Friday, January 31, 2014
Friday, June 12, 2009
Hong Kong Trip Day 4 - Daylight @ Macau
Terimalah.
14 Mei 2009
Vasco Da Gama Monument-Standing in a small park in front of the Royal Hotel, a heroic bust commemorates Vasco da Gama, the Portuguese explorer who discovered the sea route from Europe to India.
Kebersihan tetap di jaga Rapi
Adakah kita telah sesat??
The Leal Senado building, Portuguese for Loyal Senate, was the seat of Macau's government (Legislative Assembly of Macau) during its time as a Portuguese colony. It is located at one end of the Senado Square. The title was bestowed on Macau's government in 1810 by Portugal's Prince-Regent João, who would later become King John VI of Portugal. This was a reward for Macau's loyalty to Portugal during the Iberian Union, between 1580 and 1640.
Mesti lah kena setting Tripod kalau tak sapa nak amik gambar kitorang bertiga ni..nak suh orang amik macam tak best pulak sebab diorang tak taw kita nak gambaq macam mana..kang di bantainya amik gambaq takda kepala tak ke haghuuuu nanti..alternatifnya amik pakai Tripod lagi senang dan tak menyusahkan insan lain..
gambar lagi dan lagi dan lagi..
then jalan-jalan sekitar dataran..
Hajat di hati nak jugak bershopping kat sini tapi kami simpan kan dulu duit untuk berbelanja di Ladies Market malam karang dan di Temple Street(Kowloon)..kesimpulannya kat sini memang kami duk berwindow shopping ja lah..
axim @ Macau!!i'm already here..:)
nak jugak kan depa nih..ish ish ish..pantang..
Kat tepi-tepi jalan ni banyak jual baju-baju dan barangan ala-ala macam Petaling Street kat KL jugak..tapi kami tak masuk ke dalam..actually kalau ke dalam panjang lagi tuh..nak jimat kan masa sebab masa suntuk lorrr..
Lepas kitorang dah habis amik gambar dan menghayati keunikan/keindahan bangunan gaya portugis di Senado Square tadi maka kitorang pun nak berangkat pulang..tapi perut KELAPARAN lahh..huhu..duk plan nak makan McD lagi sehinggalah..
Kami melalu tepi kedai kebab nih..terus la masing-masing tersengih sengih sebab ada tanda HALAL kat papan tanda kedai kebab tuh..Untuk pengetahuan ni DONER KEBAB punya cawangan di Macau..
Hot Kebab-Halal Middle Eastern Food
Tanpa segan silu ditambah pula dengan perut yang berkeroncong minta di isi,terus la kak Non duk order 3 kebab ayam..sumer duk nak amik ayam tak moh amik yang Beef punya..ntah..rasa macam nak makan ayam jek..harga satu Kebab dalam 25 HKD
Makcik pembuat Kebab
Kebab yang dah siap
nampak shedap tak tuan tuan dan puan puan sekelian?
Apa lagi kan dah dapat kebabul nih terus masing-masing ngap kat situ jugak..tak nyempat nyempat nak cari tempat duduk okeh..lagi pun takder tempat duduk di kawasan berhampiran yang available..berdiri pun berdiri lah-janji perut kenyang meh..
Aksi manusia Kelaparan Tahap 3
Hambik ko sampai terbeliak bijik mata dapat makan KeBab..rasa nya ok lah cuma bila takder sos tak berapa Kick sangat..sos yang aku maksudkan di sini ialah sos cili yek..sebab kat sini memang takder sos cili di sediakan..semuanya tomato semata-mata..huhu..nak sos cili jugak..tapi takpa lah,Alhamdulillah rezeki still ada untuk hari ke-4 ni.
Lepas da makan tuh kitorang singgah sebentar di Casa De Arte House untuk membeli sedikit cenderamata kenang-kenangan dari Macau untuk di bawa pulang..apa jer yang kitorang rembat-Fridge Magnet dan Poster Landmark di Macau..yang menariknya tuan punya kedai ni sendiri yang melukis poster hitam putih yang di jual..Cantek!!
Kembali ke Vasco Da Gama Park dan aksi lompatan pun bermula..(Taman ni depan Hotel Royal so kami nak balik ke Hotel untuk amik barang barang memang kena lalu depan taman nih..what to do-singgah bergambar la dulu..:)
aksi lompat bintang
Aksi lompat dan Kangkang sekali harung
yang ni dah tak lompat..Penat sudey..:p
Aksi santai santai merehatkan badan dan minda
Terus bergerak ke Hotel dalam pukul 5 petang untuk ambil barang-barang yang di tibggalkan di Hotel dahulu selepas Check-Out tadi..dan sekarang kitorang tunggu Shuttle Van Percuma yang di sediakan untuk tetamu Hotel sahaja yang akan terus ke Terminal feri.
i'm going to miss MACAU so much afta dis!!
Posing di dalam Shuttle Van
Mamat Bell Boy tu kesian kat aku sebab takder dalam gambar terus la dia offerkan diri untuk amik gambar..ker memang part of his job to entertain all of Hotel Guest sehingga ke titisan terakhir..hehe..wallahualam.
Van lalu kat The Fisherman Wharf Theme Park..
Sampai di terminal Feri-dan kitorang amik feri pukul 6 petang..
wajah keceriaan nak balik Hong Kong semula..
Seperti biasa,Feri yang di sediakan memang terbaik..berbaloi dengan harga yang di tawarkan..Bersih,selesa,Seatnya besar dan rasanya lagi best dari seat FireFlyz..HEHE..mana boleh banding macam tu kan..:)
Dalam feri apa yang kitorang buat-duk bersembang,nikli duk isi borang health declaration,sambil kitorang duk menghabiskan Kebab yang di beli tadik..(portion besar kitorang mampu habiskan separuh jer tadi..ni sambung makan balik..nyum nyum..)
Kami duk berbincang juga tentang ke mana nak pergi bila da sampai Kowloon nanti..takpa,Tempat tinggal dah di booking,jap lagi kami check-in di salah sebuah hotel di Kowloon pula..nantikan entri seterusnya yaa!!:)
pembangunan tanpa henti di bandar Hong Kong
Dalam pukul 7 petang kitorang selamat menjejakkan kaki di Hong Kong kembali..Ke mana kami selepas itu??Nantikan Entri seterusnya..Stay Tuned with AXIMUD yaa..!!
:)
(To Be Continued..)
Rumusan Hari ke-4-Macau di siang Hari:
''Berjaya melawat beberapa bangunan yang menjadi landmark Macau-dengan keunikan dan keaslian portugis style yang terserlah dalam setiap binaan..dapat mempelajari sedikit sebanyak sejarah pendudukan portugis di Macau China ini..seakan tidak puas berada di Macau selama sehari,tetapi itu sahaja lah masa yang ada di peruntukkan..Insya Allah kami akan kembali lagi ke Macau suatu masa nanti..''