Showing posts with label masalah saga. Show all posts
Showing posts with label masalah saga. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

SEBELUM WARRANTY SAGA FLX NI HABIS!



Diam tak diam dah hampir 3 tahun aku pakai saga flx tu. Cukup 26/03 bulan depan abes dah warranty 3 tahun. Aku ingat abes je warranty nak service je kat luar. Service kat proton mahal mencekik. Tapi tula rasa macam sayang pulak sebab dah biasa kakitangan proton yang buat tetibe nak makanik luar pulak yang sentuh. I is tak rela. Kau dah kenapa pompuan hahaha. Tengokla kalau sifat kesetiaan tu masih lagi tebal dalam diri aku, aku teruskan je dengan proton.



Semalam buat major service aku pon dah tak ingat berapa kali dah service. Yang penting semalam gift payung besar. jangan cakap proton tak payung k. hehehe.



Alang-alang service tu aku complain sekali, ade bunyi bila buat connering. Lama dah perasan. Bila belok kira je mesti ade bunyi macam bukak bonet. Aku ingat bonet tebukak ke ape. Bila cek sendiri tak pulak. Ewah geti kau nak cek sendiri. Bhahaha.



List die Mr. Tan dah kasi sesiap mase last minor servies 3 bulan yang lepas. Tapi aku 4 bulan baru service. Sebab tak jalan jauh kan. So lambat la dari estimated date yang die bagi tu. 




Kau jangan tepanjat lak tengok bil Rm400 tu. Tu kira biasa la tu. Minor service haritu, siap tukar bateri RM500 lebiih. Die kate bateri dah weak. Hekeleh betul. Aku pon iyakan jela tuka. Hahahaha. Aku pesen redo je la. Malas pikir dahla tak paham pasal kereta, buatnya mati tetengah jalan tak susahkan aku tu. So ok lets tuka. Kali ni service die kate minyak break dengan power strering dah kotor. Die mintak tukar. Aku cakap taknak tukar sebab takde bajet. Bhahaha. Terus terang sangat ni. kihkihkih. So die kate ok la takpe takde leaking pun just Nampak kotor je. Tu mesti Nampak kotor sikit terus suruh tukar tu. Ah jangan terpedaya azi. Cekal ni cakap takpe takpayah tuka. :p



Oh pasal bunyi kat belah kiri tu. Ha masih lagi berbunyi lepas service tu, die kata skru longga. Dah kasi ketat. Aku pon ok la dah setel. Sekali semalam petang balik kerja still jugak bunyi kecewa betul aku sampai tak lena aku tido. Terus tepon Mr. Tan complain ah ape lagi. aku jenis complain je terus out spoken. Kalau ade borang complain aku la antara manusia yang suka isi. matilanak semua nak di complain nye. Tapi pikir positif, untuk kebaikan dan penambahbaikkan. Tak getew. Dulu pon break drum aku sampai dua kali betulkan. Sebab aku complain bunyi lagi lepas betulkan tu. Aku penah tak bayar air sirap limau mamak sebab aku complain tak sedap so I tak minom, I taknak bayar. Mamak pon redo je. eh kenape aku cerita perangai buruk aku ni. muahaha



Pagi tadi iaitu hari ni, aku pergola proton balik. Pongpangpongpang cerita, die suruh makanik test drive dengan aku duduk kat sebelah. Memang ade bunyi ah. Cani bunyinya ‘tankk’ macam kita tarik pacu bukak bonet tu. Ha sebijik camtu, tak ke aku fobia tu kalau tetengah jalan bonet melayang bhahaha. So dorang betulkan ah, letak minyak siap ikat. So lets test drive balik. Bunyikk lagi ko!. Frust aku.



Kalau cemtu gamaknya, kene tinggal kereta. Sebab banyak kerja nak buat katanya. Getew pulok. Dah tu sabtu ni aku nak g KL. Cane tu. So minggu depanla aku baru hantar kereta. Dorang kata tak payah risau tak bahaya. Ok korang saksi tau bende ni. hehee



Macam mana sekali pun aku nak kasi betul jugak sebelum warranty aku abes 26/03 ni!



Wednesday, September 10, 2014

PLATE NUMBER -PATAH

hai, hello,

Kalau perasan entry lepas ada sebaris ayat plate number patah aku merah kan. Sebenarnyakan perkara ni bukan di sebabkan eccident haritu. Kehkehkeh tapi aku diam diam je. Tak sangka pulak dapat masa claim insuran tu. Wehuuu rejkii!


Plate tu patah pada hari dan waktu yang lain. Iaitu ketika seorang lelaki telah mengundur kereta beliau secara memvavi buta lalu tercium la bahagian depan kereta aku. Kuat ok sampai termati enjin kereta aku die punya terkujat tu. Aku pulak masa tu tengah pandang kiri tak tengok la depan. Yela tengah parking kot tak terpikir langsung ada musibah masa tengah stop tu. die tu yang nak kuo parking secara membabi buta. Ape butakah dia tak nampak lembaga hitam sebesar alam ni?. Itu persoalanya. Aku marah betul bila orang cakap pompuan bawak kereta tak cermat like a man. Hello, ni yang terjadi depan mata aku ni amende? Like a man or like a girl?. Orrrr like a boy? Heh heee


Aku gelabah jugak la kan. Well said, aku ni memang kaki gelabah tapi harus control macho sikit. Aku syak bumper depan mesti remuk terbenam. Sebab hentakkan yang kuat wei. Sekali aku tengok, lahh plate number tu je yang retak sikit. Tapi still lagi bercantum. Nombo dan huruf tak pecah tak rosak. tapak die aje bingkai pon tak terbelah tak tercalor. Jadi mase claim insuran itu hari dapat weii yang baru. Nombor dan bingkai die semua reuse. Kahkahkah. Aku menggelabah ingat teruk tau. 


Sebab seriusss kuat. Orang kat kedai dobi tu dok tengok kot-kot kereta die terkene. cis!
Oh! Kereta laki tu? Die punya pon takde pape, just calar je. Abang tiri saga rupanya (waja). Tapi cembese ar budak laki kena cool kan. Die ilex je, takpe wak sikit je ni. Elok je ni. Sikit je ni. Wahh kemain ko elok la sikit la. Ni retak ni ape cer. Eh eh eh aku tak cakap gitu. Aku perati je die ni tau. Saber. Pokoknya cooool.  aku pun macam emmmmm bialah sikit je, anggap je semua ni ade hikmah. Wah cepat beno menginsafi diri. Haha. 


Tiap kali pergi snowcarwash aku suruh bebudak tamil tu hati-hati sikit. Yola dorang pakai waterjet kot. disentalnya plate num tu sungguh-sungguh maunya tercabut?. Tapikan ade satu tempat ni die tak dengo cakap aku. Mementang aku ni pompuan ko sambel lewa je mengabaikan permintaan aku. Di sentalnya plate tu sungguh-sungguh. Seb baik elok takde pape. #urutdada aku dengan budak tamil ni. Bebetul sana india mari tau.


Ok tu je cerita sejarah plate patah tapi dapat percuma baghu. :p . berdasarkan cerita ini aku rasa aku macam untung sikit la pasal aku tak payah susah hati pikir plate num, tu lagi. bende ni menghantui idup aku tau. Tak lena tido. Sikkarang saiyaa... ade sikit senyum panjang. Eh tertamil.




:p

SUKA DUKA BERSAMA SAGA FLX 2013 - AND STILL COUNTING


Hoi..hoii lama gila tak share pasal saga. Aku pernah janji kat diri sendiri nak share pengalaman aku dengan saga. Kot-kot berguna kepada manusia kat luar sana yang masih terpinga-pinga  nak beli kereta. So far, saga best!

 Aku baru dapat satu good news. Kawan aku kata proton tengah buat promotion. Siapa pernah beli kereta proton sebelum ni, kalau beli lagi satu dapat banyak free gift antaranya modem brand yes kontrak tak tahu berapa tahun plus service percuma 3 tahun (yang ni kene cek bebetul samada service percuma atau labor charges yang percuma) lagi macam-macam la free gift. Kawan aku ni pulak, die beli lagi satu kereta saga atas nama die, tapi kakak die yang pakai la. sekarang tengah tunggu pelepasan loan. Lepas ke idok. Kalau berjaya, aku share kat sini ok. Samada berita tersebut sohih ke idok. Winkk winkk~




ABSORBER BOCOR


Yang ni bende kecik je. Kalau absorber bocor anto service centre proton. Disitu kau akan dapat free. Aku sedor absorber aku bocor masa nak buat alignment tayor. Maka, harus tukar absorber tu dulu baru boleh buat alignment. Ha. Kau jangan tanya macam mana boleh bocor. Padahal aku seorang yang suka mengelak lubang. Mungkin aku terlepas pandang? Ya…mungkin…




NCD ZERO


Sepanjang setahun setengah aku bersama saga. Banyak suka banyak duka. Petama sekali yang korang sedia maklom, masalah brake drum, then brake drum lagi. Hehee. So far, setakat ni brake drum berfungsi dengan baik. Tapi kan ade satu lagi masalah. Iaitu ketika aku accident. Yang ni aku tak pernah stroy lagi kan. Aku mengalami kecelakaan jalan raya awal bulan april camtula. Kereta aku tak teruk. Cuma bumper je terkehel. Kemek pun tidak. Kereta honda yang aku langgar tu agak teruk jugak la. haha. Yes! Aku yang cuai. Mase tu kan kan balik kerja. Fenat feluh feluh feluhh fetihh dan sebagainya. Gitu la alasan aku. Kejadian berlaku die tuttt tuttt. Takleh gitu lokasi. Sebab lokasi ni memang impossible berlaku accident. Nanti aku kene maki. Kahkahkah.

Ok. kereta honda yang aku langgar montot tu milik sorang wanita cina yang mana beliau baru ambil kereta beliau yang baru sahaja siap polish. Wooww berkilat kan. Tapi sayangnya aku telah menabrak monot honda beliau sehingga kemek. Begitu sayang sekali.  Aku kecut perut la. aku tak pernah accident kot. Eh cop-cop aku pernah accident tahun 2011. Tu pon aku langgar montot orang. Tapi orang tu yang salah. Maka, die bayar semua kerosakan kereta aku atau dengan lebih tepat sekali kereta abah ku. Kali ni aku bebetul bersalah. Dan kecewa dengan diri sendiri. Mengapakah aku begitu cuai. Mengapakah aku begitu kelam kabut pada hari tersebut. macam-mcam lagi ayat drama membetak di pangkal hati ku. ecehcehh


Ha tu dia. Kesan mendalam ni kalau teringat. yang bestnya saga ni design dia adalah 4D. setakat telondeh sikit gini patut pon orang tak perasan. tapi aku sakit mata jugak la hari-hari hadap. rabak mata. 

die nak claim pakai insurance aku kan kan. Jadi aku redo je la. orang cakap NCD dan kosong la ape la itu la ini la...hekeleh korang pulak yang fening pikir pasal NCD aku. Aku cukup sabar cukup redo dah ni. Hehehe. Tapi kalau tak guna insurance ape guna kita bayar insurance setiap tahun kan. Haaa, time ni lah nak guna. Kan kan? Pujuk Hati kecil ku. Uhuu~

Procedure nya senang aja. Ada yang kasi terus kat agen. Setel. Aku?
Aku memula pening gak. Banyak search kat tenet bab claim insurance kereta ni. Dorang kate tak payah la claimnanti NCD takdo. Eh ehh nasib baik aku waras tau. Kalau dah si pemilik honda tu claim insurance aku, opkos la NCD aku pon takdo jugak. dah alang-alang takdo. Elok la aku claim sekali untuk kereta aku kan kan? Ha nampak tak aku masih lagi waras.

Masa aku buat report kat balai polis trafic. Aku se macam blur. Ye la tak pernah kot. Kat situ banyak agen workshop. Die kate wakil dari proton/produa etc la ape la. runner dorang la kongkonnye. eh eh ehh aku macam nak terpecaya. Tapi ilek azi. Ilek.. Kite bincang dulu dengan orang yang lebih dewasa.

Pakcik aku kate,” ko anto je bengkel kejap. die Cuma nak naikan bumper depan tu je. Takde calor, takde kerosakan jiwa pon aku tengok”.

Abah aku kata, “ko anto je la bengkel kejap. Sini abah buat”. Ehh sabar. Ilek.
Aku nak anto gak kat bengkel luar memula. Foreman tu cakap aku kene letak kereta seminggu kat situ. What?? Cancel.

Last option. Call proton centre kat plentong. Borak dengan En Zainal. Akhirnya aku lega. Bawak kereta kat centre. Die cek ape barang yang teruk. Die kate “saya pusing 2 kali nak tengok celah mana yang di katakan accident tu. Sikit je ni. Awak langgar cemana? Pelik jugak” eh tak payah nak pelik. Cukuplah orang taman aku pelik, orang ofice aku pon pelik. Pasal dorang kate cemana kereta honda tu teruk kereta proton tak terjejas?. Eh ko tak baik cakap proton cemtu tau. Yang aku tahu la kan proton ni body die memang cun, bukan setakat seksi tau, die seksi-seksi ganas. Ibarat Kim Jong Kook (RM). Nampak sasa dan ganas. Tapi bila menyanyi suara kecik! Hahahahaa adoi senak perut ketawe! Kenapalah aku sering kali memberi example yang loser. :p

Cek punya cek, besi lampu kot name die. Patah. dengan plate nombor patah. Ok tu je. Pastu die tambah mentol lampu depan sepasang..En Zainal kata takdapat banyak pon claim awak. Ok fine, takpe asal bende ni selosai. Sudah.  Procedure claim ni senang je. Ko datang kat proton centre tu, nanti die set appointment dengan adjuster dari insurer korang. Then, ko datang bawak kereta, adjuster buat penilaian itu ni tah ape-ape. Setel. Kemudian tunggu barang sampai, baru bawak balik datang kereta kat proton gi pasang kat bengkel panel. Die kata seminggu tinggal kat bengkel. Ha seminggu? Mari kita ke perenggan seterusnya.

Aku memang tak kasi chance la nak soh dorang tinggalkan seminggu. Hari-hari aku call. Aku cakap takdo transport nak pegi keja walaupun masetu bos aku kasi pinjam kereta. Kita pompuan nyahh kene pandai belakon derama air mata sikit Hehee. Tapi sebenonya korang patut call hari-hari tanye perkembangan kereta ko tu. Jangan bagi pecaya je. Kate pakcik aku la. hehe. So aku pon buat la cemtu. Tapi pakcik aku lagi kejam. Die buat tanda kat bumper lama kereta die (yang nak claim). Kalau die cek tanda tu ade lagi. Means orang bengkel Cuma ketuk-cat-polish je bumper die yang kemek, dorang tak tukar baru. Ha nampak tak pakcik aku adalah sifu dalam perkara berkaitan macam ni. Aku banyak belajar dari die la. kalau korang rajen sebelum dorang pasang, korang cek la dulu. Macam aku ni spesis redo,maka aku redo je la. :p

Aku dapat balik kereta dalam 2 ke 3 hari ek. Gitu la tapi less than 5 days. Aku call, die cakap dah boleh datang. Aku pon datang la naik teksi  RM12.00. amboi tambang teksi pon nak mention kat sini kan. Haha.

Sesampai aku kat proton, kereta aku masih kat bengkel lagi rupanya. So, dorang bawak aku pergi bengkel. Rupaya dorang belom cek. Cek lampu maksud aku. Cek la fizikal die maksud yang lebih mendalam kot-kot ade calar balar mana-mana. Almaklomla dah nama pun bengkel. Cek punya cek mentol rosak. 2 kali tuko mentol. Die kate kalu tak boleh jugak, kene kasi tinggal satu hari lagi. But, i dont care i nak tunggu jugak. Wahh kemain pompuan belagak berani ni. Haha. At long last, setel. Success. Maka aku pulang dengan hati yang gembira. Siap cuci lagi kereta aku. Bagus. Tapi sebelum aku ambil kereta, kene sign dulu agreement. Eh sign kat bengkel tu di tengah panas terik. Dah kenapa? Takpelah mak redo nyahhh. Tapi sempat jugak la aku cakap, kalau lampu tak idup lagi cemana? Die kata datang je jumpe die balik. Okkk.


 Setel bab ni. Fuhh~ jenuh trobek.



UPDATE SOFTWARE ECU


Tutp bab accident, sekarang aku nak masuk bab starter software. Aku rase name nye ecu software. Dalam 2 bulan lepas, time raya. kereta aku memang payah nak idup. Contohnya macam ni. Pagi ko started ok lancar berjalan dengan aman. Ko benti kejap kat pam minyak - isi minyak. Mati kereta. Idup balik. Lancar. Benti kat bank cucuk duit. Idup kereta die  stuck. Die macam pam tak naik. Bunyi ade tapi tak kesampaian. Macam ko berkehendak kuih ketayap, kau baru sedar dalam poket Cuma ada seposen je. Kuih ketayap tu 0.30sen. kau sungguh kempunan leleh air liur nak kan kuih ketayap. Tapi duit tak cukup. Ha camtula. Bunyi gaya die nak idup tu ade. Cuma tak terhidup. Cemtula aku explain kat Mr. Tan kat pusat service proton. Tapi taklah bagi example kuih ketayap tu.
Mr. Tan kata kene update software. Die kata “software ECU tu kene update”. Ke gitula. Sori la kalau aku salah paham. Die tanya aku pakai minyak Ron berapa?. Aku cakap la minyak petrol kaler kuning pam die. Vodo je ari-ari isi minyak pon tak hapal lagi ron berapa. Ooo die kata pakai la pam kaler ijo.

“Tu minyak ho, banyak bersih. Mungkin ini ho salah satu sebab kenapa kereta u tak mahu idup. Jadi ho saya kene cleaning tu tangki. Kasi tambah minyak treatment ok ho?”.
Aku kan setuju je. Dengan harapan, lepasni tak jadi lagi. Ko kan Mr. Tan sesuka suki je soh aku tuko minyak mahal ron berapa tu yang mahal? 94? Ke 90?. Aku kalau boleh nak pakai minyak wak dakam je. Sebotol baru singit empat posen. Kalau ade lagi murah gtau aku. Hehe.

Permasalahan starter ni setel dah. Sehingga ke harini aku started masih ok. Lancar. Kendian aku baru teringat kawan aku nadzirah kan keje ngan bapak die kat service center proton, melaka. Apelah aku ni nyayok sangat. Baik aku merujuk je kat die dulu kan. Aku cerita pung pang pung pang pasal starter pasal oil treatment semua ni. At last, die cakap ape tau “sebenarnya bende ni sangat memalukan, kami mewakili pihak proton amat berduka cita dengan masalah kau ni ajim” gitu. Kate dia, Cuma aku dramatikkan sikit ayat tu. Hehe.

 Nad kata, kalau terjadi lagi hal sebegini rupa, apa yang harus anda lakukan?, "bukak penutup tangki minyak kereta tu, dengan tombol-tombol tu ko bukak. Kendian tunggu seminit dua lima tujuh. Kompom boleh idup". Isk isk iskk apelah perkaitan antara tangki minyak dengan starter tu ya. Nad kata bende ni mungkin pelik dan macam impossible, but trust me, ko buat je cemtu. Fuhh..paham dah aku.

Memang tension la wei. ko tak gelabah pulak bila kereta ko tokleh started. Kereta ko JPF kot. Baru setahun. Abah siap bukak bonet depan kasi sejuk kan enjin. Weii lagi malu mase tu pergi konvoi raya. Woii malu malu. Mulai hari itu aku taknak bawak kereta aku dah. Ko tahu je la dah name konvoi raya, mestilah banyak benti-benti kat rumah rumah sedare mare kan. Haruslah tuan rumah pon sama sibuk bilamana kereta kuda anakanda tokleh setat. Cis! Berduka aku ketika itu. Terus teringat lagu hafiz awan yang terpilu. Eh kejap tu lagu hafiz ke lagi ning baizura? Yang aku sure kat lirik tu ade mengapakah aku jadi lemah….

Oke, sampai disini sahaja pengalaman aku bersama saga. Sesungguhnya saga totap kesayangan aku. Die best sebenarnya. Die bagus. Die pendengar setia. Die mendengar segala celoteh aku. walau aku tengah marah macam mana sekali pun, aku tombok-tombok steering die pon still lagi die maafkan aku. Nampak tak saga ni sangat berbakti pada diriku. Meheehee


Terima kasih!