
Keluargaku Rumahku Syurgaku.
2013 - hubungan kekeluargaan kami semakin utuh dan kukuh. Terima kasih
Allah atas nikmat ini. Tahun 2013 merupakan tahun pertama kami lalui
setelah episod paling sedih menjelma pada 3 mei 2012 (ayah dijemput
menghadap illahi). Atas rahmat dan kasih sayang Allah, di izinkan untuk
kami sekeluarga terus berkasih sayang dan saling tolong menolong antara
satu sama lain. Mak yang menjadi
pengganti tunggak utama dalam rumah, dengan bantuan dan sokongan
anak-anak semestinya. Jauh di sudut hati, aku sentiasa Kagum dengan
ketabahan emak. Sentiasa sabar dan yakin bahawa ujian yang Allah
timpakan ada asbab tersendiri. Emak selalu pesan, kita cuma hamba Allah.
Sebagai hamba, layak ke kita untuk mempertikaikan segala pekerjaan
Allah? Sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan. Ya. Itu pesan emak.
Yang sentiasa akan aku ingat.
Terima kasih yang tidak
terhingga aku ucapkan pada semua ahli keluarga ku (termasuk semua
saudara mara) yang telah bersusah payah semasa majlis pernikahan dan
perkahwinanku di Penang pada 11&12 january 2013. Disusuli pula
majlis sambut menantu pada 16 February 2013. Tanpa bantuan kalian semua
(ahli keluarga dan saudara mara) pasti urusan tidak akan berjalan
lancar. Appreciate that so much! Dan bermula lah kehidupanku sebagai
married man. Agak sukar untuk menyesuaikan diri. Banyak perubahan
berlaku. Kerja, travel, running events, rumahtangga, komitmen, waktu
untuk akhirat, semua perlu diseimbangkan agar tidak tergelincir ke
landasan yang salah. I know as the time goes by, I will learn. Learning
is a long life journey. It will never end.
Masa berlalu.
Bulan Ogos 2013 - Aidilfitri 1434H, kali pertama berhari raya sebagai
seorang suami. Pertama kali isteri ikut pulang ke kampung halaman untuk
beraya bersama. Dan di bulan syawal ini juga kami berkongsi kegembiraan
dengan kak ina dan kak la yang selamat melahirkan anak masing-masing
pada 15 dan 16 Ogos. 3 hari selepas itu, terkejut dengan berita mak
dimasukkan ke Kuantan Medical Center kerana serangan darah tinggi. Dari
penang terus aku bergegas ke Kuantan bersama kak tie. Cukup risau pada
waktu itu. Emak masuk wad selama seminggu. Dan doktor mengesahkan
semuanya ok sahaja dan ada preskripsi ubat yang diberikan. mujur ada Kak
Ija di rumah yang menjaga emak. Sekurangnya hati tidak terlalu risau
bila berjauhan.
Allah itu Maha Kaya.
Di Bulan
September 2013, aku mendapat surat arahan pertukaran tempat kerja. Dekat
dengan kampung halaman. Allahurabbi. Allah maha besar. Maha mendengar
permintaan hamba Nya yang meminta-minta. Aku terima dengan hati yang
lapang dan terbuka. Sebab memang sudah setahun lebih mengimpikan peluang
seperti ini muncul. Dengan harapan dapat berbakti kepada kedua ibu -
bapaku dalam mereka meniti usia tua. Allah lebih mengetahui yang
terbaik, ayah dijemput pulang ke sisi Nya dalam keadaan belum sempat aku
membalas jasa ayah dengan sebenar-benarnya.(al-Fatihah).
Tapi kami bersyukur masih punyai emak. Dan sekarang emak kerap sakit
dan sudah tidak sama seperti dulu lagi. Dengan zat dan kemuliaan Mu ya
Allah, sembuhkan lah ibu ku seperti sedia kala dan sihat kan lah kami
sekeluarga.
Barangkali, nun di atas sana arwah ayah
memerhatikan kami dari jauh. Insya Allah, kami akan jaga mak sebaik
nya. Semoga arwah ayah berbahagia di alam sana..
Ujian Allah
itu datang dalam berbagai bentuk. Cuma padaNya kita berserah dan redha.
Melalui sedikit saat sukar di hujung-hujung tahun. Hidup sedikit tidak
terurus apabila berjauhan dengan isteri. Mengenangkan tarbiyah Allah,
hati jadi tenang. Dan mula menyusun satu demi satu peristiwa yang
berlaku. Tiada masalah yang tak dapat di selesai kan andai paksi nya
kita kembali pada Allah. Mohon Allah beri petunjuk dan dorongan pada
diri agar tidak berterusan melakukan kesilapan berulang kali. Apa
mungkin aku perlu mengalah sebelum berjuang?
Dan Alhamdulillah,
keluarga yang banyak memberikan sokongan dan nasihat serta panduan
berguna dalam saat muram dan sedih. Kata-kata semangat yang tak pernah
putus untuk aku cipta sebuah kisah di masa hadapan. Percaturan Allah
tetap akan jadi yang paling baik mengatasi Rancangan manusia. Aku
percaya itu. Maka apa guna sebuah ketentuan jika hati tidak cuba untuk
mencerna maksud sebenar di sebalik semua yang telah ditakdirkan Tuhan ?
2014 - untuk tahun mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan
mengeratkan ukhuwah islamiyah sesama muslim. Untuk tahun membina
keluarga (jika Allah beri rezeki). Untuk kami lebih saling
kasih-mengasihi antara satu sama lain. Untuk sebuah institusi
kekeluargaan menuju redha Allah!
Firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian
dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.”
(At-Tahrim: 6)