Followers

Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

KISAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

Cerita hari khamis. Nak share ringkas sahaja.


Sarapan pagi makan Buah buahan ni dengan soya + whole grain + kismis


Kat tempat kerja. Ada supplier datang untuk install barang. Buat site visit. 


Petang. Bersiap untuk ke kelas tajwid di Institut Quran Padang Midin


Minggu ni minggu last kelas tajwid.. by next week dah exam.. sepanjang tahun ni memang every khamis malam jumaat aku ke KT untuk this class. Belajar tajwid quran. now dah exam. kalau lulus dapat lah naik ulum 4. sekarang ulum 3. Buat makan makan ni untuk raikan Ustaz Najmi. terima kasih ustaz! jumpa lagi tahun depan insya Allah.


Habis majlis makan makan ke rumah adik dah. dia buat pulak bihun sup. sedapnya!


Sekarang duk glemer ngan benda ni. rendam dalam air panas dan makan. Thanks adik da atas bihun sup yang sedap!! ni last kita jumpa ni sebelum dia akan mengerjakan umrah pada 7 Disember nanti.. Selamat lah semuanya moga perjalanan dipermudahkan Allah. Doakan lah agar abang dapat ke sana juga suatu masa nanti. Teringat kembali umrah sama-sama dengan arwah ayah tahun 2011.. Indahnya saat itu.. Moga Allah sampaikan lagi aku ke bumi suci itu.. Ameen!

*Selesai makan, aku bertolak pulang.. sebab esok nak ke Singapore pula..

Sunday, December 29, 2013

BAITI JANNATI


Keluargaku Rumahku Syurgaku.

2013 - hubungan kekeluargaan kami semakin utuh dan kukuh. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Tahun 2013 merupakan tahun pertama kami lalui setelah episod paling sedih menjelma pada 3 mei 2012 (ayah dijemput menghadap illahi). Atas rahmat dan kasih sayang Allah, di izinkan untuk kami sekeluarga terus berkasih sayang dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Ma
k yang menjadi pengganti tunggak utama dalam rumah, dengan bantuan dan sokongan anak-anak semestinya. Jauh di sudut hati, aku sentiasa Kagum dengan ketabahan emak. Sentiasa sabar dan yakin bahawa ujian yang Allah timpakan ada asbab tersendiri. Emak selalu pesan, kita cuma hamba Allah. Sebagai hamba, layak ke kita untuk mempertikaikan segala pekerjaan Allah? Sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan. Ya. Itu pesan emak. Yang sentiasa akan aku ingat.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada semua ahli keluarga ku (termasuk semua saudara mara) yang telah bersusah payah semasa majlis pernikahan dan perkahwinanku di Penang pada 11&12 january 2013. Disusuli pula majlis sambut menantu pada 16 February 2013. Tanpa bantuan kalian semua (ahli keluarga dan saudara mara) pasti urusan tidak akan berjalan lancar. Appreciate that so much! Dan bermula lah kehidupanku sebagai married man. Agak sukar untuk menyesuaikan diri. Banyak perubahan berlaku. Kerja, travel, running events, rumahtangga, komitmen, waktu untuk akhirat, semua perlu diseimbangkan agar tidak tergelincir ke landasan yang salah. I know as the time goes by, I will learn. Learning is a long life journey. It will never end.

Masa berlalu.

Bulan Ogos 2013 - Aidilfitri 1434H, kali pertama berhari raya sebagai seorang suami. Pertama kali isteri ikut pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama. Dan di bulan syawal ini juga kami berkongsi kegembiraan dengan kak ina dan kak la yang selamat melahirkan anak masing-masing pada 15 dan 16 Ogos. 3 hari selepas itu, terkejut dengan berita mak dimasukkan ke Kuantan Medical Center kerana serangan darah tinggi. Dari penang terus aku bergegas ke Kuantan bersama kak tie. Cukup risau pada waktu itu. Emak masuk wad selama seminggu. Dan doktor mengesahkan semuanya ok sahaja dan ada preskripsi ubat yang diberikan. mujur ada Kak Ija di rumah yang menjaga emak. Sekurangnya hati tidak terlalu risau bila berjauhan.

Allah itu Maha Kaya.

Di Bulan September 2013, aku mendapat surat arahan pertukaran tempat kerja. Dekat dengan kampung halaman. Allahurabbi. Allah maha besar. Maha mendengar permintaan hamba Nya yang meminta-minta. Aku terima dengan hati yang lapang dan terbuka. Sebab memang sudah setahun lebih mengimpikan peluang seperti ini muncul. Dengan harapan dapat berbakti kepada kedua ibu - bapaku dalam mereka meniti usia tua. Allah lebih mengetahui yang terbaik, ayah dijemput pulang ke sisi Nya dalam keadaan belum sempat aku membalas jasa ayah dengan sebenar-benarnya.(al-Fatih
ah). Tapi kami bersyukur masih punyai emak. Dan sekarang emak kerap sakit dan sudah tidak sama seperti dulu lagi. Dengan zat dan kemuliaan Mu ya Allah, sembuhkan lah ibu ku seperti sedia kala dan sihat kan lah kami sekeluarga.

Barangkali, nun di atas sana arwah ayah memerhatikan kami dari jauh. Insya Allah, kami akan jaga mak sebaik nya. Semoga arwah ayah berbahagia di alam sana..

Ujian Allah itu datang dalam berbagai bentuk. Cuma padaNya kita berserah dan redha. Melalui sedikit saat sukar di hujung-hujung tahun. Hidup sedikit tidak terurus apabila berjauhan dengan isteri. Mengenangkan tarbiyah Allah, hati jadi tenang. Dan mula menyusun satu demi satu peristiwa yang berlaku. Tiada masalah yang tak dapat di selesai kan andai paksi nya kita kembali pada Allah. Mohon Allah beri petunjuk dan dorongan pada diri agar tidak berterusan melakukan kesilapan berulang kali. Apa mungkin aku perlu mengalah sebelum berjuang?

Dan Alhamdulillah, keluarga yang banyak memberikan sokongan dan nasihat serta panduan berguna dalam saat muram dan sedih. Kata-kata semangat yang tak pernah putus untuk aku cipta sebuah kisah di masa hadapan. Percaturan Allah tetap akan jadi yang paling baik mengatasi Rancangan manusia. Aku percaya itu. Maka apa guna sebuah ketentuan jika hati tidak cuba untuk mencerna maksud sebenar di sebalik semua yang telah ditakdirkan Tuhan ?

2014 - untuk tahun mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan mengeratkan ukhuwah islamiyah sesama muslim. Untuk tahun membina keluarga (jika Allah beri rezeki). Untuk kami lebih saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Untuk sebuah institusi kekeluargaan menuju redha Allah! 

 
Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(At-Tahrim: 6)

Wednesday, November 14, 2012

BALIK KAMPUNG SEKETIKA SEMPENA CUTI DEEPAVALI


Sempena cuti Deepavali aku balik ke kampung halaman seketika..Lebuhraya Pantai Timur amatlah lengang..siap boleh baring atas jalan..aku masih ingat last month masa balik cuti Raya haji..jammed bukan main lagi LPT..8 jam baru sampai KL..Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan kali ini..Ramai orang dah bercuti awal sebab Deepavali berselang seli dengan cuti awal Muharram.


Sampai Kemaman aku terus cari satar..lama tak merasa makan satar..tapi tempat satar aku beli ni tak berapa sedap..pedas gila sebab cili padinya seketul seketul diorang letak..lepas ni tak mau beli dah kat makcik ni.


Keropok lekor pun aku beli kat tenmpat yang sama..tak berapa menjadi jugak..aku beli sebab macan kesian kat makcik tepi jalan tu taker orang nak singgah..now i know why takder orang menyinggah kat makcik tu..memang tak berapa sedap.selesai beli keropok lekor terus aku ke pejabat agama ada urisan nak diselesaikan then terus balik ke rumah..


Sampai Rumah adik da dan Zul ada..lama tak jumpa diorang..lama tak jumpa Shifa dan Solehah..Alhamdulillah dapat bertemu jugak walaupun seketika cuma sebab diorang dah siap siap nak balik ke Terengganu.


 Kak Ija pun ada..anak murid dia siap datang rumah sebab nak makan tengahari


Selamat jalan shifa dan solehah!!nanti kita jumpa lagi ya


Dah sampai Kemasek, Ganu kita kena lah makan ikan singgang..lauk faveret mak dulu kini dan selamanya..makan Ikan Singgang, Ikan Goreng ngan Budu memang perghhh..takleh lawan lah lauk lain.lauk macam ni jer pun boleh buat aku bertambah nasik dua tiga kali..bila balik kampung susah sikit nak pantang makan. sebab bukan selalu pun balik. Penat mak masak..tak baik tak makan.


Sempat lah bawak mak ke Kemaman bayar Cukai pintu..then terus ke Hospital kemaman sebab nak ubah tarikh temujanji mak ke tarikh lain..Masuk Hospital Kemaman banyak kenangan menjelma..dulu duk bawak ayah buat hemodialisis kat sini..tak apa lah..kenangan lalu untuk dikenang semoga menjadi kenangan manis  buat kami semua.Mak sekarang pun duk ken abuat check up selalu..sebab dalam buah pinggang mak ada Cys..aku pun tak tahu camana kondisi sebenar tapi sekarang doktor duk pantau lah..ya Allah kau panjang kan lah umur ibu ku..dan sejahtera kan lah kesihatan ibuku..Ameen.


Dari Hospital ke Pantai selamat kejap cari barang barang dapur..then beli buah sikit di Pasar Kemaman..Mahal buah kat Kemaman ni..kalau kat Chow Kit lagi murah..beli buah macam ni memang teringat sangat pada arwah ayah..arwah ayah memang suka makan buah..Al-Fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh arwah ayah.


Time makan malam aku rasa nak buat nasi Goreng..lama dah aku tak masuk dapur sebenarnya..sekali sekala goreng nasik..masa ni kat Rumah abang jalee dan keluarganya ada..Kak Ina pun ada baru sampai dari Dungun. Meriah la jugak dengan kerenah anak anak sedara yang makin membesar..


Mak duk buat Cekodok Pisang..Mimi yang goreng..sedap cekodok tapi aku takut nak makan banyak..Minyak banyak tu..kena serap ngan tisu bebetul baru berani nak makan..sambil makan sambil lah sembang sembang terutamanya hal mendirikan masjid..banyak perkara nak kena setelkan.


Abdul Qayyum yang comel!!


kak Ina ada buat majlis naik rumah pada 16 November nanti..Maaf kak Ina saya tak dapat nak hadirkan diri..Penang Bridge International Marathon hujung minggu ni..so tak ke mana lah..just tunggu kak tie dan kawan kawan datang bertandang ke rumah..malam ni tidur lewat juga..bersembang dan akhirnya sama sama tidur di ruang tamu bersama mak dan mimi..

*to be continued.

Saturday, September 1, 2012

WARKAH UNTUK ADIK


WARKAH BUAT ADIK-ADIK KU
Adik,
Ukhuwah fillah yang terjalin,
Tak mudah d kikis,
Apatah lagi untuk diganti,
Malah ianya sentiasa diingati,
Buat kenangan indah,
Untuk adik-adik abang ini,

Adik,
Jagalah dirimu,
Jagalah hatimu,
Berhati- hatilah selalu,
Seperti yang selalu kubisikkan padamu,
Seperti yang slalu Mak harapkn darimu,

Adik,
Walaupun ayah tersayang telah pergi,
Bukan bermakna perjuanganmu jua telah terhenti,
Anggaplah ini satu permulaan buat masa depanmu yg gemilang,
Satukanlah impian arwah ayah dan dirimu, kerna arwah sangat bangga denganmu..


Adik,
Percayalah bahwa kami abang2 dan kakak2 akan selalu mmberikan sokongan yang tak berbelah bagi buatmu...kerna kami sangat sayangkan mu...Insya Allah, berkat doa dari mak tercinta,
Dirimu boleh berjaya dunia dan akhirat..

Adik
Janganlah kau lupa untuk selalu sandarkan harap pada Allah dalam setiap impianmu...

Adik,
Ukhuwah fillah di suburi dengan doa,
Tanda antum sentiasa dlm ingatan,
Ada peluang, insya Allah kita akan bersua,
Kerna jarak yang jauh bukan kekangan.
Walau kita di pisahkan,
Walau kita di jarakkan,
Doaku tak pernah putus...

Buatmu adik.
.
Nukilan : Ahmad Shukry Ashaary
Port Dickson
1 September 2012

*Dulu dua orang adik aku ni membesar sama-sama..tanpa disedari masa berlalu dengan pantas - Sekarang masing masing dah besar, seperti dirancang(takdir Allah) hari ini mereka mendaftar sama sama untuk sambung pengajian ijazah pertama di USIM..Ami akan sambung ijazah Quran Sunnah dan Faiz akan sambung ijazah perubatan, dalam usaha untuk menyempurnakan amanat arwah ayah..Tahniah adik-adikku..selamat maju jaya..ini hanyalah permulaan untuk semua cabaran yang bakal mendatang di kemudian hari..Abang doakan kalian!Seronok dan gembira melihat mereka berdua..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih pada semua ahli keluarga yang terlibat..semoga amanat arwah ayah telah kita laksanakan sebaik mungkin..Insya Allah

Monday, July 23, 2012

2 RAMADHAN 1433H : NIKMAT BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA.

Hari kedua berpuasa.

2 Ramadhan 1433H..Bangun sahur mak ada buat ikan singgang. Ada juga goreng Ikan pekasam dari Alor Setar..Makan pulak ngan nasik panas panas memang sedap lah.Actually kalau makan ramai-ramai makan apa pun semuanya akan jadi sedap..sampai waktu subuh semua pakat pakat bersiap untuk solat subuh berjemaah.


Selesai solat subuh kami duk bersembang dan duk layan telatah Shifa..anak kecil yang ada sekarang.. Qiadah dan Qayyum balik Kota Bharu so takder genglah dia kali ni..


 Faiz duk bermanja ngan mak


 Solehah pun dah bangun..dua beradik yang berlainan paras rupa.hehe


Pagi ni sambung bacaan Al-Quran lagi..sampai tertidor tidor aku atas kerusi..selalu macam ni lah..kalau baca novel terang bijik mata. tapi kalau baca quran baru dapat dua muka dah mengantuk tak ingat..sebab benda yang bertentangan dengan kehendak nafsu kita. tu yang terasa macam tak best. kena amalkan selalu sebenarnya baru jiwa akan terbiasa..


Solehah pun tertidor jugak ya. Bukan aku jer yang tido balik selepas subuh


Dulu Shifa' tak berapa nak dengan aku. kalau aku nak dukung mesti dia lari..kali ni dia dah ok sikit dah..tambah pulak bagitahu kata nak tengok kolam ikan mak kat depan rumah. terus dia ok jer bila aku dukung. nak kata muka aku garang tak lah garang kan. ker budak budak tak suka kat aku..huhu


Bawak Shifa' tengok Kolam ikan mak..Kolam Ikan keli.


Cikja pun ada sekali. sambil lempar lempar roti beri ikan keli makan


Kalau dulu setiap kali balik kampung mesti ada kesempatan juga aku nak bersihkan keliling kawasan rumah..sejak dah mula bekerja ni macam tak sempat jer..macam banyak benda lain pulak duk buat kat rumah so tak sempat nak tengok keliling kawasan rumah yang agak dah bersemak samun..maybe sebelum raya ni pakat pakat lah ngan ami dan faiz bersihkan sikit sorang mana yang patut.


Actually tengahari ni Adik Da dan Zul kata nak balik Terengganu dah..sebab ada hal yang nak diselesaikan. so mak duk sibuk di dapur tengok apa yang nak dimasak boleh bagi diorang bekal..Zul beri idea nak makan sambal Tempoyak daun kayu..terus aku teringat Sambal tempoyak masa makan kat rumah Izwah sebelum puasa hari tu di Seremban..kat bawah ni aku sertakan resepi nya :


SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
Sumber resepi: Cik Mat Gebu@Tiffinbiru.com

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....


Nasi Goreng kampung mak memang special dulu kini dan selamanya. Kami sekeluarga memang suka nasik goreng ni. Kegemaran arwah ayah jugak..Guna Bilis dan isi ikan tumis Cili kering dulu..Mak goreng siap siap untuk Adik Da bawak balik Terengganu. sekali dorang berubah pplan nak balik selepas berbuka puasa pulak. Alhamdulillah..baru meriah sikit berbuka puasa petang karang bila ramai orang.


Kak Tie sempat bawak Along, Mimi dan Ika ke Mesra Mall..bawak anak anak beli barang keperluan..lama tak jumpa ngan Ummi..Faiz jadi debar. Balik dari Mesra Mall Faiz sibuk buat biskut Chip Cokelat ni..terer lah adik ku ni..atas bimbingan Kak Tie..aku bab buat biskut tak pernah rasa nak try..tengok macam sedap yer. time puasa semuanya nampak sedap..


Selepas solat asar, kami beramai-ramai ziarah arwah ayah di kawasan perkuburan Kemasek. Buat tahlil ringkas dan bacaan Yassin.. Ayah mesti gembira tengok kami datang ramai ramai lawat dia..Ayah, ada perkhabaran gembira nak bagitauh. Faiz dapat masuk Medic di USIM dan tak perlu sambung medic di Mesir..Alhamdulillah syukur..ayah memang nak sangat Faiz sambung belajar dalam bidang perubatan..Dengan izin Allah, Faiz dapat tawaran dari USIM walaupun kalau ikutkan macam payah sangat nak dapat. Rezeki dari Allah..Semoga Faiz belajar dengan tekun dan Rajin nanti dalam usah amenjadi seorang Doktor yang bukan sahaja hebat dalam ilmu perubatan tapi ilmu akhirat tidak dilupakan..How i wish ayah ada sama sama untuk berkongsi kegembiraan ini.


Solehah, Cucu ayah pun ada sekali datang jenguk aki nya


Balik dari kawasan perkuburan kemasek sempat lah aku dan Kak Tie singgah di tapak pasar malam Pantai Kemasek nak cari apa juadah untuk berbuka..kat rumah dah banyak makanan yang ada.. so just nak cari kuih kuih jer..sekali Hujan lebat pulak..beli mana yang sempat then terus balik rumah dan bersiap siap untuk berbuka puasa since jam pun dah pukul 6.30pm.


Kak Tie goreng Bihun. Mak buat Nasi Goreng. Kak Ija buat Sotong Goreng Kunyit. Adik Da dan Zul beli ayam percik. Keropok lekor tu beli di bazaar Ramadhan sahaja.


Kangkung Goreng belacan, ikan rebus, sambal tempoyak, Kuih akok


Kak Tie beli tepung pelita juga untuk mak. Kuih kegemaran Mak.


Seronok aku tengok mak ada buat keropok lekor kali ni..Boleh lah bawak balik penang sikit..Thanks kak Ija tolong Gorengkan keropok lekor. Terima kasih mak buat keropok lekor untuk saya!


Dalam kesibukan kami bersiap siap menyediakan juadah berbuka, Kak Ina dan keluarga dari Dungun sampai..Nurul dan Abang Ha of course lah akan ada sekali. Banyak pulak makanan Kak Ina bawak balik..Alhamdulillah rezeki lagi.


Satay dan Ayam Percik kelantan dari Kak Ina. Pengat Durian Mak Buat


Sekali bila masing mmasing dah beli makanan sorang sikit maka penuh lah meja dengan makanan!! Alhamdulillah syukur sangat pada Allah sebab megurniakan rezeki yang melimpah limpah untuk kami sekeluarga..Kalau arwah ayah masih ada mesti dia seronok dapat makan ramai ramai macam ni..sedih pun ada bila teringat kat arwah ayah. sebab arwah ayah lah yang mengajar kami supaya makan bersama sama. jangan makan sendiri sendiri. Makan berjemaah bru berkat. Insya Allah tradisi tu akan diteruskan sampai bila bila...Waktu berbuka dah masuk..Rambang mata aku tak tahu nak makan yang mana satu.


Solat Maghrib, solat isyak dan taraweh di rumah sahaja. berjemaah adik beradik.


Lepas solat taraweh Zul dan Adik Da nak balik ke Terengganu dah. Biasa lah kan. masing masing ada komitmen tersendiri. mana kesempatan yang ada ni lah kami plan untuk berbuka puasa dan berkumpul sama sama. salam bertemu lagi adik ku!!


shifa' dan teddy bearnya


Lepas Zul dan adik da berangkat pulang ke Terengganu, masuk dalam rumah Abang Ha duk sibuk mengisahkan Durian..sekarang musim durian..Banyak betul durian Zul bawak balik semalam. so mana saki baki yang ada diorang pakat pakat makan. aku makan lah jugak seulas dua. dulu aku tak suka sangat durian. sekarang boleh lah.tapi setakat seulas dua je lah. for me durian ni mengenyangkan. makan seulas dua pun dah cukup kenyang.


Then jam 10.30 pm aku dan Kak Tie dah nak balik ke KL naik bas di hentian Kemasek. Tunggu bas kat situ..actually esok (isnin) aku cuti tapi nak kena bergegas ke Klinik gigi ada appointment dengn Doktor Bhar di Seberang Jaya.so balik malam ni sampai KL, pagi esok ambik bas balik ke Penang so sempat lah nak buat root canal treatment. Mak, ada kesempatan nanti kami balik lagi..Insya Allah.


Jumpa Tok wan dan Mok elly jugak dulu sebelum balik..Then Faiz hantar aku dan Kak Tie ke hentian bas di kemasek. punya lah lama tunggu bas..dekat satu jam jugak..and the worse thing is aku dan Kak Tie dapat tempat duduk paling belakang betul betul atas tayar so memang melambung lambung lah..sabar je lah. Ramadhan melatih kesabaran. Janji sampai KL dengan selamat..

Jumpa lagi keluarga ku dalam dua minggu lagi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails