Followers

Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

I HAVE A DREAM, AND YOU'RE IN MY DREAM!!

Something that she gave to congratulate me for completing the solo 50KM challenge in TNF 100 Thailand 2014. Thanks for your support and understanding my dear!! This award means more than anything to me.

And that was at the LCCT airport last
night before we drove 4 hours back home.

Today, work continued as usual and I'm going back to the reality. Just awake from the best dream I ever had, where in that dream I become an Ultra Marathoner.

Can I have the same dream again?


Wednesday, July 11, 2012

AMI'S CONVO CELEBRATION : DINNER @ PAKYA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER RESTAURANT

Selesai main Bowling di Ampang Superbowl, kami semua ke sebuah Restoran untuk makan malam.Restoran yang aku maksudkan ialah Restoran Pak Ya Chinese Muslim Foods Corner.lokasinya terletak di sebelah Galaxy Ampang..actually dulu this restaurant di Kg.Pandan Dalam.now dah berpindah ke sini.kalau korang tahu galaxy ampang konpem jumpa This Restaurant.dekat dah dengan area dagang avenue.tak tahu jugak?nah alamat:

Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER
Address: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda

GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"
 

Dah beberapa kali dah aku datang this Restaurant..menu yang paling aku suka kat sini ialah Ketam Telur Masin..so kali ni pun memang hajatnya nak makan Ketam Telur masin lagi. aja lah makan besar kononnya ni meraikan hari bahagia Ami..sekali sekala kan. Bukan selalu..


Kedai ni tutup pukul 11pm..kami sampai dalam jam 10 lebih..sempat lagi lah order makan..dapur belum tutup lagi..Tokeynya sendiri yang ambik order..so kami order lah apa yang patut.


air apa ntah aku mintak ni.Lemon ais rasanya. sebab aku suka bekas tu.boleh?


Sebelum makan Ustaz Ami kena baca doa dulu..


SOTONG GORENG BUTTER YANG ENAK


TELUR BISTIK SEAFOOD


UDANG MASAM MANIS SIZZLING


BEAN CURD


KETAM TELUR MASIN


SAYUR CAMPUR


Nama nama menu tu aku tak sure lah betul ke tak sebab abang shuk yang orderkan makanan..kitorang sampai lambat ske diorang dah order dulu. tapi lebih kurang macam tu lah..seindah nama seindah rupa dan seindah rasa makanan kat Restoran Pak Ya ni memang sedap sedap..Alhamdulillah..semua makanan adalah habis dan licin..meratah ketam tu yang paling best!!


lepak sembang sembang sampai kedai dah tutup..ingatkan nak sembang lama lagi tapi kena rest jugak esok ada run 7km NTV7 Feel Good Run di Bandar Utama (aku dah story dah dalam entry hari isnin baru ni).Kak Tie pun join Kenny Rogers Run di Desa waterpark..


Waktu operasinya ada dalam  gambar di atas..malam ni jugak Abang Shuk dan Kak Feeza balik ke Temerloh..aku, Ami, Kak tie dan abang jalee sekeluarga balik ke rumah Kak Tie di Ampang..semoga kita bertemu lagi di masa akan datang..Insya Allah..Bulan puasa pun dah nak dekat..nanti boleh kita buat family gathering lagi..Tahniah sekali lagi untuk ami atas kejaaan nya menggulung Diploma Tahfiz Quran dan Qiraat..Selamat maju jaya!!Terima kasih semua dan salam bertemu lagi!

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."
-surah Ali-Imran ayat 160

Wednesday, October 5, 2011

BAHAGIAN 5 : BERAYA DI 4 BUAH RUMAH KAWAN-KAWAN

Alang-alang nak bercerita biar sampai cerita habis-habisan..

17 SEPTEMBER 2011

Pagi sabtu yang cerah..pagi ni banyak agenda lagi nak di laksanakan..untuk slot separuh masa pagi sampai tengahari akan dihabiskan untuk beraya di rumah kawan kawan di area penang..memang sakan betul lah kitorang beraya kali ini.

1)Rumah Abang Kak Zahrah (tak ingat abang dia nama apa)


Sarapan pagi di area bandar Perda..dijamu dengan nasi himpit dan Kuah Lodeh..


tea o panas di pagi hari memang mengancam!!


Dengar kata ni first time kakak Ipar Zahrah buat Lontong..kalau betul lah first time,makanya kakak ipar dia ni memang pandai masak..sedap jer..pekena pulak dengan sambal bilis pedas tu..Alhamdulillah pembuka hari yang baik..sebab tu kena bangun awal awal..Murah Rezeki..jangan tidur balik lepas subuh..

2)Rumah Nikli Nodin

Tak beraya lagi di Rumah Nikli..haritu ada lah mai makan nasik tapi macam tak beraya sangat.so datang ramai ramai macam ni baru terasa macam suasana beraya...kebetulan masa kami datang sedara belah pak din pun sampai..so kami pi duk kat dapur lah kejap sementara tunggu sedara diorang makan..segan jugak nak pi makan sama sama..


Tuan Rumah kalau ambik gambar mesti nak tutup mata..pasaipaa tak taw..


Banyak makanan ada..ada kek batik..ada kueytiow kerang goreng..Mee Goreng..ada Murtabak..yang Murtabak tu aku suka.dulu Nikli pernah jugak bagi kat aku Murtabak alas daun Pisang..sedap habaq hang!teringat macam bulan puasa pulak makan Murtabak ni..


Semalam jumpa kat Rumah Maz Daud Dhia malau malu lagi ngan ankel ajim..hari ni dah boleh bertegur sapa dah..tapi duit raya tak bagi lagi lah hari ni sebab dah bagi semalam..hehee..baik pulak duk suh aku susun lego buat bentuk macam macam.mana lah aku kretip nak buat bentuk macam dalam gambar..


sembang sembang..makan makan..


terima kasih Mak Timah sebab bagi kami mai beraya pagi ni..


3 jejaka .2 available 1 tak available


Thanks Maaa sebab terima kehadiran kami semua..lain kali kami pi lagi ya..tak sempat nak sembang panjang pun ngan pak din sebab dia duk sibuk kerja angkat forllift kat luar..ada bisnes Family..ala ala The Transporter lah bisnes diorang ni..didoakan semoga Bisnes bertambah maju..Ameen.

3)Rumah Madi (Reader Blog Syarliz.blogspot.com)


Dari rumah Nikli kami ke Rumah reader Kak Leez di Permatang Pauh..dekat jer ngan Rumah Maz Daud..untuk makan tengahari pulak..memang kerja nya asyik makan jer lah kitorang kan..and as usual dihidangkan dengan Nasik Tomato..nasi faveret untuk dihidang kepada tetamu..Alhamdulillah sedap..(semua sedap kannnnn..tak baik mencela makanan..Rasulullah larang..)


Kak Leez ni blogger popular okeh..Madi ni pulak nak buat Tour Europe nanti,so di printnya semua blog kak Leez pasal Trip Europe untuk rujukan..terharu kak leez seketika..Biasalah blogger popular katakan..Tunggu masa nak terbitkan travelogue jer tu..Insya Allah..tak gitu Kak Leez??


Feeling feeling retis okeh!!siap tulis Keep Reading My Blog,Thanks..ahakss..Glemerrrrr..


Artis bersama Peminat Setia..setelah autograf di buku peminat


Thanks Abang Madi sebab jemput makan tengahari!kami kerja satu kompeni rupanya..biasalah,Malaysia ni kecik ajer..kadang kita tak kenal orang,orang pulak yang kenal kita..tambah pulak macam blogger popular seperti Kak Leez..kemana saja pergi mesti ada yang nak jumpa dan nak jemput makan kat rumah..

4) Villa Azim Ashaary


Rumah terakhir yang diorang datang untuk hari ni ialah Rumah aku sendirik..transit setelah selesai solat zohor,sebelum beralih ke agenda seterusnya..kira datang beraya lah tu kan.haha..petang ni kami akan ke Penang Hill..nak lawat Bukit Bendera since diorang belum merasa naik tren baru..aku pernah naik skali aritu tren baru..laju dan ada aircond..nantikan entri seterusnya ya..!Keep on reading my blog..Thanks!!(macam kenal ayat ni kan..hahahahhaa.)

*to be continued..

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH


Gambar bersama keluarga di Hari Raya pertama..

Semua ahli keluarga ada kecuali abang jalee yang sambut aidilfitri di rumah mertua dan juga kak ija yang masih berada di bumi mesir..

Just a quick update.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHR BATIN SEMUA!!!
Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails