Followers

Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

AKTIVITI DI HARI CUTI UMUM AWAL MUHARRAM 1434H

Salam Maal Hijrah buat kawan-kawan semua..

Semoga Tahun yang lalu memberikan kita banyak pengajaran dan semoga tahun ini lebih memberikan erti..semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..Cuti hari ni just lepak di rumah, pagi sempat berlari 5KM di sengai Derhaka Seberang Jaya..Then balik rumah untuk rest.


Sarapan pagi pun makan Bijirin dan VSOY sahaja..konon nak jaga makan lah sekarang..tapi memang kena macam tu. kita makin tua makin menurun metabolism badan. so kalau kita makin berumur dan makan seperti biasa, kena lebihkan exercise supaua kadar kalori dalam badan seimbang. ok sorry sebab merepek pasal kalori. i know this is something you guys dont want to hear.so lets move on to other topic ya.


Sempena cuti ni aku ambik kesempatan unuk kemas rumah. Hujung minggu ni ada tetamu nak datang sebab Penang Bridge International Marathon just around the corner..aku tak prepare apa sangat pun untuk that Marathon..lari 42KM lagi!! my third time doing a Marathon. Mohon Allah permudahkan..so this is my crib..baru nak masuk setahun duk rumah ni..Besar. Perlukan suri rumah segera. Ada orang sudi tak?


ni area meja makan..


ni area depan ruang tamu. Kena cari karpet besar sikit lah. karpet tu kecik sangat


Time tengahari memang lapar gila. sebab pagi makan bijirin jer. terus menyinggah di AEON Bandar Perda sebab tekak teringin nak makan Tomyam di Black Canyon Restaurant..aku suka Tomyam kat sini..harga pulak affordable jer. so jom kita makan !!


Mana cukup makan Tomyam jer..siap ngan Nasik and lauk lauk lain..overall makanan kat Black Canyon ni terbaik!saya mesti pilih..setel lunch aku jalan jalan sekitar AEON bandar Perdadulu..Then balik rumah sampai maghrib..lepas solat maghrib sempat pergi gym di Queensbay Mall..makan tetap makan..workout dan exercise kena buat juga.


Lepas abis Gym rasa nak makan. Thanks cik LJ temankan aku makan di Secret Recipe.


English Breakfast Tea


First time makan Sheperd Pie di Secret Recipe. Not bad lah rasanya tapi aku lagi prefer yang Dave Deli punya..Lepas Dinner kami membawa haluan masing masing..Banyak perkara nak di setelkan kali ini..a bit busy. Mohon Allah permudahkan.

Mudah-mudahan.

Insya Allah.

Wednesday, February 15, 2012

BBQ DINNER + DOA SELAMAT @ VILLA AZIM ASHAARY

Plan last minutes always work.

Well, at least it works for me..Aku decide untuk buat satu majlis makan malam BBQ di rumah aku sempena pertukaran beberapa rakan kerja..Haji Shukree dan Tajul akan berpindah ke KL, so aku just rasa macam nak buat satu majlis doa selamat + BBQ sekali untuk diorang..Alhamdulillah the plan goes well dengan support dari semua kawan kawan yang sporting.Majlis ni aku buat jemputan dalam 20 orang, cuma kenalan terdekat sahaja..nak panggil semua jiran dan semua rakan opis tak berdaya lah..Budget ciput..untuk first trial ni baik buat kecil kecilan dulu.


Persiapan dah buat sejak pagi.

Pergi ke Market Seberang Jaya ngan shahirwan.beli barang dan siap siap perap ayam,udang waktu tengahari sebelum majlis bermula.Majlis akan bermula lepas isyak so we got a lot of time to get prepared for this event.Ramuan perapan ayam aku buat sendiri berpandukan resepi dari internet dan resepi kawan and modified sikit sikit..Ketumbar,Serbuk jintan putih,jintan manis,serbuk kunyit,serai,bawang putih bawang besar, mayyonaise,sos tiram dan sos cili kisar sekali dalam blender then siap lah bahan marinate..rasanya sedap juga.(based on pendapat kawan kawan)


Kawan-kawan yang dah start membakar since pukul 8pm..jemputan akan tiba lepas isyak..Aku pulak lepas maghrib sibuk duk kat dapaur buat Nasi Goreng cina dan buat persiapan tempat.Shahirwan duk buat air..Syajaie, Fikri dan Asmunir hidupkan api dan in-charge bahagian bakar ayam..kalau ada kerjasama Insya Allah semua benda berjalan lancar..


Lepas solat Isyak kat balai islam semua geng surau yang aku jemput sampai..aku minta Pak Lah (Imam di balai islam) untuk buat tahlil dan doa selamat sekali..mendoakan kesejahteraan semua insan insan terdekat dalam hidup kita yang telah pergi, di samping mendoakan kesejahteraan semua..Kira ni macam doa selamat penaik rumah lah..sebab dah lama aku plan nak buat sedikit majlis since pindah to this house (on September 2011)..baru hari ni Allah makbulkan hajat aku..Alhamdulillah syukur..Hidup tanpa keberkatan dari Allah akan terasa kosong.sebab tu setiap hari jangan lepaskan pergantungan kita kepada Allah.Insya Allah selamat dunia akhirat.


Makanan yang disediakan malam ini


Abang Nazri, jiran sponsor Murtabak dan Karipap..sedap sangat Murtabak tu..beli kat pasar malam permatang pauh.lain kali mesti mau cari..Karipap tu pun sedap..Nasi Goreng Cina seafood aku goreng sendiri.nasib lah kalau tak sedap..asalkan boleh telan cukup lah.Tengok makanan macam 40 orang boleh makan..Timbul kegusaran dalam hati takut makanan tak habis..


Udang bakar..sosej bakar..


Dah selesai bacaan tahlil dan doa selamat, majlis makan makan pun bermula..ada lagi tetamu belum sampai tapi takpe lah.start makan dulu lah bagi yang dah ada..tak perlu nak formal sangat sebab memang majlis ni suka suka..sekadar untuk mengeratkan ukhuwah sesama rakan kerja..Moga diberkati Allah.


Aku pun join makan sekali lah.seronok makan ramai ramai..



Bukan saja kawan kawan dijemput, ngan anak anak diorang sekali ada..bagus lah macam tu..baru lagi meriah majlis dengan kehadiran anak anak kecil.


selamat menjamu selera


Makan makan sembang sembang..apa ustaz shafie duk gebang tuh..


Keadaan makin rancak pada jam 10pm..jiran jiran semua datang..Tapi ramai juga jemputan yang tak dapat hadir sebab biasa lah, hujung minggu ramai yang nak balik kampung dan ada urusan urusan tertentu..bila tengok tetamu yang datang macam ni pun dah cukup lega..tak lah berlebih lebih makanan yang disediakan.


duk usik anak abang nazri.malu dia nak bergambar..


Antara anak rakan kerja yang hadir


Pak lah nak minta izin dulu..dah nak dekat jam 11pm..sempat lah beri bekalan ayam bakar dan udang bakar pada dia untuk dibawa balik..Terima kasih banyak banyak pak lah sebab conduct majlis doa selamat tadi..


Balance ayam masih ada kat luar..ni batch terakhir


with Syajaie, Tokey BBQ malam ni..


Bila semua perut dah kenyang semua duk tersandar tengok TV di ruang tamu..susah rumah aku nak penuh dengan orang macam ni.memang boleh buat lagi lah lepas ni..orang kata tetamu datang membawa rejeki..kalau hari biasa sorang sorang jer lah duk layan tv di ruang tamu yang luas..


semua duk khusyuk layan bola.Manchested United VS Liverpool.kesudahannya Liverpool kalah di tangan Man United dengan 2-1 punya result.Ramai peminat Man United malam ni..semua bersorak bila Man United menang.aku dua dua team ni aku tak minat.Tunggu game Chelsea Lawan Everton kejap lagi.


Anak haji shukree test power ambik gambar


Bila semua tetamu dah balik baru Boss aku sampai..dia tak dapat nak hadir sebab anak dia ada training bowling di sunshine..kira sempat juga lah beri bekal bungkus kat dia..nasi goreng dan ayam bakar ada balance sikit lagi.ada rezeki dia..Kepada semua tetamu yang datang aku ucapkan terima kasih dan semoga lain kali jangan serik nak singgah rumah aku lagi lepas ni..Thanks juga pada semua kawan kawan lain yang memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis BBQ kita pada malam ni.Insya Allah kalau berkesempatan kita akan buat lagi lain kali.Kepada tajul dan Haji Shukree, selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya.

Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

*Majlis on 11 February 2012

Sunday, October 30, 2011

KUNJUNGAN KAWAN LAMA KE VILLA AZIM ASHAARY

Pagi tadi pergi berlari.

kononnya pre-training lah sebelum Penang Bridge Marathon pada 20 November nanti.still berlari 10 KM dalam masa 1 jam 7 minit..nak target bawah satu jam macam agak payah..kena train harder lagi..insya Allah boleh la tu..after jogging my old fren back in Uitm bagitau nak jalan jalan ke rumah,since dia ada balik ke Penang hujung minggu balik rumah mertua.so aku takder masalah.Tetamu datang membawa rezeki..Insya Allah..

Abdul Hakim ,isteri dan anaknya,Mohd Zaidul Khir..dulu time aku jumpa hakim last sekali masa makan mee udang di sungai dua.masa tu zaid baru lahir..kecik dan merah lagi kulitnya..sekarang dah besar dan dah cerah..Thanks my fren sudi datang singgah rumah aku!


anak adalah anugerah Allah dan Amanah Allah..


yang lagi syok hakim siap bawak makanan..plan asal nak keluar sarapan sama sama..tapi since diorang dah sarapan kat rumah tadi so makanan ni diorang bawak untuk aku..Alhamdulillah..ada keropok lekor ada nugget ada Pulut Udang,ada mee goreng dan ada capati juga..jenuh la aku nak makan hakim wehh.ko pun tahu kan aku duk sorang jer..kalau duk dua tiga orang tu lain cerita lah..apa apa pun thanks ya my fren!!


dah lama tak jumpa ni sembang macam macam hal lah..hakim duk sibuk cerita pasal opis dia lah dan permasalahan di tempat kerja..aku sebagai sahabat setia sudi mendengarnya..heheee..biasa lah tu,takder masalah tak fun lah hidup..masalah yang akan mematang dan mendewasakan kita.Insya Allah.


mohd Zaidul Khir.betui kaa aku eja anak hang macam ni hakim?


Hakim on the way nak balik ke KL dah sebenarnya.lepas dah singgah rumah aku ni diorang akan straight balik ke KL..esok kan kerja..aku pun balik awal ke Penang sebab hari ni nak attend majlis kenduri my colleague di Dewan Dato ahmad Badawi Butterworth..


Nice to meet you my fren!ada masa datang lah lagi yek!


Hari ni ada lah peluang aku nak rest rest kat rumah..kemas rumah dan just enjoy my leisure time alone..nak berlari petang tadi Hujan pulak.sekarang memang musim hujan so kawan kawan sekelian hati hati semasa memandu..Hujan itu rahmat dari Allah.

*Sekejap sangat weekend..dah nak masuk hari isnin.sekarang memang tak bersemangat sangat nak kerja.Kurang motivasi,dont know why..

Tuesday, September 27, 2011

FAMILY IN PENANG : BERTEMU DAN BERPISAH KITA ADALAH ATAS RAHMAT DARI ALLAH S.W.T

Hari Terakhir keluargaku di penang.

11 SEPTEMBER 2011

Malam sebelum hari ahad menjelma,(lepas balik dari padang Kota),kami sempat bersembang di ruang makan..Shuk sempat lagi buat Nasi Goreng Udang..sotong kangkung bungkus dan Pasembur pun ada..so bukak lah apa yang patut dan makan sambil sembang..ayah tengah berehat dalam bilik.kepenatan lah agaknya tu sebab seharian berjalan.


Keropok Lekor ni mak bawak dari Terengganu.dia tahu anak teruna dia di Penang ni cukup suka dengan keropok lekor.mak kata nak buat tapi tak sempat..takpe lah mak..ada ni kira dah ok..i couldnt ask for more..malam ni sebenarnya abang shuk kata nak celebrate beli kek sempena hari ulangtahun kelahiran aku pada 6 september yang lalu..tapi mengenangkan kami semua bukan minat makan kek so baik tak payah beli..nanti membazir je..
.


Tak beli kek tapi dia belikan aku Electric Thermo pot..Dapur aku memang takder lagi alat pemanas air elektrik ni..as a birthday gift,memang sangat bermakna lah bagi aku..terima kasih abang shuk.Moga Allah merahmatimu dan sentiasa merahmati keluarga kita..
.


Another Birthday Gift for me This Year..appreciate it so much!!malam ni kitorang sambung layan filem ketika cinta bertasbih lagi..aku sampai tertidor depan TV sebab memang mengantuk..Mak lah yang semangat duk layan sampai Habis..Cerita berunsur keislaman macam tu memang bagus untuk di tonton..semoga Filem/Drama Malaysia akan cuba juga untuk menghasilkan filem filem sebegitu rupa selepas Nur Kasih.
.


Pagi hari Ahad.

Pagi ni program dah tak ada ke mana mana..memang keluarga ku just nak bersiap siap untuk pulang ke Terengganu semula..Adam Syahmi dah bangun awal..so aku layan main main ngan dia kejap di Ruang tamu sementara mak siapkan sarapan di dapur..banyak makanan lah pulak duk ada pagi ni..Alhamdulillah rezeki dari Allah.
.


Layan jer lah si adam ni.tak lama lagi bila dia pandai berjalan letih la nak kejar..merangkak pun bukan main laju sekarang..Semoga Adam akan membesar jadi anak yang soleh..Insya Allah.


Plan asal nak bertolak awal pagi dah drag sampai ke Tengahari sebab mak nak masak makanan Tengahari dulu..Shuk dan kak feeza lah yang banyak membantu di dapur..aku suka lah dapur rumah baru ni..sangat luas dan besar..kalau family aku datang ramai ramai pun takder hal..boleh muat punya..Ruang tamunya pun besar..sementara tunggu memasak siap ayah just layan tengok TV jer di ruang tamu rumah.
.


Lauk pauk yang sudah siap dihidang atas meja.
.


Macam macam lauk pulak diorang masak..ada Udang sambal Petai,ikan gelama masin,Sayur campur air,Siakap tiga rasa pun ada.Kak Feeza memang master lah kalau bab Kuah 3 rasa..sedap sangat..kami sempat lah makan tengahari dulu sebelum mak dan ayah bertolak pulang ke Terengganu..Nikmat dari Allah semua ni..Nikmat Rezeki dan Nikmat Kekeluargaan..Alhamdulillah..terima Kasih Allah atas Nikmat Mu yang tidak terhingga..Syukur..
.


saatnya tiba untuk mereka mengucapkan selamat tinggal.sayu rasa hati..
.


Setiap Pertemuan pasti akan disusuli dengan Perpisahan..pukul 1 pm diorang bergerak pulang..kunjungan keluargaku kali ini sangat bermakna sebab aku baru berpindah rumah,dan tiada insan lain yang paling layak untuk merasmikan rumah baru ku ini selain ibu bapa ku sendiri..siap mak tolong kemas dapur lagi..Terima kasih mak sebab tolong kemas rumah baru!Terima kasih ayah sebab sudi datang singgah di rumah ku yang tak seberapa ni..Terima kasih abang shuk,Kak Feeza dan Adam kerana datang sama sama..aku hargai sangat sangat.Semoga kalian akan bertandang lagi di lain waktu dan ketika..take care ya semua!

*Lepas family aku balik,hanya sepi yang bermain di fikiran.Rumah yang besar itu terasa amat kosong dan seperti dilanda garuda..sunyi dan sepi tanpa bicara..semoga nanti akan ada Insan Luhur yang muncul menjadi peneman diri,pelenyap sepi dan teman yang sentiasa akan berada di sisi..Dunia dan Akhirat.Insya Allah..sabarlah.Saat itu pasti akan tiba jua..(Dengan izin dari Nya.)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails