Showing posts with label 1979. Show all posts
Showing posts with label 1979. Show all posts

Sunday, April 4, 2021

Unleashed in the East: Live in Japan

Antara cd yang baru dimiliki...

Judas Priest - Unleashed in the East: Live in Japan (1979)

Kalau anda adalah pengemar Judas Priest di era 70an, semua lagu-lagu di dalam album ini adalah makanan anda. Exciter, Sinner, The Ripper, The Green Manalishi (With The Two-pronged Crown), Diamonds and Rust.... Arghhh...rasa macam tak puas kan. Ada banyak lagi lagu-lagu best mereka dari era 70an yang sepatutnya dipersembahkan. Kena buat 2 disc kot baru boleh puashati. 

Tapi ada juga yang mempertikaikan ini bukannya sebuah album yang betul-betul live. Dan ianya telah pun dah disahkan sendiri oleh Rob Halford dan juga dari buku biography "Heavy Duty -  KK Downing". Sememangnya ada rakaman semula di bahagian vokal. Tetapi di bahagian lain terutamanya kerja gitar KK dan Glenn adalah rakaman asal dari konsert tersebut.

Tak kisah lah live kat Jepun atau pun dalam studio. Yang penting lagu-lagunya sedap dan permainan muziknya memang mantap. Nak lagi best kena dengar guna ear/headphone. Baru terasa seolah-olah solo-solo KK Downing dan Glenn Tipton di sebelah kiri dan kanan telinga tu macam betul-betul berada di depan mata...eargasm!




Wednesday, October 28, 2020

Accept

Accept - Accept (1979)

Mula mencari album ini bila mendengar Therion membawakan lagu "Seawinds" sebagai lagu cover mereka dalam album Crowning of Atlantis (1999). Tak tau pula yang Accept ada lagu ballad yand sedap. Maklumlah dulu-dulu ketika penghujung 80an hanya mendengar lagu lagu berat dari album Balls to the Wall dan Metal heart sahaja. Tak sempat untuk meneroka album-album awal mereka.

Mendengar album ini seolah olah seperti mendengar album-album Scorpions zaman Uli Jon Roth. Pengaruh progresif hard rock 70annya memang pekat. Ianya memang berbeza dengan Accept yang kita kenal pada tahun 80an. Maklumlah ini adalah album pertama. Masih mencari arah. Benda yang sama juga berlaku kepada band seperti Judas Priest.

Jika anda sukakan album-album awal Scorpions mungkin anda akan suka album ini. Jika tidak, mulakan sahaja Accept anda di zaman heavy metal mereka di tahun 80an.

Untuk saya, 3 lagu pertama album ini, "Lady Lou", "Tired of me" dan terutamanya lagu "Seawinds" sudah cukup untuk menjadikan ianya penyebab kenapa album ini patut saya miliki. 



Sunday, March 24, 2019

Penyanyi



Alleycats - Penyanyi (1979)

Dah 40 tahun rupanya. Entah mana perginya masa ni semua ya. Sekejap jer rasanya.

Membelek cd ini mengembalikan ingatan saya ke ruang tamu rumah keluarga di zaman kanak-kanak. Masih terbayang-bayang mendengarnya sambil membelek-belek inlay kaset. Masih teringat-ingat bau kertas kilat inlaynya. Masih terkenang-kenang iramanya yang keluar dari set hi-fi abah. Kami bukan lah orang berada. Abah hanya seorang peneroka felda. Tapi benda-benda elektronik dan teknologi ni memang abah tak pernah kalah. Rumah kami sentiasa menjadi antara yang pertama ada tv, tv warna, peti ais, pemain video VHS dan lain-lainnya. Ianya hobi abah dan mungkin satu cara untuk beliau menghargai dirinya. Satu perkara yang sedikit sebanyak turun juga ke anaknya.


Ketika itu Alleycats memang tengah popular. Lagu Senandong Semalam memang tengah meletup-letup di carta lagu radio Singapura. Malaysia lambat sikit kan baru Alleycats ni popular. Masa tu baru darjah dua. Manalah pandai nak beli kaset. Duit sekolah pun takat 20 sen  atau 30 sen sehari. Teringin nak ada kaset Carefree atau Black Dog Bone. 2 nama yang tengah top pada masa itu. Tapi nak mintak abah belikan memanglah tak berani. Selalu juga ikut abang tumpang dengar piring hitam lagu-lagu ni di rumah jiran.

Abah ada juga lah beli muzik. Tapi tak pernah beli kaset. Dia lebih kepada piring hitam dan kemudiannya  katrij. Tapi dia beli lagu-lagu zaman dia lah. 60an Dan 70an. Macam kita sekarang. Mana lah nak beli lagu-lagu budak sekarang...haha... Yang ini pun dia tak beli. Tapi terjumpa dalam sebuah teksi yang dia naik. Mungkin dah jadi rezeki kami. 😀


Album ini, seperti album-album lain sezamannya memang penuh dengan lagu saduran. Tapi zaman tu manalah tau. Suka betul dengan lagu "Bersembunyi" dan "Bayangkanlah", rupa-rupanya ia adalah saduran dari "One Way Ticket" - Neil Sedaka/Eruption dan "Dust in the Wind" - Kansas. Banyak lagi contohnya "Kasih Mu" dari "Hot Stuff" - Donna Summer, "Selamat Berbahagia" dari "Happy Anniversary" - Little River Band dan lain-lain lagi yang malas pulak nak mengoogle.

Satu yang menarik, album ini mengenalkan saya kepada M.Nasir. Kesemua lagu-lagu dari album ini liriknya ditulis oleh beliau. Saya pernah terbaca yang beliau pada ketika itu sememangya berkerja dengan Polygram sebagai penulis lirik. Kemudiannya baru lah saya mendengar Kembara.

Ini adalah satu-satunya cd Alleycats yang ada dalam koleksi. Membelinya kerana memori. Tidak tau album-album yang lainnya kerana selepas dari ini saya telah mula mendengar band-band seperti Kembara, Blues Gang, Sweet Charity, The Unwanted, Kingdom In Rock dan lain-lain dan kemudiannya terpangaruh pula dengan lagu-lagu inggeris zaman New Wave seperti Duran Duran.




Monday, May 11, 2015

Kebebasan

Piring hitam yang mengembalikan kenangan zaman silam...


Carefree - Kebebasan (1979)

Saya tidak menghiraukan sangat pasal muzik dan segala "pop culture" yang dibawanya sehinggalah saya dalam darjah 3 (1980). Sebelum itu berkubang mandi paya, menyauk ikan atau main tembak-tembak senapang kayu buatan sendiri dengan menggunakan peluru buah senduduk adalah pop culture saya.

Carefree adalah antara penyebabnya. Gaya rambut afro adik beradik Boy dan Wan berjaya menarik perhatian saya apatah lagi saudara yang juga jiran saya yang lebih dewasa juga membuat fesyen rambut gaya tersebut.


Dari Carefree saya mula ambil tahu pasal muzik. Lagu Pujaan Minggu Ini (LPMI) setiap hari Ahad tak kira terbitan Radio Malaysia (kalau tak silap DJ Sazali Said) mahupun Radio Singapura (DJ Arwah Adnan Maswan) menjadi ikutan saya sebelum pergi ke sekolah. (Masa tu darjah 1 hingga 3 sekolah seisi petang). Dah pandai dah bercerita pasal muzik dengan rakan sekolah.

Tak silap saya lagu Rindu Bayangan menjadi no 1 di carta LPMI Malaysia dan Singapura sampai berminggu-minggu lamanya. Kira pecah rekod. Maka tak hairanlah jika album Kebebasan ini meninggalkan nostagia kepada saya.


Tak pernah ada piring hitam, katrij ataupun kasetnya di rumah. Abah lebih berminat dengan lagu-lagu 60an. Mendengar versi piring hitam di rumah saudara yang berambut afro dan melalui kaset yang dipinjam abang di rumah. Memang top betul nama Carefree pada zaman tersebut. Dari situ lah saya mula mendengar band-band melayu yang lain termasuklah seperti Black Dog Bone, Sweet Charity, Blues Gang, Kembara, Alleycats, Flybaits, Harmoni dan lain-lain.

Tetapi bila semakin meningkat remaja, mula terpengaruh mendengar lagu orang putih...Duran Duran...Spandau Ballet...A-ha ...selera saya berubah....kemudiannya semakin jauh berubah bila pandai pula mendengar Iron Maiden dan Search - Cinta Buatan Malaysia....dan bak kata orang kampung saya...and the rest is history....


the memory remains.....





Friday, April 10, 2015

Any Time, Any Day

Yang dah capai tahap klasik...


Blues Gang - Any Time, Any Day (1979)

Sebenarnya saya tidak pernah tahu keujudan album ini. Awal 80an ketika saya mula mengenali Blues Gang, album yang saya tahu hanyalah bermula dari album Blues Gang '81. Mungkin kerana lagu-lagunya dalam bahasa Inggeris, maka ianya tidak dimainkan di radio. Maklumlah saya pun masih kanak-kanak lagi pada ketika itu.

Baru sekarang berpeluang mendengarnya secara serius. (tak berapa nak "feel" lah kalau mendengar menggunakan youtube) Sayangnya piring hitam ini bukanlah asli. Yang asli terbitan WEA. Mungkin inilah antara sebab mengapa Ito sangat marah perihal cetak rompak. Mana taknya, sedari album pertama mereka lagi dah pun kena ciplak.

Tapi nak buat macamana. Sekadar apa yang ada. Bukannya senang pun nak dapat. Benda dah lama. Walaupun begitu soundnya memang sedap. Tip top. Lemak dan lunak. Terasa seperti hidup di tahun 70an.


Tabik lah dengan kugiran yang berasal dari Kg Pasir, Johor Bahru ini. Tidak seperti kebanyakan band-band 70an lain yang terpaksa berdangdut dan berdisko bila menjadi artis rakaman walaupun asalnya mereka bukan begitu, Blues Gang tetap dengan akar bluesnya. Tambah menarik tiadanya lagu-lagu saduran.

Album ini menampilkan penyanyi dan gitaris asal Bues Gang. A'shed (Rashid Yunus) dan Mat Dollah (Mohamad Abdullah) yang juga bertindak sebagai komposer. Sayangnya mereka berdua tidak kekal lama. Album selepas ini mula menggunakan Ito Mohd sebagai vokalis utama dan Julian Mokhtar.


Sayang kalau album sebagus ini tidak dikeluarkan semula. Banyak betul khazanah muzik Malaysia yang akan dilupakan oleh generasi akan datang kerana tiada usaha pemilik "copyright" untuk menerbitkannya semula.

Best!...kalau anda sukakan blues, boogie dan sedikit rock n roll. Kalau tak tau, ingatkan ianya memang band orang putih.

Terbaik!



Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday : Alleycats - Terimakasih (1979)




Penerbit - Wan Ibrahim
Senikata - M Nasir

Jika Kau Bercinta Lagi (M Nasir)
Aku Terperangkap (M Lloyd)
Kembalilah Kepadaku (Barry Gibb / Maurice Gibb / Robin Gibb)
Tiada Lain Darimu (Billy Joel)
Shahrazad (George Reyam)
Jun (Alleycats)
Terima Kasih (Alleycats)
Dosa (Alleycats)
Engkau Seri Bagai Pelangi (L Ritche)
Gembira Di Hari Lahir (Wan Ibrahim)
Mencari Kesucian
Senandung Semalam (Wan Ibrahim)



**Orang tampal LP lama...aku pun nak jugak...




Tuesday, November 29, 2011

Van Halen II

Lagi pasal album rock 70an...kali ini dari tahun 1979...album dari Van Halen...sebenonya aku lebih biasa dengan Van Halen zaman Samy Hagar berbanding David Lee Roth...Van Halen II adalah album ke 3 era David Le Roth yang aku ada...selepas 1984 dan Women And Children First....1984 dulu aku dah cerita...dan bersesuaian ngan entri pasal rock 70an...jom cerita pasal album ni...



VAN HALEN II

Mendengar album ni kita akan mengakui kenapa banyak gitaris2 lain selalu di cop sebagai klon Eddie Van Halen...kalau mendengar album2 hard rock terutamanya di sekitar penghujung 80an...pengaruh permaianan beliau memang jelas boleh didengar...ramai sungguh nak jadi Eddie Van Halen ni rupa2nya...

Van Halen II bukan lah album yang mudah di hadam...bagi aku majoriti album2 zaman David Lee Roth memang macam tu...banding ngan zaman Sammy Hagar yang sangat catchy...tapi disebabkan kerja gitar Eddie Van Halen...setiap lagu2nya menjadi sesuatu yang menarik untuk didengar berulang2 kali...

Aku mengambil sedikit masa untuk menyukai album ni...tapi bila dah masuk...memang sedap album ni...seperti kebanyakan album2 awal Van Halen...mesti ada lagu kaver...walaupun lagu kaver "You're No Good" (Linda Ronstadt???..) tak lah sepopular dan sesedap "You Really Got Me" ataupun "(Oh) Pretty Woman"....tapi ianya diletakkan di track pertama...pelik kan...kenapa lagu ni dipilih untuk menjadi track pembukaan...aku pun tak tau...biasanya lagu2 kaver ni track2 terakhir....

Tapi sememangnya susunan track lagu untuk album ni sedikit pelik...lagu2 yang sedap dan best kebanyakkan di separuh terakhir album ni...kebiasaan album kan lagu2 best letak di awal...nasib lagu paling terkenal dari album ni "Dance the Night Away" di letak kat track ke 2...so takler ler boring kalau 1st time dengar...ni lagu paling pop dan catchy dari album ni...



macam aku cakap tadi...start dari tack no 5 "Outta Love Again"...hingga track 10 "Beautiful Girls"...semuanya bagi aku menarik...terutama part solo/riff Eddie Van Halen la... cekidot instrumental "Spanish Fly"...kalau "Eruption" dia guna gitar letrik...yang ni giler laju dia belasah guna gitar akustik...pergh!!

Kalau anda peminat gitar...aku memang cadangkan korang dengo album ni...tapi kalau jenis nak yang sedap hadam...cekidot era Samy Hagar...tapi David Lee Roth ni memang banyak keistimewaannya...suara dia memang power...tu lum nengok showmanship dia lagi tu...giler hyper...tu pasal peminat2 lama tetap menganggap Van Halen adalah David Lee Roth...

btw...kalau Van Halen...orang selalu sebut Eddie dan David jer...tapi bagi aku Alex Van Halen pun sangat bagus...cekidot drum solo dia dalam lagu "Light Up the Sky"...best!

REKOMENDED JUGAK!

Wednesday, November 23, 2011

Lovedrive

syiok pula cerita pasal album2 70an...sambung lagi la...




SCORPIONS - LOVEDRIVE (1979)

macam aku cakap dulu...selain Deep Purple...Scorpions adalah pengaruh besar zaman aku budak2 dulu dan lagu2 dari Lovedrive lah antara yang terawal yang aku tau dari Scorpions...banyak sentimental valuenya album ni pada aku...takkan korang tak pernah dengar "Always Somewhere" ataupun "Holiday"?...

Masa mula2 belajo pegang gitar kapok dulu...jari kejung...baru tau pegang 2,3 kod tu pun terkial2...ini lah antara lagu2 terawal yang aku belajo...dan rasanya inilah lirik lagu omputeh yang terawal aku hafal...walaupun tak berapa paham bunyi butirnya...iyerla tu jam...mana ada lirik...fwd rwd fwd rwd radio kaset tu dan main bantai jer salin liriknya...janji bunyi2nya dekat2 kira alrite la tu kan...zaman sekolah rendah...bukannya pandai omputeh pun...

maklum la budak felda macam aku yang mak bapaknya cuma tau yes no alrite jer...mana nak jumpa paper The Star ataupun buku Enid Blyton kat rumah...pelajaran omputeh aku memang banyak dari lagu2 rock omputeh...sebelah kanan pegang lirik sebelah kiri pegang kamus...sapa kata rock ni bagi kesan negatif ajer kan...

Satu lagi ingatan aku pasal Lovedrive ni adalah Michael Schenker...tu jam aku blur berapa ramai yang main gitar untuk Scorpions ni...yang aku tau Michael Schenker tu UFO...tu la zaman2 tak boleh google time nak cari info...zaman2 aku kat sekolah menengah baru kenal Uli Jon Roth,Matthias Jabs dan Michael Schenker ni sapa...


album2 70an memang banyak gambo kavernya agak kontroversi...ni aku dah self-censored...heheh...tapi ok jek masuk Malaysia...ni aku beli kat Tower Records KL Plaza...



Ok tu cerita kenangan aku dan Lovedrive...tapi kalau nak review pasal albumnya boleh la dikatakan sebagai ianya titik permulaan berubahnya muzik Scorpions...dari era 70an Uli Jon Roth kepada era 80an Mathias Jabs....dua2nya ada keistimewaan memasing...

Aku tak nak banding dengan album2 era Uli...tu semua tahap legend...tapi zaman tu aku kecik sangat...tapi zaman Matthias Jabs ni memang zaman aku...susah kalau nak suh aku pilih mana satu yang best..Lovedrive, Animal Magnetism, Blackout, Love at First Sting dan Savage Amusement semua ada ceritanya yang tersendiri...semua pun best...

Satu yang aku sukanya Lovedrive ni pasal boleh dengo Michael Schenker menyolo dalam 3 lagu "Another Piece Of Meat", "Lovedrive" dan instrumental "Coast to Coast"...ini adalah lagu instrumental fav aku zaman budak selain dari "Transylvania - Iron Maiden"...ni zaman budak2 dulu...dengar sambil pegang raket badminton berangan jadi gitar...heheh...lagu2 ni membuktikan kenapa Michael Schenker juga adalah idola gitar aku...tak kisah zaman UFO...MSG...semua aku suka...sayang dia tak rekod ngan Ratt kan...

Album ni semua lagu pun best... Loving You Sunday Morning, Another Piece Of Meat, Lovedrive...cumanya aku dulu dengar sepenuhnya album ni masa zaman album "Blackout"...time tu aku baru discover satu lagi lagu yang sampai sekarang jadi salah satu fav aku...lagu yang ala2 reggae "Is There Anybody There?"...syok solo Matthias kat lagu ni...sama sedap macam solo dia kat "Always Somewhere"...

Tak kisah la ko suka sapa...Uli ker Michael ker atau Matthias...satu lagi cd yang aku rekomended!!

Friday, January 30, 2009

Sweet Charity

"Lagenda"...satu perkataan yg terpikir kat kepala otak aku bila sebut pasal Sweet Charity...teringat2 zaman sekolah rendah dulu band2 yang popular pada zaman tu Kembara,Carefree,Black Dog Bone,Blues Gang,Flybaits dll...tapi Sweet Charity ni amat berlainan...kenapa?..pasal mereka rock ...ketika Carefree,Black Dog Bone berambut afro...Ramli Sarip and the gang berambut panjang...mereka memang berlainan dari band2 popular pada masa tersebut...aku tak sure band manakah yg terawal sekali main rock ni...tapi yg pasti Sweet Charity lah yg paling berjaya..walaupun ketika itu aku belum rock lagi tapi terpengaruh jugak dgn Sweet Charity sikit2 bila mendengar kaset2 yg abang aku bawak balik..budak2 remaja tempat aku ketika akhir2 70an dan awal 80an tu dah start layan rock...scorpions,purple tu semua...lepak simpang...mmg jamming gitar tong lagu Sweet Charity...aku?...hmmm...tak tau apa2 lagi...budak sekolah rendah la katakan...cuma pandai conteng logo2 band rock ni kat beg "swan" sekolah agama aku ajer...hehe...

kenapa yer band2 rock 70an dulu kebanyakannya berasal dari Singapura (correct me if i'm wrong)...kemudiannya melarat ke JB...adakah sebelah selatan lebih advance ketika itu...ntah la..aku masih ingat band2 macam The Unwanted dan Kingdom In Rock yg juga berasal dari Singapura...



Ini adalah album pertama Sweet Charity dan album yg paling aku tak tau..(yg aku tau mula dari Pelarian)..cd ini adalah edisi khas yang dikeluarkan semula oleh WEA pada tahun 2004. Sayangnya tidak seperti di negara2 barat yang mana album re-issue biasanya mengandungi biodata lengkap sejarah band dan lagu2 bonus...tapi re-issue kat Malaysia ni macam melepaskan batuk di tangga...nampak sangat syarikat rakaman di Malaysia hanya mementingkan keuntungan semata2...tapi nak buat camnerkan...daripada takder tu...baik ada...harga pun murah :p (harap2 sangat lah daripada syarikat2 rakaman tu buat album kompilasi leleh...ada baiknya dorang release balik full album band2 lama ni...kan lagi bagus...)

Aku terpaksa menyelongkar di internet untuk mengetahui bila album ini diterbitkan...mengikut wiki bahasa melayu album ini diterbitkan pada tahun 1979..ikut line-up tulis kat cd ni cuma 4 orang...tapi gambar cover tu 5 orang...iskh...kena siasat lagi...hasilnya kalau tak salah la yer..ini la line up untuk album ni

Ramli Sarip - Vokalis Utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - Bass
Rahman Sarbani - Drum
Ahmad Jaafar - Keyboard @ Vokalis Kedua




Tracklists

1. Bingung (copyright controlled/A Hussaini Ajmain)
2. Bertemu Dan Berpisah (M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
3. Bersenda (A Hussaini Ajmain)
4. Tak Sepertimu (copyright controlled/Adlim Es)
5. Masalah (Adlim Es)
6. Seniman Di Rantau (Sweet Charity,A Ali,A Hussaini Ajmain)
7. Bayang Bayangku (copyright controlled/Adlim Es)
8. Sama Sama Merasa (A Hussaini Ajmain)
9. Anak (Balada Seorang Ibu Tua) (Freddie Aguilar/A Hussaini Ajmain)
10.Hujan (Sweet Charity & M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
11.Teratai (copyright controlled/Chacken B
12.Angan Angan Saja (copyright controlled/Kamali Hudi)



Ketika membeli cd ni beberapa tahun yang lalu...baru aku tau yg lagu Teratai ni dari album dia org yg pertama..dan baru jugak aku tau yang lagu ni bukan lagu asal Sweet Charity...satu yang musykil...kenapa ek album2 lama zaman 70an suka ambik lagu2 saduran (lagu yang dinyanyikan semula)..contoh album ini sahaja..separuh dari lagu2nya adalah lagu saduran...kurang yakin dengan lagu sendiri?...atau mungkin memang trend pada masa itu mengambil lagu2 yg telah popular...banyak pulak lagu2 Indon yang dinyanyikan semula oleh Sweet Charity ni..sapa tau lagu Teratai ni sapa penyanyi asalnya (siasatan aku di internet gagal...iskhhh)



Secara amnya...album ni bukanlah berkonsep heavy rock macam Black Sabbath atau Deep Purple walaupun bunyi keyboard ala2 John Lord disana sini...tapi rasanya lebih macam Santana kot...lagu yg paling heavy pun cuma satu lagu aje iaitu Bayang Bayangku (Mael Real X pun pun pernah cover lagu ni...lagu asal dari kumpulan Foreigner iaitu Double Vision)..terdapat jugak lagu joget iaitu Bersenda (rasanya inilah lagu selain teratai dan Anak yg aku pernah dengar sebelum ni...kat mana tak ingat...kat radio masa aku kecik2 kot...)

Terdapat jugak 2 lagu yang aku rasa antara ciptaan terawal M.Nasir...lagu slow Bertemu Dan Berpisah tu layan jugak...kalau dirakam semula ada kemungkinan boleh popular...dan jugak ada lagu A. Ali (menurut wiki bahasa melayu...A.Ali jugak pernah join Sweet Charity sebelum Kembara)..dan tak ketinggalan lagu Anak (lagu popular penyanyi folk Filipina Freddie Aguilar)..tak banyak lagu2 ciptaan Ramli Sarip atau Sweet Charity...tak tau kenapa...

Rasanya jugak...ada lagu dari album ini yg bukan dinyanyikan oleh Ramli Sarip..kalau tak silap aku ada 2 lagu (Masalah dan Seniman Di Rantau)...aku agak2 lah...suaranya agak lain bagi 2 lagu ni...rasanya Ahmad Jaafar kot yg nyanyi pasal aku tau Ahmad Jaafar memang ada menyanyi contohnya lagu Terharu...apa nak buat maklumat di cd tak lengkap...

bagaimanapun...secara keseluruhannya..ok la..kalau nak layan 70's rock melayu yg ala2 Santana boleh la layan album ni.