Followers

Showing posts with label LSD. Show all posts
Showing posts with label LSD. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

MISTERI SEORANG MAKCIK

Ketika sedang menikmati kebab di Restoran Mr.Kabab & Briyani Presint 19 Putrajaya, datang seorang makcik tua menjual kerepek. 3 bungkus RM10.

Dan aku lihat. Beli. Bukan sebab aku nak makan kerepek tu. Tapi sebab kesian melihat makcik tua itu ke hulu dan ke hilir membawa dua plastik besar kiri dan kanan penuh dengan kerepek. Dalam minda cuba membayangkan apa perasaan jika makcik itu ialah mak kita.

Hati ini sedikit tersentuh...
bila aku bayar dan makcik itu kata:

'Terima kasih nak sebab tolong makcik. Semoga Allah memurahkan rezeki kamu. Assalamualaikum'

Jika dihalusi, makcik itu takkan bersusah payah jika dia tidak benar-benar memerlukan wang ringgit. Mungkin untuk anak-anak bersekolah. Mungkin saja untuk wang perubatan. Atau mungkin saja untuk menyara hidup hari demi hari.

Walau apa jua alasan, sebagai orang luar apa salahnya kita hulurkan bantuan. Ingat - dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Allah itu Maha Kaya. Kita tolong orang, yakin lah balasannya lebih baik Allah akan beri pada kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan makcik tua itu.

Dan bayangan makcik itu hilang sedikit demi sedikit dalam kelam malam..

 
*Done with 19 km run. LSD tak cukup sifat. POJ aku datang.. Now it's time to get some rest, I guess.

Friday, August 3, 2012

LSD 15KM @ PUTRAJAYA vs SAHUR @ WILLIAM'S CORNER

Salam Hari jumaat. Hari ni aku kerja half day sahaja. sebab nak hantar kereta gi workshop. Then aku ambik bas ke Kuala Lumpur pukul 3 pm. sekali bas lewat pulak sampai dalam pukul 5 baru keluar dari Penang..ada masalah teknikal sikit. sabor je lah. aku nak balik kampung sebenarnya ni sebab 6 Ogos ni kan cuti Nuzul Quran (17 Ramadhan 1433H). Berhenti berbuka puasa kat simpang pulai makan Roti + air milo. Then perjalanan diteruskan sampai KL dalam pukul 10pm..ruginya tak leh taraweh berjemaah. Nanti kena buat taraweh sendiri. Bulan Ramadan rugi sangat kalau tinggal Taraweh. sebab solat taraweh hanya ada pada bulan ni sahaja.


Sampai KL terus ke Putrajaya pulak. Thanks pada yang tolong fetch aku di Pudu sentral..Actually malam ni #gengkakilari ada training berlari.target diorang nak buat half marathon malam ni. aku dah lewat so takpaa lah berlari lah mana yang sempat..Bulan Ramadhan ni mileage agak berkurangan sebab tak cukup masa nak berlari.


Aku ngan Faiz jer lah berlari berdua. Tengah tengah jalan terserempak ngan yang lain lain tengah berlari..masing masing ada buat 21 KM dan ada yang buat 25KM..aku sempat buat 15KM sahaja, the first 15 KM in august..Cukup lah tu.


Ramai jugak yang join tonight..i met the new members here, abang man, redz, Duan jamariji, Shaz dan Farah..Nice to meet you guys! we shared the same passion: Running!. Hope to see you guys again in another series of training. aku lah kot yang payah sikit nak join sebab duk jauh kat penang sana..tengok lah mana yang boleh aku join aku try join. lagipun best berlari ngan member reramai..route di Putrajaya pulak memang syok.


Team Hijau!!


team campur-campur!!at POJ presint 3


Habis training dalam pukul 1pagi lebih dah..Join diorang pi minum kejap di Presint 9.minum kedai mamak.Plan lepas ni nak  makan kat william tu yang just minum je. sambil minum aku tengok depa pasang Live Solat Taraweh dari Mekah. terdengar bacaan imam masa solat taraweh terus aku teringat masa solat taraweh di Mekah last year..Allajuakbar..perasaan yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata kata.Nikmat sangat..Moga Allah permudahkan jalan bagi aku untuk menjejakkan kaki lagi ke Tanah suci itu. aku rindukan suasananya..


Ankel William duk sibuk kira duit


Ajak Faiz datang ke William Corner di kelana Jaya..teringat nasi Goreng Ketam nya. nama nasi goreng ketam tapi actually ni nasi goreng seafood. Lama sangat dah tak makan nasik goreng kat sini..Orang macam biasalah ramai yang datang sahur.


Ayam Pandan. sedap!juicy ya!


Dan tak dilupakan Jus kedondong asamboi gelas besar..last week datang mintak air ni kata kedondong dah abis. malam ni bernasib baik pulak ada..Alhamdulillah selesai sahur..dah esok jam 10pagi akan naik bas ke Kemaman..balik ngan Kak Tie.. kak tie dah siap beli tiket..nak balik berbuka puasa di kampung halaman lagi sempena cuti  Nuzul Quran isnin depan..

Nanti ada masa aku share story di kampung halaman pula ya.

Adios!!

************************************************

Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dialah hamba beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka insyaallah dia akan semakin dekat dengan kepada ampunan Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69)

Monday, July 30, 2012

BERLARI BERKEJARAN DI PUTRAJAYA AFTER TARAWEH

Esok aku akan berkursus sehari di Bangi.

Hari ni kira traveling day..Tengahari tadi sempat masuk opis sekejap..Dalam pukul 3pm aku bertolak dari Penang menuju ke Kuala Lumpur. Sampai KL dalam jam  6pm. Tapi aku terus ke Putrajaya. ada berjanji ngan member nak berbuka puasa, bertaraweh dan berlari malam ni di sini. Seronok juga training berlari malam malam.


Sampai Putrajaya dalam 7pm lebih..dekat waktu nak berbuka puasa dah..singgah di Bazaar Ramadhan Presint 2..Aku duk cari Nasik Kerabu..banyak pulak Gerai jual nasik kerabu tak tahu nak pilih gerai mana satu. so last last aku beli jer lah. Nasi kerabu dan sebungkus air. Cukup lah. Tak nak membazir. sebab tahu nafsu makan ni macam mana. sat lagi time berbuka makan sikit pun dah kenyang. sebelum berbuka puasa ni memang lah rasa nak macam macam.


Berbuka puasa tepi Masjid Besi, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ada Izman, Faiz, Razinah, Idot, Abang Shah, Aizat, Kimi dan dua orang lagi aku tak kenal..diorang baru sudah berlari petang tadi..Untuk malam ni yang akan berlari after taraweh cuma aku , Faiz, Izman dan Idot. ajak Izwah tapi dia kata jauh sangat Putrajaya ni nak datang. ok takpe lain kali lah jumpa dia.Selesai berbuka ramai ramai terus siap siap solat maghrib dan tunggu isyak. Then Taraweh berjemaah.


Selesai Taraweh ada Moreh disediakan..Aku buat 8 jer..tambah 3 Witir sendiri..Imam sambung lagi buat sampai 20. Moreh ada bubur lambuk dan air kopi. Minum air kopi sikit. nak makan bubur lambuk tapi kenyang lagi..seronok lah tengok suasana yang mendamaikan di luar masjid besi ni..Orang pun ramai..Hidup masjid ni.


me at Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi


This is  Izman, Idot, Faiz dan Azim ashaary. Hari isnin. mana lah ada orang nak training. Kalau hari jumaat mesti ramai sebab sabtu cuti.. kat area Palae Of Justice Presint 3 ni pun tak ramai orang..biasa malam minggu mesti ramai..dengan orang berlari, orang main skate board, orang cycling, tambah lagi orang ber dating..Malam ni kira lengang lah. 4 orang pun 4 orang lah janji leh berlari kan.


Just buat pace slow average 6.43 minutes per km..sebab esok nak kerja jadi buat 10KM sudah..sekarang setakat berlari 10KM macam dah ok..takder rasa kesusahan apa pun..sebab selalu training..Bukan aku berlagak tapi aku just nak share perbezaan bila selalu training..kalau dulu 5KM pun aku rasa impossible dan berhenti henti  nak berlari..sekarang kalau 10KM pace macam ni non stop insya Allah takder hal..Practice makes perfect. kalau aku boleh berlari korang pun boleh berlari jugak. Tinggal nak tak nak jer..

''Its not that some people have willpower and some don't.. It's that some people are ready to change and others are not - James Gordon''

*Ok need a sleep dulu..esok pagi nak bangun sahur lagik..selamat menjalani ibadah puasa ya semua!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails