Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, May 5, 2010

Debat Islam - Kristian : Benarkah Bible Firman Tuhan? - Sheikh Ahmad Deedat VS Jimmy Swaggart

Buku ini memuatkan perdebatan agung antara ilmuan Islam yang mendalami kitab-kitab Kristian iaitu Sheikh Ahmad Deedat dengan paderi Kristian, Jimmy Swaggart. Perdebatan yang dilangsungkan di University of Louisiana Amerika Syarikat pada tahun 1987 menyaksikan Ahmad Deedat dengan kekuatan hujahnya menyangkal ketulenan Bible yang ada sekarang, sementara Jimmy Swaggart berusaha mempertahankannya.

- Penerbit

KADUNGAN
  • Pengantar Penerbit
  • Benarkah Bible Firman Tuhan?
  • Ucapan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Jimmy Swaggart
  • Ucapan Ahmad Deedat
  • Penggulungan Oleh Jimmy Swaggart
  • Soalan Dan Jawapan
Harga = RM9.00
Mukasurat = 132
Penterjemah = Muhammad Ramzi Omar
Penerbit = Sinar Media Services

Monday, November 17, 2008

Isa Al-Masih - Jawapan Islam Terhadap Risalah Kristian (Bahagian 1)

Sejak dulu hingga kini golongan Kristian terutama para missionari Barat berusaha dengan gigih menyebarkan agama mereka. Ini dilakukan menerusi satu gerakan yang dikenali sebagai "Evangelism" (Penginjilan). Sehubungan ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan peringatan agar umat Islam sentiasa berwaspada menerusi firmanNya yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al-Baqarah 2 : 120)

Mendiang Pope John Paul II di dalam penulisan terkenalnya Crossing The Threshold of Hope mengulas seperti berikut : "As the year 2000 approaches, our world feels an urgent need for the Gospel. Perhaps we feel this need precisely because the world seems to be distancing itself from the Gospel, or rather because the world has not yet drawn near to the Gospel. The first case - the move away from the Gospel - is particularly true of the "Old World", especially of Europe; the second is true of Asia, the Far East and Africa".

Beliau menambah "As they are diminishing in Europe, the more they are growing in Africa and Asia".

Saya berdoa kepada Allah Subhaanahu Wa Ta'ala agar buku ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya. Pada masa yang sama saya akui kemungkinan wujud kekurangan di sana sini. Oleh itu dialu-alukan supaya para pembaca dapat memberi nasihat, pembaikan serta pembetulan.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 118
Penulis = Mohammed Amin Yaacob
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...