Followers

Showing posts with label racekit. Show all posts
Showing posts with label racekit. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

PBIM 2014 RACE KIT COLLECTION AT BATU MAUNG

15 NOVEMBER 2014
 
Perjalanan ke Pulau Pinang di mulakan pada jam 8am dari Ampang.. malam sebelumnya aku ada game Bowling di Kuantan Plaza.. GTD TNB Kuantan yang anjur.. jadi antara wakil player station lah.. we didn't won but as always yang penting we had so much fun. Dari Kuantan aku straight ke Kuala Lumpur kononnya nak fetch Kak Tie kat Ampang dan terus bergerak ke Penang. Tapi apakan daya kudrat tak larat. Berhenti di RnR Temerloh dan tertidor sampai jam 6am.. Penat sebenarnya tidur dalam kereta tapi tu lah kisah hidup ku. Banyak masa selalu habis dalam kereta sebab selalu travel here and there..
 
Fetch Kak Tie di Ampang, then terus kami gerak. tak singgah makan dah.. nak kejar masa nak sampai Penang cepat. Kami tak collect lagi racekit. Banyak kereta menuju ke Penang. Sampai di area Taiping kelihatan lori Nestle banyak di jalan. Lori Milo dan Lori bijirin. konpem untuk Penang Bridge International Marathon esok. Sesekali ada jugak hujan renyai renyai. Mujur hujan tak lebat. kalau tak mesti lagi lambat sampai sebab tak boleh bawak laju.
 

Dalam jam 12 tengahari, kami pun sampai dengan selamantnya ke Pulau Pinang. Alhamdulillah.. terus masuk ke Pulau ikut Jambatan Kedua. Jambatan ni jauh lagi panjang dari Jambatan lama. slow motion jer aku bawak atas bridge. boleh menghayati laluan marathon pada esok pagi. nampak lah ada sign board KM yang disediakan di tepi jalan.. bersedia atau tidak kita lari saja nanti!


Peneman setia ku, the one and only Kak Tie


Cuaca adalah sangat panas..dan orang pun adalah sangat ramai.. nampak lah jugak regular faces here tapi tak sempat nak tegur.. Kak Tie ada jumpa a few of her friends.. Yang aku pelik kenapa lah tak organise pengambilan racekit ni. tak ada ikut kategori pun. semua redah jer main ikut suka. khabarnya organiser baru. so we'll see how lah nanti diorang handle. beratur dalam setengah jam jugak nak ambil racekit. Rasanya ramai yang ambilkan untuk orang lian tu yang jadi lambat. untuk yang tak tahan beratur macam ni dinasihatakan minta organiser kurier jer racekit ke rumah atau pejabat. tak perlu bersusah payah. tapi ada caj penghantaran lah. Ikut ssuka korang lah kan. korang yang bayar. FYI, aku join Full Marathon dan Kak Tie join 21 km( Half Marathon).


Ada piala apa ntah diseiakan di sebelah booth jualan official merchandise for Penang Bridge International Marathon.. kat area ni tak menarik lah booth nya. mungkin sebab cuaca panas so tak ada mood sangat nak tengok merchandise. Kak tie ada lah beli t-shirt satu. aku ada beli keychain. yang lain lain biasa jer lah.
 
so next tempat kitorang nak gi makan.
 
LAPAR!!!

Friday, October 25, 2013

RACE REPORT : BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2013 - HALF MARATHON 21 KM

Mari membuat race report.

BSN PNM 2013 - 19 OKTOBER 2013

Since sekarang aku dah transfer kerja kat area Paka, maka hari ahad adalah waktu bekerja.. selepas ni mana mana running event kena select yang best best jer lah. sebab nak kea aplly cuti since banyak running event biasanya diadakan pada hari ahad. jarang ada hari sabtu.. takpe lah. thats the price i have to pay. Allah tak bagi semua yang kita nak. Allah akan bagi apa yang kita perlu. 


Maka bersempena dengan BSN Putrajaya Night Marathon yang di adakan pada hari sabtu malam maka gigih lah aku turun untuk berlari mengejar mimpi. sampai area Putrajaya dalam jam 5pm. berkejaran dari Terengganu sebenarnya hantar wife naik flight jam  3.45pm. nasib baik tak kena tinggal flight. so dari LCCT aku ke Putrajaya. Makan dahulu di Kenny Rogers Alamanda dan ambik BIB untuk lari malam ni. Thanks Pak Meon for the BIB. aku tak register this run. Pakai BIB org lain. actually salah sebenarnya pakai BIB orang tapi since aku takkan dapat nya menang this race, so why bother, janji dapat finisher Tee. ambik 21 KM sahaja.


 As usual, tempat permulaan di Palace Of Justice.

Sebelum lari sembahyang dulu lah apa cerita pun. ke masjid Besi berdekatan dan kat situ berjumpa lah ramai muka muka regular yang duk join event ni. Alhamdulillah seronok berjumpa dengan kawan kawan.. kalau hari biasa bila nak berjumpa entah. tumpang event event macam ni lah nak bersua muka dan bertanya kan khabar.


Selesai solat dan bersalin pakaian terus aku ke garisan permulaan. Untuk Full Marathon peserta dah dilepaskan jam 8pm.. teringat last year aku buat Full Marathon dalam event ni.. my Personal Best pulak tu 5 jam 4 minit. this year tak register FM pun.. takpe insya Allah cuba lagi tahun depan..


Tempat berkumpul untuk peserta Half Marathon 21km


Jam 8.30pm peserta untuk half Marathon flag off. maka bertempiaranlah semua peserta lari demi mencarikekuqatan dalam diri masing masing untuk menghabiskan larian 21KM.. masa ni hujan baru nak berhenti. actually masa tengah berlari pun memang hujan rintik rintik.. tapi nasib baik tak lebat.. aku memang prefer berlari malam.. cuma malam ni aku tak berapa nak larat. mana nak larat kalau tak training betul betul.. firrst 10 KM jer aku bboleh maintain pace bawah 6 minit per km. pastu hancur ke laut. Timing last jadi 2 jam 32 minit. worst timing ever for HM. takper, janji habis kan.


Masa 3km yang last terserempak dengan pakcik azuan. kenapa pakcik? tengok bib nya ya kategori mana. hehe. gurau jer ya azuan. thanks lah pace sama sama ngan aku sampai ke Finishing line.. we made it again..yeahhhhh..


Finisher Tee 21km and Medal


Oh ya, lupa nak cakap kak tie pun ada sama lari 21km malam ni.. jangan tak percaya ya kak tie sekarang dah glowing.. makin kurus sekarang.. Lepas ni makin laju lah berlari.. tahniah kakak ku dapat habiskan larian!! Tahniah juga pada encik sepul dan encik Burn!! ni geng yang sempat bersama ambik gambar sebelum aku balik. bukan balik Ampang ataupun Cheras. Nunnnnnn balik Kemaman sebab esok kerja. Tak boleh di amalkan selalu lah. bahaya drive sorang sorang tengah tengah malam. Next year kalau nak lari jugak aku akan apply cuti lah di hari ahad. baru ada masa nak rest.

ok dah.

Tu jer race report aku.

Bosan kan??

Tapi aku dah kembali berblog ya!!

:)

Saturday, November 17, 2012

PBIM 2012 RACEKIT COLLECTION @ QUEENSBAY MALL, PULAU PINANG


Cuaca hari sabtu yang cerah.

Dari Queensbay Mall nampak Penang Bridge yang panjang itu. aku, Faiz dan Aizat ke QB Mall untuk racekit Collection bagi event yang akan berlansung awal pagi esok..memang aku saja nak self collect sebab alang-alang memang aku stay kat Pnenag kan. Membazir wang pos jer kalau nak suh diorang pos. Aizat dan Faiz tumpang rumah aku. Kak Tie masa ni masih belum sampai dari KL..dalam pukul 2pm nanti dia sampai la tu.


Boleh tahan jugak ramainya orang


Everything in order sebab banyak kaunter dibuka ikut kategori


selesai urusan ambil racekit


To be honest i dont know what to expect for my Third Full Marathon ni. sebabnya memang aku tak training sangat. busy ngan kerja and hal hal lain. tapi sebab dah register so gamble jer lah berlari. hopefully dapat berlari dan tak injured. tapi biasanya kecenderungan untuk injured adalah tinggi kalau kurang training..hmmm tengok lah nanti camana ni.


