Followers

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT DATANG BULAN REJAB : KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.:


Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.

Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wallahu A’lam…

Sunday, March 18, 2012

KULIYYAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID NEGERI PENANG


Ramainya nak dengar Kuliyyah Maghrib UAI..Alhamdulillah!!

Tengok Ustaz Azhar di layar putih je lah


Kuliyyah Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri P.Pinang 17 Mac 2012 - Tazkirah berkisar kehidupan di negeri akhirat yang menjanjikan kesenangan Syurga bagi orang orang yang bertaqwa dan sabar dalam menjalani kehidupan dunia demi kesenangan di Negeri akhirat..Pangkat, harta dan kekuasaan dunia tidak ada pengiktirafan di sisi Allah di akhirat kelak, hanya amalan yang menjadi saksi sejauh mana ketaqwaan kita-antara intipati, kuliyyah berakhir jam 10.30pm.Alhamdulillah jemaah ramai yg hadir.Allahuakbar!


Selesai Kuliyyah ada sessi bersalaman dengan UAI tapi aku tak tunggu lah.ramai sangat orang..dalam keramaian tu boleh pulak aku terjumpa member zaman sekolah dulu sekarang jadi cikgu mengajar kat sebuah sekolah di Georgetown..Malaysia ni kecik jer.Pusing pusing terjumpa balik orang yang sama.


Aku ke Masjid Negeri with Encik Salman..di kebetulan balik ke Penang sebab wife dia still tak dapat lagi bertukar ke area KL sana..agak kelaparan sebab belum dinner lagi so kami ke Padang Kota untuk dinner..dah pukul 12am tapi padang kota still meriah!


Layan minum air kelapa yuk!!


Bukan setakat minum air kelapa.makan Char Kueytiow dan Psembur.aku sempat bungkuskan Pasembur untuk ayah jugak..sebab akan ke KL tiket bas pukul 1.30am..nak jumpa mak dan ayah this weekend di HKL sebab next week tak dapat turun KL dah.ada Malakoff Run di Penang..

*Bersiaran di HKL.

Friday, February 10, 2012

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Petang tadi telah diadakan satu program kerjasama antara PKPI dan juga KRT..Program yang melibatkan anak anak staff ini di adakan sempena dengan Maulidur Rasul pada minggu lepas.Oleh kerana kekangan waktu program ini dianjak ke depan sikit tapi masih mengekelkan tema yang sama iaitu berkisar tentang hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.


Program bermula seawal jam 6 pm.selaku salah seorang AJK, aku dapat pelepasan bertugas balik awal di hari jumaat yang berbahagia ini.Lepas solat jumaat tadi dah dapat pelepasan..pukul 6.30 pm semua tetamu yang datang dah memenuhi Balai Islam perumahan.


Kak Nor Faizah menjadi pengacara Majlis..majlis di mulakan dengan bacaan ayat suci Quran yang di hafal..ayat ayat Lazim.


Diikuti dengan persembahan Nasyid bertajuk ' Rasulullah S.A.W'


Persembahan bercerita kisah di Zaman Nabi Muhammad s.a.w


Penutup Majlis dengan persembahan Azan oleh anak staff


Bersama Haji Ibrahim, Orang kuat progran yang sedang berlansung


Selesai Solat Maghrib ada ceramah oleh Ustaz Asril Hafiz bin Che Hashim, Guru pendidikan islam dan sivik sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin..Ustaz bercerita cara mendidik anak yang  betul dan pengaruh zaman sekarang oleh puak puak yahudi terhadap Orang Islam..di samping bercerita kisah nabi untuk menanamkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w..aku tertarik dengan satu video klip pasal game game zaman sekarang yang menghina islam antaranya devil may cry 3, dan ada lagi lah beberapa game lain yang pasti ianya meracuni jiwa dan minda anak anak kecil.Secara jujurnya aku suka program macam ni, sebab dapat mendidik jiwa anak anak kecil supaya lebih kenal pencipta dan lebih kenal Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat..anak kecil ibarat kain putih..terpulang pada ibu bapa macam mana untuk mencorakkannya..


antara ibu bapa yang hadir


Jamuan makan selepas Isyak


Nasik ayam..


Terima kasih daun keladi ustaz Asril Hafiz sebab bersusah payah datang menyampaikan ceramah kat kami semua..Insya Allah kita akan bertemu lagi di masa akan datang...Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Sememangnya ilmu-ilmu Allah itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain begitu hebat, memiliki ilmu yang luas, tanpa melihat ke dalam diri sendiri.kesimpulannya sama sama lah kita terus dan terus mencari ilmu walau di mana jua kita berada.

*Esok akan di adakan BBQ Dinner di rumah aku.jemput datang pada yang berkelapangan.hehe

Tuesday, February 7, 2012

MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL ADALAH TIDAK MUDAH

Kalau bermalam di Hospital, biasanya memang tak akan lena.sebab dalam satu jam mesti Nurse akan masuk untuk cek tekanan darah ayah..tapi malam tadi aku tidur dengan sangat nyenyak..sedar sedar dah dekat nak subuh..Letih sangat lah tu maknanya..Terjaga dengar ayah duk merintih sakit..dia kata sakit dada..mesti ada kaitan dengan jantung nya tu..


Lepas solat subuh tadi ayah suh aku dan mak balik ke Ampang rumah Kak Tie..Ayah minta mak buat Nasi Goreng Kampung yang dia suka..so aku dan mak menuju ke Ampang, and aku ambil kesempatan untuk berlari 10 KM di bukit Ampang tu..area lookout Point tu sangat lah mencabar..!10 KM rasa macam 20 km..But i did it anyway..selesai berlari balik rumah Kak Tie dan diorang seua dah ready untuk ke HKL semula..dah kira macam brunch sebab makan dekat pukul 12 tengahari..Ayah pulak akan buat hemodialisis hari ni..Aku memang plan nak balik awal ke Penang.at least boleh rehat sikit memandangkan esok dah kerja.


Lawat ayah sekejap di tempat dia buat Hemodialisis Then its time to say goodbye..i hate this part tapi ada komitmen lain di Penang yang perlu diselesaikan..esok dah kerja..dan keadaan sekarang sudah berubah..i'm an adult now..an adult with my own responsibility..berat hati nak meninggalkan mak dan ayah di sini but i have to.no choice.


Mak pernah cakap kat aku..Tempat Isteri adalah di sisi suaminya..aku faham maksud mak..walau macam mana pun keadaan ayah mak tetap akan berada di sisi ayah..Syurga Allah bukan mudah nak dapat..atas Rahmat dan kasih sayang Nya lah kita akan di masukkan ke dalam syurga..tapi kena seiring dengan amalan amalan yang mahmudah dan amalan soleh..


Time to say Goodbye..Halalkan makan minum saya mak..ada umur insya Allah kita bersua lagi..minggu depan saya akan datang bertandang.Insya Allah..Mak jaga lah ayah baik baik kat sini..apa apa hal yang berlaku jangan lupa untuk telefon kami..kirim kan salam saya pada ayah..maaf sebab harus segera pulang ke Penang..Harap mak dan ayah faham.


Melihat wajah mak, sayu berasa di dalam hati..Mak sedang tersenyum.ya sedang tersenyum.tapi perasaan dalaman tiada siapa yang tahu..melihat anak anak berlalu pergi bukan perkara mudah bagi seorang ibu.aku faham.namun kefahaman aku ada batasnya..Hanya mak yang faham segala erti itu..Untuk sebuah kasih sayang yang tak pernah putus mak beri pada kami semua, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Untuk sebuah cinta tanpa syarat yang mak dan ayah curahkan pada anak-anak, aku ucapkan terima kasih sekali lagi..Hanya Tuhan mampu membalas jasa kalian berdua..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

*Sekarang aku dah selamat sampai di Penang..Alhamdulillah boleh sampai sebelum malam menjelma..Boleh la berehat dan selesaikan kerja mana yang patut..Good Night All!

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam .Sebenarnya ada banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini. Pada kebiasaannya majlis perarakan dan ceramah akan diadakan.

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

.
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

.
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

.
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

.
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

*lagu nasyid junjungan mulia dari kumpulan al-Mizan...sekadar untuk menyingkap kembali sejarah Rasulullas S.A.W.

Friday, February 3, 2012

KERJASAMA ITU SERONOK - GOTONG ROYONG PKPI

Bahagia Rasa hati bila hari ni tak payah masuk Opis.

AJK PKPI dapat pelepasan dari GM tak payah masuk bertugas hari ni sebab nak menjalankan program gotong Royong di Balai Islam Lama kawasan perumahan..so lepas subuh pagi tadi sempat lah aku pi berlari kat Seberang Jaya..dapat 5 KM pun cukup lah..then dalam pukul 9am teruske tempat Gotong royong di adakan.


Ustaz Shafiee paling semangat nak buat kerja!


Tujuan utama Gotong royong ni nak kemaskan Balai islam lama dan stor PKPI di kawasan perumahan..nak kira imventori pinggan mangkuk sekali..banyak jugak barang yang duk ada dalam stor..semua dah berhabuk dan ada yang dah rosak sebab lama tak digunakan.


YDP Pun turun padang sekali..


Kerja yang paling aku suka ialah membasuh pinggan.dalam stor banyak sangat pinggan mangkuk yang dah lam atak dipakai..sebab nya sekarang kenduri kahwin semua pakai katering jer.dah jarang nak buat memasak sendiri dan bergotong royong..dunia semakin moden.semua orang nak senang sahaja..jenuh jugak nak membasuh pinggan yang memang amat banyak.


dah rasa macam kenduri kahwin pulak duk basuh pinggan macam ni


Pukul 10.30 am.minum time..berhenti lah dari biat kerja kejap.


Bihin.Kuih Seri Muka.Cempedak Goreng


Lepas dah siap makan sambung basuh sikit lagi apa yang patut then siap siap untuk solat jumaat pulak..aku solat jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya..Then lepas balik dari Masjid akus empat hantar kereta ke workshop untuk diservis..Minta Fikri ambik aku sementara tunggu kereta siap.


sambung lagi kerja pembersihan selepas solat Jumaat


Kira inventori pinggan mangkuk yang ada.


Dalam pukul 4 pm aku keluar kejap pi ambik kereta yang tinggal untuk diservis tadi.aku biasa servis dekat Workshop near Megamall Prai..ganti brake pad dan tukar minyak Hitam.RM300 jugak melayang.huhu..gaji January dah la awal..kena berjimat cermat lah ni..sempat juga belikan air teh o ais , dan Goreng Pisang untuk rakan rakan yang sedang melakukan Gotong Royong lagi di Balai Islam Lama.


Terima kasih pada semua yang menghadirkan diri..Habis Gotong royong tadi aku sempat ke Sg. Pertama Seberang Jaya..Berjaya menghabiskan larian 10 KM lagi petang ini..actually aku kena start training dah untuk Standard Chartererd KL Marathon yang akan datang dalam Bulan Jun 2012..aku dah sign Up untuk FULL MARATHON 42 KM..fuhhhh jauh tu..kena prepare mental dan fizikal betul betul..Insya Allah.aku tahu aku boleh.

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW utusan Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mau merubah diri mereka sendiri.”

*Lepas maghrib tadi ada Forum Perdana di Masjid Jamek Prai sempena Maulidur Rasul yanag akan disambut Umat islam pada 5 February ini..Rasulullah pencetus transformasi tajuk diberi.aku suka tengok panel yang bersemangat..dan seperti biasa, banyak intipati yang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran. Insya Allah.

Thursday, February 2, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL : RASULULLAH S.A.W PEMPIN UMMAH (IDOLA HIDUPKU)

Program malam ini : Ceramah sempena Maulidur Rasul di Balai Islam.
 

Alhamdulillah ramai juga jemaah tempatan yang hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu

 
Penceramah Jemputan ialah Ustaz Jazmi Mat Isa..Ustaz bercertita tentang sirah nabi sejak dari zaman nabi Adam..Banyak intipati yang boleh dikongsi..korang kalau nak tahu lanjut sekarang banyak sumber boleh dapat untuk tahu sejarah Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dalam internet banyak bahan bacaan dan di kedai kedai buku pun banyak..selamat mentelaah sirah nabi buat semua kawan kawanku!

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”


Khusyuk para jemaah semua mendengar ceramah yang disampaikan


Ceramah habis lambat dalam pukul 9.30pm..lepas solat isyak ada sedikit jamuan bihun sup disediakan


Jemput makan Bihun sup!marveles Bihun sup ni


Ada sedikit kesilapan teknik pasal Bihun sup.aku order mula mula untuk 100 orang sahaja..sekali bilangan pengunjung adalah melebihi jangkaan.sejumlah 170 mangkuk Bihun Sup yang habis!!nasib baik katerer ada buat lebih kalau tak memang kesian ada yang tak dapat makan.tapi takper.makanan Rohani dah dapat kan tadi dari Ustaz Jazmi.:p


Buat Ustaz Jazmi, terima kasih atas ceramah yang sangat memberikan kesan mendalam..semoga semua jemaah yang hadir dapat menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W..Selawat dan salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

(Hadis Riwayat Muslim.)

AKTIVITI HARI INI : CYCLE CHEMISTRY TRAINING PROGRAM


Aktiviti hari ini : aku kena deliver training about cycle chemistry.. Participants patutnya 11 orang tapi yang hadir cuma 7 orang.4 lagi MC.ok jugak students sikit senang nak fokus.nak meet KPI kena lah rajin buat training..to fulfill station requirement pun ya jugak..by the way, did i ever told you guys yang aku suka mengajar? dulu habis degree aku ingat nak sambung Master nak jadi lecturer tapi dah rezeki aku di tempat kerja sekarang..ada kesempatan untuk bagi lecture macam ni punn dah cukup baik..Rezeki Allah dah tentukan..Ada hikmah atas setiap apa yang Allah takdirkan pada kita.

Rezeki semuanya datang dari Allah.Seperti yang telah tertulis dalam firman-Nya :

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup(mampu) untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathiir:2)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa sesungguhnya Rezeki itu sememangnya datang daripada Allah dan bukan daripada manusia..Kita ni kalau nak kira sangat lah lemah..Apa saja yang Allah datangkan pada kita sama ada musibah ataupun kesenangan selayaknya lah kita bersyukur..kerana tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tak mungkin kita dapat menikmati segala nikmat yang Allah limpahkan pada kita seperti hari ini.Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukurlah.Moga moga Allah menempatkan kita di kalangan Orang yang bersyukur..sekadar renungan buat kita bersama..

*Lega bila training dah habis..Malam ni ada Program Ceramah sempena Maulidur Rasul yang bakal kita sambut pada 5 Februari nanti..Ceramah bertempat di balai islam.Moga moga ramai yang datang mengimarahkan majlis.Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails