Followers

Showing posts with label TELUK INTAN. Show all posts
Showing posts with label TELUK INTAN. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

GENGKAKILARI @ LARIAN BENDANG MENARA CONDONG TELUK INTAN

8 APRIL 2012

Bangun tidur seawal jam 5.30am..kemudian bersiap untuk solat subuh..pukul 6.30am dah berjalan kaki menuju ke depan sekolah apa ntah aku tak ingat nama.sekolah tu dekat dengan area menara condong Teluk Intan..starting dan finishing point untuk acara larian bendang adalah di situ..boleh tahan ramai jugak umat manusia yang sertai acara ni.


#Gengkakilari yang hadir untuk this event.


Kami pakai tagline #Gengkakilari belakang baju.promote sikit beb!!


Dalam pukul 7.15am kami semua dilepaskan..Peserta 21KM dilepaskan dahulu.ada kategori lain iaitu 10KM,7KM dan 5KM juga..aku tak sure setiap kategori berlepas pukul berapa..bagi aku kalau untuk peserta half marathon seeloknya lepas jam 6 pagi..so nanti tak lah kena berlari time panas..


Mula mula berlari dalam kawasan pekan..lalu di tepi Menara Condong dan jalan jalan kampung..kemudian baru melalui satu kawasan macam kebun..aku rasa macam menarik juga route kali ni.kawasan kampung..


And this is the reason why larian ni dinamakan larian Bendang.memang bendang berada di kiri kanan jalan yang kami berlari..hijau mata memandang..mula mula aku rasa ok juga berlari..lama lama just slowkan pace dan menikmati pemandangan yang ada..terserempak ngan Zarul masa ni.Runner lain dah entah kat mana mana dah.


ehhh tu pokok jagung ker??


Ada sign board suh kurangkan laju.terus aku berhenti berlari.jalan slow slow.bahay aberlari laju laju di kawasan kampung yek.hehe


Another 5 KM to go


Aku berjaya habiskan llarian dalam masa 2 jam 15 minit..i guess boleh habis cepat dari biasa sebab route nya tak susah..21 KM berjaya di habiskan tanpa sebarang kecederaan..dapat ranking 136..top200 dapat medal..yeayyy another finisher Medal for me.


Faiz orang pertama #gengkakilari yang sampai.Ranking number 90..Bach orang kedu dapat ranking 130..aku sampai kemudiannya rank 136..Zarul dan Izman masing masing number 157 dan 158..yang penting semua Top 200.Alhamdulillah!


Peserta wanita, Izwah mula memunculkan diri..


Idot dan Fazu menyusul kemudiannya..


Bergambar atas jalan..belasah je lah.jalan ni milik orang ramai kan


#Gengkakilari @ Larian Bendang Menara Teluk Intan April 2012


#Gengkakilari VS Shah Alam Pacers


baca sejarah menara condong sekejap


Dari event kami berjalan kkaki menuju ke tempat makan..lapar dan dahaga tidak terkira.tapi singgah dulu ambik gambar di menara Condong..tengah duk ambik gambar aku mintak tolong sorang mamat ambikkan gambar kitorang.sekali bateri kamera kong pulak dah..takpe lah.dapat lah shot yang ni jer.


Then dari Menara Condong ke Food Court berdekatan untuk makan pagi merangkap makan tengahari..dah pukul 11am lebih..dekat tengahari dah..makan nasik ayam.ok lah .not bad..lepas makan kami pulang ke Anson Hotel untuk Check Out pada jam 12pm..Lepas Checkout kitorang jumpa untuk lunch di Restoran Mamak apa nama ntah di Teluk Intan ni.Then baru masing masing beredar pulang ke sarang masing masing..Congratulations to all #Gengkakilari runners yang dapat menghabiskan larian 21KM!Jumpa lagi korang semua in the next event.Insya Allah.

Sekian laporan sukan Gengkakilari kali ini.Majulah sukan untuk Negara!!

*In running, it doesn't matter whether you come in first, in the middle of the pack, or last. You can say 'I have finished.' There is a lot of satisfaction in that.

Wednesday, May 30, 2012

WARNA- WARNI MENARA CONDONG TELUK INTAN

Ini cerita lama.Kisah Bulan April lalu.

Sewaktu menyertai acara Larian Bendang di teluk Intan..Tiba di Teluk Intan Pada 7 April sebelah malam.Acara Larian pada keesokan harinya 8 April (insya Allah nanti aku kongsikan cerita pasal larian tersebut.jika berkesempatan.).Sampai di Pekan Teluk Intan dalam jam 12 tengah malam..Terpukau melihat Menara Condongnya yang berwarna warni..menarik juga rupanya..:)


Menara Teluk Intan - Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. 


Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 


Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.


Aku dan Faiz yang sampai paling lewat..Gengkakilari yang lain semua dah tidur diulit mimpi.tengah berjalan di area menara Condong terserempak Bach dan Zarul tengah beli burger.lapar lah tengah tengah malam macam ni..Carbo load untuk Half Marathon keesokan hari..Ramai anak muda yang duk melepak di bawah menara Condong.ye lah..ni lah satu satunya tarikan Teluk intan.(rasanya lah.heheee.Orang Teluk Intan jangan marah nooo..)


Kami semua menginap di Hotel Anson..ratenya RM90 semalam.berdekatan dengan Menara Condong dan dekat juga dengan starting point untuk berlari esok.Terima kasih pada Izwah yang tolong arrange kan accomodation.ni bilik last nih..yang lain semua penuh.Penangan Larian Bendang..so masuk bilik terus berehat untuk menyimpan tenaga bagi menyelesaikan 21 KM nanti..

Nanti aku share story kisah larian bendang.agak menarik juga.

Stay Tune with AXIMUD.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails