Followers

Showing posts with label hat yai. Show all posts
Showing posts with label hat yai. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

TRIP HAADYAI PART 6 - JALAN-JALAN @ PEKAN HAADYAI,SAYONARA..

Aku baru perasan entri ni tak buat lagi.
A
In fact,actually banyak lagi entri entri yang tak sempat aku nak siapkan..memang lah bukan kewajipan pun buat entri entri dan berkongsi cerita n,tapi aku just cuba untuk share dengan semua pembaca blog aku ni mana yang sempat..Entri pergi Cambodia last year bulan 12 pun aku belum start cerita lagi..entri Trip Phuket/Krabi last month pun belum selesai..banyak lagi sebenarnya.memang lah tak semua benda boleh nak di kongsi,tapi sekadar berkongsi pengalaman dan cerita sendiri apa salahnya kan.Lagi pun,aku seronok bila boleh susun cerita kehidupan aku dalam bentuk blog macam ni.Journal peribadi yang sungguh interaktif..:)
A
Kali ni ialah entri aku ke Haadyai Tahun lepas bulan Mei..Entri pasal Trip Haadyai dah buat,sekali boleh tertinggal part finale.ini ialah kesinambungan dari entri ini.jom lah kita layan.Zassss..
j
29 MEI 2010

Hari ni hari last di Haadyai.Pagi tadi dah beli tiket balik pukul 2.30pm menuju ke Bukit Mertajam..Tiket balik murah jer.dalam RM18 sahaja.macam ni boleh la selalu pi Haadyai.tapi bagi aku Haadyai ni takder apa sangat.aku yang paling teruja pun sebab Floating market kat sini.Tu jer.


Jalan jalan di Pink Lady Complex
a

Pagi tadi kami jalan jalan kat pasar Kim Yong..pasar pagi..Then sambung kalan jalan sekitar pekan Haadyai.pekan sini kecik jer..jalan kaki sekejap jer dah boleh sampai semua tempat..banyak jugak shopping Kompleks duk ada.Most of my fren yang suka datang sini sebab nak shopping.Murah kata mereka.apa kata aku?entah.tak minat sangat shopping kat sini.
a


Di pekan Haadyai kat tepi tepi Gerai banyak lah duk Jual Udang Besar besar macam ni..sekali ngan Pulut Mangga dan Pulut ayam.makanan Thailand kan Pulut ayam tuh.Udang besar macam ni ikut saiz.yang tak berapa besar sekor sampai 10 hengget..tapi sebab dah berkenan beli lah sekor..nak rasa.
a
Then balik Hotel dan Check Out.dari Hotel kitorang sewa tuk tuk nak ke Hentian Keretapi.sebenarnya kalau nak berjalan boleh sangat.tapi saja nak ambik peluang merasa pusing pusing pekan haadyai naik tuk tuk.tak mahal pun.depa caj RM5 jer.
a

Bas dari Malaysia banyak lah duk ada di sini
a


Tiket train pukul 2.30 pm..waktu sekarang baru jam 1 pm..so nak membuang waktu masuklah dalam Robinson supermarket ni.jalan jalan cuci mata.untung untung ada yang berkenan di mata boleh lah beli terus.tapi memang takder nak beli apa pun.
a

window shopping semata mata
a

Kelaparan.terus menyinggah di KFC yang berdekatan.


Actually pasal KFC dan MEKDI di Thailand,aku baru dapat Info dari Tourist Guide masa aku ke Phuket bulan lepas.dia kata Mekdi Ngan KFC kat Thailand ni TAK HALAL..aku dah tersilap la kalau macam ni.sebab time nak makan KFC ni kami ragu-ragu.tapi duk tengok ramai jer yang pakai tudung makan kat sini tu yang kami assume sini Halal..tapi dah tahu macam ni tak makan dah la lepas ni..nak buat macam mana.nasi sudah menjadi bubur..


Makan Udang yang beli tadi


KFC juga takder menyediakan Rojak buah macam ni..aku saja buh dalam Plate Rojak buah yang baru beli kat Tepi jalan..jangan korang terpedaya ya.Ni dakyah semata mata..
a

Setel makan terus kami ke Tempat Train
a











Maaflah yek.malas nak letak caption.korang layan jer lah gambar gambar kat atas.Ni nasik bungkus beli di Hentian Padang Besar.sedap sangat makan sebab perut sangat lapar..Then tidor lah pulak bila dah kenyang..
a

Seronoknya dah nak balik..
a
Ni kawasan Alor Setar..nampak kan Menara Alor Setar tu
a

Akhirnya dekat pukul 10 malam jugak kitorang sampai ke Bukit Mertajam..aku park kereta kat sana sebab pergi pun just dua hari sahaja..selamat lah sebab ada sekuriti yang berjaga kat situ.Tmat lah sudah Trip Haadyai dengan menaiki Tren.Teruja sikit kali ni sebab naik Tren.bagi aku kalau korang suka menikmati keindahan Alam semula jadi atas train disyorkan lah.tapi kalau jenis tak tahan duduk lama lama better naik lah Flight jer..Murah naik tren,Cuma masa nak sampai tu lah lama..Untuk recap balik Cerita pasal Trip Haat Yai ni dari Part 1 sampai Part 6,Klik link ini ya.
a
Pengalaman manis untuk tahun 2010.tetap akan kekal di ingatan sampai Bila bila.
a
***********************************************************************
a
Dari pagi tadi sangat sibuk..Stesen aku hari ni buat Open Day untuk orang luar..aku ditugaskan untuk mengambil gambar sekitar aktiviti Open Day bersama beberapa rakan lain.Ok lah jugak Open day tadi..Meriah dan bilangan pengunjung yang hadir melebihi jangkaan..tahniah kepada semua warga kerja yang terlibat secara lansung ataupun tidak.
a

Esok dan Khamis aku ada Kursus pula di Bangi.Petang ni akan bergerak ke KL..Penat memang lah penat.but what to do.Enjoy jer lah life yang ada ni..Penat tapi puas..heheee..Ok.Nak rehat-rehat sekejap sebelum pi KL sat lagi.
a
Bai.
a
Jumpa awak di KL yek.

Monday, July 5, 2010

TRIP HAADYAI PART 5 - JALAN-JALAN @ KIM YONG MARKET

29 MEI 2010

Lepas dah bersarapan pagi dan dah beli tiket balik di Train Stesen,kami akan menuju ke KIM YONG MARKET,sebuah pasar pagi yang terdapat di HaadYai ni.Lokasi sebenar Pasar ni tidak di ketahui nasib baik ada satu Map yang besar tersergam indah kat tengah tengah pekan Haadyai yang tak berapa besar tu..

1

Main agak agak jer kami tengok map ni then ikut direction yang ada..

2

Main agak agak pun akhirnya sampai ok..

3

Tapi dapat sampai sini pun dengan bantuan penduduk tempatan..tanya Kim Yong terus laju jer jari jemari mulus diorang tunjuk ke arah pasar yang agak besar ni..so kami assume betul lah ni Kim Yong Market..

4

5

Macam biasa lah kalau pasar pasar macam ni what do you expect kan..aku tak berminat sangat nak tengok apa ada kat dalam sebab basically mesti sama jer dengan tempat lain pun..baju baju,ada souvenir,barang barang kecik dan makanan makanan ringan..Buah buahan tu biasa lah..so kat dalam ni just jenguk jenguk tak ronda semua pun..

6

Lebih seronok untuk berjalan jalan di kawasan Luar market,tepi tepi jalan ramai peniaga yang jual barang barang makanan..dan yang paling best sebab dapat ambik gambar kat sini.tengok gelagat penduduk setempat pun asyik juga!

7

ni bunga apa ekk??Carnation ker??entah..

8

kat sini ok lagi ada helmet yang approved..tak macam kat Vietnam..

9

Travel mate di khalayak penduduk Haadyai

10

As you all can see above,sungguh busy sekali pasar pagi ni dengan penduduk setempat yang jual barang barang makanan kering dan basah..Rami juga peniaga muslim yang ada so tak perlu risau kalau nak beli kuih kuih yang ada..Insya Allah Halal dan Toyyiba..

11

Geram tengok cili padi dan limau nipis..macam nak tumbuk sambal belacan laa laa tu jugak

12

Udang kering..tak sure murah ke mahal sebab tak tanya.takde intention nak beli

13

14

15

Dah puas jalan jalan dan ronda rasa dahaga la pulak,so benti di tepi makcik yang ganas ni tengah kopek buah kelapa dengan parangnya yang sungguh tajam..mintak dua bungkus kat makcik ni tapi masalah komunikasi berlaku so tunjuk jari jer lah.Time nak bayar pun hulur duit 500 baht dia bagi balik 200 baht maknanya dua bungkus dalam lebih kurang RM3..Ok what.

16

ganas dan gagah perkasa kan makcik ni..

17

18

Ketam ni aku tak sure untuk makan or umpan sebab saiz nya cinonet amat

19

peniaga dan pembeli bergaduh pasal harga.

20

Aku terjumpa lagi ngan jagung mutan ni..menurut teman aku dia kata jagung ni Orang Thailand kacuk dengan apa ntah tu yang jadi kaler macam ni.tapi aku cuba beli sebatang memang rasanya tak sedap..kenyal dan tawaq..so kalau korang nampak jagung kaler macam ni jangan lah beli unless korang ni mementingkan kesihatan nak makan yang tawar tawar jer so silakan lah..

21

Dari Kim Yong market ni kami meneruskan jalan jalan di sekitar pekan Haadyai sementara menunggu masa nak balik..Tiket pukul 2 petang ke Bukit Mertajam so habiskan masa dengan ronda ronda masuk Shopping kompleks dan sebagainya..

To Be Continued..

*Teruja dengan Kemenangan German 4-0 lawan Argentina baru baru ni..Go go Germany!!semi final Germany bakal bertemu Spain..Macam Final EURO2008 la pulak..haha..harap Germany dapat menang.

Saturday, July 3, 2010

TRIP HAADYAI PART 4 - SARAPAN PAGI @ RESTORAN AR-RAHMAN

Terjaga di awal pagi dan bersiap sedia untuk memulakan journey di Hat Yai pada hari kedua.

29 MEI 2010

First thing to do mesti lah nak bersarapan pagi..sebab malam tadi tak makan betul betul..just makan ringan ringan,not a real meal..Kat Hat yai ni tak perlu risau pasal makanan halal.banyak jer kedai makanan muslim di tepi tepi jalan.kena pandai pilih lah..sesetengah dari mereka memang speak in malay lagi..so nothing to worried about.

1

Ini merupakan restoran makanan islam,Ar-Rhman..untuk pengetahuan kami tak makan di kedai ni tapi kami makan di kedai yang bertentangan dengan ar-ragman ni sebab NN nak makan Roti canai..apa nama ntah kedai yang kami singgah.lupa dah.

2

roti canai kuah kari

3

Aku tak minat sangat ngan roti canai..another choice kat sini ada Nasi Lemak..nasi putih ngan lauk pauk pun dah start ada.so aku pilih nak makan nasik terus lah..terliur tengok daging goreng kunyit ngan sayur kacang panjang tu..sedapp..tup tup lepas abes makan roti canai NN pun ambik nasi puteh jugak..lauk sama..hahaaa

4

timun dan sambal belacan yang kick

5

tea o panas pembuka selera di pagi hari

6

Lepas da siap makan kami decide untuk berjalan kaki ke Train station untuk beli tiket balik ke Bukit mertajam pada pukul 2 petang nanti..Trip ni memang singkat jer,2 hari 1 malam..Cukup lah tu walaupun kami tak ke Songkhla sebab orang kata Songkhla takder apa sangat,sekadar nak bergambar dengan mermaid patung besar tu..

7

ingat nak naik tuk tuk tapi lebih selesa berjalan..dekat jer pun

8

Dalam perjalanan ke Train station jumpa lagi kedai makanan islam,HALAL semestinya..see,i told you.kat sini banyak choice..takyah nak risau.sempadan jer pun kan.

9

Tuk tuk yang membanjiri kawasan depan Train Station

10

Ingat nak beli tiket train dari semalam tapi since orang tiket kata suh beli hari ni that's why kami beli hari ni..Orang tak ramai pun yang ada..Train station kat sini a bit old school lah..kalau nak tengok macam yang dalam Bollywood punya cerita haaa lebih kurang lah macam kat sini.

10A

harga tiket dalam RM18..lagi murah dari tiket datang RM22

11

another Muslim Food Center

12

Dari train station kami just pusing pusing celah celah town yang kami tak jejak lagi..saja jalan jalan.tengok lah kehidupan penduduk setempat dengan lebih dekat..diorang suka meniaga buah tepi tepi jalan macam ni..musim buah kot sekarang..tak taw la berapa harga sekilo sebab tak terlintas di fikiran nak beli buah.just tengok jer lah.

13

jangan men men,Ketupat palas pun ada kat sini ok..

14

Our next pit stop-KIM YONG MARKET..teringin nak jejak pasar pagi kat sini..so berhempas pulas lah tengok map nak cari that market..dan senang jer nak jumpa.Ok tu nanti aku cerita dalam entri akan datang..

to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails