Followers

Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

SANAH HELWAH BUAT AYAHANDA TERCINTA!

Ayah suka travel. Dulu zaman kami kecik-kecik banyak tempat ayah duk bawa. Pusing 1 Malaysia ni road trip sama-sama. Dengan nature kerja ayah yang selalu kena pindah, maka memang sering bertukar tempat. Tak sempat nak dapat kawan yang steady dah kena pindah ke tempat lain pula. Jalan-jalan. Cari makan. Itu ayah punya minat. Dulu pun ayah belajar di England. So bahagian sana memang ayah expert juga.
 
Mak tak macam ayah. Tapi sebab ayah dah macam tu, mak kena lah ikut. Tempat isteri kan di sisi suami. Walau penat sekalipun terpaksa lah mak ikut juga. Lama kelamaan mak dah ok. Alah bisa tegal biasa. Apa salahnya jika belajar untuk minat apa yang pasangan kita suka. That's what love is all about kan. Yeah. They really truly love each other. Maybe in a weird way sebab selalu berselisih faham. Tapi hanya mereka berdua sahaja yang faham apa di dalam jiwa masing-masing. For that I'm so thankful. Thanks to Allah yang satukan dua jiwa ini menghasilkan kami 9 beradik dengan pelbagai ragam dan kerenah.
 
Sampai saat aku bekerja, aku mula memasang impian. Nak bawa ayah jalan-jalan. Nak bawak ayah dan mak pergi oversea. Aku mula discover yang aku memang mewarisi minat ayah. Suka jalan-jalan. Dan suka cari makan di tempat orang. Jadi bila dah mula ada duit sendiri ni lah masanya aku boleh buat apa yang kami suka sama-sama. Travel together with parents. I saw a lot of my friends do that. Be together with parents overseas. So happy and cool. Ambik gambar sama-sama. Dan nanti aku boleh frame gambar tunjuk pada anak-anak how we travel together to Europe. To africa. To south east Asia. To everywhere.
 
Tapi perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang manusia cuba bina.
 
Ketika aku mula-mula membina kerjaya, ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang. Maka terpaksa jalani hemodialisis seminggu 3 kali. Dan ada juga penyakit 3 serangkai itu menyebabkan pergerakan ayah makin terbatas. Arthritis mula mengungsi kaki ayah. Dari boleh berjalan terpaksa pakai tongkat. Aku masih ingat di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan ayah pakai tongkat masih lagi ayah gigih naik bas dengan mak ke pasar chow kit untuk cari makanan di situ! Orang yang tak boleh duduk statik memang memberontak jiwanya jika terpaksa diam tidak ke mana.. sampai satu tahap, kaki ayah makin teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda pula.
 
Bila ayah pakai kerusi roda, di waktu itu kami banyak habiskan masa di hospital sahaja. To be exact Hospital Kuala Lumpur. Bergelut dengan kencing manis, sakit buah pinggang dan juga ada blockage di jantung, keadaan memang tidak menyebelahi ayah. Keadaan ayah makin lemah dan pada 3 Mei 2012, ayah akhirnya dipanggil menghadap illahi ketika sedang menjalani hemodialisis di HKL. Di waktu itu, aku tiada bersama kerana berada di Korea. Balik dan hanya mampu melihat kubur ayah yang masih merah, adalah kenangan paling sedih dalam hidup aku. Allah lebih mengetahui. Jadi aku bersangka baik sahaja. Ada hikmah atas semua yang terjadi.
 
Atas apa yang berlaku, plan asal untuk aku bawa ayah dan mak travel sekarang tiada lagi dalam kamus kehidupan. Mak memang tak suka travel. Jadi bila ayah tak ada mak memang tak mahu kemana-mana. Cuma mak hanya mahu ke Mekah dan madinah sahaja jika ditanya. Speaking of which, aku bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kami dapat peluang untuk mengerjakan umrah bersama arwah ayah pada awal bulan Ramadhan tahun 2011. Dan itu lah satu-satunya trip pertama dan terakhir aku bersama arwah ayah ke luar negara. Lebih indah, Kota Mekah dan kota Madinah itu jadi saksi kami bergilir-gilir menolak kerusi roda ayah ketika mengerjakan tawaf dan sai'e di baitullah! Allahurabbi. Jika diminta galang ganti, aku takkan pernah ingin menukarkan pengalaman paling manis bersama arwah ayah itu di tanah suci dengan apa-apa sekalipun!!
 
Terima kasih Allah atas kesempatan itu.
 
Dalam keadaan sekarang, aku banyak ke hulu dan ke hilir juga. Masa banyak dihabiskan dalam kereta drive. Mak pernah cakap aku memang macam ayah. Masa banyak habis dalam kereta sebab selalu ada road trip. Indahnya kalau dapat bawa ayah berjalan-jalan serata dunia. Sebab itu kegemaran ayah. Dan itu cara paling baik untuk aku terus belajar mengenali ayah. Pernah satu ketika di hospital KL sebelum berangkat ke Vietnam, ayah cakap kat mak yang aku mesti akan kahwin lambat. Sebab duit tak pernah nak simpan asyik berjalan sahaja. Dan aku tersengeh sahaja.
 
Apa terjadi telah tertulis.
 
Semua itu dalam memori. Takdir Allah tiada siapa boleh sangkal. Kesal rasa hati kerana tak sempat untuk buat banyak benda bagi balas jasa ayah. Ayah.. maafkan saya atas semua perkara yang telah saya lakukan dan tak sempat lakukan untuk ayah.. moga ayah bahagia di alam sana, sabar lah menanti kami semua - moga nanti dihimpunkan bersama sama dalam syurga, kembali bahagia sebagai satu keluarga!!
 
Hari ini 23 Disember 2014.
 
Ulangtahun kelahiran arwah ayah. Kalau arwah masih ada, hari ini genap ayah berumur 66 tahun. Dan jika kesihatan ayah masih baik, mungkin di saat-saat begini kami boleh plan untuk travel kemana-mana tempat yang ayah hajati. Mungkin. Hanya tinggal perancangan. Sebab semua ini tak mungkin akan berlaku lagi.
 
Salam ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Semoga berbahagia di alam sana.. ayah tak pernah mati pun bagi aku. Sentiasa mekar segar dalam jiwa ini. Hanya bacaan ayat suci al-Quran yang boleh diberi pengganti segala habuan dunia untuk arwah ayah sebagai hadiah.. moga roh arwah ayah di tempat kan dikalangan para soleh dan solehin, di bawah lindungan rahmat- NYA.
 
Ameen.
 
So long December rain is falling now,
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
 
*Ayah. Gone. But not forgotten. Because you never really left at the first place. I Know, i'll see you again.









 IN MEMORY OF ALLAHYARHAM ASHAARY BIN CHEEK
23 DISEMBER 1948 - 3 MEI 2012
 

Saturday, March 15, 2014

AKU, DIA & TAMAN TASIK SHAH ALAM



Sabtu yang tenang. Semalam jerebu menyelubungi kota Shah Alam. Hari ini Jerebu telah pergi buat seketika. Cuaca cerah. Aman dan damai. Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Taman Tasik Shah Alam. Satu tempat suatu masa dulu penuh dengan cerita. Suka duka. Tawa dan Riang. A place fill with love , laughter and joy. Tempat study sama-sama teman lama di zaman UiTm dulu. Sedar tak sedar, hari ini dah masuk 11 tahun aku tinggalkan zaman belajar. 

Oh. I miss that moment.

Dan hari ini, bawa isteri tercinta jalan jalan menjejak memori. Dalam gambar, ini lah tempat kami berempat selalu belajar bersama. menyulam gurau tawa dan tangis. Alhamdulillah, tempat ini masih utuh di sini. bisa jadi kenangan pada jiwa yang lain pula. 

Terima kasih pada isteri yang setia jadi peneman. :)

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Tuesday, March 11, 2014

WHEN YOU'RE YOUNG YOU FALL IN LOVE

Could it be that maybe it's our first mistake
And baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
There's a reason why they say that we should give it time
But time is not enough
And that's the reason why
When you're young you fall in love..


 
Jalan-jalan petang di Taman Tasik Shah Alam
 
Teringat zaman belajar dulu.
 
Zaman cinta monyet.
 
Zaman tak berapa nak matang.
 
Masih belum tahu erti sebenar kehidupan.
 
Tapi semua perkara itu juga lah yang menjadikan aku, seperti siapa aku sekarang!!

Monday, March 10, 2014

AYAM GORENG RESTORAN HAKIM SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Kawan,

Kau ingat lagi waktu kita lepak makan di sini, and it was like 10 - 11 years ago? Oh. I'm getting old. We're getting old!

Waktu habis belajar di bilik 24 hours. Lapar. Perlu makan. lantas kita sama-sama melampiaskan nafsu makan di sini.

Nasi lemak sotong, ayam tandoori, megi goreng, and yes - the most thing I will remember about this restaurant - it's ayam goreng! Terbaik!! Lebih sedap da
ri dawood atau khalifah.

Kawan,

Masa lalu lah yang menjadikan kita siapa sekarang. Jangan lupa kenangan kita jika lihat restoran ini lagi! malam ini, aku dinner di sini. Buat pengubat rindu. Mengimbau kembali masa silam.

Dan di satu sudut itu, aku terlihat kita sedang makan bersama dan bergelak ketawa. Seperti waktu dulu yang pernah kita lalui penuh warna.Tanpa perlu berfikir akan dugaan dan cabaran yang akan mendatang.

Ya.
 
Seperti waktu dulu.
 
 
 
*Masalah catuan air di Selangor. Terpaksa makan beralaskan plastik menggunakan sudu dan garfu plastik. Ya Allah Kau turunkan lah Hujan dan rahmat Mu ke bumi gersang ini!!

Saturday, January 11, 2014

ULANGTAHUN PERNIKAHAN YANG PERTAMA

Tahun lepas.
11 januari 2013.
Di waktu sebegini.
Jam 3.45 pm.

Debaran di hujung rasa. Bersilih ganti lawak jenaka tok kadi bertanya isu semasa. Dan soalan agama. Alhamdulillah sekali lafaz, aku selamat dinikahkan dengan wanita pilihan h...
ati. Majlis akad nikah serba sederhana di Masjid ittifa' Bayan Baru Penang. Terima kasih pada semua tetamu yang hadir.

Setahun sudah berlalu.

Selamat di nikahkan, itu perkara kecil. Kecil jika dibandingkan kehidupan yang perlu ditempuhi di alam perkahwinan. Komitmen. Tanggungjawab. Menjaga hati. Dosa pahala. Perkongsian hidup. Dugaan dan cabaran menerpa. Kadangkala goyah ditiup angin hasad. Tapi aku percaya. Allah sentiasa ada. Untuk menjaga hamba-Nya.

Setahun jagung. Banyak lagi perlu dipelajari antara satu sama lain. Semoga badai melanda menjadi penguat kasih dan sayang antara kami berdua. Berpayungkan rahmat illahi, hanya redha-Nya yang perlu kita cari.

Untuk tahun-tahun seterusnya, moga keluarga sakinah mawaddah wa rahmah jadi kenyataan.

Selamat ulangtahun pernikahan yang pertama, azim ashaary & azlydia johar.
 


Thursday, December 19, 2013

KISAH MEE BANDUNG MUAR DAN ARWAH AYAH

Tahun lepas, sekitar bulan mac 2012 ketika saya outstation ke johor bahru. Kerana urusan kerja. Usai urusan di sini, saya telefon ayah yang ketika itu berada di hospital kuala lumpur bertanyakan apa yang ingin di kirim dari jb. Ayah kata nak saya kembali dengan selamat dan bungkuskan mee bandung muar untuk dia.

Ayah.
 
Saya kenal dan tahu. Suka dengan mee kuah, mee jawa, mee bandung dan yang seangkatan dengannya. Maka saya bungkuskan satu mee bandung muar seafood special dari kg. Melayu majidee jb. Khas untkmu ayah.

Tiba di Kuala Lumpur, saya sampaikan kiriman pada ayah. Tapi ayah kata dia tak rasa nak makan lagi. Jadi tak mengapalah. Nanti ayah akan makan juga. Sehingga lah esok hari, ayah tidak makan juga dan akhirnya ia basi sebegitu saja.

Saya sedikit kecewa.

Kecewa kerana saya berasa seperti ayah tak sudi untuk merasa buah tangan yang saya belikan untuk dia. Saya merungut pada kak ija tentang hal ini. Lantas dengan lembut kak ija nasihatkan pada saya :

"Azim, jangan fikir bukan-bukan.. ayah bukan tak sudi. Cuma dia tak rasa nak makan. Ingat dulu masa kita kecil, ada ketika ayah cuba masakkan makanan untuk kita bila mak tiada. Kemudian kita tak nak makan. Di waktu itu ayah tak pernah merungut apa-apa pun. Malah ayah sentiasa berikan pandangan kasih sayang pada kita. Dan cuba pujuk juga agar kita makan supaya tidak lapar. Sekarang ayah tengah sakit dan perlukan perhatian dari kita.. jangan ambil hati.. kita cuba berikan kasih sayang yang terbaik untuk ayah ya.."

Allahuakbar.

Mendengar nasihat itu, mata mula berkaca. Benar. Ibu bapa kita sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Dengan harapan anak akan membesar dan dapat jalani kehidupan sempurna. Tapi anak-anak tak ramai yang boleh tabah dalam menghadapi kerenah ibu bapa yang semakin lemah dimamah usia. Dugaan sekecil itu pun aku sudah mengeluh. Belum lagi dugaan lain Allah timpakan. Ampunkan dosaku ya Allah. Dan ampunkan lah dosa kedua ibu-bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil.

Al-fatihah untuk arwah ayah.
 
Memori bersama tetap akan sentiasa kekal dalam ingatan..

Sekarang setiap kali ke johor bahru insya Allah saya akan singgah di kedai mee bandung muar ini. Sebab mee bandung muar akan mengingatkan saya kepada kasih sayang seorang bapa terhadap anak yang tiada sempadan dan tiada syarat.


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa".
 
[al-Nisa’ 4:36]


 
 *Alhamdulillah makan malam kali ini dibelanja oleh seorang pekerja Indonesia yang teruja apabila Indonesia menang 2-0 mengalahkan Malaysia di sukan SEA Myanmar. Tahniah buat pasukan Indonesia!

Friday, August 3, 2012

SO SOON..

3 Mei 2012 - 3 Ogos 2012.

It's been Three month.but the memories will always remain with us. Keep arwah ayah in prayers and may ALLAH (SWT) grant him Jannatul Firdaus and patience to our family members. Ameen.3 bulan berlalu sekejap sahaja..Sampai saat kini pun, Saya sentiasa rasa arwah ayah sentiasa ada dengan kami semua..Cuma kali ini, jasad ayah sudah tak mampu saya tatap dan sentuh lagi..Hanya doa dan bacaan ayat suci al-Quran menjadi pengganti..

Ayah, saya minta maaf. atas semua dosa yang telah saya lakukan pada ayah. saya pernah buat ayah menangis. saya pernah buat ayah rasa hati. saya pernah lawan cakap ayah. saya pernah tidak menghiraukan apa yang ayah pesan. dan yang paling saya kesal, saya minta maaf atas semua yang tak sempat saya lakukan untuk ayah..terlalu besar pengorbanan ayah kepada saya dan juga kepada kami sekeluarga..Tak terbalas semua jasa dan pengorbanan ayah terhadap kami semua sepanjang hayat ayah.Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Allah lebih sayangkan ayah.Tapi saya tetap bersyukur sebab Allah beri ruang dan masa untuk kami sama sama rasa nikmat punyai ayah, sebab saya amat faham dan mengerti hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamanya..Hidup yang kekal abadi di akhirat kelak.

Kepada Allah saya panjatkan doa agar kami sama sama dapat bertemu dan berkumpul kembali di dalam jannah..tempat yang kekal abadi dan tiada siapa akan meratapi lagi..Ameen ya rabbal alamin.





Maher Zain - "So Soon"

Every time I close my eyes I see you in front of me

I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon

You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me

And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon

You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on

I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

You went so soon, so soon

You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon



*Ya Allah,aku hambaMu yg lemah. aku memohon Kau kuatkan hati ini ya Allah. Kau rahmatilah roh ayahandaku. Kau terangilah kuburnya. Kau luaskanlah kuburnya. Jadikanlah kuburnya sebagai taman syurgaMu ya Allah. Kau terimalah segala amal yg telah dilakukannya. Kau ampunilah segala kesalahannya ya Allah. Kau tempatkan ayahandaku di kalangan orang yang kau kasihi, di tempat para solehin. ya Allah hanya doa yang mampu aku lakukan. aku mohon supaya Kau terima doa2ku ya Allah. Kau jadikan aku seorang anak yang soleh. ya Allah sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui segalanya. Kau adalah sebaik2 perancang. aku mohon supaya segalanya dipermudahkan. Kau sehatkan dan panjangkan lah umur ibuku agar aku dapat berbakti kepadanya sementara ibuku masih ada..Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, March 29, 2012

SO LONG AND GOODBYE ( YOU SERVED ME WELL )


5 years ago..(April 2007)

You are my very first car..and i know i can't do a lot of things without you. You served me well Mr.TAP for 5 years..and now it finally happened. i moved on. and without any specific reason, i think i gotta change this into a new one.Graduated from National car. Thanks Mr. TAP for all of the memories..You watched me grown up in so many ways. and now its time to say GOODBYE.

You know that you are in love when the hardest thing to do is say goodbye...

Goodbye my love, my car, you shared the most happening days (& nights) of my life.

My First Car to brought mum & dad,
My Second place after home,
My house-on-wheels,
My journey with you,

All those weekends,
Lots of Memories...

Thank You.


In memory, Mr.TAP and me on the journey to Universal Studio Singapore June 2010..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails