Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label general info. Show all posts
Showing posts with label general info. Show all posts

Melayan suami "anak emak"

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali ni pun Lisa nak kongsi info jer tau.. Info ttg nak melayan suami2 yg anak emak.. Ada terima award tp nanti Lisa masukkan erk heheh..

Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.
Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’.
Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.
Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.
Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.
Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.
Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.
Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.
Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.
Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.
Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.
Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.
 

Membina Kepercayaan Dalam Rumahtangga

Wednesday, July 14, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lama betul Lisa tak update blog n blog walking sbb broadband celcom nak kena register dulu aritu huhuh.. La ni baru la boleh jln2 kat blog kwn2..
Kali ni Lisa cuma nak kongsi info jer tau... Takde lagi citer menarik nak diceritakan heheh..


Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman
Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.
‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’ ujarnya lagi.
 

Karnival Karangkraf

Friday, January 29, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali nih Lisa nak berkongsi info dgn kawan2 ttg karnival Karangkraf ni, klau ada masa jom ler kita beramai2 memeriahkan lagi karnival nih...

BAKAL BERLANGSUNG PADA:-

TARIKH  : 29 JANUARI 2010 SEHINGGA 1 FEBRUARI 2010
MASA    : 9.00 PAGI -7.00 MALAM.
TEMPAT  : PERKARANGAN KOMPLEKS KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD LOT 2, JALAN SEPANA 15/3, OFF PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM

DISKAUN HEBAT MENANTI ANDA BAGI SETIAP PEMBELIAN MAJALAH, BUKU-BUKU DAN NOVEL-NOVEL TERBITAN ALAF 21, KARYA BESTARI DAN BUKU PRIMA.

DAPATKAN JUGA PELBAGAI PEKEJ IKLAN YANG MENARIK.

ANTARA ACARA MENARIK YANG DISEDIAKAN,
- SESI BERAMAH MESRA BERSAMA EDITOR MAJALAH, ARTIS PUJAAN & PENULIS NOVEL
- CABUTAN BERTUAH
- AKTIVITI BERSAMA AKHBAR SINAR HARIAN
- HADIAH MENARIK UNTUK LANGGANAN MAJALAH
           DAN BANYAK LAGI…

 Nak tahu apa lagi aktiviti yang akan dijalankan? Datanglah beramai-ramai ke Karnival Karangkraf 2010.

Kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"

Thursday, January 14, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Walaupun isu ttg kempen nih dh lama tp Lisa masih nak memperingatkan kawan2 ttg kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" nih, kempen nih utk masa depan kita juga, lgpun sayangkan kena byr rm0.20 utk sehelai beg plastik jd biasa2kan la bwk beg yg save environment tu mulai skrg nih...

Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu di seluruh Selangor telah bermula pada 9 Januari 2010.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

“Kerajaan Negeri sentiasa memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

“Oleh itu kami berharap pengguna dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam kempen ini demi kesejahteraan masa depan kita,” kata Ginie Lim, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.

Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama enam bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan samada perlu menambahkan hari kempen tersebut.

Kad Nikah Pintar

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...



Kali nih nak kongsi info tentang Kad Nikah Pintar plak, Lisa pun baru jer tau sbb baru Isnin lepas Lisa apply kad nikah hehehe, mmg dok tangguh jer nak buat kad nikah.. Mula2 Lisa & Jeff g amik gambar ari Sabtu aritu, kena charge RM30 sbb gambar yg kami request tu size PP bkn size Pasport biasa tu, maksu yg soh takyah buat gambar pasport nanti kad nikah tak cantik hehehe, tup2 masa smpi kat MAIS Isnin tu nmpk plak skrg nih dah ada kad nikah pintar, so proceed jer la kan janji kami bwk gambar lgpun diorg takde lak inform nak gambar size camner pun..
Pas isi borang nih (takleh la tunjuk details tu erk...)

Kena buat bayaran dulu sebyk RM40


Lepas buat bayaran barulah boleh apply kad nikah pintar nih, kena bagi salinan sijil nikah & sekeping gambar setiap seorang (suami & isteri), lepas seminggu InsyaAllah kad nikah nih boleh diambil tp sebelum tu kena call dlu la tanya sama ada dh siap atau belum ye... Ok kwn2 sape2 yg dh nikah tu leh la apply kad nikah pintar nih yer.. Daaaaaaa

Jom ke Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Lisa war2kan promosi dari Kenny Rogers Roasters utk Hari Ini Sahaja yer...

Red is for love, joy and happiness that one should feel of one’s life. Red is for the blood that courses through our body and keeps us alive. Kenny Rogers ROASTERS launching of RED  (ROASTERS Eating Day) will ignite the meaning of ‘red’. Advocating on healthy eating since day one, KRR understands the meaning of a healthy body that equals to a happy person.

KRR celebrate RED on 13 Jan 2010 - marking it a significant day by giving out a *complimentary Kenny’s Quarter Meal with purchase of a Kenny’s Quarter Meal for those who visit KRR restaurants with any element of the colour red (you could have red lipstick, red cap, red shirt or red head band). It will be a day that people can mark on their calendar to remind them to take the opportunity to eat healthy!

Come to Kenny Rogers ROASTERS restaurant nearest to you and enjoy this gift of health! Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!

Tanda2 dia jodoh kita

Tuesday, August 18, 2009

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah.

Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta “ Manusia merancang, Allah menentukan.” “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

Untuk sesiapa yg dilamun cinta

Kau mengatakan bahawa kau tidak pernah jatuh cinta..
Sebaliknya mengatakan yg si dia itu cuma kawan baik sahaja..
Betulkah? Mari kita lihat..
Jika kau setiap hari akan terfikirkan si dia walaupun sekejap, walaupun seketika cuma, kau dikira sedang dilamun cinta...
Jika setiap kali telefon bimbit kau berdering menerima mesej, sebelum membuka mesej, fikiran kau sentiasa meneka bahawa si dia yg menghantar mesej itu, kau sebenarnya sudah jatuh cinta..
Jika di dalam telefon bimbit kau banyak disimpan mesej drpd si dia,jika kau merasakan berat sekali untuk menbuang mesej si dia apabila inbox sudah penuh, kau benar-benar jatuh cinta...
Jika setiap hari hati kau berharap si dia akan menelefon dan bertanyakan khabar kau, jika kau merasakan seperti kehilangan duit yg banyak jika tidak mendengar suara si dia walaupun sehari dua dan merasakan itu sudah cukup lama, kau sudah jatuh cinta...
Jika kau tersenyum ceria jika si dia merungut..“kenapa dah lama tak sms saya?”..dan seumpamanya kau terasa tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak bercermin pada dinding batu, itu tandanya kau sudah cintakan dia...
Kau akan tersenyum dan ceria jika ada orang memuji si dia di hadapan kau, kau akan marah jika ada orang yang mengutuk si dia, kau sebenarnya sudah jatuh cinta...
Jika kau cemburu jika si dia memuji lelaki/perempuan lain di hadapan kau atau jika kau merasa tidak senang hati jika si dia terlalu rapat dengan lelaki lain, kau sebenarnya cintakan dia...
Jika setiap kali kau membuka e-mail kau berharap ada e-mail drpd si dia, dan jika setiap kali kau menghantar e-mail kepada si dia kau berharap si dia akan membalas e-mail kau, kau sudah jatuh cinta...
Jika si dia susah hati, kau juga turut berkongsi merasainya sama, kau akan mencari jalan menenangkannya jika hatinya resah, kau juga sudah jatuh cinta padanya...
Jika si dia merajuk, kau akan cepat-cepat memujuk dan meredakan keadaan, dan kau juga mengharapkan pujukan si dia jika kau merajuk atau buat-buat merajuk..Itulah tandanya kau sudah jatuh cinta...
Jika banyak rahsia kau, diluahkan kepada si dia bermakna kau percayakan si dia dan ingin dia tahu. Tidak semua org tahu rahsia diri kau kecuali si dia, kau telah jatuh cinta...
Semua pemberian si dia akan kau simpan seperti menyimpan emas walaupun yg diberi itu hanya sekeping penanda buku, kau telah jatuh cinta padanya...
Jika si dia suka kepada sate sebagai makanan favourite nya, pantang matamu melihat sate atau hidungmu terhidu bau sate, pasti fikiranmu terus teringatkan si dia, ketahuilah kau telah cintakan dia...
Jika dulu kau bencikan sesuatu tetapi apabila mengetahui yang engkau benci itu menjadi kesukaan si dia dengan mudah kau menerima itu sebagai kesukaan kamu jua atau untuk menyenangkan hati si dia, tak syak lagi kau cintakan dia!
Kau boleh menipu orang lain bahawa si dia dan kau cuma kawan biasa, tetapi kau tidak mampu menipu hati kau yg sensitif itu. Usah berselindung!Luahkanlah!

Cinta mengikut bulan lahir

Monday, August 17, 2009

sesaja jer suka2 masukkan info ttg cinta mengikut bulan anda lahir...
klau ada yg terkena tu kebetulan jer la kan..

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket