Followers

Showing posts with label ice cream. Show all posts
Showing posts with label ice cream. Show all posts

Friday, March 9, 2012

AKU, DIA, TUTTI FRUTTI & PELANGI PETANG

First time aku nak try rasa Frozen Yogurt di Restoran Tutti Frutti..Selalu dengar orang cerita pasal This yogurt yang sedap..This francais merupakan milik NAZA Group, dan aku rasa dah banyak cawangan yang ada di seluruh negara.aku jer yang terlambat baru nak buat review pasal this franchise.


Tutti frutti yang aku pergi ni berdekatan dengan Queensbay Mall..


Siap ada parking khas untuk customer.tapi tetap lah kena bayar jugak parking kat sini


Kosep Layan diri..pilih mangkuk apa korang nak.besar atau kecik.sendiri yang tentukan


Mula mula tengok this machine timbul jugak lah rasa macam jakun.aku tak reti nak guna mein macam ni..Pekerja nya pulak takder yang assist.so main hantam je lah tengok perisa apa yang ada then tarik pemegang pastu keluar lah frozen yogurt yang di ingini..ada macam macam flavour pulak tu..aku ambik flavour vanilla,Cokelat dan strawberry.Oleh kerana konsepnya ambik sendiri maka pandai pandai lah korang campur sesedap hati korang.


Lepas dah ambik yogurt boleh customize pulak campur macam macam..ada cip coklat ada corn flakes ada chocolate rice ada oreo ada buah kiwi buah strawberry dan macam macam lagi benda tambahan yang boleh korang tambah..harga akan dikira ikut berat iaitu 53 sen setiap 10 gram.so ambik lagi banyak barang lagi berat = lagi mahal!


This is apa yang di ambil..ada campuran Vanilla, Cokelat dan strawberry..satu bekas macam ni ialah RM25..Gulp!!a bit mahal aku rasa untuk frozen yogurt macam ni..lain kali kalau nak murah jangan letak berat berat..hehe..sekadar nak rasa boleh la makan tapi takleh selalu..


aku suka Frozen Yogurt Cokelat tu..pahit pahit dan sedap!


Jujur aku katakan rasanya memang sedap!! padan lah dengan harga pun..licin aku makan satu bekas ni..sebulan sekali boleh la kot nak lepas hawa makan kat sini..boleh cuba perasa lain pulak lain kali.aku pun tak ingat apa dia perasa lain tapi macm best best juga..


Dekorasi dalamnya pun simple dan nice.dinding dalam adalah cermin.nampak luas kedainya..


Sekarang memang musim hujan kan..kat KL hujan kat Penang pun selalu hujan..mana mana tempat pun hujan lah kot rasanya..dan lepas nak balik rumah dari Tutti Frutti lalu atas Penang Bridge i just saw a beautiful Rainbow seolah olah merentangi jalan di atas Penang Bridge..Pelangi Petang yang sungguh indah..Subhanallah!terus teringat lagu Sudirman Pelangi Petang..Teringat lagu Sudirman teringat kat si Dia jugak..terus jiwang sekejap dalam kereta.Saya hadiahkan pelangi petang ni pada awak ya! : )

*malam tadi ada tournament Bowling Kelab Kilat..dari 63 peserta aku dapat ranking ke empat.haha.Ok lah tu..kalau ada masa nanti aku update pasal that Bowling Tournament..sekejap lagi akan ke KL pulak..Hujung minggu ni ada Half Marahon 21 KM Brooks di Stadium Bukit Jalil..Wish me luck Guys!semoga dapat finish that run dalam masa yang ditetapkan.dan mudah mudahan tak lah banjir area yang kami kena berlari tu.Ameen.

Tuesday, November 29, 2011

FOOD REVIEW : TONG PAK FU AISKRIM @ KLCC

Mood untuk bekerja hari ni adalah kurang.

Mungkin sebab dah seminggu outstation,tambah lagi semalam pun cuti maal hijrah..rasa lemau jer nak membuat kerja kerja opis.tapi have to lah.dah tinggal seminggu memang melambak lambak lah report nak kena siapkan.tak ada mood aku nak bercerita pasal kerja di opis.better kita cerita bab makan makam lagi.kisah hari ahad yang lalu(27 November 2011),petang selepas berlari di Desa Park City.


Lepas berlari di Desa Park City,aku diserang satu penyakit angin rasanya.aku muntah balik semua yang aku makan di Kluang Station..maybe sebab pagi tu dah termakan nasi lemak basi.what to do.nasib lah kan.dalam perjalanan pulang ke rumah Kak Tie kami berhenti di 3 stesen Minyak.kat tiga tiga stesen minyak tu punya tandas semua ada muntah aku.haha.kosong perut bila sampai ke rumah kak tie.sampai rumah terus terbongkang kepenatan dan bila bangun dari tidur rasa lapar yang amat.dan kelakarnya dalam minda aku ketika bangun tidur ialah aku nak makan : AISKRIM.aku bukan peminat aiskrim sangat pun.so atas sebab tersebut terus kitorang bersiap menuju ke KLCC untuk menikmati aiskrim yang sedap.


Tu dia tak sabar sabar nak makan aiskrim.sampai KLCC terus cari kedai TONG PAK FU desert yang mana kat kedai tu memang specialist mender mender pencuci mulut dan main yang palin special ialah aiskrim.masa nak order rasa semuanya sedap tapi kami order dua jer aiskrim bila melihat portionnya yang menggunung tinggi.


tersengih semua orang sebab nak makan aiskrim!!


ini ialah aiskrim Cokelat yang di shaved.nampak yummy tak?


satu lagi aiskrim yang diminta ialah aiskrim Durian.rasa duriannya menusuk kalbu


Tak cukup dengan asikrim kitorang tambah pulak makan Waffle strawberry ni..memang sedap yang amat okeh this waffle.satu pinggan makan 4 orang memang lah cepat jer licin.tapi berkongsi macam ni lah baru seronok.at least tak la banyak sangat kalori yang dimakan.hehehe.Bijak bijak.


Kesimpulannya misi nak makan aiskrim adalah sangat tercapai dengan jayanya.ohh Azuan pun join sekali.ye lah,rumah dia dekat ngan rumah kak tie.kang kalau aku tak ajak dia sekali macam tak best pulak.lagipun KLCC ni tenpat kerja dia.selok belok dalam ni semua dia tahu.konpem kitorang tak sesat punya.bukan besar mana sangat pun KLCC ni kalau nak compare ngan Midvalley.


tak tumbuh tak melata.tak sungguh hamba tak kata.memang sedap hokeh!custard cream nya sangat lah menyelerakan..yang aiskrim tadi pun lazat.Lokasi this restaurant dalam KLCC korang cari sendiri lah yek.kalau aku bagitau tak thrill pulak nanti.hehe.alamatnya dalam suria KLCC : Suria KLCC (Lot C15F, Concourse Floor), Kuala Lumpur,


Lepas dah habis makan eskem kitorang just jenjalan dalam KLCC ni..lama tak shopping so sempat singgah di butik Uniqlo beli sweater sehelai..ada promosi la pulak time hujung tahun macam ni.tapi sabar banyak banyak kalau tak habis lah duit.dah la baru gaji.hishhhhhh..Then tak lama kemudian sampai lah waktu maghrib,then solat maghrib di surau KLCC sebelum keluar untuk Dinner pula..Next entry aku cerita pasal Dinner di Sebuah restoran China Muslim di Ampang bersama seorang blogger pemes.

Thursday, November 24, 2011

FOOD REVIEW : ICE ROOM RESTAURANT @ BANDAR BARU BANGI

Pagi ni ada kisah yang tak berapa best.

Tapi aku tak reti nak eksplen macam mana.so better aku cerita pasal waktu makan tengahari tadik.yang tak best simpan dalam hati jer.untuk korang meh aku cerita bab makan.hehe.masa dalam lab duk tengah buat testing teringat kat Kak Nor ngan Abang Ijan yang memang kerja di Putrajaya dan tinggal pun di Putrajaya.saja lah BBM kak Nor tanya kot kot dia free untuk jumpa waktu lunch.Turn out diorang ok dan kak nor suggest supaya pi makan kat Ice Room Bangi.


Ice Room punya Restaurant ni kali pertama aku jejak di Nilai,masa bawak Faiz yang belajar di USIM bulan Jun 2011 yang lalu.konsepnya sama jer.dah kata cawangan kan..kat Bandar Port Dickson pun ada satu kalau tak silap.banyak cawangannya.merata ada.Damansara ada,Ampang ada.pandai pandai lah korang gugel.Lokasi Restoran  :

Restoran Ice Room
45, Jalan Medan Pusat 2D,
43650 Bandar Baru Bangi ,
Selangor Darul Ehsan 


Aku sampai lambat sikit..dalam pukul 1.05 pm aku sampai.kak Nor ngan Abang Ijan dah ada kat situ.siap dah makan aiskrim separuh dah.maaf yer lambat sedikit..Alhamdulillah dapat bertemu lagi buat kesekian kalinya..Kedua duanya sihat sihat aja..lain kali kita berjumpa malam lah kak.boleh jumpa wawan dan abang sekali.Kak Nor ni blogger femes.boleh masuk blognya - mummysyafie.blogspot.com


Gambar aiskrim yang diorang makan tak sempat nak ambik gambar.ni aiskrim yang aku makan- TROPICAL MIX FRUIT harga RM9.90.seperti review yang pernah aku buat sebelum ni,Ice Room punya ais krim memang sedap!shaved aiskrim macam ni menambat hatiku!!cuma jangan order makanan lain yang berat berat.bukan speciality diorang.setakat aiskrim dan makanan yang ringan ringan ok.


Makan French Fries jugak.ehh ada lalat dalam sos!!


ni rasanya manis.Keladi salut tepung Goreng.sedap jugak!


Waktu lunch patutnya makan yang berat berat.tapi mengenangkan makanan waktu kursus sangat lah mewah so makan ringan ringan pun takper di sini.Order Kuih apa ntah ni..macam ada inti kaya kat dalam.sedap!!aku suka kuih ni.tapi 3 bijik dalam RM5.80 a bit mahal.tapi sedap so no further question lah.


Buat abang Ijan,Thanks sebab belanja makan aiskrim!nanti next time my turn pulak ya..Insya Allah.Kak Nor kata kalau nak belanja kena belanja satu family (4 orang)..tak kisah..Insya Allah.kalau saya turun ke Bangi lagi boleh kita pi pekena Satay Kajang pulak..after makan terus ke tempat kursus balik..Overall This restaurant is great untuk aiskrimnya.ada bermacam macam jenis.Boleh tengok review yang lagi satu di entri ini. 

 

*“Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Monday, July 25, 2011

FOOD REVIEW : HAAGEN-DAZS ICE CREAM @ AUTOCITY


681-G5, Jalan Perusahaan Autocity, 
North-South Highway Juru Interchange Prai,
Penang, Penang 13600


PARADISE @ HAAGEN-DAZS

-6 Scoop of different ice cream : 
Mango sorbet,raspberry sorbet,dark chocolate orange,
vanilla macadamia nut,green tea and Chocolate.
-Taste : 10/10!!!!!
-Price : RM29 excluding Tax


The quality of the ice cream is very good,Nice and smooth!!delicious!!!!!!!!


rugi yang amat-amat kalau tak habiskan..rasa macam nak lagi.


Ni citer hari sabtu yang lalu..teringin nak makan aiskrim Haagen Dazs..order Paradise ada 6 scoop ice cream..semua sedappp tapi tak berapa berkenan mango sorbet dan Rspberry sorbet tu sebab masam.overall aku lagi prefer aiskrim Haagen Dazs daripada Baskin Robbin.sebab Haagen Dazs lebih classy.hahaa..tapi dari segi taste pun memang HD lah lagi sedap..Harga pun sedappp jugakk.sekali sebulan nak makan tu boleh la kan time gaji..serius sedap sampai duk teringat-ingat..apatah lagi bila tengok gambar.tu yang aku saja buat entri Khas pasal ais krim ni..saja nak kasi korang terliur..muahahaaaa..(status kehalalan rujuk link ni.)

*isnin dan selasa ni jer aku kerja..Then aku terus akan bercuti dari 27 Julai 2011 sampai 9 Ogos 2011.Ke mana?nanti lah aku bagitau.kasi saspen sikit.

Saturday, July 23, 2011

SATURDAY ACTIVITIES : KENDURI KESYUKURAN ADRIANA

Selamat hari sabtu buat semua pembaca Budiman..

Hari ni kompeni aku ada buat Family Day..aku just join join gitu jer.nama pun family day,kalau join bersama family lah baru best.setakat aku sorang sorang terkontang kanting macam ni mana lah nak rasa nikmat sangat..macam macam sukaneka ada..pertandingan karaoke pun ada..so aku blah awal dari tempat event..ada dapat makan KFC free.tapi aku tak ambik pun..just nak rehat kat rumah.Cuaca pun sangat panas kat padang kilat pagi tadi..


Tadi dalam pukul 11 pagi kontraktor dah datang rumah baru aku untuk polished lantai.Alhamdulillah setelah sekian lama aku tunggu baru dapat kontraktor datang untuk plished lantai rumah.kalau ikut dah lama aku patut pindah ke sini tapi mengenangkan lantainya yang tak berseri tu yang aku sabarkan diri tunggu sampai proses tender bagi polishing lantai ni siap..Alhamdulillah kalau takder aral dalam bulan puasa ni aku nak pindah sikit sikit..harap Tuhan berikan aku kekuatan.
.


Lepas Zohor famoque pulak ajak pi rumah wife dia di Kampung Dodol Sungai Pinang..ada majlis kesyukuran 3 dalam 1-kenduri arwah,kenduri kesyukuran dapa baby ngan kenduri sebelum puasa..sedap sungguh nasik kenduri macam ni..makan lepas bertahlil..member baik dah ajak takkan aku tak datang kan.
.


Nasik ni makcik Naz yang masak..the same person yang masak masa diorang akad nikah dulu
.


Ingat nak dukung adriana sekali baby ni tidor nyenyak pulak..tidor terlentang dengan sangat lena..bila pikir pikir balik aku tengok sam dah ada anak,Famoque dah ada anak,Akem pun dah ada anak..most of kawan kawan aku yang sama belajar dulu semua dah ada their own family..aku percaya dengan takdir Allah.akan ada seorang wanita yang bakal jadi suri dalam hati aku suatu masa nanti..Insya Allah..semoga Tuhan percepatkan jodoh ku..ameen.
.


dalam lebih kurang pukul 3 petang aku beransur pulang..Teriam kasih famoque ngan Naz sebab jemput aku..kalau korang balik penang bagitau lah aku lagi.boleh hangout sama sama..ada rezeki kita kerja satu kompeni nanti.hehe.tak paham?takper.aku ngan famoque jer yang paham.heheee
.


Balik dari kenduri kesyukuran aku melencong kejap pi makan ais krim kat Haagen Dazs Juru Autocity.tak pernah makan kat haagen Dazs cawangan sini..ingat nak take away tapi cuaca kat luar panas sangat so makan kat dalam.Order Paradise apa ntah..ada 6 scoop ais krim pelbagai perisa yang kita boleh pilih.sangat sedap!cuma aku tak suka mango sorber dan raspberry sorbet sebab masam yang amat.Green Tea tu aku suka.weird rasanya tapi aku suka.paling Top ialah Dark Chocolate and Vanilla with macadamia Nut.memang sedap gila lah aiskrim kat sini.kena buat aktiviti bulanan ni.heheee.tapi haagen Dazs memang best.jauh beza lah dengan Baskin robin.terbaekkk!!

*ni aku baru balik dari Farewell party rakan opis yang kena berpindah ke SJ.Manjung.ada masa nanti aku update pulak pasal cerita tu yek..Good Nite.

Monday, July 18, 2011

FOOD REVIEW : ICE ROOM RESTAURANT @ NILAI

Melalui satu hujung minggu yang padat dengan aktiviti.

Hujung minggu lalu 16 & 17 Julai aku ada course kepimpinan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas..aku baru tahu kat situ ada Hotel yang nice!logik lah kan untuk jemaah haji menunggu flight mesti nak kena ada accomodation yang selesa.kalau aku rajin nanti aku buat review pasal Taha D'Mutiara Hotel tu.Course habis 17 Julai pukul 1 pm,and pukul 2pm aku kena bertolak ke Pulau Langkawi pula sebab ada Konvensyen sampai hari rabu ni.Sekarang aku bersiaran dari Pulau Langkawi..sibuk dengan preparation untuk that konvensyen.

Di kesempatan ini aku nak share dengan korang pasal RESTORAN ICE ROOM di Nilai,masa lawat faiz di USIM last month..dah lama aku duk perhati this restaurant tapi tak pernah rasa nak mencuba.So bila tanya Faiz dia duk rasa nak makan kat sini so aku bawak lah dia makan..Bukan selalu nak belanja dia makan.Jom kita tengok apa yang menarik di restoran ini.


 MAP:
Located at before shell petrol station and on the way to highway.

Location:
Lot 200-201, Jlan 6, Nilai Square, Nilai.

Tel No: 06-8506487/8506467

Untuk pembuka selera aku order ala ala kuih pau ni.Inti BBQ kat dalam.sedap yer tuan tuan dan puan puan.aku suka sangat.cuma harganya agak mahal bagi aku.3 bijik macam ni sampai 5 ringgit lebih.serius mahal.


This kuih pun sedap.tapi aku tak ingat dah namanya apa.lembut dan best..


Selari dengan namanya Ice Room,This Restaurant memang menawarkan berbagai bagai jenis ice cream..berbagai rupa,bentuk dan perasa..aku tertarik dengan this MIXED FRUIT SNOW ICE..Campuran buah buahan dengan paduan asiskrim Vanilla.Rasanya sangat lah mantap.serius sedap.aku suka.Harga untuk satu bekas macam ni ialah RM9.90


Lain macam aiskrimnya..berkeping keping dan lambat cair.Recommended lah!terbaekkkk..


Next ice cream yang dipesan ialah BLACK KNIGHT..tertarik dengan warnanya yang hitam Faiz order this ice cream.aku pun boleh lah try rasa..rupanya tak seindah yang dinampak..rasanya agak tawar dan pelik..macam rasa bijan pun ada.aku tak suka sangat..Order lah pulak aiskrim lain.


Ice cream Peanut butter ni aku suka.sedap.memang terasa kekacangannya.lain dari yang lain.


Ice Room bukan sekadar ada ice cream sahaja.banyak menu lain dalam lebih kurang 30 menu seperti mee kari,spaghetti,western food dan macam macam lagi.Faiz order lamb Chop.Dan hasilnya sangat lah mengecewakan..lamb nya agak raw dan tak berperisa.


Aku pulak pi order Spaghetti Blackpepper..sekadar boleh telan sahaja lah.memang tak berapa sedap.so kesimpulan yang aku boleh buat dari first visit ni ialah This Restaurant adalah specialist dalam bab bab ais krim sahaja..mungkin lah ada makanan lain yang sedap tapi western food bukan speciality diorang lah..so bad rasanya dan mahal pulak tu.


Tapi kalau nak rasa ice creamnya aku recommend lah.memang ada beberapa ice cream yang sedap..sesuai dengan konsep restaurant yang cozy dan sedap mata memandang.Status kehalalan jangan bimbang sebab Insya Allah this Restaurant HALAL.Untuk bacaan lanjut mengenai status kehalalan dan pemilik this Franchise boleh baca di Blog ini.Overall aku rate this Restaurant 6/10.ice cream sedap,makanan lain just so so..kuih pau kaler Hijau dan Inti BBQ tu sedap..dan yang tak berapa nak best bila harganya agak mahal dengan kuantiti dan kualiti makanan yang dihidangkan.Tepuk dada tanya selera.Selamat mencuba ya!!kat Bangi dan Kota Damansara pun ada cawangan.

*Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim).Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu..Maka seboleh mungkin cubalah kita hindari diri dari berhasad dengki..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails