Followers

Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Monday, December 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, AYAH..

Sewaktu di uitm shah alam. Handphone bergetar. Ada panggilan masuk. Dari ayah. Sering hati resah gelisah bila terima panggilan dari ayah. Takut-takut ada berbuat salah.Tapi acapkali bila diangkat nyata nya yang bercakap ialah emak. Emak akan bertanyakan khabar itu dan ini, dan di belakang ada sahut-sahutan suara ayah bertanya bila mahu pulang ke kampung halaman.

Sampai lah tiba waktu bekerja, sese
kali bila lama aku tidak menghubungi mak dan ayah di kampung kerana sibuk dengan urusan sendiri, akan terima panggilan dari telefon ayah. Dan tetap sama, pasti suara emak yang akan memenuhi segenap corong telefon. Bertanyakan khabar berita. Dan masih, aku terdengar sayup-sayup suara ayah di belakang membagi point soalan pada emak untuk ditanya pada aku.

Kadang aku terpikir. Mengapa ayah tidak mahu bercakap sendiri. Selalu aja gunakan emak sebagai perantara. Dan kadang bila aku telefon ayah, tak sempat bercakap satu minit pun ayah sudah pass kan telefon pada emak. Pelik juga. Tujuan nak dengar suara ayah dan tanya khabar dia. Tapi ayah seperti kurang selesa. Tak apa lah. Mungkin itu cara ayah.

Sebenarnya itulah kasih seorang ayah. Yang ramai orang tidak perasan. Sebenarnya yang menyuruh emak call anak anak pastinya ayah. Kerana seorang ayah sedikit sukar untuk menunjukkan kasih sayang mereka secara terus. Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka amat menyayangi anak jauh daripada mereka menyayangi nyawa sendiri! Percayalah.. dan aku sentiasa tahu kasih ayah tiada sempadannya. Demi anak-anak, ayah sanggup berkorban apa saja. Kami 9 beradik dibesarkan dengan keadaan yang sentiasa cukup. Apa sahaja yang di minta pasti akan terpenuhi, tanpa anak-anak mengerti kesusahan yang ditempuhi. Allahurabbi. Murninya kasih mu ayah dan ibu..

Hari ini 23 disember 2013. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke 65. Jika arwah ayah masih ada bersama kami, umurnya genap 65 tahun. Selamat ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Kamu tetap sentiasa dalam ingatan kami. Tak pernah luntur walau sedikit pun malah ianya bertambah kuat kerana hari demi hari, kami juga semakin hampir untuk bertemu Tuhan rabbuljalil.. tenang lah ayah di sana. Moga Allah pertemukan kita di syurga nanti.

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah. Tiada kek dan hadiah lagi. Atau yang seumpamanya. Cuma bacaan ayat suci al-Quran mengiringi dan doa dari anak-anak di sini buat kesejahteraan arwah ayah di alam sana..


*kawan-kawan, berbakti lah kepada orang tua sebelum terlambat.. kita terlalu sibuk sehingga kan kita sering terlupa yang mereka semakin tua. Jangan nanti mereka dijemput illahi saat kita lalai demgan urusan sendiri dan waktu itu, penyesalan tiada gunanya lagi. Ingat pesan Rasulullah SAW. Dan juga pesan Allah.. supaya berbakti pada kedua ibu bapa dengan semahunya.

Tuesday, November 12, 2013

SANAH HELWAH ABANG SHUKRY YANG KAMI SEMUA SAYANG!

Kisah 10 November 2013

Sewaktu aku berada di Miri, Abang Shuk dari Offshore telefon suruh ambik dia di airport kerteh. dia tetiba demam panas dan sukar untuk bernafas sebab tonsil membengkak. aku masih di Miri, Nasib baik Ami ada di rumah. Maka ami dan mak pergi ambil abang shuk di Airport Kerteh. keadaan tak berapa bagus, Abg. Shuk terus dikejarkan ke Kuala Terengganu Specialist dengan Ambulans. 


So hari itu aku kerja. baru sampai kemasek dalam jam 3am dari KL. then kerja sampai jam 5pm, then terus menuju ke Kuala Terengganu untuk melawat Abang Shuk di KTS. Mak dah ada di sana sebab mak naik ambulans sama sama. so dari Kemasek aku, kak ija dan Ami tiga orang bergerak sekali. sempat singgah di Dungun sebab aku minta tolong kak Ina belikan Kek Black Forest untuk Abang Shuk. Bukan kek sebab masuk wad. tapi kek hari lahir nya pada 11 November. early celebration lah kiranya. Jumpa baby Najihah dah pandai senyum dah. so adorable! hehe


Its a birthday cake. tapi 2 in 1 jadi kek get well soon jugak.


Sampai KTS dalam jam 9.30pm. agak lewat juga lah. so apa lagi. Supriseeeeeeeee!!! Selamat Ulangtahun kelahiran buat Abang Shuk yang kami semua sayang. walau apa terjadi kami sekeluarga tetap akan sentiasa ada menyokong mu dari belakang. Family tetap akan sentiasa ada. Insya Allah.. Selamat hari lahir. Moga makin soleh. moga makin berkat dalam kehidupan dan moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnianya pada anda sekeluarga. 


‘I remember your pranks, I haven’t told anybody, How you used to hit me hard, But that was part of growing up fun, Happy birthday bro, Always be the number one! - See more at: http://www.birthdaywishesforbrother.com/#sthash.BAG4ECmv.dpuf
Ni lah teman bergaduh aku masa kecik. teman yang selalu buli aku. siap pernah baling susu cap junjung atas kepala aku sampai berdarah kepala. i used to hate him so much. yes i hate him so much in the past. but as we grow old and god grace, i know that i love you so much my bro! you mean everything's to me. take care coz i do care about you. i wish you to have a happy life. Insya Allah..
‘I remember your pranks, I haven’t told anybody, How you used to hit me hard, But that was part of growing up fun, Happy birthday bro, Always be the number one! - See more at: http://www.birthdaywishesforbrother.com/#sthash.BAG4ECmv.dpuf
‘I remember your pranks, I haven’t told anybody, How you used to hit me hard, But that was part of growing up fun, Happy birthday bro, Always be the number one! - See more at: http://www.birthdaywishesforbrother.com/#sthash.BAG4ECmv.dpuf
‘I remember your pranks, I haven’t told anybody, How you used to hit me hard, But that was part of growing up fun, Happy birthday bro, Always be the number one! - See more at: http://www.birthdaywishesforbrother.com/#sthash.BAG4ECmv.dpuf



Sambut birthday abang shuk pun dalam keadaan tergesa gesa sebab nak hantar Ami balik ke KL naik bas. naik bas di Hentian Bas Kuala Terengganu. tak jauh dari KTS. 5 minit jer perjalanan. Aku, Kak Ija dan Mak yang hantar. then we going back to the hospital again. Malam ni kami semua bermalam di Hospital sahaja. aku dah bawak baju kerja siap siap. so esok  pagi terus ke tempat kerja sahaja di Paka.

Bila tidur di Hospital, kenangan lama menjelma semula. kenangan tidur di Hospital waktu ayah sakit. kenangan di Hospital Kuala Lumpur. How HKL sudah menjadi rumah kedua kami. setiap hujung minggu akan aku turun dan lawat ayah. beli makanan di kampung bharu. makan sama sama. tidur di situ. hmmmmmm. malas nak cerita panjang. kang air mata jatuh pula. 

ok dah.

Sanah helwah abang shukry!!

Thursday, September 6, 2012

ANOTHER YEAR IS GONE, HAPPY BIRTHDAY AZIM ASHAARY!!


28 tahun yang lalu, Mak bersusah payah lahirkan seorang bayi lelaki 6 September 1984 pada jam 1.55am..Bayi seberat 3.62 kg dilahirkan di Hospital Besar Kemaman..dan kini lelaki itu telah menginjak dewasa, hasil dari susah payah ibu dan bapa yang membesarkannya..Terima kasih mak..Terima kasih ayah..atas segala penat lelah dan pengorbanan yang tercipta..Selamat ulangtahun kelahiran buat Azim Ashaary..Semoga Allah akan sentiasa memberi keberkatan dalam hidup ku.. Insya Allah.


Tahun ni banyak perkara juga yang berlaku.

Ada yang suka.ada yang duka. Apa yang berlaku sekalipun hidup mesti terus..Perjalanan mesti diteruskan walau apa pun terjadi. Semoga yang baik akan aku jadikan teladan dan yang buruk aku jadi kan sempadan. Syukur Alhamdulillah Allah masih memberikan ruang dan waktu untuk aku terus bernafas saat ini, menyambung kembali perjuangan yang masih panjang dan masih belum selesai.Kepada kawan-kawan yang ada aku sakiti sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, aku pohon maaf..aku juga manusia biasa yang tak lepas dari dosa.

Ya Allah, Permudahkan lah urusanku dan jangan lah Engkau persulitkan..Moga moga kesudahan yang baik akan jadi milik kita jua akhirnya. 

*Thanks to YOU for being the first person to wish me on my birthday..appreciate that so much. You dont have any idea how much that means to me.Thank you thank you thank you..and most of all, Thank You for Loving me.

**Terima kasih yang tidak terhingga juga pada semua rakan-rakan serta ahli keluarga yang wish hari lahir ku melalui SMS ataupun FaceBook..aku hargai sangat sangat..semoga hidup kita semua diberkati Allah..Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran juga buat Lanny dan Azuan yang turut berkongsi tarikh lahir 69..semoga kalian murah rezeki dan dipanjangkan umur..ameen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails