Saturday, January 1, 2011

Tak Kisah Langsung



Dah lama sangat tak menulis kat sini. Tak tau apa nak tulis. Mungkin tulis pasal isu global lagi baik. Dah muak cerita keliling pinggang. Tak ada yang menarik. Nak tahu jugak pasal negeri orang. Seperti kata pantun ini; yang buruk itu kendi, yang cantik itu rumah, yang buruk itu bini, yang cantik itu amah.

Itu yang aku malas nak tulis ni. Cerita pasal luar negarapun ada kaitan dalam negara. lebih baik tak tulis apa-apa. Diam membisu. Takut nanti kalau aku tulis nasihat kat sini, orang akan kata, ``ah... awakpun sama...''

Oklah.... jangan tulis lagi. Diam seribu bahasa, bagaikan diri sendiri yang tertimpa musibah. Tak usah ambik tahu hal orang, dan diri sendiri. Itu lagi baik. Macam dalam blog apa aku kisah tu....

Aku bukan juara pantun macam si Saiee Deriss tu. Dia lainlah. Kisah belalangpun boleh buat pantun. Nasib baik bukan BelalangDewa... Kalau dia tulis pasal belalangdewa, sure aku sembelih dia untuk buat lauk kenduri kawin kawan aku yang miang tu.

Saturday, August 28, 2010

SEJARAH KUCING DAN TIKUS

Seorang kawan bercerita pada saya tentang kucingnya yang takut melihat tikus. Dia lalu bercerita tentang kucing yang tidak tahu sejarah, kucing yang jadi penakut kerana tidak belajar sejarah. Berdasarkan sejarah, tikus adalah makanan kucing. Orang kampung bela kucing hanya untuk mengelak tikus berleluasa dalam rumahnya. Dan kucing yang berani akan mengejar tikus sampai dapat. Sesudah dapat, tikus itu dikunyah sampai kenyang. Manakala tikus pula akan lari terkincit-kincit bila ternampak misai kucing sekalipun.

Tetapi sekarang, kerana tidak belajar sejarah, kucing jadi takut pada tikus. Kucing tidak tahu bahawa tikus pernah menjadi makanannya. Manakala tikus pula bukan lagi makanan kucing. Sebaliknya kucing telah diberi makan makanan dalam tin atau sekurang-kurangnya makanan yang dijual di supermarket-supermarket Yahudi kat luar sana. Sebab itulah kucing-kucing hari ini kelihatan gemuk, bulu kembang, tetapi penakut, sama penakut dengan orang Melayu yang sudah lupa sejarah. Rasa-rasanya kucing tu macam telah dikasi. macam orang melayu jugak yg nampak saja garang. tapi lembik. Dua kali budak Wee tu kutuk kita, masih sanggup maafkan. Tolonglah orang Melayu. Janganlah jadi tikus atau menikus. Kita saja nak kena jaga hati orang, tapi orang tak jagapun hati kita. Dulu pernah cabut keris, tapi lepas tu sarungkan balik. Lepas ni tak taulah Melayu nak cabut apa lagi.... cabut batang tinggal sarang kot....

Friday, May 28, 2010

No Tajuk

Apakah industeri pelacuran di Malaysia akan dihalalkan...? Mungkin taokeh-teokeh akan dapat lesen atau permit bukak rumah pelacuran..? Sukanya hati rakyat Malaysia kalau pelacuran dihalalkan. Begitu juga dengan dadah. Taukeh-taukeh akan diberi permit kalau nak bukak sangat bisnis dadah. Tentu kerajaan akan dapat banyak duit hasil daripada pengeluaran lesen dan permit dadah dan pelacuran.

Banyak benda yang haram sudahpun dihalalkan sekarang ini. Judi sudah dihalalkan sehalal-halalnya. Lesen dikeluarkan untuk jadi bookies bola dunia. Bestnya.... bookies-bookies tak perlu risau lagi. Sure tak kena tangkap. Yang penting pergi ambik lesen.

Monday, February 15, 2010

HEBAT.... HEBAT...

Sekejap tadi seorang kawan BD merungut, ``apa pasal hampir semua kerusi kat pejabat ni rosak..'' BD pun jawab, ``apa heran kerusi rosak. kapal selam yang baru belipun boleh rosak. Dah tak boleh menyelam...''

Begitulah hebatnya negara kita yang dikatakan maju dan makmur. Tak pernah dalam sejarah orang beli barang terus rosak. BD pun selalu beli kereta second hand, tapi boleh pakai sampai bertahun-tahun baru rosak. Hahaha... Golihati BD...

Tapi ada yang lebih hebat lagi mengenai negara kita. Seorang askar yang hanya berpangkat sarjan mempunyai vision yang begitu ke hadapan dalam dunia perniagaan besi buruk. Kalau orang lain hanya mampu jual besi grill yang dipungut ditepi rumah orang, tiang telepon yang sudah lama tiada talian, kabel eletrik yang tersadai di tepi jalan dan macam-macam lagi besi yang dicuri, si sarjan ni pula menjual enjin kapal terbang jet. Hanya berpakat dengan seorang tokeh besi buruk, dia dapat jual besi enjin jet itu ke luar negara. Jauh pulak tu... Hebat... hebat... tu baru yang berpangkat sarjan. Jenderal entah macam mana lagi... Entah apa yang mampu dijual...

Harap-harap enjin kapalselam kita tu tak hilang pulak, macam enjin jet... huhuuu

Yang herannya, ada pulak orang lain yang tahu harga sebenar enjin jet buruk tu. Bila surat khabar heboh kata harganya 50 juta, dia kata ``tak...tak sampai 50 juta, cuma 30 juta lebih sikit je...'' macamana dia tahu harga sebenar..? Hebat...hebat...

Rakyat Malaysia, tak kira penyokong BN ke pembangkang ke dipaksa bayar cukai pendapatan. Kalau tak bayar kena denda dan penjara. Tapi yang mengabiskan duit cukai tu hanya satu orang je... Tak tahulah siapa, tapi kalau pergi luar negara, dia berbelanja macam nak ghak... Dekat nak penuh satu kapal terbang barang dia saja.... Hebat...hebat...

Tuesday, February 2, 2010

JANGAN PERCAYA POMPUAN TUA


Aziz seorang lelaki kacak berusia dalam lingkungan 25 tahun. Tidak hairanlah kalau ke mana saja dia pergi, ada saja pompuan memandang wajahnya. Suatu hari Aziz pergi ke supermarket untuk membeli seluar dalam. Semasa memilih-milih seluar dalam yang sesuai, dia perasan ada sepasang mata sedang memandangnya. Apabila dia beralih ke arah mata yang memandang, dia dapati seorang wanita tua tetapi masih genit; bagaikan mak datin yang dimadukan.

Dia menjadi serbasalah, ke mana saja dia pergi selepas itu pompuan berkenaan mengekorinya. apabila dia berhenti, pompuan itu berhenti tetapi terus memandang mukanya seperti ada sesuatu yang difikirkan.

Akhir sekali, mereka tiba di kaunter bayaran. ketika itu wanita berkenaan melintasi Aziz dan memberitahunya, ``maafkan makcik kerana memandang awak. Muka awak salin tak tumpah macam muka arwah anak makcik. Makcik rasa terhibur memandang muka awak.''

``Oh tak apa...'' jawab Aziz dengan senyuman.

``Makcik ada satu permintaan...''

``Apa dia makcik...?''

``Masa makcik keluar nanti tolong katakan selamat tinggal mak...'' kata makcik.

``Oh tak apa... Nanti saya katakan...'' jawab Aziz gembira kerana dapat menggembirakan hati seorang pompuan tua yang menganggapnya anak.

Dan semasa pompuan tua itu meninggalkan kaunter bayaran, Aziz terus berkata, ``selamat tinggal, mak...''

Pompuan tua sangat senang hati. Dia melambaikan tangan pada Aziz sambil berjalan pergi.

Tiba giliran Aziz membayar harga seluar dalamnya.

``155 ringgit 60 sen...'' kata kashier.

``Kenapa mahal sangat. Saya cuma membeli seluar dalam ni...?'' Aziz tak puas hati.

``Emak awak suruh awak bayarkan barang dia sekali....'' kashier menjelaskan.

Aziz tepuk dahi... ``terkena aku dengan pompuan tua tu...CISSSS...''

Pesanan Aziz pada kita semua, jangan percaya pada orang, meskipun seorang pompuan tua.

Thursday, January 14, 2010

WAKEUPRPOJECT

KALAU ADA SESIAPA TERSESAT KE BLOG AKU NI, SILA BUKA LINK KE WAKEUPPROJECT PASTI ANDA TERUJA DENGAN APA YANG AKAN ANDA LIHAT DAN DENGAR NANTI.

Friday, December 11, 2009

BEGITULAH KISAHNYA...

Dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ni. Rasa-rasa macam tak mau tulis dah tapi kawan aku yang tak senang tengok aku senang dok kacau aku. Dia cabar aku. Ada ka patut dia kata aku dah kawin dengan janda yang dah 18 tahun tak jumpa burung.

Tak apalah... Itu cerita dia. Yang ini cerita aku pulak. Kalau korang nak tahu Abang Putera tu keturunan Raja Siam. Nama sebenarnya Putera Chulalongkang, abang kepada Chulalongkon. Semasa Raja Tua mangkat, baginda lantik Putera Chulalongkon sebagai pengganti. Ini menimbulkan kemarahan Putera Chulalongkang.

Bagaimanapun untuk menghiburkan hati Putera Chulalongkang, dia diberikan sebuah daerah kecil untuk ditadbir, iaitu Daerah Danok. Sudah tentu Putera Chulalongkang tak setuju kerana daerah Danok terlalu banyak ayam. Pada mulanya Putera Chulalongkang sangat gembira. Sebab tiap hari dapat bermain dengan ayam Danok. Tapi lama kelamaan dia terkena penyakit selesema burung. Sebab seorang ayam yang dimainkan Putera tu pembawa kuman burung.

Lama jugak Putera Chulalongkang menderita penyakit tu sampai burung dia sendiri tak dapat nak selesema. Dia cari jalan macamana nak rampas takhta raja Siam dari adiknya. Akhirnya seorang penghlu Danok bagi idea supaya dia berlawan pedang dengan Raja Chulalongkon.

Lalu Putera Chulalongkangpun ikut nasihat penghulu berkenaan. Selama tiga bulan Putera Chulangkang berlatih main pedang dengan seorang guru silat di Danok bernama Tengku Azman, keturunan Panglima Hitam yang bersaudara dengan Panglima Jamal. Akhirnya hari yang ditunggupun tiba. Chulalongkang lawan pedang dengan Raja Chulalongkon. Siapa menang boleh perintah Siam dan yang kalah kena buang negeri.

Di pendekkan cerita Putera Chulalongkang kalah. Maka diapun lari pi Terengganu. Kira lintas sempadanlah tu... Kekalahan Chulalongkang bukan sebab dia tak pandai main pedang, tapi pedang dia lebih pendek dari pedang Chulalongkon.

Sampai di Terengganu dia tukar nama jadi Abang Putera. Kat Terengganupun dia tak boleh duduk diam. Adakah patut dia ajak Sultan Terengganu lawan kuda. Dah tentu Sultan Terengganu menang sebab dia memang pandai main kuda. Dan Abang Putera terpaksa merantau lagi. Nak balik ke Siam tak dapat, lalu dia naik kapal terbang pi duduk kat Serawak.

Oleh sebab terlalu banyak guna gambir serawak dan makan ulat sagu, Abang Putera sekarang cukup sihat sampai tak mau kembali ke Kuala Lumpur. Begitulah kisahnya... Bagaimanapun, Abang Putera sedih jugak kena tinggalkan Danok. Sebab di sana banyak janda 18 tahun.. huhuuu