Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Wednesday, November 6, 2013
Saturday, July 30, 2011
Panduan Menjadi Isteri Solehah
Dari
Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang
paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi;
"Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar
haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR
al-Hakim)
Pada
suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah
menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita
kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika
mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka
hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita,
sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda
Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada
kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah
menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT
DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan
Ath-Thabrani)
Rasulullah
SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya
yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa
dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat,
letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi,
betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila
anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu
mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana
anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)
Seorang
perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “
Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah
kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “
Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila
mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum
terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada
manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR.
Al-Hakim)
Rasul
Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya
(iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur
dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR
Bukhari)
Nabi
saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat
kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar
roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)
Nabi
saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak
menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di
belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh
al-Thabarani)
"...
perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan
suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Rasulullah
bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau
apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan
dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR
Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke
dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis
Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda
Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak
mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR
Nasa’i)
Sabda
Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang
syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan
At-Tirmizi )
Dalam
hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka,
baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan
berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan
seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya
Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan
sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di
dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya
melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w
melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda
kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku
melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya
adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai
Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian
ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka
kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu
yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai)
nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada
dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika
beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa
kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit
mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka
tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana
kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita
yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda
menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Rasulullah
bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu
mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)
Nabi
bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya
redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
Tuesday, May 24, 2011
Siapa Nak Kahwin, Sila Buat Ini Okey
Dulu-dulu aku selalu pesan kat dia, nanti pas nikah terus jampi tau.haha. You alls fahamkan maksudnya. Suruh doakan kat ubun2 la bagai. Dah tak ingat dah apa yang Yati pernah pesan.Yela..kita masuk alam baru. Nak hidup berdua pulak. Gangguan tu kena jauh2 la kan. :)
Okey, straight to the point. Bila nak kahwin je, u alls disarankan buat ini.
Jom baca lagi - Siapa Nak Kahwin, Sila Buat Ini Okey
Okey, straight to the point. Bila nak kahwin je, u alls disarankan buat ini.
- Perkara paling penting, minta maaf pada kedua orang tua. Terutama ibu korang. Kalau da xder, korang pegi ziarah kubur diorang.
- Cukupkan la solat korang 5 kali sehari.. Tak cukup ngan tu buat la solat sunat sekali..
- Buat solat taubat setiap kali lepas solat Maghrib. Yela dulu korang masa bujang kan da enjoy, memacam korang buat, ada yang korang ingat ada yang tidak kan.
- Buat solat sunat hajat selepas solat Isyak, minta pada Allah supaya memudahkan urusan korang nak nikah dan selepas nikah.
- Pastikan duit dan persediaan semua da complete. Supaya tak kelam kabut masa majlis nanti.
- Ok ni antara paling penting. Dua tiga hari sebelum nikah, elok lah korang mandi wajib setiap pagi, dan pas mandi amik wudhu. Mana tau ada antara mandi wajib korang masa bujang tu xbersih, kita mana tau kan.... -( Makna kesucian dan bersih dalam Islam... Selagi seseorang itu tidak mandi hadas besar dan kemudian berwudhu, ia tidak berada dalam keadan suci dan bersih.) bukan mandi pakai sabun dan shampoo tau...
- Hari pernikahan, bangun pepagi, mandi.. dan wudhu... kendian solat Subuh.... dan doa lagi minta Allah permudahkan urusan korang...
- Sebelum keluar rumah, korang buat solat sunat dua rakaat.
- Sebelum nak duduk dan salam kadi, korang salam ibubapa, adik beradik dan yg sewaktu ngan nyer... Untuk minta restu... Jangan lupa amik wudhu plak.
- Sebelum bersalam ngan kadi, baca bismillah..... kendian lafaz la nikah ngan satu nafas dan yakin...
sumber: http://blogleadertalk.blogspot.com/
Tuesday, November 23, 2010
Bajet Perkahwinan
Yang ni aku jumpa di merata tempat tapi aku copy dari butterfly je ni. Untuk orang yang mempunyai income sederhana je.
### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500
Jom baca lagi - Bajet Perkahwinan
Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
RM 36,050
*Tapi korang tak payah pening kepala pun.Setakat syarat je. Kad kahwin cikgu cakap pakai kertas A4 kerat empat je.hee~ Tapi kalau korang rasa tak patut, korang beli je consume paper.Tinggal tulis nama, alamat, tarikh. Macam kat blog saya tu pasal kad jemputan kawan@mak cik saya.
Memang buat syarat je asalkan jemput orang kampung dan saudara mara.
Tapi ramai wanita kini yang fikir, 'kahwin sekali je'. Sebab tu sanggup amalkan kos tinggi semata-mata untuk kepuasan sehari je.Adeh~
Ukur baju badan sendiri.
Kalau rasa mampu macam Siti, Mawi, or Dato Sheikh Muszaphar, ok la juga. Yang penting bijak membuat pilihan.hee~
[Risau berlaku pembaziran je masa majlis nanti.Nauzubillah!]
Subscribe to:
Posts (Atom)