Followers

Showing posts with label satay samuri. Show all posts
Showing posts with label satay samuri. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

JOURNEY TO SHAH ALAM - NILAI - PORT DICKSON

Daripada Restoran Vichuda,aku meneruskan perjalanan untuk ke Port Dickson..Nak daftar Faiz di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai pada esok hari tapi dah booked tempat untuk bermalam di Port Dickson..

31 MEI 2011


Singgah di Hentian Rehat Dengkil untuk solat dulu.Boleh pula bertemu member zaman Uni jugak,Zaidi yang sekarang ni dah jadi Lecturer di Uitm Arau Perlis..hari ni memang hari bertemu kawan kawan gamaknya.hehee..memang sakan lah kitorang bersembang..lama wehh tak jumpa..


Lepas solat singgah minum pulak.baru boleh berbual banyak mender..dia duk share cerita pasal student.actually zaidi on the way ke Melaka ada konferen apa ntah aku pun tak pasti.nak jadi Rezeki lah tu kitorang dapat berjumpa kat sini.


Jemput minum jemput minum jemput minum..


Dari RNR Dengkil tu terus bergerak ke Nilai pula..Nice to meet you zaidi!ada umur kita berjumpa lagik..kali ni my family semua dah sampai area Nilai sebab nak tengok kawasan mana nak kena datang esok..mula mula aku ingat susah la nak cari sekali jumpa signboard besar besar tepi jalan.so memang mudah jer nak cari This University..so dari Nilai kitorang terus bergerak ke Port Dickson pula.


Welcome to Port Dickson.masa ni dah pukul 6 pm lebih..


Sampai PD singgah rumah sedar dulu..mak dah plan ngan diorang nak jumpa dulu.kak na nama sepupu aku ni.husband dia abang khalid kaptain dalam askar.askar or polis aku tak ingat.kan ada kem askar di Port Dickson tu yang diorang duk kat sini.baru dua bulan pindah so alang alang kami semua sefamily sampai diorang ajak singgah makan malam kat sini.


mai layan tv dulu sementara tuan rumah memasak..


Sekarang hangat kan sana sini orang heboh berbicara pasal This drama- NORA ELENA.aku tak ikut sangat pun cerita yang diadaptasi dari Novel ni.tapi aku yakin ramai yang menonton cerita ni sebab aaron aziz berlakon jadi seth tan.cuba shaberi Yunus yang berlakon konpem korang tak mau tengok kan?haha..kali ni aku terlayan satu episod sebab tuan rumah pasang so layan jer lah.best ker korang??kalau best aku pun nak layan gak..


Akhirnya makan malam siap dan tuan rumah jemput kami makan.Alhamdulillah semua lauk sedap..bestnya makan berjemaah..selesai makan sebab macam dah lewat ayah mintak diri kami nak beransur dulu..tak sempat Check in lagi ni kat PD Kondo.tu yang nak cepat.terima kasih kak na dan suami atas makan malam yang lazat ini!!


Dari rumah kak na terus kami ke PD Kondo..


Cukup selesa lah untuk kami yang bertujuh ni untuk duduk satu apartment 3 bilik..mak ngan ayah duk master bedroom,ami ngan faiz satu bilik,Ika dan asik satu bilik.aku ngan abang jalee terbuang kena tidur kat Ruang tamu.haha..aku tak kesah pun asalkan yang lain lain tu selesa.lagipun semua orang mesti penat sebab dah melalui perjalanan yang jauh dari Terengganu since pagi..


masa on the way nak ke PD Kondo aku ada singgah di Satay Kajang Haji samuri.dah ada cawangannya di Port Dickson so singgah lah beli satay ayam,satay daging dan satay perut.buat supper pulak..memang bila dah ada makanan sekali lagi kitorang pakat pakat makan sebelum tidur.hehe.lazat!!malam tu mak duk siapkan barang barang faiz dan gosok baju dia mana yang patut.aku tak mampu nak bertahan lama sebab sangat penat tak tidur lagi dari semalam..so dalam kedaan tak sedar aku dah dibuai mimpi.menanti hari esok tiba..

*to be continued.

Saturday, January 8, 2011

SHAH ALAM,PASAR CHOW KIT & SATAY STATION

Hari Jumaat yang mulia.

Masih berada di Kuala Lumpur.Untuk menyelesaikan sedikit Urusan.Terima Kasih pada Zie atas bantuan yang diberikan.aku pinjam kereta dia untu berurusan di Uitm Shah Alam pada hari ni.Pagi pagi aku hantar dia ke pejabat,dan sempat singgah sarapan bersama di Pelita Nasi Kandar Desa Sri Hartamas.

1
Pagi pagi dah belasah Nasi Goreng Ayam.aku order Kopi O.entah apa kena dengan aku sekarang ni suka sangat minum Kopi.Bahay tu sebab Caffein tak bagus untuk kesihatan.lepas ni aku kena kurangkan.Lepas Sarapan aku hantar Zie pergi Opis dan aku ke Shah Alam,Tempat yang sarat dan padat dengan Kenangan..

2
Cuaca Hujan masa ni.Sekarang memang Cuaca tak menentu.Boleh kata semua tempat Hujan.Kat penang kaa Terengganu ker kat Miri ker semua sama.Alhamdulillah perjalanan di permudahkan Allah.aku sampai Di Uitm Shah Alam dan menyelesaikan apa yang patut.Funny thing is walaupun aku dah bekerja masuk tahun kelima bila masuk Uitm aku still rasa macam student.Weird.i dont want to Grow Old i guess.

3
Rumah Sewa aku dulu sangat dekat dengan masjid ni.di Seksyen 4..dekat dengan Taman Tasik Shah Alam.Shah Alam,sebuah tempat yang pasti aku kenang sampai bila bila.kat sini lah aku mula belajar kenal siapa diri aku sebenarnya.Blood sweat and tears semua tumpah kat sini..banyak sejarah tercipta tak kurang pahit atau manis..Rindu pulak rasanya zaman student.

4
Selesai urusan di Uitm shah Alam aku patah balik untuk fetch Zie.Sebelum tu sempat singgah di Masjid wilayah untuk solat Jumaat then lepak minum di Old Town White Cofee.Minum jer pun sebab tak selera nak makan.sambil online dan berchatting kejap.After that Fetch Zie dan kami menuju ke Pasar Chow Kit pula.

5
Nak buat apa kat pasar Chow Kit?sebenarnya aku nak cari telur Itik Serati..buat ubat ayah di Kampung sebab malam nanti aku balik kampung kejap.nak jenguk mak dan ayah apa khabar mereka di sana..Pusing punya pusing satu pasar Chow Kit last last jumpa satu apek jual telur itik.ada satu kaler putih dan satu lagi kaler biru biru..yang biru biru tu orang biasa buat jamu kata apek tersebut.so aku rasa betul lah kot.beli dalam 15 bijik.bukan tu jer.banyak buah hangkut sekali..murah lah buah kat Chow Kit!!

6
Dari pasar Chow Kit kami menyinggah makan di Satay Station Ampang.makan satay pun seronok juga di kala kelaparan..tapi satay station ni dah naik harga.satu cucuk RM0.90..saiz sama jugak macam dulu..kuah berminyak banyak.hantam sajalah labu janji hati bahagia.Malam tu jugak aku balik Kemasek abang shuk ambik aku.dia datang ambik dari Temerloh.tak faham juga apa intention dia tapi Alhamdulillah jugak.tak perlu aku nak usung banyak barang naik bas..

*Sepanjang perjalanan Balik Kampung aku kepenatan sebenarnya.nak tidur tapi bila start bersembang dengan Abang Shuk tak sedar masa Tiga Jam berlalu.banyak sangat hal kami sembang kan.dari sudut keluarga,adik beradik,mak ayah,sampai lah soal mencari jodoh.Thanks a lot my bro atas nasihat nasihat yang berguna.Insya Allah aku akan cuba perbaiki diri.Thanks..

Tuesday, December 21, 2010

RESIDEN HOTEL BANGI & SATAY KAJANG HAJI SAMURI

Ini adalah kisah hidup aku hari ini.

Untuk this date,aku ada kursus environmental management system di Residen Hotel Bangi..actually hujung minggu lalu aku balik ke kampung sebab ayah di masukkan ke hospital lagi sebab doktor akat ada jangkitan kuman pada oaru paru..sempat lah jenguk dia kejap then aku bergegas ke KL pada hari ahad baru ni for seminar hari ni..berkejar kejar sungguh..doakan kesejahteraan ayah aku ya.Thanks..

1
Kursus ni aku wakil stesen..orang lain ramai jugak dari stesen lain..bila attend kursus macam ni memang bagus sebab akan ada relation yang baik dengan orang lain.so lepas ni kalau ada kemusykilan pasal kerja nanti boleh la minta pandangan diorang..since boss aku kena transfer sejak september lalu aku memang tak cukup tangan nak buat kerja..banyak sangat benda nak handle.too much but i keep trying sampai sekarang.Doakan aku juga ya.

2
Buat kat Residen Hotel pun bagus juga..boleh aku berjalan jalan.heheee..masa berhenti rehat lunch tadi aku pi checked in satu bilik sebab malas nak terus balik penang..nak stay satu malam then esok esok pagi terus gerak balik ke Penang..tak lah rush sangat..

3
ini bilik yang aku ambik..semua bilik lain penuh tinggal yang ni jer.rate agak mahal maybe sebab cuti sekolah,but kompeni bayar so why bother so much..at least just enjoy all the perks and benefit yang ada..bilik ni agak luas dan ok lah.but price wise not so reasonable.baik pi stay kat Marriot hotel Putrajaya.

5
Seminar habis dalam pukul 5 petang so aku balik bilik siap siap nak pi jogging.actually nak test kasut baru .hahaa..jauh tu nak test kasut sampai datang bangi..best jugak jogging keliling tasik kat Uniten ni..aman dan damai jer

6
Yang best jogging kat sini ramai sungguh student yang duk jogging..yang best sebab pompuan yang ramai..haha..ganteng pulak tuh..sedap cuci mata..cuci mata jer lah..yang lelaki ada lah dua tiga kerat.

7
sunset @ Residence Hotel Bangi

8
Then bila malam menjelma aku mesej kak nor aka mummysyafie.blogspot.com.Ingat nak jumpa dia sebab nak bagi Fridge magnet yang ada aku belikan untuk dia masa pi Cambodia awal bulan lalu..so dia ajak aku pi dinner ngan family dia kat Satay Kajang Samuri..siap datang ambik aku kat Hotel sebab aku tak tahu sangat jalan nak ke sana..so diorang ambik dalam pukul 8.30 tadi..ngam ngam bila aku sudah mandi diorang sampai tu yang turun lambat sikit.sorry ya kak nor ngan abang ijan sebab lama tunggu..

9
Abang aka Boy yang malu bila nak bergambar..dia tak panas lagi masa ni..hehe..ada bakat jadi Photographer macam ayah dia..Insya Allah.Actually before this dah pernah jumpa kak nor dua tiga kali jugak..kami ni kira orang lama dalam dunia blog sebab since 2008 dulu ramai member blog yang lain dah tutup blog dan menyepi..tinggal berapa kerat jer yang masih aktif..aku pun lately since busy ngan personal ngan kerja pun tak sempat nak update.banyak cerita tertinggal..mana sempat story aku story nanti ya..

10
Kak Nor yang peramah..dulu masa mula mula jumpa memang dah boleh story banyak benda..maybe itulah kelebihan berblog.bila kita tahu sisi hidup orang lain maka mudah untuk kita bercerita ikut selera orang..macam macam jugak kami sembang,most of them gossip pasal dunia blog..bukan gossip yang tak elok ya..yang baik jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan..

11
Abang Ijan husband kak nor ni dulu mula mula malu nak tegur..sekarang bila dah start kenal so tak rasa segan dah..boleh jer bercerita and in fact,nice to talk to both of them..macam macam berbual ok..banyak kisah hidup terungkap.heheeee..abang ijan ni memang macam pendiam but once you greet him,he gonna be so friendly.

12
so dah datang sini setakat sembang tak best lah kan..kena lah order satay jugak..satay ayam dan daging..sungguh seksi satay satay ni..sedap di makan hingga menjilat lidi..mari mari kita jemput tengok..:)

13
satay samuri ni bagi aku dah terlalu komersial..satay station maybe lagi sedap tapi aku tak puas hati sikit pasal apa harga dah naik sampai 0.90 sebatang kat satay station..memang lah satay nya besar besar but harga takyah la naikkan..huhu..nasib baik aku bukan pencinta satay sangat.kalau tak aku buat adauan kat kementerian hal ehwal pengguna.hahahaa..

14
Bukan kami berlima jer pada malam ni..sam dan angah pun turut terlibat..actually pelan asal nak keluar ngan diorang tapi sam kata parents dia datang sini so tak dapat nak keluar tu yang aku dinner ngan kak nor sekeluarga..tiba tiba dia kata ok pulak so jom ajer lah sekali..lagipun diorang tak pernah jumpa lagi kak nor so boleh berkenal kenalan..like what they mention,diorang banyak dapat kawan baru sebab boleh kata everytime aku jumpa blogger diorang akan turut serta..hehee..well,thanks friends for joining us!

14a
Dik Are ngan wawan..bukan main lagi wawan ni..mula maula malu tapi bila dah layan lama lama dia ok..biasa lah,baru first time jumpa ngan Dik are tu yang malu malu..suka bergambar si wawan ni kan..

15
Sembang sembang sampai jam hampir 10 malam.masa ni sam ngan angah dah nak gerak dulu nak jumpa parents yang datang dari Perlis..thanks abang Ijan sebab ambik gambar ni..:)

16
Dua blogger..tak kenal maka tak cinta..:)

17
Bila sam dan Angah balik aku sambung sembang lagi sampai pukul 10 lebih..then baru masing masing gerak..Abang mula mula tanak ambik gambar bila time time nak balik ni dah start ceria..mula mula tadi dia moody sebab tak dapat nak tengok drama Kau dan Aku..heheee..aku pun tak taw citer apa..advance sungguh bebudak ni kan..tu pun siap mintak mummy ngan daddy nya belikan blackberry dan Iphone..pehhhh mantap..sungguh celik IT.:)

18
Di tepi Restoran besar satay samuri ni ada kedai kecik kecik jual selipar dan barang mainan dan juga barang makanan..aku tengok kak nor ni sabar dan tekun melayan kerenah hero nya berdua tu..siap belikan mainan untuk diorang..ye lah,kehendak anak anak mesti kena layan juga tapi jangan sampai berlenihan nanti cerita lain pula..apa apa pun aku doakan kak Nor terus menjadi Ibu yang baik pada boy dan wawan..Insya Allah..

19
so it's time to go home..masa ni hujan rintik rintik..boleh pulak sam tertinggal payung then dia suh aku buat balik dulu.jawabnya sampai ke Penang lah nanti payung ko tu..kalau rajin esok sebelum balik penang aku singgah opis ko hantar payung..

20
Anyway,i had another great night meeting with blogger friend..kalau dulu orang kata persahabatan melalui dunia maya ni karut tapi aku rasa it always depend pada individual judgement..for me aku nak berkawan dengan ikhlas,dan bukan setakat di muka laptop sahaja..biar lah bersua muka dan make it real..after all,keikhlasan yang penting kan..Thanks Kak Nor & Abang Ijan for the dinner treat..ada masa kita jumpa lagi aku belanja korang pulak..thank you again.kalau ada masa nak pi Penang bagitau boleh saya bawak pi jenjalan..

Sekian laporan hari ini.Wabillahitaufikwalhidayah..


*ok now it's time to go to bed..Goodnite semua..esok aku akan balik ke Penang..nak masuk opis kejap petang ada hal pending kena selesaikan..wish me a safe journey yaa!!take care..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails