Lari lah dari segala kekusutan.
Lari lah dari semua permasalahan....
Lari lah dari belengu kekalutan.
Salam Jumaat salam penghulu hari..
Hari demi hari yang kita lalui,tanpa sedar kita makin di mamah usia..Cumanya berapa ramai di antara kita yang benar benar tahu apa yang diingini dalam kehidupan??apa matlamat sebenar dalam hidup kita?aku yakin ramai di antara kita yang ingin berjaya di dunia dan juga di akhirat.tiada salahnya,cuma benarkah perbuatan kita seiring dengan matlamat yang di cipta??(Orang putih kata 'action speaks louder than words')
Dalam hidup kita,seharusnya kita punya matlamat.aku tahu semua orang ada matlamat tersendiri..tapi kita kena ingat,matlamat tidak boleh kabur dan tidak spesifik..kelak kita akan teraba raba dan terumbang ambing dalam mengejar matlamat yang kita sendiri tidak pasti..alah,macam main bola jugak(demam FIFA WORLDCUP..hehehe)..kalau takder matlamat nak sumbat gol,konpem pemain pemain akan berlegar legar dalam padang 90 minit tanpa arah tujuan..menghabiskan masa dan tenaga sebegitu saja..That's why penting bagi kita untuk menetapkan matlamat yang spesifik dalam sela masa yang tertentu.
Baru ni aku terbuka album lama masa zaman belajar dulu..Gambar kat atas ni merupakan Target aku masa Final Exam di Uitm 4 tahun yang lalu..actually zaman belajar dulu setiap semester aku akan buat target yang spesifik sebelum exam,supaya aku dapat fokus dan capai apa result yang aku nak.(Alhamdulillah result setelah final slightly higher than the target itself..).Dulu masa zaman belajar aku ada terbaca satu karya Maxwell Maltz,dia kata dalam setiap badan manusia ada satu mekanisme dalaman yang berfungsi untuk memandu kita ke arah matlamat yang kita tetapkan.Mekanisme tersebut hanya akan berfungsi sekiranya kita ada sasaran yang jelas..That's why aku keep doing target every final exam yang datang,dan memang aku tetapkan target yang spesifik.
Tapi itu cerita lama.
Target yang aku buat tu merupakan target janga pendek,yang dapat di capai pada masa tu sahaja..Sekarang bila bicara pasal kehidupan,Matlamat kita seharusnya lebih meluas dan lebih berbentuk subjektif..terlalu banyak yang kita nak buat dan kita nak capai.aku pun macam tu juga..Cumanya,apa yang boleh kita lakukan ialah menetapkan matlamat dalam satu jangka masa dan cuba cari cara untuk capai matlamat tersebut.Aku yakin tanpa batasan waktu konpem kita just akan berlengah lengah dan akhirnya matlamat akan terkubur begitu sahaja..yang penting set kan Matlamat yang realistik,matlamat yang spesifik..dan jangan sesekali takut untuk mencuba.
Apa matlamat aku?
Kalu aku nak list kat sini macam tak sesuai,sebab ada matlamat tertentu yang aku nak simpan sendiri dan aku akan cuba untuk capai dalam waktu yang aku sendiri tetapkan..Hope aku akan dapat capai semua matlamat yang ada.ada matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang..sama ada dalam 5 tahun lagi,atau 10 tahun lagi,atau 20 tahun lagi,as long as kita punya matlamat aku yakin kita akan terdorong ke arah itu.
Bagaimana pula dengan matlamat hidup anda??
This is another Annual Event for my station,Annual Lunch @ City Bayview Hotel Georgetown on 23 of February 2010..i thought we may have some annual Dinner but looks like things doesn't always happen like we want it to be,so here it goes-Just enjoy all of the Pics Below and let them do the talking.
Enjoice..~
I didn't ate so much,probably because not so many food choices attract me~but i do learn a lot of things,i presume..sometimes when you are second guessing yourself,just stop it-and just do what you have to do..nobody gonna hurt you,as long as you are on the right track.Always believe in Yourself,and no one will let you down.
Have faith,and Dont stop BELIEVING.
*Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking.And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary..
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan..
Mati itu pasti..itu janji Tuhan..Sebagai makhluk tuhan kita pasti akan mati jua suatu hari nanti..menyedari hakikat itu aku menjadi lemah.lemah dan meyedari kekhilafan diri-mengenangkan masih banyak yang perlu di lakukan dalam meniti jalan menuju abadi..Astaghfirullahalazim..semoga Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa ku..
Tadi on the way nak pi kerja aku telefon mak.Berita terbaru yang aku dapat-Bapa kepada Tunang adek da' meninggal dunia semalam-27 Rejab bersamaan hari Israk dan Mikraj-Rahmat Tuhan aku kira bilamana arwah ditakdirkan untuk meninggal dunia pada hari-hari besar sebegitu..Innalillahiwainnailaihirojiun..Dari Tuhan kita datang dan Kepada DIA jugalah kita akan di kembalikan..Semoga mereka yang menerima dugaan sebegitu akan tabah menghadapinya..saya doakan anda.
Banyak perkara juga bersembang dengan mak tadi-semuanya menyentuh hal kekeluargaan..Kadang bila bicara pasal hal ini buat aku jadi sedih..sedih dalam erti kata aku punyai masa terhad bersama mereka..sekarang masing-masing punya hidup dan komitmen tersendiri..well,that's life..the way you see life is different perspectives from others..sometimes untuk achieve something we have to let go of something..sigghh..
Apa-apa pun,Yang hidup teruskan hidup,yang sudah pergi moga kalian tenang di Alam sana..
Al-Fatihah..
**********************************************
18 JULAI 2009
Kisah minggu lalu.
Ketika aku berada di Kuala Lumpur.Terima Kasih Sam dan Angah tumpangkan aku untuk bersinggah di teratak indah mereka..Dan di kesempatan yang ada kami keluar makan bersama-sebelum meneruskan agenda utama di sana.Old Town White Coffee Ampang Waterfront menjadi tempat pilihan untuk bersarapan pagi mengalas perut.
Basement Parking..never park here before.
just like the other Branch
White Coffee,Chocolate and Ximut Milk Tea
Pasangan Suami Isteri yang vogue..dari Zaman belajar kekal hingga ke hari ini.Doaku agar jodoh kalian berkekalan ke akhir hayat.jangan lupa panjatkan doa untuk aku juga.Semoga kita sama sama mampu harungi hidup di samping yang tersayang..Indah bukan hidup jika rasa diri disayangi??:)
Kebetulan hari Sabtu petang tu ada perlawanan persahabatan Malaysia menentang Manchester United yang bertandang ke sini untuk menjayakan kempen Asia Tour nya..Boleh tahan juga pemain kita menentang Kelab liga Inggeris Gergasi itu..kesudahannya Man.United menang 3 berbalas 2-agak cemerlang juga persembahan kita tempoh hari..Keep up da good work Malaysia!!
aku sudah kelaparan kala ini..
Double Butter TOAST..sedap!!
Chocken Hor Fun-lama dah tak makan!!
Aikkk belum apa apa lagik dah ngaappp dulu..
Sam order Telur masak separuh ni..mengiurkan aku tengok telur macam nih..cumanya masa penyediaan nya yang agak lambat-aku dah habis makan Hor Fun tu pun Telur ni tak sampai sampai..Tapi takpa lah since kami pun not in the rush..masa yang ada boleh di guna untuk bersembang-sembang kenangan..
Dan sebetulnya agenda utama aku ialah untuk menghadiri perkahwinan rakan sekerja aku-Enchek Salman Hassan ni..(not to mention i'm his best man on that day).Usai makan kat Oldtown Ampang straight away kitorag bergegas ke Taman Melur Untuk upacara suci itu..Congratulation to both of you!!(nanti aku update dan kongsikan gambar-gambar sekitar majlis dalam entri selepas ini ya)Just stay tune with AXIMUD..:)
*Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer..
11 JULAI 2009
Hari sabtu-lepas kitorang puas mandi manda waktu petang terisi dengan membeli belah kat NILAI 3..mak nak cari langsir untuk raya dan abang Shuk pun nak cari kain untuk majlis kahwin dia tak lama kagi(akan aku umumkan nanti ya).maaf lah,gambar takder sebab cuaca sangat panas dan mood nak bergambar terus luput..haha..
Bila malam tiba..
Semua bersiap-siap untuk majlis makan malam di Coffee House Tiara Beach Resort..agak pelik kan gambar di atas sebab mak,ayah dan Ami tak ada..sebenarnya diorang takder sebab mak/ayah hantar ami balik naik bas di Seremban Terminal 2-sebab hari Ahad dah start kelas..so nak tak nak dia kena balik jugak malam ni..sian kat ami tak dapat nak join..takpalah,takda rezeki kan..
kakak dan abang ku
sempat lagi bergaya depan motor sapa tak taw..
dalam perjalanan menuju ke Coffee House
in my Observation,Tiara Beach Resort ni memang banyak sangat orang buat function..khabarnya-especially Government staff kalau kursus kebanyakannya memang diorang buat kat sini..malam ni saja sampai ada lima-nam group yang aku tengok ada majlis..
Tapi yang pasti majlis kitorang tetap yang paling meriah..haha..tak caya tengok lah meja makan yang dah penuh ni..ambik selagi tak penuh meja..dah penuh meja baru berenti duduk makan..kata buffet kan..terus la masing masing engikut nafsu syahwat semata-mata..:)
apa lagi,jom kita makannnnnn!!
Macam-macam ada kat sini..dari main course sampai la ke dessert nya..semua ada-ko pilih jer mana yang ko berkenan..tapi dalam banyak banyak mender yang ada kat sini,TOP 2 yang aku paling suka ialah:
sate nih!!walaupun bakar dalam microwave jer,tapi sedap!!
dan jugak isi ikan dowri masak lemon nih..pehh mantap!!
maka bermulalah sessi makan memakan tak hengat sambil mebnincangkan hal ehwal semasa adik beradik..saling bertukar cerita dan berkongsi pendapat mengeratkan lagi ukhuwah yang telah sedia ada..cuma sedikit terkilan kerana mak dan ayah tak dapat bersama..hmmmm..
lihat tudungku..sungguh ayu sekali kan..:p
the floor is yours!!!wahhhh BEST!!
Lepas da habis makan kat luar Coffee house macam bising dan orang ramai sangat..Rupanya ada persembahan yang di sediakan oleh pihak Resorts..persembahan apa aku pun tak taw jom kita sama sama terjah..
apa yang hampa duk kerumun tengok nih??
Owhhhh..rupanya kat PAVILLION STAGE ni ada persembahan mengimbangkan badan dari pakar yang bertauliah..duk balance kan mangkuk atas kepala and duk tambah tambah lagi smapi kepala tak tahan..
haaa tolak..jangan tak tolakkk!!
Habis mamat cina tu buat show keluar la pulak minah lentik baju merah ni mempamerkan kehabatan beliau melentikkan badan macam getah yang boleh di simpul simpul..macam takder tulang belakang jer ko kan aku tengok..ishhhh ngeriiii..
tak cukup lentik,pi pusing pinggan pulak..ko ingat hebat!!
Hebat tak hebat pun khusyuk jugalah ahli keluarga aku ni duk menonton..especially bebudak tuh..bukan senang nak melentik dan mengimbang macam tuh..try buat tengok..haha..
refleksologi di dataran berdekatan
jalan-jalan amik angin..
sekali ada satu booth kecil bukak duk jual menatang warna warni nih..kaum ibu yang punyai anak terpaksa la perabih kan pitih mana yang ada demi memenuhi kehendak anak kecil yang teruja dengan warna warni lampu yang di jual..demi anak tercinta semua sanggup kan..hihi
nuyul pun nak jugak tuh..ishhh
olo olo tomeinya dia duk pusing pusing lagu tuh..
muka kepuasan dapat lampu cantik..
Dalam pukul 11 lebih mak dan ayah tepon kata diorang da sampai bilik..so kitorang bergegas ke bilik sesegera mungkin..nak taw satu perkara tak??berkat usaha gigih kitorang masa makan buffet tadi kitorang merembat sebanyak 70 cucuk sate ayam(estimate jer nih..haha) dan memasukkan nya ke dalam beg kekanda tie..terima kasih atas begmu itu!!sekurangnya mak dan ayah balik boleh makan sate..hehe..sekian..
“Family means too much, Friends are too valuable, And life is too short, To put-off sharing with people, How much they really mean to you, And pursuing whatever it is that makes you happy.”