Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

DARI DAPUR AXIMUD : POTATO SALAD

Bangun awal pagi ni..sempat lah buat kardio workout lite-lite..Lepas solat subuh and mandi Then masuk dapur ambik periuk rebus telur ngan kentang 2 bijik.Plannya nak buat Potato salad..Teringin nak makan since ada orang bagi resepi minggu lepas.(Terima kasih yer awak!!)Malam tadi nak buat tapi tak sempat ada meeting di kelab kilat.Tanpa membuang masa,ayuh kita membuat potato salad di pagi rabu yang berbahagia ini!Khas dari Dapur AXIMUD untuk anda pembaca budiman sekelian.
.

Bahan-bahannya:

2 biji Kentang
2 biji telur
timun 1/2 batang
Lobak merah sebatang
Mayyonaise
Lada Hitam
secubit garam.

Cara membuat nya mudah yang amat:
.
Rebus kentang sampai empuk,rebus telur sampai keras.Then kupas telur dan kentang potong dadu.Potong timun dan lobak merah dadu jugak.kemudian masuk dalam bekas letak mayonnaise,laad hitam secukup rasa dan secubit garam.Gaul sampai sama rata dan taraaaaaaaaaaa~siap lah POTATO SALAD!!enak di makan sejuk ataupun makan macam ni pun dah ok.(maaf lah yek presentation aku kurang menarik.tak berapa nak jadi dadu aku potong,nak cepat sebab nak pi kerja pulak.)


Dapat lah bawak bekal sarapan pagi ni ke Opis..tahan sampai Petang.sedap pun sedap..Time lunch takyah keluar dah la.makan ni jer.Lagi pun aku sangat busy minggu ni..audit tengah berjalan.jap lagi nak pi buat site audit pulak.Kerja lain duk bertangguh lagi ni.sabar zim sabar..one step at a time.kita bukan robot nak buat semua benda dalam satu masa.
.
Ok nak Fokus pada kerja.

Sampai ketemu lagi dan selamat mencuba resepi baru dari Dapur AXIMUD!!
.
bai.

Monday, October 4, 2010

RESTORAN TOMYAM UDANG JELUTONG

Tadi banyak gile kerja yang tertangguh kat Opis.

Sudahnya lepas maghrib baru boleh kemas kemas nak balik..tu pun bukan siap lagi kerja yang duk ada,tapi dah tak larat nak buat so cabut lah dulu.sambung esok pulak..Kerja kalau buat sampai bila pun tak habis..After work,i did sms one of my friend ajak dinner sama-sama..

1

Plan nak makan di Padang Brown.tapi aku rasa macam jauh pulak nak ke Padang Brown dan mengenangkan tempat tu parking agak hazab so Restoran Tomyam Udang di Jelutong ini menjadi pilihan..Lagi pun dah lama tak menyinggah makan kat sini..Dengar kata Restoran ni merupakan Cawangan kepada Bangkok Tomyam di Bayan lepas sana..Waalahualam.

2

Air yang di order-FRESH OREN SUAM,Air Suam dan JUS EPAL..jus epal tak sempat nak ambik gambar sebab tuan punya terus minum.sekali sedut habis segelas..(ok ni tipu yek.saja nak buat cerita jadi sedap)

3

Makanan yang mengungguli carta hatiku tadi ialah SIAKAP BAKAR ni..Perencah nya memang sangat sedap okeh!!tak percaya try lah sendiri nanti..Lain kali boleh mai lagi Restoran ni untuk makan Ikan Bakar..Isi lembut dan tak hanyir.memang ada kelas!

4

KERANG BAKAR-yang ni pun sedap since sos yang diberi sangat sesuai dan sedap!

5

KANGKONG GORENG BELACAN

6

Ini ialah gamabaran secara Close up isi ikan siakap bakar yang sungguh marveles..agak agak merembes tak air liur korang tengok??selamat menjamu mata yer..hehheeeee

7

Last but not least-SUP CENDAWAN..maaf lah,aku lupa nak snap di awal persembahan tu yang dah last last ni baru snap.Kira halal lah yek..Sup cendawan nya Boleh lah..Ok lah.

8

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh aku tak kata..Sebab sedap sangat habis ikan tu aku ratah sampai dah takder rupa ikan dah..Cumanya aku perasan macam aku talked too much la tadik..ayaaarrkk..Bukan apa,bila ada teman berbual ni tu yang macam macam nak di bicarakan tu..Thanks for accompany me dinner..Hope to see you again later..:)

9

Apa kena mengena Fridge magnet ni tetiber?

Takder kena mengena pun dengan entri makan makan kali ni.saja buh gambar sebagai Hiasan.itu sahaja.

Sekian Terima Kasih.

Saturday, June 26, 2010

AXIM & FRIENDS : LEPAK SANTAI LAYAN BOLA

Selamat berhujung minggu semua!!

Aku baru balik dari servis kereta tadi..Pi tukar Timing Belt,tukar Brake Pad,tukar lampu Brek,tukar minyak hitam ngan buat alignmet and balancing sekali.Kopak terus.Baru jer gaji tapi terus jatuh miskin..nak buat macam mana..maintenance kereta nak kena jaga jugak.kang meragam kereta lagi teruk nanti aku jugak yang susah..i have to do what i have to do..Bulan tujuh kena ikat perut lah jawabnya..:(

Sambil tunggu kereta servis sempat layan MOVIE TOY STORY 3..ok lah ceritanya..citer bebudak..what do u expect kan..patut aku tengok citer Knight and Day..Then movie abes kereta siap terus balik umah.Jap lagi nak pi Feringghi plak jenjalan ngan member..lama tak pi feringghi..nak pi cari DVD skali..

Jom layan story malam tadi dulu..

******************************************************************

Semalam rasa seronok.

Sebab dah lama member tak datang rumah..My colleagues datang umah malam tadi sebab nak layan Bola game BRAZIL vs PORTUGAL..

1

Rumahku Syurga ku..mai mai jemput datang rumah..

2

Yang nak datang 3 orang jer pun.Tapi still rasa macam nak masak untuk depa..just nak buat simple jer.Masak mee bandung lah..lama tak masak..so lets masak masak..!

3

minyak ni kaler merah sebab pakai minyak Carotino..aku beli minyak carotino sebab Botolnya cantik..haha..dan of course sebab khasiat dalam minyak tu.mula mula just tumis bawang putih..

4

Then campak ayam campak udang sampai ayam dan Udang masak..pastu masukkan air dan rempah mee bandung(yang beli masa pi melaka last week..)..then tunggu mendidih.

5

Bila kuah dah mendidih masukkan sayur,mee Kuning ngan Telur.Taraaaaaa!!siap lah mee bandung..tunggu tetamu datang jer lah.

6

Tajul sampai dulu.dia bawak daging Burger ngan Roti nya sekali..untuk pembuka selera dia nak buat Burger ayam..nyam nyam sedapnya..

7

gigih memasak di dapur..

8

9

Dalam pukul 9.30 pm dua orang lagi member aku sampai..Syajaie ngan Fikri.kami rumah dekat dekat jer.Bukan jauh pun..haha.tapi nak berjumpa macam ni bukan senang..Tajul boleh mai lepak umah aku kebetulan Bin dia dalam pantang,ngan anaknya sekali ada di kampung..Burger dah siap masa ni.Jom kita makan!

10

Jom jom kita makan..(gelas diorang tak buh coaster..ish ish ish..)

11

mai makan burger ayam + salad ada Cheese..not for me..

12

Setel makan Burger game antara Brazil ngan Portugal dah start..apa lagi kaut lah dulu mee bandung di dapur.sambil makan mee bandung layan bola pun ok what..

13

14

Mee Bandung Kuah dah kering.macam mee basah dah rupa nya..

17

sessi makan makan free style..

18

Apa yang aku boleh katakan Game malam tadi tersangat lah boring..dua dua team macam nak simpan tenaga jer..main Defend jer..mentang mentang lah dah layak untuk ke next level..tak kisah lah.layan bersembang pun ok jugak..

19

Separuh masa pertama habis..aku pi dapur jap goreng Nugget plak..pencuci mulut ker?haha..patut hidang buah ni Hidang Nugget memang tak sehat sungguh.sekali sekala lah..sebab bukan senang depa ni nak mai umah aku..tak lama lagi pun dah nak pindah rumah..emmm malasnya nak pindah..

20

Akhir masa-Both team seri 0-0..memang tak best lah game ni..Semi Finale Portugal akan Jumpa Spain rasanya sebab spain menang lawan Chile pagi tadik..Apa apa pun aku tanak miss tengok game malam esok,England VS Germany..hope Germany will go through..anyway,Thanks to all of my friends yang datang semalam..berseri sikit rumah aku yang muram ni..heheheeee..

*Jom pi Batu Feringghi jom!!

Monday, May 3, 2010

MARI BELAJAR MEMASAK : KETUPAT SOTONG

Untuk kesekian kalinya,aku balik lagi ke kampung halaman tercinta..

Berjumpa mak dan ayah,adik beradik yang lain,anak saudara yang semakin petah..membuat jiwa aku tenang seketika..Kepada keluarga juga kita akan kembali kan jika di rundung masalah sebesar mana pun..Berita Gembira-adik dah dan Kak Fiza(isteri Shuk) masing masing dah pregnant..menunggu masa untuk anak saudara aku bertambah..Alhamdulillah syukur pada tuhan yang tak putus putus mengurniakan rezeki pada kami..

Sekarang musim Sotong kembali..so boleh lah nak dapatkan sotong yang bersaiz besar dengan harga RM10 Sekilogram..Mak duk ajar aku cara cara nak buat Ketupat sotong..makanan Orang terengganu/Pantai Timur rasanya..sebab kat tempat lain aku tak jumpa..mari-mari semua kita belajar cara-cara membuat KETUPAT SOTONG..:

1

Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair.

2

Sotong dibuang kepala dan dibersihkan

3

Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak

4

Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong

5

setelah itu sematkan sotong dengan lidi

6

Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba.

7

Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Senang bukan cara-caranya??bila balik kampung aku memang tak hirau pasal diet..bukan tak concern,tapi sekali sekala balik rugi kalau aku lepaskan peluang untuk menjamah makanan tempatan..nyata Ketupat sotong ni sungguh enak dan lazat!jumlah terkumpul aku makan ada la dekat 10 ekor!hebat tak??haha..Sebelah malamnya kami mengadakan BBQ,iaitu acara wajib kalau kami jumpa ramai ramai..

Entri seterusnya la aku ceritakan pasal BBQ nite tu ok..

*aku akan menghadiri kursus di RESIDENCE HOTEL,BANGI dari 3-5 Mei 2010.

Tuesday, January 5, 2010

SUP AYAM + BUDU

Malam ni terlebih rajin pulak nak masak..

Dalam peti ada ayam jer.Sadly Beras dah habes.huhu

agak-agak harga beras naik tak sempena kenaikan Gula 20 sen??

1

Menu yang sangat simple aku buat.amik periuk isi air buh ayam rebus atas dapur.then amik Bawang Putih dan Bawang Merah Tumbuk haluih haluih(FYI,aku tumbuk bawang sambil kunyah Chewing Gum-memang tak pedih mata!!you should try!!),then campak bawang yang dah hancur dalam air rebusan ayam,buh kiub ayam seketul,tambah garam,then tabur serbuk lada hitam and aku buh asam keping nak kasi masam.last skali masuk Tomato,Kubis Cina ngan Kailan.Pelik kan buh kailan tapi aku dapati sedap rupanya kailan bila di buat sup.Ikut korang lah kan.Resepi Rahsia belajar ngan kak Ija-Tambah Budu sikit..hehehe..sedap wa cakap lu..tak caya try k!

2

Then makan sambil menonton BIGGEST LOSER ASIA.

Aku baru perasan tiap kali ada Biggest Loser ASIA mesti aku rajin nak masak.

sebab apa tak taw.hehe

Ok lah,nak tidor dah.

Kena tidor awal,esok ada agenda penting..wuhuuuu..

*Currently aku suka sangat dengar lagu MUSE-undisclosed Desires..misteri habes lagu tuh!!i mean,muziknya yang misteri..i like..

Monday, October 26, 2009

RESEPI AYAM UNGKEP

Entah apa mood malam ni,weng kot seketika tetiba rasa rajin nak memasak pulak..Barang dapurnya dah beli since hujung minggu yang lalu,cuma malam ni baru mendapat kekuatan nak sibuk memasak kat Dapur..Actually aku dah lama teringin nak buat AYAM UNGKEP ni sendiri,setelah 3 kali makan Ungkep yang Angah Buat..(first masa Kat rumah aku,second kat PD,dan yang ketiga masa pi Umah dia minggu lepas..).Aku suka Ungkep ni,merupakan makanan Jawa..

Tanpa membuang masa,jom kita tengok bahan bahan nya..(aku ingat-ingat lupa ni..Kol angah semalam dia tak angkat pulak so aku try la mana yang sempat..)

1

-2 Ulas bawang Merah

-1 labu bawang Putih

-Kunyit hidup

-Halia

-Cili Padi

-Daun Kunyit

-Serai 2-3 batang

-Asam Kepng

-Gula dan Garam

2

Bawang Merah,bawang putih,kunyit hidup,halia,Cili padi ni semua kena kisar halus..kasi blend sampai lumat sebagai bahan tumis..

3

Korang kenal tak ni apa?ni lah namanya BIJIK KETUMBAR yer tuan tuan dan puan puan sekelian..jangan lupa taruk ni sekali dalam bahan yang di kisar halus..ada lebih sepeket besar dalam peti aku ni balance yang angah buat Ungkep masa datang rumah aritu..hehehe

4

Ayam mentah siap potong dan siap basuh

5

Maaf lah yer,Rumah aku memang zaman batu sikit..Takder blender sebab aku suka pakai Lesung batu sahaja..lebih asli dan lebih original(alasan sebab takder duit nak beli blender)..Tapi memang betul,mak aku selalu pesan,guna lesung batu rasanya akan sedikit berlainan dari korang pakai Blender,lebih sedap..tak percaya??PERCAYALAH..

6

Gagahkan diri anda untuk menumbuk sampai halus..sampai merah mata aku tahan pedih sebab bawang ngan lada masuk mata..haha..kalau korang ada blender berkuasa tinggi masuk blender preetttt preeettt preeetttt then siap..takyah la menumbuk macam ni.Buang masa dan buang tenaga.

7

Langkah seterusnya apa lagi-ambik periuk,tumis minyak,masukkan bahan kisar,tumis sat then terus masukkan ayam,Serai dan daun Kunyit sekali Harung..ni Angah yang ajar aku-dia kata masukkan semua sekali dalam periuk sekali gus termasuk gula garam dan asam keping..tutup periuk tinggal dengan api perlaha..Kang hangit jangan nak salahkan aku..(ni Angah yang ajar,kalau salah dia yang bersalah,bukan aku..heheh)

8

Biar seketika dalam 20 minit then balik balik kan ayam..biar sampai empuk dan bagi aku,aku suka kalau ayam tu pecah pecah lembut berderai..macam meyelerakan sangat kalau ayam tu hancur macam tu..

9

UNGKEP ni berkuah,so ikut korang la nak kuah nya pekat atau pun cair..nak pekat kalu buh la bawang banyak banyak..kalau nak kering kontang pun boleh tapi nanti makan ngan ansik macam tak syok pulak kuah nya takder..ikut korang la..Korang yang masak.

10

Seperti dalam Illustrasi di atas,aku memandai mandai jer tambah Carrot..ikut yang asal Angah bagitau aku takder buh carrot pun..saja la aku nak kasi lawa tu yang buh carrot..haha..Kira halal la ek..tapi tak ker macam lagi berseri kalau buh carrot..buh carrot,tinggal dalam 10 minit then tutup api,rasa la dulu..kurang gula kaaa kurang garam kaa kurang masam kaa..kalau semua dah ok siap untuk di hidang kan..haippp..

11

Ini lah dia rupanya AYAM UNGKEP yang telah siap..hohohoho..Buat julung julung kalinya aku masak menatang ni,dan rasanya not bad..lebih kurang jer macam yang Angah buat..hehe..memang berempah dan sedap..(boleh ker puji masakan sendiri??LOL)

12

Meh meh jemput makan..

13

Lauk dah siap,apa lagi..Hidangkan Nasi panas panas then makan selepasa baca Bismillah..Jadi begitu lah ya Tuan tuan dan Puan puan sekelian,dari dapur AXIMUD membawakan khas Resepi Ayam ungkep,selamat mencuba dan selamat merasa air tangan sendirik..kalau ada sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya di Talian 012-3456789..Sekian..

Jumpa lagi dalam episod akan datang!!Salam mesra Salam Permisi..

*tetiba duk buat entry masak masak macam rancangan masakan kat Tivi..hahaha..seronok jugak..aku dah Mood nak HOLIDAY ni apa kes..ekkkkk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails