Followers

Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Friday, July 8, 2016

DIARI 1 SYAWAL 1437H AZIM ASHAARY

1.10.1437
6.07.2016

Kerana tidor lambat malam tadi untuk persiapan pagi raya, terjaga tidur dalam jam 6.30am. Masih sempat untuk bersolat subuh.. Dan selesai solat terus membantu sedikit persiapan bagi sarapan pagi ini.. Sunat jika makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri tanda kita sudah tidak berpuasa sesudah 30 hari Ramadhan dilalui dengan penuh kesabaran.

Menu pagi raya kami ialah soto ayam dan nasi minyak lauk ayam kurma. Lemang, ketupat dan rendang iti tak perlu mention kerana sudah menjadi kewajipan setiap kali hari raya menjelma. Kali ini menu kuih agak rare sedikit sebab ada tambahan kek lapis dari Kuching Sarawak.


Untuk solat sunat Aidilfitri, pagi ini aku mengenakan jubah putih yang ada design simple benang emas di kolar dan pelipat lengan. Berkopiah putih, dan pakai minyak attar kasturi putih (dari Madinah) - siap! 



Waktu solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Terengganu ini sudah ditetapkan pada jam 8.30am. Jadi plan kami pagi ini untuk awal ke masjid.. Supaya dapat lah bertakbir mengagungkan kebesaran Allah tanda kemenangan kita semua. Selesai sarapan pagi terus semua bersiap siap untuk ke masjid. Mak lah yang paling semangat pagi ini.. Takut tak ada tempat katanya jadi minta kami pergi awal ke masjid. 8.10am kami bergerak ke masjid jamek kemasek.. Alhamdulillah masih awal dan sempat lah kami masuk antara saf saf yang depan juga dalam masjid.

Tepat jam 8.30am, khatib membacakan perutusan dari Sultan Mizan kepada rakyat Terengganu.. Disusuli dengan solat sunat Aidilfitri. Rakaat pertama 7 takbir dan rakaat kedua 5 takbir. Setiap takbir diselangi dengn tasbih memuji Allah. Begitulah cara solat sunat Aidilfitri dilakukan. Dan selesai solat sunat, akan ada khutbah raya pula. 

Selesai khutbah, ada sedikit jamuan makan diadakan di belakang masjid. Kami tak makan apa pun sebab decide untuk segera ke kubur arwah ayah. Ziarah arwah ayah di pagi raya. Itu rutin kami setiap kali raya tiba semenjak 4 tahun yang lalu ketika ayah pergi meninggalkan kami.. Dalam kita bergembira jangan sesekali kita lupa pada yang telah pergi.. Sampai di kubur arwah ayah, hamparkan sejadah dan bertahlil tingkas.. Sebagai hadiah buat ayah di pagi raya. Banyak perkara nak cerita pada ayah. Tapi aku tahu, ayah dah maklum semua tu. tunggu lah kami di syurga (insya Allah).. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Moga Allah sentiasa pelihara dan melimpahkan rahmat Nya ke atas roh ayah. 



Kena move on. Orang yang hidup kena teruskan kehidupan.. Yang telah pergi biarkan pergi. Kita pun akam menyusul jua nanti. 

Pulang ke teratak bonda.

Dan aku mula salin persalinan baju melayu jakel jenama Aaron Aziz. Untung jadi artis kan, jual baju jenama sendiri semua orang nak beli sebab nama besar. Kalau letak nama azim ashaary mesti tak ada yang nak beli. Haha.. Rezeki masing-masing kan. Warna tema kami tahun ini ialah turquoise - warna pilihan adik bongsu kami, Faiz. Sedar tak sedar dah 9 tahun berlalu sejak kami buat giliran penentuan warna tema hari raya ikut susunan adik beradik. Jadi tahun depan pusing pada Kak tie semula sebagai anak yang sulung untuk tentukan warna tema Aidilfitri 2017 nanti. How time flies.. 




Segak bergaya rasa pakai baju melayu jakel ni. Jahitannya kemas dan cutting okay dengan badan aku. Just nice.. Tahun ini kami 4 beradik boria sebab baju melayu dan kain sampin semua sedondon dan sama warna. Cuma sedih sikit sebab abang shuk tak ada bersama kami kerana komitmen kerja. Jadi ahli keluarga untuk edisi raya kali ini cuma 8 sahaja lah. Tak cukup seorang. Terima kasih lah abang shuk atas segalanya (atas orang faham)





Selesai mengenakan busana baju melayu, mula mencari makanan untuk sessi sarapan bersama keluarga. Yang lagi tadi sebelum solat sunat raya cuma makan acah-acah sahaja. Kali ni baru nak makan betul-betul. Baru nak siap siap makan mok har dan pok mat sekeluarga datang bertandang. Jadi meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai.. Siap biat sessi bergambar beramai ramai lagi. Mok elly dan Tok wan rumah hadapan kami pun datang singgah juga. Semua jiran dekat dekat je ngan rumah mak. Walking distance sahaja. 






Selepas tetamu balik baru kami ada masa untuk sama-sama kami bergambar beramai- ramai dan buat perutusan video khas untuk abang shuk yang tak dapat beraya bersama kami kali ini. Mak dah rasa sedih sebab terkenangkan anak nya yang jauh dinmata tapi dekat di hati. Actually tadi selepas subuh dalam jam 7.30am abang shuk ada telefon setiap dari kami untuk ucap Selamat hari raya.. Jauh tu telefon dari Papua New Guinea. Thanks lah abang shuk atas keprihatinan anda.




Habis sessi bergambar disusuli sessi bermaaf maafan bersalaman dengan mak dan adik beradik. Beri duit raya pada anak anak sedara juga.. Duit raya tahun ni aku pakai mana yang ada jer. Tak sempat nak tukar duit kat bank. Uniknya syawal yang kita sambut kan.. Mengeratkan lagi silaturrahim yang ada dengan ucapan mohon maaf. Bukan senang kan nak dapat berkumpul adik beradik semua sekali.. Kesempatan yang ada macam ini lah perlu digunakan bagi meluahkan apa yang terbuku dan sebagainya.







Setiap kali 1 Syawal tiba, mok wook (mak sedara kami belah arwah ayah) pasti akan buat open house raya di rumah nya di Kerteh. Jadi anak beranak yang ada semua dijemput hadir. Selesai urusan kami semua di teratak bonda, jam 12pm kami bergerak menuju rumah mok wook pula. Lebih kurang 15 minit sahaja perjalanan. 



Sampai di rumah mok wook lagi meriah dengan satay, lontong, tapai dan nasi minyak rendang daging. Semua menu sedap sedap apa lagi kami pun serang lahhh.. Aku paling suka bab satay ayam tu. makan ngan kuah kacang dan nasi himpit memang mengancam habis. Raya kan setahun sekali. Makan lah apa yang nak di makan. Tapi terhad lada hari jni sahaja ya. Tak boleh amal selalu. Makan kena control juga kalau tak sia sia lah weight loss di bulan Ramadhan yang lalu.



Cuma resolusi aku untuk raya kali ini dilarang minum air berkarbonat yang memang terkenal dengan kandungan gula yang tinggi. Cukup minum air masak banyak banyak ataupun tea o/ sirap limau macam tu. harap harap membantuah dalam mengawal kalori intake di musim perayaan ini. Makan tak salah. Tapi kena beringat dan berpada-pada lah. 



Ok dah tanak ceramah pasal kesihatan nanti korang boring pula dan unfriend aku. So mana kita tadi?

Rumah Mok wook.

Peluang untuk berjumpa saudara mara terdekat di rumah mok wook juga lah. Semua akan berkumpul di sini- pok li & mok atun, mok elly & pok bedi, tol wan, moknha & pok mat, cik ngoh dan ayah ngoh, mok zah & pok zi, ain & yunus dan ramai lagi lah yang tak dimention di sini. Kebetulan zul dan adek daa juga sampai sekali di rumah mok wook. Bertambah meriah! Siap kami bergambar dan buat video session juga ucap selamat hari raya Aidilfitri buat semua! Solat zohor berjemaah di sini juga. Dan ini lah part hari raya yang paling aku gemar- dalat bersua muka dengan sanak saudara!





Hampir Jam 3pm.


Aku mohon beransur pulang.. Mungkin boleh ziarah jiran tetangga terdekat pula di sekitar rumah mak. Bila sampai rumah mak ada tetamu yang datang bertandang. Ayoh pa sekeluarga yang datang. Jiran sebelah rumah sahaja. Sembang lah apa yang patut. Dan lepas diorang Balik, keluarga cik ngoh termasuk fahmi, kak ipah, dan pok zi mok zah datang singgah pula setelah beransur dari rumah mok wook. Hidang kan kek lapis pada mereka. Nak makan rendang dan nasik semua dah kenyang. Jadi makan kuih dan kek saja lah. Yang paling penting dapat bertemu muka face to face sahaja. Sampai lah waktu asar, mereka beransur pulang..


Selepas waktu asar mak ajak ziarah rumah ayoh pa.. Jiran sebelah rumah saja. Aku pun ikut lah sama. Makan kuih minum air dan balik dari rumah ayoh pa, aku terus terlentang tidur sebab mengantuk sangat. Malam tadi tido dekat jam 5 am pukul 6.30am dah bangun. So seharian beraya dan layan tetamu. Memang patut lah mengantuk dan badan lesu. Dapat tido sampai jam 7pm.Tak elok amalkan tido lepas asar tapi what to do kan. Plan asal pun nak lari 10 km sebenar nya petang ni. Tapi aku memilih untuk berehat. Berehat kan part of body recovery jugak kan? 


Terjaga tidor dah dekat nak maghrib. So ambil air sembahyang dan terus tuju masjid jamek kemasek. Mak dan Zull (suami adik da) pun ikut sekali. Usai solat terus balik rumah dan tengok adik beradik lain pun baru nak start bangun dari berehat. Ye lah masing masing keletihan kot. 

Lapar.

Ambil nasi minyak sikit. Makan dengan rendang. Sambil makan sambil sembang dengan adik beradik apa menu nak makan malam ni. Hehe. So we decide untuk makan saja lah apa yang ada. Habiskan dulu apa yang ada di atas meja. Sampai waktu isyak, kitorang ke masjid kemasek dan balik dari solat isyak kami bercadang nak ziarah tumah tok wan dan mok ha.

Baru je nak keluar melangkah ke rumah tok wan(rumah opposite our house), mok wook satu family pula sampai nak beraya di kemasek. Tadi tengahari kami dah ke rumah mok wook, malam ni mereka melakukan kunjungan balas pula.

Hidang kan nasi minyak, lemang, ketupat dan rendang pada mereka. Mok wook datang nak cari soto ayam sekali tak ada rezeki sebab kuah soto ayam dah basi..What to do kan.. Makan nasi minyak lauk ayam kurma je lah jawabnya. Pun dah sedap tu.. Alhamdulillah..

Lama juga bersembang dengan keluarga mok wook.. Sampai dekat jam 10.30pm.. Lepas diorang balik aku sambung pula ambil ayam yang dah di perap semalam untuk cucuk buat satay. Sekejap jer cucuk satay ni sebab kerjasama ramai. Aku, kak tie, ami dan adik da yang gigih cucuk satay.. Abang jalee dan faiz buat bara api untuk bakar terus satay ni. Boleh buat sarapan esok. Aku memang penggemar satay.. Jadi buat sendiri boleh la makan sepuasnya.



Mak dah masuk tido awal selepas selesai dia menghabiskan bacaan quran nya. Seketika anak anak sedara main bunga api ketika abang jalee sibuk nak menghidupkan bara api. Meriah lah jugak.. Dan tambah lagi dentuman mercun dari jiran jiran. Ini baru lah raya!



Satay di bakar.

Teringat zaman arwah ayah ada satay ni merupakan menu wajib setiap kali raya menjelma. Kena buat juga tidak dapat tidak. Kali ini kami buat untuk syawal kedua. Sebab hari pertama sibuk beraya dan sibuk menerima kunjungan tetamu. 



Jam 1.23 am.

Semua satay siap dibakar semuanya.. Jadi boleh lah beransur untuk tidur.. Hari ini hari yang penat tapi puas sebab dapat beraya sakan berjumpa sanak saudara tanpa sebarang kecelakaan .. Semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Yang best jugak sebab dapat buat satay malam ni.. Thanks adik beradik ku semua! Aku sayang kalian semua dan selamanya tetap lah begitu.

Semoga esok akan menjanjikan hari yang lebih baik buat kami sekeluarga dan buat kalian semua.

Insya Allah.

Yang menaip,

Azim Ashaary,
Dari kamar ber-aircond tapi nyamuk banyak
2 Syawal 1437H
7/07/2016
3.42 am in the morning

Tuesday, December 23, 2014

SANAH HELWAH BUAT AYAHANDA TERCINTA!

Ayah suka travel. Dulu zaman kami kecik-kecik banyak tempat ayah duk bawa. Pusing 1 Malaysia ni road trip sama-sama. Dengan nature kerja ayah yang selalu kena pindah, maka memang sering bertukar tempat. Tak sempat nak dapat kawan yang steady dah kena pindah ke tempat lain pula. Jalan-jalan. Cari makan. Itu ayah punya minat. Dulu pun ayah belajar di England. So bahagian sana memang ayah expert juga.
 
Mak tak macam ayah. Tapi sebab ayah dah macam tu, mak kena lah ikut. Tempat isteri kan di sisi suami. Walau penat sekalipun terpaksa lah mak ikut juga. Lama kelamaan mak dah ok. Alah bisa tegal biasa. Apa salahnya jika belajar untuk minat apa yang pasangan kita suka. That's what love is all about kan. Yeah. They really truly love each other. Maybe in a weird way sebab selalu berselisih faham. Tapi hanya mereka berdua sahaja yang faham apa di dalam jiwa masing-masing. For that I'm so thankful. Thanks to Allah yang satukan dua jiwa ini menghasilkan kami 9 beradik dengan pelbagai ragam dan kerenah.
 
Sampai saat aku bekerja, aku mula memasang impian. Nak bawa ayah jalan-jalan. Nak bawak ayah dan mak pergi oversea. Aku mula discover yang aku memang mewarisi minat ayah. Suka jalan-jalan. Dan suka cari makan di tempat orang. Jadi bila dah mula ada duit sendiri ni lah masanya aku boleh buat apa yang kami suka sama-sama. Travel together with parents. I saw a lot of my friends do that. Be together with parents overseas. So happy and cool. Ambik gambar sama-sama. Dan nanti aku boleh frame gambar tunjuk pada anak-anak how we travel together to Europe. To africa. To south east Asia. To everywhere.
 
Tapi perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang manusia cuba bina.
 
Ketika aku mula-mula membina kerjaya, ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang. Maka terpaksa jalani hemodialisis seminggu 3 kali. Dan ada juga penyakit 3 serangkai itu menyebabkan pergerakan ayah makin terbatas. Arthritis mula mengungsi kaki ayah. Dari boleh berjalan terpaksa pakai tongkat. Aku masih ingat di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan ayah pakai tongkat masih lagi ayah gigih naik bas dengan mak ke pasar chow kit untuk cari makanan di situ! Orang yang tak boleh duduk statik memang memberontak jiwanya jika terpaksa diam tidak ke mana.. sampai satu tahap, kaki ayah makin teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda pula.
 
Bila ayah pakai kerusi roda, di waktu itu kami banyak habiskan masa di hospital sahaja. To be exact Hospital Kuala Lumpur. Bergelut dengan kencing manis, sakit buah pinggang dan juga ada blockage di jantung, keadaan memang tidak menyebelahi ayah. Keadaan ayah makin lemah dan pada 3 Mei 2012, ayah akhirnya dipanggil menghadap illahi ketika sedang menjalani hemodialisis di HKL. Di waktu itu, aku tiada bersama kerana berada di Korea. Balik dan hanya mampu melihat kubur ayah yang masih merah, adalah kenangan paling sedih dalam hidup aku. Allah lebih mengetahui. Jadi aku bersangka baik sahaja. Ada hikmah atas semua yang terjadi.
 
Atas apa yang berlaku, plan asal untuk aku bawa ayah dan mak travel sekarang tiada lagi dalam kamus kehidupan. Mak memang tak suka travel. Jadi bila ayah tak ada mak memang tak mahu kemana-mana. Cuma mak hanya mahu ke Mekah dan madinah sahaja jika ditanya. Speaking of which, aku bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kami dapat peluang untuk mengerjakan umrah bersama arwah ayah pada awal bulan Ramadhan tahun 2011. Dan itu lah satu-satunya trip pertama dan terakhir aku bersama arwah ayah ke luar negara. Lebih indah, Kota Mekah dan kota Madinah itu jadi saksi kami bergilir-gilir menolak kerusi roda ayah ketika mengerjakan tawaf dan sai'e di baitullah! Allahurabbi. Jika diminta galang ganti, aku takkan pernah ingin menukarkan pengalaman paling manis bersama arwah ayah itu di tanah suci dengan apa-apa sekalipun!!
 
Terima kasih Allah atas kesempatan itu.
 
Dalam keadaan sekarang, aku banyak ke hulu dan ke hilir juga. Masa banyak dihabiskan dalam kereta drive. Mak pernah cakap aku memang macam ayah. Masa banyak habis dalam kereta sebab selalu ada road trip. Indahnya kalau dapat bawa ayah berjalan-jalan serata dunia. Sebab itu kegemaran ayah. Dan itu cara paling baik untuk aku terus belajar mengenali ayah. Pernah satu ketika di hospital KL sebelum berangkat ke Vietnam, ayah cakap kat mak yang aku mesti akan kahwin lambat. Sebab duit tak pernah nak simpan asyik berjalan sahaja. Dan aku tersengeh sahaja.
 
Apa terjadi telah tertulis.
 
Semua itu dalam memori. Takdir Allah tiada siapa boleh sangkal. Kesal rasa hati kerana tak sempat untuk buat banyak benda bagi balas jasa ayah. Ayah.. maafkan saya atas semua perkara yang telah saya lakukan dan tak sempat lakukan untuk ayah.. moga ayah bahagia di alam sana, sabar lah menanti kami semua - moga nanti dihimpunkan bersama sama dalam syurga, kembali bahagia sebagai satu keluarga!!
 
Hari ini 23 Disember 2014.
 
Ulangtahun kelahiran arwah ayah. Kalau arwah masih ada, hari ini genap ayah berumur 66 tahun. Dan jika kesihatan ayah masih baik, mungkin di saat-saat begini kami boleh plan untuk travel kemana-mana tempat yang ayah hajati. Mungkin. Hanya tinggal perancangan. Sebab semua ini tak mungkin akan berlaku lagi.
 
Salam ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Semoga berbahagia di alam sana.. ayah tak pernah mati pun bagi aku. Sentiasa mekar segar dalam jiwa ini. Hanya bacaan ayat suci al-Quran yang boleh diberi pengganti segala habuan dunia untuk arwah ayah sebagai hadiah.. moga roh arwah ayah di tempat kan dikalangan para soleh dan solehin, di bawah lindungan rahmat- NYA.
 
Ameen.
 
So long December rain is falling now,
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
 
*Ayah. Gone. But not forgotten. Because you never really left at the first place. I Know, i'll see you again.









 IN MEMORY OF ALLAHYARHAM ASHAARY BIN CHEEK
23 DISEMBER 1948 - 3 MEI 2012
 

OST TALENTIME I GO BY AIZAT

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face




*Al-Fatihah untuk arwah ayah.. hari ini 23 Disember.. ulangtahun kelahiran arwah.. mendengar lagu ini air mata saya tidak berhenti mengalir..Semoga Ayah tenang di alam sana!!

Tuesday, September 23, 2014

2 TAHUN BERLALU. TAPI SEPERTI BARU SEMALAM..

'Have you been in Korea before this mr. Azim?'
 
Tanya Mr. Park Seong Sik pada aku masa lunch tadi. Hari ini ada Lunch appointment dengan beberapa orang representatives dari Korea di The Qamar Hotel, Paka. For some business purpose.
 
'Yeap.. i've been there once. In Seoul.. Back in May 2012.. But.. just for a day..something happened.. My dad passed away the day after i arrived in Seoul..'
 
Tak sempat nak teruskan ayat, seketika fikiran aku menerawang kembali 2 tahun lepas.
 
Ketika aku berada di Seoul, Korea selatan untuk bercuti. Saat ketika Arwah ayah sedang bergelut dengan sakaratul maut di Hospital Besar Kuala Lumpur.. Saat ketika aku resah gelisah di Korea kerana mesej yang memberitahu arwah ayah tidak sedarkan diri.. Dan akhirnya aku akur dengan kehendak Takdir Illahi apabila mendapat perkhabaran ayah menghembuskan nafas yang terakhir di waktu dan ketika itu juga.. lemah dan longlai, tanpa aku mampu berbuat apa-apa kerana jauhnya jarak perjalanan dan masa yang memisahkan antara aku dan sekujur tubuh bermulanya sebuah cinta dalam kehidupan aku.. Allah.. Allah.. Allah.. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu apa ada di dalam hati dan perasaan ku.. Dan sesungguhnya kematian itu tidak dapat dipercepatkan dan dilambatkan, hanya Allah mengetahui rahsia itu..
 
Al-Fatihah untuk arwah ayah.. Semoga sentiasa mendapat ketenangan dan rahmat di alam sana.
 
'Mr. Azim.. Mr. Azim.. Are you there?'
 
Tersentak. ya. aku telah mengelamun. Baru sedar ketika waktu ini sedang makan tengahari bersama orang-orang korea. Yup. Kenangan itu kembali menghambat. Kerana kenangan itu tak akan pernah mati dan usang. Sentiasa mekar dalam jiwa. Seiring waktu berlalu, aku terus mengerti satu persatu hikmah dari setiap yang Allah telah takdirkan pada kita. Tak akan pernah Allah buat sesuatu itu sia-sia!
 
Aku mula memberi jawapan,
 
'Yup.. we are we just now? oh yeah.. Seoul is nice place.. i should go there once again later.. the place that i just got a chance to visit bla bla blaaaa.. (and the conversation keep continue to the point that i believe you guys dont want to hear about it..)



 
*Thank you Allah for another day to breath!! Setiap hela nafas yang kita hirup adalah milik Allah. Jadi jangan sombong dan berasa bangga diri. Semua nya adalah milik Allah. Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya juga lah kita akan dikembalikan suatu masa nanti.

Sunday, March 9, 2014

SEBUAH KERINDUAN

Masuk tahun kedua.
 
You're gone but not forgotten. I'll see you again, in Jannah Insya Allah.

You never really left.....


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita.


"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

(al-Hadid: 20)

 

*takziah kepada seorang sahabat saya yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta bulan Januari yang lalu. Buat sahabat itu, bertabah lah. Allah lebih menyayangi orang yang kita sayang. Berdoa dan terus berdoa moga Allah ampunkan dosa mereka dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para soleh dan solehin. Ameen.

Monday, December 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, AYAH..

Sewaktu di uitm shah alam. Handphone bergetar. Ada panggilan masuk. Dari ayah. Sering hati resah gelisah bila terima panggilan dari ayah. Takut-takut ada berbuat salah.Tapi acapkali bila diangkat nyata nya yang bercakap ialah emak. Emak akan bertanyakan khabar itu dan ini, dan di belakang ada sahut-sahutan suara ayah bertanya bila mahu pulang ke kampung halaman.

Sampai lah tiba waktu bekerja, sese
kali bila lama aku tidak menghubungi mak dan ayah di kampung kerana sibuk dengan urusan sendiri, akan terima panggilan dari telefon ayah. Dan tetap sama, pasti suara emak yang akan memenuhi segenap corong telefon. Bertanyakan khabar berita. Dan masih, aku terdengar sayup-sayup suara ayah di belakang membagi point soalan pada emak untuk ditanya pada aku.

Kadang aku terpikir. Mengapa ayah tidak mahu bercakap sendiri. Selalu aja gunakan emak sebagai perantara. Dan kadang bila aku telefon ayah, tak sempat bercakap satu minit pun ayah sudah pass kan telefon pada emak. Pelik juga. Tujuan nak dengar suara ayah dan tanya khabar dia. Tapi ayah seperti kurang selesa. Tak apa lah. Mungkin itu cara ayah.

Sebenarnya itulah kasih seorang ayah. Yang ramai orang tidak perasan. Sebenarnya yang menyuruh emak call anak anak pastinya ayah. Kerana seorang ayah sedikit sukar untuk menunjukkan kasih sayang mereka secara terus. Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka amat menyayangi anak jauh daripada mereka menyayangi nyawa sendiri! Percayalah.. dan aku sentiasa tahu kasih ayah tiada sempadannya. Demi anak-anak, ayah sanggup berkorban apa saja. Kami 9 beradik dibesarkan dengan keadaan yang sentiasa cukup. Apa sahaja yang di minta pasti akan terpenuhi, tanpa anak-anak mengerti kesusahan yang ditempuhi. Allahurabbi. Murninya kasih mu ayah dan ibu..

Hari ini 23 disember 2013. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke 65. Jika arwah ayah masih ada bersama kami, umurnya genap 65 tahun. Selamat ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Kamu tetap sentiasa dalam ingatan kami. Tak pernah luntur walau sedikit pun malah ianya bertambah kuat kerana hari demi hari, kami juga semakin hampir untuk bertemu Tuhan rabbuljalil.. tenang lah ayah di sana. Moga Allah pertemukan kita di syurga nanti.

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah. Tiada kek dan hadiah lagi. Atau yang seumpamanya. Cuma bacaan ayat suci al-Quran mengiringi dan doa dari anak-anak di sini buat kesejahteraan arwah ayah di alam sana..


*kawan-kawan, berbakti lah kepada orang tua sebelum terlambat.. kita terlalu sibuk sehingga kan kita sering terlupa yang mereka semakin tua. Jangan nanti mereka dijemput illahi saat kita lalai demgan urusan sendiri dan waktu itu, penyesalan tiada gunanya lagi. Ingat pesan Rasulullah SAW. Dan juga pesan Allah.. supaya berbakti pada kedua ibu bapa dengan semahunya.

Thursday, December 19, 2013

KISAH MEE BANDUNG MUAR DAN ARWAH AYAH

Tahun lepas, sekitar bulan mac 2012 ketika saya outstation ke johor bahru. Kerana urusan kerja. Usai urusan di sini, saya telefon ayah yang ketika itu berada di hospital kuala lumpur bertanyakan apa yang ingin di kirim dari jb. Ayah kata nak saya kembali dengan selamat dan bungkuskan mee bandung muar untuk dia.

Ayah.
 
Saya kenal dan tahu. Suka dengan mee kuah, mee jawa, mee bandung dan yang seangkatan dengannya. Maka saya bungkuskan satu mee bandung muar seafood special dari kg. Melayu majidee jb. Khas untkmu ayah.

Tiba di Kuala Lumpur, saya sampaikan kiriman pada ayah. Tapi ayah kata dia tak rasa nak makan lagi. Jadi tak mengapalah. Nanti ayah akan makan juga. Sehingga lah esok hari, ayah tidak makan juga dan akhirnya ia basi sebegitu saja.

Saya sedikit kecewa.

Kecewa kerana saya berasa seperti ayah tak sudi untuk merasa buah tangan yang saya belikan untuk dia. Saya merungut pada kak ija tentang hal ini. Lantas dengan lembut kak ija nasihatkan pada saya :

"Azim, jangan fikir bukan-bukan.. ayah bukan tak sudi. Cuma dia tak rasa nak makan. Ingat dulu masa kita kecil, ada ketika ayah cuba masakkan makanan untuk kita bila mak tiada. Kemudian kita tak nak makan. Di waktu itu ayah tak pernah merungut apa-apa pun. Malah ayah sentiasa berikan pandangan kasih sayang pada kita. Dan cuba pujuk juga agar kita makan supaya tidak lapar. Sekarang ayah tengah sakit dan perlukan perhatian dari kita.. jangan ambil hati.. kita cuba berikan kasih sayang yang terbaik untuk ayah ya.."

Allahuakbar.

Mendengar nasihat itu, mata mula berkaca. Benar. Ibu bapa kita sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Dengan harapan anak akan membesar dan dapat jalani kehidupan sempurna. Tapi anak-anak tak ramai yang boleh tabah dalam menghadapi kerenah ibu bapa yang semakin lemah dimamah usia. Dugaan sekecil itu pun aku sudah mengeluh. Belum lagi dugaan lain Allah timpakan. Ampunkan dosaku ya Allah. Dan ampunkan lah dosa kedua ibu-bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil.

Al-fatihah untuk arwah ayah.
 
Memori bersama tetap akan sentiasa kekal dalam ingatan..

Sekarang setiap kali ke johor bahru insya Allah saya akan singgah di kedai mee bandung muar ini. Sebab mee bandung muar akan mengingatkan saya kepada kasih sayang seorang bapa terhadap anak yang tiada sempadan dan tiada syarat.


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa".
 
[al-Nisa’ 4:36]


 
 *Alhamdulillah makan malam kali ini dibelanja oleh seorang pekerja Indonesia yang teruja apabila Indonesia menang 2-0 mengalahkan Malaysia di sukan SEA Myanmar. Tahniah buat pasukan Indonesia!

Saturday, July 27, 2013

KISAH BERBUKA PUASA 18 RAMADHAN 1434H

18 Ramadhan 1434H

Sebelum waktu berbuka puasa tadi, keadaan kecoh di dapur. Masing-masing sibuk dengan tugas tersendiri. Mak sediakan kerisik. Aku dan wife buat kuih buah melaka, puteri mandi dan popiah goreng. Kak tie sibuk siang ikan. Ami sediakan rempah untuk bakar ikan. Faiz tak sudah-sudah dengan kuih cheese tart nya. Kak ija dan adik da sibuk ke sana ke mari sediakan masam pedas ikan tenggiri, singgang ikan aya, kerabu mangga, ulaman budu dan tempoyak. Zul mengupas durian sambil diperhatikan anak-anak kecil di sekeliling. Abang jalee dan kak la pula berperanan sediakan air untuk berbuka. Air soya dan sirap selasih tersedia rapi. Setengah jam sebelum waktu berbuka, kak ina sampai membawa telur masin. Pendek kata, semua ada kerjasama dan tugas tersendiri. How I wish abang shuk dan isteri juga ada bersama. Untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa bersama keluarga.

Masuk waktu maghrib, semua sudah ber sedia di meja makan. Itu lah satu perkara yang paling penting arwah ayah terapkan dari dulu. Kebersamaan bersama. Makan berjemaah sangat penting. Kerana di situ kasih sayang sesama ahli keluarga dapat di perkukuhkan lagi. Alhamdulillah syukur sangat dengan rezeki dari Allah. Orang kata, walau kita makan makanan 5 star hotel sekalipun apa lah ertinya jika makan berseorangan. Walau hanya makan nasi kosong dan ikan masin, ianya jauh lebih memberikan erti dan kasih sayang jika dikongsi bersama ahli keluarga tercinta. Benar sekali kan?

Selesai waktu berbuka, kami solat maghrib berjemaah. Sementara menanti waktu isyak, bertazkirah dengan mak dan berdiskusi soal hal agama. Dan apabila isyak menjelma, terus saja kami melansungkan isyak dan selesaikan solat taraweh bersama-sama.

Tradisi.

Itu lah tradisi di bulan Ramadhan. Bagi keluarga kami. Yang arwah ayah sudah tetapkan dari dulu. Berjemaah sangat penting dalam semua perkara. Waktu makan sekalipun, jangan makan sehingga semua orang sudah berada di meja makan. Sama juga halnya sebelum solat. Seboleh mungkin arwah ayah akan mempastikan semua ahli keluarga cukup terlebih dahulu.

Barangkali,

Nun jauh di atas sana, arwah ayah sedang tersenyum. Tersenyum melihat gelagat anak-anak yang masih mampu teruskan tradisi dari dulu. Tersenyum melihat anak-anak tiada telagah, berusaha menjaga mak yang semakin di mamah usia sebaik baiknya. Barangkali. Barangkali arwah ayah tenang di alam sana.

Atas zat dan kemuliaan Mu ya Allah, Kau satukan lah hati kami adik beradik sehingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat tempuhi hidup tanpa bercakaran dan bermusuh-musuhan. Satukan hati kami mudah-mudahan semua cabaran dan rintangan yang kami lalui dapat ditempuhi dengan redha dan sabar. Dan peliharakan lah arwah ayah dan peliharakan lah mak semoga kesudahan yang baik akan jadi milik kami semua.

Ameen.

Saturday, September 1, 2012

WARKAH UNTUK ADIK


WARKAH BUAT ADIK-ADIK KU
Adik,
Ukhuwah fillah yang terjalin,
Tak mudah d kikis,
Apatah lagi untuk diganti,
Malah ianya sentiasa diingati,
Buat kenangan indah,
Untuk adik-adik abang ini,

Adik,
Jagalah dirimu,
Jagalah hatimu,
Berhati- hatilah selalu,
Seperti yang selalu kubisikkan padamu,
Seperti yang slalu Mak harapkn darimu,

Adik,
Walaupun ayah tersayang telah pergi,
Bukan bermakna perjuanganmu jua telah terhenti,
Anggaplah ini satu permulaan buat masa depanmu yg gemilang,
Satukanlah impian arwah ayah dan dirimu, kerna arwah sangat bangga denganmu..


Adik,
Percayalah bahwa kami abang2 dan kakak2 akan selalu mmberikan sokongan yang tak berbelah bagi buatmu...kerna kami sangat sayangkan mu...Insya Allah, berkat doa dari mak tercinta,
Dirimu boleh berjaya dunia dan akhirat..

Adik
Janganlah kau lupa untuk selalu sandarkan harap pada Allah dalam setiap impianmu...

Adik,
Ukhuwah fillah di suburi dengan doa,
Tanda antum sentiasa dlm ingatan,
Ada peluang, insya Allah kita akan bersua,
Kerna jarak yang jauh bukan kekangan.
Walau kita di pisahkan,
Walau kita di jarakkan,
Doaku tak pernah putus...

Buatmu adik.
.
Nukilan : Ahmad Shukry Ashaary
Port Dickson
1 September 2012

*Dulu dua orang adik aku ni membesar sama-sama..tanpa disedari masa berlalu dengan pantas - Sekarang masing masing dah besar, seperti dirancang(takdir Allah) hari ini mereka mendaftar sama sama untuk sambung pengajian ijazah pertama di USIM..Ami akan sambung ijazah Quran Sunnah dan Faiz akan sambung ijazah perubatan, dalam usaha untuk menyempurnakan amanat arwah ayah..Tahniah adik-adikku..selamat maju jaya..ini hanyalah permulaan untuk semua cabaran yang bakal mendatang di kemudian hari..Abang doakan kalian!Seronok dan gembira melihat mereka berdua..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih pada semua ahli keluarga yang terlibat..semoga amanat arwah ayah telah kita laksanakan sebaik mungkin..Insya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails