Pages

Wednesday, June 25, 2014

Dush!

Tadi pegi pejabat Bomba sbb nak collect dokumen. Work related.

Dah selalu dah dtg pejabat Bomba ni, hampir setiap bulan rasanya. Hantar dokumen, discussion, amik dokumen.

Hari ni nak jadi cerita....kena marah ngan pak guard....huhuhu.

Selalunya mmg tak stop kat pak guard sbb dulu2 masa mula2 dtg mmg stop, siap parking kat tepi and approach pak guard. Pak guard tu ckp takpe2, masuk aje.

So lepas tu takde la stop dah kat pak guard. Setiap kali pegi just angkat tangan je la kat pak guard.

Tup2, lepas dah collect dokumen and nak drive out, tengok pak guard tercegat kat tengah jalan. Muka dah macam nak telan org and oh yes, pak guard baru sbb muka x penah nampak.

So mokcik pon stop dan.....

Pak guard: Tanya sikit, cik ni org Bomba ke?
Mokcik: Tak, saya dtg collect drawing.
Pak guard: Awak tak nampak ke tu? (sambil tunjuk meja pak guard bawah payung).
Mokcik: Nampak, tapi saya ingat tak payah stop sbb selalunya sebelum ni terus aje masuk.
Pak guard (dengan muka mcm nak makan org) : Awak ingat saya ni tunggul? Saya ni digajikan utk jaga tempat ni, awak main masuk aje. Tolong hormat org sikit ye! Lain kali bawak kereta slow sikit, ingat ini tempat bapak awak ke punya?

Errrkkkkkkk!!! Memang rasa mcm muka kena tumbuk....huhuhuh

Mokcik: Saya minta maaf, minta maaf .
Pak guard: &%*^* (sambung lagi bebel tapi mokcik dah x ingat apa sbb fikiran dah terganggu sbb kena marah camtu).

Mokcik akui mmg lah salah mokcik kot sbb x berenti dulu kat pak guard dulu. Disebabkan kebiasaan la....sbb dah selalu sgt ke sini so ingatkan takpe la. Dan bab laju tu mokcik mmg tak perasan sbb dalam kepala tengah fikir nak rushing aje sbb lepas tu ada appoinment kat tempat lain. 

Kena pulak dengan pak guard yg sentap, memang la padan muka mokcik!

Apa boleh buat, minta maaf saja la. Lenkali beradab sikit dan jangan ingat semua org, semua masa dan semua keadaan itu sama. 

Lain padang, lain belalang...
Lain orang, lain pandangan...

Ye tak?

* Tetiba teringat kes bini Mat Yo maki pak guard...sentap sbb kena marah la tu...hehehe. Nasib baik mokcik x jadi mcm bini Mat Yo kan.......

Thursday, June 19, 2014

Happy Birthday Dear Husband!

Semalam birthday cik HB.

Since kami dah celebrate Hari Bapa dengan makan kat Seoul's Garden, so semalam saya cuma carikan kek untuk celebrate birthday cik HB.

Kek bukan sebarang kek, tapi  kek aiskrim Oreo dari Baskin Robbins...lalalala



But I did not purchase it using real money, I used Maybank Treats Points!

Terima kasih Maybank sebab include Baskin Robbins in your treats. Dapat la saya merasa Baskin Robbins yg sgt sedap itu sbb kalau nak beli guna duit sendiri rasanya tak lah kot!

Disebabkan pertama kali nak beli kek aiskrim BR, agak lama la jugak saya berteleku depan display fridge BR tu sbb x tau nak pilih mana satu. In the end, saya amik kek coklat Oreo ini.

Nampak sedap tak? 

Oh yeah! Memang sedappppp...I tell you, walaupun saiznya nampak kecik, tapi makan sepotong pon dah kenyang sangat because it's so rich and creamy. Kami makan separuh aje kek ni, ada lagi separuh dalam freezer.

Kids and the father were very excited about this BR icecream cake. 

Bought him 2 T-shirts for birthday present....so x yah la beli baju raya...hehehe

Didoakan semoga cik HB panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi hamba Allah yg soleh dan dirahmatiNya selalu, juga memperolehi apa jua yg diimpi dan seterusnya menjadi insan yang berjaya dunia akhirat 

Tuesday, June 17, 2014

Kaison, Mahkota Parade

Hari Ahad tu, lepas dah makan2 kat Seoul's Garden, kami terperasan satu kedai baru kat dalam Mahkota Parade - Kaison namanya....well, mungkin dah lama tapi last time kami dtg sini berbulan2 dulu, kedai ni belum ada lagi. 


Kedai ni ku kira adalah kedai home deco memerangkap kedai barangan rumah dan cenderamata...ala2 KK Home Deco atau Romantika. Tu je yg saya tau kedai home deco yg ada kat Melaka ni.

But compare to those two, saya lagi suka konsep di Kaison ni kot. KK and Romantika are too English...saya tak berapa gemar English country concept for home deco (well, mcm la saya ada apa2 konsep pon...hahaha). Utk sikit2 bunga ok, tapi kalau whole house penuh bunga, penuh flowery wall deco, langsir, gantung sana sini segala deco english tu, mokcik pening!!!!

Bukan nak condemn ye....terpulang la kepada kesukaan masing2...

I think I prefer something people call modern minimalis. Atau pon yg dikatakan less is more.

Contoh2nya macam ini:

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4




Kat sini ada banyak Eiffel tower monuments...tak yah beli2 kat Paris nub...believe me, takde beza pon

They have huge selection of wall pictures....banyak yang menarik!

The artificial flowers and plants are beautiful.....tak nampak plastik sangat kan?


What do we call this kind of paper deco stuffs? Yg guna kertas krep? I bought few of these for bilik kembar. Senang aje, just buka je lipatannya. Tapi belum gantung lagi.

Anyway, saya takde la shopping apa2 pon, takat beli lampu tido utk bilik kembar aje. Tapi kedai ini akan menjadi kedai favourite di masa hadapan....hehehe. Lagi best kalau boleh shopping tak payah bawak budak2!






Monday, June 16, 2014

Father's Day @ Seoul's Garden

Masih belum terlambat utk ucapkan Selamat Hari Bapa utk semua bapa2 di luar sana, kan?

Buat my Abah, Ramli Husin, abah yg sgt cool dan supportive. Terima kasih Abah atas semua yg telah diberikan kepada anak2 mu dari sejak kami dalam kandungan sampai la ke usia sekarang. Takkan mampu dibalas dengan wang ringgit dan harta benda. Semoga Allah s.w.t merahmati Abah, dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa bahagia dunia dan akhirat hendaknya

Abah on his 70th birthday this year with my sister

Untuk Abah anak2 saya pulak, juga didoakan semoga menjadi seorg bapa yang mampu mendidik, membimbing ahli keluargamu hingga ke Syurga dan bertabah dengan dugaan untuk membesarkan anak2. Tanggungjawabmu bukan la mudah, malah bapa juga penentu syurga dan neraka keluarganya.

So sempena Father's Day dan birthday cik HB yg bakal menjelang tiba 3 hari selepasnya, ummi belanja semua org makan kat Seoul's Garden, Mahkota Parade. Ni first time kami makan kat sini....dari dulu lagi nak pi makan but somehow tak penah sampai.

Konsepnya steamboat/grill buffet dan ada juga ready cooked foods mcm nasi goreng, fries, wantan goreng dan battered fried fish and chicken. Food selection for steamboat and grill pon ok la, ada mcm2 jenis marinate of chicken, beef, lamb dan juga seafoods. Also dessert and variety of drinks. Boleh la untuk harganya dan Seoul's Garden Melaka mmg ada promosi utk hari Ahad, kanak2 dibawah ketinggian 1.3m FOC. So Nabilah dan Insyirah x perlu bayar tapi Nabihah sbb dia tinggi, maka kena la bayar.

Budak tecik ni awal2 je excited makan fries lepas tu jenuh la pujuk nak suh makan

Pose istimewa anak-beranak eh?

Kanak2 berdua ni seronok makan kat sini sbb katanya mcm main masak2....hehehe

Ni la main masak2 katanya

Puas la jugak makan the seafood here

Budak tecik ni nak main je kejenya...x aman nak makan dibuatnya.

Selfie anak-beranak...izinkan la ye? hehehe

Friday, June 13, 2014

Getting Old, Getting Wise

Well, yesterday I reached the new number - 36!

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah....

Bersyukur masih lagi dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan banyak lagi lah nikmat kurniaanNya yang tak terkira. 

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Rahman:

A016
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ya, nikmat mana yg mampu didustakan?

Makanya, saya mahu menjadi insan yg sangat2 bersyukur dengan segala pemberian Allah s.w.t. Mahu jadi insan yg lebih baik akhlaknya, amalannya, dan peribadinya.

Bukan la sesuatu yang mudah apalagi bila diertikan sebenar2nya makna bersyukur itu.

Bersyukur tu bermakna kamu benar2 redha dengan apa yg diberikan dalam hidup kamu tanpa mengeluh, mengurut atau mempersoalkan.

Which sometimes saya fail juga bab ini especially hidup dizaman teknologi when you can view other people's lives through media social. Melihat rakan sebaya hidup mewah, bercuti luar negara, membeli barangan branded, jujur mokcik akui ada juga rasa cemburu itu dan mengata2 jugak la di dalam hati....huhuhu.

Padahal, Allah dah kata - masing2 rezekinya berlainan. Rezeki bukan sahaja wang ringgit, malah kesihatan yg baik, hati yg bahagia, perjalanan hidup yg dimudahkan juga rezeki.

Tapi kebanyakan manusia, termasuk diri sendiri selalu gagal utk melihatnya dari sudut lain. Yg nampaknya tetap harta duniawi eh?

Itu la azam diusia baru ini, utk lebih muhasabah diri supaya positif dan berlapang dada. Kalau lihat kehidupan org lain yg lebih best, didik hati supaya tumpang gembira dan doakan kebahagiaan untuknya. Tak mau la terdetik rasa dengki walaupun dalam hati. Tak mau jugak merungut, mengeluh atau marah atas apa juga cabaran kehidupan.

Mampu kah? 

Takpe...to my friends yang selalu sembang with me, yang tau that I whine, I complain, I become depressed and all those negatity, please remind me again tentang azam ini whenever I do those negative things, boleh???

And another thing....

I failed to be at 62kg on my 36th birthday as what I targeted in the weight loss resolution back in March this year. 

But it doesn't mean I quit...no, I will continue..doesn't matter how long it takes me to get the ideal weight.

Because the target is to be healthy, physically and mentally. 

Welcome no. 36!

Wednesday, June 11, 2014

Spending the Money You Don't Have

I was just talking to a fellow friend who confessed to me about his financial problems. 

Really...I never thought this guy has financial problems because he drives a Mercedes and he has another car, Grand Livina, and would alternate these cars with his wife who lives in another states.

I remember his remarks when I was impressed the first time seeing him driving the Mercs to work...

"Nak merasa".....that was what he said.

And I was thinking he must have some sort of extra income or family fortune, because considering his job (and my job too!), I never imagined one could ever afford a Mercs.

Until we chatted just now....and now I know the reality, and the reality bites!

He is in huge debt....and now registered with AKPK to help him with the debt management.

Katanya dia ada beberapa kad kredit yg semuanya dah had limit dan tak mampu nak bayar even minimum payments. Bermulanya hutang kad kredit ini sebab dia nak buat bisnes, jadi kad kredit adalah jalan pintas utk membeli barang2. Lepas tu banyak la lagi hutangnya, personal loans, yg katanya berhutang demi utk menolong ahli keluarga yg terdesak.

Saya tak terkata apa.....cuma terfikirkan kereta Mercs nya sahaja. I mean, if you are really in that huge debt, why don't you just let go that luxurious car? Why would maintain a car which obviously very costly with its petrol usage and services?

I don't want to judge him...Just ceritanya would be a self-reflection to me....

Credit cards, instalments, personal loans - are all about spending the money you don't have, isn't it?

Especially for credit card when you failed to pay it back in cash and keep the debt amount increasing with the interest rates and continuous usage?

I do have credit card, used to have 3 cards before but I terminated 2 of it and just keep one. Because I am scared of losing control in "spending this money I don't actually have".

I still have my study loan to pay and I am paying it diligently every month, although it's only RM100/month.

And really, really trying to be wise in buying things and spending money....it's hard, because all the temptations around and card credits would make it so easy to purchase anything.

Except for the house and car loans, my husband and I try as hard as possible to avoid purchasing anything with instalment. 

The temptations are always there - when you look at the new furnitures, or new gadgets, or some electronics devices, the home deco, vacations, etc.....

When I'm tempted, cik HB would console me and said "we save the money first". And vice-versa.

Buat hutang memang senang, tapi bayar hutang boleh jadi sangat susah. Jadi kena cuba la mencegah diri dari membuat hutang yang tak perlu. Biar la rumah kosong takde perabot atau perabot dah usang bagai....tahan hati dulu. Kebanyakan orang yang terjebak dengan hutang yg tak perlu ini kata sbb nak merasa...mcm kes kawan saya yg pakai Mercs ni....tapi lepas tu pening kepala fikir cemana nak bayar hutang, kan?

Meh kita belajar menabung dulu eh....Insyaallah, ada rezeki mampu la nak beli apa2 yang diidamkan kan?

Elakkan dari berhutang (*peringatan utk diri sendiri!)

Friday, June 6, 2014

Tazkirah Hari Jumaat : Share the Gift

It's Jumaah, Jumaah....(sila nyanyi mcm Raef ye!)

Sudah baca surah Al-Kahfi?

Alhamdulilah kalau sudah :)...

Just nak share a youtube video yg dah berkali2 saya dengar. Perkongsian dari seorg saudara baru tentang pengertiannya terhadap Islam dan apakah makna dan tujuan kehidupan. Walaupun secara asas saya dah tau tapi dari segi penghayatan dan usaha untuk merealisasi dan mencapai erti sebenarnya makna dan tujuan kehidupan itu rasanya masih jauh lagi. 

Bila saya dengar apa yg saudari Mary-Ann Goi Pei Pei ni berkongsi pandangannya, saya tertarik betul dengan analogi yg dipersembahkan. Masya Allah, utk seorg yg memeluk Islam hanya pada 6 tahun lepas, dia jauh lebih menghayati erti menjadi seorg Muslim. Bukan calang2 saudari Mary-Ann ni, seorg peguam yg dilahirkan dalam sebuah keluarga yg sempurna, tak pernah ada masalah dalam hidup, semuanya diberi baik2 sahaja dalam kehidupannya.  Tetapi Allah datangkan hidayah padanya utk kenal Islam dan kemudiannya menjadi Muslim.

Dan bukan sekadar menjadi seorang Muslim, dia mempelajari Islam dan memahami Al-Quran, dan mengamal gaya hidup Islam, dia barangkali jauh lebih baik dari seorg yg lahir sebagai Islam dan hidup dalam keluarga Islam. Baginya mengenali Allah dan Islam, dan menjadi Muslim ada lah satu hadiah yg tidak ternilai dalam hidupnya. 

Dan dia bercakap tentang adalah amat menyedihkan bila umat Islam tak peduli pon nak berkongsi hadiah Allah ini kepada bukan Islam. Ya, hidayah itu datang dari Allah tapi umat Islam kena la berdakwah untuk kenalkan Islam kepada bukan Islam. Kenalkan saja...bukan memaksa ye...

Please, please listen to her speech on your own....


So, I hope I am doing what she has said: SHARE THE GIFT.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Monday, June 2, 2014

Wall Paper Project: Dining Area

We have been thinking on doing something with the wall at the dining area and make it as a focal wall. Mulanya nak cat with dark brown colour to make it outstanding. Ada juga terfikir about wall paper but I thought it's out of question sbb wall paper sangat mahal for us (pernah survey harganya masa Home Deco Fair). 

Until recently kami balik kampung dan berkunjung ke rumah kakak saya yg baru berpindah rumah dan nampak wall papernya yg cantik. So tanya la sbb I know my brother-in-law takkan beli benda mahal2. Dia sentiasa tau mana nak cari benda at its best price. BIL ckp dia jumpa wall paper murah beli kat Tesco Rawang at RM100++ sbb kedai yg jual tu nak clearkan stock....so sbb tu dijual murah dr harga biasa.

So lepas balik dari Tg. Malim, kami pon singgah ke Tesco Rawang nak cari wall paper murah ni. Memang ada, bukan kedai pon, just a kiosk dibuka dengan sample2 wall paper yg mahal dan home deco stuff yg lain. Standard harga utk wall paper selalunya dalam RM300 ke atas, bergantung kepada corak. Lagi cantik coraknya, lagi mahal. Belum citer upah pasang lagi. 

Dah x banyak dah pon wall paper yg dijual under stock clearance. Yg ada tu pon takde samplenya. Kita boleh tgk corak dari gulungannya aje. So takde la corak2 yg menarik...ada satu ni je la yg saya rasa ok. Cik HB mulanya x keen to buy sbb dia kata nampak mcm tikar getah. Tapi saya convince kan dia bila dah pasang nanti mesti cantik. Akhirnya kami beli la 1 gulung pd harga RM199 campur gamnya RM20. Satu gulung tu boleh cover area 139sqft. 

So semalam gigih la cik HB memulakan proses pemasangan. Cik HB penah pasang wall paper masa kami dok kat Jerman dulu sbb rumah sewa kami masa tu wall paper nya rosak kena serangan kulat. Tapi cik HB kata yg kat Jerman lebih nipis dan ringan dan kelebarannya pon kecik. Jadi senang nak manage. Yang kami beli ni jenis vinyl dari Korea. Lebih tebal dan berat dan lebarnya 1m. Saya pon kena naik tangga dan pegangkan sekali masa cik HB nak adjustkan kedudukannya. 

Camni la gaya amatur tukang pasang wall paper. 

Nampak mcm kecik je wall yg kami pasang wall paper tu kan? Tapi nak menyiapkannya jenuh jugak la. Mujur la cik HB bertabah...hehehe

Akhirnya.....taraaaaaaaaaaaaaa!!!! Dining area kami berubah rupa dah. Pada saya ianya nampak exclusive sekali. 

Camni la kami yg kena buat projek mencantikkan rumah sedikit demi sedikit. Kena menabung utk satu2 projek dan kena cari yg affordable sesuai dengan budget. Tapi bila dapat yg berkenan pada harga yg berpatutan, memang puas hati sesangat!

So next project? Hehehe...belum diputuskan lagi. Saya nak mencantikkan living hall tapi cik HB nak siapkan family hall. Kita tengok la dulu budget kita cemana ye?