Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

HARAP-HARAPNYA TAHUN DEPAN KITE PULAK KAWEN YE..



Hello.. hai…

Mase cik ain ni kawen aku baru je start kerja tempat baru. Nak cuti tu memang la boleh tapi pepaham jela kene tolak gaji. Dah la tolak gaji..elaun sekali hangus tau. So aku pilih untuk bekerja dari neman bff aku ni nikah hari jumaat. Bila di pikir balik rase bedose pulak bhahaha. Ala korang… kan baru mula kerja tempat baru lepastu nak cuti-cuti ni rasa kurang best tau. Tapi lepas kerja aku berdezup pergi rumah dia.sentaplah minah tu sebab takde sape teman die mase nikah. ade bff pon tak guna hahaha. 


Malam tu ade malam berinai. Aku ni dengan tak mandi nya terus jadi bidan terjun ehh pengapit terjunan. Stress aku. Dah aku bilang takmau jadi pengapit even pengapit sementara!. Di sebab kan aku dengan tak mandi ni masih lagi nampak lawa dan confident bhahaha so okla jadi pengapit kejap. Alaa kejap je kan.
 

Malas nak tepek gambar malam berinai. Penuh muka aku je



KAHKAHKAHKAH



Sebulan ke nambelas bulan sebelum majlis ain ni berjalan… kami group kekanak riang dah plan nak pakai baju warna ape. Orang sekarang panggil bridesmaid. Dedulu flower girl haha. Ain die sponsor shawl je. Baju pink belacan sila beli sendiri.


Cembiasa bende-bende gini kiteorang memang exited macam ape. Nak pilih warna je pon sampai pitam bangun pitam bangun hahaha.




 belanja satu gambar je la. 

sebenarnya ramai tau kekawan yang datang sedondon. aku pilih yang mana aku nampak kurus je. 

bhahaha

keji betul!


k.. tata!!


Monday, August 15, 2016

BFF KAWEN!!

Cerita ni macam dah basi tapi rase bersalah kalau tak tepek kat blog aku haha. Majlis perkahwinan BFF aku AIN. Lame dah berlalu hampir 4 bulan ado tak ek. huahuahuaa Orang lain punya mejlis kawen kemain hangat aku cerita. Kekeke


Untuk mejlis AIN beliau nak aku jadi pengapit. Melampau betul permintaan siap ugut la siap bagi ayat-ayat kesian ke ape. Nyampah betul aku. Dah sah-sah aku ni troma jadi pengapit nak jugakk suruh aku jadi pengapit. Puas jugak aku mengelak. Nak doa bio time tu aku ade kelas jahat noh sangat sebab tak kan mejlis die aku tak datang maunya nanti die ishtihar perang sodare. Die tu bukan boleh bende-bende gini. Emoo manjang. Kakakaka


So ikut kan jela. Last minit planning aku cakp nak pakai baju kunin since baju sanding die kaler ijo lumut. At the end tak jadi sebab pengapit lelaki takde kaler kuning die seboleh tidok nak kaler itam sebab ade kaler itam je.. hekeleh betul. Ni la aku tak suka bila pengapit tak sefahaman. So lets bio kan die pakai baju itam aku pakai baju kunin. Finee finee.
Sampai je majlis kawen ain tu, mokde aku bejaya gak siapkan baju ijo aku. Siap tampal doko 9 keping. Dalam hati lantok ko pengapit laki nak pakai baju itam! Agagaga. Tup-tup sampai kat pelamin ewahh helok beliau pakai baju match dengan kaler aku. Melampau betul lawak beliau. Even tak pernah jumpe pon beliau. Kira first and last meet ahh. Ahh sudahh cerita pengapit je sampai makan 3 perenggan. Tutup cerita.




Hari jumaat nan indan dan panas terik tu selamat dah ain di ijab kabul kan dengan dua kali lafaz. As uolz know aku kan pengapit jadi segala kejadian tu memang tepat la dengan mata aku tak payah panjang-panjang leher nak mengendap. Wakakaka. Aku rasa album kawen ain mesti penuh gambo aku. Aku ni risau kalau overshadow pengantin tu jeee. :pppp


mida dah jadi omma uolzz. hehehe

Malam lepas nikah tu ain buat khatam quran. Ni pon hot jugak ni. Ade ke patut die usung aku dengan Cik Ain skali khatam sesama. Apakahhh. Sesuatu betul minah ni. Memula aku memang ah tak nak. Tak di buat orang khatam bersama rakan-rakan wakakaaka. Oke fineee merayu la cakap persohabatan berpuluh tahun la hajat..niattt dan impiann beliau nak khatam sesame. Ewahh muleyy betul. Lets ikutkan. Nasib baikknya aku dah memang khatam last romadhon tahun lepas so, mari menumpang mejlis khatam beliau. Bahaha mak aku kate kesiannye engkoo.. eehh tak payah kesion aku pesen bukan suke mejlis-mejlis la ape la. Sikit-sikit nak mejlis. Hari jadi pon nak mejlis. Kennot la. Tak minatt. Hikk


Alhamdulillah majlis khatam solosai. Tema jubah hitam sama shawl coklat mejlis ika dulu ahaha. Sekali pengantin kelua pakai jubah biru same pesen dengan adik dio. Ewahh dua kali tepanjat. :p




Esoknya aku dah bedebo ahh. Sebetul jadi pengapit ni kene neman pengantin dari belum mandi sampai mekap etc sampai pengantin siap duduk pelamin. Kenn?. Tapi aku tidok. Aku takot muka aku takde seri jadi aku tak duduk dengan pengantin kakakakaka melampau statement ni mau kene rejam aku nanti!


Aku datang sejurus selepas zohor. Sampaikan Cik Ain pon ber zoho dekat rumah aku. Takot lambat punya pasal. Padahal rumah pengantin tu selang 2 baris jekk. Sakit perut aku! Hahaha. Aku sampai je rumah Ain, tengok die tengah pakai crown. Fine dah siap tapi die sempat gak membebel cakap aku lambat takde sape teman la ape la.. hahahaa kesiann pulakk. Here tugas pengapit bermula!.
Mak handam bagi span untuk touch up muka pengantin nanti. Aku ni kan gelabah peluh menjejes kat kelengkang tuhan je yang tahu. Adoiiii!! Tobat la aku jadi pengapit. I kennot tau bende-bende yang boleh mendatangkan peluh atau gelabah nii. Hermmm


Time makan kat meja makan damai lagi syok. Aku je yang bedal. Ko tau je la jadi pengantin bukan selere beno pon. So, lets aku bedal ayam bulat, udang cocok, teloq puyuh, puding hahahaha siap suruh pengantin hulur udang goreng tepung tu haaa...jauh tak sampai kitew nak ambil. Dasyat betul aku ni. Bila mejlis selesai baru aku flashback. Tak patut pangai cemntu. Aku wajib pergi kursus pengapit kan??


Tiba majlis potong kek. Pisau potong kek takdoo. So tu sebahagian tugas pengapit kah? Berlari lagi aku masuk dapor macam ape cari pisau dah la belom sempat makan coctail. Stress tau. pisau takde. Ahh masakkk. Cemana nak buat ni. Beli kek takde pisau buat ape. Rungut hati kecil ku. Nasib baik jiran hado. So pinjam le kiteee. Mase pengantin sebok bergambo potong kek barula aku sambung makan coctail. Alhamdulillah selamat masuk perut. Happy tummy!. Kalau tak kene telan dengan batu belah batu betangkop.


Solosai je majlis kat khemah. Meh la masuk rumah balik begambar kat pelamin. Sebelum tu mak handam touch up balik mekap ain sebab aku terkopek kan mekap die waakakakakakaka hiba betul tugas pengapit kan. Aku touch touch muka ain pakai span mak handam bagi lepastu kan terkopekkk krim beliau belobang kat situ akakakakakaka. Adoiiii sakitrot aku tahan gelak.


Masetu hujan dah mula lebat. Nak outdoor photoshoot mase tu kene postpone la. Aku dah lencun gila. Dengan kain baju aku ni warna plain memang dasyat la nampak ketara bila kena air. Dalam jam 5 lebih cemtu ujan dan berhenti. Mehla pergi renggam ambil gambar dekat bawah pokok rinbum. Asal pengantin je mesti nak bergambar kat situ. Tak paham aku. Hehehee


Cem bese aku buat nyemak je kat situ. Seb baik Cik ain ade. Layan selfie banyak banyak banyak....
Selesaiiii mejlis!!!! Yeeaaaaa selamat tugas pengapit. Rase macam banyak cerita pasal pengapit dari pengantin wakakaka. Patut tukar je tajuk jadi pengapit perangai buruk. Hahaha


Aku harap lepasni takde sapela berani ambil aku jadi pengapit dorang. Mase midah kawen ritu kemain helokkk aku ngelak sampai die kempunan nak aku jadi pengapit. Melampau betul mida ni. Aku ni kemain bersyukur mase tu. Tuptup ain kawen nak jugak aku jadi pengapit ehh tak paham aku pangai dorang ni!.


Oklah layan je gambar-gambar kat bawah ni k!



lawanya kawan-kawan aku ni. memang dah sepakat nak warna cemni sesama. aku je yang kaler ijo. nyampah tau. pastu aku takmo gambo sama dorang T__T ekekeke



ok abes.. tunggu majlis cik ain pulak next year!

xx


Thursday, February 25, 2016

3 HARI 2 MALAM. JALAN LAJU-LAJU.

Salam hai..


Sabtu, ahad, isnin lepas aku cuti pergi KL. Mejlis IKA. Ala dulu aku pernah cerita pasal ika bertunang. Pepandaila korang cari story tu. Now ika dah pon selamat jadi isteri. Gigih cuti hari sabtu dengan isnin tu tau. Sebab nak merayap sekali harong alang-alang dah sampai KL khen. Hehee.



Majlis ika buat Ali Hall. Aku pesen tak tengok drama jam 7 tu. Dorang cakap tempat cerita cinta si wedding planner tu ha. Theme dari group pompuan hati sado ni, purple. Tudung iaitu shawls di beli oleh yuyun. Senang sekali semua sama. Alo-alo dedayangla gamaknya. Aku ni siap nempah baju baru tolongla. Asal jemputan je buat baju kekekeke. Oh planning majlis ika ni memang berbulan-bulan punya plan dengan bebudak dari Johor la terutamanya senang gerak satu kereta jek. Korang kalau nak jemput aku datang mejlis kawen korang kene bitau berbulan awal ya sebab aku ken bos beso dalam syarikat ni muahahahaha. Ok dah.



Majlis berlangsung malam. Aku rasa kagum dengan kecantekkan dewan tersebut. Sangat-sangat cantek ok kena dengan selera aku. Makanan pun ya robb sedap nak pitam. Ika malam tu cantekkkkkk sangat. Dah la memang cantek. Bertambahla cantek. Baju die yang aku wow sangat. Sebelum majlis tu die dah up gambar baju kawen die. Tu pun belum siap sepenuhnya aku dan ahli group meroyan cakap cantek sangat dah tu. Ika ni pesen kretip. Macam semua benda yang die sentuh or buat terus je jadi cantek. Magical touch getew. Hehee. Sesampai je dewan terus bekampung kat photo booth yuyun yang buat segala benda tu. Eh laki bini tu siap dedemam gigih deco. Dah la stuck kat federal hway. Kesian. Seb baik sempat. Numpang mandi laki bini tu kat hotel kiteorang. Lawak plak bila di kenang balik kejadian malam tu.



mintak maapla kalau kualiti gambar kurang menyenangkan. tah sape punya gambar aku rembat. hehehe. cembese gambar pengantin harusla 2 3 keping jek. hahaha kasihann



Lepas menggila kat photo booth. Makan ah. Sedap haiii la makanan beliau. Ade sotong kurita masak sambal. Ayam, daging, dalca aihh semua sedap. Lepas makan tunggu ika masuk dewan. Diiringi dengan selawat. Sangat cantek ok. rasa besok jugak nak kawen. Tapi terus padam impian walaupun esok aku kawen idokla mampu secantek ika sebijik beliau. Perasaan betul pompuan ni. haha



Lepas tengok ika naik je pelamin. Weolz pon terus je pergi photo booth balik. Dasar muka pantang hala betul. Hahaha. Aku rasa macam tak lama kat hall tu. Sebab aku penat deh. Maklomla drive dari JB. Maunye tak mengamok. Kakakakaka. Bebudak ni mesti tension dengan aku sebab awal noh angkat kaki. Ah lantok situ. Aku kalau badan dah letih boleh mengamok ok. Tapi balik bilik hotel pulok tido. Segor mate. Sebab aku pesen badan penat, susah nak tido nak baring-baring golek-golek kat katil jek.



Lohh lupe gitau aku dari JB berempat, BFF aku mesti ade cik ain, lepastu zila dengan zizah. Tapi kat hotel tambah lagi sorang iaitu siti die duduk area setapak tu jugak. So lets la tido hotel sekali senang esok gerak nak pergi ikea tunjuk jalan. Bhahaha. Kesempatan sangat tu.



Dalam jam 10 cemtu dah gerak ke ikea. Dekat je hekeleh betul kemain awal pagi bersiap. Tapi haa. Sarap je 2 jam dalam tu. Belum pusing-pusing satu ikea. Hehehe. Okla puas hati dapat makan meatball ikea. Dulu datang dengan acik, acik tak bawak makan sini tatau nape. Hahahaha.



Menghabiskan masa dan wang ringgit dalam ikea, gerak pergi makan bingsu. Pon siti yang bawak pakai waze. Kekekeke. Dorang cakap kalau jalan kat KL ni pakai waze je mudah. Dulu aku pernah donlot natang waze tu tapi macam tak function je kat JB ni. ke sebab aku dah terel bab jalan. :p



Sedapnya bingsu ni. dah jadi fav pulak. Harus repeat!! Sesambil makan bingsu kita main la UNO, dan macam-macam mainan disediakan. Selain beborak dengan kekawan khen. Yang siti order tu bingsu beberis ke jadah name beliau haha. Sebab aku nak makan yang memasam sikit. Memula siti nak recommend durian. Tapi aku tak lalu pulak tetengahari panas terik nak makan duyan hehehe


Order jugak waffle. Sedapnye weii. Rasa macam balik ni nak buat. Macam mudah je buatnya. Beli roti wafer gardenia scop kan aiskrim vanilla. Tabor milo. Perghh nak try ni!


Lepak kat bingsu café ni dalam sejam gak. Baru gerak pergi klang. Malam tu tido rumah yuyun je. sampai je rumah yuyun rerehat sesambil makan nasi goreng yun masak. Dapnye. Lepas magrib laki yun hantar siti kat komuter. Kiteorang gerak pergi kaison. Tinggal 15 minit je masa sebelum tutup. Ape lagi cecepat ah borong. Laju-laju tangan capai. Dasar boross. Haha. Balik dari kaison. Terus pergi i-city. Laju-laju rayap. Hahahahaa penat lepak bawah lampu makan megi cup. Kekekee. Sukaa borak cemtu macam bujangan je memasing. Kakakaka



Sampai rumah dekal jam 2 pagi. Mandi-mandi memasing tido. Aku jela tak boleh lelap sebab penat sangat ke ape badan ni. jadahla pesen dah tetua susah nak tido kalau letih beebno. Kengkawan semua pesen penat cepat je lelap. Ngeeee



Pagi senin tu planning nak gerak pergi Melaka, cancel tetibe. Nak makan nasi kambeng 40 hari pon cancle tetibe. Malas aku nak citer ah sebab musabab. Bhahahaha. Yang penting sampai je JB terus pergi jusco bukit indah pulak serang daison. Lepas food court makan aunties anne. Lepastu pergi dato onn antar zila balik. Zizah dah selamat hantar sampai UTM. Die tak join pergi daison ade hal kerajaan. Tu yang nak cecepat balik.



Vassss cepat je naip abes dah untuk 3 hari punya cerita. masa 3 hari tu memang dimanfaatkan betul. tak sempat ni ha nak berangan nak buang masa. haha. Boleh dikatakan short vacay gak. Aku membayangkan short vacay tu leh la rerehat rumah yun lelama. Nak mendugong rumah yun. Sekali berantakkan semuanya bhahahaha. Okla takpe next time pasti akan datang balik!. gambar sebenarnya melambak-lambak tapi aku select je mana yang terkena. hehee



Naik je cuti, dapat pulak wasep eliz nak kawen. Pulokk ramai yang nak kawen awal-awal tahun ni. tak tahu ke aku awal tahun bz macam ape. Eh tetibe nak ngamok nape. Hahaha. Takpe takde aku pon majlis tetap jalan. Tak payah bajet diri tu orang penting azi hahaha. Insyallah kalau ade masanya nanti aku cuba sehabis baik untuk pergi. Bulan 12 tahun lepas dengan bulan 1 tahun ni aku tak pergi pon jemputan kekawan kawen. Bz la korang. Maap la sangat-sangat. Kadang tu kalau aku balik kampong, ibu abah pulak mintak hantar pergi jemputan kahang la, sempangla. Tu pun kekadang pitam nak layan. Kene layan sebab mase kita kekecik dorang layan kita elok je tau. So dari pilih kawan, baik aku pilih ibu abah. Hehehe. Okla banyak dah mengarut.  



Sekian, berakhir disini.


Wednesday, August 5, 2015

YEKE KAWEN LAMBAT SEBAB MEMILIH SANGAT?

Hai.

Soalan wajeb time beraya. Bila nak kawen. Bila na makan nasi minyak ko. Bila lagi bilaa bilaa bilaa.     

 -_-/


Dulu selalu kot aku mengeluh kat blog pasal soalan-soalan ni. ngee geram sampai ketap-ketap bibior. Haha. Sekarang kalau pokcik-pokcik atok-atok tanya bila nak makan nasi minyak kamu ni? aku jawab je dengan jenaka. Planning tak buat nasi minyak mungkin nasi tomato ke nasi jagong paling jahat pun aku jawab nasi goreng berlado syok dimakan dengan lado....ewah nak melado mulut orang nampak. Bahahaha. Nampak macam kongajo je aku ni. ah gasaklah. Kalau lah dorang tahu betapa rimasnya aku dengan soalan macam tu. Hoittt. Kalau bab kawen tu aku yang tulis takdirnya. Boleh lah nak di jawab. dah sah-sah jugak aku beraya tahun ni bawak laki kehulu kehilir. 30 syawal baju sedondon sesajer. Bejalan Kepit ketiak kang korang sakit hati pulak. Haha


Ade jugak yang cakap dengan aku kenapa memilih sangat. Ehhhh. Tetibe dapat soalan panas macam ni dah tentulah hati ni makin panas. Sesuka je cakap aku memilih. Marah ni marahh.
Ko gila tak memilih?? Bahahahahaha


Ibu aku pun cakap. Pilih laki yang jaga solat tu paling wajeb. Hah! Tak ke aku patut memilih tu. Tapi sebelum kita memlih orang yang macam  ni, kita dulu kene betul. Ko sebok canang kat pesbuk nak laki yang boleh jadi imam solat, soleh, pandai jaga keluarga. Tapi kau sendiri solat berlenggah, solat tonggang langgang. Tak jaga diri, bukan takat diri, hubungan dengan keluarga pon bermasalah. Nauzubillah.


Sebelum kita nak sorang suami yang boleh jadi imam kita. Tanya dulu diri kita, kita ni solatnya macam mana. Macam mana dengan wuduk,  bacaan solat semua tu. Dah sempurna ke. Baru lah kita boleh letak dalam list ciri suami idaman hashtag seorang lelaki beriman. Getew. Ibu aku selalu cakap dengan aku. perkara yang membezakan lelaki/manusia adalah dari perkara solat! Aku taklah cakap aku ni power sangat bab ni. aku pon still learning untuk perkara baik. Dari pembacaan aku, Sebelum yang baik datang kepada kita, perbaikkan dulu diri kita. Janji Allah tu pasti. Insyallah jodoh untuk aku ada. Cuma Allah kata belum. Makanya kau tak perlu pertikai kenapa aku kawen lambat sebab memilih nak lelaki macam itu macam ini. Coii kau boleh ke baca hati aku cemana.


Aku marah betul kalau orang cakap taste aku ni tinggi la nak yang ongkaya la. Nak yang itulah inilah. Berharta kononya. Ngeee. Marah tau. Kalau time tu mood aku tak berapa baik. Aku iye kan aje. Haah betul memang aku nak laki yang kaye raya rumah beso ade swimming pool ade jakuzi ade air terjun dalam rumah. Hah!. Gile ko. Aku sedo kedudukan aku. Sedo sape jela aku ni hah. Berangan pun takot ade hati nak laki gitew. Yang aku geram bertambah geram tu. Ade jee salah aku nak di carinya. Konon conan ke ape nak siasat kenapa aku kawen lambat. Stress betul la. Aku baru 27 tahun kot. aku rasalahkan elok jee mudeee lagi. Bahahaha.


Kakak aku paling bestla. Die DIAM takde komen langsung kalau orang dok panas-panaskan hati die bab kawen ni. die tak keluarkan pape kenyataan langsung. Aku dulu nyesal gak sebab menjawab. Dah tu orang pepandai buat spekulasi dan memanipulasi kenyataan aku tu. Macam ni agaknya perasaan retis. Hahaha.



Kesimpulannya, aku memilih ke tidak itu adalah perkara peribadi. Aku taknak keluarkan sebarang kenyataan nanti keluar kat rotikaya cakap aku pompuan perigi yang bermuka timba. Bahahahaha. Perasann hakikat blogger sendu. :p




Friday, October 17, 2014

GAMBAR MIDAH KAWEN.

hey....helooz

up sikit gambar midah kawen. dapat pon kat group wassap. hoi hoii jeles tau aku. dalam kelas pon bukak wassap dalam meja tau. tapi kan tak cukup korum. budak sekolah dato' pon ramai tak datang. aku kecewa bagi pihak midah. mane tak time dorang semua tu kawen, midah+wan datang dengan semangat. tak tinggal. mesti datang cepat ke lambat. sentap bagi pihak midah. midah takde pape pon sebenonye. tapi cambeser ar aku kan emo lebih. kahkahkah

petama sekali gambar memang tak berapa nak cun. puas dah aku edit bagi clear. kalau tak, gelap dan tak cuntek. bebudak ni pon cakap lighting poor. ape buleh buat, tak semua benda sempurna kan. redo je la..


lepas nikah. 
nikah hari jumaat pagi kat rumah. ko tengok dorang posing. kemain. memang tazzabar halal tu. meheheheee. mase aku dapat gambar ni. aku macam tak caye. midah ke tu? like seriously midah?? midah posing cemtu? matiii.




rindunya kat korang. last jumpa masa malam bbq tu. Ct (baju merah) sanggup ha balik dari KL. kagum dengan usaha beliau. mehehe. Sikin (tudung kuning) nurse. naseb baik timing betul kalau tak die pon tak boleh datang. nurse kan shift. sekarang sarat mengandung anak nombo dua. Azizah (purple) lame sangat sangat tak jumpe. last raya tahun lepas datang rumah aku. tu pon abah buat open house. kalau tak memang tak jejak kasih. hehe. Ain cembeser maintain cun sokmo.. 


Azie, Ct. :love: 


gambar ni pon aku hedit jugak. clear sikit. tu pun aku kurang puas hati. :(
baju midah lawa sangat. warna die sumpah cantek!


alhamduillah. Ain jadi pengapit. hahaa. 
tu pon semalam midah wassap aku, bertanyakan 1/11 aku free tak. sebab die nak aku apit die masa belah laki. aku lega sebab aku ade kelas. kecewa midah untuk sekian kalinya. muahahaha kejam aku. ehhh tu langkah menyelamatkan diri. ko kene paham midah aku tak suka jadi perhatian orang. walaupun kau watak utama, aku takot orang tak tengok ko...orang tengok aku je kang nanti...wawawawa tampar diri sendiri~


Ct dengan anak shima no. 2. ee sape name ek. ramai dah anak member2 aku. semua tak masuk kepala name mereka-mereka ni. :p



wawawa jeless wei.. Su (dukung anak shima) pon datang.. yang baju purple tu adik shima. sebab shima (tudung coklat) tak datang dengan husband die. koje. anak dua kalau jalan sorang fengsan woi.  adik shima dulu satu skolah jugak kot dengan aku. aku tak sure la. :p


hai,,,comel tau anak shima ni. geram. aku jumpe dulu budak ni baby lagi. aku pengang die nanges. melalak. trauma aku. memang takde sipat keibuan aku ni. :p


mak buyung Sikin, Ain, Aziezah, Shima, Ct, hero sulung Shima. rindu la kat korang!



aku rase macam da letak pic ni. muahahaha. lantak la situ. ku rasakan midah agak tenggelam di situ~


ini gambar sabotaj nama die. hahaha. pengantin ketot.. mueheheee :p


hey mudak cik Ity geram dengan awak...heheee



wahh lame tak jumpe zila. adik die konvo mase ni. so die rush kesana kesini kalah ustaz don. anak zila sampai da besar aku tak jumpe-jumpe..hensem boy!. 

midah kan die pandai ponsing. menurut kata rakan-rakan wartawan aku kat sana, tak payah suruh midah posing, otometik je die geti. siap midah mengaku, di cakap banyak gaya die dah pikir dulu sebelum ni. dasatt dan hebat ko midah...hahaha

lagi 4 keping gambar di bawah hasil rembatan di Fb Midah dan Wan. mihmihmih







******

pada hari yang sama, sorang lagi kawan kelas masa aku blaja poli dulu kawen.. jauh tu, Melaka je. :p Selamat Pengantin Baru Nisa dan suaminya~~ 



nextttt????



Wednesday, August 20, 2014

SURAT UNTUK SEPUPU TERSAYANG! :LOVE:

salam..


hai Eqa, ecehhcehh berutus surat yang tidak di pos kononye. hari sabtu 16/08/2014 yang lepas kau telah selamat jadi 'bini' orang. sumpah aku semacam tak percaya langsung!. kau kawen di usia 22 tahun. kau telah melangkah bendul aku. bukan setakat bendul aku malah 3 bendul kau berjaya melangkah dengan jayanya! hebat permainan kau ya! haha.

nway aku bahagia!. aku bahagia sebab kau selamat kawen. memang la memula aku rasa kau main-main bila cakap kau nak kawen. aku rasa kau main-main bila dah bertunang. sampai hari nikah kau pon aku rasa kau main-main nak nikah. kegilaan apakah. kekekee.

oh Eqa! *drama

kau tahu kau sepupu ku yang paling aku sayang. kau sahabat ku. kau separuh jiwa ku. *iskkisskk* tersedih pulak. cepat lap hingus!. bila di terobek dari zaman kita kecik. zaman gonjeng-gonjeng. sampai zaman duduk rumah sewa sama-sama. omakaiii langsung terkesan. kesan yang menjadi parut. tak boleh tanggal punya. kau ingatkan masa kita petik bunga-bunga tokwan secara harem. lepastu mandi kat bilik air belakang. konon nak rahsia dari tokwan takot tokwan marah. rupanya air mandi bunga kite tu elok je mengalir kat longkang. mase tu la rahsia terbongkar. betapa jahilnya kita dulu ek. ko kecik. aku beso. aku salu buli ko. yela akukan kakak. dulu ko sedo tak kita same-same gemok. ko gemokkk kot dulu. pastu bila dah stat blaja jauh (politeknik) aku terperanjat bila tengok ko semakin kurus. aku je yang tak kurus-kurus. letihhh tunggu kurus datang. :p

banyak sebenonya nak di terobek kembali. tapi tak cukup kertas la. :p pepandaila ko ingat sirik. :p


kau masih ingat tarikh kau bertunang? aku kompem la tak ingat sebab bukan majlis aku kan. haha. tapi yang aku ingat sangat-sangat. aku yang mendandan kau. sampai mokteh cakap muka aku yang tak berseri. sebab make-up kan kau la. kahkahkah. sebelum majlis bertunang lagi kau dah bising-bising tak nak make-up tebal la tak nak nampak seksi la.. bising dan kepoci sangat ko kan. design baju ko lagi. eh die punya huru hara tu macam kite nak bertunang secara berjemaah!. naseb baikla mokde si Taylor paling tersohorrr dalam kerabat kita ni geti la melayan napsu aku dengan ko kan!. hahaa. eh paling tak lupa aku terperanjat beso bila tengok 'mini pelamin' ko!. ni bukan mini ok! ni dah serupa grand livina. hahahaa. tapi pelamin ko lawa. terima kasih kat pak itam sudi sponser. fresh flowerrr lagi. :p. eh cop. ade lagi aku tak boleh lupa!. pasal hantaran-hantaran ko. alahaiiiii banyak perkara masam manis sebenonya. :p



malam sebelum kau nikah, aku tido dengan kau. sebelum kau bantai tido aku pakaikan mask muka. bagi kulit ko segar esok pagi. yela tido pon dah lambat. hehehee. aku dengan mokde gasak buat pulut kuning lagi jam 1.00 pagi!. takpe bagi can ko tido lebih sikit. hehe. aku perati je kau tido. banyak syok. kemain sedap kau tido sampai berdengkur. saba je la aku. salu jadi pentin kan tak boleh tido pasal berdebar-debar, ni kau kemain elokk je aku tengok berdengkur. sabar kali kedua.
jam 7 pagi aku dah siap dulu. ko tengah ready untuk baca yasin masa tu. mase tu jugak kau cakap kau mimpi arwah adik kau farhan. adik lelaki tunggal yang paling kau sayang. terpaling sayang. aku tak bagi kau cerita. sebab mata aku dah penuh air. aku palingkan muka. sebab aku tak nak kau tahu aku sedih. di hari bahagia kau, kau patut rasa happy. tapi sempat jugak kau cakap "farhan happy sangat!". T___T  itu perkara paling dasyat berlaku dalam keluarga kita. aku simpan paling semat dalam hati.

lepas pak itam make up kan kau. barulah aku gigih pakaikan kau tudung. gigih ya di situ. sambil di bantu oleh Alia. terima kasih Alia!. Alia juga sepupu yang hebat bab fesyen-fesyen ni. kikikiki. kalau aku bingung rujuk sahaja pada Alia tahula die selesaikannya. suka bergaduh dengan aku sapa nak semat jarum/ pin/ peniti. :)) sayang ko Lia!



SAH! sekali lafaz. T__T


aku tahu kau pengantin paling gembira. kau raja sehari paling sweet. aku nampak muka kau sangat bahagia. muka bahagia yang dah lama aku tak nampak selepas kematian adik mu farhan. :)))



pic taken by : Alia.

haha gambar kepala kau kene potong. saje aku masuk dekat sini. sebab muncung tudung kau pon agak herot di situ. nak tunggu kau betulkan sirik memang idok la jawapnya. kau bukan kesah pon kan pasal baju tudung kau herot. hahaha. *perli*. baru aku perasan aku tak ambil gambar full baju nikah kau design by mokde. sangat gojes dan moslemah!


si kecik Arisah, Qisya dan Syaya yang sangat cun. sanggup tau pakai shwal berlapis2 semata nak jadi pari-pari kau!. cun kan dorang. aku yang pakaikan shawl dorang! ehkehkehkeh. yang paling best baju yang acik beli ni harus la lawa. seangkatan dengan tema. sepupu : purple, mak sedara/pak sedara : biru. terpaling best mak ngah, mak engko tu sanggup keluar modal beli baju sedondon untuk makcik makcik kita. hehehee


tepek gambar kau kat sini. bagi feeling pengantin baru lagi. heheee


kau tahu tak kau pengantin paling kecoh. muka dah comel. tapi kecoh die sebijik aku. banyak aku blajo dari kau sebenonya. hahaha. besok aku kawen namo la kecoh macam ko. kahkahkah jahat kan aku!


 tak sangka aku geti nak stylish kan ko. eh tak sangka aku.. aku ikut je permintaan kau  tudung jangan pendek, jangan itu jangan ini. kau nak majlis kau mendapat keredhoaan Allah. :x tapi sebenonya asalnya elok lawa tersusun jek shawl kau tu. ni lepas kau bersilat atas pelamin tu yang nampak macam serabut sikit. isk sakit pulak mata kite ni menengoknye. ko mesti tak nak betulkan punya. :p


make-up kau paling natural yang paling kau nak kan. 
seri pengantin tu yang paling best bila tengok!!


kau kena simpan ketat-ketat. petang sebelum kau pergi outdoor photoshoot kita buat seperais kat pak ngah (abah kau) sempena bezday die 30/08 ni. awal gila seleberet kan. ini semua rancangan makngah (mak kau). so romentik!. eh cop ade lagi satu bende kau kene ingat! di hari pernikahan kau ni... pak ngah dan mak ngah sakit mata!! tu yang 24 jam pakai spek mate itam! aduhaii apelah lawak benoo!

dan yang terakhir muka mokteh OMG tu yang tak boleh blah. tahu mokteh aku tepek kat sini memang dapat siku la aku jap lagi.. kikikii


tepek gambar desert kau yang paling cantek. bia kau tahu seluruh keluarga sangat gigih nak yang terbaik untuk majlis kau tahu!!


~Ya Allah bahagiakanlah hati pasangan ini (Nur Atiqah Binti Aris dan Edham). mewahkan rezeki mereka. berikanlah kebahagiaan yang tidak pernah habis. Kau wanginya rumah tangga mereka seperti taman di syurga sehingga akhirat kelak. Ya Allah Kau lindungilah rumah tangga mereka dari sebarang anasir buruk. satukan hati mereka. lembutkan hati mereka menerima kekurangan sesama mereka. Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah yang boleh menjadi pejuang islam paling unggul di mata-Mu. Amin Ya Rabb~


yang iklas, yang sayangkan kau sampai mati ;

kak aji mu yang sentiasa anggun~
:p