Followers

Showing posts with label jogging. Show all posts
Showing posts with label jogging. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

PASSION IN RUNNING : PRACTICE MAKES PERFECT

Lately memang aku suka berlari.

Entah.aku pun tak sure it all started bila.yang aku ingat first time aku join event untuk berlari masa Standard Chartered KL marathon bulan Jun 2011 yang lalu.Thanks to Bard yang mula mula ajak aku,and after dat i found out yang berlari is so fun!!selain menyihatkan badan aku rasa this event juga banyak dah ajar aku beberapa perkara dalam dunia ni.kawan pun bertambah.pendek kata banyak benefit aku gain..


Dulu masa mula mula berlari nak dapat 1 KM dalam masa 8 minit pun payah.tapi bila dah train lama lama dapat naik sedikit demi sedikit 1KM dalam masa 7 minit..then dapat pula buat 1 KM dalam masa 6 minit.Sebenarnya memang lambat this catatan masa kalau nak compare ngan runner yang lain.aku just amateur dalam this area so aku still try untuk catatkan masa terbaik.at least for myself.


Bila selalu berlari aku selalu cuba untuk cari cara untuk kontrol pernafasan dan belajar teknik teknik yang betul..thanks pada kawan kawan yang ajar aku dan beri tips tips untuk stay in this arena..one thing i love about running because running is a battle with yourself.its you and yourself that you have to beat.tak perlu fikirkan pasal orang lain yang laju dari kita.at least if you could beat yourself itu pun dah cukup baik.


And now bila berlari aku cuba nak catat masa 1 KM below 6 minit..aku bukan nak buktikan apa apa.jauh sekali lah untuk menang anugerah atau apa apun.berlari ni untuk diri sendiri..satisfaction dalam diri sendiri kalau boleh capai masa yang best.takde lah aku nak jadi macam orang kenya yang boleh berlari 1 KM dalam masa 3 minit.tu macam suicidal namanya.


up until now i still try to improve my time.macam aku kata tadi takder benda aku nak kejar.aku tak kejar untuk glory atau apa apa pun.memang its all about kepuasan dalam diri.at least by doing this aku ada target nak capai dan boleh masukkan routine berlari dalam routine harian.sihat pun sihat..dapat maintain 1KM below 6 minit aku rasa macam dah cukup baik dah sebab ni pun aku dah push myself.so i just wonder how mereka yang berlari 1 KM dalam masa 4 minit.nampaknya memang diorang sprint all the way..salute lah pada kekuatan jantung mereka.

Ni route tempat aku biasa training iaitu di Seberang Jaya..aku track waktu berlari by using ENDOMONDO aaplications..memang bagus this apps since aku dapat track berapa kalori bakar dan berapa distance serta average speed per minutes..kalau korang nak tahu,Running juga merupakan a mental game.kalau mental korang tak kuat memang tak dapat la nak habiskan larian..so macam aku cakap tadi, you have to beat yourself to go further.

Good luck pada semua new runner yang baru nak start berlari.

At least we do something to ourself towards a healthy lifestyle.

At least.

Monday, November 21, 2011

PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2011 - WE DID IT!!

Bersiaran dari Bangi.

Semalam sampai KL jam 12am..dah lewat so aku tidur rumah kak tie dulu sebelum bertolak ke Bangi pagi tadi..Minggu ni aku akan berkampung di Bangi seminggu..stay di Hotel Equotorial..Course pun dah start pagi tadik..Hopefully dapat go through this course dengan baik.Ok tanpa membuang masa aku tak sabar sabar nak share dengan korang pasal cerita Penang Bridge International Marathon yang dihadiri hari Ahad yang lalu.Maka terimalah.

***************************************************************

20 NOVEMBER 2011

Lepas dah makan di Old Town White Coffee,(Rujuk entri sebelum ini),kitorang balik ke rumah dan tidor barang sejam dua.amatlah penting untuk mendapatkan rehat yang cukup supaya energy full masa nak berlari nanti..bangun tidur dalam jam 11.30pm then bersiap siap untuk masuk ke Pulau..Jambatan Pulau Pinang akan ditutup pada jam 1am - 10 am pagi esok..so better kitorang masuk awal untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.


Ni semua muka dah fresh dan memang dah ready untuk berlari di pagi hari.di kala insan lain sibuk lena diulit mimpi kitorang sibuk pi seksa diri nak berlari dan memenatkan badan.Aku pun tak sure kenapa aku suka berlari sekarang ni..but once i'm in it dah jadi macam addicted pulak.nampak jer ada event apa apa kat laman web mesti nak register.


Sampai awal dalam jam 12.30am..dah ramai orang membanjiri kawasan depan Queensbay Mall..sebab tempat bertolak flag off nya nanti depan queensbay mall.so what to do lepak lepak je lah dulu sambil pasang BIB number dan pasang Chip Timing pada kasut.


Kak tie dan Yana.Nasib baik lah ada dia.at least ada lah orang yang nak standby dan tolong ambik ambik gambar kitorang..since Putrajaya Night Marathon aritu lagi dia berkhidmat..hehe..jasamu dikenang sungguh..hope tak serik untuk join kitorang lagi dalam next event ya..


Bergambar sebelum acara bermula..kehangatan mula terasa


Sempat jumpa arman (Kuchalana.blogspot.com)..dia akan buat Full Marathon!first time tu nak try..aku ngan kak tie pun first time jugak nak try berlari untik Half Marathon..Azuan dan Zul akan buat 10 KM..tak kisah la berapa KM pun kitorang ambik,yang penting we are much better than anyone yang too lazy to get off from the couch..tak gitu kawan kawan?hehe..Thanks Arman sebab ada beri emel pada aku tips tips berkaitan berlari..insya Allah nanti mana boleh apply aku apply kan.


Acara pembukaan bakal bermula..


Ketibaan Menteri Besar Pulau Pinang. Lim Guan Eng..masa dia sampai ada lah acara pembukaan kepala naga apa jadah ntah..ada tarian dance jugak..tak ambik pusing sangat..sampai lah dekat pukul 2am,flag off untuk full Marathon!aku respek lah pada yang boleh buat Full Marathon..42 KM bukannya dekat!jauh tu..Insya Allah dengan training yang banyak dan ilmu yang akan aku pelajari lagi lepas ni,Tahun depan nak cuba buat Full Marathon, Insya Allah.


Lepas peserta FM dah bertolak,aku dah mula rasa cuak..untuk half Marathon flag Off nya jam 3am..tengok laluan untuk 21 KM macam senang tapi tak tahu lah macam mana nanti..warming up lah dulu apa yang patut..buat buat biasa sudah..takyah nak pressure sangat.lagipun untuk half marathon ni aku rasa training tak berapa cukup tapi boleh la..Untuk permulaan ni aku nak tengok how it goes..


Masa nak beratur di belakang peserta yang berlari half marathon terserempak lah dengan Dr.Shah and da Gang..Dr. Syukur dan Arel pun ada skali..semua buat half marathon.Dalam hati aku kata boleh la bersaing berlari dengan depa nanti..


Come on Dr. Shah,we can do it!!


Bila Flag off as usual lah,berjalan kaki lah dulu..nak berlari pun tak boleh orang dah ramai berasak asak..


Flag Off untuk peserta wanita ialah pada jam 3.15 am..


Kak Tie yang sempat Pose sambil berlari..


Untuk permulaan aku go low sahaja..pace aku maintain 1KM selama 6 Minit..memang refreshing sangat berlari pagi macam ni.aku rasa faktor utama ialah kerana dah ada rehat yang cukup.so lepas ni aku kena take note bahawa sebelum mana mana acara lari kena rehat dengan sucukupnya..untuk 10 KM pertama aku tak berhenti..maintain pace 1km untuk 6 minit macam tu..cuma di setiap water station aku akan berhenti untuk minum..aku ambik kesempatan atas Bridge masa turun bukit untuk sprint dengan laju..Angin atas Penang Bridge sangat lah mendamaikan.Syukur sebab tak hujan.


lepas 15KM aku dah start berhenti henti..berlari 10 tiang dan berhenti 3 tiang..kadang aku jugak berjalan laju..as long as aku tak stop..Power bar dan power Gel dalam poket seluar memang aku tak sentuh lansung.takder feel pun nak makan..cukup air hundred plus dan air mineral di water station sahaja,4KM terakhir rasa sangat lah jauh..tapi aku tetap bergerak tak berhenti..i know i can do it..


Akhirnya after 2 jam 23 minit (aku track pakai endomondo dalam BB ) aku sampai ke garisan penamat!!rasa gembira Tuhan jer yang tahu..Syukur pada Allah sebab beri aku peluang untuk habiskan larian ni within masa yang aku target..aku target untuk habiskan larian within 2 jam 30 minit(aku set target based on training aku petang petang sebelum ni)


Penat takyah cakap lah tapi aku puas dan gembira..dapat Finisher Medal for 21 KM rasa macam sangat berbaloi usaha aku berlari selama ni.maybe aku rasa macam ni sebab first time try untuk 21 KM..alhamdulillah i did it!after sampai terus lah pi beratur kat gerai air milo,nak replenish balik tenaga yang dah hilang..ikut kiraan endomondo aku bakar 1800 kcal..thats a lot!patut lah aku rasa tak bermaya sangat sangat lepas setengah jam sampai..


Flag off untuk 10 KM run ialah pada jam 6am..aku duk tunggu kak Tie tapi sebab tak nak terlepas waktu subuh aku dan Yan api Eastin Hotel solat subuh dulu..then lepas dah solat subuh baru kitorang ke tempat race tu balik,kebetulan sangat Azuan sampai time tu..terus lah ambik gambar dia tapi bergegar lah sikit..ambik gambar time berlari tu yang bergegar.


Alhamdulillah we did it!!


Terjumpa syafei,member FB tak pernah jumpa..kat sini jua kita berjumpa..


Jumpa Utt jugak,kenal dari zaman Blog lagik..sampai lah FB..ni baru berjumpa..


See you guys again dalam PBIM 2012 ..Overall semua dapat catat masa yang bagus..Dr.Shah ada peningkatan,Dr.syukur dapat habiskan larian 2 jam 10 minit,Arel dalam 2 Jam 30 minit macam tu..Azuan habiskan 10 KM dalam 1 Jam 9 minit..Good Job You guys!Kak tie pulak dapat habiskan larian within 3 jam 35 minit..dia pun dapat medal jugak.Yang penting semua orang daoat habiskan larian tanpa kecederaan yang teruk..Insya Allah kita semua akan berjumpa lagi dalam event akan datang.


Ingatkan nak balik terus tapi sebab ada Cabutan bertuah kitorang tunggu jugak mana lah tahu bertuah dapat pulang dengan sebuah Proton BLM..tapi nasib tak menyebelahi kami semua..takpaa lah.at least dapat tengok pemenang Kenya semua ambik medal dan hadiah kemenangan.seperti yang dijangka event macam ni mesti yang menang ialah semua peserta dari Kenya..Top 10 mesti Kenya..


And this is my offucial result for Penang Bridge marathon kali ini.dapat Rank 823 over 4509 peserta half marathon open men,i think that would be good enough for me..Insya Allah akan diperbaiki lagi catatan masa tu di masa akan datang..banyak lagi event menanti..27 November ni ada NIKE Run 10 KM pula di Padang Merbuk Kuala Lumpur..jom kita pakat pakat hidup secara sihat dan aktif!!

Saturday, June 4, 2011

AKTIVITI HARI SABTU 4 JUN 2011

Pagi sabtu yang cerah..

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah sebab ambik dia di Stesen bas butterworth..dia baru balik dari Vietnam dan terus ke Penang.sampai Penang jam 6 pagi..ada urusan yang perlu diselesaikan.sebelum hantar dia balik rumah singgah makan Roti jala di medan selera Sungai Dua.aku pulak berhajat untuk jogging di Mengkuang Dam.lama siot tak singgah jogging kat sini.dah dekat dua tahun rasanya.kali last datang pun masa outdoor Nikli kahwin februari yang lalu..


Mengkuang Dam yang sungguh cantik!Subhanallah..


Datang jogging dengan Lanny..dia duk ajak.so aku on kan sahaja lah.lagipun kesibukan sangat lah membataskan waktu untuk workout lately.so ada kesempatan macam ni tak akan di lepaskan.MARILAH MARI KITA BERJOGGING SIHATKAN BADAN.


Baru aku taw ada laluan naik bukit turun bukit sekitar mengkuang dam ni..sempat berlari 4.4 km sahaja dalam masa 30 minit..kaki aku dah injured lah..kena berehat dulu sebelum berlari kembali..kang tak dapat pulak nak join Standard Chartered KL marathon 26 Jun nanti.


Masa ni dah pukul 9 lebih.Orang dah mula berkurangan.kalau time pagi tambahan pulak cuti macam ni memang ramai lah orang datang..basically datang untuk jogging beriadah dan cuci mata.ada jugak yang duk main apa ntah dalam air guna remote Control.Bot kawalan jauh rasanya..but this is really a nice place to hang out!!


Lepas Berjogging singgah sarapan pagi di Restoran Nasmir Bandar Perda.aku order capati dan telur separuh masak dua bijik..Alhamdulillah kenyang.Then balik rumah aku sempatlah berehat kejap sebelum ke area Pendang,Kedah sebab bawak dia pergi Kenduri kawen member nya..aku temankan ajer.punya lah payah nak cari tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa..dalam pukul 5 petang gerak balik ke Penang semula..


Sampai Penang terus ke Sunway Carnival Mall nak layan movie.tengok cerita Kung Fu Panda 2 pukul 7.45 pm.sempat lah solat megerib dulu sebab megerib masuk jam 7.30 pm.memang sangat lah lawak vcerita ni!!i dont mind to watch this movie for tyhe second time sebab memang sempoi lawak dan menghiburkan hati kami yang tengah gundah gulana due to some incident.hehe.yang tu we must kep that to ourself sahaja.


Balik dari tengok Movie aku pi hantar dia ke Stesen bas Butterworth sebab dia nak balik kampung dah,sempat lah makan Char kuteau kat Bust stand sana..then aku gerak balik rumah,yang lawaknya entah apa angin aku ntah bukak Astro First pi langgan citer Vanaam..!!tak best okeh citer hindustan tuh!baca sinopsis macam best ala ala cerita sepi Khabir Bhatia,ada 5 kisah berlainan then mereka berjumpa pada satu situasi yang mengejutkan..rugeeee 15++++ ..takpaa lah.lepas ni kena berhati hati memilih cerita.zzzzzzzzzzzzzzz...

Dan begitulah berakhirnya hari sabtu saya.

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

HUJUNG MINGGU DI PENANG

Hari Jumaat(Kelmarin)
.
Balik dari kerja badan macam tak berapa sihat..lepas solat asar aku just rest-rest sebab kepala macam pening..selesema belum reda lagi.dan badan macam nak demam..dalam duk rest aku terbabas tidor sampai pukul 1.47am!astaghfirullahalazim..Maghrib ke mana Isyak ke mana..Bangun mandi dan qada' balik solat maghrib,solat isyak then perut berbunyi kelaparan..masa tu jam dah dekat pukul 3 pagik..
.

Entah sebab apa,aku pun tak sure dalam kepala duk teringat pasal Nasi Kandar Beratur kat sebelah masjid Kapitan Keling.Turun bawah Rumah,start kereta then vrooomm..masuk jambatan penang sedar sedar aku tengah beratur nak makan nasi Kandar.heheee..sedap wok!!terbaik lah!!dah la perut tengah lapar.sorang pun sorang lah.peduli apa aku..lepas siap makan balik rumah tunggu subuh then lepas subuh terus terbongkang tak sedar diri.tapi sampai pukul 8.30 am sahaja.sebab aku bangun dan pergi jogging pulak..
.

Petang aku ke Stesen.sebab ada hal di plant yang perlu disetelkan.and that's the reason why alu tak balik kampung.hajat di hati nak sangat balik kampung lawat mak ngan ayah di sana.tapi atas urusan kerja so tak jadi balik..tengok diorang bekerja bertungkus lumus macam ni aku pi beli satu bucket KFC.saja lah.sebagai tanda hargai diorang tolong.aku nak jugak jadi Boss yang prihatin.

Petang pi Jogging lagik.Lately aku dah macam addicted untuk berjogging.actually ni pun salah satu persediaan untuk KL Marathon yang aku dah sign up 26 Jun nanti..nak target 5 KM run dalam masa 30 minutes..pancit woo..kena train sikit sikit..Insya Allah kalau usaha berterusan pasti membuahkan hasil.
.
dekat nak gelap baru balik Rumah
.
Time malam jumpa seseorang kejap.. Dia ajak tengok wayang.tapi aku lapar wehh.last mender yang aku makan Nasi Kandar Beratur pukul 3 pagi tadik..ni baru nak jamah makanan Lain.Menyinggah la makan di Fish Manhattan Market Sunway Carnival Mall,makan Salmon dan Garden Salad.Memang lah tak kenyang tapi cukup lah.Kalori Intake kena jaga jugak(poyo kan)
.

Movie PRIEST 3D pukul 10.05 pm.Ingatkan best sebab Preview macam gempak giler.tapi aku tak suka.entah.misinya macam too tipikal dan tak thrill.cerita pasal Vampire yang bermusuh ngan Manusia so Paderi yang nak kena lawan Vampire.Unsur keagamaan Kristian pun kuat citer ni so nasihat aku pada yang masih belum tonton takyah la tengok.Buang duit,Masa dan Tenaga anda.Baik layan DVD kat rumah jer..Habis Movie terus balik,Tidor.
.
Sekian.
.
Tamat.

Saturday, May 14, 2011

BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG

25 FEBRUARI 2011

Bukit Layang-layang Pasir Gudang
.

Singgah jogging..menarik tasik ni..
.



Makan steamboat tepi jalan.sodappp!!
.

With Hilmie,My fren yang kerja di Pasir Gudang..
.


Orang memancing Ikan..
.

Main buai time megerib..hisshhh..
.

Jagung Bakar yang yummehhh..
.


Makan steamboat lagikkk!!
.

Masjid Jamek Pasir Gudang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails