Followers

Showing posts with label movies review. Show all posts
Showing posts with label movies review. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

YOU KNOW YOU'RE IN LOVE WHEN.. KUCH-KUCH HOTA HAI



Terasa sesuatu.
 
Hujan turun.. menyaksikan Rahul dan Anjali menari dalam hujan.. di iringi kenangan silam semasa mereka masih berada di kolej. Kebenaran tetap sama. Rasa Anjali pada Rahul tak pernah berubah. Masa berlalu yang menjadikan mereka mangsa keadaan.. terpisah kerana berlainan arah dan tujuan. Di sini, mereka bertemu kembali. Bersama kisah lama yang menghantui.
 
Ketika Rahul menarik sari merah Anjali, mereka berdakapan dengan berlatar belakang kan muzik hujan. Dosa menerpa ke dalam jiwa Anjali saat terpandang cincin pertunangan yang telah tersarung erat di jari nya.
 
Ya.
 
Anjali telah bertunang. Dengan Aman.
 
Dan untuk ke sekian kalinya, Rahul terlepas lagi peluang keemasan ini dalam usaha nya untuk mendapatkan kembali cinta Anjali. Bergegas Anjali pergi berlalu dalam hujan, berhenti di sebelah pokok kelapa sambil melafazkan rasa cintanya pada Rahul. Tetapi dibalas dengan pelukan erat oleh Aman yang kebetulan datang membuat kejutan.
 
Dipendekkan cerita, akhirnya Rahul dan Anjali kembali bersama.
 
And they lived happily ever after.
 
Ahhhhh.
 
Saya bukan nak cerita sinopsis movie 'Kuch-kuch Hota Hai' ni sebenarnya. Sebab semua dah maklum. Rasanya semua pernah tahu dan pernah tengok movie hindustan ni. Kisah percintaan dan persahabatan - hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali, dan bercinta pun sekali.
 
Yang saya nak sentuh pasal peluang dalam hidup.
 
Tak semua orang mampu untuk dapat peluang yang sama berulang kali. Yang sentiasa jadi, peluang hanya datang sekali. Peluang yang datang kembali selepas itu sentiasa tak akan pernah sama dengan peluang yang pernah singgah itu tadi. Jadi ambil lah pengajaran, jangan kita lepaskan peluang yang muncul dalam hidup.
 
Seperti Rahul yang akhirnya berjaya mendapatkan kembali Anjali, saya harap kita semua mampu untuk membetulkan kesilapan lalu dan tidak mudah mempermainkan perasaan orang. Soal hati sukar untuk di mengerti kan, tetapi itu lah soal paling agung dalam kehidupan.
 
Kerana CINTA lautan bergelora.
 
Terasa sesuatu.
 
*Syawal 1436H kali ni banyak pulak cerita hindustan di Television..

Sunday, April 22, 2012

TRIP KOTA KINABALU APRIL 2012 PART 3 : DINNER @ SOON LI RESTAURANT, MUSICAL FOUNTAIN PERDANA PARK, & GSC SURIA SABAH

Dari Kompleks Sukan Likas, kami menjengah ke Restoran Soon Li untuk makan malam..ok i've been here before this on 2009 dengan Geng geng lain masa Trip Kinabalu that time..kenang balik saat tu cepat je rasa masa berlalu..3 tahun just pass us by macam tu jer..in a blink of an eye..Sekarang keadaa dah tak sama.masin masing dengan haluan masing mmasing..Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Ada satu spesies ikan yang namanya adalah aku tak pernah dengar sebelum ni.Ikan Kutanbak?Korang pernah dengar?Kitorang ambik juga Ikan Kutanbak seekor suruh buat panggang..ambik Sotong sket.Udang sket.last last jadi buket.ok #lawakhambar.


Order Teh O ais.sementara tunggu makanan sampai.sembang dulu..


Udang Goreng Tepung


Sayur campur.sedap jugak sayur nehh!!


Sotong Panggang..menu yang paling on top of the list !sangat sedap okeh.aku pun tak sure how do they do this..tapi memang this menu adalah menu wajib aku lah kalau datang ke sini lagi lepas ni.memang kena sangat dengan selera saya.sedap macam mana ntah.sukar saya nak eksplen.eh tetiba ber saya saya pulak di ruangan ini..


Ikan Kutambak Bakar


Kangkung Goreng Belacan


Makanan dah sampai..Jom kita serbu!!Overall rasa makanan di sini adalah sedap.



Ni ada satu fakta pasal makan buah selepas makan..tak elok sebenarnya.. makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi buncit kerana dipenuhi udara. Sebaiknya makan buah-buahan 1-2 jam selepas makan ataupun 1 jam sebelum makan..lagipun itu cara makan yang dianjurkan oleh Rasulullah..kita pada hari ini main belasah buah lepas makan..dah jadi macam budaya..marilah kita mengubahnya..


Ada orang bakal dapat backdated banyak nanti untuk gaji..hehe..so malam ni orang itu belanja makan malam..terima kasih daun keladi!ada rezeki belanja lah kami lagik..Alhamdulillah rezeki..kenyang sangat dah rasanya perut ni..ke man akami selepas makan??Tak balik rumah dah.terus ke Perdana PPark untuk menikmati Musical Fountain..aku dah pergi area ni Bulan Februari aritu..di Tanjung Aru..so Kak Te dan Hadi berkesempatan ah untuk menikmati keindahan Musical Fountain di sini..


This park is beautiful and clean. This park is free but you have to pay for the parking. This is a great place to jog and exercise. There are playgrounds for families with children. They even have separated playground for smaller children. If you are happens to be here around late in the evening, you may want to wait for the musical fountain. The have for 4 set of show every night which start at 7pm, 7.30pm, 8 pm and 8.30 pm. Every show last for 10 minutes.


Eh patutnya ambik gambar masa Musical Fountain tu tengah memancut mancut..tapi duk ralit dengar lagu sampai lupa nak ambik gambar..sudahnya ambik gambar lepas show lah.hehee..yang penting semua orang happy..sebenarnya we on rush sebab nak kejar wayang pukul 9pm di Suria Mall Sabah..so dah tak dapat tunggu next punya show.terus gerak jer dari sini.Kira singgah sebentar saja..tak lepak lama lama.


Movie yang menjadi pilihan pada malam ini ialah Cabin In the Wood..ceritanya macam..hmm.entah.susah aku nak review.agak tak paham endingnya sebenarnya..sayang jer tak ambik movie The Avengers..dah keluar awal di sini..takpe lah..Cabin In the Wood ni boleh aje lah..at least boleh lah sekadar Hiburan Ringan.yang jadi Hero yang berlakon jadi Thor dalam The Avengers..Jumpa jugak ngan Azril, Kawan abang bear dan abang shah..dari GSC Suria Sabah terus balik rumah dan packing barang untuk ke Kinabalu Park esok, dan meneruskan misi untuk mendaki Gunung Kinabalu nanti.

*Ok dah nak tidor..dah siap packing..ada barang tak perlu tinggal di rumah mereka dulu lah..Good night semua.semoga esok bakal menjanjikan suatu hari yang bahagia lagi buat kami semua.Insya Allah.

Saturday, February 11, 2012

DARI DAPUR AXIMUD : LUNCH + KUCH KUCH HOTA HAI

Pagi sabtu yang cerah.

This week ikut jadual kerja aku dalam list standby.station pulak shutdown..so aku tak ke Kuala Lumpur hujung minggu ni..Biasa jarang sangat lah berlaku apa apa kat Plant tu.but in case anything happened at least aku ada di sini..Lagipun ada a few things nak buat..so hari ni plannya malam karang ada buat BBQ Dinner,jemput kawan kawan rapat..Buat doa selamat sikit kalau ikut plan asal..Hopefuly rancangan berjalan lancar.


Pagi tadi ke Market seberang jaya ngan Shah irwan beli ayam, Udang, Sotong dan beberapa barangan untuk persiapan malam ni..balik rumah dah pukul 12pm terus siap siap basuh ayam dan udang untuk diperap..sambil sambil tu sempat lah aku buat lauk untuk makan tengahari kami hari ni..Just buat lauk simple jer, Sotong + Udang masak Tiram dan Ayam panggang serta telur dadar.


Nampak macam tak sedap kan Udang + Sotong masak tiram ni.Tapi sedap okeh.tak percaya??Percayalah..kawan kawanku kata sedappp.Dont judge a book by its cover.


Ayam Panggang ni sebenarnya ambik ayam yang tengah perap dalam peti...nak try rasa rempah perapan..kira nya test dulu lah ni..sambil buat lauk.Bakar atas pan.sedap jugak bahan perapan ayam ni..rasa rempahnya macam best.nanti aku share resepi perapan ayam yang aku modified sendiri selain ambik dari resepi dalam internet dan bantuan seorang kawan..:)..To be honest dah lama tak memasak sebenarnya..Bila buat comeback ni rasa bersemangat jer..


Aiseh.

TV3 ada siarkan cerita Kuch Kuch Hota Hai pulak..Member aku ada sorang duk layan sangat cerita ni(tanak ngaku aku pun layan.hehe)..aku pun layan gak cerita Hindustan ni dulu..Kiranya mula mula aku tetiba terminat cerita hindustan sebab this film..Kira legend lah Movie ni..Evergreen.sampai bila bila pun tengok mesti best.Aku suka jalan ceritanya..tapi jangan tengok Kuliyyah cinta ya.sibuk sangat razak Mohaideen tu nak tiru Filem Kuch kuch hota hai macam dah takdak idea sangat.alahhhh pengarah tu memang reti copy jer idea orang.*tetiba emo ngan pengarah filem apa kes..


Sinopsis Cerita ni aku tak reti nak share lebih lebih.sebab korang semua mesti lagi tahu..cerita pasal Anjali dan Rahul.Anjali tomboy zaman kolej pastu jatuh cinta ngan Rahul.tapi Rahul kawen ngan Tina..Anjali patah hati.Bila Tina Mati mereka dipertemukan semula masa summer camp..Anjali(anak rahul dan Tina) cuba menyatukan balik Rahul dan Anjali walaupun masa tu Anjali dah bertunang dengan Aman Mehra.Last sekali Anjali kawen gak ngan Rahul Lakonan Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukherji dan Salman Khan..Soundtrack cerita ni semua best best..Tapi janganlah sampai melalaikan korang ya..

*Ok nak bersiap siap untuk program malam ni.Menu : Nasi Goreng Cina, Ayam + Udang BBQ, Murtabak , Karipap, Sosej Panggang dan Air Sunquick perasa Mangga.

Thursday, June 23, 2011

MEET UNCLE KENNY & GREEN LANTERN

Cerita minggu lepas..sebelum outstation ke PD seminggu.

Hari jumaat ( 17 Jun 2011 )


Kerja kat Stesen always ada..nak siapkan itu ini..tambah lagi stesen tengah block outage lagi lah macam macam perkara nak kena buat..ni staff bahagian aku tengah pasang stream number 3 untuk Water Treatment Plant..backup in case bekalan air tak cukup untuk start up.Alhamdulillah semuanya dah berjalan lancar..Balik dari stesen dekat nak maghrib dah.


Dari stesen aku ke Sunway Carnival Mall..ada temujanji dengan seseorang.selepas solat maghrib tengah tengah round depan Starbuck terjumpa Shafik ngan Wife dia ..shafik ni member Nikli,kenal kat Twitter dan jugak aku first time jumpa masa akad nikah nikli..nice to meet you!!apa link blog ko ekk?


Akhirnya orang yang aku tunggu sampai..kami pi makan kat Kenny Rogers..lapar..spo decide untuk makan kat sini..kalau tak silap aku manager This Restaurant Abang kepada Yus,Isteri Nikli.tak taw lah rakut dah bertukar cawangan ker apa ker.


Less fat,less salt,less calories..Kata mereka.


Air mineral ngan air apa kebenda ntah.tak ingat lorr..


Kalau sebut Kenny Rogers mender yang aku paling suka pasal this Restaurant ialah Muffinnya..Muffin Vanilla sahaja.memang pehhh dan terbaik.muffin lain aku tak suka.masa kami datang muffin vanila tinggal satu jer..terpaksa lah ambik muffin Cekelat satu..


As usual order Quarter meal..


Order aromatic rice as Side Dish tapi dah habis so tukar lah ngan Potato salad.masalahnya boleh pulak diorang buh Potato salad dalam dua dua plate.Common sense lah korang pun.servis agak kurang kat sini..lambat dan tak menurut arahan.sedih sebab Caj servis mahal okeh.so kenapa tak mau servis Customer bagus bagus..


Buah as a Dessert


Kat Sunway Carnival Mall ada The return Amazon.Ramai betul orang duk tengok ada dua budak menari...best jugak layan kejap.


Jalan jalan boleh pulak terjumpa patung superman takder kepala.so ambik lah gambar.hahaha.lawak plak gambar ni aku tengok..ada tagline MY DAD MY HERO sempena Fathers Day yang disambut pada 19 Jun 2011..(Rujuk my previous entry tentang sambutan hari bapa my dad)


Movie jam 10.15 pm.tengok citer GREEN LANTERN..kesimpulan dari cerita ni aku sarankan kan korang jangan lah pi tengok.agak mengarut dan crap.Jalan ceritanya agak lembab dan lambat..action ada sekejap sekejap jer..kalau korang nak tengok Ryan Reynold tu boleh la,heroin pompuan aku tak cam sapa..tapi This Movie totally tak best.aku even tak tengok sampai habis pun.terus keluar 3/4 cerita.Balik rumah then terus tidor.zzzzzzzzzzzzzzzz

Sekian.nanti aku cerita lagi kalau ada masa.bai.

Friday, June 10, 2011

ANTARA SUPER 8 DAN KL GANGSTER

Lately aku suka habiskan masa tengok wayang.

Mungkin sebab banyak cerita cerita baru yang aku rasa menarik..lagipun minggu ni duk ada audit sepanjang minggu..boring lah kena audit.layan wayang lagi bagus.haha..malam tadi,daripada opis aku ke Queensbay mall untuk tengok cerita SUPER 8.aku tak taw review cerita ni macam mana.tapi sebab nampak nama STEVEN SPIELBERG terus aku teruja nak menonton.


Selama satu jam setengah aku menunggu nak tengok apa mender menatang yang duk buat kemusnahan..sangat kecewa rupa rupanya entah makhluk apa ntah macam labah labah dari planet lain duk nak bina spaceship untuk pulang ke tempat asal..lakonan pulak Budak budak yang jadi pelakon utama,memang cerita kanak kanak terhebat alaf ini..seangkatan lah dengan Zathura..overall aku tak suka movie ni!kecewa bangat!!tak semestinya cerita omputih bagus ok..cerita melayu lagi banyak yang bagus..cuma nya diorang ada kelebihan sebab modal besar untuk sound effect dan kesan khas macam CGI yang memerlukan belanja besar..tu jer.macam dalam studio sangat..not recommended at all.Just my personal view.


Pagi tadi ada Closing meeting untuk audit seminggu yang berlansung..dari segi Markah Alhamdulliah our station still mampu mengekalkan markah macam tahun lepas,walaupun ada penurunan sedikit,still dapat 5 bintang..tapi aku tahu banyak lagi penambah baikan yang kena buat..EMS aku yang in charge skali ngan boss aku,so sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu di lakukan.yang penting implementation tu..must work harder lah.apa apa pun tahniah to my stetsen.:)


Habis kerja pukul 5.dah janji ngan Sopix thru Twitter nak jumpa kat QB Mall layan wayang cerita KL GANSTER..tengok thriller macam sangat best so rasa nak menonton..baru jer release semalam 9 Jun so hari ni baru second day..what more can i say??aku suka movie ni!!karakter yang ada dalam this movie unik..Malek(Aaron Aziz) banduan yang nak insaf,bergelut dengan kemelut kongsi gelap di KL..Watak Jai (Adi Putra) memang sempoi,macam iori Yagami (King Of Fighter) memang tak takut manti,masa bergaduh aksi bersahaja.Watak Shark pun agak best (lakonan Shamsul Yusoff) walaupun pelat cina nya macam pelik.kemunculan Zizan penyeri filem.good job zizan!Overall aku rasa this movie much more better than KONGSI,even better than Super 8..walaupun jalan ceritanya agak lemah tapi kelainan yang ditonjolkan Shamsul Yusoff selaku Pengarah Muda harus diberi pujian!!aku rate 4/5 bintang.Pergi lah tonton!!sokonglah filem tempatan!


Habis menonton wayang kami dinner di NANDO'S.


Sopix ni photographer..kali pertama aku jumpa masa wedding encik sepul kat bagan Serai.after that just jadi member di Twitter and Facebook,kali kedua jumpa di Wedding Nikli Nodin.ni kali ketiga lah jumpa dia..kalau korang nak tengok karya dia layari http://blog.saupixahmad.com/ .memang cantik gambar gambarnya!!nice to meet you sopix!ada umur kita jumpa lagik ok.

*Malam ni akan naik bas ke Melaka jam 12.30am..berweekend di Melaka sekejap.:)

Wednesday, June 8, 2011

X MEN FIRST CLASS VS PIRATES OF CARIBBEAN

Setelah penat bekerja,mai lah kita layan movie pulak.!!
.

X-MEN First Class - Memang First class lah!!aku tengok minggu lepas masa baru keluar.memang worth la tengok movie ni.i always love X-men Trilogy.so sapa sapa peminat X-men ataupun yang tak minat X-Men pun pasti akan suka dengan this movie.This movie take place zaman Magneto ngan Professor Xavier kecik lagi..camana boleh berjumpa mYstique dan banyak lagi lah watak watak yang akan muncul,asal usul semua watak tu,and how they got their cool name.memang aku rate 4.8/5 lah!!two thumbs up!!

Berehat sebentar makan Yoget dari JCO.lazat yang amat!!
.

PIRATES OF CARIBEAN on stranger tide - Movie ni pun aku tengok last week,malam jumaat lepas.ramai dah member aku duk saran kan jangan tengok tapi aku degil.memang tak worth la RM17 aku duk tengok citer ni 3D kat QB mall.memang tak best dan sudahnya aku tertidor.so aku takleh nak rate apa apa sebab tak fair lah kan.aku tak enjoy this movie kesimpulannya.Rugeeeeeeeeeeeee..
.
*Hari ni audit berjalan lagi..esok diorang nak bagi markah dah.hopefully our station still gonna maintain last year punya markah.Insya Allah.

Saturday, June 4, 2011

AKTIVITI HARI SABTU 4 JUN 2011

Pagi sabtu yang cerah..

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah sebab ambik dia di Stesen bas butterworth..dia baru balik dari Vietnam dan terus ke Penang.sampai Penang jam 6 pagi..ada urusan yang perlu diselesaikan.sebelum hantar dia balik rumah singgah makan Roti jala di medan selera Sungai Dua.aku pulak berhajat untuk jogging di Mengkuang Dam.lama siot tak singgah jogging kat sini.dah dekat dua tahun rasanya.kali last datang pun masa outdoor Nikli kahwin februari yang lalu..


Mengkuang Dam yang sungguh cantik!Subhanallah..


Datang jogging dengan Lanny..dia duk ajak.so aku on kan sahaja lah.lagipun kesibukan sangat lah membataskan waktu untuk workout lately.so ada kesempatan macam ni tak akan di lepaskan.MARILAH MARI KITA BERJOGGING SIHATKAN BADAN.


Baru aku taw ada laluan naik bukit turun bukit sekitar mengkuang dam ni..sempat berlari 4.4 km sahaja dalam masa 30 minit..kaki aku dah injured lah..kena berehat dulu sebelum berlari kembali..kang tak dapat pulak nak join Standard Chartered KL marathon 26 Jun nanti.


Masa ni dah pukul 9 lebih.Orang dah mula berkurangan.kalau time pagi tambahan pulak cuti macam ni memang ramai lah orang datang..basically datang untuk jogging beriadah dan cuci mata.ada jugak yang duk main apa ntah dalam air guna remote Control.Bot kawalan jauh rasanya..but this is really a nice place to hang out!!


Lepas Berjogging singgah sarapan pagi di Restoran Nasmir Bandar Perda.aku order capati dan telur separuh masak dua bijik..Alhamdulillah kenyang.Then balik rumah aku sempatlah berehat kejap sebelum ke area Pendang,Kedah sebab bawak dia pergi Kenduri kawen member nya..aku temankan ajer.punya lah payah nak cari tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa..dalam pukul 5 petang gerak balik ke Penang semula..


Sampai Penang terus ke Sunway Carnival Mall nak layan movie.tengok cerita Kung Fu Panda 2 pukul 7.45 pm.sempat lah solat megerib dulu sebab megerib masuk jam 7.30 pm.memang sangat lah lawak vcerita ni!!i dont mind to watch this movie for tyhe second time sebab memang sempoi lawak dan menghiburkan hati kami yang tengah gundah gulana due to some incident.hehe.yang tu we must kep that to ourself sahaja.


Balik dari tengok Movie aku pi hantar dia ke Stesen bas Butterworth sebab dia nak balik kampung dah,sempat lah makan Char kuteau kat Bust stand sana..then aku gerak balik rumah,yang lawaknya entah apa angin aku ntah bukak Astro First pi langgan citer Vanaam..!!tak best okeh citer hindustan tuh!baca sinopsis macam best ala ala cerita sepi Khabir Bhatia,ada 5 kisah berlainan then mereka berjumpa pada satu situasi yang mengejutkan..rugeeee 15++++ ..takpaa lah.lepas ni kena berhati hati memilih cerita.zzzzzzzzzzzzzzz...

Dan begitulah berakhirnya hari sabtu saya.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails