Showing posts with label orang johor kawen. Show all posts
Showing posts with label orang johor kawen. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

HARAP-HARAPNYA TAHUN DEPAN KITE PULAK KAWEN YE..



Hello.. hai…

Mase cik ain ni kawen aku baru je start kerja tempat baru. Nak cuti tu memang la boleh tapi pepaham jela kene tolak gaji. Dah la tolak gaji..elaun sekali hangus tau. So aku pilih untuk bekerja dari neman bff aku ni nikah hari jumaat. Bila di pikir balik rase bedose pulak bhahaha. Ala korang… kan baru mula kerja tempat baru lepastu nak cuti-cuti ni rasa kurang best tau. Tapi lepas kerja aku berdezup pergi rumah dia.sentaplah minah tu sebab takde sape teman die mase nikah. ade bff pon tak guna hahaha. 


Malam tu ade malam berinai. Aku ni dengan tak mandi nya terus jadi bidan terjun ehh pengapit terjunan. Stress aku. Dah aku bilang takmau jadi pengapit even pengapit sementara!. Di sebab kan aku dengan tak mandi ni masih lagi nampak lawa dan confident bhahaha so okla jadi pengapit kejap. Alaa kejap je kan.
 

Malas nak tepek gambar malam berinai. Penuh muka aku je



KAHKAHKAHKAH



Sebulan ke nambelas bulan sebelum majlis ain ni berjalan… kami group kekanak riang dah plan nak pakai baju warna ape. Orang sekarang panggil bridesmaid. Dedulu flower girl haha. Ain die sponsor shawl je. Baju pink belacan sila beli sendiri.


Cembiasa bende-bende gini kiteorang memang exited macam ape. Nak pilih warna je pon sampai pitam bangun pitam bangun hahaha.




 belanja satu gambar je la. 

sebenarnya ramai tau kekawan yang datang sedondon. aku pilih yang mana aku nampak kurus je. 

bhahaha

keji betul!


k.. tata!!


Friday, October 17, 2014

GAMBAR MIDAH KAWEN.

hey....helooz

up sikit gambar midah kawen. dapat pon kat group wassap. hoi hoii jeles tau aku. dalam kelas pon bukak wassap dalam meja tau. tapi kan tak cukup korum. budak sekolah dato' pon ramai tak datang. aku kecewa bagi pihak midah. mane tak time dorang semua tu kawen, midah+wan datang dengan semangat. tak tinggal. mesti datang cepat ke lambat. sentap bagi pihak midah. midah takde pape pon sebenonye. tapi cambeser ar aku kan emo lebih. kahkahkah

petama sekali gambar memang tak berapa nak cun. puas dah aku edit bagi clear. kalau tak, gelap dan tak cuntek. bebudak ni pon cakap lighting poor. ape buleh buat, tak semua benda sempurna kan. redo je la..


lepas nikah. 
nikah hari jumaat pagi kat rumah. ko tengok dorang posing. kemain. memang tazzabar halal tu. meheheheee. mase aku dapat gambar ni. aku macam tak caye. midah ke tu? like seriously midah?? midah posing cemtu? matiii.




rindunya kat korang. last jumpa masa malam bbq tu. Ct (baju merah) sanggup ha balik dari KL. kagum dengan usaha beliau. mehehe. Sikin (tudung kuning) nurse. naseb baik timing betul kalau tak die pon tak boleh datang. nurse kan shift. sekarang sarat mengandung anak nombo dua. Azizah (purple) lame sangat sangat tak jumpe. last raya tahun lepas datang rumah aku. tu pon abah buat open house. kalau tak memang tak jejak kasih. hehe. Ain cembeser maintain cun sokmo.. 


Azie, Ct. :love: 


gambar ni pon aku hedit jugak. clear sikit. tu pun aku kurang puas hati. :(
baju midah lawa sangat. warna die sumpah cantek!


alhamduillah. Ain jadi pengapit. hahaa. 
tu pon semalam midah wassap aku, bertanyakan 1/11 aku free tak. sebab die nak aku apit die masa belah laki. aku lega sebab aku ade kelas. kecewa midah untuk sekian kalinya. muahahaha kejam aku. ehhh tu langkah menyelamatkan diri. ko kene paham midah aku tak suka jadi perhatian orang. walaupun kau watak utama, aku takot orang tak tengok ko...orang tengok aku je kang nanti...wawawawa tampar diri sendiri~


Ct dengan anak shima no. 2. ee sape name ek. ramai dah anak member2 aku. semua tak masuk kepala name mereka-mereka ni. :p



wawawa jeless wei.. Su (dukung anak shima) pon datang.. yang baju purple tu adik shima. sebab shima (tudung coklat) tak datang dengan husband die. koje. anak dua kalau jalan sorang fengsan woi.  adik shima dulu satu skolah jugak kot dengan aku. aku tak sure la. :p


hai,,,comel tau anak shima ni. geram. aku jumpe dulu budak ni baby lagi. aku pengang die nanges. melalak. trauma aku. memang takde sipat keibuan aku ni. :p


mak buyung Sikin, Ain, Aziezah, Shima, Ct, hero sulung Shima. rindu la kat korang!



aku rase macam da letak pic ni. muahahaha. lantak la situ. ku rasakan midah agak tenggelam di situ~


ini gambar sabotaj nama die. hahaha. pengantin ketot.. mueheheee :p


hey mudak cik Ity geram dengan awak...heheee



wahh lame tak jumpe zila. adik die konvo mase ni. so die rush kesana kesini kalah ustaz don. anak zila sampai da besar aku tak jumpe-jumpe..hensem boy!. 

midah kan die pandai ponsing. menurut kata rakan-rakan wartawan aku kat sana, tak payah suruh midah posing, otometik je die geti. siap midah mengaku, di cakap banyak gaya die dah pikir dulu sebelum ni. dasatt dan hebat ko midah...hahaha

lagi 4 keping gambar di bawah hasil rembatan di Fb Midah dan Wan. mihmihmih







******

pada hari yang sama, sorang lagi kawan kelas masa aku blaja poli dulu kawen.. jauh tu, Melaka je. :p Selamat Pengantin Baru Nisa dan suaminya~~ 



nextttt????



Wednesday, August 20, 2014

SURAT UNTUK SEPUPU TERSAYANG! :LOVE:

salam..


hai Eqa, ecehhcehh berutus surat yang tidak di pos kononye. hari sabtu 16/08/2014 yang lepas kau telah selamat jadi 'bini' orang. sumpah aku semacam tak percaya langsung!. kau kawen di usia 22 tahun. kau telah melangkah bendul aku. bukan setakat bendul aku malah 3 bendul kau berjaya melangkah dengan jayanya! hebat permainan kau ya! haha.

nway aku bahagia!. aku bahagia sebab kau selamat kawen. memang la memula aku rasa kau main-main bila cakap kau nak kawen. aku rasa kau main-main bila dah bertunang. sampai hari nikah kau pon aku rasa kau main-main nak nikah. kegilaan apakah. kekekee.

oh Eqa! *drama

kau tahu kau sepupu ku yang paling aku sayang. kau sahabat ku. kau separuh jiwa ku. *iskkisskk* tersedih pulak. cepat lap hingus!. bila di terobek dari zaman kita kecik. zaman gonjeng-gonjeng. sampai zaman duduk rumah sewa sama-sama. omakaiii langsung terkesan. kesan yang menjadi parut. tak boleh tanggal punya. kau ingatkan masa kita petik bunga-bunga tokwan secara harem. lepastu mandi kat bilik air belakang. konon nak rahsia dari tokwan takot tokwan marah. rupanya air mandi bunga kite tu elok je mengalir kat longkang. mase tu la rahsia terbongkar. betapa jahilnya kita dulu ek. ko kecik. aku beso. aku salu buli ko. yela akukan kakak. dulu ko sedo tak kita same-same gemok. ko gemokkk kot dulu. pastu bila dah stat blaja jauh (politeknik) aku terperanjat bila tengok ko semakin kurus. aku je yang tak kurus-kurus. letihhh tunggu kurus datang. :p

banyak sebenonya nak di terobek kembali. tapi tak cukup kertas la. :p pepandaila ko ingat sirik. :p


kau masih ingat tarikh kau bertunang? aku kompem la tak ingat sebab bukan majlis aku kan. haha. tapi yang aku ingat sangat-sangat. aku yang mendandan kau. sampai mokteh cakap muka aku yang tak berseri. sebab make-up kan kau la. kahkahkah. sebelum majlis bertunang lagi kau dah bising-bising tak nak make-up tebal la tak nak nampak seksi la.. bising dan kepoci sangat ko kan. design baju ko lagi. eh die punya huru hara tu macam kite nak bertunang secara berjemaah!. naseb baikla mokde si Taylor paling tersohorrr dalam kerabat kita ni geti la melayan napsu aku dengan ko kan!. hahaa. eh paling tak lupa aku terperanjat beso bila tengok 'mini pelamin' ko!. ni bukan mini ok! ni dah serupa grand livina. hahahaa. tapi pelamin ko lawa. terima kasih kat pak itam sudi sponser. fresh flowerrr lagi. :p. eh cop. ade lagi aku tak boleh lupa!. pasal hantaran-hantaran ko. alahaiiiii banyak perkara masam manis sebenonya. :p



malam sebelum kau nikah, aku tido dengan kau. sebelum kau bantai tido aku pakaikan mask muka. bagi kulit ko segar esok pagi. yela tido pon dah lambat. hehehee. aku dengan mokde gasak buat pulut kuning lagi jam 1.00 pagi!. takpe bagi can ko tido lebih sikit. hehe. aku perati je kau tido. banyak syok. kemain sedap kau tido sampai berdengkur. saba je la aku. salu jadi pentin kan tak boleh tido pasal berdebar-debar, ni kau kemain elokk je aku tengok berdengkur. sabar kali kedua.
jam 7 pagi aku dah siap dulu. ko tengah ready untuk baca yasin masa tu. mase tu jugak kau cakap kau mimpi arwah adik kau farhan. adik lelaki tunggal yang paling kau sayang. terpaling sayang. aku tak bagi kau cerita. sebab mata aku dah penuh air. aku palingkan muka. sebab aku tak nak kau tahu aku sedih. di hari bahagia kau, kau patut rasa happy. tapi sempat jugak kau cakap "farhan happy sangat!". T___T  itu perkara paling dasyat berlaku dalam keluarga kita. aku simpan paling semat dalam hati.

lepas pak itam make up kan kau. barulah aku gigih pakaikan kau tudung. gigih ya di situ. sambil di bantu oleh Alia. terima kasih Alia!. Alia juga sepupu yang hebat bab fesyen-fesyen ni. kikikiki. kalau aku bingung rujuk sahaja pada Alia tahula die selesaikannya. suka bergaduh dengan aku sapa nak semat jarum/ pin/ peniti. :)) sayang ko Lia!



SAH! sekali lafaz. T__T


aku tahu kau pengantin paling gembira. kau raja sehari paling sweet. aku nampak muka kau sangat bahagia. muka bahagia yang dah lama aku tak nampak selepas kematian adik mu farhan. :)))



pic taken by : Alia.

haha gambar kepala kau kene potong. saje aku masuk dekat sini. sebab muncung tudung kau pon agak herot di situ. nak tunggu kau betulkan sirik memang idok la jawapnya. kau bukan kesah pon kan pasal baju tudung kau herot. hahaha. *perli*. baru aku perasan aku tak ambil gambar full baju nikah kau design by mokde. sangat gojes dan moslemah!


si kecik Arisah, Qisya dan Syaya yang sangat cun. sanggup tau pakai shwal berlapis2 semata nak jadi pari-pari kau!. cun kan dorang. aku yang pakaikan shawl dorang! ehkehkehkeh. yang paling best baju yang acik beli ni harus la lawa. seangkatan dengan tema. sepupu : purple, mak sedara/pak sedara : biru. terpaling best mak ngah, mak engko tu sanggup keluar modal beli baju sedondon untuk makcik makcik kita. hehehee


tepek gambar kau kat sini. bagi feeling pengantin baru lagi. heheee


kau tahu tak kau pengantin paling kecoh. muka dah comel. tapi kecoh die sebijik aku. banyak aku blajo dari kau sebenonya. hahaha. besok aku kawen namo la kecoh macam ko. kahkahkah jahat kan aku!


 tak sangka aku geti nak stylish kan ko. eh tak sangka aku.. aku ikut je permintaan kau  tudung jangan pendek, jangan itu jangan ini. kau nak majlis kau mendapat keredhoaan Allah. :x tapi sebenonya asalnya elok lawa tersusun jek shawl kau tu. ni lepas kau bersilat atas pelamin tu yang nampak macam serabut sikit. isk sakit pulak mata kite ni menengoknye. ko mesti tak nak betulkan punya. :p


make-up kau paling natural yang paling kau nak kan. 
seri pengantin tu yang paling best bila tengok!!


kau kena simpan ketat-ketat. petang sebelum kau pergi outdoor photoshoot kita buat seperais kat pak ngah (abah kau) sempena bezday die 30/08 ni. awal gila seleberet kan. ini semua rancangan makngah (mak kau). so romentik!. eh cop ade lagi satu bende kau kene ingat! di hari pernikahan kau ni... pak ngah dan mak ngah sakit mata!! tu yang 24 jam pakai spek mate itam! aduhaii apelah lawak benoo!

dan yang terakhir muka mokteh OMG tu yang tak boleh blah. tahu mokteh aku tepek kat sini memang dapat siku la aku jap lagi.. kikikii


tepek gambar desert kau yang paling cantek. bia kau tahu seluruh keluarga sangat gigih nak yang terbaik untuk majlis kau tahu!!


~Ya Allah bahagiakanlah hati pasangan ini (Nur Atiqah Binti Aris dan Edham). mewahkan rezeki mereka. berikanlah kebahagiaan yang tidak pernah habis. Kau wanginya rumah tangga mereka seperti taman di syurga sehingga akhirat kelak. Ya Allah Kau lindungilah rumah tangga mereka dari sebarang anasir buruk. satukan hati mereka. lembutkan hati mereka menerima kekurangan sesama mereka. Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah yang boleh menjadi pejuang islam paling unggul di mata-Mu. Amin Ya Rabb~


yang iklas, yang sayangkan kau sampai mati ;

kak aji mu yang sentiasa anggun~
:p


Monday, March 3, 2014

MIELA KAWEN.


hello.... hai miela, entry khos untuk engko.


tadi aku story pasal majlis kawen kazen aku iaitu wanie. kebetulan majlis wanie tu same dengan miela. semua berebut nak kawen mase raye cina kan. haaaa aku ni yang jadi tetamu bingung!. tu pon aku terpakse lepaskan satu jemputan kawen ex-skulmate aku aisya. sorilah Scha oii. 



oleh sebab aku terlepas majlis sebelah miela, so aku datang majlis belah lelaki iaitu suami miela Fazli. nak ke rumah fazli ni agak susah juga. kawan aku pon ade yang sesat. aku je 2 kali u-turn. jauh pulak tu. takpe demi ko miela. heheeee. 



aku sampai dalam jam 12.30, terus makan. sambil tunggu kawan-kawan aku yang lain sampai. dorang pon tak sempat datang belah miela kat pontian. elok la tu, aku adelah juga member. dalam jam 2 petang kot, aku dengar bunyi kompang. tu maknanya miela is on the way!. hehehee





suke ko miela...sape tak suke kawennn kan.. :))


to miela : aku ade gambo vurok ko tengah makan. bersungguh sangatt ko makan kan. hehehee.
ape yang kak mas bebelkan kat belakang tu??



udang tu yang aku tak tahan. 

aku ambil gambar miela ni sikit je. yang lain aku rembat kat fb beliau. kahkahkahh



ni majlis belah miela sehari sebelum majlis belah laki. kawan aku ramai kot yang datang dari melaka pon ade. sayangnya tak dapat jumpa dorang. mesti meriahkan tapi aku bet, mesti lagi meriah kalau aku ade. hahahaaa *comel je mak buyung diela tu. tunggu hari katenye mase datang majlis miela. sekarang sedang berpantang :))




setel dah majlis resepsi. seminggu dorang gigih daki Perak untuk honeymoon. elehh siap post kat grup wassap!. ciss buat jeles aku lettew!....sori k, hakak kalau honeymoon tak main la perak-perak ni. hakak dok rumah sental periuk belanga je. bermakne honeymoon hakak tau!. hahaa



gambar tak standby katenye. tapi aku nak juga letak! :p 

to miela : semoga perkahwinan mu kekal hingga ke jannah. di kurniakan kesabaran dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. juga di kurniakan babies yang soleh/solehah, comel macam aku, juga bijak!


WANIE KAWEN.

hai,


entry basi, baru nak up. hehehe..


raye cina haritu, kazen aku kawen. kira anak sedara abah aku lah. adik badik aku ni lain pesen sikit, kalau sedara mara sepupu sepapat belah abah, memang tak rapat. berbeza pula dengan belah ibu. kimia antara sepupu sepupu belah ibu ni rapattt sangattt!


oklah meh la tengok orang johor punya tradisi kawen. besok ko nak kawen dengan gadis johor wajib la bace entry ni. ehehehee


jumaat dan sabtu aku stay Felda Lok Heng, Kota Tinggi Johor. rumah adik ayah. kengkonon nak rewang (gotong-royong) mane yang patut. kiteorang sampai pun dah malam, malam tu wanie nikah.



 aku sampai rumah wanie magrib, tengok makcik dengan kazen-kazen aku sedang menggunting bunga-bunga ni. buat bunga rampai. lepas nikah ade mejlis berinai katenye..



lepastu, aku skodeng pelamin si wanie ni. ringkas je. aku suka. tapi sebelum ambil gambar ni aku tak betulkan dulu kedudukan kipas tangan tu. :p bebudak buat main ni. 


dalam jam 09.48 camtu, sah dah zikry ni jadi suami pada wanie. dengan sekali lafaz. hooii muka zikry lepas akad, sangat lah lega tanpa berselindungggg. sangat gembira beliau melafazkan akad dengan sekali lafaz. aku teringat ayat spontan beliau "SELAMAT AKUUUUU..." sambil urut dade. hahaha lawakkss tahu!


yang ni lafaz ta'liq suami kepada isteri kepada suami.. part ni ade macam lawak sikit kalau kene dengan pale otak aku lah. sebab aku ni bukan pokus dengan maksud ta'liq tersebut. aku lagi pokus dengan kekanda berjanji kepada adinda. wakakaka aku rase kekanda adinda tu sangat menggeletek hati. besok aku punye aku nak tuko jadi I and You. kahkahkah #azitakpernahpandangseriusbendani


lafaz sakinah antara ibu dan anak perempuan. lafaz sakinah ni kalau kita tak nak buat pon tak pe. makcik aku tak nak buat, nanti banjir felda! hahaha. besok aku kawen aku nak buat lafaz sakinah ni. #kuatdrama


selesai sesi sarung cincin masing-masing, salam dengan semua tetamu yang hadir. aku tak dapat nak tangkap gambo dorang sarung cincin. sesak napas ramai orang dok kerumun.


baju nikah wanie rekaan sendiri katanya. aku ingat-ingat lupa. yang penting warna tu lawa!


aku sebenonye tak berape gemar dengan chandelier kat belakang tu. 



elok di padam aje. baru nampak cun melecun cemtu. hehe

masa ni, majlis berinai. ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan letak inai dekat tangan pengantin. lepas ibu bapa, adik beradik dan sesape je yang kepingin nak letak inai kat tangan pengantin. dapat yang kaki dengki, letak kat hidung, pipi etc. haha. kalau ikut belah ibu aku takde majlis malam beriani, lepas nikah makan-rewang-tido. hehe. nasib baik juga belah abah ade buat majlis berinai ni, merasa lah juga hakak!


kendian, tukar-tukar baju. dari jawa sampai ke jepun. banyak baju dorang tukar. aku dah lapoo mase ni. sempat ambil 2 baju ke. gambo dari camera capuk aku pon tak lawa mana. segan dengan potograper punya camra digital tahap lensa sampai hidong pantin! hihihii :p


baju jepun ngko!!

malam tu memang tido lambat!. siap makcik aku ajak mentong (supper spesis ulang makan). tapi aku tak larat dah. nak sorong bantal dah kepala ni. cecepat cop tempat melepak. rumah makcik aku malam tu ramai kott. kang lambat takde space. tido engko kat luar kang. hehee. tapi kan kan kan makcik-makcik aku ni dorang pesen tahan mate sampai subuh. doh beborak beborak sampai pagi ilek je. dapat aku memang idok la, jam 12 tu macam dah 3 4 pagi. mustahil lah kalau aku turut serta! :p


pagi-pagi lepas subuh kat dapur sibuk buat sarapan. aku tolong mane yang patut je. :p. ehhh copp banyak juga aku buat kkk. aku tolong goreng mee, goreng nasi, goreng karipap. euuuhh semua bergoreng. mane tak bambamm hakak ko ni!


oh ye!. gambar kat atas ni, aku tolong makcik aku cucuk bunga manggor (mangar) kat betik. aku ni tangan dahlah tak berseni, tak pape jadi nye. makcik aku repair balik. :p



jam 11.00 tengahari orang jemputan dah mula ramai. 
menu : daging masak kicap, ayam masak merah dah lain-lain. ade tofu colorful, siap panggil orang putu piring bukak kedai kat sini. hehe. putu piring pemes dekat felda air tawar 1 kot. 


berkat wajib ade. bahagian-bahagian ni aku tak tahu. makcik aku ni banyak sagat goodies bag untuk A B C D E F. aku pon tak paham. hehee


ibu bapak pengantin. makcik ku terpejam mata. dan pakcik ku En. Mazlan. ape lah yang kak yan (baju hijo) tengah buatt tu??


ni kazen aku paling vogue. hoii umur rahsia.. tapi aku nak beritahu jugak umur kak lina 40-an tau. OOTD  beliau haritu #hidupJDT :). sikembar anak kak yan sedap tido. elok kak lina jaga duit salam kerok (orang  johor panggil salam kerok means berisi la kot maksudnya macam duit sumbangan ke gitu)


lawo baju pantin. wanie duduk dan kerja dekat KL. so beliau memang up-to-date dan lawa gila babas punya baju. 


aku duduk kat pelamin. wajib duduk kat pelamin muka aku ni. :p. pasal nak jadi TOLL GATE GURL. wakaka. korang yang luar dari  johor pn mesti tahu kan. orang johor ni banyak toll sebelum sampai pelamin. ekceli benda ni just joke. suka suki je. yang mane terlebih extreemm tuuu makkk ponn takott. aku dapat singgit standard le tuu tapi yang penting sampul JDT. ranap dah sampol aku tu kene makan dengan 'pirana'. hahahaa


no, money no bini. hahaha *joke!. biasanya pihak lelaki memang dah standby bende-bende gini. tu belom yang berlawan pantun dengan mak andam. aku yang kat bawah ni sipi-sipi je nak kene ai lio dorang. #sabojela



wanie & zikry


selesai majlis belah perempuan!




seminggu lepas tu, majlis belah lelaki pulak. kalau ikut orang johor, pasangan pengantin ni jalan same-sama menuju ke pelamin. takde tol-tol bagai belah laki ni. kikikiki, orang jawa panggil ngundur menantu. eh betul ke orang jawa yang panggil??


kompang-kepish-kompang-kepish. hehe
ade sesetengah tempat siap barongan or  kuda kepang. ade juga yang zapin.


sebelum dorang terus ke pelaminan, duduk sebentar di bawah pintu gerbang asmaradana tu, untuk menyaksikan persembahan silat dari tetamu yang berminat plus paluan kompang tak kan berhenti sampailah pengantin duduk kat pelamin. kebanyakan lagu yang dorang main lagu-lagu rakyat berunsur tauladan lagu yang mengusik pon ade juga. tapi, ade pengantin kesah? hehee



pelamin belah laki buat kat luar rumah. aku rasa better kot. idok la semua rombongan nak masuk dalam rumah. hehee

yang kecoh-kecoh depan pengantin tu, aktiviti cempak duit dan gula-gula. mase ni aku blur gila. ape bende dok terbang sane sini.. dasar gila aku ni. haha. sepatutnya bukan pengantin ke yang baling?? ni mak andam kot yang baling. :p



ibu aku sibuk suruh ambil gambar bumbung canopy ni, lawo dan cantik katenye. sekali orang rewang tu cakap canopy camni 11k!. fengsan akuuu.. tak kawen la aku gamaknye kalau ibu aku nak cengitu. #sayangduit




ni lah pintu gerbang asmaradana yang aku cakap tu.. red carpet engkoooo. 


kalau nak ikutkan tradisi sebeno orang johor bukan camni lah. ni kira beberapa peratus je. yang lain-lain peratus macam berarak dengan kain batik di ikat di pinggang pengantin perempuan dan lelaki. dan sebagainya. aku pon tak paham sangat maksud-maksud orang-orang lame ni. rasanya ramai dah tak buat. arwah nenek aku dulu ade buat dekat anak die. so, sekarang dah takde sape nak sambung tradisi tu. :)


pokoknya, biarlah majlis itu penuh dengan keberkatan. 

sekian.

ok, abes dah. panjang lebarnyeee entry kali ni. letih aku. lepas ni update cerita miela kawen pulak!


curi gambar kat fb wanie. hehe. SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE. sebulan sudah. hehe