Showing posts with label 1978. Show all posts
Showing posts with label 1978. Show all posts

Saturday, April 11, 2026

Long live Rock N Roll

Remembering my youth - 48th anniversary

Rainbow - Long Live Rock N Roll (09/04/1978)

Selain Scorpions dan Deep Purple, Rainbow adalah pengenalan awal saya kepada muzik rock dan heavy metal. 

Walaupun pada ketika itu saya masih terlalu muda untuk memahami apa itu muzik tetapi lagu-lagu mereka termasuk dari album ini telah memberikan pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.


Monday, October 3, 2022

Obsession

 Piring hitam terkini dalam simpanan...

UFO - Obsession (1978)

Tak pernah ada versi kaset. Agak lambat juga untuk mula mendengar album ini secara penuh. Kali pertamanya adalah ketika zaman cd MP3 (sekitar 1997 atau 1998). Makanya tak bolehlah nak bergila format.

Obsession adalah satu album kegemaran saya dari UFO. Sebenarnya bolehlah dikatakan kesemua album UFO era 70an Michael Schenker sememangnya saya suka. Ianya bukan sahaja kerana kerja gitar beliau, tetapi lagu-lagunya memang sedap dan kena dengan selera.

Dari kebanyakan ulasan yang dibaca, Obsession adalah yang paling kurang digemari dari 5 album 70an era Michael Schenker. Malah Pete Way sendiri mengakuinya. Bagi beliau album ini kurang rock kerana lagu-lagunya lebih lembut dan adanya penggunaan alatan strings yang berlebihan. Lagu "Arbory Hill" sebagai contohnya.


Tetapi bagi saya ianya bukanlah satu masalah. Memang betul, Obsession bukanlah sesuatu yang boleh menjadi penanda aras. Ianya biasa-biasa sahaja. Tetapi yang penting ianya sedap. Selain faktor utamanya adalah tentang solo-solo gitar berjiwa dari Michael Schenker, tetapi vokal Phil Mogg juga memainkan peranan.

Ada 3 lagu yang sering saya ulang kalau memainkan album ini. "Only You Can Rock Me", "Pack It Up (And Go)" dan yang paling berhantu, "Lookin' Out for No. 1"

Tak ada cacat cela, tak ada yang nak di komplenkan. Bukan yang terbaik tetapi untuk peminat UFO seperti saya ianya dah cukup memuaskan hati. Patut dicuba jika anda sukakan muzik hard rock 70an dengan solo-solo gitar yang meruntun jiwa….



Wednesday, January 9, 2019

Si Gadis Ayu 2

Lagi draf yang tertinggal dari tahun lepas...kebetulan pula hari ini versi reissue cd gold disc album akan di edarkan...


Black Dog Bone - Si Gadis Ayu (1978)

Selain Carefree, Black Dog Bone juga adalah nama besar bagi persada muzik melayu pada penghujung 70an dan awal 80an. Dalam memori saya ada 4 album mereka yang cukup saya ingat. Si Gadis Ayu (1978), Khayalan (1979), Dulu Dan Sekarang (1979) dan Diganggu Kenangan (1980).

Tetapi yang paling melekat dalam memori adalah gambar cover album turun dari helikopter (Diganggu Kenangan) dan album gambar naik keretapi. Masih teringat-ingat membelek-belek 2 keping piring hitam tersebut semasa mengikut abang mendengarnya di rumah saudara yang juga merupakan jiran sekampung.


Seperti album-album sezamannya, sudah pasti ianya penuh dengan lagu-lagu saduran. Mungkin ramai yang tahu lagu Si Gadis Ayu itu lagu saduran tetapi ramai yang tak tahu siapa penyanyi asal. Sebenarnya lagu asal adalah lagu dari cerita kartun popular 60an The Archies yang bertajuk Sunshine.

Selain itu Hatiku Luka Lagi adalah dari The Manhattan - Kiss And Say Goodbye, Perjalanan Hidup adalah Paul McCartney & Wings - Mull of Kintyre. Ada 3 lagi lagu yang saya tak pasti siapa penyanyi asalnya. Dan sehingga sekarang masih mencari siapakah penyayi asal lagu "Geram".

Dan sebelum terlupa...BDB tu makna sebenarnya adalah Band Dari Boyan...




Wednesday, May 16, 2018

Powerage

Yang dah 40 tahun usianya pada 5hb Mei yang lalu...


AC/DC - Powerage (1978)

Dah pernah buat entri pasal album ini 6 tahun yang lalu. Rujuk >SINI<

Saya bukanlah pengemar ACDC pada asalnya. Zaman awal terjebak dalam muzik rock, saya lebih mengenali logo mereka berbanding lagu-lagunya. Tiada siapa yang berada di sekitar saya yang mengemari ACDC. Oleh sebab itu saya agak lambat untuk mendalami muzik mereka.


ACDC adalah sebuah band yang tidak mudah hadam. Ramai yang berangapan muzik mereka hampir sama sahaja. Tetapi jika anda dapat memahami muzik mereka, ianya akan menjadi satu ketagihan. Itu yang terjadi kepada saya. 6 tahun yang lalu adalah tahun yang mana saya cuba untuk memahami muzik mereka. Kemudiannya terjebak dan membeli hampir keseluruhan album studio mereka.

Namun begitu, Powerage bukanlah sebuah album yang saya cadangkan jika anda baru hendak bermula. Separuh kedua untuk album ini sememangnya agak mendatar dan kedengaran agak sama sahaja. Memang langsung tidak sesuai untuk beginner.


Tetapi jika hendak mencuba juga. Saya cadangkan lagu Sin City atau Rock And Roll Damnation atau Riff Raff dan mungkin juga Down Payment Blues. Tapi jika semua ini tak boleh masuk, sememangnya anda bukanlah untuk ACDC.


*salam ramadhan untuk pembaca setia berteromber walaupun tuan tanahnya dah tak berapa nak setia untuk menulis sepanjang masa...terima kasih.







Wednesday, February 14, 2018

Van Halen

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...


Van Halen - Van Halen (1978)

Album ini memang banyak pengaruhnya kepada mat rock awal 80an. Tambah-tambah jika anda bermain gitar. Siapa tak kenal Eddie Van Halen. Rasanya majoriti gitaris rock Malaysia zaman awal 80an menjadikan beliau sebagai idola. Hillary Ang contohnya.

Saya sendiri ketika budak-budak sebelum tau apa itu muzik rock, dah biasa dah dengar nama dan lihat logo Van Halen walaupun tak pasti lagunya macamana. Selalu juga dengar lagu "You Really Got Me" dimainkan oleh band-band rock kerja kawin disekitar kampung saya di Johor. Maka tak pelik lah kalau Kumpulan Search mengambil lagu tersebut untuk album pertama mereka (lagu Sirih dan Gambir)


Bagi saya ini adalah salah satu debut album rock terbaik dalam sejarah. Mendengar intro gitar "Runnin' With The Devil" sahaja sudah cukup mengujakan. "Eruption" pula mengesahkan status Eddie Van Halen sebagai seorang gitaris yang lain dari yang lain. Majoriti lagu-lagunya memang bagus. "Ain't Talkin' 'bout Love" adalah pilihan saya.

Beliau bersama David Le Roth telah mengubah sejarah muzik rock untuk selama-lamanya.


Monday, February 12, 2018

Stained Class

Yang menyambut ulantahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...



Judas Priest - Stained Class (1978)

Kalau nak dibandingkan dengan album-album hard rock pada tahun tersebut, mungkin ini adalah antara yang paling berat. Mereka menjadi penyambung kepada Black Sabbath dengan muzik yang kemudiannya dikenali sebagai heavy metal.

Mungkin juga Stained Class bolehlah dikatakan sebagai "blue print" kepada pergerakan yang dikenali sebagai "New Wave Of British Heavy Metal". Dengan album ke 4 ini, Judas Priest telah menemui hala tuju mereka. Tiada lagi pengaruh blues dan progressif. Hanya "Beyond the Realms of Death" yang masih ada pegaruh progressif rock. Yang lainnya memang total heavy metal hard rock (zaman tu tak wujud lagi kot terma "heavy metal")

Saya sebenarnya hanya betul-betul mendengar album ini secara serius selepas membeli cdnya sekitar tahun 2010. Sebelum itu rasa susah nak masuk. Maklumlah sebagai pendengar Judas Priest zaman glam metal (Turbo) dan zaman speed metal (Painkiller), muzik rock 70an mereka agak kurang di hayati. Tetapi Stained Class adalah sebuah album yang "grower". Makin lama dengar makin sedap.

Bayangkan kalau lagu "Exciter" di rakamkan di zaman "Painkiler". Sudah tentu-tentunya ia akan menjadi sebuah lagu speed metal yang hebat.



Senang kata, dengan Stained Class maka bermulalah era cemerlang heavy metal Judas Priest.






Thursday, May 28, 2015

Throwback Thursday : Aku Penghiburmu



Sudirman - Aku Penghiburmu (1978)

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran Allahyarham pada 25hb May yang lalu. Kalau arwah masih hidup, dah 61 tahun dah usianya.

Saya bukanlah peminat tegar beliau. Tetapi perlu diakui, ketika kanak-kanak dahulu saya pernah minat dengan beliau. Seperti yang saya katakan sebelum ini. Bila terjebak dengan dunia piring hitam. Hendak tak hendak, anda akan terpengaruh juga dengan segala macam album dari tahun tahun 70an tanpa mengira apa genre sekalipun.

Sebenarnya saya tak nak bercerita perihal Aku Penghiburmu. Saya tiada memori atau kenangan untuk album ini. Malah saya tidak pernah tahu kewujudannya. Saya baru tahu yang lagu "Jali Jali" yang popular ketika saya kanak-kanak dahulu adalah dari album ini. Seperti kebiasaannya album 70an, banyak lagu saduran. Tetapi pada ketika ini lagi dah nampak bakat beliau terutamanya dalam mencipta lagu dan lirik. Lagu "Mama (Untuk Saloma)" adalah ciptaan beliau

Saya dah lupa bila masanya saya mula ambil tahu pasal beliau. Kalau tak silap kerana lagu "toyol". Agak popular juga lagu itu ketika zaman saya kanak-kanak dahulu. Tetapi yang membuatkan saya betul-betul jadi peminat beliau semasa kanak-kanak dahulu adalah bila abah membelikan kami kaset Anak Muda (1980).

Itu adalah kaset kedua kami. Yang pertama kaset Alleycats - Penyanyi (1979). Zaman sebelum itu abah lebih banyak membeli dalam format katrij. Sayang...tiada satu pun album dalam format katrij ini masih tersimpan.


Pada ketika itu, popular betul lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)". Tetapi entah kenapa saya cukup suka akan lagu "Jamilah (Untuk Jururawat)". Asyik ulang-ulang dengar. Mungkin kerana lagu ini ada unsur-unsur humor. Maklumlah pada ketika itu saya baru sahaja berumur dalam 9 atau 10 tahun. Masih kanak-kanak. Lebih suka yang lawak. Mana paham lagu-lagu cinta.

Kalaulah dapat album Anak Muda dalam bentuk piring hitam. Memang best. Banyak betul nostalgianya. Tak pun album Lagu Anak Desa (1980) atau pun Lagu Dari Kota (1981). Ni semua saya pernah ada dalam betuk kaset. Yang 2 terakhir tu kepunyaan abang. Tak dapat piring hitam, dapat dalam bentuk cd pun dah best dah. Tapi saya tak rasa album-album ini ada dikeluarkan dalam bentuk cd.

Samada minat atau tidak, perlu diakui yang beliau adalah seorang lagenda yang tidak mudah untuk dicari ganti. Satu dalam sejuta. Sangat kreatif dan genius dalam bidang nyanyian dan persembahan.

Tabik!








Wednesday, October 8, 2014

Si Gadis Ayu

Lagi kisah di Pulau Pinang.

Antara tempat yang Mus Speedrider suruh aku pergi adalah pasar karat rope walk bersebelahan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. (Maaf aku lupa nak ambil gambar)

Biasalah...misi meninjau vinyl dan cd terpakai. Tetapi memandang ini rombongan keluarga, kemahuan untuk diri sendiri terpaksa diminimisekan. Tak dapat lah nak membelek lama. Aku jumpa 2 kedai tetapi majoritinya menjual vinyl oldies. Disebabkan aku lebih kepada peminat rock/metal lebih dari seorang vinyl kolektor...makanya tak ada satu pun yang aku berkenan.

Tetapi supaya tak pulang dengan tangan kosong, aku beli la juga sekeping...

BLACK DOG BONE - SI GADIS AYU (1978)


Asalnya tak nak beli. Pasal aku tahu ini bukannya LP asli. Logo EMI pun tak ada kat depan tu. Tapi memandangkan LP Black Dog Bone - Si Gadis Ayu ini mengimbau memori zaman kanak-kanak aku di penghujung tahun 70an. Lagu-lagu seperti Si Gadis Ayu, Geram, Hatiku Luka Lagi, Penghibur dan Pemberitahu dll sememangnya membawa memori aku ketika Darjah 1. Zaman selalu melepak rumah sedara yang merangkap jiran yang bapa saudaranya mempunyai LP ini.



Kaver belakangnya pun hampeh. Seingat aku kalau yang asli gambar lain. Ni pun harganya RM20. Aku tawar pun uncle yang jual tu tak bagi kurang. Tak apa lah. Sesekali sampai sini. Kira ole-ole dari Penang. Kalau yang ori, aku jumpa Alleycats 4 dia jual sampai RM130. Takper la aku tak minat...Lainlah kalau LP Wings, Search dan lain-lain band rock 80an...

Walaubagaimanapun...aku suka rope walk ni. Masih berkarat pasarnya kalau nak banding yang di JB mahupun di Stadium Shah Alam yang nama jer pasar karat...tapi dah macam standard pasar malam jer rupanya.

Rafi...semoga menjawap persoalan anda. :)






Thursday, June 12, 2014

Throwback : World Cup Pt 1

Sempena demam World Cup yang sedang melanda...

Tak seperti masa budak-budak dulu...excited nak nengok world cup dah berkurangan...mungkin dah tua kot...heheh...4 tahun dulu pernah cerita pasal ni >SINI<. cepat betul ek masa berlalu....

Tahun ni tak pasti nak sokong mana walaupun secara tradisinya aku cenderung pada Argentina. Tapi aku tak suka Messi. Mungkin sokong Belanda. Van Gaal dan Van Persie punya penangan. Mungkin nak tengok yang underdog menang...mana tau Belgium ker....harap Adnan Januzaj dapat main...

Tapi untuk kali ni aku cerita sikit pasukan-pasukan yang aku sokong dari mula aku hidup kat dunia...


1- Jerman Barat 1974


Aku budak lagi...tak tau apa.


2 - Argentina 1978


Aku darjah 1. Masih tak tau sangat. Zaman tu bukan macam zaman sekarang. Info bukannya senang nak dapat. Tiada internet tiada Astro. Tambah aku duduk kampung. Tapi yang aku ingat sangat adalah si rambut panjang Mario Kempes dan team Argentina. Nama yang sering disebut-sebut pada masa tu. Pak cik jiran rumah kat kampung sebelah siap frame poster Mario Kempes ni gantung kat hall rumah dia. Main bola petang-petang pun semua berangan nak jadi Mario Kempes.


Benda ni memang aku tak boleh lupa bila sebut pasal World Cup 1978 walaupun aku tak pernah pun tengok macamana Mario Kempes ni main. Tu jam rumah aku pun tv hitam putih lagi. Rumah pun takder elektrik. TV  pun pakai bateri kereta. Lampu pun pakai lampu pam. (generasi sekarang mesti tak terpikir macamana tv guna bateri kereta kan?..) Setau aku takder pun siarang langsung. Mungkin ada siaran tertunda kot. Ntah aku pun tak ingat sangat...

Yang pastinya bapak aku siap ada beli beg adidas yang ada logo Argentina' 78. Beg tu aku pakai buat pergi sekolah. Tak main ler beg gambar ultraman...heheh...

Mungkin ini permulaan mengapa aku ada soft spot pada team Argentina..


3- Sepanyol 1982



Bolehlah dikatakan secara rasminya ini adalah world cup pertama aku. World cup yang aku betul-betul follow. World cup yang aku betul-betul kemaruk dan excited nak nengok. Sanggup berjaga malam nak tengok. Maklumlah dah besar sikit. Dan seperti kebanyakan budak-budak di zaman tu aku menyokong Brazil.

Semuanya gara-gara Zico. Tu jam memang minat giler kat dia. Time main bola semua berebut nak jadi Zico. Walaupun zaman tu aku minat juga dengan Bryan Robson. Penyebab utama aku jadi penyokong Manchester United sampai sekarang. Tapi Zico ni lain. Dia kira macam Lionel Messi ataupu Cristiano Ranaldo bagi budak-budak sekarang. Tambah-tambah pula team Brazil zaman tu memang hebat. Ada Sócrates, Eder, Falcão, Júnior dan lain-lain. Ini kira all time favourite team piala dunia aku la...Sayangnya team ni kalah dengan Itali dan Paolo Rossi. Frust giler. Pertama kali dalam hidup aku rasa macamana rasa kecewa bila team bola yang kita sokong kalah. Ingat lagi bila pergi sekolah semua muka sedih dan muram. Macamlah kita semua rakyat Brazil....(sampai sekarang aku tak berapa suka Itali....ni semua salah Paolo Rossi...hahaha...)


Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ini pertama kali RTM buat siaran langsung hasil dari derma orang ramai. Kira siaran langsung di taja sendiri oleh rakyat Malaysia. Ni la mulanya Dato' Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu. Aku dengan abang sanggup berjaga malam nak tengok walaupun kebanyakan malamnya aku tertidur di depan tv. Mak memang bising lah maklum tahun tu tahun aku nak ambik UPSR penilaian darjah 5...iskh...terasa tua betul la....hahaha...

Siapa ingat buku sticker world cup Espana' 82 dari Ovaltine....aku baru jumpa balik buku ni kat kampung....nanti rajin aku tampal....

bersambung.............kalau rajin.




Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...






Monday, October 29, 2012

Powerage

AC/DC - Powerage (1978)



Cd kedua AC/DC saya selepas "Back In Black". Sebenarnya untuk zaman Bon Scott, saya cuba untuk mendapatkan "Highway To Hell" atau "Dirty Deeds Done Dirt Cheap" atau mungkin "Let There Be Rock" seperti yang dicadangkan rakan2...tapi saya kalah bid...disebabkan Powerage ada "Sin City"...antara lagu AC/DC yang saya kenali...saya mencuba Powerage.

Seperti Back In Black...saya cuba menghayati Powerage selama seminggu...terutamanya ketika memandu dan menolong isteri mengosok baju (sebenarnya memang itulah sahaja masa yang saya ada untuk mendengar muzik kebelakangan ini).

Sama seperti Back In Black...Powerage juga mengunakan konsep yang sama...straight simple blues based rock n roll...crank up the guitars to 10 and have fun...iyer...sememangnya itulah konsep rock n roll...rilek2 sudah...kalau anda nak memberatkan kepala...AC/DC sesungguhnya bukan untuk anda.



Sesuatu yang saya rasa agak kurang dengan album ni cuma dari segi melodi...2nd half dari album ini pada saya agak mendatar...lagu yang seolah2 sama sahaja...mungkin sebab tu album ni agak kurang disebut berbanding album2 era Bon Scott yang lainnya...Walaubagaimanpun selain Sin City...lagu2 seperti Rock And Roll Damnation, Riff Raff dan Down Payment Blues patut saya sebut antara lagu terbaik dari album ini.

Apa2 pun AC/DC tetap AC/DC....Angus Young tetap hebat...takder yang salahnya dalam muzik mereka...dan saya sangat tertarik dengan vokal Bon Scott...kalau Brian Johnson dikatakan lebih banyak menjerit...suara Bon Scott lebih natural...lebih power...memang tak salahlah kalau ramai fan AC/DC tetap menyanjungi beliau sehingga kini...

Powerage bukanlah untuk mereka2 yang baru nak belajar dengat muzik AC/DC...tapi untuk yang lainnya...This is Rock N Roll!!!.


Friday, December 2, 2011

Hell Bent for Leather

sambung lagi cerita pasal rock 70's....bersempena ngan dorang nak turun Singapore tahun depan...kali ni Judas Priest...



HELL BENT FOR LEATHER (1978)

Hell Bent For Leather ataupun dikenali sebagai Killing Machine di UK merupakan album Judas Priest ori pertama aku...membelinya dulu di Salem Power Station Ampang Point (dah lama bungkus kedai kaset ni..) adalah semata2 kerana adanya lagu "Before The Dawn"...Iyer...aku start kenal Judas Priest bukan dari lagu2 heavynya...tapi lagu slow "Before The Dawn" dari satu kompilasi kaset apache...so masa membelek deretan cd Judas Priest kat kedai tu...cd ni lah yang aku pilih dulu...

Apa yang aku teringat masa dengar cd ni adalah aku tak boleh lari dari membandingkannya dengan Turbo (1986)...ok...Hell Bent For Leather bukannya synthesizer-driven sound macam Turbo...tapi dari segi sound komersil hard rocknya...sedikit sebanyak memang ada persamaan...

Masa Turbo rilis dulu...(aku ada versi apache...tapi sayangnya dah hilang la pulak) dorang kena kutuk giler2 pasal Turbo tak metal...hard rock guna keyboard...radio friendly...komersil...tapi sebenonya Judas Priest bukanlah sentiasa meriliskan album2 heavy...mungkin selepas album2 berat yang hebat seperti British Steel(1980), Screaming For Vengeance(1982), Defenders Of The Faith(1984)...Turbo bukanlah apa yang peminat harapkan...tapi mungkin dorang lupa album2 70an Judas Priest seperti Hell Bent For Leather pun bukanlah heavy mana...cuma hard rock ajer...mungkin cd ni di maafkan...kerana dari sini la bermulanya era Judas Priest dengan jaket kulit dan imej metalnya...dan ianya menjadi trend untuk band2 metal selepas tu... metal = leather

Walaupun begitu kebanyakan lagu2 dalam Hell Bent For Leather ni memang sedap2 belaka...catchy...cuma yang aku tak sukanya soundnya agak tengelam...bunyi gitar pun agak terkebelakang...biasanya kalau dengo kat radio dalam kereta...volume no 6 tu pun dah kuat giler...tapi album ni kena bukak 10 atau pun 11 baru la kuat bunyinya...tak tau la kalau yang remastered version punya...

Seperti biasanya...twin guitar dari K.K. Downing dan Glenn Tipton tetap best cumanya trademark high-pitch Rob Halford memang kurang untuk untuk album ni...dia lebih banyak guna suara mendatar...tapi sedap jugak sebenonya...cekidot lagu "Burnin' Up"...ada kelainan dari segi vokalnya...mungkin kerana album ni sasarannya adalah pendengar USA...tu sebabnya ianya agak komersil mainstream berbading album2 sebelumnya contoh seperti Stained Class..



Dari segi lagu2nya...yang jadi favourite aku adalah "Delivering the Goods" dan "Hell Bent for Leather"...ni 2 lagu yang heavy sikit walaupun versi live dalam Priest...Live! lebih menarik sebenonya...yang lain2 bunyinya agak pop dan catchy...yang tak rock pun boleh suka...terutama "Evening Star","Take On The World" dan "Burnin' Up"....tu tak masuk cover Fleetwood Mac "The Green Manalishi (With The Two-Pronged Crown)" lagi tu...tapi memang sedap la layan...tak yah susah2 nak dengo ulang2 untuk hadam...

tapi macam aku cakap awal tadi...sebab utama aku beli cd ni asalnya adalah kerana "Before The Dawn"...dulu2 lepas subuh mandi nak pakai baju sekolah...ini adalah antara lagu yang memulakan hari aku...syahdu kalau dengo time pukul 5.30 pagi....lagu yang membuktikan kehebatan range vokal Rob Halford...bukan takat heavy yang jerit2...yang emotional macam ni sangat sedap bunyinya...

Rekomended untuk pengemar hard rock..

Tuesday, March 23, 2010

Taken By Force

Semua dah tau…Sting In The Tail merupakan album terakhir Scorpions…katanya la kan...dah nak pencen rupanya dorang ni...tak sedar cepat betul masa berlalu…aku yang kecik2 masa penghujung tahun 70an dulu dengar muzik dorang ni pun lagi dah nak tua…apa lagi dorang tu kan…atuk2 dah semua…memang dah patut pencen kot..tapi aku bukan nak cerita pasal Sting In The Tail..ni album baru aku tak dengar lagi…tapi nak cerita salah satu album dorang yang jadi favourite aku dulu2..terbitan tahun 1977 Taken By Force



Budak2 melayu akhir 70an dan awal 80an kalau tak kenal Scorpions ni aku tak tau la korang spesis apa…budak2 kelas aku kat sekolah rendah time tu dah bantai nyanyi lagu Scorpions dah kat konsert sekolah…beg sekolah “Swan” (beg sandang warna hijau ni popular sungguh dulu2…tak tau korang pernah tengok tak)..kalau tak terconteng logo Scorpions memang tak sah la…dalam banyak2 band luar…aku rasa Scorpions la yang paling dekat kat jiwa budak2 melayu time tu (err…kecuali yang mat diskang la kot..heheh)

Kecik2 dulu aku banyak dah dengar lagu era 70an Scorpions…tapi aku tak tau dari album2 mana…dan sapa2 dia ahli Scorpions tu…zaman bebudak la kan…mana nak ambik tau pasal ni semua…tapi ada satu lagu yang aku suka sangat pada zaman tu..lagu The Sails Of Charon..dan aku selalu perasan lagu2 zaman tu agak berbeza dengan lagu2 zaman 80an macam dari album Animal Magnetism atau Blackout yang tengah popular time awal 80an tu…bila aku dah sekolah menengah…pertengahan 80an baru aku tau The Sails Of Charon tu dari album Taken By Force dan lagu2 yang agak lain bunyinya tu dari zaman Uli Jon Roth…bukan Matthias Jabs…padan la lain…

Sejak dari tu..aku mula minat Uli Jon Roth…2 album dari zaman dia Taken By Force dan Virgin Killer menjadi pilihan aku…tapi yang lebihnya Taken By Force ni pada aku kerana lagu The Sails Of Charon la…lagu Scorpions yang paling aku suka…dengar je dah tau betapa kuatnya pengaruh Jimi Hendrix pada Roth…solo Roth dalam lagu ni memang terbaek ahh…sayangnya selepas album ni Roth keluar dari Scorpions…dalam satu interview aku baca…sebabnya kerana dia dah bosan nak main heavy rock…sayang sungguh….


cd aku ni remastered version...ori version cover depan gambar lain..gambar bebudak main tembak2 kat kubur...susah nak jumpa versi tu..kalau ada kat ebay pun...harga melambung2...

Lagu2 zaman tu senang nak beza mana satu Rudolf Schenker dan mana satu Uli Roth buat...bunyi yang heavy rock tu mesti Schenker...kalau yang progresif tu mesti Uli Roth..selain "The Sails Of Charon"...ada 2 lagi lagu Uli Roth...."I Got To Be Free" dan sebuah lagi yang aku suka "Your Light".

Tapi selain The Sails Of Charon...ada lagi beberapa lagu all time favourite lagu Scorpions aku dari album ni...tu pasal pada aku semua lagu best...takder filler...terutama "Steamrock Fever", "We'll Burn The Sky", "He's a Woman - She's a Man" dan lagu slow menyayat hati "Born To Touch Your Feeling"...

Teringat kecik2 dulu...kalau conteng2 meja,dinding sekolah..mesti nak tulis "Steamrock Fever" dan "Born To Touch Your Feeling"...so kepada cikgu sekolah rendah aku dulu (Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau)...dulu2 kalau terjumpa ayat tu terconteng kat mana2...memang aku la yang punya kerja...hehehe...


Scorpions ni cd dia packaging memang selalu tak best...terutama yang lama2..remasterd version pun inlay takat lirik jek...tak menarik langsung..

oh yer...jangan lupa...Taken By Force juga merupakan penampilan pertama Herman Rarebell di posisi drums...dan bermulanya juga era lirik yang kekadang pelik..dan kekadang lawak tulisan Rarebell macam "He's a Woman - She's a Man" tu..

Kesimpulannya...kalau nak mencuba Scorpions era Uli Roth...memang aku rekomen la Taken By Force ni...enjoy!