Followers

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

DEMI MASA

Akhir Zaman. Masa berlalu sangat pantas. Satu hari dirasakan seperti satu jam. Satu jam seperti satu minit. Dan satu minit dirasakan seperti satu saat. Di hujung waktu ini, pohonlah dengan Allah agar beri keberkatan dalam pengurusan masa. Jika Allah berkati, walaupun masa singkat insya Allah banyak perkara kita mampu selesaikan.

Doa memohon keberkatan masa oleh Rasulullah S.A.W:

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Monday, August 22, 2011

MAKANAN YANG HALAL MENEMPA HATI YANG BERSIH, AMALAN YANG IKHLAS

Masa saya kecik kecik dulu,saya ingat lagi yang mak saya seorang yang sangat strict terhadap pemilihan makanan..Kalau boleh setiap makanan tu dia nak masak semuanya..nak makan kat kedai makan pun dia tak bagi sebab katanya tukang masak tu belum tentu akan masak makanan dengan bersih dan baik..Mak kata,makanan menempa hati..sebab tu lah dia particular betul bab bab makanan..kalau Maggi dia cukup pantang tengok kami makan..so dulu masa kecik bila teringin nak makan maggi mesti kena tunggu mak keluar ke Terengganu ke atau pergi ziarah orang ker then kami adik beradik ambik kesempatan nak masak megi dan cuba hapuskan bahan bukti yang ada termasuklah buang pembungkus maggi ke tong sampah yang paling jauh dari Rumah.Tapi naluri ibu kita tak boleh sangkal..bila mak balik jer rumah dia tahu sangat anak anaknya makan maggi masa dia tak ada..tu cerita dulu dulu..masa kami semua tinggal dengan mak dan ayah lagi.

As the time goes by,bila kami semua dah besar dan dah mula bawak haluan masing masing,mak dah tak ada kuasa untuk control semua tu..Cuma dia selalu pesan supaya Jaga makan dan makan lah makanan yang diyakini halal dan toyyiba..entah bagaimana bila dah hidup sendiri ni saya kurang ambil berat bab bab makan ni..selagi saya yakin Halal saya makan..sebenarnya apa yang mak kata tu bersebab..makanan yang halal menempa hati..supaya hati kita bersih dan tidak berat untuk melakukan amal ibadah pada Allah,supaya Hati kita Ikhlas..itu maksud mak..Bila teringatkan hal ni, aku tahu banyak yang perlu aku ubah..Insya Allah aku nak lebih cakne tentang makanan yang di makan..

Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)




Sebenarnya aku terpanggil untuk share bab bab makanan yang halal dan bersih ni sebab masa balik kampung hujung minggu lalu Mak duk sibuk buat Mee kuning sendiri..Pakai mesin buat mee ni mak buat mee..kalau beli kat kedai maklum saja lah bahan pengawet dan pewarna ada di masukkan..kadang ada letak asid borik jugak.tu yang mak nekad untuk buat mee kuning sendiri..
.

Pakai mesin ni senang jer nampak cara pembuatannya..

Rebus mee yang dah siap dalam air panas

Kemudian Toskan..

Mee Kuning Home made siap sedia untuk dimasak
.

Mee calong ni ayah suka makan..mak masak untuk berbuka puasa..

Dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

''Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga dirinya dari perkara yang syubhat itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada berhampiran dengan batas sempadan kawasan gembalaan (milik orang lain ),dibimbangi (jika dia tidak berundur ke tempat yang lebih selamat )lambat laun dia akan termasuk ke dalamnya (secara tak sengaja ). Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika dia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.

( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )

HURAIAN


Hadis ini merupakan salah satu pokok syari’at Islam. Abu Dawud As Sijistani berkata: “Islam bersumber pada empat Hadis, diantaranya adalah Hadis ini”. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat Hadis ini.

Sebahagian ulama berpendapat: Syubhat itu ada tiga bentuk iaitu: Pertama, sesuatu yang sudah diketahui oleh manusia tentang pengharamannya tetapi orang itu ragu apakah masih tetap haram atau tidak. Misalnya, makan daging haiwan yang tidak diketahui dengan pasti penyembelihannya, maka daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali kalau terbukti dengan yakin telah disembelih. Dasar yang perlu dipegang dalam kes ini adalah Hadis ‘Adi bin Hatim seperti yan dijelaskan di atas.

Kedua, sesuatu yang halal tetapi masih diragukan kepastian halalnya, seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri, namun diaragu-ragu apakah dia telah menjatuhkan thalaq kepadanya atau belum.Hal-hal seperti ini pada dasarnya adalah harus sampai diketahui dengan pasti haramnya. Dasarnya adalah Hadis ‘Abdullah bin Zaid yag ragu-ragu tentang apakag wudhuknya sudah terbatal, padahal sebelumnya dia yakin masih dalam keadaan suci.

Ketiga, seseorang ragu-ragu tentang sesuatu dan tidak tahu apakah hal itu halal atau haram dan kedua kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi, sedangkan tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya. Hal seperti ini lebih baik dijauhi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pernah melakukannya pada kurma yang jatuh yang beliau temui di rumahnya, lalu beliau bersabda:

“Kalau saya tidak takut kurma ini dari kalangan zakat, tentu saya telah memakannya.”

Adapun orang tidak mengambil sikap berhati-hati yang berlebihan, seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana bimbang telah terkena najis, atau tidak mahu solat di suatu tempat itu ada kerana terfikir terdapat bekas air kencing yang sudah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih kerana bimbang terkena najis yang tidak diketahuinya, dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikut, sebab ia adalah berlebih-lebihan yang dipanggil dalam istilah syarak sebagai was-was dan bisikan syaitan,.

Wallaahu a’lam.
.
Artikel daripada :-


http://www.zahazan.net/index

Wednesday, August 17, 2011

KEWAJIPAN BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA


Gambar di atas ialah gambar aku bersama Ayah di Masjid Nabawi Kota madinah..Sepanjang berada di Kota madinah dan Kota Mekah kami adik beradik lah yang bergilir menolak ayah dengan kerusi rodanya..Kaki ayah sekarang lansung dah tak boleh nak berjalan sebab Arthritis yang dihidapinya di tahap yang teruk..Sebagai anak aku Redha dengan takdir Allah..Bukan kah Allah tidak menurunkan Ujian kepada Hamba Nya selagimana Hamba Nya itu mampu menanggung..Saat ini aku terasa rindu pula untuk menolak ayah seperti mana di Kota Madinah..pernah kami terlewat untuk solat maghrib di masjid Nabawi - macam lipas kudung aku tolak ayah sebab nak kejar solat berjemaah.Lucu pula bila dikenang kembali.tapi itu lah antara kenangan yang aku tak boleh lupa sepanjang kami melaksanakan ibadah umrah di tanah suci.

Sepanjang berada di Kota Mekah pun sama..Aku,abang jalee dan abang Shuk saling berganti tugas untuk menolak ayah ke masjidil haram tiap kali masuknya waktu solat..dalam keadaan ayah seperti ini kami sebagai anak lah yang seharusnya memainkan peranan penting..aku tak rasa terbeban malahan aku rasa sangat terharu sebab kami berada di Tanah suci dan berkesempatan untuk berbakti pada ayah..Mak dalam keadaan yang penat juga untuk berjalan tapi masih mampu melakukan tawaf bersama sama di depan Kaabah..untuk ayah kami tawaf di tingkat satu masjidil haram di laluan kerusi roda..laluan nya menjadi lebih jauh tapi yang penting kami boleh bertawaf bersama sama,itu yang paling utama..Alhamdulillah..

Sebetulnya aku kagum dengan ayah kerana dalam keadaan dia sakit sebegini tapi masih punya semangat yang kuat untuk ke tanah suci melaksanakan ibadah umrah.Pengalaman paling berharga dalam hidup yang aku takkan pernah dapatkan di mana mana pun - ke tanah suci bersama kedua ibu bapa ku..Di samping beribadah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara kami semua semakin bertambah..sekurangnya itu yang aku rasakan..syukur sangat sangat pada Allah atas nikmat ini.
.
Sahabat sekelian,Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Maka telah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berbakti kepada kedua-duanya..Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:

"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Surah An-Nisa, ayat 36
.
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."
Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.

Daripada mafhum hadis dan ayat Quran di atas jelas sekali bahawa kita sebagai orang islam wajib untuk mentaati ibu bapa dan berbakti kepada mereka serta memandang kedua ibu bapa kita dengan penuh perasaan kasih sayang..Semakin meningkatnya umur kita,semakin tua lah ibu bapa kita..aku tak putus berdoa setiap hari agar Allah mengampunkan dosa mereka dan mengasihani kedua ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihani ku semenjak aku masih kecil dahulu..Buat mak dan ayah, aku sayangkan kalian berdua..Semoga Allah akan terus melimpakan rahmat dan kasih sayangnya kepada keluarga kita..Insya Allah.

*Hujung minggu ni nak balik kampung untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah..Bulan Ramadhan kian menuju ke penghujung..marilah kita mempertingkatkan amal ibadah kita dalam usaha untuk memburu malam al-Qadr,iaitu satu Malam yang Allah taala sebut dalam quran satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Tuesday, August 16, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA + ISYAK/TARAWEH + TAZKIRAH RAMADHAN

Petang tadi
Majlis berbuka Puasa Anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam
Semua pekerja dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis


Sebelum berbuka puasa ada majlis bacaan Yassin beramai ramai.Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Bacaan dipimpin oleh Ustaz dari maahad Tahfiz


Selesai Bacaan Yassin menunggu waktu berbuka puasa
Di Penang waktu Berbuka Puasa ialah 7.33pm


Berbuka mengalas perut dulu
Makan Kurma dan Kuih muih


Seronok makan ramai ramai macam ni
Berjemaah itu yang paling indah
selesai mengalas perut terus bersolat maghrib berjemaah


Selesai solat maghrib baru makan berat
ada nasi lauk ayam lauk kubis 
Alhamdulillah rezeki dari Allah..


Selepas solat Isyak dan Taraweh tadi ada Tazkirah Ramadhan.Di sampaikan oleh Ustaz Abdul Razif..Tazkirah malam ini membincangkan Konsep Takwa..Selalu sangat kita dengar perkataan Takwa tapi adakah kita memahami dan mendalami pengertian di sebalik maksud TAKWA itu sendiri??Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah ada menyebut bahawa seharusnya TAKWA itu perlu mengandungi tiga perkara iaitu:

1)Khoufu ilallah (Takutkan Allah) - Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , iaitu rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

2)Beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah - Beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..Allah Taala telah memberikan Nabi Muhammad Mukjizat terbesarnya iaitu Al-Quran dan Al-Quran itu diwarisi pula oleh kita sebagai Umat Nabi Muhammad..maka seharusnya kita beramal dengan Isi Kandungan Al-Quran dan juga dengan Sunnah Rasulullah..Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku.."

3)Sentiasa mengingati mati - Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati.Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..Insya Allah.

Wallahualam.
 

Monday, August 15, 2011

REZEKI BERBUKA PUASA : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Kalau dah nak dijadikan rezeki
Petang tadi ada orang hantar Ayam Masak Lemak Cili Padi..
Berbuka puasa makan lauk ni saja pun dah cukup 
(siap boleh simpan buat sahur)
Terima kasih sangat sangat..
Semoga awak sekeluarga murah rezeki.
Saya teringin nak makan ayam masak lemak ni dah lama
Since sebelum pergi Umrah lagi..
Alhamdulillah hari ni Allah perkenankan..
Syukur dengan rezeki Allah.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
 
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” 


(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 


1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang memberi makan orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 


2- Dalam tindakan memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

Semoga sama sama kita beroleh manfaat dari mafhum hadis di atas.
.
Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails