Pages

Tuesday, September 30, 2014

Being Positive

So it's official. 

Semalam terima surat tawaran dari company baru dan saya sendiri sudah serahkan surat perletakan jawatan dengan company skrg.

Sedihhhhhhhh.

Dah la terms in the new contract tidak begitu menggembirakan. Dan saya terpaksa melepaskan banyak conveniences yg saya dapat dgn kerja skrg.

I don't know how flexible the new office would be. Official working hours will be 8-5pm from Monday to Saturday. Gone sudah my free Saturday. Bergantung atas budi bicara bos opis baru. Kalau dia being flexible maybe I don't have to follow the official working hours.

In that case, I have to go to work early la. There would a lot of changes then. Sikembar sudah bising2 bila tau start Oktober kena naik van balik sekolah pagi dan pergi sekolah agama. I'm going to miss fetching them up from school. Walaupun kadang2 pening kena dgr mcm2 aduan but I consider it as a quality time with them. 

This morning I woke up at 4.30am and trained myself to get everything ready before 7am. I still want to prepare bekal utk anak2 and myself walaupun jadual kerja saya akan berubah. Perubahannya cuma nanti, pagi2 saya akan hantar kembar ke sekolah dan terus ke tempat kerja, manakala cik HB akan ambil alih urusan hantar Insyirah ke babysitter dan brg2 kembar ke tadika sbb dia akan keluar lambat sikit dari saya. Tapi persediaan barang2 masih urusan saya la....ni pon kena train cik HB utk kenal brg2 tadika dan brg2 Insyirah. Satgi kang ada pulak yg tertukar2!

I've already went to the new site office kat Batu Berendam. Kalau time tak jem, it would be about 15 minutes from my house. Jarak is about 10km. Still x jauh mana tapi sbb utk 2 tahun setengah saya sudah terbiasa dengan keadaan yg mana rumah dan opis saya skrg sgt dekat, maka saya kena latih minda saya supaya tidak rasa down. Honestly, I don't like everything about my new job. No vehicle is provided, parking kena bayar, no handphone provided etc. 

Maybe sbb kerja skrg terlampau byk privileges dan conveniences so bila hilang semua tu saya rasa susah sikit. Tapi setelah saya fikir2kan balik, sepatutnya saya kena bersyukur lagi banyak dari merungut. 

Pertama sekali, saya dapat this new job tanpa perlu susah-payah mencari. Cuba fikirkan org lain yg terpaksa bertungkus-lumus mencari kerja. Keduanya, gaji bertambah dari gaji sebelum ini. Tempat kerja pon dikira agak dekat dengan rumah. Kalau jam sekali pon paling lama saya amik masa utk sampai opis mungkin setengah jam aje. Cuba bayangkan kalau dok KL, how early you have to go out in order to reach office on time? 

So yeah! I need to be positive. You can't forever being in a comfort zone. Kena susah sekali-sekala baru kita pandai hargai kehidupan. 

Monday, September 29, 2014

Garden Update - September 2014

I'm not doing well in the gardening department this month :(. Always feel that I'm not doing enough for the plants and always feel I need to plant more.Tapi saya selalu tewas kepada kekangan masa dan prioriti utk urusan yg lebih penting lagi.

Tapi not recording the update progress pon tak boleh jugak sbb there are few things happening in the garden. 

Sebagai contohnya, pokok kacang botor saya tengah rancak mengeluarkan hasil! Sekian lama saya tunggu, hampir setahun jugak la, bulan lepas ia mula berbunga. Tu pon x berapa banyak dan bunganya asik hilang begitu saja. Tapi lepas beberapa, banyak bunga yg keluar dan bertukar menjadi buah. Setiap hari keje saya mencari buah yg dah cukup matang utk dipetik sbb kacang botor kalau lambat petik dia akan jadi keras dan dah x sedap dimakan.


Setakat ini masih banyak lagi bunga dan buah yg keluar. Tapi yg boleh dipetik satu2 masa tak lah banyak. Kadang ada 2-3 biji aje. Boleh la dibuat ulam.

Then pokok tomato ceri pon dah mula berbuah. Tapi pokoknya nampak mcm tak sihat sbb daun2nya dah mula bergulung2. Saya tak tau nak buat apa. Malas nak mencari sebab dan tindakan yg boleh dilakukan utk mengatasi masalah ni.  Hanya belek2 saja dan berckp2 ngan pokok tomato, mudah2an saya dapat la rasa buah2nya.


Then mulberi pon dah mula berbuah juga. Ada 6 pokok kesemuanya tapi tak la begitu subur. Masih kecik dan kurus walaupun dah dicantas beberapa utk menggalakkan pertumbuhannya. Mungkin sbb tak membaja secara konsisten.


Perkara yg paling menyedihkan baru2 ini, pokok sambung nyawa saya hampir togel dikerjakan oleh ulat gonggok. Sebelum ni 2 pokok ni sihat sejahtera dan saya boleh petik buat ulam bila2 masa tapi sbb saya gatal tangan alihkan pokok ni ke tempat baru, tup2 kena serangan ulat gonggok. Kalau pokok limau nipis/purut saya boleh biarkan aje menjadi koloni ulat bulu, yg pokok sambung nyawa ni saya tak sanggup. Saya perang habis2an dengan ulat gonggok ni dengan menyembur serai wangi everytime saya berkesempatan check pokok sambung nyawa. Sebab bukan senang nak dapatkan pokok sambung nyawa ni.  Saya ada pon sbb ehsan biras saya di KB yg hadiahkan saya sepasu sambung nyawa ni yg kemudiannya saya semai btgnya utk menambahkan stok sambung nyawa saya. 


Sekarang ni saya dah pindahkan balik sambung nyawa ni ke tempat asalnya dan kurang sikit ulat gonggok yg dtg menyerang. Kalau dtg jugak mmg nak kena sembur la ngan serai wangi!

Saya menunggu cik selasih/kemangi ini menjadi besar dan subur. Ini pon kena serangan makhluk perosak yg saya x tau spesies apa. Cuma nampak mcm biji2 kecik hitam kat atas daun and then lepas tu daun pon mcm melepuh. Pon saya sembur ngan serai wangi dan nampaknya mcm dah ok. Saya nak guna daun dia nak buat Thai spaghetti mcm kat Secret Recipe tu!

Pokok2 lain masih sama aje. Tak la subur sangat tp tak la mcm nak mati. I'm trying my best to keep them healthy. 

So itu saja laporan kebun utk bulan ini. Moga2 dapat update lebih banyak benda baru di bulan depan!

Friday, September 26, 2014

Mutiara Kata: Koleksi Kata2 Ebit Lew

Hari ni nak kumpul kata2 hikmat Ustaz Ebit Lew dari page FB dia. Membaca bait2 tulisan Ustaz Ebit Lew kadang2 sgt melegakan hati dan boleh buat kita memunasabahkan diri. Jom baca!

Hubungan Suami-Isteri:

Dalam 1 minggu ini saya menerima hampir 1000 inbox mengenai masalah rumahtangga. Kebanyakan ayat permulaan soalan kami teramat cinta dan sayang pasangan kami tapi.............

Sebenarnya banyak pasangan saling mengasihi dan mencintai. Dan keduanya teramat derita dengan perpisahan, pergaduhan, masalah..tapi kerana ego dan tidak pandai menzahirkan cinta...

Menzahirkan cinta ialah kehidupan Islam...

Tidaklah perlu jadi romeo dan juliet.

Cukuplah sekadar walau betapa sibuk kita hubungi atau sms pasangan dan kata sayang betapa abang mencintai sayang kerana Allah. Dek kesibukan ini dan keletihan ini juga kerana dakwah dan menuntut ilmu. Tapi terlalu mencintai dan mengasihimu kerana Allah. I love u sayang...

Cukuplah ketika 10-15 minit di rumah pegang tangan pasangan sambil usap-usap tangannya mendengar cerita-ceritanya. Senua orang bila jumpa kita tanya apa khabar? Tanyalah sayang sihat, dah makan, amalan dan dakwah..dengarlah mereka cerita dengan sayang. Tenung mata sambil usap dan gosok tangannya.

Peluk lama-lama dengan rasa sayang..terharu dan saling menghargai..

Setiap kali bertengkar,diam, tidur dan mengalah. Jika tak tahan marah, pergi solat dan lari beli hadiah paling kurang ambil sekuntum bagi pada pasangan...

Apa yang kita tidak dapat dari pasangan menggambarkan apa yang kita enggan beri..kebaikan mereka ialah cermin kebaikan kita. Begitulah sebaliknya..bila kita memberi pasti kita akan menerima.

Selalu mendoakan pasangan dengan ingat wajah mereka. Hadiah terhebat melebihi segalanya ialah doa. Doa tanda sayang yang sebenarnya. Bagaimana tinggal sekali, tidur sekali, mereka berkorban banyak buat kita tanpa kita mendoakannya...doa itulah sebab kita masih hidup dan bahagia. Nabi saw doakan Allah ampunkan Aisyah ra, dia berpusing-pusing terlalu gembira dan seolah-olah terlalu gembira..doa itu rahsia sebuah cinta.

Duduk sekejap baca al-quran dan baca hadis bersama-sama..

Selalu memikirkan apa lagi kehendak pasangan kita. Apa lagi saya boleh gembirakannya kerana Allah..

Jika ingin sesuatu berterus terang. 1 hari 1 perkara. Jangan semua perkara disebut satu masa. 7 pujian lepas tu baru satu teguran. Cover dengan pujian semula..Jangan pendam. Bina keluarga dengan targhib galakan..bukan kejian dan ancaman...

Selalu ingat pasangan kita bukan kita punya. Tapi amanah dari Allah..

Berilah dan berusaha beri nafkah secukupnya buat isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Jangan bebankan pula orang di bawah tanggungjawab kita..

Cukuplah menjadi manusia yang ingin bawa kebaikan pada ahli keluarga dan manusia seluruh alam.

Di dalam pernikahan ada ketenangan, kebahagiaan sebenarnya..pernikahan satu tanggungjawab. Bahagia itu dalam amanah terhadap tanggungjawab.

Ya Allah berilah kami menjadi manusia yang menzahirkan kasih sayang dan cinta keranaMu. Mengasihi orang yang mengasihiMu. Dan mati dalam keadaan sebenarnya memiliki cinta padaMu sedangkan tiada perkataan betapa indah cinta padaMu-ebit lew kembara iman dan sahsiah cuti sekolah nov dis 3 hari 2mlm transformjiwa.com


Nikmat Islam- Erti Bahagia Hidup yg Sebenar

Seorang bertanya saya, ustaz kenapa saya solat, buat baik, belajar agama dan rajin berusaha tapi hidup saya susah...ramai kawan saya tak Islam dan tak solat tapi hidup mereka kaya raya. Semua mereka nak dapat.

Jawab saya, Sejuknya malam Ramadhan ini. Terasa bahagia dan suasana nikmat dan dalam rahmat Allah. semua syaitan besar telah diikat...

Dalam hadis tertulis jika dunia ini ada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk sekali pun, Allah tidak akan beri seteguk air pun pada orang yang ingkar dan tidak mengenal tuhan.

Ada orang tidak ada tuhan tapi seolah-olah mereka ada semua benda dunia ini.

Islam ini hadiah dan kurnia Allah yang sangat besar. Satu dunia ini sebenarnya tidak pernah merasai ketenangan dan kebahagiaan di saat kita khusuk dalam sujud. Seluruh masalah dunia ini menjadi kecil dan mudah bila kita sujud pada Allah. Semua jalan mati terbuka jalan dengan sujud pada Allah. Doa satu keajaiban yang telah membawa kita di mana kita berada hari ini. Kita sangka kita tahu apa yang kita nak. Sebenarnya Allah tahu sebenarnya apa yang kita perlu dalam hidup ini..

Kita sangka kita perlukan isteri cantik dan terkenal. Tapi sebenarnya kita perlukan isteri yang memahami dan menghormati kita. Ramai orang terkenal dan cantik akhirnya suami mereka hidup sebagai lelaki dayus kerana membiarkan isteri mereka menjaja aurat dan dosa. Tiada sifat hormat menghormati. Tengok mak ayah kita orang kampung tapi lihat kasih sayang ibubapa kita sehingga lahirkan kita dan besarkan kita sehingga hari ini..tidak indah ke kehidupan mereka.Cuba tanya mak ayah kita. Nak tak tinggalkan semua tu dan tinggal bersama kita di bandar..Mereka menolak kerana itulah keberkatan hidup walaupun di kampung.

Kita sangka kita perlukan duit banyak. Tapi berapa ramai orang yang duit banyak akhirnya bermusuh dengan keluarga sendiri sehinggakan ada yang lupa ibubapa dan mereka ingat ibubapa bila mereka susah dan ada masalah atau ibubapa mereka mati..

Kata seorang sahabat Nabi yang susah tinggal di pondok buruk bersama isteri orang sangat kampung dan sangat biasa. Bila ditawarkan isteri yang cantik dan rumah yang besar..

Jawabnya aku bersyukur kerana Allah beri aku isteri yang buat aku rasa rendah diri dan tawaduk dan tidak hilangkan cintaku pada Allah. Aku syukur rumah sekarang kerana dengan rumah ini aku mudah bangun malam dan sentiasa ingatkan baginda Saw. Ingat akhirat...

Apapun keadaan hidup kita inilah yang terbaik bila ada Islam...tiada Islam musnah jananam habislah hidup kita..terima kasih Allah-ebit lew

Wahai Allah terima kasih atas nikmat ini. Wahai Rasulullah saw terima kasih atas pengorbananmu.

Malam sejuk Ramadhan ini. Jom kita baca Al-Quran dalam solat malam. Baca Al-Quran 2 juz sehari paling kurang. Solat tahajud setiap malam. Laluilah malam dan siang dengan amal dan kebaikan.

Pasti kita jadi orang paling bahagia. Ramadhan ini kita pegang tangan saudara Islam kita. Ajak kepada kebaikan. Tiada lebih berharga dari Islam dan amalannya.


Kasih Sayang pada Anak-anak:

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak...

Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.

Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka...

Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna'

Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.

Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.

Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..

Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.

Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.

Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.

Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik...

Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.

Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.

Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..

Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.

Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.

Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah

Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.

Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.

Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas...

Wednesday, September 24, 2014

Weekend of Cooking & Eating!!

Ingatkan nak pos entry ni semalam tapi sibuk maka tak sempat. Weekend takde apa yg special pon since cik HB ada di KB. Tapi yg menggembirakan hati, I managed to cook a lot of things. Walaupun merosakkan diet sendiri tapi memasak memang satu terapi. Sama mcm berkebun jugak

Kebetulan pula adik bongsu datang menziarah and she had been craving for Roti Sarang Lebah. Then kami main masak2 masak a lot of things and food preparation.


Ni roti sarang lebah buatan Adik Ain. Lembut gebu gitu. 2 minggu lepas pon saya ada buat roti sarang lebah tp guna resepi lain. Resepi ni lagi best nampaknya.


Pagi2 Sabtu buat spaghetti with creamy cheese chicken meatballs. Saya nampak ada org share kat FB resepi ni. Walaupun saya avoid using processed and frozen foods tapi nape tah resepi yg satu ini saya teringin betul nak masak and makan. Somehow the twins don't like the frozen store-bought chicken balls yg saya guna dalam resepi walaupun ianya berjenama Ayamas. Saya rasa sebab kami jarang2 makan processed-frozen foods maka the kids can tell the different antara makanan yg segar dan yg terproses. So I guess lepas ni tak buat dah kot resepi ni.  


Setelah sekian lama, akhirnya baru la saya keluarkan gadget meat mincer ni dari tempat simpanannya. Penah guna sekali aje masa kat Jerman dulu. Dah balik dari Jerman langsung tak guna. Selalunya beli minced meats fresh yg dari Mydin tapi sejak akhir2 ni mcm susah nak dapat minced meats. So it's time to use back what we have dari biar dia berkarat kat dalam kotak.


My BOSCH food processor pon ada aksesori untuk grate/slice sayur2an. So I made stock of grated purple cabbage and carrot utk buat salad. Jimat masa pagi2 nak buat bekal tak payah potong2 dah.


Dan jugak sekian lama, baru akhirnya breadmaker yg dah bertapa 3 thn dlm cabinet dikeluarkan dan digunakan semula. Mujur masih berfungsi dengan baik. Bayangkan la sejak balik dari Jerman 2011, tak penah pon guna lagi breadmaker ni. Berbaloinya rasa bila kenangkan balik saya cuma bayar 8 Euro aje utk breadmaker yg dibeli dari flohmarkt ni. Kenangan dari Jerman.....

So uli la roti guna breadmaker tu utk buat roti ala Subway Parmesan Oregano. 

Malangnya saiz roti Subway pendek2 gebu. Dah jadi mcm broetchen pulak...hehehe


Minced meat yg kat atas tu kita buat beans stew...makan panas2 ngan fresh baked Subway bread. Heaven youuuu...very Mexican!!



Malam tu for dinner, kita masak pulak fish & chips. 


Pagi Ahad pulak, buat sandwich ala2 Subway guna roti parmesan-oregano tu. Sayangnya roti x cukup panjang nak isi mcm2. Lenkali kena buat panjang sikit mcm kat Subway tu.


Pastu rajin jugak buat popia utk disejukbekukan. Senang kalau pagi2 tak sempat buat bekal anak2, boleh goreng ini aje. I know I can just buy the frozen stuffs like this kat pasaraya tapi lebih puas hati bila buat sendiri.


Then tengahari semangat memasak masih ada lagi, buat nasi beriani pulak tapi cuma bertemankan dua lauk aje. Buat ayam masak merah madu dan acar timun-carrot.

I love spending weekends this way. Ada masa utk masak benda2 yg renyah dan berkebun. Juga kemas2 rumah. It sounds boring maybe but if that can make you happy, why bother eh?

Friday, September 19, 2014

Doa di Hari Jumaat

Salam Jumaat!

Mudah2an hari Jumaat membawa banyak kebaikan kepada semua orang. Ayah mertua saya sekarang sedang berada di ICU Hospital Kota Bharu and is depending on life support machine. Cik HB dah pulang ke sana semalam dengan adik-beradiknya yg lain. Saya dan anak2 tak ikut kali kali memandangkan baru saja pulang 2 minggu lepas dan juga setelah diberitakan yg keadaan Ayoh sudah agak stabil, maka cik HB rasa baiklah dia pulang sorang diri dulu. 

Dan pagi ni cik HB call dan bagitau yg keadaan Ayoh adalah stabil, cuma masih menggunakan life support machine. Bila boleh bernafas sendiri tu tak tau la. Cik HB cakap family pon tak dapat nak visit selalu. Cuma dibenarkan melawat diwaktu pagi dan itu pon cuma 2 org saja boleh masuk at one time dan cuma boleh stay sekejap aje. 

Mudah2an keadaan Ayoh bertambah baik. Kesian tgk gambar yg dihantar thru WA, banyak wayar2 dipasang kat badan Ayoh. It must be very painful and uncomfortable. 


So saya mohon di pagi Jumaat ini, hulurkan la doa buat ayah mertua saya ini. Mohon dipermudahkan segalanya dan Ayoh dirahmati Allah.

Amin ya robbal alamin....

Thursday, September 18, 2014

I'm Not So Readyyyyyyy

Mmmm...i'm going to start a new job.

By TODAY actually.

But because of funny arrangements, saya cuma akan lapor diri petang ini dan kemudian kena adjust masa antara kerja baru dan kerja skrg sbb saya masih terikat dengan kerja skrg.

Usah ditanya kenapa dan macamana sebab saya sendiri pening memikirkannya.

Sebab job baru saya adalah arrangement oleh pihak Client. Saya akan join consultant baru dan projek baru yg clientnya adalah client projek sekarang.

So i'm going tp move to a new office at Batu Berendam with new boss and project team.

I'm reluctant sebenarnya. Walaupun projek sekarang sudah hampir siap dan I would be unemployed soon kalau tak amik job baru, I wish I could work in this job forever!

My current job is a dream job! Only it is not a permanent job...huhuhu.

Imagine opis yg cuma 1km dari rumah, site 4km, waktu keje yg flexible, bos yg sangat baik, environment keje yang selesa...oh, I'm going to miss this very much!

New job:  dengar cerita, bos sangat strict and demanding, team work tak sebulu dan opis agak jauh dari rumahku....huwaaaaaa.

Tapi sebab saya dah buat commitment dengan client utk join projek ni dari awal tahun lagi, maka saya kena la pegang commitment saya tu.

So saya kena berlapang dada dan fikir positif. Moga2 semuanya baik2 saja. 

Berusahalah!!!


Wednesday, September 17, 2014

Weighing-In Wednesday

I think dah 2 Rabu tidak update on the weightloss. Though I'm doing much,sometimes managed to eat clean, sometime not, exercise tak juga buat tapi update saja la whatever it is in the blog utk rekod.

So the measurements are:

Waistline: 35.5 inci
Weight: 70kg

For the past one week saya diserang selsema dan batuk yg agak teruk jugak dan selera makan x berapa nak ada. Tapi tu la, takde la pulak kehilangan berat badan yg ketara. Nampak sangat metabolisme mmg dah turun. I try to avoid white refined carbs most of the time. Tapi smlm cuti Hari Malaysia, tetap jugak mokcik belasah white refined carbs sbb masak nasi Arab dan buat creamy spaghetti!

On eating clean, ada hari2nya mokcik gigih jugak sediakan apa yg patut. Antaranya:


A complete seat for a-day meal: dari bawah kanan - strawberry/kiwi/pear topped with low fat yogurt and sliced almonds. Strawberry tu ada sbb ada org balik dr Cameron sedekah. Nak beli selalu kat pasaraya mmg x mampu! Then tuna salad yg dicampur carrots, salads and avocado. Susah nak cari avocado yg good quality. Yg x berkualiti sgt pon dah mahal. Tgh cari maklumat cemana nak tanam avocado. Avocado adalah makanan yg penuh dengan kebaikan dan provide lemak yg baik utk badan. Jadi sesekali cuba la makan avocado. Then kurma dan raw walnuts/almonds for snacking. 


Sesekali mencari perubahan, maka buatlah grilled eggplant yg dihidang dengan daun salad, tomato dan grilled garlic. Topped with parmesan cheese untuk penambahan rasa. 



Morning breakfast kadang2 kalau ada bahan2 yg sesuai boleh la buat buat smoothies. Yang ini campuran kiwi, strawberry, almond powder dan low-fat yogurt.

So that's it for today's WW update. Kita tunggu update minggu depan ye.

Monday, September 15, 2014

Nikmat Kesihatan

Nampaknya September ni blog The Rose Garden sunyi sepi dari entry terbaru. Dah tgh bulan baru tuan tanah nak update...huhuhu.

Well, nak buat cemana...keadaan kehidupan yg huru-hara mmg buat mokcik x punya masa nak update blog. Tulis blog ni kena ada mood, baru laju nak menaip. Kalau mood ke laut mmg tak jadi satu entry apa pon.

Bulan ni busy sikit dari segi kerja dan personal life. Awal September, sikembar tak sihat. Dua2 pon demam. Lepas tu kami balik ke KB menjenguk Ayoh yg kesihatannya semakin merosot. Kat KB insyirah pulak demam teruk dan lepas balik dari KB tu saya pon diserang demam yg teruk. Dah lama betul saya tak demam, seingat2 saya saya demam lepas raya tahun lepas. Lepas tu takat sakit2 kepala yg akan baik kalau saya tido semalaman. 

Ini dah seminggu, selsema dan batuk saya masih lagi ditahap hardcore. Berkotak2 tisu dah habis dan ubat pon dah hampir abis. Malam2 batuk sampai mengganggu tido. Selsema jugak buat kepala saya berat. Untuk saya yg jarang2 demam, bila diuji demam mcm ni rasa mcm tak tahannya la badan. Sebab sebagai seorang mak, bila saya tak sihat memang la menjejas banyak benda dirumah. Saya tak boleh laju nak buat kerja2 rumah. Asik nak tido dan mood pon x berapa baik.

Sungguh pon redha sakit tu adalah ujian dari Allah, tapi sangat la insaf bila diri sakit betapa banyaknya nikmat kehidupan yg kita hilang. Makan apa pon rasa x sedap. Badan tak bertenaga. Tak boleh layan anak dengan ceria. Sesungguhnya sihat itu adalah nikmat kehidupan yang sangat2 bernilai.

So lepas ni kena watch out balik penjagaan kesihatan. Selsema dan batuk adalah tanda badan tak cukup vitamin. Mungkin baik mulakan amalan pemakanan sunnah (dah lama membaca amalan pemakanan sunnah tapi masih belum bermula). 

HEALT IS WEALTH.