Followers

Showing posts with label audit. Show all posts
Showing posts with label audit. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

KISAH HARI INI : NASI GORENG KAMPUNG, LUNCH DI PANTAI PAKA & AUDIT CLOSING MEETING

Pagi tadi sempat berlari keliling kampung.

Tak pernah lagi try berlari kat kampung gong cengal ni..so pagi dapat dalam 5 km sahaja. Kira jadi lah..Bila balik kampung faham faham sahajalah. Makan tak berapa nak sikit. Memang makan banyak..badan aku ni model cepat naik kg..Mak pulak memang akan buat sarapan pagi sebelum aku pergi kerja. Terima kasih mak. Saya sayang mak dengan sangat banyak!!


Sebelum ke tempat kerja tadi mak ajak sarapan pagi sama sama..Mak buat Nasi Goreng Kampung. Nasi Goreng kampung versi mak memang macam ni.Kaler merah sebab letak cili kering..goreng dengan bilis yang ditumbuk atau isi ikan. Memang dulu kini dan selamanya adalah sedap..Ayah cukup suka makan nasi goreng ni. actually bukan arwah ayah saja. Kami semua pun suka. Kdang bila aku duk kat penang try jugak buat nasi goreng macam ni tapi tetap tak sama macam yang mak buat. air tangan tetap kena air tangan mak.


Sekarang yang tinggal di rumah dengan mak ialah Abang jalee sekeluarga.sekali ngan kak la dan anak anaknya lah..Riuh sikit rumah dengan kerenah qiadah dan qayyum.Kebetulan Faiz pulak baru habis belajar di USIM..dan Ami pulak tunggu masa untuk further study di Mesir, so ramai lah yang jadi peneman mak di rumah.. Kak Ija mengajar di kemaman bila Hujung minggu mesti akan balik teman mak..Mak sekarang masih dalam tempoh iddah. Bulan 9 nanti baru boleh keluar rumah.


Kebetulan malam tadi Kak Ina balik Kemasek..Kak ina stay di Dungun jer. tak jauh dah kalau nak balik Kemasek.Cuma bila busy dengan bisnesnya di Dungun baru dia jarang balik.. sejak arwah ayah pergi, selalu jugak kak Ina balik Kemasek..Alhamdulillah.. Mak akan jadi kuat kalau anak anak semua berada di sisi..Kalau boleh dia nak anak anak sentiasa ada di sisi..tapi nak buat macam mana masing masing semua ada komitmen tersendiri.Aku je lah yang paling jauh dengan keluarga sekarang..maybe its time to think about it more..somethings gotta change.


Dalam jam 8.30 am aku bergerak ke Stesen Paka..15 minit sampai lah dari rumah. Alangkah bahagianya kalau dapat pindah ke Paka..masalah sikit untuk transfer sebab post aku limited. chemist di Paka ni memang dah orang terengganu. hopefully dia naik pangkat cepat dan kena transfer boleh la aku try adjust dengan HR nak mai sini..Insya Allah kalau ada rezeki tak ke mana..kalau dulu masa arwah ayah ada aku tak pikir sangat soal nak balik ke Paka. sekarang bila arwah ayah dah tak ada, memikirkan mak dan keluarga buat aku rasa aku kena stay di sini. dengan diorang semua. apa terjadi biarlah kami semua stick together as one. one family. One happy big family. Yeap. For me, family comes first . Always first.


Petang semalam aku singgah di Mesra Mall Kemasek. Masa nak balik ke rumah aku terlanggar tiang di tempat letak troli. Cuai. tak perasan ada tiang. so kemek lah pintu tempat driver..adusss..sayangnya..Kereta tak habis iddah lagi..baru jer 3 bulan..dah eksiden camni..nak wat camana sendiri salah..bila jadi macam ni terlintas satu benda jer lah dalam fikiran aku..ni semua harta Allah..Pinjaman kepada kita..ikut suka Dia lah nak beri atau nak tarik balik nikmat. sebab semua ni milik Allah. Kita hanya pinjam sahaja. Hatta tubuh bdan kita ni pun milik Allah..Sesungguhnya kepunyaan Allah lah segala yang berada di langit dan di bumi. Muhasabah diri sahaja yang tinggal. ada lah tu kesilapan di mana mana. ataupun bukan sebab ada kesilapan, tapi sebab Allah nak uji. nak tengok aku sabar ke tak dengan ujian. aku yakin itu. La Tahzan.


Hari ni hari terakhir audit..dah siap semua dah cuma yang tinggal nak buat report dan siapkan slide presentation untuk closing meeting nanti..cuma satu jere aku tak puas hati sepanjang audit berlansung - auditee tak beri kerjasama dengan baik..i mean sepatutnya dah tahu audit berjalan so kena lah ada wakil yang tinggal di bilik audit semasa audit sedang di jalankan..so senang auditor nak retrieve dokumen dan sebagainya..they really need to improve on that area. sebab masa audit kat stesen aku boleh kata 5 orang tunggu in case auditor nak apa apa..


One thing yang aku suka audit di Paka everyday akan ada satu balang keropok keping diorang sediakan..actually pagi ni diorang sediakan bihun juga..pastu makan ngan keropok keping memang lah layannn.see, aku dah makan pagi kat rumah. Mai stesen makan bihun pulak. memang terlebih lebih kalori ya untuk sarapan pagi.hahaha..Keropok keping putih macam ni aku tak berapa gemar sebab ikan kurang..tapi untuk snek sedap jer sebenrnya.


Time tengahari ada date ngan Mok wook lagi di tepi Pantai Paka.Untuk hari ni just nak makan benda bergoreng kat sini..Mok wook dah siap sedia tunggu aku kat sini sebab aku keluar lambat..dalam 12.45pm baru gerak dari stesen. Tempatnya sama macam tempat aku lunch semalam.(Rujuk entri sebelum ni)


Konsep makanan kat sini ialah makanan bergoreng..ada ikan celup tepung, sotong goreng tepung, Keropok lekor tu biasa lah..ada jugak meehun  goreng, mee sup dan mee kari..makan santai santai jer tepi pantai..waduhh waduhhh enak sekali bah!!


Sotong Goreng Tepung mantap!!Telur banyak giler kat dalam


Actually aku baru tahu kat area tepi pantai di Paka ni ada jual macam ni..sedih kan? kalau kat terengganu ni aku duk ingat yang belakang airport terengganu tu..di Pantai Mengabang Telipot..Kat tepi pantai paka ni pun tak kurang hebatnya..di tepi pantai di Kerteh pun ada kata Mok wook. Tapi banyak pilihan di Paka ni lah..Alhamdulillah kenyang!!Bihun Goreng kat sini sedap!Mok wook makan Bihun sup. Thanks Mok wook tunjuk tempat makan best best di Paka ni..Nasi Arab kat Kijal nanti lah kita gi bila saya balik kemasek lagi nanti..Insya Allah.


Wajib pekena dengan air kelapa muda..


Kalau korang nak cari kedai ni, masuk Esso Paka ikut jalan siakap terus sampai jumpa simpang ambik kiri..Theb ada a few kedai makan belah kanan jalan tepi pantai..kedai aku dan Mok wook makan ni ada tulis THR..ada lah jugak gerai gerai lain yang jual makanan lebih kurang sama..ni recommendation mok wook selaku orang yang memang kerja kat Paka..Wallahualam.


Seronok duk kat ganu ni..Negeri pesisir pantai..


Selesai makan tengahari maka tibalah masa yang ditunggu tunggu..Closing audit meeting..our lead auditor present markah dan cerita lah sikit apa kekurangan dan kelebihan serta ruang untuk penambahbaikan yang ada. Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.


And this is our audit team..consist of workers from various area dan negeri..bagus bila ada audit macam ni. Boleh kenal orang lain dan boleh belajar sesuatu yang baru dari stesen lain..Bab boleh berjalan tu hal lain lah, yang penting objektif tercapai..Thanks to all yang terlibat.ada umur kita jumpa lagi tahun hadapan. Next year nak mintak audit paka lagi lah.hehee.

Dalam pukul 4pm aku bergerak dari stesen paka ke Binjai. Nak ambik Kak Ija sebab hari ni last mengajar..esok jumaat Terengganu cuti..siap ambik kelapa tua 30 bijik untuk abang jalee buat kerisik..Bisnes kerisik masih diteruskan hingga kini..Balik rumah ngam ngam waktu nak dekat azan maghrib..dapat teman mak berbuka puasa..Makan tak ingat dunia sebab ada Budu dan durian. Gandingan mantap bersama Ikan singgang dan Ulaman serta Ikan goreng hingga tambah nasik empat pinggan! Masya Allah..

*to be continued..

Tuesday, July 3, 2012

ANTARA KEMEGAHAN YANG ABADI & KEMEGAHAN YANG SEMENTARA

Sekarang musim audit mengaudit

Last year aku audit di Port Dickson..This year dapat audit di Paka pula. just stay di rumah je lah jawabnya..Pagi tadi mak buat nasi Goreng..lama dah tak rasa mak buatkan sarapan pagi..Terima kasih mak buatkan sarapan..then baru keluar rumah menuju ke tempat kerja..sambil drive ke Paka i just see myself in the future kerja kat sini. Yup. Aku akan balik ke sini juga nanti. Di sini tempat asalku. I wanna grow old here..sama sama dengan family kat sini.


Sampai stesen terus buat site audit..audit bukan nak cari kesalahan. Just nak perbetulkan mana mana yang perlu di improve.. bila buat audit at least aku dapat nampak perkara yang boleh aku implement kat stesen sendiri nanti..asyik sangat buat audit sampai semua tak keluar lunch.just makan nasi goreng yang tuan rumah sediakan..malas nak keluar sebenarnya..


Time minum petang pulak ada keropok lekor disediakan..dah nama audit di Terengganu wajib lah ada keropok lekor..Memang minggu ni ialah minggu makan makan sedunia lah jawabnya..tambah lagi duk kat rumah memang tak berapa boleh nak control makan..next week baru start training berlari balik..lagi dua minggu ada half marathon di Seremban. 


Waktu menunjukkan jam 5.30pm.jom kita balik!!


On the way nak balik rumah sempat singgah di Mesra Mall sebab ada a few barang aku nak beli..Nampak Big Apple Donut  saja lah beli 6 bijik..bawak balik rumah..aku tengok ada Kedai dah bungkus kat Mesra Mall ni..Starbuck dah tutup, ada spa dah tutup..mesti sebab business tak bagus..ye lah.kawasan kampung.nak beli kopi segelas 18 ringgit?kalau ada duit pun baik beli benda lain lah.


Kat rumah anak anak abang jalee ada..Qiadah ngan Qayyum.Seronok tengok dia makan Donut..tapi mokla kata qiadah tak berapa boleh makan benda manis..nanti akan jadi Hyperaktif..takpe lah.bukan selalu pok zim balik kan..Qiadah anak sedara kesayangan faiz.hehe.Baik sungguh ngan Pok Iz dia sebab Faiz rajin melayan..


Sampai rumah semalam mak jamu dengan Sotong.. hari ni pun ada sotong lagi..yang penting semua sotong ni padat dengan telur kat dalam..Kak Tie ada kirim sotong 3 KG suh wat balik KL nanti..Insya Allah lah kak Tie kalau ada rejeki nanti saya bawak ke sana..Puas hati dapat makan telur sotong banyak banyak!!


Lepas solat isyak berjemaah, Mak ajak pergi ke Kijal, tempat Che Ngah mengajar..ada kuliyyah ilmu malam ni..belajar Kitab Al-Hikam..Amee, Mok Har ngan Tok Wan ikut sekali..abang jalee sekeluarga sekali pun ikut sama..Belajar topik 86 : Antara kemegahan Abadi dan kemegahan sementara..antara kemuliaan yang abadi dan kemliaan yang sementara..anatara intipatinya :

Manusia mencari kemuliaan melalui berbagai-bagai cara. Mereka mencarinya melalui harta, pangkat dan kekuasaan. Ada yang mencarinya melalui ilmu dan amal. Ada yang mencarinya melalui wajah yang cantik dan suara yang merdu. Ada pula mencarinya melalui tindakan yang mencabar seperti terjun dari tempat yang tinggi. Semua kemuliaan yang diperolehi dengan cara demikian bersifat sementara. Bila orang yang berkenaan berpisah daripada alat yang menjadikannya mulia maka hilang juga kemuliaan yang dimilikinya. Semua kemuliaan tersebut adalah fatamorgana. Orang yang berpangkat, berkuasa dan berharta akan tidak berasa mulia lagi bila berhadapan dengan orang yang tinggi pangkatnya, lebih besar kuasanya dan lebih banyak hartanya. Orang yang dimuliakan kerana kecantikannya tidak dimuliakan lagi apabila wajahnya sudah berkedut. Orang yang dimuliakan kerana kemerduan suaranya tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih merdu suaranya. Orang yang dimuliakan kerana berani terjun dari tempat yang tinggi tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih berani terjun dari tempat yang lebih tinggi.

Hanya Allah s.w.t yang memiliki kemuliaan. Tidak ada satu pun makhluk yang dapat mengwujudkan kemuliaan. Apa yang dicipta oleh makhluk hanyalah gambaran yang menurut sangkaan. Kemuliaan sejati hanya boleh didapati dari Allah s.w.t. Jalannya adalah dengan mengambil perhatian kepada aspek batin yang bersangkutan dengan ketuhanan. Hamba Allah s.w.t yang tidak tertipu oleh zahirnya alam akan terus berpegang pada aspek batinnya yang memberi peringatan dan petunjuk. Mereka bersabar dalam menempuh gelombang takdir Ilahi sehingga mereka terdampar di pantai keredaan Ilahi.

Seronok bila ada dalam majlis ilmu macam ni..sebab tu lah kita kena pilih dengan siapa kita berkawan..berkawan dengan orang baik insya Allah kita akn jadi orang yang baik juga..Kuliyyah habis pada jam 11.30pm.Banyak perkara juga aku belajar malam ni..sebenarnya apa yang kita ada dalam dunia ni semua milik Allah..maka kenapa kita berlumba lumba untuk mencari kemewahan dan kemegahan dalam dunia? pesanan untuk diri sendiri juga..sedangkan destinasi kita yang pasti ialah akhirat..Sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan..

Insya Allah.

Sunday, July 1, 2012

AND THE JOURNEY BEGIN : PENANG - KUALA LUMPUR - KEMAMAN

Bertolak dari Penang jam 9pm malam tadi..

Then bermalam di KL sebelum memulakan perjalanan ke Kemaman..This week 1-5 Julai 2012 aku akan berada di Paka seminggu, untuk audit di SJ Sultan Ismail..sepatutnya HQ nak hantar aku ke SJ Pasir Gudang. Tapi aku minta tukar ke Paka. At least boleh stay di rumah seminggu.


Bertolak seawal jam 7.30am..Hari baru nak mula terang..


I feel fresh..bertolak awal pagi sebelum hari mula panas memang best..tak rasa nak sarapan pagi awal awal..Minyak kereta penuh Touch N Go pun baki mencukupi so straight jer aku drive. Sampai di RNR Temerloh aku singgah sebentar. Dengan misi nak cari Ikan Patin masak tempoyak..


Around 8.30 am sampai di Temerloh..orang pun tak berapa ramai sangat..ingatkan takder Patin masak tempoyak sekali ada satu gerai sediakan patin seawal pagi macam ni : Temerloh Catering and Services..then bila nak ambik patin ada dua jenis pulak patin - Patin Buah dan Patin Sangkar..Patin Buah lagi mahal dari Patin Sangkar..Tanya orang kedai tu dia kata Patin Buah lagi sedap..thats why harganya mahal sikit..


Ambik nasik separuh ngan sayur + tempoyak


Patin Buah sekeping harganya RM12


Nikmatnya bersarapan pagi..Alhamdulillah..


Jumlah harga  untuk bersarapan pagi ialah RM13.20 + 1.20 = RM14.40..Harga makanan di RNR memang sentiasa dipantau so tak boleh nak letak harga bukan bukan..ada sesetengah tempat aku dengar cerita makan patin sampai beratus ratus nak kena bayar..ada sampai ribu pun..


Perjalanan pulang ke kampung halaman diteruskan..


Rasa sangat smooth jer perjalanan balik..tak sempat mengantuk dan i really enjoy the ride..walaupun sorang sorang jer drive.maybe sebab excited nak jumpa mak dan adik beradik yang lain..dalam jam 11 a dah sampai area kemaman..Subhanallahil azim..subhanallahi wabihamdih..


Sampai- sampai jer kat sini first thing aku cari ialah keropok lekor..Beli lah yang goreng sikit dan yang rebus bawak balik rumah..Sebelum sampai ke rumah aku singgah lawat ayah dulu kat kawasan perkuburan kemasek..Rindu kat ayah..Rasa ayah macam masih lagi sama sama ngan kami semua..Al-Fatihah..aku sedekahkan yassin untuk ayah..berteleku di tepi kubur ayah..semoga Allah jaga ayah sebaiknya di alam sana..Dan dari kawasan pperkuburan kemasek aku terus pulang ke rumah.. Mak dah tunggu ntuk makan tengahari sama sama..

*Hari  ni boleh lah berehat sikit kat rumah..selamat datang Julai..masa sangat pantasa berlalu..sedar tak sedar dah berada di bulan Julai..semoga bulan Julai membawa lebih kebahagiaan dan kemanisan sempena Ramadhan yang bakal menjelma nanti..Insya Allah..

Friday, June 10, 2011

ANTARA SUPER 8 DAN KL GANGSTER

Lately aku suka habiskan masa tengok wayang.

Mungkin sebab banyak cerita cerita baru yang aku rasa menarik..lagipun minggu ni duk ada audit sepanjang minggu..boring lah kena audit.layan wayang lagi bagus.haha..malam tadi,daripada opis aku ke Queensbay mall untuk tengok cerita SUPER 8.aku tak taw review cerita ni macam mana.tapi sebab nampak nama STEVEN SPIELBERG terus aku teruja nak menonton.


Selama satu jam setengah aku menunggu nak tengok apa mender menatang yang duk buat kemusnahan..sangat kecewa rupa rupanya entah makhluk apa ntah macam labah labah dari planet lain duk nak bina spaceship untuk pulang ke tempat asal..lakonan pulak Budak budak yang jadi pelakon utama,memang cerita kanak kanak terhebat alaf ini..seangkatan lah dengan Zathura..overall aku tak suka movie ni!kecewa bangat!!tak semestinya cerita omputih bagus ok..cerita melayu lagi banyak yang bagus..cuma nya diorang ada kelebihan sebab modal besar untuk sound effect dan kesan khas macam CGI yang memerlukan belanja besar..tu jer.macam dalam studio sangat..not recommended at all.Just my personal view.


Pagi tadi ada Closing meeting untuk audit seminggu yang berlansung..dari segi Markah Alhamdulliah our station still mampu mengekalkan markah macam tahun lepas,walaupun ada penurunan sedikit,still dapat 5 bintang..tapi aku tahu banyak lagi penambah baikan yang kena buat..EMS aku yang in charge skali ngan boss aku,so sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu di lakukan.yang penting implementation tu..must work harder lah.apa apa pun tahniah to my stetsen.:)


Habis kerja pukul 5.dah janji ngan Sopix thru Twitter nak jumpa kat QB Mall layan wayang cerita KL GANSTER..tengok thriller macam sangat best so rasa nak menonton..baru jer release semalam 9 Jun so hari ni baru second day..what more can i say??aku suka movie ni!!karakter yang ada dalam this movie unik..Malek(Aaron Aziz) banduan yang nak insaf,bergelut dengan kemelut kongsi gelap di KL..Watak Jai (Adi Putra) memang sempoi,macam iori Yagami (King Of Fighter) memang tak takut manti,masa bergaduh aksi bersahaja.Watak Shark pun agak best (lakonan Shamsul Yusoff) walaupun pelat cina nya macam pelik.kemunculan Zizan penyeri filem.good job zizan!Overall aku rasa this movie much more better than KONGSI,even better than Super 8..walaupun jalan ceritanya agak lemah tapi kelainan yang ditonjolkan Shamsul Yusoff selaku Pengarah Muda harus diberi pujian!!aku rate 4/5 bintang.Pergi lah tonton!!sokonglah filem tempatan!


Habis menonton wayang kami dinner di NANDO'S.


Sopix ni photographer..kali pertama aku jumpa masa wedding encik sepul kat bagan Serai.after that just jadi member di Twitter and Facebook,kali kedua jumpa di Wedding Nikli Nodin.ni kali ketiga lah jumpa dia..kalau korang nak tengok karya dia layari http://blog.saupixahmad.com/ .memang cantik gambar gambarnya!!nice to meet you sopix!ada umur kita jumpa lagik ok.

*Malam ni akan naik bas ke Melaka jam 12.30am..berweekend di Melaka sekejap.:)

Tuesday, March 15, 2011

AUDIT 5S VS TOMYAM UDANG CITARASA ALA THAI

Salam bersiaran kembali..

Bila balik bercuti mood nak kerja memang kurang sikit..tapi kena gagahkan juga..bercuti bercuti juga,Kerja mesti mau jalan..Hari ahad baru ni balik dari percutian di Phuket & Krabi(10-13 Mac 2011),sampai Penang jam 12am..Isnin kerja..Hari ni pula stesen ada audit 5S..As an AJK aku bawak juga lah para auditor jalan jalan pusing stesen.audit ni untuk mendapat persijilan semula 5S..kiranya macam nak renew lah.
A

As usual aku bukan nak cerita pasal audit ni sangat pun.Time lunch tadi bawak auditor pi makan tengahari kat restoran Luar..adat resam kat sini begitu lah..kalau ada auditor mari mesti kena jamu makan best best supaya pemarkahan lebih bermutu..haha..takder lah sampai cenggitu tapi kami lebih senang meraikan tetamu..
A

Plan asal sebenarnya nak bawa auditor makan kat Restoran Pen Mutiara tapi sekarang that restoran tengah renovate..so backup plannya ialah Restoran Tomyam Udang Thai di Jelutong.
A
Yang mengiringi auditor makan ialah GM dan AJK induk 5S stesen
Ok kita go straight lah pada seleksi makanan..Ini ialah KERABU MANGGA.
Ini pula ialah AYAM GAJUS.menu wajib kalau datang ke Restoran ini.
KAILAN IKAN MASIN
SIAKAP MASAK ASAM
SIAKAP STEAM LIMAU
last but not least,TOMYAM SEAFOOD..Overall makanan kat sini memang sedap.

AIR JUS LIMAU SEGAR

Makan sambil sembang dan semua lauk pauk licin..Then balik ke stesen sambung audit..pukul 4 petang tadi Closing meeting dan Alhamdulillah our station mencapai standard yang MPC nak,maka persijilan semula adalah di syorkan..Terima kasih pada semua warga kerja kami yang memberikan kerjasama dalam usaha menuju persijilan ini..

 
*Aku duk nak buat entri pasal trip ke Phuket dan Krabi last week..as usual banyak gambar nak compile dan edit..sabor jer lah yek..Ada boss baru pun still sama jugak macam dulu sebab boss aku still dalam proses nak familiar dengan sistem stesen.so anything pun aku buat semua macam dulu jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails