Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, May 11, 2013

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin Dan Perempuan

"Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata."

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata,

"Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."

Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan, Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pejuang, pemimpin dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pejuang beliau berkata, "Tiada apa yang aku kesalkaan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Sebagai pemimpin, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung daripada serangan penjajah, dan kamu tidak."

Namun, masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis?

- Penulis

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Azzah AR
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Saturday, December 22, 2012

Muhammad Al-Fatih 1453

Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.

Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.

Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

- Penerbit

...Strategi, teknologi dan paling utama
pertolongan Allah SWT
syarat kemenangan

KANDUNGAN

Prologue: The Sacred Promise
  1. Stairway to Constantinople
  2. Emergence of Ghazi State
  3. The Promised Sultan
  4. Bogaz Kesen
  5. Impregnable Defenses
  6. Arms of Hope
  7. The Best Army
  8. Numberless as Grains of Sands
  9. A Test of Faith
  10. Cul-de-Sac
  11. Beyond The Eyes Can See
  12. Unwavering Resolutions
  13. The Sign of Cresents
  14. The Secret of Victory
  15. Full of Islam
  16. Road to Rome
Epilogue: Unfinished Conquest
Al-Fatih The Next Pavement to Rome
Mehmed II Legacy

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 318
Penulis = Felix Y. Siauw
Penerbit = Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd.
 

Wednesday, January 12, 2011

Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!

Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: Terbeliak Mata Dunia
BAB 2: Menyelami Hati Isteri
BAB 3: Selamat Pulang Wira Negara
BAB 4: Mavi Marmara Dalam Sejarah
BAB 5: Misi Getir
BAB 6: Zionis Dan Misi Pembunuhan
BAB 7: Catatan Hati
BAB 8: Gelombang Mavi Marmara

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 131
Penulis = Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Wednesday, May 20, 2009

Bidadari Dari Timur - Memoir Isteri Seorang Pejuang

Jelas ibu, perhubungan erat antara mereka dengan keluarga Tuan Guru Haji Nik Mat Bin Raja Banjar ingin dieratkan lagi melalui talian silaturrahimnya dengan sebuah pernikahan. Dan akulah yang akan menjadi pengukuh silaturrahim itu, apabila mereka berhasrat menyatukan aku dengan anak lelaki keluarga tersebut. Beritahu ibu, jejaka tersebut seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Pasti penuh di dadanya ilmu, fikirku.

Manakala bakal mertuaku pula seorang yang dihormati masyarakat setempat lantaran kearifannya dalam ilmu wahyu dan dalam masa yang sama mengendalikan sekolah pondok di Kampung Kedai Lalat.

Dengan membuat perbandingan diriku yang kerdil dan serba lemah serta tidak pernah ke mana-mana menggali ilmu, terasa betapa ada jurang besar antara kami. Pun begitu, aku seakan tidak bisa lagi menafikan takdir Ilahi. Andai itu ketentuan yang telah disuratkan buatku, aku redha. Dan di dasar hati kubina tugu-tugu pasrah dalam tawakal agar suratan Ilahi itu bisa menjadi ketentuan tebaik buat aku, hamba-Nya yang serba kekurangan.

"Jika Di Sebalik Kejayaan Lelaki,
Pasti Ada Seorang Wanita. Inilah Kisahnya..."

Harga = RM12.90 (Sem) RM15.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 112
Karya = Tuan Sabariah Tuan Ishak (Isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Penyusun = Ili Sarah Annual Bakri
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Sunday, June 8, 2008

Ayat-Ayat Cinta (Sebuah Novel Pembangunan Jiwa) - Best Seller Edisi Bahasa Melayu

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidk saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.

"Ayat-Ayat Cinta memang pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.

Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.

- A. Samad Said (Sasterawan Negara)

Harga = RM22.90
Mukasurat = 510
Penulis = Habiburrahman El Shirazy
Penerbit = Ar-Risalah Product Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...