Followers

Showing posts with label friday. Show all posts
Showing posts with label friday. Show all posts

Friday, August 16, 2013

KISAH 8 SYAWAL 1434H

Assalamualaikum. 

Lama saya tidak menukilkan sesuatu di sini. Sebenarnya situasi sekarang tidak memihak sangat pada blogspot untuk di update secara kerap. Ramai blogger sudah mula beralih arah, senang meng update apa apa sahaja di Facebook ataupun di instagram sahaja. Termasuklah saya sendiri. Apa-apa perkembangan terkini boleh lihat di ig saya: azimashaary.

Sayang sebenarnya untuk membiarkan blogspot ini terkubur. Jadi saya telah download application untuk berblog melalui Samsung galaxy note 2 sahaja, untuk memudahkan urusan mengemaskinikan AXIMUD agar tidak terus bersawang dan semakin dilupakan. Mungkin ada limitnya jika update secara terus di mobile tapi sekurangnya ada juga daripada tidak ada lansung. Seboleh mungkin saya akan mencuba.

Kisah 8 Syawal 1434H.

Sedar tak sedar bulan puasa dah habis. Raya pun dah berlalu pergi. Semalam 8 syawal berpuasa 6 untuk hari ke-3 bersama isteri. Untuk berbuka puasa, kami plan untuk menyediakan juadah berbuka Chinese style. Sebenarnya saya teringin nak makan shark fin soup. Wife pula teringin nak makan wantan goreng. So we decide to add on nasi goreng cina dan ketam goreng mentega sebagai tambahan. Ada pula chinese tea. Melengkapkan juadah berbuka semalam.

Wife sediakan nasi goreng cina dan wantan goreng. Saya buat ketam butter dan shark fin soup. Speaking of which, this was my first attempt to make shark fin soup. Tapi kami tak pakai lah shark fin betul. Cari yang imitate pun tak jumpa. Kami guna isi ketam sahaja. Rasanya not bad. Boleh la makan. Syukur pada Allah atas rezeki yang di berikan.

Masih dalam proses mencuba untuk update via mobile, gambar makanan ada di sertakan sekali. The layout might not be so attractive later I edit it back with my laptop.


Wantan goreng


Ketam goreng mentega


Nasi goreng cina. Warna jadi merah Sebab guna mentega lebihan dari meal butter crab.


Beli barang barang untuk buat shark fin soup di jusco qb mall


Plan nak lari petang semalam gagal Sebab Hujan. Plan bertukar ke makan makan.  


Shark fin soup. Ada nama lain tak sebab saya buat tak pakai shark fin pun. 


*it's friday already. happy friday all! Weekend ni plan nak jalan-jalan beraya di rumah saudara mara belah isteri. Insya Allah.

Wednesday, October 5, 2011

BAHAGIAN 1 : NASI LEMUNI KAK BEDAH @ KOMPLEKS LEBUH NIPAH BUKIT JAMBUL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua..

Sebetulnya sejak akhir akhir ini saya memang sibuk dan tak punya banyak ruang untuk mencoretkan kisah kisah hidup ku di sini..Alhamdulillah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah saya masih mampu bernafas dan mengutip nikmat nikmat yang Allah beri satu persatu..sekarang banyak perkara aku nak perbetulkan..terlalu banyak kekhilafan dalam diri..Moga Allah beri pertolongan untuk aku jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Hamba di muka bumi ini..Insya Allah.

 Kisah lama.

Tapi tetap menarik jika dikongsikan di ruangan ini..cerita pasal member yang datang berjalan ke Penang.Member yang sama sama menjelajah Pulau Perhentian Bukan Julai yang lalu..Orang kata berkasih biar satu,berkawan biarlah beribu..aku dapat kawan baru as well as new expeeience..so jom kita layan kisah Trip Penang by Geng Perhentian Island pada bulan September yang lalu.

16 SEPTEMBER 2011

Minggu sebelum diorang datang Penang,aku menerima kunjungan dari Keluargaku..kebetulan aku pun baru pindah rumah..so memang banyak lagi tak sempat nak kemas..buat apa yang ada jer dulu..Azuan,Kak Leez ngan Kak Zahrah drive malam tadi ke Penang,sampai dalam pukul 1 pagi..so Azuan tidur rumah aku,kak leez tumpang tidur rumah abang kak Zahrah..Mesti korang pening kan apa aku cuba sampaikan ni.hahaa.layankan ajer lah yek..


Rumah baru aku ni quite besar jugak..duduk sensorang macam ni memang terasa kosong..Alhamdulillah dah decorate sikit sikit sebagai permulaan..more to come lepas ni,Insya Allah..kena pi IKEA ni nak borong barang keperluan rumah.bila rumah dah besar mula lah aku nak beli macam macam..tak bagus betul sikap macam ni..aku suka barang perhiasan rumah.dan aku suka bila tengok rumah kemas..tak la serabut sangat lepas balik kerja penat penat..Ok ni macam dah menyimpang dari storyline asal.mai aku nak fokus balik pada cerita sebenar.


Pagi jumaat dalam pukul 9 pagi kitorang bergerak masuk ke Pulau..Hari jumaat ni cuti sempena hari Malaysia..Hari Ulangtahun kelahiran seorang kawan aku juga yang menetap di Penang..(Happy Belated Birthday to u..You know who you are)..Niat masuk ke Pulau nak ke area Bukit Jambul,dah lama janji ngan Kak Bedah nak makan NASIK LEMUNI di gerai nya..lokasi gerai terletak di Medan Selera Kompleks Lebih Nipah.aku pun tak pernah singgah sini padahal selalu pi makan kat Restoran Kayu.


Sampai Gerai Kak Bedah terus di jamunya dengan Nasik Lemuni.menurut kata Kak Bedah nasik lemuni ni sengaja simpan untuk kami semua..kalau tak simpan alamatnya dari tadi dah habis..yer lah dah dekat pukul 11 pagi..Hujan renyai renyai masa ni..memang sedap lah kalau makan.semua pun memang duk kelaparan sengaja tanak makan nak tunggu penangan nasik lemuni..


Dah 2 bulan lebih tak jumpa sama mereka semua..last jumpa masa Trip Pulau Perhentian tu lah..so bila dah bertemu muka apa lagi sakan lah masing masing bergambar..kebetulan abang Zahrah pun ada..Abang mohd Noor (yang pakai kopiah putih dalam gambar di atas) siap satu family ada..Nice to meet you abang Mohd Noor!ada umur leh jumpa lagi nanti ya..


Untuk pengetahuan semua yang masih belum makan NASI LEMUNI,meh ceq nak habaq sket..nasi lemuni di buat dengan Daun Lemuni..daun herba bagus untuk kesihatan.cara masak macam nasik lemak jugak..kena taruk santan cuma additionalnya Daun lemuni yang dikisar halus.kalau letak daun lemuni banyak jadi hitam lah nasik..kalau letak sikit macam ni pun dah berasa ke-lemuni-an nya itu..aku duk kat Penang dah lebih 5 tahun so memang dah biasa makan.mereka mereka yang datang dari KL itu baru pestaim mencobaa...sila sila menjamu selera..kita kasi gegar warung kak bed pagi ni..


Bukan setakat nasi lemuni jer ada,Kuih Muih siap ngan Kek skali ada..kan masih lagi Syawal masa ni..at this time aku pun belum habis puasa 6..so memang tak terlarat la nak makan semua makanan yang ada tu..jamah la jugak sikit sikit..Kek Cokelat tu sedap!!Kak Bed boleh celen ngan Kak Leez lah lepas ni..bersaing secara sehat..


Ini ialah dua orang KL yang baru pestaim makan nasik lemuni.amacam?sedap????


Agar-agar jagung tu sedap!!i likeeee...


Untuk permulaan ni Kak Bed belanja kitorang makan..Orang jauh datang nak beraya kena lah layan betul betul..kalau mai lagi lepas ni kena siap duit lah..takder mender free sekarang hoi..rugi lah meniaga kalau asyik bagi orang makan free tak gitu kak Bed.hehee..Tapi aku suka nasik lemuni kak Bedah sebab tak hitam sangat nasi nya..ada satu warung di Taman Tun Sardon nasinya hitam pekat..sampai pening kepala aku makan..yang ni just nice.(ewwwaaahhhhh  puji bukan main mentang mentang makan free kannnnn..)


Masya Allah lupa aku nak kenalkan mana satu kak Bed..Kak Bedah merupakan seorang pengusaha Nasi Lemuni yang berjaya di Kompleks Lebuh Nipah ini bersama sama suaminya yang tercinta..Anak nya turut serta membantu di kala tidak sibuk..family business katanya..kedai beroperasi sampai jam 12 tengahari..kak Bedah yang duk tengah tengah di barisan belakang..mami Bedah sangat kan..Kak Bedah ni Kakak kepada Kak Zahrah..jangan Konpius yer..aku pun macam dah konpius dengan penggunaan tatabahasa melayu yang agak berterabur di entri kali ini..


sakan beliau bergambar di apit bunga bunga kembang mekar..


Kak Bedah kata muka aku ada iras muka anak dia tapi versi Hidung mancung lah.Hidung aku penyek dan kembang..


aisehhh aku ingat dah nak habis entri ni rupanya ada lagi gambaq kat bawah..


Tak cukup dengan Nasi Lemuni kak Bed jamu pulak kitorang dengan Kuih Raya..rupanya diorang terlupa nak hidang masa kitorang mula mula sampai tadik...duk kalut layan ramai sangat kastemer lah tu..hehe.tapi memang ramai jugak orang duk makan kat kedai Kak Bed..majulah nasik lemuni kak bed untuk kesejahteraan keluarga kak Bed..Ameen.Part paling best,aku bawak balik semua balance kuih raya ni..orang memberi kita menerima lah kan.kalau aku tolak takut depa kecik ati pulak..


Ada Umur kita jumpa lagik ya..Terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Bed yang sudi melayan kitorang dan belanja kitorang makan..Selamat hari raya aidilfitri!!Alhamdulillah akhirnya aku pun sampai jugak kat kedai makan ni walaupun memang duk kerja kat Penang..Busy uols!tu yang tak sempat sempat lagi nak sampai..lepas ni kalau rajin aku singgah pi beli nasik lemuni kat sini naa..Insya Allah..Dari kedai kak bed aku ngan azuan hantar kak leez ngan kak Zahrah ke Queensbay Mall..sebab nak bersolat Jumaat pulak..

*ni baru permulaan..banyak lagi agenda menyusul sempena trip diorang ke Penang ni..nantikan entri seterusnya ya!!

Friday, June 17, 2011

WEEKEND JUST AROUND THE CORNER..

Busy busy dan busy lagi..

Melalu satu minggu yang cukup sibuk..walaupun busy masih sempat lagi mencelah pergi langkawi sekejap hari selasa dan rabu baru ni.Kerja tetap kerja.Berjalan tetap berjalan..heheee..Hari ni dah hari jumaat..Tak sabar nak balik kampung..Minggu depan 20 - 24 Jun 2011 satu minggu akan berkampung di Port Dickson.i will perform the i-sems audit for that station.macam yang aku katakan tadi,kerja tetap kerja,berjalan tetap berjalan.yeyeaahh. 


Semalam masuk Opis terima parcel..Lampu dari Pandora Jungle dalam cerita AVATAR..


Dapat kad juga wish me luck and congratulate me sebab dapat promotion early of this month..Thank you so much to you-know-who-you-are..it means a lot to me.something to remember.appreciate this so much.Terima kasih awak.


tak try lagi lampu ni..sebab suis penyambungannya macam lain.kena beli satu soket lagi untuk sambung.boleh la letak nanti dalam bilik tidur.semoga tidur malamku lebih lena dengan adanya tumbuhan dari Hutan Pandora ini.:)


ni lah tumbuhan sebenar yang tumbuh dalam hutan Pandora in AVATAR movie


Another parcel jugak sampai tempoh hari.Just wonder apa isi kat dalam..dah lama tak terima parcel sekali bila terima dapat berganda pula..


Owh.rupa rupanya ni race pack untuk Standard  Chartered KL marathon pada minggu depan 26 June 2011 di dataran Merdeka..dapat Singlet sekali kaler Hijau dari New Balance..actually this past few week aku dah kurang training berlari sebab kaki kiri aku dah sakit..tak sure sebab apa tapi maybe overtrained kot..lari pulak atas jalan raya so impak lebih tu yang sakit..Hopefully it will recover by this week.This is my first attempt jon Race macam ni.tak pernah cuba.whatever it is we all have to start somewhere kan.so untuk this Run aku sign up for fun run 5 KM sahaja..untuk permulaan.Lepas ni kalau keadaan lancar boleh join race lain pulak.Wish me luck..

*Tadi dengar Khutbah Jumaat pasal Keutuhan Rumah Tangga sempena Hari Bapa yang bakal disambut esok.Eloklah tu aku pun nak balik kampung hari ni so esok boleh sambut hari bapa dan hari ibu(backdated) sekali harung..Rindu pada mak dan ayah..Selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan ku!!

Friday, June 3, 2011

2 DAYS WORKSHOP : HIRADC REVIEW

2-3 Jun 2011 : Workshop of HIRADC review..macam macam kursus sekarang kena attend..for continuos improvement jugak..actually kalau bab kursus ni,dapat ilmu baru tu satu hal lah.tapi yang paling syok on top of that sebab makanan akan disediakan..makan pree itu indah!!sumpah aku tak tipu.hehehee


ni makanan tenagahari semalam : ayam gulai,ikan masak merah,sayur campur
.

ni lauk makan tengahari tadi..ikan masak asam,ayam masak kicap ngan sayur campur.
.

Balik kerja petang tadi menyinggah kat TESCO kejap.beli lah pulak air kaler biru ni.ntah.saja suka suka.seronok lah hari ni hari jumaat.esok hari sabtu boleh layan rehat..away from office kejap.malam ni boleh la bersuka ria.:)
.
Selamat berhujung minggu kawan kawan semua!!

Friday, May 13, 2011

SHARING IS CARING : ILMU ALLAH ITU LUAS..


MSDS training awareness.topik yang saya cover untuk training hari ini
.

Khusyuk jawab soalan peserta kursus saya ini
.

training berjalan lancar.Alhamdulillah
.

Biasa pergi kursus,kali ni kena jadi fasilitator.kena sampaikan ilmu untuk staff lain.Seronok juga walaupun suara tak berapa nak ada.dua tiga hari ni cuaca tak menentu,sekejap panas sekejap sejuk sekjap panas balik pastu Hujan..so sekarang saya selesema dan sakit tekak..Hopefully cepat sembuh.Blogspot pun duk demam dua hari yang lalu..takleh bukak dan ada entri hilang kejap.Bila entri ada balik semua Komen hilang.haishh.takpaa lah.Jangan Blogspot kaput sudah..semua Kisah aku ada dalam ni..sayang nya kalau hilang begitu saja..

*Selamat berhujung minggu.Hari sabtu kena masuk Opis sebab ada kerja yang perlu disetelkan..Have a great weekend evelibadi!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails