Followers

Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

AKU, DIA & TAMAN TASIK SHAH ALAM



Sabtu yang tenang. Semalam jerebu menyelubungi kota Shah Alam. Hari ini Jerebu telah pergi buat seketika. Cuaca cerah. Aman dan damai. Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Taman Tasik Shah Alam. Satu tempat suatu masa dulu penuh dengan cerita. Suka duka. Tawa dan Riang. A place fill with love , laughter and joy. Tempat study sama-sama teman lama di zaman UiTm dulu. Sedar tak sedar, hari ini dah masuk 11 tahun aku tinggalkan zaman belajar. 

Oh. I miss that moment.

Dan hari ini, bawa isteri tercinta jalan jalan menjejak memori. Dalam gambar, ini lah tempat kami berempat selalu belajar bersama. menyulam gurau tawa dan tangis. Alhamdulillah, tempat ini masih utuh di sini. bisa jadi kenangan pada jiwa yang lain pula. 

Terima kasih pada isteri yang setia jadi peneman. :)

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Tuesday, March 11, 2014

WHEN YOU'RE YOUNG YOU FALL IN LOVE

Could it be that maybe it's our first mistake
And baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
There's a reason why they say that we should give it time
But time is not enough
And that's the reason why
When you're young you fall in love..


 
Jalan-jalan petang di Taman Tasik Shah Alam
 
Teringat zaman belajar dulu.
 
Zaman cinta monyet.
 
Zaman tak berapa nak matang.
 
Masih belum tahu erti sebenar kehidupan.
 
Tapi semua perkara itu juga lah yang menjadikan aku, seperti siapa aku sekarang!!

Monday, March 10, 2014

AYAM GORENG RESTORAN HAKIM SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Kawan,

Kau ingat lagi waktu kita lepak makan di sini, and it was like 10 - 11 years ago? Oh. I'm getting old. We're getting old!

Waktu habis belajar di bilik 24 hours. Lapar. Perlu makan. lantas kita sama-sama melampiaskan nafsu makan di sini.

Nasi lemak sotong, ayam tandoori, megi goreng, and yes - the most thing I will remember about this restaurant - it's ayam goreng! Terbaik!! Lebih sedap da
ri dawood atau khalifah.

Kawan,

Masa lalu lah yang menjadikan kita siapa sekarang. Jangan lupa kenangan kita jika lihat restoran ini lagi! malam ini, aku dinner di sini. Buat pengubat rindu. Mengimbau kembali masa silam.

Dan di satu sudut itu, aku terlihat kita sedang makan bersama dan bergelak ketawa. Seperti waktu dulu yang pernah kita lalui penuh warna.Tanpa perlu berfikir akan dugaan dan cabaran yang akan mendatang.

Ya.
 
Seperti waktu dulu.
 
 
 
*Masalah catuan air di Selangor. Terpaksa makan beralaskan plastik menggunakan sudu dan garfu plastik. Ya Allah Kau turunkan lah Hujan dan rahmat Mu ke bumi gersang ini!!

Tuesday, September 25, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN TASIK INDAH SHAH ALAM

Hari ini sudah mula kembali bekerja.

Hujung minggu yang baru saja berlalu berakhir dengan tragedi kemalangan. Siapa yang sangka, hanya Allah yang mengetahui..Apa yang berlaku mudah-mudahan memberi pengajaran kepada semua..sudah tertulis takdirnya begitu..Moga-moga Allah akan terus melindungi kami sekeluarga dari bala bencana..


Petang semalam setelah abang Shuk selesai dengan urusannya, Kami bergerak ke Shah Alam. kenapa ya kena pergi shah alam? susah jugak aku nak terangkan sebenarnya. Tujuannya sebab wife abang shuk ada di Shah Alam, dan hari ni diorang akan pulang ke Temerloh. Kereta Abang Shuk dah masuk workshop di Mentakab..so nanti aku akan balik ke Penang, Abang Shuk dan wifenya serta mak akan pulang ke Temerloh.Abaikan jer kalau korang tak paham sebab ni just for my record.hehe..My point here is we going to Shah Alam.


Kami menuju ke Restoran Tasik Indah Shah Alam


Restoran Tasik Indah
Address: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5510-8388


Plannya memang nak makan-makan dulu di sini sebelum berpisah..Kitorang sampai dekat pukul 5pm, which is ngam-ngam dengan waktu operasi this restaurant.Buka pada jam 5pm..Ni kali kedua aku menjejakkan kaki di Restoran ni..First time dulu masa zaman belajar di Uitm Shah Alam..6 years ago..This Restaurant under Aman Syukur Sdn. Bhd..so jangan korang risau sebab ni Restoran milik orang melayu. Bukan restoran Seafood China punya.


Kami berempat sahaja yang ada kali ini..Kak Tie, aku, Abang Shuk dan mak..Mak sekarang macam ni lah. Alhamdulillah sihat sejahtera..Duk follow up appointment dia dengan doktor di Kuantan Medical Center..Bila anak anak ada di sisi nampak sihat dan bertenaga lah mak..sebab tu nak kena selalu balik jenguk mak di kampung..setelah arwah ayah dah tiada ni..


China Tea dan Kacang sementara menunggu makanan siap di masak


Topik perbincangan basically pasal hal ehwal keluarga..bincang pasal tragedi kemalangan semalam dan juga bincang pasal hal masa arwah ayah ada..seakan baru semalam ayah pergi meninggalkan kami..sekarang dah nak masuk bulan Oktober..5 bulan berlalu sekelip mata sahaja..Alhamdulillah Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan yang muncul dengan sabar dan tabah.


pemandangan taman tasik shah alam


waktu dah dekat jam 6pm..


Meal pembuka selera : SHARK FIN SOUP WITH CRAB MEAT..sedap soup ni..memang sesuai sangat jadi appertizer..


Makan shark fin soup dengan cili jeruk.yummeh!


semangkuk kecil nasi putih


Broccoli with mushroom and scallop


Ikan Jenahak stim limau yang mantap!!


Ketam Telur Masin. yang ni sedap..boleh celen Pak Ya!


Sotong Goreng tepung cicah sos hijau


Main Meal of the day : Lobster Masak Pedas..


Mari menjamu selera..Bismillah..


Lobster yang tewas


Kenyang sangat makan macam ni 4 orang..Macam terlebih order pun ya. tapi memang puas hati lah meratah ketam telur masin dan Lobster tu..Jenahak Stim Limau tu pun memang sedap..masa dah habis makan Tokey kedai bagi complementary Aiskrim Cokelat yang sedap!!thanks!!


Another episod makan makan with my family


Jom kita balik..Thanks abang Shuk for the treat..maklum lah baru gaji kan.hehe..apa apa pun moga abang di murahkan rezeki..lepas ni giliran saya pulak belanja makan ya..Pilih la mana restoran yang best best nanti kita bawak mak lagi.


Dari Restoran Tasik Indah kami menuju ke Crystal Height


Berjumpa dulu dengan Mak Mertua dan Kak Feeza..Adam Syahmi pun ada skali..singgah solat sebentar..sebelum aku memulakan perjalanan pulang ke Penang..Terima kasih kalian sudi jemput datang rumah..lama tak jumpa ngan Adam..makin galak dan lincah.


Adam bagi kiss goodbye kat Pok Jim


Dari Crystal Height ni kami berpisah..Mereka akan pulang ke Temerloh malam ni juga dan aku akan pulang ke Penang..Alhamdulillah hujung minggu ni dapat berjumpa mak lagi dan adik beradik yang lain..semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga..Ada masa aku story kisah melawat Taman rekreasi dan Zoo Kemaman. Janagn men men Kemaman pun ada Zoo ok..hehe

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah.

Thursday, February 16, 2012

TAMAN TASIK SHAH ALAM & DINNER @ TIRAI RATUS RESTAURANT SEKSYEN 3 SHAH ALAM


Kisah semalam..

Berlari di taman tasik shah Alam lepas Course di GrandDorset Subang..nak berlari di subang jaya hujan sangat lebat..sampai Shah Alam Alhamdulillah tak hujan so sempat lah berlari di Taman Tasik Shah Alam dalam 5KM sahaja..lagipun Subang dan Shah Alam sebelah sebelah sahaja.sempat bertemu Izman, member yang duk area shah alam..Masa berlari di Taman Tasik Shah Alam macam macam kenangan muncul satu persatu..yang indah aku jadikan kenngan, yang tak indah aku jadikan tauladan..Masa berlalu dan tanpa kita sedar ita semakin di mamah usia.ok aku tak mau berjiwang apa pun.saja je teringat kisah lama zaman belajar di UiTM shah Alam.Satu zaman yang banyak cabaran jugak aku kira..

 

Thanks pada Izman sudi tumpagkan rumah untuk mandi dan solat maghrib..kemudian berehat seketika tunggu Isyak dan sempat bersolat Isyak di Masjid Besar Shah Alam Seksyen 4..selesai solat Isyak man ajak aku dinner di Restoran Tirai Ratus..seksyen 3.Jalan kaki jer dari rumah dia ke sana.


Tengok dalam menu ada pulak KACANG POOL makan ngan Roti..kali last aku makan kacang pool ni di Plaza Larkin Johor..entah bila ntah.macam dah lama tak pergi ke JB..so aku order lah set Kacanf Pool ni untuk dinner.Harap harap rasanya tak mengecewakan.


Nasi Ayam ni pun nampak maca sedap!!


Orang kedai ni ambik order pakai IPAD 2 ok.jangan main main..


Makan makan sembang sembang..Then dalam pukul 10.30pm lebih baru beransur dari This Restaurant.Overall aku suka environment Kedai makan ni.Menunya pun cukup interaktif.Rasa makanan yang kami makan malam ni sedap!!now i know kat mana nak cari Kacang Pool kalau teringin.nak ke B macam jauh sangat.ke Shah Alam pun boleh lah..Cuma air mangga jus blended ni aku tak apat nak habiskan.macam banyak sangat pulak..tapi sedap!!


On the way balik ke Subangs empat Snap gambar Masjid Shah Alam


Patah balik ke Holiday Villa..dah check out pun arini sebab course dah habs petang tadi..so esok kira traveling day..aku akan ke Hospital Kuala Lumpur jer since Ayah still ada di sana.Adik da dan suaminya pun nak datang esok..hari sabtu aku akan ke Kota Kinabalu pulak..Pack betul jadual but one thing for sure - i'm happy to live my life like this..:)

*Salam bertemu lagi.ngantuk dah ni..Goodnight!!
 

Thursday, June 2, 2011

MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN VICHUDA ,SHAH ALAM

Sambungan dari entri sebelum ini..

31 MEI 2011

Bila tengahari menjelma,mestilah rasa lapar.plan asal dan buat temujanji ngan cik Nazla untuk berjumpa.dia kerja kat area bukit raja so alang alang aku dah ada di area Shah Alam ambik kesempatan untuk berjumpa.mula mula aku duk ajak dia untuk makan di Restoran Upin dan Ipin.tapi bila aku ke seksyen 7 shah alam dan round kawasan,ternampak lah Restoran Vichuda..


Kali last aku makan di Restoran Vichuda dua tahun lepas.tu pun di Damansara dekat Uptown tu..tak tahu pulak ada cawangannnya di Shah Alam.seingat aku masakan kat Vichuda memang sedap so aku tukar plan untuk lunch kat sini.Cik nazla ok saja..waktu lunch macam biasa lah pukul 1 pm.so aku tunggu dia sampai kat sini.


Sementara tunggu cik Nazla aku order dulu apa yang patut.masa dah siap order Jili(member zaman Universiti dulu,kerja kat Uitm jugak) call aku tanya aku ada dekat shah alam ker sebab dia tengok kat wall FB aku ada Check in Shah Alam.so aku ajak jer lah dia join lunch skali since dia pun takder plan apa apa.The more the merrier.so mai tengok apa yang aku order:


KERABU PERUT : A


TOMYAM SEAFOOD : A


Ni close Up sahaja..sedap tomyam ni!!


UDANG GORENG TEPUNG : B+


AYAM MASAK PEDAS ; B


Ulaman Timun dan Sambal Belacan.


Bihun Goreng ni Cik nazla yang pesan..dia tak mau makan nasik.so aku ngan jili jer lah yang makan nasik.


Ni lah Jili.dulu masa dia kawen kat Perak aku ngan Anies jadi pengapit.hehe.saja imbau kenangan dulu..mamat ni suka menyelam sekarang.macam macam topik duk bincangkan ngan Cik Nazla..mostly pasa photographer lah,dia duk buat Photographer dalam air pulak sekarang.wedding Photographer dalam air.cayalah bro!!wa salute sama lu!


sembang punya sembang jam dah pukul 2 pm.diorang kena masuk opis,and kebetulan masa ni ayah dan family yang lain dah sampai KL..Esok akan ada pendaftaran Faiz di Universiti Sains Islam Malaysia kat Nilai..so aku nak hantar sekali tu yang aku ambik cuti dua hari..Thanks Jili dan Cik Nazla sebab teman Lunch!nice to meet both of you..Cik Naz lupa nak ambik gambar kita berdua.next time lah yek!kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi ok..:)

*to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails