Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, July 8, 2016

DIARI 1 SYAWAL 1437H AZIM ASHAARY

1.10.1437
6.07.2016

Kerana tidor lambat malam tadi untuk persiapan pagi raya, terjaga tidur dalam jam 6.30am. Masih sempat untuk bersolat subuh.. Dan selesai solat terus membantu sedikit persiapan bagi sarapan pagi ini.. Sunat jika makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri tanda kita sudah tidak berpuasa sesudah 30 hari Ramadhan dilalui dengan penuh kesabaran.

Menu pagi raya kami ialah soto ayam dan nasi minyak lauk ayam kurma. Lemang, ketupat dan rendang iti tak perlu mention kerana sudah menjadi kewajipan setiap kali hari raya menjelma. Kali ini menu kuih agak rare sedikit sebab ada tambahan kek lapis dari Kuching Sarawak.


Untuk solat sunat Aidilfitri, pagi ini aku mengenakan jubah putih yang ada design simple benang emas di kolar dan pelipat lengan. Berkopiah putih, dan pakai minyak attar kasturi putih (dari Madinah) - siap! 



Waktu solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Terengganu ini sudah ditetapkan pada jam 8.30am. Jadi plan kami pagi ini untuk awal ke masjid.. Supaya dapat lah bertakbir mengagungkan kebesaran Allah tanda kemenangan kita semua. Selesai sarapan pagi terus semua bersiap siap untuk ke masjid. Mak lah yang paling semangat pagi ini.. Takut tak ada tempat katanya jadi minta kami pergi awal ke masjid. 8.10am kami bergerak ke masjid jamek kemasek.. Alhamdulillah masih awal dan sempat lah kami masuk antara saf saf yang depan juga dalam masjid.

Tepat jam 8.30am, khatib membacakan perutusan dari Sultan Mizan kepada rakyat Terengganu.. Disusuli dengan solat sunat Aidilfitri. Rakaat pertama 7 takbir dan rakaat kedua 5 takbir. Setiap takbir diselangi dengn tasbih memuji Allah. Begitulah cara solat sunat Aidilfitri dilakukan. Dan selesai solat sunat, akan ada khutbah raya pula. 

Selesai khutbah, ada sedikit jamuan makan diadakan di belakang masjid. Kami tak makan apa pun sebab decide untuk segera ke kubur arwah ayah. Ziarah arwah ayah di pagi raya. Itu rutin kami setiap kali raya tiba semenjak 4 tahun yang lalu ketika ayah pergi meninggalkan kami.. Dalam kita bergembira jangan sesekali kita lupa pada yang telah pergi.. Sampai di kubur arwah ayah, hamparkan sejadah dan bertahlil tingkas.. Sebagai hadiah buat ayah di pagi raya. Banyak perkara nak cerita pada ayah. Tapi aku tahu, ayah dah maklum semua tu. tunggu lah kami di syurga (insya Allah).. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Moga Allah sentiasa pelihara dan melimpahkan rahmat Nya ke atas roh ayah. 



Kena move on. Orang yang hidup kena teruskan kehidupan.. Yang telah pergi biarkan pergi. Kita pun akam menyusul jua nanti. 

Pulang ke teratak bonda.

Dan aku mula salin persalinan baju melayu jakel jenama Aaron Aziz. Untung jadi artis kan, jual baju jenama sendiri semua orang nak beli sebab nama besar. Kalau letak nama azim ashaary mesti tak ada yang nak beli. Haha.. Rezeki masing-masing kan. Warna tema kami tahun ini ialah turquoise - warna pilihan adik bongsu kami, Faiz. Sedar tak sedar dah 9 tahun berlalu sejak kami buat giliran penentuan warna tema hari raya ikut susunan adik beradik. Jadi tahun depan pusing pada Kak tie semula sebagai anak yang sulung untuk tentukan warna tema Aidilfitri 2017 nanti. How time flies.. 




Segak bergaya rasa pakai baju melayu jakel ni. Jahitannya kemas dan cutting okay dengan badan aku. Just nice.. Tahun ini kami 4 beradik boria sebab baju melayu dan kain sampin semua sedondon dan sama warna. Cuma sedih sikit sebab abang shuk tak ada bersama kami kerana komitmen kerja. Jadi ahli keluarga untuk edisi raya kali ini cuma 8 sahaja lah. Tak cukup seorang. Terima kasih lah abang shuk atas segalanya (atas orang faham)





Selesai mengenakan busana baju melayu, mula mencari makanan untuk sessi sarapan bersama keluarga. Yang lagi tadi sebelum solat sunat raya cuma makan acah-acah sahaja. Kali ni baru nak makan betul-betul. Baru nak siap siap makan mok har dan pok mat sekeluarga datang bertandang. Jadi meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai.. Siap biat sessi bergambar beramai ramai lagi. Mok elly dan Tok wan rumah hadapan kami pun datang singgah juga. Semua jiran dekat dekat je ngan rumah mak. Walking distance sahaja. 






Selepas tetamu balik baru kami ada masa untuk sama-sama kami bergambar beramai- ramai dan buat perutusan video khas untuk abang shuk yang tak dapat beraya bersama kami kali ini. Mak dah rasa sedih sebab terkenangkan anak nya yang jauh dinmata tapi dekat di hati. Actually tadi selepas subuh dalam jam 7.30am abang shuk ada telefon setiap dari kami untuk ucap Selamat hari raya.. Jauh tu telefon dari Papua New Guinea. Thanks lah abang shuk atas keprihatinan anda.




Habis sessi bergambar disusuli sessi bermaaf maafan bersalaman dengan mak dan adik beradik. Beri duit raya pada anak anak sedara juga.. Duit raya tahun ni aku pakai mana yang ada jer. Tak sempat nak tukar duit kat bank. Uniknya syawal yang kita sambut kan.. Mengeratkan lagi silaturrahim yang ada dengan ucapan mohon maaf. Bukan senang kan nak dapat berkumpul adik beradik semua sekali.. Kesempatan yang ada macam ini lah perlu digunakan bagi meluahkan apa yang terbuku dan sebagainya.







Setiap kali 1 Syawal tiba, mok wook (mak sedara kami belah arwah ayah) pasti akan buat open house raya di rumah nya di Kerteh. Jadi anak beranak yang ada semua dijemput hadir. Selesai urusan kami semua di teratak bonda, jam 12pm kami bergerak menuju rumah mok wook pula. Lebih kurang 15 minit sahaja perjalanan. 



Sampai di rumah mok wook lagi meriah dengan satay, lontong, tapai dan nasi minyak rendang daging. Semua menu sedap sedap apa lagi kami pun serang lahhh.. Aku paling suka bab satay ayam tu. makan ngan kuah kacang dan nasi himpit memang mengancam habis. Raya kan setahun sekali. Makan lah apa yang nak di makan. Tapi terhad lada hari jni sahaja ya. Tak boleh amal selalu. Makan kena control juga kalau tak sia sia lah weight loss di bulan Ramadhan yang lalu.



Cuma resolusi aku untuk raya kali ini dilarang minum air berkarbonat yang memang terkenal dengan kandungan gula yang tinggi. Cukup minum air masak banyak banyak ataupun tea o/ sirap limau macam tu. harap harap membantuah dalam mengawal kalori intake di musim perayaan ini. Makan tak salah. Tapi kena beringat dan berpada-pada lah. 



Ok dah tanak ceramah pasal kesihatan nanti korang boring pula dan unfriend aku. So mana kita tadi?

Rumah Mok wook.

Peluang untuk berjumpa saudara mara terdekat di rumah mok wook juga lah. Semua akan berkumpul di sini- pok li & mok atun, mok elly & pok bedi, tol wan, moknha & pok mat, cik ngoh dan ayah ngoh, mok zah & pok zi, ain & yunus dan ramai lagi lah yang tak dimention di sini. Kebetulan zul dan adek daa juga sampai sekali di rumah mok wook. Bertambah meriah! Siap kami bergambar dan buat video session juga ucap selamat hari raya Aidilfitri buat semua! Solat zohor berjemaah di sini juga. Dan ini lah part hari raya yang paling aku gemar- dalat bersua muka dengan sanak saudara!





Hampir Jam 3pm.


Aku mohon beransur pulang.. Mungkin boleh ziarah jiran tetangga terdekat pula di sekitar rumah mak. Bila sampai rumah mak ada tetamu yang datang bertandang. Ayoh pa sekeluarga yang datang. Jiran sebelah rumah sahaja. Sembang lah apa yang patut. Dan lepas diorang Balik, keluarga cik ngoh termasuk fahmi, kak ipah, dan pok zi mok zah datang singgah pula setelah beransur dari rumah mok wook. Hidang kan kek lapis pada mereka. Nak makan rendang dan nasik semua dah kenyang. Jadi makan kuih dan kek saja lah. Yang paling penting dapat bertemu muka face to face sahaja. Sampai lah waktu asar, mereka beransur pulang..


Selepas waktu asar mak ajak ziarah rumah ayoh pa.. Jiran sebelah rumah saja. Aku pun ikut lah sama. Makan kuih minum air dan balik dari rumah ayoh pa, aku terus terlentang tidur sebab mengantuk sangat. Malam tadi tido dekat jam 5 am pukul 6.30am dah bangun. So seharian beraya dan layan tetamu. Memang patut lah mengantuk dan badan lesu. Dapat tido sampai jam 7pm.Tak elok amalkan tido lepas asar tapi what to do kan. Plan asal pun nak lari 10 km sebenar nya petang ni. Tapi aku memilih untuk berehat. Berehat kan part of body recovery jugak kan? 


Terjaga tidor dah dekat nak maghrib. So ambil air sembahyang dan terus tuju masjid jamek kemasek. Mak dan Zull (suami adik da) pun ikut sekali. Usai solat terus balik rumah dan tengok adik beradik lain pun baru nak start bangun dari berehat. Ye lah masing masing keletihan kot. 

Lapar.

Ambil nasi minyak sikit. Makan dengan rendang. Sambil makan sambil sembang dengan adik beradik apa menu nak makan malam ni. Hehe. So we decide untuk makan saja lah apa yang ada. Habiskan dulu apa yang ada di atas meja. Sampai waktu isyak, kitorang ke masjid kemasek dan balik dari solat isyak kami bercadang nak ziarah tumah tok wan dan mok ha.

Baru je nak keluar melangkah ke rumah tok wan(rumah opposite our house), mok wook satu family pula sampai nak beraya di kemasek. Tadi tengahari kami dah ke rumah mok wook, malam ni mereka melakukan kunjungan balas pula.

Hidang kan nasi minyak, lemang, ketupat dan rendang pada mereka. Mok wook datang nak cari soto ayam sekali tak ada rezeki sebab kuah soto ayam dah basi..What to do kan.. Makan nasi minyak lauk ayam kurma je lah jawabnya. Pun dah sedap tu.. Alhamdulillah..

Lama juga bersembang dengan keluarga mok wook.. Sampai dekat jam 10.30pm.. Lepas diorang balik aku sambung pula ambil ayam yang dah di perap semalam untuk cucuk buat satay. Sekejap jer cucuk satay ni sebab kerjasama ramai. Aku, kak tie, ami dan adik da yang gigih cucuk satay.. Abang jalee dan faiz buat bara api untuk bakar terus satay ni. Boleh buat sarapan esok. Aku memang penggemar satay.. Jadi buat sendiri boleh la makan sepuasnya.



Mak dah masuk tido awal selepas selesai dia menghabiskan bacaan quran nya. Seketika anak anak sedara main bunga api ketika abang jalee sibuk nak menghidupkan bara api. Meriah lah jugak.. Dan tambah lagi dentuman mercun dari jiran jiran. Ini baru lah raya!



Satay di bakar.

Teringat zaman arwah ayah ada satay ni merupakan menu wajib setiap kali raya menjelma. Kena buat juga tidak dapat tidak. Kali ini kami buat untuk syawal kedua. Sebab hari pertama sibuk beraya dan sibuk menerima kunjungan tetamu. 



Jam 1.23 am.

Semua satay siap dibakar semuanya.. Jadi boleh lah beransur untuk tidur.. Hari ini hari yang penat tapi puas sebab dapat beraya sakan berjumpa sanak saudara tanpa sebarang kecelakaan .. Semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Yang best jugak sebab dapat buat satay malam ni.. Thanks adik beradik ku semua! Aku sayang kalian semua dan selamanya tetap lah begitu.

Semoga esok akan menjanjikan hari yang lebih baik buat kami sekeluarga dan buat kalian semua.

Insya Allah.

Yang menaip,

Azim Ashaary,
Dari kamar ber-aircond tapi nyamuk banyak
2 Syawal 1437H
7/07/2016
3.42 am in the morning

Thursday, August 6, 2015

AKU, DIA DAN SOTONG

 
Malam tadi balik rumah mak.
 
Sebelum balik tu dah bagitau siap siap nak balik kemasek. Mak pun sibuk sibuk lah Goreng sotong ni untuk makan malam. bukan sebarang sotong.. sotong telur penuh lagik.. kami adik beradik tak boleh bawa bergurau bab telur sotong. Boleh bergaduh wooo. hehehe.. Tq mak sebab goreng sotong ni! appreciate sangat sangat. sekarang kalau rasa nak makan masakan mak je aku balik lah ke kemasek. dari Paka nak balik ke sana tak jauh dah..
 
 
Ajak abang jalee makan sekali. dia tak nak pulak. so aku makan sorang lah. sambil bersembang dengan mak. kat rumah ada abang shuk, kak ija, Ami dan abang jalee sekeluarga. seronok lah time ramai ramai ni bersembang.. pasal isu keluarga.. majlis hari sabtu ni.. nak ke Kota Bharu.. dan macam macam lagi. tapi tu lah perancangan terdekat nya.
 
 
Dah kenyang berbuka puasa semalam makan nasi minyak. Jadi makan nasik sikit je lah. lauk sotong goreng kunyit macam ni memang lauk pilihan lah dari zaman kecik lagi.. Alhamdulillah aku berjaya habiskan puasa 6 di bulan syawal.. mak dan ami dah habis dari minggu lepas lagi.. kiranya hari ni dah hari raya lah buat aku.

 
 
 Tak terliur tengok telor sotong penuh ni??
 
Lepas makan tengok cerita zombi kilang biskut di astro ria.. sekali buka TV2 ada cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai. legend cerita ni.. terus layan sampai habis. tengok dengan mak tapi mak deh mengantuk pada jam 12am.. aku layan sorang2 sampai lah jam 1.15am.. Abang Shuk baru balik dari lepak ngan member dia kat kedai makan.. then aku terus balik ke Paka semula.. Tidur lebih kurang jam 2.30am jugak.. sekian lah kisah malam tadi.
 
Hari ni hari yang lembap.
 
Hujan Lebat.

Wednesday, June 10, 2015

FAMILY DAY AT SUTRA BEACH RESORT, TERENGGANU


Family day kami pada 4-6 jun 2015
Bertempat di Sutra Beach Resort Kuala Terengganu
Sangat seronok dan best
Berharap arwah ayah ada sama..
 
Saya sayang family saya.
Semoga kami akan dipertemukan sebagai satu keluarga dalam syurga Allah nanti.
 
"Family Bahagia Till Jannah Impian Kami"

Tuesday, December 23, 2014

SANAH HELWAH BUAT AYAHANDA TERCINTA!

Ayah suka travel. Dulu zaman kami kecik-kecik banyak tempat ayah duk bawa. Pusing 1 Malaysia ni road trip sama-sama. Dengan nature kerja ayah yang selalu kena pindah, maka memang sering bertukar tempat. Tak sempat nak dapat kawan yang steady dah kena pindah ke tempat lain pula. Jalan-jalan. Cari makan. Itu ayah punya minat. Dulu pun ayah belajar di England. So bahagian sana memang ayah expert juga.
 
Mak tak macam ayah. Tapi sebab ayah dah macam tu, mak kena lah ikut. Tempat isteri kan di sisi suami. Walau penat sekalipun terpaksa lah mak ikut juga. Lama kelamaan mak dah ok. Alah bisa tegal biasa. Apa salahnya jika belajar untuk minat apa yang pasangan kita suka. That's what love is all about kan. Yeah. They really truly love each other. Maybe in a weird way sebab selalu berselisih faham. Tapi hanya mereka berdua sahaja yang faham apa di dalam jiwa masing-masing. For that I'm so thankful. Thanks to Allah yang satukan dua jiwa ini menghasilkan kami 9 beradik dengan pelbagai ragam dan kerenah.
 
Sampai saat aku bekerja, aku mula memasang impian. Nak bawa ayah jalan-jalan. Nak bawak ayah dan mak pergi oversea. Aku mula discover yang aku memang mewarisi minat ayah. Suka jalan-jalan. Dan suka cari makan di tempat orang. Jadi bila dah mula ada duit sendiri ni lah masanya aku boleh buat apa yang kami suka sama-sama. Travel together with parents. I saw a lot of my friends do that. Be together with parents overseas. So happy and cool. Ambik gambar sama-sama. Dan nanti aku boleh frame gambar tunjuk pada anak-anak how we travel together to Europe. To africa. To south east Asia. To everywhere.
 
Tapi perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang manusia cuba bina.
 
Ketika aku mula-mula membina kerjaya, ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang. Maka terpaksa jalani hemodialisis seminggu 3 kali. Dan ada juga penyakit 3 serangkai itu menyebabkan pergerakan ayah makin terbatas. Arthritis mula mengungsi kaki ayah. Dari boleh berjalan terpaksa pakai tongkat. Aku masih ingat di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan ayah pakai tongkat masih lagi ayah gigih naik bas dengan mak ke pasar chow kit untuk cari makanan di situ! Orang yang tak boleh duduk statik memang memberontak jiwanya jika terpaksa diam tidak ke mana.. sampai satu tahap, kaki ayah makin teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda pula.
 
Bila ayah pakai kerusi roda, di waktu itu kami banyak habiskan masa di hospital sahaja. To be exact Hospital Kuala Lumpur. Bergelut dengan kencing manis, sakit buah pinggang dan juga ada blockage di jantung, keadaan memang tidak menyebelahi ayah. Keadaan ayah makin lemah dan pada 3 Mei 2012, ayah akhirnya dipanggil menghadap illahi ketika sedang menjalani hemodialisis di HKL. Di waktu itu, aku tiada bersama kerana berada di Korea. Balik dan hanya mampu melihat kubur ayah yang masih merah, adalah kenangan paling sedih dalam hidup aku. Allah lebih mengetahui. Jadi aku bersangka baik sahaja. Ada hikmah atas semua yang terjadi.
 
Atas apa yang berlaku, plan asal untuk aku bawa ayah dan mak travel sekarang tiada lagi dalam kamus kehidupan. Mak memang tak suka travel. Jadi bila ayah tak ada mak memang tak mahu kemana-mana. Cuma mak hanya mahu ke Mekah dan madinah sahaja jika ditanya. Speaking of which, aku bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kami dapat peluang untuk mengerjakan umrah bersama arwah ayah pada awal bulan Ramadhan tahun 2011. Dan itu lah satu-satunya trip pertama dan terakhir aku bersama arwah ayah ke luar negara. Lebih indah, Kota Mekah dan kota Madinah itu jadi saksi kami bergilir-gilir menolak kerusi roda ayah ketika mengerjakan tawaf dan sai'e di baitullah! Allahurabbi. Jika diminta galang ganti, aku takkan pernah ingin menukarkan pengalaman paling manis bersama arwah ayah itu di tanah suci dengan apa-apa sekalipun!!
 
Terima kasih Allah atas kesempatan itu.
 
Dalam keadaan sekarang, aku banyak ke hulu dan ke hilir juga. Masa banyak dihabiskan dalam kereta drive. Mak pernah cakap aku memang macam ayah. Masa banyak habis dalam kereta sebab selalu ada road trip. Indahnya kalau dapat bawa ayah berjalan-jalan serata dunia. Sebab itu kegemaran ayah. Dan itu cara paling baik untuk aku terus belajar mengenali ayah. Pernah satu ketika di hospital KL sebelum berangkat ke Vietnam, ayah cakap kat mak yang aku mesti akan kahwin lambat. Sebab duit tak pernah nak simpan asyik berjalan sahaja. Dan aku tersengeh sahaja.
 
Apa terjadi telah tertulis.
 
Semua itu dalam memori. Takdir Allah tiada siapa boleh sangkal. Kesal rasa hati kerana tak sempat untuk buat banyak benda bagi balas jasa ayah. Ayah.. maafkan saya atas semua perkara yang telah saya lakukan dan tak sempat lakukan untuk ayah.. moga ayah bahagia di alam sana, sabar lah menanti kami semua - moga nanti dihimpunkan bersama sama dalam syurga, kembali bahagia sebagai satu keluarga!!
 
Hari ini 23 Disember 2014.
 
Ulangtahun kelahiran arwah ayah. Kalau arwah masih ada, hari ini genap ayah berumur 66 tahun. Dan jika kesihatan ayah masih baik, mungkin di saat-saat begini kami boleh plan untuk travel kemana-mana tempat yang ayah hajati. Mungkin. Hanya tinggal perancangan. Sebab semua ini tak mungkin akan berlaku lagi.
 
Salam ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Semoga berbahagia di alam sana.. ayah tak pernah mati pun bagi aku. Sentiasa mekar segar dalam jiwa ini. Hanya bacaan ayat suci al-Quran yang boleh diberi pengganti segala habuan dunia untuk arwah ayah sebagai hadiah.. moga roh arwah ayah di tempat kan dikalangan para soleh dan solehin, di bawah lindungan rahmat- NYA.
 
Ameen.
 
So long December rain is falling now,
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
 
*Ayah. Gone. But not forgotten. Because you never really left at the first place. I Know, i'll see you again.









 IN MEMORY OF ALLAHYARHAM ASHAARY BIN CHEEK
23 DISEMBER 1948 - 3 MEI 2012
 

OST TALENTIME I GO BY AIZAT

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face




*Al-Fatihah untuk arwah ayah.. hari ini 23 Disember.. ulangtahun kelahiran arwah.. mendengar lagu ini air mata saya tidak berhenti mengalir..Semoga Ayah tenang di alam sana!!

Thursday, December 11, 2014

SANAH HELWAH KAK IJA KU SAYANG!!

10 Disember 2014
 
Tarikh ini merupakan tarikh hari lahir kak Ija.. Kebetulan tarikh hari lahirnya sama dengan Pok Shabery.. Sanah helwah Pok dan Kak Ija! semoga Allah akan sentiasa memberkati kalian, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur Insya Allah. 


Sambutan Hari lahir dan Kek tak dapat dipisahkan


Lepas balik kerja tadi terus gi cari Kek untuk Kak Ija.. Kat area Kemasek tak ada kedai kek.. so kena cari di Paka jugak.. Plan asal aku nak bawak diorang makan kat luar.. tapi aku tukar plan. aku akan masak untuk kak Ija malam ni. nak masak apa? tunggu lah hingga ke akhir entri. heehehe. saja kasi saspen sikit.


Sampai kat rumah kemasek lepas maghrib, terus aku bersilat kat dapur.. masak menu makan malam ni sempena sambutan ulangtahun kelahiran kak Ija.. dalam jam 9pm siap semuanya an majlis pun bermula.. Sanah helwah kak Ija. semoga Allah akan sentiasa merahmati mu dan memperkenankan jodoh yang terbaik untukmu.. Yakin lah perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya!


Abang Jali tak ada di rumah. yang ada mak, kak ija , kak La dan anak anak.. so kami kami ni je lah yang menyanyi sakan sebelum kak Ija potong kek.. Tak apa. tak perlu ramai ramai kan. walau sikit orang tapi yang penting kesederhanaan itu ada.. seronok layan kerenah anak sedara 3 orang ni..:)


Alhamdulillah semuanya sihat sejahtera


we are family. we always be


suap kek untuk kak Ija


Kek ni namanya Chocolate Moist. tapi tak moist pun. kering jer. haha


Makanan untuk malam ini. ada kuih aku beli di Pasar malam paka. ada ayam goreng.. ada buah buahan.. dan main menu malam ini ialah :


SPAGHETTI BOLOGNAISE MEATBALL


Khas aku masak menu ni untuk kak Ija. Dalam entry lain lah aku share resepi ni dengan korang.. resepi yang mudah dan sedap.. Alhamdulillah diorang kata rasanya sedap..Risau juga kalau tak sedap. hehe.. boleh lah. ni antara menu kegemaran aku juga.. Hopefully kak Ija suka lah makan ni!:)


Qayyum makan kek sampai ke hidung.. makin besar dan makin nakal dia ni.. Alhamdulillah kali ini Allah beri lagi kesempatan untuk kami sama-sama satu keluarga berkumpul dan meraikan Ulangtahun kelahiran salah seorang ahli anggota keluarga.. Sanah helwah sekali lagi untuk Kak Ija! Hadiah nanti lah saya beli ya. kali ni masak spaghetti dulu.. Apa lah agaknya ya hadiah yang sesuai untuk dia..

Ok dah. 

i LOVE my family!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails