Followers

Showing posts with label alor setar. Show all posts
Showing posts with label alor setar. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

MASJID ZAHIR , ALOR SETAR KEDAH

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.




Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu


First time masuk masjid Zahir.Biasa lalu kat tepi jer.






View dari Masjid.nampak lah bandar Alor Setar


Aku sempat solat di Masjid zahir ni semalam..ok masjid ni.cantik dan menjadi mercu tanda Bandara Alor Setar.Kat belakang Masjid Zahir terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

*Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.

Wednesday, April 27, 2011

DINNER @ D'SAMILA SEAFOOD RESTAURANT, ALOR SETAR

Malam tadi aku ke Bandar Alor Setar.Untuk makan malam di sana..Rasanya sepanjang aku di Penang ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pusat Bandar Alor Setar di malam hari..singgah di dataran depan Masjid Zahir,nampaklah ada menara Alor Setar..kat kawasan ni ada wisma negeri,Istana Lama (just name a few..)..yang penting ada Pokok kalerful lip lap lip lap macam kat I-City Shah Alam.ada orang alor setar bagitau aku ni kawasan i-City Alor Setar.
a

Masjid Zahir ni cantik juga.walaupun kecik.tapi cantik.
a

Tu lampu kalerful lip lap lip lap.nampak menara Alor Setar
a

Ni air pancut punya kawasan..Dataran ni best kalau nak melepak.
a

Ni aku tak sure namanya apa.
a

Dari dataran Alor Setar tu baru bergerak ke tempat makan.tak tahu nak makan kat mana.so aku heading ke arah Kuala Kedah kot kot lah ada Restoran Seafood yang sedap.taknak gugel dulu cari tempat makan best kat loqstaq.sapa suh.haha..jalan punya jalan nampak lah kedai ni tepi jalan.macam best jer terus lah menyinggah.
a

Kawasan Restoran ni sangat luas..menarik juga..kami duduk kat atas pondok..boleh duk makan bersila.lampu Hijau suram suram..memang macam best lah tempat ni.tapi soal rasa makanan tak sure lagi.alangkah indahnya kalau rasa makanan pun seindah tempat ini.Jom kita lihat seleksi makanan untuk malam tadi:
a

Air aku order Tembikai Susu.sebenarnya by saying Tembikai Susu aku maksudkan Honeydew..diorang silap paham buat air tembikai biasa tu campur susu..aku kurang minum air bersusu..dah terpaksa tukar air..sorry yer awak.terima kasih sebab tak cerewet.:)
a

Lepas air dah sampai this meal pulak sampai.KERABU MANGGA..sedap kerabu mangga ni..aku suka.Dia pun suka.
a

SOTONG GORENG TEPUNG.lagi sedap lah sotong Goreng tepung klat Idrus.yang tu takleh celen.yang ni macam cucur so aku tak berapa minat sangat.tak berapa minat pun almost satu pinggan ni aku yang habiskan.
a

TOMYAM CAMPUR.yang ni aku tak sure nak explain macam mana.senang cakap ni Tomyam yang tidak boleh dibanggakan lah.rasanya agak pelik tak macam tomyam dan persembahannya pun agak kurang menarik..tak rekemen lah tomyam kat sini.Agak sedih di situ.
a

Mula mula kitorang order Siakap tiga rasa.sekali bila semua lauk dah sampai baru diorang nak bagitau siakap dah habis.tak pasal pasal kami kena tukar ke KERAPU TIGA RASA.kena tunggu lagi 10 minit sebelum makan.kang kalau makan dulu kena ratah pulak ikan ni.Rasa isi ikan ni pun agak fail yer.rasa isi ikan lama..tapi macam biasa lah.habis jer.heheee
a

Telur Dadar
a

Keseluruhannya kedai makan ni hanya menang dari segi tempat sahaja..rasa makanan nya tidak boleh dibanggakan dan banyak peningkatan perlu di lakukan.tapi aku tengok orang ramai jer duk menyinggah.tak kisah lah.ni komen dari aku.lain kali kalau nak makan jangan main terjah jer.buat lah research dulu.tu yang jadi macam ni.tapi aku suka macam ni.Spontaneous dan adhoc.baru thrill.
a
 
Habis makan kembali ke Dataran Alor Setar ni semula..sembang sembang kejap then baru aku balik ke Penang..sampai penang malam tadi dalam pukul 12.30 am then terus tidor tak sedarkan diri sampai lah jam 6 pagi tadi.Terima kasih untuk masa anda ya..:)ada umur kita berjumpa lagik.
a
*Hari ni sibuk dengan Workshop AKP..minggu ni Boss aku duk tumpang aku pergi dan balik kerja.kereta dia masuk workshop..oh ya,aku nampak followers aku dah sampai 300.sapa yang rasa dia followers aku yang ke 300 tu sila emelkan alamat dan nama penuh ya.ada hadiah misteri menanti anda.:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails