Followers

Showing posts with label nandos. Show all posts
Showing posts with label nandos. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KAK TIE!

It all started last year.

Our first met. at Restoran Pen Mutiara Batu Maung kari kepala Ikan. Tujuan untuk sambut Birthday kak Tie. and that was the first time i met her. since then we are more comfortable to be friend until what we had now.ok enough about me and her. Aku nak cerita pasal sambutan ulangtahun kelahiran Kak Tie sebenarnya. 17 November 2012. Dan Kak Tie sampai di Penang untuk larian Penang Bridge Marathon awal pagi esok.


Tempat pilihan ialah di NANDOS Bandar Perda AEON.


makan ayam lah kalau makan NANDOS


English Breakfast Tea. My favorite.


Dah siap makan baru pihak krew NANDOS keluar dengan Kek dan nyanyi lagu happy birtday untuk Kak Tie..tak sempat aku nak rakam Video..Kek Kegemaran Kak Tie ialah New York Cheese Cake. so aku tak makan cheese tu yang sebelah lagi tu ada kek Cokelat. Thanks cik LJ tolong arrange kan semua ni. i owe you one!


Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Tie!semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. i will always love you sis! semoga Allah akan sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga. Ameen..Bukan kek yang jadi keutamaan, Ingatan tu yang penting..


Tahun lepas Yana dan Zai ada join skali sambut besday kak Tie, tahun ni cuma kami bertiga sahaja..Insya Allah Tahun depan pun akan ada lagi sambutan yang sama jika panjang umur..Penang Bridge International Marathon memang buat tarikh birthday Kak Tie biasanya..hehee..Dari NANDOS aku dan Kak Tie terus balik sebab nak rest..dalam jam 12am nanti nak kena gerak masuk pulau dah sebab jambatan pulau Pinang akan tutup pukul 1am..

Sanah Helwah Kak Tie! and have a great year ahead with many happy returns. 

Insya Allah.

Saturday, May 26, 2012

CONGRATULATIONS TO YOU!!

Malam tadi aku tidur awal gila.

Lepas Maghrib terus pengsan.sebab a night before aku tak cukup tidur.penangan nasi kandar Pak jamal punya pasal..weng kepala wehh bila tak cukup tidur..so malam tadi kira cover dah lah.terjaga jam 4 pagi..terus aku tak tidur sampai subuh.lepas subuh sempat lah berlari 11 km kat Trek berlari belakang Safira Country Club Seberang Jaya..Plan nak berlari 15 KM sekali opis call pulak duk tanya macam macam.terus hilang mood.11 KM pun ok lah..training lagi dan lagi..Bulan Jun ada big event di SCKLM.

Balik dari berlari terus bersiap siap nak hantar kereta untuk servis di Bandar Perda..sementara servis pi breakfast dulu di Starbuck.Tempat servis dekat jer dengan AEON Jusco Bandar Perda. Minum Hazelnut latte tapi ganti soy milk.entah sapaa yang ajar ntah.haha.sedap jugak.sementara tunggu kereta siap..dalam pukul 1 pm jugak baru kereta siap..(pukul 3pm bas ke Kuala Lumpur..aku berhujung minggu kali ini di Kuala Lumpur menyertai Ekiden Run di Putrajaya.Boleh la jenguk Hari himpunan jutaan belia sekali)


Pergi ambik kereta  then kembali semula ke Jusco sebab ada date makan tengahari dengan cik LJ.lma tak jumpa dia..ada perkara yang nak di raikan.Tahniah lah sebab jadi pekerja cemerlang!


Jom makan tengahari di NANDOS


Kalau kat NANDOS memang aku makan set quarter meal lah.tu jer pun paling sedap aku rasa.pernah jugak rasa burger kat sini tapi tak berapa sedap..side dish nya Potato salad aku suka!kalau air, sparkling apple sedap.tapi aku minum air mineral je lah.nak save kalori intake..air mineral kosong kalori.pH 7.2 pulak tuh..dlam misi nak mengalkalikan badan.


CONGRATULATIONS!YOU DESERVE THIS!!


Kek Red Velvet Starbuck


Dear You,

You deserve all the kudos for the way you handled a very difficult situation with great boldness and much patience. I know that sometimes situation have not been easy for you, yet you did not lose hope and faced the adversity with utmost courage and came through, with flying colors

Congratulations to you again!

Once again wishing you good luck for the future

Sincerely yours

*May today’s success be the beginning of tomorrow’s achievements.

Saturday, January 14, 2012

ZAI'S BIRTHDAY CELEBRATION @ NANDO'S QUEENSBAY MALL

Alhamdulillah hari ini sudah berada di Kuala Lumpur.

Bertolak dari penang jam 11 pagi..kerana sebelum waktu itu ada agenda penting yang aku laksanakan..(tak perlu aku kongsi di sini.cukup aku,dia dan kamu sahaja yaang mengerti.).Entah mengapa perjalanan 4 jam terasa sungguh singkat,dan dalam pukul 3 petang sampai di HKL untuk melawat ayah yang masih membuat rawatan susulan di situ..Kebetulannya Abang jalee pun ada sekali so sempatlah beri souvenir dari Medan Indonesia..sebagai tanda ingatan.

Sementara menunggu ayah siap buat hemodialisis,aku nak share cerita malam tadi.bertempat di Queensbay Mall..saja buat sambutan hari lahir seorang rakan opis secara kecil kecilan..Selamat hari lahir buat Zai!semoga panjang Umur murah rezeki dan semoga berada dalam lindungan selalu..Insya Allah.


Jujur aku katakan,lama dah aku tak makan di Nando's..Antara outlet ayam panggang macam ni,aku prefer Nandos Rather than ayamas ataupun Kenny Rogers..ada style dan presentation makanan tersendiri..Makan di nandos ni pun atas permintaan Birthday Girl.so here we are at Nando's Queensbay Mall.


Order Quarter chicken Hot with Peri Potato salad and Grilled Vegie.Tu yang aku order..3 lagi yang lain order Quarter meal jugak tapi dengan side line yang berbeza beza.


Quite cepat jugak servis di sini..baru Order tak sempat nak rasa lama bersembang makanan pun sampai..so terus la makan dan sambung bersembang..aku tak berapa nak bersembang sanat sebab baru first time jumpa kak Oya..Depa lah sakan duk bersembang..aku concentrate makan ayam panggang.sedap habaq hang!


Agak agak macam dah habis makan aku panggil lah waiter yang ambik kek zai masa kitorang sampai tadik..minta dia serve dan nyanyi sekali..Terperanjat zai bila diorang tetiba muncul dan nyanyi lagu selamat ulangtahun kelahiran.nampak dia malu malu pun ada.haha..


Happy Birthday My fren!!semoga panjang umur murah rejeki


in case you guys wondering, Zai yang duk kat tengah tengah tu.member opis.


sangat lah comel dia duk nak buat wish sebelum potong kek..


This kek Lydia yang order..aising dibuat dari fresh milk kalau tak silap..


birthday girl dapat hadiah!!casing iphone original okeh


Sebab dah kenyang makan ayam mana lah kami dapat nak makan kek tu lagik..actually selalu macam ni kalau sambut birthday..potong kek always gonna be a nice symbolic..Kek tu separuh tinggal dekat pekerja di Nandos..upah gigih menyanyi tadik.haha..dalam pukul 9.30 pm kitorang beransur dan bertolak pulang.sekian sahaja kisah makan makan di Nandos.Jumpa lagi dalam sambutan hari lahir orang lain pula.

*tadi dah ambik racekit di Jayaone PJ untuk Mizuno Wave Run 10 KM esok..thanks kak tie tolong ambikkan..Jom kita berlari dengan gigih esok ya!

Wednesday, September 7, 2011

SIMPLE BIRTHDAY CELEBRATION @ NANDO'S RESTAURANT

Ini kisah malam tadi.

Semalam hari ulangtahun kelahiranku.Sempena itu,ada member nak belanja makan malam..so here we are at Nandos Sunway Carnival Mall Seberang Jaya..Simple  celebration jer pun.Syukur pada Allah sebab beri aku peluang lagi untuk terus hidup dan menikmati Nikmat nikmat Nya..Syukur..


Lama jugak dah tak makan Nando's Ni..


Aku tidak berseorangan.acara makan makan kali ini disertai sekali dengan teman yang berkongsi tarikh lahir yang sama denganku,Mazlan..6 september 2011..sama birthday.bukan senang nak jumpa orang yang sama tarikh lahir ngan kita...Mazlan ni member since aku masuk kerja lagi 5 tahun dulu..since Then,we still friends..Nikli dan Maz Daud pun ada.Maz Daud sambut besday in advance sebab besday dia on 9 september..(sama macam famoque ngan Doktor Shah)


As usual,kalau mai makan Nando's air sparkling apple ialah air yang wajib.tak reti nak order air lain.air ni jer aku suka.yang best ada epal boleh kunyah kunyah dalam tu.menarik.


Maka order lah apa yang patut.nak senang makan order Quarter meal dengan 2 sideline sahaja.masing masing ambik sidelines yang berbeza so boleh la rasa rasa..Perisa Extra Hot semestinya..sos di Nando's ni unik sikit..frankly speaking aku lagi suka ayam panggang di Nando's dari Kenny Rigers atau yang sama waktu dengannya.entah.Nando's macam lain sikit.harganya pun reasonable.


Sambil makan sambil sembang.Nikli tak berapa sehat malam ni.selesema dan macam nak demam..malam tadi ada singgah klinik Amar ambikkan Ubat untuk dia..pakai klinik Panel mintak ubat sahaja..Semoga cepat sembuh..Lanny pulak lama gila aku tak jumpa.since bulan puasa lagik.ada hal yang berlaku pada dia yang menyebabkan dia menyendiri buat seketika.Ada hikmah la tu..Allah maha mengetahui segala galanya yang tidak kita ketahui..


dan inilah kek hari lahir untuk tahun ini..Selamat Ulangtahun kelahiran buat azim ashaary dan Mazlan..semoga kami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Semoga Allah terus memberikan rahmat dan kasih sayang Nya agar aku dapat terus meneruskan kehidupan yang diredhai Allah..Ameen.Pertambahan Umur mendsekatkan lagi kita kepada mati makan amal ibadah juga harus semakin bertambah sebagai persediaan menghadapi mati..


Masa untuk potong kek..


Kembar 69.lain mak lain bapak.

.
Kek tu sekadar untuk posing jer sebab masing masing dah tak larat nak makan..dah kenyang makan ayam..tak larat dah nak makan kek..lepas dah kerat dan ambik gambar simpan semula dalam kotak.heheee..Terima kasih pada kawan kawan rapatku yang sambut besday sama sam amacam ni..Appreciate it so much!!less is more..and i think i'm lucky enough to have all of you as my friend..Thank you.


Another reason why kek tak sempat nak makan sebab kedai dah nak tutup.kami pelanggan terakhir..kalau kami duk makan kek lagi jawabnya kedai ni kitorang lah kena tutup.heheee..ni pun nasib baik pekerja tu sanggup tunggu..


dua asal dari Penang..aku orang luar tapi kerja kat penang.


Macam biasalah,Nikli dengan aksi sengalnya.dia tengah tolong awek kedai Nandos ni nak Closekan kedai.nasib baik dia tak tersepit bawah tu.anyway,Thanks bro for birthday treat..i owe you once..tapi jangan lupa hadiah besday aku.belanja makan ni kira perkara kecik jer kan.hadiah kira lain.tak bagi nanti aku tuntut..anyway,i really had a great night..Moga Allah terus memberikan kasih sayang dan RahmatNya pada kita semua..

*dan malam tadi balik dari Dinner aku ngan mazlan bertungkus lumus kemas barang sebab aku kena pindah rumah baru by this week jugak..Nikli tak berapa sihat so dia tak tolong..dia tolong tidor jer.haha..Thanks Mazlan sebab tolong..Petang ni lori akan sampai untuk pindah semua barang.mudah mudahan semuanya Allah permudahkan.Ameen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails