Followers

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

SEMOGA ALLAH PELIHARA AIB KITA SEMUA

Di dalam bilik meeting, dia dipuji kerana berjaya menaikkan rating syarikat. Semua eksekutif yang hadir mengucapkan tahniah dan memberi kata kata pujian yang memberansangkan.
Tapi dari raut wajahnya, dia hanya tersenyum sipu sipu seolah tidak berapa gembira. Padahal pencapaian yang dibangga banga semua ialah hasil usaha kerja keras dia selama 4 bulan kebelakangan ini.
 
Keluar dari bilik mesyuarat.
Saya merapati dia. Sampai ke bilik. Dan saya cuba tanya dia, apa kau tak gembira dengan hasil kerja keras kau selama ini? Management telah noted dan beri penghargaan yang tinggi. Rakan kerja kita semua memuji. Apa masih belum mencukupi?
 
'Zim..'
 
Dia membuka bicara. Senyum sumbing seperti tadi juga.
 
'Bukan aku tak gembira. Malah aku bersyukur Allah beri kejayaan hasil dari usaha kita. Tapi aku takut sekali dengan pujian.'
 
"Maksud mu?" Saya bertanya kembali.
 
'Kau tahu kenapa mereka semua memuji aku? Kerana mereka hanya lihat kejayaan yang aku cipta. Hasil dari anugerah Allah. Tapi kalian belum lihat keaiban dalam diri aku. Aku banyak aib. Kita semua banyak aib. Tapi syukur banyak banyak Allah tutup aib kita. Cuba kau fikir zim.. Kalau Allah bentangkan aib kita satu persatu, agak agak akan ada lagi ke orang yang datang memuji? Fitrah manusia - sejuta kebaikan akan terhapus dengan satu kejahatan cuma. Itu lumrah. Sebab itu aku tak hairan dengan pujian. Kejayaan itu milik Allah. Kita mengusahakan saja.'
 
Panjang lebar dia terang pada aku. Dan aku mengangguk tanda setuju.
 
'Sebab tu kalau orang puji kita, jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Susah nak didik hati supaya jangan rasa kejayaan itu milik kita. Semua hak Allah. Tapi walau susah macam mana sekalipun kita harus terus mencuba. Moga Allah beri pertolongan'.
 
Ya. Aku kagum dengan susuk tubuh ini. Benar sekali kata-katanya.
 
Dunia masa kini, setiap kejayaan akan dilihat sebagai kejayaan makhluk. Sedangkan itu sebenarnya milik Allah. Hari ini aku mendapat satu lagi peringatan berguna. Peringatan untuk kita sentiasa lihat aib dalam diri. Orang memuji kerana mereka tak nampak aib kita. Orang memuji kerana lazimnya kita akan persembahkan diri kita yang baik baik saja depan orang ramai. Yang tahu aib dalam diri kita ialah antara diri sendiri dan Allah s.w.t. Sebab tu jangan kita buka aib orang. Itu perbuatan keji.
 
Semoga Allah akan pelihara aib kita semua.

Tuesday, August 4, 2015

KEKAYAAN DAN KECUKUPAN!!

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..
 
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______

4. Allah memberikan kekayaan dan ______
 
Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:

 1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan

 Tapi bagaimana no. 4?
 
Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???
 
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(QS. An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).
 
Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.
 
Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
 
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!
 
Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.
 
Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat..
 
Insha'Allah

Saturday, March 15, 2014

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Saya teringat semalam semasa khutbah jumaat dan selesai solat jumaat, imam masjid merintih-rintih dengan Allah hingga menangis untuk memohon agar Allah turunkan hujan, hentikan kemarau dan jerebu, serta beri petunjuk tentang pesawat MH370..

Dan hari ini Alhamdulillah, Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah banyak kawasan yang telah mulai hujan.. 7 petunjuk baru tentang MH370 juga mula dirungkai, se.
olah-olah petanda Allah telah makbulkan doa semua hamba-Nya yang tidak putus-putus memohon pertolongan dari-Nya.

Nah, siapa kata doa tidak membantu? Di saat ini, hanya kuasa Allah mampu memulihkan segala kesengsaraan dan bala bencana yang menimpa kita. Jangan pernah kita pertikaikan kuasa doa.

Sebab doa itu senjata orang mukmin.

Thursday, March 13, 2014

DON'T EXPECT



*How come we expect someone to be perfect when ourself not perfect either..?

Wednesday, March 12, 2014

HAPPY ANNIVERSARY 1 YEAR 2 MONTH, AND STILL COUNTING..

11 Mac 2014.

Just an ordinary date. No special occasion. Except it just reminding me of our wedding monthniversarry. 1 year 2 month. Still fresh. Still Brand new. And still got a longgggg way to go.

Still..
 

I'm glad to have this whole lifetime to share with you my dear. Alhamdulillah. May Allah protect our marriage till jannah.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali.

Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.”


[1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411 hingga 1413]

 
you can't always create a memory.. so do it while you can
 

Last night we went to Restoran Taman Tasik Indah di Shah Alam.
 
Just a simple celebration. Let's celebrate LOVE.
 
Flowers, cupcake, the lake, prawn yee mee, seafood tomyam.
 
Me & You.
 
Thank You Allah!!

Monday, March 10, 2014

DUA NIKMAT

Dalam kesibukan kita mengejar urusan dunia, jangan sampai kita abaikan bekalan kita ke akhirat. Benar seperti yang Rasulullah pernah kata, dua nikmat yang kita sentiasa tertipu dengannya ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang. Maka banyakkan lah bekalan kita dalam usaha menuju ke sana sementara punyai waktu lapang dan punyai kesihatan yang baik.

Outstation lagi minggu ini. Hingga hujung minggu ini di klang. Semoga Allah beri keizinan untuk terus sihat dan menggunakan kesempatan waktu yang ada sebaiknya.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

“Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang”.

[HR Bukhari, no. 5933].

Sunday, March 9, 2014

SEBUAH KERINDUAN

Masuk tahun kedua.
 
You're gone but not forgotten. I'll see you again, in Jannah Insya Allah.

You never really left.....


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita.


"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

(al-Hadid: 20)

 

*takziah kepada seorang sahabat saya yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta bulan Januari yang lalu. Buat sahabat itu, bertabah lah. Allah lebih menyayangi orang yang kita sayang. Berdoa dan terus berdoa moga Allah ampunkan dosa mereka dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para soleh dan solehin. Ameen.

Saturday, March 8, 2014

ENGKAU GURU SABAR KU

Apabila seseorang muncul dan membuat kita rasa marah, sebenarnya Allah telah menghantar seorang guru untuk mengajar kita erti SABAR.

Allah SWT berfirman,

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”

(Surah Ali Imran : 133-134)
 
*Sedang menahan marah. dan perlu bersabar. Ya Allah bantu lah hamba mu ini. Semoga isteri selamat sampai ke Kampung halaman beliau.

Friday, March 7, 2014

APA ITU PENYAKIT WAHAN??

Daripada Tsauban radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni ta...
lam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Riwayat Abu Daud)
 

Thursday, March 6, 2014

CINTA ALLAH CINTA YANG HAKIKI

 

 
Hidup ini kadang2 tidak putus dengan kekecewaan kerana kita terlalu mengharap kasih yang tidak abadi daripada manusia...
Hidup ini kadang kala sering dianggap tidak adil setiap kali kita merasakan segala pengorbanan kita tidak dibalas dengan balasan yang setimpal...
Hidup ini sering sahaja disalah erti pabila diri merasakan air mata yang dicucurkan untuk makhluk Allah yang bernama manusia dianggap tidak bernilai...
Hidup ini jua sering dijadikan kambing hitam yang dipersalahkan hari demi hari hanya kerana rindu pada hamba Allah yang bernama manusia itu kian menebal tetapi tidak pernah disedari oleh manusia itu...
Hidup ini juga dianggap dipenuhi dengan rantaian derita yang tidak putus-putus hanya kerana segala perkara yang berlaku itu tidak seperti kehendak kita..
 
Namun, jika sahaja kita sedar...
 
kira-kira seribu tahun yang dahulu, terdapat manusia mulia yang sudah menangis terlebih dahulu, kerana rindukan umatnya...
umatnya yang dikatakan tidak pernah bertemu dengannya namun rindukannya dan menyintai Allah...
dan umatnya inilah yang telah membuatkan menitisnya air mata manusia yang mulia ini hingga membasahi mata yang tegar memperjuangkan islam dan umat ini jualah antara kata2 akhir yang dituturkan di mulut manusia mulia ini saat ajal sudah menghampiri...
dan itulah Muhammad SAW
 
Dan kini masih kita katakan hidup itu tidak adil?
Sedangkan kasih dan cinta abadi itu telah menunggu kita di pintu syurga kelak...
InsyaAllah...Kejarlah cinta hakiki itu kerana sesungguhnya jika kau abadikan cinta pada Allah dan Rasulullah, dirimu tidak akan pernah kecewa...
Kejarlah kasih daripada Yang Maha Esa, kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kau hampiri...
Kejarlah perhatian daripada Yang Maha Adil itu kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kau dambakan untuk bersama...
 
Kejarlah cinta Allah itu kerana Dialah satu-satunya Tuhan yang patut kau hubungi setiap hari...
Kejarlah sunnah Muhammad, kerana dialah insan yang pertama merinduimu walau roh belum pun ditiupkan dalam jasadmu sekarang..
Kejarlah keredhaanNya kerana Dialah sebaik2 Tuhan yang patut kau syukuri...
Kejarlah gelaran hamba yang mensyukuri nikmatNya kerana bermula daripada nafasmu yang pertama di dunia ini, terlalu banyak nikmat yang kau lalui...
 
Dan akhirnya, kejarlah cinta Ilahi itu kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hatimu...
Dia Maha Memahami hambaNya...
Dia Maha Pengampun segala dosa-dosamu...
Dia Maha Pengasih dan Dia ialah sebaik2 Tuhan yang hanya kepada-Nya kau dapat nikmati kenikmatan iman, islam dan hidup...
tiada manusia yang pernah dapat menyaingiNya dalam segala hal ini!
 
Wallahuallam

Friday, February 28, 2014

MULUT SAHAJA JAHAT TAPI HATI BAIK

Tidak ada istilah 'Dia tu mulut sahaja jahat tapi hatinya baik'.

Hakikatnya, Lidah adalah penterjemah hati. Apa yang dituturkan melalui lidah adalah cerminan dalam diri iaitu hati. Jika apa yang diungkapkan oleh lidah adalah perkara yang tidak baik dan lalai, maka di situ lah bagaimana gambaran hati yang sedikit kurang elok dan tidak bersih. manakala Hati yang bersih dan ikhlas pula akan terzahir kepada kata-kata baik dan berhikmah melalui lidah.

A
“Zaman sekarang adalah zaman lebih baik berdiam diri daripada bercakap utk menyakiti diri orang lain” - Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

Thursday, February 27, 2014

KAU TAHU SEBAB APA?

Kau tahu sebab apa ada doa yang kau pohon Allah tak kabul?

Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam isi hati kita. Walau sebesar zarah sekalipun niat sebenar yang ada dalam hati kita Allah tetap tahu.

Kau mintak nak kurus Allah tak beri sebab Allah tahu kalau kau Kurus mula lah kau akan pakai ketat sana sini sibuk nak tayang body, padahal masa kau gemuk bukan main pakai labuh mengalahkan ...
jubah berselirat.

Kau mintak nak jadi pandai Allah tak perkenankan sebab Allah tahu bila dah jadi pandai kau sibuk tipu orang sana sini membohong tak berhenti.

Kau mintak nak jadi baik Allah tak restu sebab Allah tahu bila kau dah jadi baik kau mula nak riak dan berbangga dengan kebaikan yang kau lakukan sedangkan semua tu dari Allah, bukan dari usaha kau sendiri.

Kau mintak nak jadi kaya Allah tak mudahkan rezeki kau sebab Allah tahu bila kau kaya nanti mula kau akan sombong dan lupa daratan serta kedekut dengan harta yang Allah telah anugerahkan.

Kau mintak nak dapat anak Allah tak izinkan sebab Allah tahu bila ada anak nanti kau tak bimbing anak kau tu ke jalan yang diredhai Allah dan tak beri hak yang sepatutya pada mereka.

Kau mintak nak dapat isteri cantik dan seksi Allah tak bagi sebab Allah tahu kalau kau dapat isteri seksi mender tu akan jadi bahan fitnah dan suami juga akan menanggung dosa isteri.

Sekadar beberapa contoh.

Bersangka baik lah dengan Allah. Kadang bila Allah tak makbulkan doa kita sebab Allah suka mendengar rayuan dan rintihan Hamba-Nya. Allah Maha Mengetahu atas tiap tiap sesuatu yang kita tidak ketahui. Yakin dan percaya lah - Perancangan Allah itu adalah yang paling indah dan paling baik buat kita. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
- Surah al-Baqarah ayat 216

Saturday, February 8, 2014

DONT EVER TAKE SOLAT AS A BURDEN!!

 
TNF thai begin at 5 am.
 
Sad to know there's a fellow muslim runners didn't perform subuh prayer.. especially to my muslim brothers, there is no excuse for not performing subh prayer.. Allah tak kata berlari ultra marathon itu wajib. Tapi so...lat adalah kewajipan wherever you are.. all you need is wudhu', compass for qiblah and a clean place to sujud. Is it a lot to ask from our creator? what's the point of you gain podium, top 10 or just a better timing if you take solat for granted?
 
Just a self reminder.. and to others as well. moga Allah sentiasa terangkan hati kita sebagai muslim dengan hidayah Nya.
 
(Perform subh prayer at km7, 6. 03 am)

Thursday, February 6, 2014

DEMI MASA

Akhir Zaman. Masa berlalu sangat pantas. Satu hari dirasakan seperti satu jam. Satu jam seperti satu minit. Dan satu minit dirasakan seperti satu saat. Di hujung waktu ini, pohonlah dengan Allah agar beri keberkatan dalam pengurusan masa. Jika Allah berkati, walaupun masa singkat insya Allah banyak perkara kita mampu selesaikan.

Doa memohon keberkatan masa oleh Rasulullah S.A.W:

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sunday, January 26, 2014

HIDUP INI PENTAS LAKONAN

Tanpa pengalaman yang pahit, macam mana kita akan bisa untuk hargai setiap pengalaman manis?

Pena sudah terangkat. Dakwat sudah kering. Semua telah siap tertulis dalam rahsia Allah.

Dan peranan kita hanya sebagai pelakon yang melakonkan watak yang telah ditetapkan oleh sang Pencipta.

"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hu...
jan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya."

(Surah Luqman : 34)

Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Dalam keghairahan kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah, jangan sekadar kita melafaz selawat di bibir semata-mata tanpa ada penghayatan terhadap perjuangan baginda dalam memartabatkan islam di muka bumi Allah. Contohilah akhlak Rasulullah dan cubalah amalkan sunnah Baginda mana yang mampu.. Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.

Teruskan istiqamah berselawat kepada junjungan besar...
kita Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya besar pengorbanan mu ya Rasulullah.. Semoga kami umatmu di izinkan Allah bertemu denganmu di akhirat nanti.. Semoga kami umatmu mendapat syafaat dari mu di alam sana..

Betulkan niat dari sekarang dan ubah lah sikap kita yang merugikan. Mari kita jadi orang baik, dengan mencontohi akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Salam Maulidur Rasul 1435H.

Thursday, January 9, 2014

JUARA PENCETUS UMMAH

Semoga air mata kemenangan Pencetus Ummah Hafiz adalah jua air mata yang tumpah ketika sujud kepada Allah..Tahniah PU Hafiz atas kemenangan dalam mimbar akhir Pencetus Ummah musim pertama. Kepada PU yang lain, anda semua insya Allah Dai'e yang mampu menggerakkan ummah ke arah memartabatkan islam di bumi Malaysia khusunya dan ke seantero dunia am nya.

PU Rahmat, anda punya masa depan yang cerah. T...
eruskan perjuangan di usia muda. Bakat yang ada semoga terus di salurkan ke jalan Allah..berbuat apa saja kerana Allah pasti ada balasan setimpal dari-Nya! Tahniah juga kepada ASTRO atas rancangan realiti sebegini yang mampu membuka mata dan minda anak muda untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan lebih dekat.

*terkesan dengan kata-kata Ustaz Pahrol, dalam berdakwah seorang Dai'e perlu menjadi insan, bukan menjadi Tuhan. Kita sama-sama manusia maka jangan sesekali meletakkan hukuman ke atas manusia lain seolah-olah mereka layak ke neraka Allah dan kebaikan kita akan melayakkan kita ke syurga. Belum tentu lagi, sebab semuanya dalam rahsia Allah. Hanya Allah selayaknya memberikan hukuman dan balasan kepada kita semua. Wallahualam.

Tuesday, January 7, 2014

MISTERI SEORANG MAKCIK

Ketika sedang menikmati kebab di Restoran Mr.Kabab & Briyani Presint 19 Putrajaya, datang seorang makcik tua menjual kerepek. 3 bungkus RM10.

Dan aku lihat. Beli. Bukan sebab aku nak makan kerepek tu. Tapi sebab kesian melihat makcik tua itu ke hulu dan ke hilir membawa dua plastik besar kiri dan kanan penuh dengan kerepek. Dalam minda cuba membayangkan apa perasaan jika makcik itu ialah mak kita.

Hati ini sedikit tersentuh...
bila aku bayar dan makcik itu kata:

'Terima kasih nak sebab tolong makcik. Semoga Allah memurahkan rezeki kamu. Assalamualaikum'

Jika dihalusi, makcik itu takkan bersusah payah jika dia tidak benar-benar memerlukan wang ringgit. Mungkin untuk anak-anak bersekolah. Mungkin saja untuk wang perubatan. Atau mungkin saja untuk menyara hidup hari demi hari.

Walau apa jua alasan, sebagai orang luar apa salahnya kita hulurkan bantuan. Ingat - dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Allah itu Maha Kaya. Kita tolong orang, yakin lah balasannya lebih baik Allah akan beri pada kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan makcik tua itu.

Dan bayangan makcik itu hilang sedikit demi sedikit dalam kelam malam..

 
*Done with 19 km run. LSD tak cukup sifat. POJ aku datang.. Now it's time to get some rest, I guess.

Saturday, January 4, 2014

TANDA-TANDA HATI MATI

Kuliyyah subuh di Masjid Jamek Kemasek: (punca hati mati)

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yan...
g nyata.”

(Surah al-Zumar ayat 22)


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Monday, December 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, AYAH..

Sewaktu di uitm shah alam. Handphone bergetar. Ada panggilan masuk. Dari ayah. Sering hati resah gelisah bila terima panggilan dari ayah. Takut-takut ada berbuat salah.Tapi acapkali bila diangkat nyata nya yang bercakap ialah emak. Emak akan bertanyakan khabar itu dan ini, dan di belakang ada sahut-sahutan suara ayah bertanya bila mahu pulang ke kampung halaman.

Sampai lah tiba waktu bekerja, sese
kali bila lama aku tidak menghubungi mak dan ayah di kampung kerana sibuk dengan urusan sendiri, akan terima panggilan dari telefon ayah. Dan tetap sama, pasti suara emak yang akan memenuhi segenap corong telefon. Bertanyakan khabar berita. Dan masih, aku terdengar sayup-sayup suara ayah di belakang membagi point soalan pada emak untuk ditanya pada aku.

Kadang aku terpikir. Mengapa ayah tidak mahu bercakap sendiri. Selalu aja gunakan emak sebagai perantara. Dan kadang bila aku telefon ayah, tak sempat bercakap satu minit pun ayah sudah pass kan telefon pada emak. Pelik juga. Tujuan nak dengar suara ayah dan tanya khabar dia. Tapi ayah seperti kurang selesa. Tak apa lah. Mungkin itu cara ayah.

Sebenarnya itulah kasih seorang ayah. Yang ramai orang tidak perasan. Sebenarnya yang menyuruh emak call anak anak pastinya ayah. Kerana seorang ayah sedikit sukar untuk menunjukkan kasih sayang mereka secara terus. Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka amat menyayangi anak jauh daripada mereka menyayangi nyawa sendiri! Percayalah.. dan aku sentiasa tahu kasih ayah tiada sempadannya. Demi anak-anak, ayah sanggup berkorban apa saja. Kami 9 beradik dibesarkan dengan keadaan yang sentiasa cukup. Apa sahaja yang di minta pasti akan terpenuhi, tanpa anak-anak mengerti kesusahan yang ditempuhi. Allahurabbi. Murninya kasih mu ayah dan ibu..

Hari ini 23 disember 2013. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke 65. Jika arwah ayah masih ada bersama kami, umurnya genap 65 tahun. Selamat ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Kamu tetap sentiasa dalam ingatan kami. Tak pernah luntur walau sedikit pun malah ianya bertambah kuat kerana hari demi hari, kami juga semakin hampir untuk bertemu Tuhan rabbuljalil.. tenang lah ayah di sana. Moga Allah pertemukan kita di syurga nanti.

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah. Tiada kek dan hadiah lagi. Atau yang seumpamanya. Cuma bacaan ayat suci al-Quran mengiringi dan doa dari anak-anak di sini buat kesejahteraan arwah ayah di alam sana..


*kawan-kawan, berbakti lah kepada orang tua sebelum terlambat.. kita terlalu sibuk sehingga kan kita sering terlupa yang mereka semakin tua. Jangan nanti mereka dijemput illahi saat kita lalai demgan urusan sendiri dan waktu itu, penyesalan tiada gunanya lagi. Ingat pesan Rasulullah SAW. Dan juga pesan Allah.. supaya berbakti pada kedua ibu bapa dengan semahunya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails