Followers

Showing posts with label pwtc. Show all posts
Showing posts with label pwtc. Show all posts

Monday, February 6, 2012

PESTA BUKU @ PUTRA WORLD TRADE CENTRE

Bersiaran dari Wad Nefrologi HKL.

Malam ni aku tidur sama-sama mak dan ayah..Tadi hantar Faiz dan kak Tie balik ke Ampang..actually sangat lah mengantuk tapi aku gagahkan diri juga nak update pasal cerita petang tadi..sempat bawak mak jalan jalan beli buku di PWTC.ada pesta buku dan hari ni merupakan hari terakhir..


aku minta kak Tie bawak kereta ke PWTC..Saja nak merasa duduk kat seat belakang..Biasa drive sorang sorang entah bila masa dapat duk kat belakang..kali ni kami pergi berempat sekali ngan Faiz.Kebetulan dia pun cuti seminggu..


Here we are at PWTC


Sampai PWTC kami ke surau Ar-Rahman solat asar dahulu..Then baru jenjalan di Booth yang ada di Pesta Buku..aku ingatkan besar rupanya kecil sahaja ekspo buku ni..banyak yang kelihatan buku buku agama yang dijual pada harga yang lebih murah dari pasaran..ada jugak jual majalah majalah lama pada separuh harga.aku beli majalah SOLUSI untuk ayah di Booth Telaga Biru..Buku buku lain tak ada yang menarik perhatian sangat..Just belikan sebuah buku Sirah Nabi untuk seseorang..:)


Mak pulak ada belikan buku untuk cucu cucu..dan ada beli jugak buku syarah Hikam dan cara amalan perubatan Dr. Haron Din..Orang still ramai masa ni.nak dapatkan diskaun yang lebih la kot duk tunggu sampai jam 8 malam.


Ada satu booth yang menyediakan perkhidamatan untuk menulis nama dalam jawi tulisan Khat..aku suka tengok orang yang ada kemahiran macam ni..i wish i can be that person too.tapi nak buat macam mana tangan tak berapa nak berseni..Harga pulak reasonable.


This is my Name Versi Khat.so Nice!!


Pesanan khas dari kementerian Penerangan Malaysia


Sebelum patah balik ke HKL (Mak dah risau duk tinggal ayah lama- lama) solat maghrib dulu di Surau Ar- Rahman..Then terus balik ke wad ayah..Tercapai jugak hajat mak nak tengok buku buku di Pesta Buku PWTC ni..and now aku dah tak larat..mengantuk yang amat sebab tak cukup rehat travel dari Terengganu ke KL semalam..nak tidur dah.zzzzzzzzzzzzzzzz.

Selamat malam.

Allah SWT berfirman maksudnya: Hari akhirat itu adalah suatu hari yang tidak memberi manfaat segala harta benda dan anak pinak, melainkan bagi mereka yang hadir menemui Allah dalam keadaan berhati sejahtera. (al-Syu'ara: 89) 

Saturday, October 29, 2011

HALFEST FESTIVAL 2011 : HALAL FIESTA MALAYSIA

Saya nak cerita pasal HALFEST FESTIVAL 2011 yang telah diadakan pada 12-16 Oktober yang lalu..aku ngan kak tie sempat attend this festival pada hari terakhir..this is the first fiesta halal di Malaysia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tak reti nak story panjang so layankan gambar je lah.


Berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 Oktober lalu, Halfest 2011 bukan saja dapat menggamit hampir 50,000 pengunjung bahkan ratusan peniaga industri halal di seluruh pelusuk tanah air kita dihimpunkan di bawah satu bumbung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Terbahagi kepada beberapa sektor, hampir 550 syarikat dan usahawan tempatan mengambil bahagian dalam penganjuran this festival, sebanyak 95 peratus syarikat PKS menyertainya dengan 83 peratus peserta adalah usahawan Bumiputera.

*SABDA Rasulullah S.A.W. “ “Apa yang halal adalah jelas. Apa yang haram juga adalah jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjaga dirinya daripada perkara samar, maka ia akan membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang siapa terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia terjatuh dalam melakukan perkara haram.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails