Followers

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Friday, August 19, 2011

RENUNGAN DI HARI JUMAAT : 'MANA MAK?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
.
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
.
Ateh menjawab, “Entah.”
.
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombr 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
.
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
.
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
.
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

*Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, May 6, 2009

Moga Kau Mampu Mengerti.

Hari Rabu.

Saya selalu gemarkan Hari rabu,kerana pasti ada sesuatu akan bertandang.Khas untuk hari rabu.Bahkan Hujan yang tidak lagi muncul pagi ini seolah olah mengerti bahawa ini Rabu,dan saya tidak memerlukan kamu hadir membasahi hari ini..Cuaca tetap mendung,dan mentari perlahan lahan muncul pancarkan sinarnya terangi Bumi.Alangkah indah Hidup di Bumi Allah ini..Alhamdulillah..

''Malang bukan bila melihat manusia-manusia yang tidak sediakan payung sebelum Hujan''

''Maksud kamu orang-orang seperti kita?''

Dia hanya mampu ketawa..saya ketagih benar dengan tawa yang manis itu..tawa yang mampu mengubah kondisi setiap hari yang saya lalui..Bila dia selesai ketawa,saya lalu diam.Diam kerana tiada kata-kata yang mampu lahir di benak fikiran..Dan dia ikut terdiam sama.Lama kami berdiam dan merenung antara satu sama lain-tanpa ada sebutir bicara yang terbit.Hanya bunyi nafas yang menguasai suasana.

Saya tahu untuk hal-hal tertentu saya dan dia hanya mampu terdiam dan membisu,dari berdiskusi dan cuba keluarkan diri dari kelompok masalah yang di hadapi..Jika di ikutkan sebetulnya terlalu banyak perkara dan hal yang perlu saya luahkan,tetapi tiada satu pun yang berjaya di tukar dengan kata-kata yang terzahir di mulut..saya sendiri tidak mengerti mengapa,tapi ia tetap terjadi.

Diam.Kaku.Kaget.Penasaran.

Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran angin yang kadang kuat dan kadang perlahan,mengikut rentak alam..

Dan saya kembali butuhkan satu jawapan.

Thursday, February 5, 2009

Mengejar Bayang Di Medan Tari

''Aku Sedih Zuma..Sadari tadi aku mula belajar untuk terima hakikat-Dia bukan milik aku lagi..Nyatanya aku bukan pilihan..hmmmppphhhh...tak pernah aku rasa sedih macam ni''

Perlahan Surya mengeluh,meluah bicara.Kelihatan manik manik air mata turun laju dari pipi mungil itu,cukup untuk mencerminkan keperitan hati yang di tanggung.Zuma hanya mampu mendengar dan turut menahan rasa.Ini bukan kali pertama Surya jadi sebegini.Sebelum ini Zuma sudah arif benar dengan rentetan hidup Surya yang entah bila akan tiba ke penghujung muara,seperti Kolek yang terpuruk stabil jika menjejaki muara sungai.

Tapi Zuma tidak berdiam.Sekurangnya dia tahu dia sentiasa wujud untuk Surya.Sekurangnya dia tahu Surya tetap senang meluah butir masalah kepada dirinya.Sekurangnya Zuma sedar Surya masih perlukan dia di sisi.Itu Zuma tahu.Cuma yang Zuma tak tahu tentang isi hati Surya.Masakan dia dapat menerka isi hati insan lain yang sering berubah-ubah..Kadang hati juga bisa jadi seperti sekali air bah,sekali pantai berubah.Itu tetap Zuma tidak tahu,dan mungkin dia tidak mahu tahu.

''Aku kira kau sedih sebab dia tersurat bukan untuk jadi milik mu lagi bukan?Untuk jiwa yang kau tak pernah punya mengapa harus kau bersusah memendam rasa?kadang aku hairan dengan kau Surya..aku betul betul hairan..''

Zuma cuba memulangkan Paku buah keras.Bukan hasrat di hati untuk menempelak Surya,tetapi sekadar ingin merungkai persoalan yang sudah lama berada di Benak mindanya sejak sekian lama.Walaupun mungkin tiada jawapan dari Surya sekurangnya dia tetap puas.Puas sebab dapat melahirkan rasa hati.

''Sayang dan kasih aku pada dia tetap macam dulu Zuma..Kenyataan yang tak pernah berubah dari dulu lagi..Kalau dia mampu mengerti beban yang aku tanggung ini,pasti dia akan kembali dan bermimpi untuk mencorak hidup bersama-sama aku..Tapi......''

Manik air mata itu kembali berjuraian..Surya menangis dan terus menangis.Zuma bungkam.Namun tetap memberi ruang pada Surya untuk melepaskan segala kekusutan agar segala kesakitan dalam jiwa sedikit terlerai.Dalam kekalutan itu perlahan Zuma menyeka air mata Surya.Kesedihan Surya juga kesedihan Zuma.

''Yang sudah tu sudah Surya..Tak guna kalau kau terus bersedih sebegini sedangkan jasad yang kau puja terperosok di mana mana sudut dunia sedang bergembira,meraikan hari bahagia..aku faham kalau-kalau kau masih tak mampu untuk telan kenyataan tapi tak dapat tidak,mulai sekarang kau harus belajar.Belajar untuk melepaskan sesuatu yang pasti tidak pernah akan kau miliki.dan anehnya kau juga tahu bukan kenyataan itu,cuma kau membuta tuli kan pancaindera yang tuhan kurniakan sekadar untuk mengikut kata hati yang tak seberapa itu.Ikut hati mati,ikut Nafsu lesu Surya..''

Panjang lebar Zuma berkata-kata,namun belum sempat Surya mencelah dia kembali untuk bicara

''kau yang aku kenal bukan sebegini Surya..aku kenal kau sebagai insan yang tabah,yang mampu berdiri atas kaki sendiri dan tak mungkin tergugat hanya kerana seorang manusia yang bergelar lelaki.aku akui kau meang sayangkan dia sepenuh hati,tapi itu cerita dulu.Jangan kau mahu hidup dalam kenangan silam dan melupakan segala keindahan di hadapan,semata-mata kerana dia-kelak kau yang akan rugi..bukan orang lain,tapi diri kau sendiri..Sudah lah Surya,yang lepas biar lah lepas,kita mulakan hidup baru dan melangkah bersama-sama ya...''

dengan lemah Surya mengangguk..tapi kali ini dia tersenyum.Senyuman tawar yang Zuma kira ikhlas,lahir dari hati.

**********************************

''Terima kasih Zuma..aku hargai kata-kata yang kau beri..semoga kita sentiasa akan jadi sahabat sehidup dan semati..''
-Surya

''jangan Khuatir Surya,apa sahaja yang terjadi kau tetap akan ada aku''
-Zuma

Bersaksikan Camar putih yang terbang dan pepohon kelapa melambai mesra,mereka berdua mengorak langkah,meneruskan baki sisa perjuangan yang entah bila akan selesai..

*Cinta kau dan dia ibarat mengejar bayang bayang sendiri..dia akan selalu mengekori kau tapi kau takkan pernah dapatkan dia walau dalam mimpi atau anganan sekalipun..

Wednesday, February 4, 2009

Pengungsi Di Bumi Asing

Di daerah itu aku kembali semula.Cuba mencari Ruang dan rongga yang masih tersisa untuk aku diami.Kalau-kalau aku masih punyai peluang untuk menebus balik kesilapan lalu.Anehnya daerah itu sudah kusam,pudar dan usang.sudah tiada sama seperti dahulu.Daerah itu telah uzur,dan menunggu bila-bila masa sahaja untuk lupus.Dulu Daerah itu bukan sebegitu.

Kalau dulu Daerah itu Riang,penuh dengan hati yang berbunga
Kalau dulu Daerah itu Ceria,penuh dengan warna
Kalau dulu Daerah itu Hingar,penuh dengan Hilai tawa
Kalau dulu Daerah itu tidak mati,Penuh dengan jiwa bertegur sapa..

Tapi itu cerita lampau.Cuma secebis kisah silam.Kisah silam yang punya azimat tersendiri.Kisah silam yang miliki rahsia abadi.Kisah silam yang tiada pernah bertukar ganti.Tak mungkin aku mampu untuk untaikan semua kecelaruan,andai tanah itu bukan milik aku lagi.

Dalam diam segala kisah itu aku kumpul,dan simpan dalam-dalam di lipatan kenangan.Biar dunia tahu kisah itu masih aku bawa bersama ke mana sahaja tubuh ini pergi.Biar dunia mengerti betapa cerita itu pasti takkan luput dari benak ini.

Di Daerah itu sekali lagi aku cuba cari kekuatan untuk mencoba bertapak,tetapi hampa..Semua daya dan rasa telah mati..seperti matinya daerah itu.Kali ini walau apa terjadi daerah baru pasti aku terokai dan jiwai kembali,seperti gagahnya aku di masa lalu.

Dan daerah usang itu hanya layak menjadi sejarah cuma.



Monday, February 2, 2009

Seindah Mimpi

'Sayang,cuba lihat burung-burung yang berterbangan itu,mereka bebas berterbangan tanpa ada sekatan dan halangan,bahagia bukan..?'ku terpanggil untuk berbicara setelah melihat camar-camar yang berkeliaran bebas di langit itu.

'Ya...memang bahagia..dan saya kira kita pun sebahagia itu kerna kita bebas ke mana sahaja,dan paling membahagiakan kerna kamu sentiasa ada dengan saya..'balas sayang sambil merenung jauh.

'Hmmm....sekarang saya tahu kenapa saya sayang sangat sama kamu..'kata ku girang sambil melebarkan senyuman yang paling indah pernah aku tebarkan.

'Saya pun begitu juga..tak mungkin akan bertukar ganti rasa ini terhadap kamu..jangan khuatir yaa..hanya kamu yang bisa saya sayang dan sanjungi',dia memandang saya dengan pandangan yang penuh pengharapan,seakan mengukir satu janji untuk sehidup semati.

Dan saya kira kata katanya itu sangat melegakan Jiwa.kemudian kami berjalan-jalan di sekitar tasik sambil menikmati lukisan alam,panorama petang yang indah menjadi saksi betapa bahagia nya kami sebagai sepasang kekasih.oh..alangkah bahaginya perasaan saya kala ini..seperti segalanya berada di alam syurga.serba indah dan serba mengasyikkan.

Entah bagaimana dengan tiba-tiba sayang berubah..dia berubah seperti orang yang tidak lagi saya kenali.Segala galanya berubah,dan saya menjadi kelu untuk berkata-kata tika dan saat itu.namun sebelum saya sempat meluahkan sebarang bicara,sayang dengan pantas melarikan diri..dan saya cuba mengejar sayang dengan sehabis daya.saya kejar dan terus mengejar,tanpa disedari saya sudah berada di sebuah tempat yang gelap dan kelam,sepekat hitam malam tanpa sebarang cahaya.

Sebelum sempat saya mencari cahaya dalam kegelapan itu,saya tersentak..terjaga dari lena yang panjang.

Dan dia sudah kembali ada di situ.



*Bukankah mimpi harus jadi Realiti buat jiwa yang butuhkan rasa itu?

Thursday, January 8, 2009

E.P.I.S.O.D 1

Seketika Fikiran Sam Melayang.

Dia arif benar kalau kalau Dol dan Gayah seperti belangkas.Kemana Dol pergi pasti akan ada si Gayah mengekori.Pendek kata mereka berdua sering melakukan segala-galanya bersama.Sam ingat lagi pernah satu ketika dia dalam kesusahan tapi Dol tak ambil peduli sebab Dol sibuk membawa gayah keluar Shopping.Kalau di ikutkan banyak lagi perkara yang boleh buat Sam kecil hati.

Tapi itu Sam tak ambil peduli.

Sam Cuma mahukan Dol kembali seperti biasa.Kembali menjadi kawan rapat dia,seperti mana mereka yang dulu..makan hati juga kadang-kadang bila Sam melihat kerenah mereka berdua yang seperti tidak dapat di pisahkan lagi.Tapi atas nama sebuah persahabatan Sam mengambil Langkah utuk tidak terlalu memikirkan perkara yang membebani pundak nya itu.

Hingga Suatu masa,Sam nekad.

Nekad untuk berbincang hati ke hati dengan sahabat baiknya itu.Pantai di birai rumah mereka menjadi saksi sebuah perbincangan penuh kontroversi.

'Dol..aku nak tanya ko sikit ni..Ko ngan Gayah tu macam mana?’Sam bersuara memecahkan keheningan malam di tepi pantai yang ketika itu hanya bunyi ombak dan desiran angin lalu yang wujud.

‘Macam mana apa Sam??aku tak paham maksud ko’..-Dol kembali membalas,penuh tanda tanya..

'Ko buat buat tak paham atau pun ko memang tak paham??aku Tanya sebab ko lain macam rapat jer ngan Gayah tu..maksud aku,korang ni kawan je ke,ataupun lebih dari seorang kawan,atau korang ni memang dah..apa orang putih kata tu-Couple ekk??haaaa korang ni Couple ker??'

Tanya Sam yang cuba mencari Fakta..Persoalan yang dah lama bersarang dalam benak fikiran Sam-sekadar mencari satu kepastian.

'Hahaha…aku dah agak lambat laun ko pasti akan Tanya aku soalan ni..Rileks la bro,aku nak kau tahu aku ngan Gayah memang sekadar kawan je lah..takkan lebih dari tu..kalaupun ko nampak dia macam terhegeh hegeh nak kat aku,tapi aku still anggap dia macam kawan baik aku..Teman tapi mesra Bro..haha..'

Panjang Lebar Dol rungkaikan pada Sam persoalan yang sudah lama terbuku di hatinya..

‘tapi cara ko macam dah beri harapan pada dia..ko kena ingat dia tu perempuan..cara ko layan dia,ko duk usung dia ke hulu ke hilir..dah macam laki bini aku tengok..itu pun ko kata ko takder feeling ngan dia??'

Sam membidas.

‘serius sam,aku memang tak sedia nak commit untuk satu hubungan yang serius.aku rasa aku lagi selesa berkawan sebegini buat masa ni..percayalah cakap aku sam,aku ngan Gayah tu memang kawan rapat tapi tak lebih dari tu..Percayalah cakap aku..masa jer yang boleh tentukan semua tuh..tapi buat masa sekarang memang aku tak terfikir sampai ke situ pun..we’re just Friend ok?'

Dol terus menerus meyakinkan Sam yang dia dan Gayah memang sekadar kawan rapat yang tiada ikatan serius.

‘hmmmm kalau macam tu I’ve got no further question..maybe you are right..if we don’t want to commit then why do we have to think about it right?Just enjoy in whatever you do and maybe thing’s will gonna be just fine..Dah lah,jom kita balik..hari pun dah larut malam.Esok aku kena kerja,ko pun kena kerja..let's lah..'

Sam mula bersuara dengan perasaan Lega.Lega kerana Dol dan Gayah tiada menjalin cinta.saat ini dia mula tidak mengerti perasaan yang dia ciptakan .Tiba satu tahap yang mana Sam mula meragui perasaan dalaman yang tidak menentu.berbagai bagai rasa muncul dalam jiwa,namun dia tidak mampu untk menafsirkan segala yang datang bersilih ganti..Sam lansung Bungkam.

Segala-galanya bermula di saat itu.

Dan Cerita ini pasti tidak akan terhenti di sini sahaja..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails