Followers

Showing posts with label bajet hotel. Show all posts
Showing posts with label bajet hotel. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

ACCOMODATION IN PENANG : WASSUP YOUTH HOSTEL, NEAR THE KOMTAR WALK

Tahun lepas datang ke Penang main walk in jer hotel mana yang sempat. Tahun ni lain macam sikit sebab bila nak try book banyak nya hotel yang dah fully booked. yang tinggal hanya di area Batu Feringghi. Tak nak lah stay area sana sebab jauh melainkan kalau ada bawak family dan anak kecik. 2 days before going to Penang Romzy ada whatsapps suruh check di Booking.com ada Wassup Youth Hostel masih available. tak pikir panjang terus book sebab areanya di KOMTAR. Senang nak jenjalan nanti. Tapi ratenya quite mahal lah. Dapat bilik Private RM188 per night. Nasib lah kan daripada takde terus.
 

Wassup Hostel is conveniently located in the heart of Georgetown, a UNESCO world heritage site, the hotel is 2 minutes walk from Komtar - shopping mall and main bus terminal. Penang's major historical landmarks and tourist attractions are just within short walking distance and great Penang Food (local hawkers) are all available at your doorstep.


Hotel ni hotel baru. So memang lah cantik dan bersih lagi. Konsepnya aku suka. Quite warna warni. dan spacious kat area bawah. yang tak bestnya rate macam tu tak sedia breakfast. Memang tak best. patutnya buat lah skali ngan sarapan pagi. Baru orang lebih tertarik. Ada dormitories juga di sini sharing bilik air. Aku ambil bilik private bilik air kat dalam.


menarik betul tangga warna warni ni. Selipar dan kasut kena tanggal kat bawah. Teringat Hostel sleepy Kiwi di Singapore macam ni jugak konsepnya. tapi ni lagi cantik lah. maklum lah baru lagi. the funny thing is diorang baru buka 3 hari dah fully booked. Dashyatnya penangan PBIM2014. Semua datang Penang. Good for tourism.


 
Suka pintu hitam putih
 

All rooms are with window, air-conditioned,and ensuite bathroom.Private rooms are furnished with 32' LCD TV, free WIFI in rooms ,mini bar, writing table,safety deposit box and wardrobe.


Bila masuk biliknya, quite okay dan satisfactory lah walaupun rate nya mahal. Mahal sebab high demand kot. Lepas ni tak sure lah harganya berapa. siap ada iron board lagi dalam bilik (opkos lah sekali dengan iron). Biliknya pun besar. 4 orang ke 5 orang boleh stay sini actually.


The property features include:
-Free Toiletries
-Free Coffee and Tea
-Ensuite bathroom for all room catergory (even the dormitory room)
-Powerful Hot Water Shower
-Free WiFi and Internet access
-Large Lockers for Dormitory room
-Safety Deposit Box for all private rooms
-Free Maps and Tourism information
-32 inch LCD TV (private rooms only)
-No curfew


Ada balkoni lagi kat luar. Kalau smoker sesuai lah ambik bilik camni 


Ni area untuk surf internet. Ada free wifi juga di sini. ada dua bijik komputer untuk keguanaan tetamu bilik. Bean bag banyak di letak kat ruang ni. sebab tak pakai selipar atau kasut so nampak bersih lah.


area living room belah bawah


The ground floor is a spacious TV lounge area and a shared kitchen and a Library with free usage of computer with internets for guests to relax and interact. You can watch movie, surf internet, drive into book or enjoy tea break here.


Overall bagi aku Hotel ni okay tapi overprice. Lokasi sangat strategik lah. kalau takder pilihan boleh la ke sini lagi. Tapi actually banyak lagi Hostel di area Penang Road ni yang murah dan berpatutan siap provide breakfast. In time, they will get better sebab Penang sentiasa ramai tourist.
 
Ok sekian Review Accomodation di Penang. Next??
 
Jom kita gi makan lagik!!

Wednesday, May 30, 2012

WARNA- WARNI MENARA CONDONG TELUK INTAN

Ini cerita lama.Kisah Bulan April lalu.

Sewaktu menyertai acara Larian Bendang di teluk Intan..Tiba di Teluk Intan Pada 7 April sebelah malam.Acara Larian pada keesokan harinya 8 April (insya Allah nanti aku kongsikan cerita pasal larian tersebut.jika berkesempatan.).Sampai di Pekan Teluk Intan dalam jam 12 tengah malam..Terpukau melihat Menara Condongnya yang berwarna warni..menarik juga rupanya..:)


Menara Teluk Intan - Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. 


Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 


Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.


Aku dan Faiz yang sampai paling lewat..Gengkakilari yang lain semua dah tidur diulit mimpi.tengah berjalan di area menara Condong terserempak Bach dan Zarul tengah beli burger.lapar lah tengah tengah malam macam ni..Carbo load untuk Half Marathon keesokan hari..Ramai anak muda yang duk melepak di bawah menara Condong.ye lah..ni lah satu satunya tarikan Teluk intan.(rasanya lah.heheee.Orang Teluk Intan jangan marah nooo..)


Kami semua menginap di Hotel Anson..ratenya RM90 semalam.berdekatan dengan Menara Condong dan dekat juga dengan starting point untuk berlari esok.Terima kasih pada Izwah yang tolong arrange kan accomodation.ni bilik last nih..yang lain semua penuh.Penangan Larian Bendang..so masuk bilik terus berehat untuk menyimpan tenaga bagi menyelesaikan 21 KM nanti..

Nanti aku share story kisah larian bendang.agak menarik juga.

Stay Tune with AXIMUD.

Wednesday, April 25, 2012

TRIP KOTA KINABALU APRIL 2012 PART 6 : MISI MENDAKI GUNUNG KINABALU BERMULA!

Alhamdulillah..selamat sampai di Penang kembali pagi tadi.Flight jam 10pm malam tadi, then aku terus rush balik ke Penang sebab hari ni kerja..Penat?yup.sangat penat..sebab mendaki Gunung Kinabalu tidaklah semudah yang disangka..the good news is we did it!!nanti aku akan share kisah pendakian ke Puncak Kinabalu dalam entri berikutnya,untuk entri ni aku nak share kisah pendakian dari kaki Gunung ke Laban Rata dulu..Check it out!!

*************************************************

23 APRIL 2012


Bangun seawal jam 5 pagi lagi..macam tak sabar sabar nak mendaki nih.hehee..subuh awal di Kota Kinabalu..dalam 5 lebih macam tu dah subuh..so selesai solat subuh terus bersiap apa yang patut then kami berjalan kaki untuk sarapan pagi di Balsam Buffet Restaurant.Jauh jugak nak menapak.tapi scenery dan udara pagi adalah sesuatu yang mendamaikan.Betapa indahnya alam ciptaan Mu ya Allah..


View Balsam Buffet Restaurant dari atas


Posing di pagi hari..ceria lah dulu.sebab kejap lagi tengok lah penat macam mana..


semua dah turun sama sama untuk bersarapan pagi


Jom Kita makan.standard makanan Hotel.


tetiba ternampak diorang keluarkan nasi lemak pulak.aisehhh..ambik la sebungkus.Carbo loading lah katakan sebelum nak naik ke Gunung ni.hehe.as usual sambal di sabah ni tak berapa mengancam lah.tak kena dengan selera tekak ai ni yang nak pedas pedas..tapi takper.janji kenyang..lately corak pemakanan adalah tidak berapa terkawal.nanti lah aku kena fokus balik pada diet dan senaman yang betul.right now just nak enjoy jer food yang ada.


Selesai makan pihak Restoran ada beri packed Lunch untuk kami 12 orang..packe lunch tu ada Sandwich. telur dua biji, pisang, epal dan satu botol air mineral..beg kain tu cantik.hehe..kami balik ke Rock Hostel untuk ambik barang barang dan terus Check Out.


ni macam rupa orang nak naik gunung atau nak diving nehhh??


Tudiaaaa barang kami penuh satu van..mula mula aku ngan kak tie ingat barang kitorang dah banyak.tapi rupanya ada lagi yang bawak lagi banyak dari kitorang.jatuhnya barang aku dan kak tie paling sikit sebenarnya.hehe.bawak ap ayang perlu saja lah.lagi pun tak sempat pun nak shopping kalau trip mendaki gunung macam ni.kena plan another trip yang memang fokus untuk jalan jalan saja,


Beg semua di bawa ke bahagian hadapan Kinabalu Park di bahagian Receptionist.ada khidmat menyimpan Bag dan dikenakan bayaran RM10.untuk mendaki Gunung kita akan diberi pilihan untuk bawa barang sendiri ataupun nak dapatkan Khidmat Porter..Porter di Kinabalu ni semua kuat kuat..satu Kilogram akan dikenakan bayaran RM8..aku timbang bag aku dlam 11KG..kalau suh porter bawak kena lah bayar RM88 pergi dan balik..tak perlu lah.i can carry it on my own.lagipun bila bawak be sendiri ni baru rasa macam naik gunung.baru feel tu ada.hehe


Subhanallah!!the Majestic Kinabalu..nampak Puncak dari bawah kaki Gunung..


Are you guys ready to Conquer the Mount Kinabalu???yeahhhhhh!!!


8 perempuan dan 4 lelaki.peserta mendaki kali ini.kami boleh!!!


Sebelum kami bergerak ke Timpohon Gate, kami diberi satu tag nama sebagai tanda pengenalan.Untuk makluman, Gunung Kinabalu hanya akan dibuka pada 180 orang sahaja untuk pendakian pada suatu suatu masa..so dengan Tag ni baru kita akan dibenarkan untuk lalu pada check point check point yang ada nanti..jaga dengan cermat dan jangan hilangkan kad ni.sebagai bukti kehadiran dan penting untuk sijil nanti.


i think i'm ready enough.:)


Dari kawasan hadapan reception Kinabalu Park kami naik van untuk menuju ke Timpohon Gate.jauh juga Gate nya dari kawasan Reception tu.kalau berlari ber kilometer jugak lah..sampai depan Timpohon Gate itu menandakan our mission is about to begin!!


Tengok ada rekod untuk climbathon..


sebelum naik our Guide, Nordi Gapisi dan Gabriel (belah kiri) memberikan sedikit penerangan tentang jalan yang akan dilalui..kami akan naik ke KM6 di laban rata..Jumlah semua KM ialah 8.7 KM untuk sampai ke Puncak Kinabalu..sampai di Laban Rata nanti kami akan berehat dulu sebelum memulakan pendakian pada jam 3am..satu guide adalah untuk 6 orang.so kami 12 orang sebab tu memerlukan 2 orang guide.


Saya dan Kakak di Pondok Timpohon


sebelum dilepaskan untuk mendaki, kena daftar nama dulu..kemudian bacaan doa selamat di adakan..semua tanak baca last last aku yang baca..just baca dalam bahasa melayu lah ya.nak ber bahasa arab mengaji arab tak habis aritu..tak apa.Allah faham isi hati kita.semoga Allah memudahkan perjalanan kami ini..dan semoga tiada berlaku sebarang kecelakaan dan kecederaan sepanjang pendakian.Insya Allah.Waktu mula pendakian ialah jam 9am.


Jom stretching dan warming up dulu!!


aik.kata mendaki??mula mula kena turun dulu..lepas ni siap lah..


Belum ap aapa lagi dah jumpa kawasan air terjun..Carson Waterfall..kat sini ramai yang stuck sebab duk sibuk bergambar dulu.hahaa..tak apa..sementara masih berupaya ni ambik gambar puas puas..kejap lagi dah penat mesti nak ambik gambar pun tak ada selera dah..


Apa yang aku perhatikan masa nak mendaki ni trek pendakian adalah sangat cantik dan tersusun..Kiranya senang dah kalau nak lalu.tinggal kena prepare stamina kasi fit dan mental kena kuat..Tracknya memang dah tersedia dan tak susah pun.


Sampai di KM1 , masa ni rasa Hujan rintik rintik.terus semua sibuk duk buh raincoat pada beg masing masing..serius terasa jugak la penatnya mendaki ni..as we go high makin susah nak bernafas sebab udara makin nipis.tapi ni baru permulaan,ada lagi 5 KM to go..


Poncho ialah perkara wajib di bawa ya kawan kwan sekelian..


terpesona dengan akar kayu pokok yang berselirat tu.cantik!!


hujan dah masa ni..pasrah jer..


Terjumpa Pokok Periuk kera (tapi kecik je lah) di KM2..mujur ada guide dari Group lain yang bagitau.kalau nak harap aku nampak memang tak lah.dah la penat dan mengira step..tak sempat dah nak tengok pokok pokok tepi tu..bila tengok pokok periuk kera ni, terus aku macam tersedar..thats the point isnt it?untuk menikmati keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan ni.so tak perlu nak rush dan just enjoy the scenery dalam hutan ni..


another 4KM to go!!yeahhh!!


Aku ada tengok pendaki pendaki lain pakai Tongkat masa naik..aku tak prefer nak pakai tongkat sebab for me tongkat itu akan menjadi beban nanti..satu hal pulak nak bawak tongkat tu.terpulang pada masing masing lah..Tongkat boleh disewa dan di beli di Kaki Gunung masa di Kinabalu Park.


now we were at KM 2.5


Untuk mendaki Gunung, adalah di nasihatkan korang bawak lah makanan penambah tenaga segera seperti energy bar ker..coklat ker..ataupun kismis..aku just bawak bekal nips jer..at least boleh beri tenaga di kala kita dah tak bermaya nak meneruskan pendakian.mana yang sedap korang rasa nak makan lah.takyah bawak makanan yang berat berat sangat ya.kang muntah pulak.


separuh perjalanan sudah!!


Aku salute lah tengok Porter Kinabalu ni sebenarnya..aritu mak ada bagitahu di Majalah Tiga TV3 ada diorang buat dokumentari pasal Porter Kinabalu..gigihnya diorang cari rezeki bawak barang turun naik ke Laban Rata tuh..maybe sebab bayaran nya pun lumayan tu yang diorang tak kisah..aku bawak yang 11 KG ni pun rasa berat dah..apatah lagi diorang duk bawak tong gas siap..


Sebenarnya di setiap KM (kalau aku tak silap) ada disediakan pondok untuk berehat dan mengambil air..(untreated water)..ada macam macam nama..Pondok Kandis di KM1, Pondok Ubah di KM2, Pondok Mempening di KM3..aku dan hadi paling depan masa mendaki..so tunggu semua sampai di setiap Pondok.lama sikit boleh berehat.hehe..masa di KM3 di Pondok Mempening perut memulas pulak nasib baik tandas di sediakan di situ..


Dan perjalanan di teruskan lagi..


Sampai di KM 4 iaitu di Pondok Layang layang..Cuaca makin sejuk dah masa ni..aku berhenti rehat dan keluarkan jaket serta sarung tangan..memang nak kena pakai sebab tak tahan sejuk..dengan hujan nya lagi..makan juga sandwich dan bekalan yang ada.serius rasa cepat lapar sebab banyak tenaga pakai..air pun sama jugakk kena minum banyak..


Pack Lunch yang diberi..ada sandwich, telur dua bijik, Pisang dan epal..kenyang jugak lah makan..


our group semua dah sampai..masa untuk meneruskan pendakian lagi..masih berbaki 2KM.


Ramai jugak berhenti rehat..ada yang naik dan ada yang turun


Pendakian selepas KM4 adalah lebih mencabar sebab jalan nya adalah berbatu..agak bahaya juga sebab ditambah pula dengan cuaca Hujan..tersilap langkah boleh membawa padah..Licin batu time hujan macam ni.Terima kasih pada kamera Olympus ku waterproof ..kalau tak mesti tak dapat nak snap gambar time ujan ujan.


penat wehhhh!tapi tetap kena teruskan perjalanan..


Aku teringat Guide yang aku jumpa di KM2 tadi pesan suh tengok sikit kawasan tepi laluan mendaki selepas KM4..ada periuk kera yang besar..aku duk cari last last terjumpa lah di sebelah kanan..yang kaler merah ni saiznya sebesar tapak tangan.Pokok bunga raflesia jer aku tak jumpa.


Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp.Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).


Bergambar di KM5..Pondok Villosa.nama saintifik Pokok Periuk Kera


Di pondok Vilossa aku dan Hadi decide untuk stay dan tunggu yang lain sampai..saja lah nak berehat rehat dan menikmati keindahan alam di sini..lagi 1 KM jer lagi sebelum kami sampai ke Laban Rata..Tunggu punya tunggu akhirnya nampak lah kak Haida , Akak Tie dan kak Bib sampai..makan snickers dulu..minum air dulu..


yer say atahu kita semua adalah penat..no pain no gain ya!!


tak jauh dah!lagi 1 KM jer lagi ke atas..


Pemandangan dan udara sekeliling pada KM5 ni adalah sangat nyaman dan saujana mata memandang..seriuosly sangat cantik..nampak puncak Gunung..pokok pokok renek kelihatan..diserikan dengan batuan batuan..tengok sendiri lah dalam gambar.memang sangat cantik!Subhanallah..


KM 5.5..sikit jerrrrrrr lagii..lagi 500 meter!!!


kabus tebal menyelubungi kawasan atas..


Sampai di Waras Hut.berhenti cari Toilet kejap.Then teruskan perjalanan


Akhirnya setelah 6 jam perjalanan, dalam pukul 3.30pm kami sampai di sini..its ok sampai lambat pun..sebab tak ada apa nak di rushkan..just enjoy the scenery..satu kepuasan bila dapat sampai di Laban Rata guest House sebab dah terbayang dapat makan dan rehat.


Aku dan Hadi terus Checked in dulu..waktu checked in sini bermula jam 1.30 pm..dapat dua bilik satu bilik 6 katil dan satu bilik lagi 6 katil juga.tapi sorang kena stay di Gunting Lagadan..after a few arrangements kitorang just stay di Laban Rata Guest House ni jer semuanya..sementar atunggu semua sampai aku mandi dulu dan solat..tukar baju apa yang patut.lega..Kak Bib orang ketiga sampai lepas aku dan Hadi..dia sampai awal porter tak sampai lagi last last dia ambik kain cadar buat kain sementara..hahaha.lawak lah kak bib ni.


Alhamdulillah semua selamat sampai!!


Waktu makan bermula pada jam 4.30 pm.so tak kira lah korang sampai awal pun waktu makan tetap bermula jam 4.30pm..so kira ok lah.tak lah lam asangat nak kena tunggu..habis solat mandi tukar baju dan sebagainya terus turun dan makan.Air di bilik mandi adalah sangat sejuk di sini..aku tahan kan ajer lah.tak mandi tak selesa..


As usual kalau dah lapar sangat campur je lah semua skali..nasik ada megi goreng ada daging ada ayam kari ada telur pun ada.siap Goreng pisang pun aku masuk skali dalam pinggan..tak kira sedap dah masa ni.memang memerlukan makanan dalam sistem badan..i'm hungry!!so bring it on!!


Rileks rileks enjoy makan..dan minum kopi..


we did it kak Tie!!sikit lagi nak sampai puncak ni..


di bahagian Reception ada jual macam macam makanan ringan.tapi harganya adalah melambung tinggi..Kit kat yang kak Tie pegang tu harganya R10..bateri triple A 3 bijik harganya RM35..so better korang buat persediaan yang rapi sebelum naik Gunung..takyah dah susah susah nak beli bateri kat atas ni nanti..ataupun makanna ringan yang lain.ada jugak jual T-Shirt nanti tengok lah camana.rasa.macam nak beli sehelai yang tulis laban rata..


Kitorang tumpang Charge Henpon di Receptionist sebab takleh nak pakai plag di Bilik.ada gangguan bekalan elektrik kata mereka..takpelah as long as boleh caj fon sudah lah..dari kawasan tempat makan kitorang balik ke bilik untuk berehat..


Cuaca adalah sangat sejuk.masa ni sampai 6 darjah celcius suhu di luar..duk dalam bilik pakai blanket ni memang panas dan best lah..Bilik aku duduk ni kongsi ngan sorang mamat omputih..sembang sembang kejap ngan diorang dalam bilik, then pukul 8 pm lampu padam..dan keadaan menjadi sunyi..semua memerlukan rehat sebelum nak bangun pukul 2am kejap lagi bagi meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu yang masih berbaki 2.7KM..

*To be Continued..stay tune on the part Finale!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails