan temponya. Lebih doom. Tiada lagu yang laju. Tapi yang pasti album ini mempunyai elemen progessif. Mungkin mereka juga terpengaruh dengan progessif rock yang popular ketika itu. Mengunakan Rick Wakeman (Yes) sebagai pemain keyboards jemputan menguatkan lagi andaian tersebut.


Beberapa track awal seperti Sabbath, Bloody Sabbath, A National Acrobat dan Sabbra Cadabra agak menarik. Lagu-lagu yang menjadi inspirasi kepada doom metal hari ini. Tetapi lagu-lagu track akhir agak progressif dan pop bunyinya. Banyak pengunaan keyboard dan memang tak metal kalau bukan kerana riff-riff  dan sound berat Tony Iommi.

Highlightnya pada saya adalah Tony Iommi. Banyak solo-solo dan riff beliau yang menarik. Soundnya gitarnya lebih berat dari album-album yang sebelumnya. Tidak sehebat 3 album awal tetapi masih dalam kategori terbaik.




Tuesday, December 17, 2013

Who Do We Think We Are

Lagi album klasik rock yang dah 40 tahun...


Deep Purple - Who Do We Think We Are (1973)

Dalam banyak-banyak album era Mark II, Who Do We Think We Are adalah yang paling akhir cdnya saya miliki. Malah saya mempunyai album-album reunion mereka di tahun 80an (Perfect Stranger, House Of Blue Light) dan 90an (The Battle Rages On) lebih awal dari cd ini.

Tak pasti kenapa. Tetapi sedari zaman budak-budak, Mark II era 70an yang saya tahu cuma untuk 3 album, In Rock, Fireball dan Machine Head. Selebihnya adalah dari era David Coverdale. Album ini memang tak popular. Terus terang saya tak pernah tengok bagaimana rupa kulit album ini sehinggalah di era internet.

Mungkin juga ada kaitannya dengan situasi mereka pada ketika itu. Album ini kurang di promosi kerana kes tak ngam antara Ian Gillan dan Ritchie Blackmore. Walaupun begitu ada 2 lagu yang pernah saya dengar waktu budak-budak dulu. "Woman from Tokyo" dan "Mary Long". Kedua-duanya dalam satu kaset pirate best of DP yang saya miliki satu ketika dulu. Dua-dua lagu ni best tetapi lagu yang agak menarik perhatian sudah tentu-tentulah "Mary Long". Liriknya chorus tu memang agak mengejutkan bagi seorang budak berumur awal belasan tahun seperti saya di tahun 80an dulu.  Walaupun sebenarnya saya tak paham pun maksud lagunya pada ketika itu.


Secara jujurnya saya hanya mendengar keseluruhan lagu dari album ini ketika zaman sudah pandai meng"download" dari internet. Memang agak terlewat. Baru tau adanya lagu-lagu yang tak kurang menariknya seperti "Rat Bat Blue" dan "Smooth Dancer". Tetapi lagu-lagu lainnya agak kurang menyengat. Mungkin album ini akan lebih bagus jika Ritchie Blackmore tak kedekut sangat. Khabarnya ada riff dan lagu-lagu yang Ritchie tak bagi guna kerana dia nak gunakan dalam album solonya. Menurut Roger Glover, lagu "Sixteenth Century Greensleeves" dari album Rainbow adalah salah satu darinya.

Cd yang saya miliki adalah versi remastered tahun 2000. Ada bonus track dan yang paling menarik pada saya adalah instrumental 11 minit lebih "First Day Jam". Menariknya Ritchie Blackmore main bass pasal masa tu Roger Glover tak sampai-sampai studio pasal trafik jem.








Wednesday, December 11, 2013