Showing posts with label Cokelat. Show all posts
Showing posts with label Cokelat. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Tempahan Lolichoc



Tempahan daripada Dila - UUM
Lolichoc - 100pcs
07-06-2011

100pcs milk lolichoc ini ditempah oleh Dila untuk dibawa balik ke rumah mertua di Melaka. Ada majlis walimatul urus hari Sabtu nanti katanya. Thanks Dila untuk tempahan ini. Sebenarnya Dila ni kerja di UUM Sintok, balik bercuti selama 10 hari. Lima hari di Pasir Gudang, rumah ibunya dan lima hari lagi di Melaka, rumah mertuanya. Dan Dila juga dah banyak kali menempah pelbagai jenis kuih & tat daripada saya. Thanks Dila...! 

p/s : Dila order 100pcs tapi saya lebihkan 15pcs sebagai tanda ucapan terima kasih untuk tempahan2nya.

Friday, May 27, 2011

Tempahan Cokelat



Tempahan cokelat ini saya terima daripada jiran, Aini. Sehari sebelum tu, anak saudaranya menempah Kek Karamel Pandan. Semalam dia pulak menempah cokelat ini. Katanya nak diposkan ke Rompin. Nak dihadiahkan kepada rakan mayanya yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad ini. Lapisan bawah (warna cokelat) tu saya campurkan dengan peanut butter. So...ada kelainan pada rasa cokelat ini.

Qty : 35pcs per box

Packing ini sekadar nak tunjuk kepada penempah dan juga untuk tujuan posing. Wrapping yang sebenarnya bukanlah macam tu. Yalah...cokelat tu nak diposkan ke Rompin, mestilah packing elok2... Harap2 cokelat tu diterima elok seadanya oleh sipenerima...