Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, July 13, 2011

1001 Doa & Wirid Bagi Ibu Hamil


KANDUNGAN

Bab 1: Wirid-Wirid Dari Al-Quran
Bab 2: Wirid-Wirid Dari Hadis Nabi SAW
Bab 3: Pesanan Untuk Kaum Muslimah

Harga = RM7.90
Mukasurat = 72
Karya = Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni
Penyusun = Dr. Muhammad Hanafis
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Thursday, February 24, 2011

Zikir Amalan Setiap Pagi Jumaat

Daripada Aus Bin Aus berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu semua ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Allah menciptakan Adam, pada hari itu pula ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah terjadi kebangkitan. Maka perbanyaklah oleh kamu semua untuk mengucapkan selawat kepadaku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu itu akan dipertunjukkan kepadaku." Bertanyalah seorang lelaki: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya selawat kami dipertunjukkan kepadamu apabila kelak kamu sudah (wafat) dan menjadi tanah?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

KANDUNGAN

Bab 1: Fadhilat Dan Keutamaan Zikir
  1. Zikir Yang Banyak
  2. Tanda Orang Yang Berzikir
  3. Tanda Orang Munafik
  4. Ketenangan Hati
  5. Akibat Enggan Berzikir
Bab 2: Zikir Amalan Setiap Pagi Jumaat
  1. Tiada Tuhan Melainkan Allah
  2. Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan
  3. Doa Para Nabi Sebelum Rasulullah SAW
  4. Tasbih Rasulullah SAW
  5. Doa Mohon Kesempurnaan Nikmat
  6. Doa Penawar Kesedihan Dan Kesusahan
  7. Penghulu Istighfar
  8. Selawat Mardhiyah
  9. Selawat Syifa
  10. Selawat Nur Anwar
  11. Selawat Ummahatul Mukminin
  12. Selawat Tafrijiyah
  13. Selawat Munjiyat (Pelindung)
  14. Doa Pelindung Daripada Syaitan (1)
  15. Doa Pelindung Daripada Syaitan (2)
  16. Tiga Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr
  17. Doa Qunut Nazilah
Harga = RM2.00
Mukasurat = 28
Penyusun = Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Tuesday, July 6, 2010

Doa Ziarah Di Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam


KANDUNGAN

  • Muqaddimah
  • Keistimewaan Madinah
  • Adab-Adab Menziarahi Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Ziarah Memasuki Madinah
  • Bacaan Ziarah Di Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Selawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Selesai Ziarah Di Maqam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Ziarah Sayyidah Fatimah Al Zahra RA
  • Doa Di Mimbar Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Di Raudhah Al Syarif
  • Doa Selamat Berpisah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Di Masjid Al Quba'
  • Doa Menziarahi Perkuburan Baqi'
  • Doa Menziarahi Syuhada Uhud
  • Doa Menziarahi Peruburan Ma'la
  • Kesan-Kesan Peninggalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Di Madinah Al Munawwarah
Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 206
Penyusun = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Monday, May 24, 2010

Al-Ma'thurat & Surah Yaasiin Serta Doa-Doa Pilihan

Wahai saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari Nabi Muhammad SAW, baik berupa zikir, doa, syukur, tasbih, tahmid di dalam setiap keadaan, sedikit mahupun banyak. Nabi SAW berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan. Janganlah hairan bila mendapati kader-kader Ikhwanul Muslimin menjalankan sunnah-sunnah NabiNya, lalu mengikuti jejak baginda, menjaga zikir-zikir tersebut, dan mereka bertaqarrub (mendekatkan diri) dengannya kepada Tuhannya Yang Mulia dan Pengampun.

Di samping wirid-wirid ini merupakan keharusan bagi para jamaah Ikhwanul Muslimin, boleh juga untuk kaum muslimin secara umum kerana diharapkan wirid-wirid ini membantu seseorang dalam rangka taat kepada Allah. Sangat bagus dilakukan di pagi hari mulai waktu fajar sampai Zohor, waktu petang dari Asar sampai Isya, baik sendiri mahupun bersama-sama. Bila tidak sempat melakukan keseluruhannya, usahakan dapat membaca sebahagiannya.

Akhirnya, kita berharap mendapat taufik dan kesempurnaan hidayah dan kita juga berharap doa-doa kita dikabulkan. Selawat dan salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

KANDUNGAN
  1. Pengantar Al-Ma'thurat
  2. Al-Ma'thurat
  3. Doa Al-Ma'thurat
  4. Doa Rabitah
  5. Al-Fatihah Selawat Memulakan Bacaan Yaasiin
  6. Surah Yaasiin
  7. Doa Selepas Membaca Surah Yaasiin
  8. Doa Selamat
  9. Doa Yaasiin Malam Nisfu Sya'ban
  10. Doa Akhir Tahun
  11. Doa Awal Tahun
  12. Doa Perpisahan
  13. Doa Memohon Keluasan Rezeki (Selawat Al-Fatih)
  14. Doa Tolak Bala
  15. Doa Menjauhi Wabak Penyakit
  16. Selawat Tafrijiah - Memohon Segala Hajat Dikabul Allah
  17. Doa Ringkas Di Majlis Kesyukuran
  18. Doa Menuntut Ilmu
  19. Doa Penenang Hati
  20. Doa Agar Ditetapkan Dan Dikuatkan Iman
  21. Doa Ketika Ditimpa Kesusahan
  22. Sayyidul Istighfar - Penghulu Semua Istighfar
  23. Qunut Nazilah
  24. Doa Pelajar
  25. Doa Setelah Selesai Belajar
Harga = RM2.00
Mukasurat = 76
Penerbit = Jasmin Enterprise

Thursday, May 20, 2010

Amalan Muslim Sepanjang Hari

Kita disuruh beramal sepanjang hari. Namun demikian bukan bererti kita disuruh terus menerus mengerjakan solat, berzikir, bertasbih dan berdoa, tetapi sepatutnya urusan mencari rezeki dan aktiviti harian kita semuanya diusahakan supaya bernilai ibadat.

Buku ini menjelaskan amalan seorang muslim sepanjang hari, waktu bangun menjelang fajar, sampai tidur kembali pada malam harinya. Selain menjelaskan zikir-zikir dan doa sepanjang hari, buku ini banyak memberikan huraian tentang khilaf ulama tentang amalan-amalan tertentu; seperti pelaksanaan solat tarawih, witir, dhuha, tasbih dan sebagainya.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Anjuran Bangun Sebelum Fajar
Bab 2: Berwuduk
Bab 3: Solat Malam
Bab 4: Doa Waktu Sahur
Bab 5: Setelah Terbit Fajar
Bab 6: Berangkat Ke Masjid
Bab 7: Adab-Adab Makan Dan Minum
Bab 8: Sebelum Keluar Rumah
Bab 9: Berangkat Ke Tempat Kerja
Bab 10: Amalan Muslim Di Luar Rumah
Bab 11:Amalan Dari Zuhur Hingga Maghrib
Bab 12: Amalan Waktu Maghrib
Bab 13: Amalan Waktu Isyak
Bab 14: Qiyamul Lail Dan Solat Witir
Bab 15: Cubalah Bermuhasabah Diri
Bab 16: Zikir Menjelang Tidur
Bab 17: Beberapa Masalah Tentang Solat Sunat

Harga = RM20.00
Mukasurat = 350
Penulis = Muhammad Thariq Shalih
Penterjemah = Muhammad Akhyar LC & Syahrin Bin Jasah
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Friday, April 30, 2010

Amalan & Wirid Mudah Bersalin

Pencapaian ilmu kedoktoran moden pada zaman ini mampu untuk mengatur kelahiran bayi menurut kepentingan dan kemasalahatan tertentu. Sehingga usaha yang dilakukan oleh ahli perubatan tersebut dapat membantu keselamatan dan kebaikan ibu dan bayi dan mengurangkan risiko yang akan terjadi. Akan tetapi tidak semua usaha yang dilakukan itu pasti dan tepat terjadi sesuai dengan perhitungan yang diharapkan.

Sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, hendaklah mempersiapkan diri dengan panduan dan pedoman sunnah yang dapat membantu individu memperlancarkan lagi harapannya. Untuk membantu agar seorang wanita hamil memiliki kekuatan semangat dan mudah menghadapi keadaan sedang bersalin, hendaklah mengamalkan berbagai doa dan wirid-wirid tertentu serta surah dan ayat-ayat dalam Al-Quran.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan amalan bagi wanita yang sedang mengandung dan hampir bersalin agar mudah menghadapi saat melahirkan anak. Insya Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: WIRID-WIRID WANITA
  1. Wirid-Wirid Daripada Al-Qur'an
  2. Wirid-Wirid Daripada Hadith Nabi S.A.W.
  3. Jampi-Jampi Sumber Aathaar
  4. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  5. Panuan Dan Nasihat (Penutup)
BAHAGIAN KEDUA: LIKU-LIKU BERSALIN
  1. Arah Dan Sikap
  2. Sekitar Kesukaran Bersalin
  3. Secebis Organ Pelanjut Dzuriat
  4. Proses Penciptaan Manusia
  5. Pembantu-Pembantu Mudahnya Bersalin
  6. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  7. Makanan Dan Ubat Mudah Bersalin
Harga = RM13.00
Mukasurat = 196
Penulis = Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publishers

Friday, March 26, 2010

Wirid Dan Doa Selepas Solat

Selepas solat fardu pada tiap-tiap hari biasanya kita berwirid dan berdoa terlebih dahulu sebelum kita bangkit meninggalkan solat. Terdapat wirid dan doa yang panjang dan ringkas, kita boleh memilih antara keduanya sesuai dengan waktu dan tuntutan keadaan.

Sebahagian orang nampaknya lebih suka mengamalkan wirid dan doa yang panjang-panjang, sementara sebahagian yang lain tidak berwirid sama sekali, namun ada juga setelah memberi salam terus pergi meninggalkan tempat solat.

Dengan mengetahui fadilat-fadilat serta kelebihan-kelebihan wirid dan doa selepas solat fardu, Insya-Allah dapat mendorong dan menggalakkan orang yang malas di samping melipatgandakan pengalaman orang yang sebelumnya sudah berjinak-jinak dengan wirid dan doa selepas solat.

- Penyusun

KANDUNGAN

Bab 1: Perturan Berwirid Selepas Solat
Bab 2: Cara Menyusun Sesuatu Doa
Bab 3: Doa-Doa Pilihan

Harga = RM8.50
Mukasurat = 87
Penyusun = Said Bin Che Ros
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Wednesday, January 27, 2010

Asmaul Husna - Atas NamaMu Aku Merintih

Mengenali dan memahami nama-nama Allah SWT adalah sebahagian dari hidup setiap Muslim untuk mencintai Allah dan bertauhid kepadaNya. Buku ini adalah manifestasi daripada penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan dan ianya merupakan bicara yang sesungguhnya lahir dari hati nurani paling dalam yang telah dicipta oleh Allah dan telah dialirkan sedikit sifat-sifatNya. Dengan perkongsian ini, diharapkan para pembaca mampu merenungi sifat-sifat yang ada di sebalik Asmaul HusnaNya yang selama ini tidak mampu diungkap dengan penuh pengertian.

Semoga dengan membaca buku ini, ianya mampu membuat satu anjakan paradigma dalam pemikiran, jiwa dan perubahan tindakan para pembaca sekalian sehingga akhirnya mampu menjadikan diri benar-benar hamba kepada Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, seterusnya mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.

- Penerbit

Harga = RM12.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 106
Penyusun = Dr. Wan Maseri
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Monday, October 5, 2009

Asmaul Husna - Dengan NamaMu Aku Hidup

Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan. Ia adalah teras rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Ia sehimpun nama-nama Tuhan yang memperkenalkan sifat diri-Nya dalam 99 nama-nama Mulia. Di sana ada erti yang mendalam bagi setiap satu dari nama-nama-Nya.

Seorang muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang terakam dari asma'-asma'-Nya itu. Keadaan tidak seharusnya terhenti di situ. Seterusnya Muslim itu perlu sedaya mungkin menggabungkan dirinya dengan Islam, justeru faham akan sifat Allah yang menjadi Al-Khaliq.

- Penerbit

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 309
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, August 17, 2009

99 Selawat Nabi S.A.W. - Fadhilat & Khasiatnya

Selawat kepada Rasulullah SAW merupakan ungkapan kerinduan seorang umat kepada Baginda. Berselawat juga sebagai tanda kasih dan sayang yang terbias dari cermin sanubari seorang insan yang mengharapkan syafaat di akhirat nanti. Begitu agung ketinggian nilai selawat ini kerana barangsiapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali maka Allah SWT akan berselawat ke atas hambaNya itu sebanyak sepuluh kali.

Hidupkan jiwa dengan selawat agar kehidupan di dunia ini mendapat berkah dan kehidupan di akhirat tidak terabai dan terbuang dari majlis Baginda. Sesungguhnya bacaan selawat ini telah diajarkan oleh Baginda sendiri di samping tunjuk ajar dari para sahabat, tabiin, wali-wali Allah dan para ulama.

Semoga buku ini dapat memberikan panduan tentang bacaan, fadhilat dan ketinggian selawat bagi orang yang mengamalkannya, insyaAllah.

- Penyusun

Harga = RM6.00
Mukasurat = 168
Penyusun = Hanafi Mohamed
Penerbit = Darul Nu'man

Tuesday, July 7, 2009

Doa & Amalan Di Bulan Rejab, Sya'aban Dan Ramadhan

KANDUNGAN

DOA DAN AMALAN DI BULAN REJAB
- Doa Rasulullah S.A.W. Menjelang Bulan Rejab
- Doa Istighfar Pagi Dan Petang Rejab
- Doa Istighfar Agar Dikabulkan
- Doa Penghulu Istighfar
- Doa Memohon Keredhaan Allah
- Doa Sayyiduna Ali R.A.
- Doa Nabi Adam A.S.
- Istighfar Memohon Keampunan
- Keistimewaan Bulan Rejab

DOA DAN AMALAN DI BULAN SYA'BAN
- Membaca Surah Yaasin Di Malam Nisfu Sya'ban
- Makna Surah Yaasin
- Doa Yang Masyhur Malam Nisfu Sya'aban
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Solat Di Malam Nisfu Sya'aban
- Keistimewaan Bulan Nisfu Sya'aban

DOA DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Melihat Anak Bulan
- Doa Pada Hari Pertama Di Bulan Ramadhan
- Doa Berpisah Dengan Bulan Ramadhan
- Doa Selepas Solat 5 Waktu Di Bulan Ramadhan
- 7 Perkara Sunat Dilakukan Rasulullah S.A.W. Di Bulan Ramadhan
- Keistimewaan Bulan Ramadhan

Harga = RM12.50
Mukasurat = 112
Penyusun = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Monday, March 2, 2009

Risalah Munajat

Adalah menjadi satu keperluan kepada setiap orang Islam untuk bermunajat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tadharru'. Ia adalah sebagai satu cara melahirkan rasa cinta, mengadu masalah dan memohon hajat kepada Allah SWT. Susunan ungkapan yang lunak dan halus serta mengandungi pengertian yang mendalam dapat mendidik hati dan mengisi kekosongan jiwa.

Buku ini merupakan himpunan doa para imam yang dikumpulkan oleh Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna dan ditambah dengan beberapa doa imam-imam yang lain. Selain itu ditambah dengan lafaz-lafaz Selawat yang dipetik dari buku Afdhal Salawat 'Ala Saiyid al-Sadat SAW, Al-Qadhi Al-Syeikh Yusof Bin Ismail Al-Nabhani.

KANDUNGAN

- Puji-Pujian Kepada Allah SWT
- Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah SAW
-- Selawat 1
-- Selawat 2
-- Selawat 3
-- Selawat 4
-- Selawat Al-Nur Al-Zati
-- Selawat 6
-- Selawat 7
-- Selawat 8
-- Selawat Ibrahimiyyah
-- Selawat 10
-- Selawat Al-Fatih (Pembuka)
-- Selawat Munjiyat (Penyelamat)
-- Selawat Sa'adah (Kebahagiaan)
-- Selawat Kamaliyyah (Kesempurnaan)
-- Selawat Ulul 'Azmi
-- Selawat Mukafa'ah (Balasan Hak Yang Sempurna)
-- Selawat In'am (Kenikmatan)
-- Selawat Memohon Keluasan Rezeki Dan Akhlak Yang Baik
-- Selawat Penyembuh Penyakit (Selawat Tibb)
-- Selawat Badawi (Menghindar Penyakit Dari Bahaya)
-- Selawat Memohon Pengampunan Dosa
-- Selawat Tafrijiah (Kelapangan)
-- Selawat Jalilah (Keunggulan)
-- Selawat Memohon Kegerunan Dan Kehebatan Pada Diri
-- Selawat Memohon Ketinggian Darjat
- Doa Rasulullah SAW Ketika Tahajjud
- Munajat Imam Ali
- Munajat IBN 'Atoillah Al-Sakandari
- Wirid (Hizb) Al-Nawawi
- Doa Imam Al-Ghazali
- Doa Al-Saiyid Ahmad Al-Rifa'i
- Doa Al-Saiyid Ahmad Bin Idris
- Doa Abu Al-Hasan Al-Syazuli
- Doa Al-Imam Al-Syafi'i
- Doa Taubat

Harga = RM5.00
Mukasurat = 96
Penyusun = Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit = Intel Multimedia And Publication

Thursday, February 26, 2009

25 Doa Pelindung Wali-Wali Allah

Buku ini bakal menukilkan sebahagian amalan para wali Allah yang terkenal. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa mentaqarrubkan diri kepada Allah. Bibir mereka basah dengan zikrullah. Hati mereka dicengkam ketakutan kepada Allah Ta'ala. Seluruh anggota mereka tunduk dan khusyuk melakukan ketaatan kepada Allah.

Di dalam hati mereka hanya ada Allah semata-mata. Di bibir mereka terungkap bicara rindu kepada Allah dan cinta kepada baginda Rasulullahh SAW yang menerobos dari kalbu mereka yang suci. Dinihari adalah saat dan tika yang amat dinantikan, untuk mereka berbisik, merintih dan mengadu kepada Pencipta.

- Penyusun

KANDUNGAN

- Hizib Al-'Izzah Sayydina Ali
- Doa Pelindung Saiyidina Ali
- Doa Pelepasan Saiyidina Anas Bin Malik
- Doa Pelindung Saiyidina Zaid Bin Haritsah
- Doa Junnatul Auliyak Saiyidina Ja'far As-Sodik
- Doa Pelindung Imam Asy-Syafi'i
- Doa Al-Jalalah Imam 'Abdul Qadir Al-Jilani
- Doa Pemusnah Imam 'Abdul Qadir Al-Jilani
- Hizib An-Nawawi Imam Muhyiddin An-Nawawi
- Hizib Al-Bahr Imam Abul Hassan Asy-Syazili
- Hizib Al-Kifayah Imam Abul Hassan Asy-Syazili
- Hizib An-Nasr Imam Abul Hassan Asy-Syazili
- Hizib Al-Jalalah Imam Abul Hassan Asy-Syazili
- Hizib Al-Hafizah Imam Abul Hasan Asy-Syazili
- Hizib As-Soghir Imam Ahmad Al-Badawi
- Doa Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi
- Doa Al-Hirasah Imam Ahmad Ar-Rifa'i Al-Kabir
- Hizib An-Nasr Imam 'Abdullah Al-Haddad
- Doa Imam Ibrahim Ad-Dusuqi
- Doa Imam Muhammad Bin Yusuf As-Sanusi
- Hizib Al-Habib Syeikh Ibn Ahmad Bafaqih Al-'Alawi
- Wirid Syeikh Abu Bakar Bin Salim Ba'alawi
- Doa Syeikh Soleh Al-Ja'fari

Harga = RM12.00
Mukasurat = 146
Penyusun = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Sunday, January 11, 2009

Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya - Mesti Baca!!!

Buku ini mengesahkan bahawa zikir-zikir yang dibaca selepas solat fardhu dan berdoa beramai-ramai secara nyaring yang dilakukan oleh imam dan para makmum bukanlah Suatu Amalan Bida'ah Yang Menyesatkan sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh segelintir golongan tertentu, bahkan ianya juga termasuk di dalam kumpulan Amalan Sunnah yang sunat dilakukan selepas solat fardhu.

Buku ini juga telah berjaya mendedahkan betapa zikir-zikir Sunnah selepas solat fardhu, mempunyai kelebihan yang tidak ada tolok bandingnya. Justeru itu marilah kita semua memberi perhatian dan beristiqamah mangamalkannya. Janganlah kita termasuk di dalam golongan yang sengaja meninggalkan zikir-zikir Sunnah selepas solat fardhu kerana disibukkan oleh tugas-tugas harian kerana ianya masih boleh terus diamalkan walaupun ketika sedang berjalan, menaiki kenderaan, hatta ketika memandu.

Mengikut pengarang, buku ini ditulis antaranya bertujuan mengumpul Dana Pembinaan Masjid Imam Syafi'e di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Repek, Pasir Mas, Kelantan yang dianggarkan bernilai RM 5 juta. Oleh itu, marilah sama-sama kita membeli buku ini di atas dasar "MEMBELI SAMBIL MENDERMA". Kemudian kita membacanya, supaya zikir-zikir yang kita sebut selepas solat fardhu, diamalkan dengan penuh kesedaran dan penghayatan. Tanamkan budaya membaca di dalam diri dan keluarga kita kerana pepatah Arab ada menyebut: "Sebenarnya Ilmu Itu Ialah Apa Yang Terpahat Dan Tersemat Di Dalam Hati Dan Bukannya Yang Sedia Tercatat Di Atas Lembaran-Lembaran Kertas."

- Dato' Dr. Haron Din

KANDUNGAN

BAB SATU
- Berzikir Secara Nyaring Selepas Solat

BAB DUA - Amalan Pertama
- Menyapu Kepala Sampai Ke Muka

BAB TIGA - Amalan Kedua
- Memilih Posisi Terbaik Selepas Salam

BAB EMPAT - Amalan Ketiga
- Berterusan Duduk Di Tempat Solat

BAB LIMA - Amalan Keempat
- Memuji Allah SWT Dan Beristighfar

BAB ENAM - Amalan Kelima
- Berzikir Sepuluh Kali Dengan Menyebut لا إله إلاالله وحده لاشريك له

BAB TUJUH - Amalan Keenam
- Berdoa Memohon Perlindungan Daripada Neraka

BAB LAPAN - Amalan Ketujuh
- Membaca Zikir اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت ياذا الجلال والإكرام

BAB SEMBILAN - Amalan Kelapan
- Membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Dua Ayat Surah Al-Baqarah Dan Dua Ayat Surah Ali Imran

BAB SEPULUH - Amalan Kesembilan
- Membaca Surah-Surah Al-Mu'awwizaat

BAB SEBELAS - Amalan Kesepuluh
- Bertasbih, Bertahmid Dan Bertakbir
- Al-Syeikh Al-Albaani Dan Tasbih

BAB DUA BELAS - Amalan Kesebelas
- Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

BAB TIGA BELAS - Amalan Kedua Belas
- Berdoa Untuk Kesejahteraan Di Dunia Dan Akhirat
- Perselisihan Pendapat Ulama' Mengenai Berdoa Selepas Solat
- Berdoa Dengan Mengangkat Tangan

BAB EMPAT BELAS - Amalan Ketiga Belas
- Bersalam-salaman Di Antara Imam Dan Makmum
- Hukum Bersalam Selepas Solat
- Bersalam Ketika Berpisah
- Cara Bersalam

BAB LIMA BELAS - Amalan Keempat Belas
- Amalan Sunnah Selepas Solat Di Sisi Mazhab Empat

Harga = RM35.00
Mukasurat = 279
Penyusun = Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz & Ustaz Mohd Rifqi Myiddin
Penerbit = Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan

Friday, October 10, 2008

Panduan Wirid Dengan Asmaul Husna - Untuk Memperolehi Ketenangan Jiwa

Jalankan perintah Allah dan jauhi larangan-Nya. Banyak bersabar dan bersyukur. Kurangi maksiat dan kezaliman, minimumkan dan hindarkan. Jangan merasa sombong dan membanggakan diri dengan menganggap orang lain lebih rendah daripada kita, sebaliknya jangan merasa rendah diri, resah dan gelisah dengan kehidupan yang ada, syukuri dan nikmati apa yang sedia ada. Yakinlah Allah tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia. Allah tidak akan menzalimi atau menganiaya kita. Berdo'alah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan sebagai ibadah dan permohonan, Allah akan mengabulkan sebab Allah tidak akan mengingkari janji-Nya.

Jangan patah hati dan hilang semangat sebab banyaknya dosa yang kita miliki. Allah akan mengampuni semua dosa yang telah terjadi dengan jalan taubat yang bersungguh-sungguh dan berjanji untuk tidak mengulangi. Kerjakan solat pada tengah malam yang sunyi, minimal dua rakaat, baca Al-Quran dan wiridkan Asmaul Husna ini. Bersimpuhlah sambil memohon kepada Allah, sampaikan dan adukan apa-apa yang menjadi kerumitan dan beban yang menghimpit selama ini. Yakinlah dengan kesungguhan hati, keikhlasan diri, Allah akan memberikan jalan keluarnya. Ingat!!! Hanya Allah sahajalah yang dapat mengatasi semua masalah ini, bukan bomoh atau jampi-serapah.

Beberapa Ayat Al-Quran dan Hadith, Yang Menyebut Tentang Keistimewaan Asmaul Husna :

1 - Al-A'rof ayat 180, bermaksud: "Allah mempunyai Asmaul Husna (Nama-nama yang baik / indah), maka berdo'alah kamu semua kepada-Nya dengan menggunakan Asmaul Husna".

2 - Thoha ayat 8, bermaksud: "Dialah Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia mempunnyaia Asmaul Husna".

3 - Al-Hasyr ayat 24, bermaksud: "Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Daan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

4 - Al-Isyra' ayat 110, bermaksud: "Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna".

5 - Hadith Susunan Turmizi jilid 5 hal 193, no Hadith 3575, bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, barang siapa hafal (dan membacanya setiap hari) masuk Syurga".

- Penyusun

Harga = RM8.00
Mukasurat = 58
Penyusun = Huda Hadi
Penerbit =Penerbitan Dar Hakamah

Sunday, September 7, 2008

70 Amalan Untuk Bertemu Rasulullah S.A.W.

Kasih dan cinta kita kepada seseorang akan membuahkan rindu di hati. Runtunan jiwa untuk menatap wajah insan yang diikasihi akan terus bergelora selagi impian itu tidak kesampaian. Begitulah keadaan diri kita terhadap baginda Rasulullah S.A.W. jika cinta dan kasih kita benar-benar dilimpahkan kepada baginda. Rasa kagum dan cemburu pasti menguasai diri apabila insan lain mampu menatap wajah baginda.

Buku ini hanya memuatkan sebahagian daripada amalan-amalan yang dikumpulkan. Namun begitu saya mendoakan keberkatan daripada amalan-amalan ini akan melahirkan generasi bertakwa dan menjunjung tinggi peribadi dan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W.

Amalan para solehin ini akan mendekatkan diri kita kepada baginda S.A.W.. Segala amalan kebaikan yang dilakukan hendaklah diamalkan dengan penuh keikhlasan. Oleh itu jika ada di kalangan pembaca yang telah mengamalkan amalan-amalan yang terdapat di dalam buku ini tetapi tdak mencapai hajat untuk menemui dan menatap wajah baginda Rasulullah, maka janganlah berputus asa. Jika kita tidak dikurniakan nikmat bertemu baginda pun sudah memadai kita dikurniakan nikmat sering berzikir kepadaNya dan berselawat ke atas Nabi S.A.W..

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 70
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Friday, August 15, 2008

55 Amalan Wali-Wali Allah

Sebagai seorang muslim / muslimah istimewanya sebagai seorang petugas di dalam gerakan Islam, kewajipan membersih, menyucikan jiwa (tazkiyatun nafs) dan memantapkannya adalah pra syarat untuk mencapai kejayaan menegakkan Islam di alam ini.

Proses penyucian dan pemantapan ini tidak hanya dilakukan oleh generasi mutakhir ini bahkan sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi.

Selain dari Al-Quranul Karim sebagai penjana kemantapan jiwa, generasi terdahulu juga telah membuktikan bahawa amalan-amalan yang telah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. telah mencerna kehidupan mereka sehingga menjadi generasi unggul.

Apakah generasi Islam kini tidak layak dan mampu memperolehi kedudukan yang sedemikian?

Jawapan yang pasti terhadap persoalan ini ialah sememangnya mereka mampu dan layak untuk mengulangi keunggulan generasi terdahulu tetapi dengan syarat mereka perlulah mengikuti jejak langkah generasi Islam terdahulu dalam usaha mencapai kejayaan sebagaimana ungkapan Imam Malik rhm :

ما صلح أخر هذه الأمة إلا بما صلح بها أولها

Maka risalah ini, Alhamdulillah telah cuba mengemukakan bentuk-bentuk amalan dan zikir-zikir yang telah menjadi amalan generasi Islam terdahulu.

Semoga para pembaca budiman turut mengambil manfaat dari risalah ini dan semoga Allah Ta'ala sentiasa memberkati hidup kita.

- Dr. Abdul Aziz Bin Hj. Hanafi

Harga = RM8.00
Mukasurat = 118
Penyusun = Ustaz Hanif Bin Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Tuesday, July 22, 2008

Lailatul Qadar - Amalan & Cara Salafussoleh Memperolehinya - Mesti Baca!!

Baginda Rasulullah S.A.W. telah melihat amalan umat-umat terdahulu yang melebihi amalan umatnya. Faktor umur yang panjang membolehkan mereka beribadat lebih lama berbanding dengn umat baginda lalu Allah Ta'ala mengurniakan kepada Nabi S.A.W. dengan Lailatul Qadar. Diriwayatkan oleh Imam Malik rhm. di dalam "Muwatta'" dan Imam Al-Baihaqi rhm.

Imam Mujahid rhm. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah menyebut mengenai seorang lelaki dari kalangan Bani Israil yang berjihad pada jalan Allah selama seribu bulan yang menimbulkan rasa ta'ajub di hati para sahabat lalu Allah Ta'ala menurunkan surah Al-Qadr bagi menyatakan bahawa ganjaran Lailatul Qadar lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh lelaki Bani Israil itu.

Manakala Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm. telah menulis di dalam kitabnya "Fathul Bari" bahawa jumhur ulama' berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah khusus untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. sahaja dan tidak pernah dikurniakan kepada umat-umat terdahulu!

- Petikan bab 2

KANDUNGAN

BAB 1: Hikmat, Kelebihan Dan Keistimewaan Sebahagian Makhluk Dan Bulan-Bulan
BAB 2: Adakah Lailatul Qadar Hanya Khusus Untuk Umat Nabi Muhammad?
BAB 3: Adakah 10 Terakhir Ramadhan Lebih Mulia Daripada 10 Zulhijjah?
BAB 4: Antara Lailatul Qadar & Lailatul Israk: Manakah Lebih Mulia?
BAB 5: Hikmah Dirahsiakan Tarikh Lailatul Qadar
BAB 6: Hikmah Allah Ta'ala Melupakan Rasulullah Mengenai Tarikh Lailatul Qadar
BAB 7: Keistimewaan Lailatul Qadar
BAB 8: Golongan Yang Rugi
BAB 9: Pendapat 'Ulamak Dalam Menentukan Lailatul Qadar
BAB 10: Malam-Malam Terkenal & Pilihan Lailatul Qadar
BAB 11: Pendapat Saiyyidina Ibnu 'Abbas
BAB 12: Tanda-Tanda Lailatul Qadar
BAB 13: Amalan-Amalan Kelayakan Memperolehi Lailatul Qadar
BAB 14: Doa Lailatul Qadar
BAB 15: Golongan Yang Tidak Memperolehi Keampunan Pada Lailatul Qadar
BAB 16: Rahsiakan Lailatul Qadar Setelah Memperolehinya
BAB 17: Kisah-Kisah Lailatul Qadar
BAB 18: Ibadah Salafussoleh Di Bulan Ramadhan

Harga = RM8.00
Mukasurat = 113
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Wednesday, July 16, 2008

Amalan Harian Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor

Ketokohan almarhum Dato' Hj. Fadzil bin Mohd. Noor dalam arena dakwah dan politik tanahair amatlah terserlah. Tokoh ini bukan sekadar hebat ketika berpidato tetapi berjaya menarik minat masyarakat Malaysia kepada perjuangan yang berteraskan kepada politik Islam.

Di sebalik kehebatan itu, tokoh ini menyimpan pelbagai rahsia kekuatan dalaman (batiniyah) bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi darripada baginda Rasulullah S.A.W.

Selain daripada Al-Quran yang menjadi amalan harian, Dato' Hj Fadzil juga mengamalkan amalan-amalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama'.

Amalan Al-Makthurat adalah sebahagian dari himpunan dari doa-doa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan ia disusunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menjadiamalan rutin tokoh ini.

Beliau juga menjadikan Hizib Imam Nawawi rhm sebagai amalan harian sejak sekian lama. Hizib ini amat terkenal di kalangan ulama' dan diakui sebagai amalan pelindung diri dari kejahatan sebarang makhluk...

Beramallah dengan ikhlas dan istiqamah semoga diri kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah Ta'ala dan mendapat perhatian daripada baginda Rasulullah S.A.W.

- Ustaz Hanif Bin Hj Ghazali

Harga = RM5.00 (membeli sambil menderma)
Mukasurat = 60
Penyusun = Ustaz Hanif bin Hj Ghazali
Penerbitt = Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah

Saturday, June 28, 2008

60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w. (Jilid 1)

..."Mimpi berjumpa baginda Rasulullah s.a.w. adalah impian dan idaman tiap orang-orang oleh sebab dia bisa mencerminkan baik atau buruknya, jauh atau dekatnya, sempurna atau tidaknya martabat seseorang di sisi Allah.

Sebab mimpi berjumpa baginda s.a.w. kadang-kadang merupakan Basharah Bi Khair (berita yang menyenangkan) atau merupakan peringatan terhadap sesuatu (Nizarah 'Ala Syai') tetapi bagaimanapun kedua-duanya itu adalah nikmat dan anugerah Allah yang terbesar kepada seseorang".

- TG Muhammad Noeruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


..."Di antara nikmat yang paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada segolongan hamba-hambaNya yang beriman ialah bertemu, bersua dan menatap rupa paras Baginda Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi. Perkara ini sebenarnya tergolong di kalangan mimpi-mimpi yang benar yang dinyatakan di dalam hadith-hadith sebagai "Ar-Ru'yaa As-Saalihah".

Maka sebagai seorang muslim / muslimah istimewanya seorang petugas dalam gerakan Islam, perkara-perkara serupa ini merupakan suatu keperluan, guna bagi membina dan mempertingkatkan keimanan terhadap kebenaran yang diperjuangkan oleh baginda s.a.w. dan para sahabat r.a."

- Dr. Abd. Aziz Bin H. Hanafi

Harga = RM8.00
Mukasurat = 108
Penyusun = Ustaz Hanif Bin Hj Ghazali
Penerbit = Nusaibah Enterprise

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...