Lepak starbucks dulu. sementara nak tunggu Kak Tie sampai dari KL


Green tea frappucino tu aku punya


Dari QB Mall kitorang gerak ke Jalan Masjid Kapitan Keling..nak makan tengahari..kat sini ada nasi kandar. Tapak sam amacam Nasi Kandar Beratur. aku tak pernah try. ni baru nak makan ngan diorang


Jom makan!


Kalau dah namanya makan nasi kandar memang kuah kena kri ler..Kuah campur ambik telur sotong ambik ayam gulai. kena carbo loading bebetul sebab awal pagi esok nak berlari 42KM..masa tengah makan jumpa Encik Haniff, Ediey dan Watie Rosmera..depa stay di area Georgetown jer..so lepak lah minum minum sambil sembang skali..tapi takleh lama sebab Kak Tie dah nak sampai and kena fetch dia dari Butterworth.


Lepas Fetch Kak Tie bawak dia pi makan kat NANDOS bandar Perda AEON and sambut besday dia skali.(Rujuk entri sebelum ni). Then balik rumah kak tie berehat rehat and aku bawak Faiz dan Aiat keluar dinner pulak..kami makan di Wan Zai Ikan Bawal Goreng set..ambik Ikan bawal, ayam goreng dan Ikan keli..sedap jugak makan set ngan kuah kari macam ni..then after dinner terus balik dan berehat sebelum bertolak kke Queensbay mall semula pada jam 12am nanti..

*to be continued.

Wednesday, June 13, 2012

DIARI AXIMUD : KISAH SEMALAM DAN HARI INI

Hari ni tak bermula dengan baik.

Terjaga lewat dari tidur.padahal aku dah tidur awal malam tadi.terjaga pukul 7 lebih alamatnya subuh gajah lah.nak buat macam mana..Ya Allah ampunkan dosaku sebab solat subuh lewat..Then terus bersiap siap untuk ke Opis..sempat sarapan pagi dengan cereal with v-soy milk.
 

 So this is my workplace.every morning pasti akan aku sempat tengok matahari terbit di celah chimney tu..Subhanallah..Indah mata memandang..Tapi ni snap guna kamera Fon sahaja.kalau guna DSLR aku tu mesti dapat capture gambar yang lagi cantik.


Minggu ni ialah minggu audit mengaudit..as usual lah kalau audit memang aku akan busy..audit bukan nak cari kesalahan tapi more kepada nak membina dan membetulkan apa apa kesalahan yang tidak kami notis sebelum ni.Terima kasih kepada Haji Razak and the gang yang datang buat audit di stesen kami.Hopefully markah tak teruk sangat kami dapat nanti.


Bila auditor datang stesen kena lah bawa auditor makan kat tempat yang best best sikit..tengahari tadi bawak makan di Gulai Sembilang laut..semalam bawak depa makan di Restoran Awet Muda..Esok tak sure lah diorang nak makan kat mana pulak. Lunch makan Ikan pari cicah air asam.yang lain makan Ikan sembilang.tapi Restoran ni gulai Sembilangnya memang tip top!sedao gila!kalau korang datang penang nanti aku bawak korang makan kat sini.Insya Allah.


Time lepas lunch tadi atas meja aku ada parcel lah pulak.i wonder whats inside the parcel.Then aku bukak rupanya ada Racekit untuk Standard Chartered KL Marathon This coming 24 Jun 2012..To be honest aku berdebar sebenarnya sebab SCKLM this year aku registered untuk Full Marathon 42KM.Tak berapa nak yakin aku boleh buat ker tak tapi aku yakin aku boleh.Insya Allah.Training tak berapa nak sempat sebab busy ngan hal kerja.tapi i will try my best lah.


Speaking of which this is my route tempat aku selalu training untuk berlari..berdekatan Safira Country Club..Routenya dari hujung ke hujung ialah 1.3 KM..so biasa training 10 KM kat sini..orang pun memang ramai selalu time petang petang.


Sampai Maghrib pun ramai lagi orang yang duk berlari..


Time dinner tadi jumpa Cik LJ kejap.dia ajak teman dia beli hadiah kahwin untuk kawan dia yang akan berkahwin di Medan Indonesia..aku suggestkan beri buku..last last we decide untuk beli bed Sheet..siap bungkus dan beli kad sekali.Then baru rasa nak makan.dah agak lewat tak tahu nak singgah makan kat mana last last Pizza Hut menjadi Pilihan. Tapi servisnya adalah sangat lambat ya..


Tengok menu dalam Pizza Hut :diorang ada seleksi baru..western.macam dah pelbagai menu yang ada.so aku tertarik dengan menu Chicken Chop with Italian Herb.aku order dan dapat lah menu macam dalam gambar di atas..menarik tak????serius aku tak selera tengok presentation neh.


Hot dog nya overcooked dan berkedut kedut.This is such a humiliation to the food industry!!aku rasa sangat tertipu yer dengan menu yang ada dalam gambar.dalam gambar nampak sangat cantik tapi realitinya macam ni lah..tak membangkitkan nafsu syahwat untuk makan.tapi what to do,apa yang ada dalam plate habis jer aku makan.sebab mak aku kata tak baik cela makanan.dan tak baik membazir.membazir kan amalan syaitan.so aku ikut cakap mak aku.


Brokolinya macam kena layur camana ntah.mashed potatonya entah.tak tahu nak explain.


See???This is gambar yang ada dalam menu.nampak menarik kan??aku boleh consider ni ialah false advertising!!Pizza Hut Malaysia should take note on this!Carrot lansung takder yer dalam menu yang aku makan..patut kena potong harga !(macam lah diorang akan baca blog marhaen aku ni kan.)


Nasib baik lah dapat frame gambar dari cik LJ.terubat sikit rasa tertipu dengan Pizza Hut..Thanks to you yang bagi this frame..appreciate it so much!!balik dari Queensbay Mall terus bersiap siap nak tidur..maaf lah sebab tak sempat nak ucap Goodnight sebab dah tertidur.Penat sangat rasanya.

Dan hari ini audit berjalan seperti biasa.

Saturday, March 10, 2012

HUJUNG MINGGU YANG BARU SAHAJA BERMULA..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Aku baru sampai KL jam 6am..saja naik bas dari Penang pukul 2am malam tadi..masuk dalam bas terus tertidor sedar sedar dah sampai Puduraya..dari Pudu Sentral aku jalan kaki ke Masjid Jamek solat subuh dulu..Then beli sarapan pagi tepi masjid jamek dan naik teksi ke Hospital Kuala Lumpur.Target aku pagi ni nak sarapan pagi sama sama ngan ayah dan mak.



Sampai kat wad ayah dekat pukul 7am..aku tak bagitau pun diorang aku nak datang.since ayah duk wad yaang sorang sorang so aku tak kisah sangat nak datang bila bila masa pun.memang kalau ikut peraturan tak boleh tapi pandai pandai lah korang nak hidup.kalau nak ikut semua peraturan ciptaan manusia ni macam macam tak boleh..aku beli nasik lemak kerang dan sotong.ada lah beli kuih sikit..terus siap siap sarapan pagi sama sama..Lepas sarapan aku tidur sekejap.hehe.mengantuk..hari ni ayah akan buat hemodialisis so dalam jam 6 petang baru siap.Terjaga dari tidur Kak Ija dah sampai bawak nasik goreng..so makan lah dulu sikit nasi Goreng yang kak Ija goreng tu..sedap lah kak!


sementara ayah tengah buat hemodialisis aku keluar kejap ke The Curve Damansara..thanks a lot to Izman dan Bach sebab fetch me kat HKL untuk collect racekit sama sama.Racekit untuk Half Marathon Brooks pagi esok..nasib baik orang tak ramai..tapi agak sedih tengok kualiti vest untuk run..sangat nipis..yang penang bridge tahun lepas lagi tebal..takpaa lah.syukur dengan apa yang ada..Aku Jumpa jugak buat kali pertamanya ngan Zarul, Gengkakilari members..kitorang lepak minum kat Foodcourt IPC sambil sembang.ehh bukan minum saja siap makan nasik ayam kononnya carbo load.tapi seriyes nasik ayam simple kat Foodcourt IPC tu sangat sedap!after that Bach dan Izman hantar aku semula ke HKL.Thanks guys!


Sampai kat HKLpetang tu ajk Kak Ija dan mak jenjalan kat Chow Kit..Jalan kaki sahaja..weekend kali ni aku malas nak drive.bukan apa,penat..naik bas lagi rileks.save duit pun ya..tak larat lah kalau tiap minggu nak drive.lagipun sekadar dua hari naik bas sajalah..


Hospital Kuala Lumpur..'Rumah' baru kami..


Aku belum cerita lagi pasal mak jatuh kat tengh jalan minggu lepas..masa tu mak ke Pasar Chow Kit sorang sorang sebab nak belikan buah dan telur ayam kampung untuk ayah.masa nak melintas jalan mak berlari lari anak tapi terpijak jubah dan tersembam atas jalan raya..anak panah kuning tu aku tunjuk lebih kurang tempat mak jatuh..betul betul tengah jalan and nobody cares..Alhamdulillah takder kereta yang laju masa tu..Pipi mak bengkak,Lutut bengkak dan bibir berdarah..seriously sangat risau masa dengar Kak Tie beritahu..terus aku call mak dan warning dia lain kali jangan duk berani nak ke Pasar Chow Kit tu sorang sorang..dah la kawasan tu agak bahaya..lepas ni tunggu kami anak anak ada baru bawak dia..


fobia nak melintas jalan.hehehee


Ayah duk pesan suruh beli buah mangga.ayah memang macam ni lah dari dulu, buah buahan ni sangat lah dia gemar.aku tak lah menurun sifat dia yang suka makan bua..bab bab makan buah ni aku kurang sikit..makan gitu gitu jer.kalau ada,makan.kalau tak ada tak rasa nak cari pun..lagipun buah kat Chow Kit ni murah murah.Murah sebab banyak saingan.


just beli buah mangga sahaja.Buah lain mak tak beli.


tengok ulam ulaman ni semua macam sedap..pehhhhh..


ni aku ngan mak kat Gerai ABC Malinja.gerai ABC yang ayah suka..sejak duk kat HKL ni ABC ni dah macam minuman wajib.tak lah dia minum banyak..sekadar nak rasa jer tapi kena ada lah.Kak Tie lah yang selalu beli kat ayah..tapi hari ni dia duk pi main Paintball kat Putrajaya tu yang tak dapat jalan sama sama ngan kitorang.Beli dua bungkus ABC..boleh lah kitorang makan skali nanti..Hujan turun masa ni..nasib baik tak lebat dan lepas hujan berhenti baru kitorang gerak ke HKL semula.jalan kaki saja.nak naik teksi mak tak nak.dia nak exercise katanya.


Sampai kat wad ayah di HKL tengok ada makanan banyak..rupanya Mak Pah dan anak dia baru jer balik dari lawat ayah.kami terlewat sikit kalau tak boleh jumpa..tetamu datang bawak nasi padang dari Restoran Sari Ratu..so terus la kitorang siap siap makanan dan makan sama sama..Murah rezeki duk kat HKL ni.makanan tak pernah putus..Syukur Alhamdulillah.


Es teller..paduan isi kelapa,avocado,nangka dan bijik sagu.sedap!!


Lepas makan just sembang sembang ngan mak..sambil tunggu kak Tie sampai..lewat pulak dia sampai di HKL hari ni..duk beraktiviti sakan sangat di Putrajaya..Ayah harini nampak sangat keletihan.bisalah..lepas Hemodialisis memang macam tu.Ayah akan penat dan pening pening kepala sikit..Hopefully ayah boleh tidur lah malam ni..tekanan darah ayah dah stabil buat masa sekarang..Alhamdulillah..


Tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya kak tie sampai HKL..dia makan dulu apa makanan yang ada then kami beransur untuk pulang..esok pagi nak berlari 21KM ni di stadium bukit Jalil starting pinnya so memang memerlukan rehat..masa ni dah dekat jam 10pm..so goodbye mama dan papa..esok pulak kami datang ya!!


Dari HKL tak singgah mana mana dah straight away balik rumah kak tie jer..kak tie pun join Half Marathon Brooks esok..Racekitnya aku dah toong ambikkan tadi di The Curve..tengah tengah malam macam ni boleh pulak aku lapar lagik.mintak kak Ija buat kan kueytiow Tomyam.hehee..thanks kakak!love you lah!agaknya tu carbo load terakhir before nak berlari esok pagi..Nervous jugak tapi just do it lah!insya Allah i can do it..

*ok now aku nak tidor..wish me luck untuk Brooks Half Marathon(21KM) esok pagi!nak kena bangun pukul 4 pagi sebab flag off jam 5.30am..jangan tak terjaga sudah..Goodnight!assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails